pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Saturday, July 31, 2010

RESTORAN TERAPUNG NELAYAN TITIWANGSA-JJCM sebelum Ramadan

Sekali lagi ketemu kita dalam entri JJCM. seperti biasa hujung minggu..busy dengan aktiviti keluar masuk rumahlah.- hihihi...jalan-jalan cari makan. Malam tadi lokasi pilihan ialah di Restoran Terapung Nelayan di Titiwangsa.

asalnya nak mencuba di Restoran Tupai-tupai tetapi memandangkan ahli JJCM tak cukup korum,jadinya pilihannya di sini sahajalah.lagi pun cuaca malam ni tak berapa baik-hujan.jadi baik pergi yang dekat-dekat sahajalah.

Kali ni kumpulan kami tidak disertai oleh pakweku.pakweku sebelum subuh semalam lagi dah ke Kuantan untuk menyahut panggilan laut dengan ops tenggiri dia! Mudah-mudahan ada hasilnya. Nanti akan di ceritakan kemudian.....anak buahku yang selalu ikut pun,tak jadi pergi di saat akhir sebab ada hal kematian.jadinya,kali ini aku pergi dengan dua orang kakakku yang biasa tu sahajalah. 4 orang perempuan dan seorang pakwe kenit aku!-Hakimi

Malam ni,kami memilih hidangan bufet stimbot.harga seorang rm25.91 untuk dewasa dan rm12.72 untuk kanak-kanak.kalau bercerita pasal stimbot ni-biasalah hidangannya ketam,udang,sotong,ikan dan segala macam ‘ball-ball’ yang ada.
Bila seafood macam ni...aku hanya pandang sahajalah.memang aku tak lah berani nak makan.takuttttt alergi lagi.kali ni aku sedikit terbatas sikit nak bergerak, pakwe kenitku ini ada di pangkuan.kali ni terpaksalah handle sediri.pakweku tak ada.nasib juga kedua orang kakakku silih berganti mendukung Hakimi...lenguh....

Kali ni bawak Sakinah makan memang berbaloi.dia berlawan makan ketam dengan Alang dia .kakakku ni pun boleh tahan juga dengan ketamnya.memang dia pekena ketam dan udang sahaja malam ni.memang beriya betul! selain makan seafood stimbot,ada juga juadah nasi berlauk dan makan ala carte.Tapi,aku syorkan ambil makan bufet daripada ala carte.kalau dilihat daripada pengunjung pun,bahagian bufet lebih ramai daripada yang ala carte.

Pencuci mulut? Memang stail kampung.kuih kesui,pengat pisang,pengat ubi (sira gula),bubur cha-cha,bubur kacang merah...semua ni memang sedap...
Bercerita pasal menu nasi pulak-ada dua pilihan.nasi putih dan nasi minyak. Antara lauknya,kari kambing,kari ayam,ayam goreng,sotong sambal...entah banyak lagi tapi aku ni sedikit terbatas untuk berjalan...alahai...harapkan kakakku lah yang hidangkan untuk aku.

Hakimi-sampai tu,dia tidur.
mula melampai di bahu...alamat lenguhlah bahu sebelahku. lepas tu baring pulak. Makan pun dengan segera je.tapi elok juga dia tidur,kalau tak lagi havoc dibuatnya! Maklumlah tengah melasak sekarang.

Malam ni,juara makan jatuh kepada kakakku yang Alang ni. memang dia tak berhenti makan walaupun orang lain dah stop dah. Dua orang kakakku malam ni,bergaya sakan-pakai baju baru dari Jusco (shopping petang tadi),make up pun baru( dari Body Shop ,pun baru shopping petang tadi).aku je yang sama. Hihii....
Oklah, kalian di luar sana bolehlah mencuba makan di sini.boleh juga buat majlis hari jadi macam di sebelah mejaku ini-ada sambutan hari jadi salah seorang anggota keluarga mereka di sini. Selain tu majlis resepsi kahwin pun boleh buat di sini.kebetulan malam ni pun ada majlis kahwin di sini.memang ramailah orang tapi kalau kalian nak datang ramai,bagusnya membuat tempahan dahulu tetapi kalau setakat 3-4 orang,datang walk in pun boleh.

KOMEN:
-harga sangat berpatutan
- suasana persekitaran menarik
-makanan sedap.tapi ada makanan yang dah habis cepat tu,lambat sikit nak ditambah.contoh: ayam goreng
-kawasan parking yang terhad

pose-pose....ada dua orang bawak camera...


Friday, July 30, 2010

PERANAN IBU DAN KITA SEBAGAI IBU

Assalammualaikum semua....moga semua berada dalam perlindunganNYA selalu.seperti biasa hari ni sedikit perkongsiaan yang ingin dikongsi pada hari Jumaat ini.sekarang kita dah berada di pertengahan Syaaban bermakna tak lama lagi akan menyusulnya Ramadan.

ketika ini, merata orang mengadakan kenduri-kendara sesuai dengan motifnya iaitu kenduri arwah,tahlil arwah dan juga nak sambut puasa.tapi yang penting janganlah kita sebagai anak hanya ingatkan arwah mak ayah kita hanya semasa bila nak puasa sahaja-seharusnya ingatan khususnya doa haruslah dikirim setiap hari. ini juga INGATAN untuk aku jua.

perkongsiaan ini aku dapat daripada seorang rakan yang mendengar satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu oleh Ustaz Abdullah Mahmud''." Dia ni Ustaz untuk Angkatan Tentera Malaysia.(terima kasih Nasya)

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
- Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi tak ada masa nak buat yang baik

- Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

- *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang jadi ibu-ibu jangan jatuh air mata ye dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

- Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

- Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka iaitu:

Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø Memandang wajah ibu yang sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

- 3 orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur!

Ø Anak
Ø Ibu
Ø Suami

Kata Ustaz kalau kita ada perselisihan faham dengan suami sampai nak bercerai, tengok la muka dia bila dia tidor. kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takda.

- Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya sehingga teruk. Bagi siapa yang masih ada ibu, pandang ibu selalu.

- Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada ibu kita apatah lagi berbuat lebih dari itu.

- Kalau ada niat yang baik teruskan..Allah akan bersama, jangan takut

- Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi contoh jika tak mampu tolong orang, niat nak tolong pun dah memadai

- *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik

- Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, dengan niat permohonan kita Allah makbulkan. caranya dengan...ungkit? kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil ? Wasilah amal? contoh:

Ø Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini...

Ø Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ini sangat berkesan kalau yang dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita

- Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah
- Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun, kemudian cakap dengan Allah:

Ø Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini?
Ø Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini?
malah suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.

- Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

- Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

- Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup

contoh. kita pergi ke pusara mak kita cakap..'Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan? atau..'bapa, saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan?' Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

- Bila kita lalu kubur, perlahankan langkah kita dan jangan lupa beri salam! Mereka akan doakan kita. ...berkatilah si A ini? dan jika tak bagi salam, mereka akan kata ? celakahlah orang ini? Jadi, jangan lupa bagi salam.

- Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

- Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

- Bila nak berbelanja @ shopping hendaklah kita 'spare' duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi la mereka sedikit duit sebab kita nak cari orang susah untuk sedekah dah amat susah masa sekarang dan takde masa, jadi Allah hantarkan orang-orang susah ini untuk kita dapatkan pahala! mengenai sendiket dan sebagainya itu,kita abaikan sahajalah...niat kita nak buat baik untuk dapat pahala Allah.jika mereka menipu,merekalah yang tanggung.

- *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan itu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan itu!! Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ini sampai kepada ibuku! Itu yang akan membuat ibu kita bahagia di sana .

- Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita, baru kita ringan tangan nak bersedekah

- *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak-anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

- Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita


Selalu Bergaduh Dengan Ibu

- Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.

Ø Antara gangguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.

Ø Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan/Amalan/Sentuhan.

Ø Symptom dah terkena saka;

v Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
v Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tengh malam selalu lapar.
v Susah nak dapat anak, senang gugur.
v Ada rasa kelibat orang lalu.
v Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
Ø Cara hilangkan saka, Zikir Laillahaillalah 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

- Antara penyakit saka adalah kanser payudara, kanser rahim dan kanser tulang.

- 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan iaitu kanser, aids dan leukemia. Kalau dapat penyakit ini harus mendapat perawatan cara Islam di samping daripada doktor.

- Kalau ibu kita sakit barah dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

- Kalau ada penyakit was-was, bacalah surah al-ikhlas..Qulhuwallahuahad 1000x sehari


Anak Lari Dari Rumah

- Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

- Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.


Anak Degil

- *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ø Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.Insya Allah, anak akan berubah yang penting kita berusaha dengan berterusan.

mudah-mudah perkongsiaan ini manfaat untuk aku dan kalian semua. moga kita akan menjadi ibu yang terbaik untuk anak kita dan kita juga menjadi anak yang terbaik untuk ibu kita. amin.

ALAHAI...

Thursday, July 29, 2010

KUIH KOCI PERISA DURIAN

memandangkan durian masih ada lagi,apa kata minum petang hari ni kita buat kuih koci perisa durian...em sedap tu...dapat lagi kalau guna tepung pulut hitam sikit. tapi...alahai, tepung pulut hitam takde dalam simpanan,pulut hitam pun tak de.kalau ada boleh juga dikisarkan.jadinya kuih koci kita hari ni original colorlah nampaknya TETAPI perisa DURIAN!

untuk buat kuih koci ni,kita kene buat dulu intinya.

a) inti

kelapa parut-jangan yang tua sangat.nanti bila makan terasa kasar pada tekak
gula merah
sedikit gula pasir
air secukupnya
durian
daun pandan

b) doh

tepung pulut
air garam
air secukupnya

c) daun pisang secukupnya yang telah terlebih dahulu dilayur
seketika di atas api

1. untuk membuat inti, campurkan semua bahan tadi dan masak hingga sebati.setelah agak pekat, angkat dan sejukkan seketika.
buang biji-biji durian tadi.

2. kemudian,bentukkan ia bulat-bulat untuk dimasukkan ke dalam doh nanti

3. sementara itu,bancuh tepung pulut dengan sebati dan leperkannya di atas daun pisang-terlebih dahulu daun pisang tersebut disapukan dengan minyak masak sedikit supaya
kuih tidak melekat nanti apabila dibuka.

4. masukkan inti tadi dalam tepung tersebut dan bungkuslah seperti rupa kuih
koci.lakukan hingga selesai.


5. panaskan air untuk mengukus dan bila mendidih bolehlah dikukus kuih tadi
dalam 10-15 minit sahaja.

TIPS:
-KUKUS JANGAN TERLALU LAMA,NANTI KUIH JADI KERING/SEDIKIT LIAT.
WALAUPUN MASA KITA ANGKAT TADI,KITA NAMPAK MACAM LEMBIK
TETAPI APABILA DISEJUKKAN DARI LUAR KUKUS,
IA AKAN JADI MASAK.


ALAHAI...

Wednesday, July 28, 2010

IKAN DURI @catfish CURRY

dah masak tengahari? hari ni aku masak ikan duri.ikan duri ni pun salah satu spesis daripada famili catfish juga! mana-mana ikan yang ada berjanggut tak cukur tu seperti ikan keli,ikan baung..hihihi dinamakan catfish.kata anakku,Sakinah; mama, ikan mana ada rupa macam kucing, kenapa dipanggil ikan kucing ek?....alahai macam mana nak jawab daaa....tak pelah,asal bila dah jadi lauk..peh...lupakan seketika bab kucing-kucing tu..

INGREDIENTS:
ikan duri@catfish
onion,garlic,ginger- blend
small amount of 'halba'
*1 packet of fish curry powder
*dry chillies-blend
* mix together into paste
coconut milk
tamarind juice
curry leaves
brinjal
cooking oil
salt to taste

1.heat oil, stir-fry the onion,garlic,ginger,curry leaves and halba
until golden color.

2.put in the fish curry paste and cook until oil seeps upwords.

3.add the coconut milk and tamarind juice.

4.bring to the oil,add the fish,brinjal and salt to taste.
cook until the fish is tender.

It's ready to serve!

ALAHAI...

Tuesday, July 27, 2010

KENALI ASAM KEPING@asam gelugur

buah apa ni???...
ni cerita masa kenduri kat kampung hari tu.adalah jiran mak mertuaku bawak satu plastik buah ni...ingat buah apa pulak ni.ooooo rupanya nilah buah asam keping.sekali pandang macam buah pisang kaki-cantik !

yelah,selalu kalau beli pun dah tentu beli yang siap.tak tahu pulak macam mana rupanya.kawan mak mertuaku ini rupanya memang ada pokok asam keping di rumahnya.menurut katanya lagi, memang dia selalu buat sendiri asam keping dan tak beli pun yang kedai tu.

asam keping(garcinia atroviridis)juga dikenali dengan nama asam gelugur. bagiku pulak,biasa sebut 'asam keping' sebab ia berkeping-keping.buahnya berbentuk bulat dan berwarna hijau ,ni sebelum masak.kalau dah masak berwarna kuning. bunga buah asam gelugur ini keluar di hujung dahan dan bersaiz besar.orang menanamnya melalui bijinya. asam gelugur yang telah diproses dijadikan bahan tambah atau bahan perisa dalam masakan Melayu. Asam gelugur juga dijadikan bahan untuk menghilangkan rasa atau bau hanyir yang terdapat pada ikan atau daging. Asam gelugur ini mempunyai rasa yang sangat masam.

ia dihiris nipis dan dijemur terlebih dahulu hingga kering sehingga menjadi macam ni baru boleh digunakan dalam bahan masakan kita. boleh tahan lama jika dikeringkan dengan betul dan disimpan dalam bekas kedap udara yang bersih.itulah sedikit info yang aku sendiri baru tahu dan kita kongsi sama-sama....



ALAHAI...

Monday, July 26, 2010

KENDURI KENDARA-REWANG MASIH ADA!!!


salam ketemu kita di pagi Isnin. harap sihat semuanya ye! aku? sihat,cuma penat rasanya.tidur tak cukup,letih badan TAPI semalam petang sebaik saja sampai rumah,aku 'lari' sekejap ke Spa D'Hill-pergi buat mandi wap dan berurut dengan Kak Rina.ni kira servis badan sebulan sekali lah...hihihi...(kereta pun kene servis kan!)

cerita pasal kenduri kat kampung, syukur...tak ada yang membazir.semua habis.kata mak mertuaku,orang tak ramai...emmm...memang terlebih daripada jangkaan.

rumah mertuaku ni,kalau buat kenduri-memang ramai yang datang,datang untuk rewang dan juga untuk makan!

rewang adalah nama kepada hari melakukan kerja-kerja persiapan masak sebelum majlis bermula.selalunya kerja seperti kupas bawang,potong cili,cuci ayam atau apa sahaja persiapan masak yang ingin dilakukan oleh tuan rumah akan dilakukan secara bersama oleh jiran terdekat. ia melibatkan kaum perempuan di dapur dan kaum lelaki di luar khusus untuk menyiang daging atau ayam.walaupun mertuaku duduk di taman perumahan,tetapi aktiviti macam ini masih diteruskan lagi!

hari kenduri-menu: sambal tempoyak (gara-gara durian terlebih-lebih), ayam goreng madu,pajeri terung,asam pedas tetel, ikan masin goreng,sambal belacan dan ulam-ulaman.

satu menu yang special daripada Makcik Nah Tompang iaitu asam pedas tetal.rupanya persiapan nak buat masak asam ni...alahai...leceh bukan main.ni resepi orang veteran lah...kalau aku pun tak terbuat...hihihi..orang mudakan...ambik yang cepat dan mudah ajelah...ada setuju....?
lihatlah bahan-bahan yang hendak dimasak tu...harus dibakar seketika.serai,lengkuas,halia,isi kelapa,asam jawa dibakar seketika dan kemudian dititik sebelum ditumis ke dalam kuah.(asam jawa tu tak lah dititik tapi diperah ambil airnya...)nilah rahsia masakan air tangan orang veteran!



hasilnya? memang pehhhhhhhhhhhhhh!!!! mak mertua lalu pun buat-buat tak perasanlah!!!alahai...satu lagi lauk yang mendapat permintaan tinggi ialah sambal tempoyak.sambal tempoyak yang menggunakan daun pucuk ubi,daun kunyit,daun kaduk,daun magun,petai,ikan bilis dan semestinya bahan utamanya iaitu tempoyak.ni pun alahai...kecur dibuatnya...sesekali bila balik kampung ni dapat merasa tangan-tangan veteran yang masak...memang kaw!

rasanya...itu sahaja yang dapat dikongsikan.banyak peristiwanya,tapi tak terkejar dengan camera,dengan baby dan juga kerja-kerja dapur. nanti kita sembangkan.ada sesuatu lagi nak ditunjukkan...tunggu ye!

ALAHAI....

Saturday, July 24, 2010

BALIK KAMPUNG



On the way nak balik kampung.esok nak buat kenduri doa selamat sambut Ramadan,cukur kepala(jambul),kenduri arwah dan segalanya di rumah mertuaku. nampak gaya memang tak sempatlah nak berblog ni,yelah kita ni yang tua,jadi 'orang pangkal' ...bz the bodylah katakan. laptop pun tak bawak ni.... hihihi...berjumpa kembali pada hari Isnin nanti.Insya Allah.

selamat berhujung minggu,semoga hujung minggu yang pastinya menyeronokkan!(tambah-tambah kepada yang dah bergaji tu- boleh pergi shopping! )


ALAHAI...

Friday, July 23, 2010

CARAMELISED SUGAR CAKE

salam Jumaat untuk semua.moga hari ini membawa seribu barakah.semalam tak sempat nak masuk entri kat blog ni.sibuk membakar kek,kawan ofis anak buahku oder 4 biji kek coklat moist,kek gula hangus dan dalam masa yang sama melayan baby kecikku,Hakimi.syukur,Allah permudahkan semuanya. yelah,budak kecik ni sukar nak ramal 'cuacanya'...kek ni orang kita panggil Kek Gula Hangus @ Caramelised Sugar Cake,tapi anakku Sakinah menggelarkannya kek rongga.logik jugak kan! sebab ia berongga-rongga di dalamnya.tak kisah lah,mana-mana pun boleh pakai asalkan kek yang sama...hihihi.


INGREDIENTS

2 cups of sugar-caramelizedkan
2 1/2 cups water
80g butter
1 cup of sweet condensed milk
2 teaspoons soda bicarbonate
1 teaspoons vanila essence
2 cups wheat flour
6 eggs

1.caramelise the sugar untill it boils and the colour become dark chocolate

2.then put water to cool it.

3.melt the butter.put aside

4.whip sugar,butter and milk together

5.put in the soda,vanilla essence and flour.mix together

6.break the eggs into the mixture one by one,while mixing

7.bake cake for 30-40 minits at 200 celcius



___________________________________________________________________________________
KEK COKLAT MOIST
packaging KEK COKLAT MOIST-sedia untuk ditempah



ALAHAI...

Wednesday, July 21, 2010

DAGING MASAK LOMAK REBUNG

hari ni masak nasi semula.kali ni versi daging masak dengan rebung pulak.ni pun kira stok rebung yang 'last' dalam simpanan...hihihi..lepas ni kalau nak makan rebung kena beli yang kat pasar tu pulak! mari kita tinjau resepinya.

Daging
Bawang putih dan merah,halia, cili padi-dikisar
Asam keping
Santan dan air secukupnya
Serai- dititik
Daun limau purut
Garam secukup rasa
Rebung

1.masukkan bahan kisar ke dalam periuk. Masukkan juga daging

2.masukkan sedikit air dan biarkan kedua bahan ini bercampur sebati

3.masukkan santan secukupnya,asam keping,daun limau purut dan garam
secukup rasa.

4.apabila lauk dah mendidih dan mengeluarkan minyak, baru masukkan
rebung.(rebung tadi terlebih dulu dicelur seketika dan perahkan
airnya)

5. masaklah sehingga daging empuk dan sedikit berminyak kuahnya.
siap untuk dihidangkan.mudah je kan! kita ni kalau dengar masak bersantan ni rasa macam leceh aje,tapi tak susah rupanya.hasilnya...emmm,sampai berbaulah tangan tu dek kerana penangan si rebung!



ALAHAI...

Tuesday, July 20, 2010

BIHUN SUP BEBOLA AYAMAS

hari ni menu tak masak nasi.Sakinah kena pergi sekolah kebangsaan awal hari ni.kalau biasa pergi pukul 12.40,hari ni dia kene pergi pukul 12 tengahari.ada latihan mini teater.jadinya, aku pun buatlah resepi yang ringkas dan cepat dimakan.tidaknya...kalau nasi berlauk tu...lambat dia nak makan.kalau bihun ni...srup..srup je..habis.oklah,menu hari ni BIHUN SUP BEBOLA AYAMAS

BAHAN-BAHAN

bihun-yang direndam dengan sedikit serbuk kunyit-nampak macam bihun utara sikit-sikit.

bawang putih,bawang merah dan sedikit halia-dikisar

3 sekawan- bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga
bebola ayam- brand Ayamas

rempah sup dan dibancuh sedikit dengan air-jadikan pes

sayur-sayuran: broccoli,carrot,saderi,tomato,bunga kobis,sawi
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
air secukupnya

1. panaskan minyak,tumiskan 3 sekawan dan bahan kisar
sehingga naik bau.

2. masukkan pes rempah sup dan air secukupnya.

3. masukkan bebola ayam dan biarkan sup mendidih sehingga
bebola ayam masak.

4. kemudian barulah dimasukkan sayur-sayurannya dan garam
secukup rasa.


***untuk menambah perisa- makan bersama dengan SAMBAL KICAP-baru kwaw!

cili padi-ikut suka nak pedas macam mana
bawang putih- satu biji cukup
kicap
perahan limau kasturi

1. kisar atau tumbuk cili padi bersama bawang putih

2. campurkan bersama kicap dan perahan limau kasturi.
dah pun siap!

*cuaca panas-panas,makan yang bersup macam ni memang laju...hihihi...

ALAHAI...

Monday, July 19, 2010

GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN

salam hari Isnin...kembali memegang periuk semula...hihihi..dah 2 hari berehat.hari ni terasa benar nak masak gulai tempoyak ikan patin.ni gara-gara aku tak menahan menengok entri kawan aku Noorma dari http://cendanakasih.blogspot.com. minggu lepas pasal masak tempoyak ni...alahai...kecur aku dibuatnya.

tempoyak memang ada.aritu ambik dari kampung.pakweku pun belilah ikan patin ni kat pasar tani.kata dia tak sampai sekilo pun patin ni.yelah, kat rumah ni hanya 3 mulut setangah je yang makan.cukuplah tu bagi kami satu famili. oklah kita tinjau resepinya.

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan patin
cili padi -ikut suka nak pedas atau tidak. kalau nak pedas,lebihkan
kunyit hidup
1 batang serai-diketuk
1-2 keping asam keping
1 cawan tempoyak
2 kuntum bunga lawang
segenggam daun kesom
air secukupnya
garam

1. Siang dan bersihkan ikan.jika rasa takut hanyir-
rendamkan ikan dengan perahan asam jawa atau pun limau kasturi.

2. Tumbuk atau kisarkan cili padi dengan kunyit hidup

3. Gaulkan ia dengan tempoyak dan air yang diperlukan untuk kuah

4. Masakkan atas api sedehana besar sehingga mendidih.

5. Masukkan ikan,serai, bunga lawang,daun kesum asam keping dan garam.
jika tempoyak dah masam, tak payah lah nak bubuh asam keping lagi.
asam keping ni hanya jika menggunakan tempoyak yang baru.
(belum rasa masam lagi)

6. biarkan hingga ikan masak,sedia untuk dihidang!


ALAHAI...

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala