pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Tuesday, August 31, 2010

53 TAHUN UNTUK MALAYSIAKU-MERDEKA!!!

salam merdeka untuk seluruh warga Malaysia,negara tercinta tempat tumpah darah kita.sudah 53 tahun kita merdeka.kalau diumpamakan negara kita dengan manusia yang mempunyai angka yang sama,rasanya negara kita sudah semakin matang,dewasa,telah banyak mencipta kejayaan dan rasanya pada usia ini adalah satu titik pencapaian untuk menikmati hasil yang selama ini telah ditabur benihnya.

kalau dulu semasa bergelar pelajar,kita belajar subjek Sejarah untuk lulus atau sekiranya kita rajin sikit untuk membaca,maka markahnya akan lebih baik.jika yang malas nak membaca,alamat merahlah jawabnya! justeru,memang kena baca,hafal dan faham tentang tarikh,peristiwa,kesan,nama-nama tokoh terlibat dan sebagainya.inilah yang pada sebahagian pelajar rasa 'agh,lecehnya,boringnya subjek ni.kita belajar benda yang dah lepas yang kita tidak wujud lagi ketika itu...susah nak faham lah dan sebagainya.'

tapi bagi aku sendiri,aku memang suka subjek ni.ceh..ceh, ni kes nak "up" diri sendiri lah pulak ye! jangan marah... masa sekolah dulu,aku siap boleh ingat setiap tarikh dan peristiwa yang berlaku dan selalu menjadi rujukan kawan-kawan yang lain sebab tiap kali ujian dah tentu aku yang'score'. itu dulu ketika otak ini hanya ditugaskan untuk belajar,belajar dan belajar TAPI kini otak ni pun dah agak slow sikit sebab dah banyak benda yang nak kena ingat....hihiii.. nak ingat masak,nak ingat kerja rumah,macam-macamlah...

apa pun bagiku,sesibuk bagaimana sekalipun kita, takkan kita tak boleh ingat hari bersejarah untuk negara kita kan? tarikh 31 OGOS 1957 tetap akan dikenang sebagai tarikh "keramat" buat negara dan kita warganya.

kita menjadi warga yang merdeka,bebas menentukan corak negara,bebas untuk membina kejayaan,bebas untuk meraih peluang dan kesempatan yang ada.pendek kata apa sahaja yang ada di bumi MALAYSIA adalah milik kita untuk meraihnya!!!

kita adalah warga MERDEKA. takkan kita nak biarkan MERDEKA ini dinodai,dicabuli dan seterusnya manarik kembali dari kita...kita tak ingin dikongkong lagi apatah bertuankan 'orang lain' untuk meneruskan kelangsungan hidup kita! MERDEKA ini harus dipertahankan maruahnya walaupun kiri dan kanan kita diasak untuk melepaskan MERDEKA ini.

marilah kita bersama-sama menyambut MERDEKA ini bukan setakat meraikan cuti sehari TETAPI lebih kepada itu menceritakannya kepada generasi di bawah kita supaya selamanya kita menghirup udara MERDEKA.

lirik lagu Tanggal 31 OGOS -nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad

Tanggal tiga puluh satu
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka, Merdeka, Tetaplah Merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal tiga puluh satu
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia, Hari yang bahagia
Sambut dengan jiwa yang Merdeka

Mari kita seluruh warganegara
Ramai-ramai menyambut hari Merdeka, MERDEKA!!
Tiga satu bulan lapan, Lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku Merdeka

(2x)

Merdeka, Merdeka, Merdeka....!
MERDEKA!!




ALAHAI...

Monday, August 30, 2010

GULAI LEMAK KETAM TAMAN MAJU

salam kepada semua.semalam menjengah ke kampung sekejap.berbuka dengan keluarga mertua dan ipar duai.biasalah bila beramai-ramai ni,akan keluarlah menu yang pelbagai citarasa. untuk semalam menu ketam inilah yang menjadi fokus utama kami semua! apa taknya,ketam-ketam yang dibeli ni memang masih fresh lagi.baru "naik" ke jeti.apa lagi,bergulai ketamlah kita!

untuk budak-budak,dibuatkan sup ketam.ni untuk mak bapak budak pulak...hihihi...ketam dimasak gulai.memang sedap dan manis sangat. orang kata 'benda baru 'memang manis kan...yang tak tahannya sambil kita nak makan,nak juga mengupikkan untuk budak-budak semua. alahai...nasib baik tak ada yang kena sepit!hihihi... kita lihat resepinya:

BAHAN-BAHAN:

ketam-yang telah siap dibersihkan
cili kering dan sedikit cili padi (terpulang kepada kadar kepedasan kalian)
bawang putih dan bawang merah
kunyit hidup,sedikit halia
(dikisarkan bahan di atas kecuali ketam!)
serai dititik
santan
air secukupnya
garam secukup rasa.

1.masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama serai,santan,ketam dan
air secukupnya untuk kuah.jika suka kuah lebih bolehlah ditambahkan
lagi air.

2.masukkan garam secukup rasa dan masaklah sehingga mendidih dan boleh
diangkat.

3.sedia untuk dihidang.sangat mudah dan cepat!


ALAHAI...

Saturday, August 28, 2010

PERGI YANG TAKKAN KEMBALI LAGI


salam ketemu kalian semua.walaupun dah terlambat satu hari,aku ingin mengucapkan selamat berhujung minggu yang panjang kepada kalian yang mula bercuti semalam sehingga hari merdeka nanti.semalam juga kita telah menyambut 17 Ramadan bersamaan hari Nuzul Al Quran. semoga Allah teguhkan iman, kesabaran dan kematian kita dalam Islam.amin...

semalam pagi jam 5.20 sewaktu tengah makan sahur- telefon berbunyi; 'dik,abang dah tak ada lagi...' Allahu Akbar! suara kak tehku di hujung talian dari Hospital Besar KL, Innallillahhirojiunn...pergi seorang abang iparku Samsor B Jantan untuk menghadap Penciptanya.

apa lagi,aku berhenti makan dan terus menghubungi adik beradikku yang lain.akulah yang menjadi tukang reporternya.

abang iparku berusia 44 tahun baru dimasukkan ke wad HBKL pada hari selasa yang lepas kerana dikesani terdapat cecair dalam otak.sebelum itu,dia hanya mengalami simptom kaki kebas. tetapi apabila dibawa ke doktor untuk pemeriksaan lanjut barulah tahu apa punca sebenar penyakitnya.memang selama ini,dia hanya mengadu selalu sakit kepala dan ambil panadol lepas tu baiklah.macam tulah biasanya kata kak tehku.jadi mereka sekeluarga tidak mengesyaki sesuatu yang lebih dari itu! Allah maha mengetahuikan...

hari Selasa dia ditahan wad,hari Khamis menjalani pembedahan menyedut cecair di otak, dan pagi semalam (Jumaat), dia pergi buat selamanya. begitu mudah percaturan Allah berikan kepada dia dan sekaligus kepada anak dan isterinya. paling cantik,pada hari Jumaat,bulan Ramadan dan hari Nuzul Quran pulak tu! alahai...

segala urusan telah disempurnakan di hospital dan jenazah hanya dibawa pulang ke surau berhampiran rumah untuk disembahyangkan sahaja dan untuk memberi peluang kepada saudara mara menatap wajahnya buat kali terakhir!seterusnya satu perjalanan terakhir dari kawasan rumah untuk menuju satu persemadian yang kekal abadi...di sinilah,persemadian terakhir bukan sahaja untuk abang iparku tetapi persemadian terakhir juga untuk kita semua. tinggallah anak,isteri,keluarga,sanak-saudara...pergi ini tidak akan kembali lagi.bakal ketemu di akhirat kelak! titipan doa diharap selalu semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah abang iparku ini.



ALAHAI...

Thursday, August 26, 2010

POPIA PAK YA POWER memang kenyang dah!

kalau ditanyalah atau dibuat survey tentang juadah kuih di bulan puasa ni,agaknya kuih apa yang menduduki tangga teratas ye....? kalau ditengok di bazar Ramadan- kebanyakkannya ada gerai yang menjual benda yang sama di antara satu sama lain.contohnya; murtabak,roti john,tepung pelita,popia adalah senarai yang popular!

Ya Allah, selang satu gerai,dah ada balik gerai yang jual benda yang sama.murtabak ni paling glamour lah katakan! murtabak ayam,murtabak daging dan murtabak Singapore.kalau roti john pulak, emm...pun sama.ada roti john ayam,daging ditambah pulak dengan sos lada hitam,mayonis dan sebagainya dengan pelbagai nama yang direka semata menggaburi mata pembeli.

bercakap pasal popia pulak...aku memang pilih POPIA PAK YA POWER ni sebagai pemenang. popia ni kedapatan di bazar Ramadan Desa Pandan,KL. terdapat 2 jenis-popia basah dan kering.apa sedapnya?

popia ni, dapat makan 2 keping(kalau boleh dipanggil keping) pun dah cukup.saiznya yang besar,isi dalamnya yang penuh.kira dah cukup kenyang rasanya perut. isinya penuh dengan inti macam popia-popia yang lain tu jugak tapi ada di dalamnya telur goreng yang dihancurkan. entahlah mungkin kata orang lain macam sama ajekan...tapi memang kalau time bulan puasa ni, popia nilah yang aku nak makan!

tapi yang paling tak syoknya-kena beratur panjang kalau nak beli ni.orang punyalah ramai...sakitlah kalau nak beli setakat 1@2 aje.memang tak berbaloi.kalau nak beli,beli terus 1 set dia-RM5 untuk 5.kiranya 1=RM1.
terima kasihlah pada kak cik ku yang pergi belikan untuk aku semalam.dia belikan aku 1 set -2 yang goreng dan 3 yang basah.aku sorang je makan 4.satu lagi tu pakwe aku yang makan! ingat baru hujung minggu ni nak pergi beli. so,tak payahlah aku pergi lagi.dapat sekali makan dah cukuplah.kata orang 'lepas mengidam' hihihi...memang power!!!


ALAHAI...

Wednesday, August 25, 2010

BATAL PUASA KE? BIASA DENGAR TAPI KURANG JELAS...


hari ni dah masuk 15 hari kita berpuasa kan...rasa sekejap sangat.tinggal separuh lagi perjalanan kita dan lepas tu jika kita ada lagi-akan jumpa Ramadan semula tahun depan. nampaknya Sakinah masih teguh dan bertahan lagi.al hamdulillah. kalau tahun lepas dia dapat menghabiskan 25 hari sahaja sebab 5 hari yang last tu dah demam dan kena gastrik,harap tahun ni penuhlah! mudah-mudahan.mama doakan Ina!semalam-ada satu kes kawan aku Siti, dia dapat "tangkap" anak dia yang darjah satu tu tak puasa.tapi, yang nak dijadikan cerita, anak dia nampak macam puasa yelah letih,nak tidur lah...tapi dapat tangkap anak makan gula-gula kat dalam bilik.apa lagi kena dengar khutbah la...macam-macam kan...budak-budak.jangan yang dah jadi mak bapak budak buat macam tu sudahlah!

nilah nak sembang sikit pasal bab-bab batal puasa ni.yelah,walaupun kita dah dewasa,kadang-kadang tu keliru jugak dengan perkara-perkara yang membatalkan puasa kita! sedikit perkongsian yang aku dapat daripada USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL (Sumber : Akh. Nawawi Subandi)untuk menjadi renungan kita bersama.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
1. Makan dan minum dengan sengaja (ijmak ulamak);

berdalilkan pemahaman dari ayat Allah; "...maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)...". (al-Baqarah; 187) Allah Subhabahu wa Ta'ala berfirman:

"Dan makan serta minumlah sehingga terang bagimu benang putih dan benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga (datangnya) malam." (al-Baqarah, 2: 187)

Dengan demikian, dapat difahami bahawa puasa itu adalah menahan diri dari makan dan minum. Ini kerana sekiranya orang berpuasa sengaja makan dan minum bererti ia telah berbuka (tidak berpuasa). Jika orang yang sedang berpuasa melakukannya atas sebab lupa, salah atau dipaksa, maka ianya tidak membatalkan puasanya. Perkara ini adalah berdasarkan dalil-dalil sebagaimana berikut: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Jika seseorang itu terlupa sehingga dia makan dan minum, hendaklah dia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum."
(Hadis Riwayat al-Bukhari (4/135) dan Muslim (1155))

"Sesungguhnya Allah memberi maaf kepada umatku kerana salah atau lupa dan kerana dipaksa."(Hadis Riwayat at-Thahawi di dalam Syarhu

Ma'anil Atsar (2/56), al-Hakim (2/198) Ibnu Hazm di dalam al-Ihkam (5/149) ad-Daruquthni (4/171) melalui dua jalan dari al-Auza'i, dari 'Atha' bin Abi Rabah, dari Ubaid bin 'Umair, dari Ibnu 'Abbas)

2. Bersetubuh
dengan isteri pada pada siang hari bulan Ramadhan walaupun tanpa keluar mani (ijmak ulamak); berdasarkan pemahamana dari ayat di atas.

Imam asy-Syaukani berkata (Dararil Mudhiyyah (2/22)): "Jima' dengan sengaja, tidak ada ikhtilaf (perbezaan pendapat) padanya bahawa perkara tersebut membatalkan puasa, adapun jika jima' tersebut terjadi kerana lupa, maka sebagian ulama menganggapnya sama dengan orang yang makan dan minum dengan tidak sengaja."

Ibnul Qayyim berkata (Zaadul Ma'ad (2/66)), "al-Qur-an menunjukkan bahawa jima' membatalkan puasa sebagaimana halnya makan dan minum, tidak ada perbezaan pendapat dalam perkara ini."

Dalilnya adalah firman Allah:
"Sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untuk kalian." (al-Baqarah, 2: 187)

Diizinkan bergaul (dengan isterinya) di malam hari, maka dapat kita fahami bahawa puasa itu dari makan, minum dan jima'. Barangsiapa yang membatalkan puasanya dengan jima', maka dia harus mengqadhanya dan membayar kafarat. Dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, (dia berkata):

"Pernah datang seseorang kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam kemudian berkata, "Ya Rasulullah, binasalah aku!" Rasulullah bertanya, "Apakah yang membuatmu binasa?" Orang itu menjawab, "Aku menjima'i isteriku di bulan Ramadhan." Rasulullah bersabda, "Apakah kamu mampu memerdekakan seorang budak?" Orang itu menjawab, "Tidak." Rasulullah bersabda, "Apakah engkau mampu memberi makan enam puluh orang miskin?" Orang itu menjawab, "Tidak." Rasulullah bersabda, "Duduklah." Dia pun duduk. Kemudian ada yang mengirimkan (membawakan) satu wadah kurma kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Rasulullah bersabda, "Bersedekahlah dengan kurma ini." Orang itu berkata "Tidak ada di antara dua kampung ini keluarga yang lebih miskin dari kami." Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pun tertawa hingga terlihat gigi serinya, lalu beliau bersabda, "Ambillah, berilah makan kepada keluargamu."

(Hadis sahih dengan berbagai lafadz yang berbeza dari al-Bukhari (11/516), Muslim (1111), at-Tirmidzi (724), al-Baghawi (6/288), Abu Dawud (2390) ad-Darimi (2/11), Ibnu majah (1671) Ibnu Abi Syaibah (2/183-184) Ibnu Khuzaimah (3/216) Ibnul Jarud (139) asy-Syafi'i (299) Malik (1/297) dan Abdur Razzaq (4/196). Sebahagian mereka memursalkannya dan sebahagian yang lainnya menyambungkannya. Lihat juga di dalam Fathul Bari oleh al-Hafiz Ibnu Hajar (11/516))

3. Muntah
dengan sengaja walaupun sedikit (berdasarkan pandangan Imam Malik dan Syafi'ie); berdalilkan hadis Nabi s.a.w.; "Sesiapa yang terpaksa muntah, maka (tidaklah batal puasanya dan) ia tidak wajib mengqadha' dan sesiapa yang sengaja muntah, maka (batallah puasanya dan) ia wajib mengqadhanya"

(HR Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).

Mengikut pandangan Imam Abu Hanifah; tidak batal puasa kecuali banyak (penuh mulut). Jika muntah berlaku tanpa sengaja tidak batal puasa dengan ijmak ulamak.

Barangsiapa yang muntah kerana terpaksa atau tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasanya. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Barangsiapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib baginya untuk meng-qadha puasanya, dan barangsiapa muntah dengan sengaja, maka wajib baginya mengqadhakan puasanya."

(Hadis Riwayat Abu Dawud (3/310), at-Tirmidzi (3/79), Ibnu Majah (1/536) Ahmad (2/498) melalui jalan Hisyam bin Hassan, dari Muhammad bin Siren, dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu. Sanadnya sahih, sebagaimana yang disampaikan oleh Syaikhul Islam di dalam kitab Haqiiqatush Shiyaam, m/s. 14))


4. Kedatangan haid dan nifas (ijmak ulamak);
wanita apabila kedatangan haid atau nifas, maka batallah puasanya dengan sendirinya. Kemudian wajib ia menggantikan puasanya pada hari-hari lain di luar Ramadhan.

Jika seseorang wanita haidh atau nifas, pada suatu bahagian siang tertentu (di bulan Ramadhan), sama ada di awal atau pun di akhir waktu, maka mereka harus berbuka dan mengqadhakannya. Jika mereka tetap berpuasa, maka puasa tidaklah sah.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Bukankah jika haid dia tidak solat dan puasa?" Kami katakan, "Ya." Beliau berkata, "Demikianlah kekurangan agamanya."

Dalam riwayat lain disebutkan:

"Beberapa malam dia diam tidak mengerjakan solat dan tidak juga berpuasa pada bulan Ramadhan. Jadi, inilah kekurangan agamanya."
(Hadis Riwayat Muslim (79) dan (80) dari Ibnu 'Umar dan Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu)

Perintah mengqadhakan puasa juga terdapat di dalam riwayat Mu'adzah, dia berkata:

"Aku pernah bertanya kepada 'Aisyah, "Mengapa orang haid mengqadha puasa tetapi tidak meng-qadha solat?" 'Aisyah berkata, "Apakah engkau wanita Haruri" (Haruri dinisbahkan kepada Harura' (iaitu) negeri yang jaraknya 2 batu dari Kufah. Mereka yang memiliki sikap membantah dinisbahkan kepada kelompok tersebut (kelompok khawarij)) Aku menjawab, "Aku bukan Haruri, tetapi hanya (sekadar) bertanya." 'Aisyah berkata, "Kami pun haid ketika puasa, tetapi kami hanya diperintahkan untuk mengqadha puasa, tidak diperintahkan untuk mengqadha solat."
(Hadis Riwayat al-Bukhari (4/429) dan Muslim (335))

5. Mengeluarkan air mani
dengan perbuatan secara lansung yang disengajakan seperti mengeluar dengan tangan (sama ada tangan sendiri atau tangan isteri), bercium atau berpelukan dengan isteri dan sebagainya. Adapun jika keluar mani kerana melihat atau berfikir/khayal, tidaklah membatalkan puasa –kerana ia seumpama mimpi- kecuali orang yang menjadi kebiasaan baginya. Namun begitu perbuatan tersebut adalah makruh. Begitu juga, jika yang keluar adalah air mazi, tidaklah membatalkan puasa.

6. Memasukkan sesuatu bukan makanan
melalui saluran terbuka yang menyampai ke rongga perut, yakni memasukkan melalui mulut atau hidung. Perkara ini membatalkan puasa mengikut mazhab Syafi'ie, Malik dan jumhur ulamak dengan mengkiaskannya kepada makanan dan minuman.

Iaitu menyalurkan zat makanan ke perut dengan maksud memberi makanan bagi orang yang sakit. Suntikan seperti ini membatalkan puasa, kerana memasukkan makanan kepada orang yang sedang berpuasa. Adapun jika suntikan tersebut tidak sampai kepada perut tetapi hanya ke darah, maka inipun juga membatalkan puasa, kerana kandungan cecair tersebut kedudukannya menggantikan kedudukan makanan dan minuman. Kebanyakan orang yang pengsan dalam jangka waktu yang lama diberikan makanan dengan cara seperti ini, seperti jauluz (glukosa) dan salayin (garam/Sodium), demikian pula zat-zat yang diberikan kepada sebahagian orang-orang yang sakit asma, maka inipun membatalkan puasa.

7. Memasukkan ubat melalui lubang dubur; membatalkan puasa mengikut jumhur ulamak kecuali Imam Malik (mengikut satu pandangannya) dan Imam Daud.

8. Menitikkan air atau ubat ke dalam lubang telinga dan lubang kencing membatalkan puasa menurut Imam Syafi'ie. Begitu juga, menyedut ubat melalui hidung

Ketetapan umum dalam mazhab Syafi'ie; membatalkan puasa dengan memasukkan sesuatu ke rongga dalam badan (iaitu rongga halqum ke perut, rongga kepala (otak), usus dan pundi kencing) melalui saluran yang terbuka di badan. Sama ada benda yang dimasukkan itu kecil atau besar, makanan atau bukan makanan. Yang dimaksudkan saluran terbuka pada badan itu ialah mulut, hidung, telinga, kemaluan/faraj (saluran kencing) dan dubur (saluran berak).

9. Pengsan
sepanjang hari akan membatalkan puasa dengan disepakati sekelian ulamak. Adapun tidur sepanjang hari tidak membatalkan puasa dengan ijmak juga.

10. Gila;
jika seseorang itu menjadi gila, batallah puasanya kerana ia telah hilang darinya kelayakan untuk beribadah.

11. Berbekam (mengeluarkan darah);
batal puasa mengikut Imam Ahmad. Jumhur ulamak tidak membatalkannya.

12. Berniat keluar dari puasa;
batal puasa mengikut Imam Ahmad. Menurut Abu Hanifah, majoriti ulamak mazhab Maliki dan yang rajih dalam mazhab Syafi'ie; tidak batal puasa.

moga mendapat sedikit info yang boleh dimanfaatkan.


ALAHAI...

Tuesday, August 24, 2010

TV3-ADA HADIAH UNTUKKU...

aku ni kalau free,suka jugak melayan program rancangan APA-APA AJE TV3 tu.pernah tengok tak rancangan ni?pengacaranya Kenchana Dewi dan Shamsul Ghau-Ghau.kalau siri yang pertama dulu beliau bersama Sheila Rusly,lepas tu dengan Amy Mastura dan kali ni dengan si Kenchana yang tak kurang juga kecohnya...aku memang mengikuti siri ini dari dulu lagi.selalu jugak aku jadi pemanggilnya untuk memberi pendapat terhadap sesuatu isu yang dibincangkan pada hari itu.

dah nak dijadikan rezeki aku agaknya,Allah nak gembirakan aku-yelah minggu lepas diujiNYA aku atas apa yang jadi pada Hakimi. hari ni pulak DIA buat hatiku gembira!aku buat panggilan pada rancangan tersebut untuk memberi pendapat macam biasalah atas tajuk-Siapa lebih cemburu? isteri atau suami...tak sangka pulak ada hadiah untuk aku sebagai pemanggil bertuah. Ya Allah bertuah betul...kalau mengikut pendapat akulah...hihii...isteri lagi cemburu! ada yang setuju? yelah kita orang perempuan ni memang sejak azali lagi dah dibekalkan dengan 9 nafsu dan 1 akalnya.maka logiklah kiranya cemburu itu termasuk dalam 9 nafsu itu.

jadinya,aku pun katalah yang isteri ni(akulah) cepat aje rasa cemburu kalau dirinya dibanding-bandingkan dengan orang lain,suami cakap tentang orang lain dan bla..bla...macam aku,bila habis konvo dulu-aku susah nak dapat kerja tetap.semua kerja sementara.pakweku pulak-habis konvo dia terus dapat kerja tetap macam sekarang.tu dah buat aku cemburu kat dia.sampaikan kalau jumpa je mesti ada isu nak didebatkan yang akhirnya akan jadi gaduh! (ni flashback masa cintan-cintun dulu)

lepas tu,bila suami sebut sikit pasal staf dia yang perempuan-alahai...dah mulalah rasa semacam je hati ni..pendek kata cepatlah cemburukan! tapi itu semua masa mula-mula nak belajar hidup bersama dengan dia. sekarang bila usia dah bertambah-akal harus mendepani nafsu supaya akal mengawal nafsu...hihii...

semalam aku pergi ke Sri Pentas TV3 untuk mendapatkan hadiah yang dimaksudkan itu...apa hadiahnya? hadiah yang ditaja oleh BABA'S yang berupa 6 paket rempah kari serta bekas rempah kedap udara.syukur,rezeki jangan ditolakkan...ada segala rempah-untuk kari udang,daging,ikan,rempah kunyit,serbuk cili.macam kata iklan Celcom tu...BERBALOI...sesuai sangat untuk masak-memasak menjelang raya nanti.


ALAHAI...

Monday, August 23, 2010

BILA ANAK SIHAT,MAMA PUN SIHAT...

bertemu kembali...al hamdulillah dah 2 hari tak update blog ni,baru pagi ni berkesempatan.segala pujian hanya padaMU ya Allah yang mendatangkan segala penyakit dan menyembuhkan kembali.

syukur-anak bujang kecikku-Hakimi dah kembali sihat seperti sediakala.4 hari yang menyakitkan dia dan merisaukan aku juga? masuk hari ke 5 baru boleh tidur dengan lena,kurang meragam,boleh main sendiri dan tidaklah melekap sahaja di bahuku ini!

demam dan baik,sakit dalam mulut pun sudah beransur.tidak lagi meleleh air liur atau pun merengek bila disuakan makanan.apa tidaknya,kalau sebelum ni-tunjuk makanan aje,dah nak.tapi bila sakit, tambah-tambah sakit dalam mulut...alahai semua rasa tak sedap! bad mood aje dia.tapi sekarang al hamdulillah dah nak makan seperti biasa.legalah aku...ya Allah, DIA sahaja yang tahu bila anak sakit ni...mama pun sakit.bila anak sihat,mama baru rasa SIHAT!!!

sekarang yang tinggal hanya kesan-kesan merah tu dah menjadi kering. adalah tanda-tanda sikit...tak apalah.kulit baby ni bukan ke akan berubah...jadi tak perlulah nak risau tentang itu.

sebut pasal menu berbuka bila anak sakit ni?emm...buat yang simple tapi cukup zat kesemuanya, sudah kira memadai.memang badan tak larat dibuatnya bila anak sakit...

semalam memenuhi jemputan berbuka di rumah Kak Ngahku di Bangi.baru ni nak keluar bawak Hakimi.sebab hari tu doktor dah pesan supaya tidak keluar berjalan.takut berjangkit pulak pada yang lain khususnya baby.

menu berbuka?...mee rebus dan nasi pun ada jugak-berlaukkan ayam,ikan haruan gulai lemak cili padi bersama belimbing...alah gambarnya tak diambil pulak!hihihi...bila lauk depan mata,lupa semua! alahai...
ni ha,kak cikku sibuk promot cempedak goreng dia yang ala-ala macam ayam goreng tu.sekali tengok macam ayam goreng! tapi cempedak goreng...emm... Ya Allah, selalu makan yang simple aje-tapi hari ni memang perut TERperanjat dengan macam-macam yang ada ni...sampaikan kak ngahku suruh bungkus lagi untuk bawak balik, katanya buat makan sahur. hish,hish...kami tak makan berat-berat masa sahur ni!

apa-apa pun,
terima kasih daun keladi kepada orang Bangi.
kalau ada boleh jemput kami lagi...


ALAHAI...

Friday, August 20, 2010

HFMD-Hakimi masih sakit lagi-ujian untuk kami...

hari ni masuk hari ke 2 Hakimi masih dalam keadaan tak sihat.merengek sentiasa.ada saja yang tak kena.kalau dah tak sihat begini-tak ada orang lain yang dia nak kalau tidak aku ni...dengan papanya juga tak mahu! alahai...

selepas 1 hari makan ubat yang diberikan doktor,barulah semua tanda kemerahan itu keluar dengan jelas pada tangan,kaki dan mulut.kalau sebelumnya hanya nampak macam merah-merah sedikit,tapi yang ini dah nampak ia seakan melepuh jadinya.

dalam mulut dah banyak merah dan putih-ada pada lelangit dan di anak tekak.aduh mesti rasa sakit ni...dia belum pandai cakap lagi jadinya menangis tulah caranya nak beritahu agaknya betapa sakit yang dirasa. bila dia nangis tu rasa tak tahan pulak aku melihatnya.air liur meleleh keluar...tapi aku tetap kasi makan jugak walaupun aku tahu dia sakit nak telan.

aku kasi dia makan bubur nasi lembik.syukur,dia nak jugak makan,minum dan menyusu terutamanya dan masih tetap buang air besar.bila aku study kes di internet ni,al hamdulillah-anakku masih nak makan seperti biasa walupun dalam kuantiti yang sedikit.dalam internet ni,macam-macam kes mengenai virus macam ni...mintak dijauhkan Allah dari segala yang tak baik! selain tu, aku kerap juga kasi dia minum yogurt dengan harapan supaya sakit dalam mulut tu cepat beransur sihat.senang sikit kalau sihat-boleh makan dan minum seperti biasa.

Ya Allah-aku dan pakweku dah 7 tahun relax tak dengar nangis baby, yelah Sakinah dah masuk 7 tahun baru aku dapat Hakimi. kali ni bila Hakimi sakit-satu rumah jadi sakit.kata pakweku-untuk berbuka,tak payah masak pun tak apa,boleh beli kat luar,tapi aku ni tak sukalah nak beli kat bazar ramadan ni.dulu dah pernah kena sekali cirit birit-taubat aku nak beli-beli sangat! masak juga tapi ringkas sahaja. cukup ada lauk utamanya,sayur dan sedikit sup.dah cukup bagi kami.masa-masa ni,tak fikir nak makan sedap...alahai...

aku rasa dah 2 malam jugak jiran-jiran sebelah ni mendengar tangisan Hakimi betul-betul pada masa orang syok tidur...yelah-dia selalu sedar dalam pukul 1-2 macam tu...lepas tu nangis tak henti.tunjuklah apa pun,dia tak layan dah.kasi apa pun tak nak.dukung ajelah jawabnya...nak dukung pulak tu? emmm....aku aje yang dia nak.walaupun papa dia nak dukung pun,dia tak nak jugak!

Ya Allah,kembalikan kesihatan,kegembiraan,kelegaan pada anak kami Hakimi...amin.


ALAHAI...

Thursday, August 19, 2010

PENYAKIT TANGAN,KAKI DAN MULUT(HFMD) dan Perawatannya

sejak malam semalam sehingga hari ni,Hakimi belum sihat sangat.semalam tengahari lepas aje aku hantar Sakinah ke sekolah,aku ke klinik Dr Wan.bertanya mengenai status kesihatan anakku ini.yelah bila anak sakit, kita yang jadi ibulah yang paling risau.papanya risau jugak,tapi tuntutan kerja dan rasanya aku boleh handle! wah super mamalah katakan...hihii..sempat pulak angkat bakul sendiri ye!

bila dilihat Dr Wan-dia mengatakan anakku terkena virus HFMD.dalam kumpulan yang hampir sama tetapi tanda yang berbeza.kalau dulu Sakinah pun pernah kena, tanda kemerahan yang keluar daripada seluruh badan sampai lah ke tapak kaki.untuk Hakimi ni pulak,apa yang aku perhatikan,tanda merah-merah seakan berair pada bahu,lengan dan betis.kemudian ada keputihan pada lelangit dalam mulutnya.agaknya sebab nilah dia asyik merengek sepanjang malam dan siang!

Dr kata,pemantauan pada makan dan minum dia.beri banyak makanan berair takut hidrasi pulak.mulut sakit,susah nak telan makanana.beri makanana yang sejuk seperti ais krim,jeli...yang bagusnya,Hakimi masih nak menyusu seperti biasa.syukur!mudah-mudahan susuku ini akan jadi penawar penyakitnya.

walaupun kita yang sendiri jaga anak kita di rumah,tapi kalau yang bernama penyakit tu nak datang jugak, ia tetap datang.alahai...

Dr bekalkan aku ubat demam,antibiotik dan ubat kebas mulut.apa yang penting kena pantau suhu demamnya jangan sampai melewati 38 lebih dan ke atas.bahaya pada otak bimbang terkena sawan.

justeru,aku pun googlelah info mengenai penyakit ni-berikut di bawah ini artikel yang ku dapat daripada drazwan.blogspot.com yang sangat bermanfaat buatku.ingin ku kongsikan bersama kalian sekiranya mempunyai anak kecil seperti aku. terima kasih doc kerana info ini!
*********************************

Marilah kita sama-sama berkongsi pengetahuan tentang penyakit yang pernah menjadi endemik di Sarawak dan Johor sesuatu ketika dahulu dan menyebabkan lebih 30 kematian.

Artikel tentang HFMD ini adalah dirujuk daripada garispanduan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kes HFMD.


Definisi dan Penyebab

HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.


Cara jangkitan

HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.


Gejala Penyakit

HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan


Perawatan HFMD.

HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.

Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.


Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.


Elakkan Jangkitan!

Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.


Jangan Panik


Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.


Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.


ALAHAI....

(Ya Allah sembuhkan anakku Ya Allah...moga Hakimi sihat seperti sediakala.amin)

Wednesday, August 18, 2010

ADUH....LAMBAT!!!

hari ni masuk hari ke 8 kita berpuasa.ada apa-apa tragedi yang berlaku? hihii... ada kawan yang masih belum sempat ke BARAM (bazar ramadan),ada yang beli lauk rasanya alahai... ke tong sampah jua akhirnya,ada yang beli kuih, gula macam lori gula terbalik rasanya...macam-macam cerita! tapi aku belumlah rasa macam tu CUMA aku hari ni tak bersahur gara-gara DAH LAMBAT!!!

malam tadi Hakimi buat hal dia-sekejap-sekejap bangun.tidur macam tak lena.baru tidur kejap,eh dah bangun balik...yang kena bangunnya akulah sebab dia menyusu badan.rasa badan dia-ada sikit panas.emm...meragam budak tak sihat lah ni.jadinya aku ni baru je rasa nak dibuai mimpi dah tersedar balik.last-last terus tak sedar.sedar balik...ALAMAK! dah pukul 5.58 la..

apa lagi-bingkas kejutkan pakweku-kata dia, 'tak yah lah nak sahur lagi.baca niat aje.' yelah,kita ni dah "tua" tak pe jugaklah kalau tak bersahur. kesian pulak Sakinah.aku kejutkan jugak dia walaupun di masjid rumah ni dah azan.aku suruh jugak dia bangun minum milo dengan oat.nasib baik dia pun senang bangun pagi ni. apa lagi,cepat-cepat minum-makan sebiji kurma dah!

aku pesan dekat dia;" ina kena kuat semangat.cakap kat diri ina yang ina nak puasa.macam Nabi pun dulu sahur baginda hanya makan kurma dan air susu,lepas tu Nabi kena pergi berperang,berjalan kaki jauh, tapi tetap bersemangat...ina pun kena kuat macam tu jugak "

nampaknya dia positif, dia kata dia nak puasa jugak! mudah-mudahan dia berjaya habiskan puasanya hari ni.memanglah kalau diikut-ikutkan dia masih belum diwajibkan utnuk berpuasa pun,tapi biarlah ini sebagai pengajaran untuknya.lagi pun bukan nak buat kerja teruk sangat!pergi dan balik sekolah dihantar,bukan berjalan kaki.cuma mungkin terasa penat bila nak ke kelas tu terpaksa naik tangga 3 tingkat.

ALAHAI...

Tuesday, August 17, 2010

MEE KARI SETIAKAWAN


apa menu buka semalam? nampaknya bulan puasa ni,otak kita yang chef di dapur ni harus sentiasa kreatif untuk menyediakan juadah berbuka ye! tidak nanti orang dalam rumah rasa jemu dan kurang motivasi untuk berpuasa-ni untuk anak-anak lah, bukan yang dah tua-tua ni...hihihi...

semalam aku buat mee kari.yelah kat kampung dah makan yang agak berat-nasi dengan pelbagai lauk oleh mertuaku, kata pakweku hari ni buat yang simple dah lah.fikir jugak apa yang simple nak buat ni?...haah...dapat idea nak buat mee kari! lagi pun hari ni birthday Kak Lang ku-bolehlah jemput dia dan Kak cikku sekali datang berbuka bersama.tapi sayang kek tak ada! lain kali lah nampaknya.petang semalam kan hujan...bila dah hujan,nak keluar pun susah.traffic jam ada di mana-mana.

mee kari ni adalah rangkuman 3 resepi yang satu aku punye sendiri,dan yang dua lagi aku dapat melalui rakan blogger yang lain.masing-masing ada kelainan tersendiri jadi aku rangkumkan ketiga-tiganya makan jadilah MEE KARI SETIAKAWAN. mari kita perhatikan bahan-bahannya.

BAHAN-BAHAN

mee kuning

sawi

taugeh

tauhu goreng-separuh masuk dalam kuah dan separuh lagi
makan semasa hidang

fish cake

bawang putih,bawang merah dan udang kering-dikisar

*cili kering
*rempah kari daging@ makanan laut
dibancuh bersama dengan sedikit air untuk dijadikan pes

3 sekawan

kerang-rebus untuk ambil isinya

udang-dibuang kulit dan rebus kulitnya itu dengan air yang secukupnya
kemudian kisar kulit tersebut untuk mendapat air rebusan

ayam- digoreng dengan garam kunyit dan kemudian dicarik-carik

keledek merah-rebus hingga empuk kemudian kisarkan

telur-rebus dan belah dua

lada merah

limau kasturi

daun kari

santan-untuk kuah lebih ump! gunakan santan dari kelapa parut...
bukan yang kotak punya

minyak masak untuk menumis

air secukupnya

garam secukup rasa


1. panaskan minyak-tumiskan 3 sekawan dan bahan kisar sehingga naik bau.

2. masukkan pes tadi-kacau,masukkan daun kari dan air rebusan udang.

3. kemudian masukkan santan, masukkan juga keledek yang siap dikisar.

4. masukkan udang,kerang,tauhu goreng dan fish cake.

5. rasakan garamnya dan masaklah sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
kalau nak kuah banyak,tambahkan air secukupnya.
dah pun siap untuk dihidangkan bersama bahan hiasannya! .

untuk hidangan

- sawi,taugeh dan mee dicelur seketika
- hiriskan lada merah
- limau kasturi dipotong 2
- ayam goreng dicarik-carik
- telur rebus-potong ikut suka la
- tauhu goreng




ALAHAI...

Monday, August 16, 2010

BERBUKA DI KG-serangan ketam dan udang!!!

pejam celik-pejam celik dah hari ke 6 kita berpuasa hari ini.semoga kita masih kuat lagi untuk menjalani ibadah puasa seperti yang lepas-lepas.semalam tak ada entri kat blogku ini.kami sekeluarga balik ke kampung untuk berbuka bersama-sama ahli keluarga sebelah pakweku.

sebelum balik,pakweku dah pesan awal-awal lagi dengan adiknya untuk mendapatkan bekalan ketam dan udang yang masih fresh lagi! kalau boleh yang masih hidup-hidup lagi tu...tak pelah kalau mahal sikit pun...

mertuaku tanya nak makan apa untuk berbuka...aku jawab-'hari ni nak makan seafood je.tak payahlah nak berkari-kari...

memang sampai petang tu,pakweku dan adiknya ke jeti di Sebatu untuk mengambil bekalan yang dipesan daripada nelayan yang baru naik ke darat.syukur,segala yang dipesan dapat! dapat 4 kg ketam dan 2 kg udang.hah! memang melantak ketam dan udang malam ni... harga?...emmm faham-faham ajelah kalau barang fresh macam ni harganya...tapi nak makan punye pasal-tu semua tolak tepilah...bukan selalu dapat pun.hihihi..
menu? memang tak masak untuk gulai pun...ketam tu aku buat sup-tumiskan sedikit bawang putih dan bawang merah,titik serai dan bubuh sedikit pes tomyam. bila dah mendidih kuah,pecahkan telur sebiji dan kacau cepat-cepat.dah pun siap!untuk udang pulak...aku buat goreng dengan garam kunyit aje.makan dengan cicah sos!semua nak makan gitu aje.kata nak meratah!masak gulai tu...kemudian pun boleh.nilah kesempatan nak makan yang betul-betul fresh dari bot nelayan.
budak-budak? emmm...jangan cakaplah.sakinah aje yang puasa-sepupu yang lain tu belum cukup umur lagi.tapi bila masa berbuka,YA Allah...kalut semacam!kelam kabut diorang ni nak makan ketam!yang masalahnye...kenelah kita ni ha orang dewasa yang mengupitnya!diorang ni tahu nak isi aje..kita ni yang kene kerja!mana nak masuk mulut,mana nak kupitkan untuk budak-budak ni...alahai...memang kalut!semua lupa diri sekejap!!!

ni satu benda yang tak pernah tengok apatah lagi merasainya...kata adik iparku ni spesis macam siput jugak.tapi sikit lain.ada isi di dalam.cengkerang je yang besar tu...isinya sikit sangat!teritip yang tumbuh di kulitnya tu pun boleh makan juga rupanya! bila kita rebus, kita boleh keluarkan isinya dan makan terus!

ALAHAI...

Saturday, August 14, 2010

KANGKUNG? sedap TAPI berhati-hati


ADAKAH ANDA PENGGEMAR KANGKUNG?
Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dan lain-lain yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda. Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut.

Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh. Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.


Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil. Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.


Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.


Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.


oleh sedemikian,sebagai ibu yang bertindak menjadi chef di dapur-adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kebersihan setiap hidangan kita.yelah,kalau terjadi apa-apa sudah tentu yang susahnya siapa? ...kalau tak KITA jugak kan! betul tak? kalau kat kedai tu,kita pilihlah tempat makan yang bersih persekitarannya atau pun pilih lah sayur yang lain.

dulu ada satu cerita yang ada orang jumpa macam cacing dalam masakan kobis bulat... alahai.. susah nak komenkan... yelah,kalau di rumah bolehlah kita cuci dengan bersihnya TAPI kalau makan di luar tu...emmm bagiku pulak sayur kobis bulat ni memang tersangat jarang masuk kat rumah aku. kangkung tu ada jugaklah bila nak buat nasi goreng kampung tapi lepas ni akan lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip didalamnya.


Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.


Best Regards,
Dr. Nor ni Abdullah,
Psychiatrist,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
42500 Klang,
Selangor.
Tel : +60333756279
Fax : +60333729089

p/s: hati-hati

(t. kasih Helmie)

ALAHAI...

Friday, August 13, 2010

BERSAHUR MEMBAWA BERKAT


bila bercakap mengenai sahur ni...alahai... ada yang kata leceh lah,ngantuklah, kita makan awal lepas tu tak payah bangun lagi dan macam-macam alasan.rasanya kita kurang tahu mengenai kelebihan sahur tersebut,maka itulah jadinya pelbagai alasan.

bagiku pulak,kalau sahur biasanya aku dan suami hanya bangun makan oat bersama air milo dan sedikit kurma.tapi untuk Sakinah,aku bangun untuk masakkan dia nasi dan sedikit sayur.biasanya aku buatkan sup sayur dan telur goreng.kesian pulak kalau biarkan dia makan oat je.
(gambar:muka nak makan sahur...mata pejam mulut aje yang bukak-tu pun sebab suapkan makan....)

sedikit perkongsian yang boleh kita amati bersama-sama mengenai bersahur ini.: RASULALLAH SAW MENYURUH UMATNYA BERSAHUR KERANA BANYAK BERKAT (BAROKAH)
Bab Kelebihan Bersahur Dan Menguatkan Bahawa Hukumnya Sunat serta Disunatkan Juga Melewatkan Sahur .

Selepas kita berterawih dan membaca Quran, kita akan bersahur, mari kita ikuti hadis hadis berkaitan SAHUR supaya kita lebih faham lagi.

( 1 ). BERKAT (BAROKAH): -

( i ). Hadis Anas RA katanya:
Rasulullah SAW bersabda:” Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya”
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1835

( ii )“Pembeza antara puasa kita dengan puasa Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) adalah makan sahur.”
[H.R. Muslim]

( iii ) “Barakah ada pada tiga perkara iaitu Jamaah, tharid dan makan sahur.”
[H.R. Tabarani]

( iv )“Sesungguhnya Allah menjadikan barakah itu pada makan sahur.”
[H.R. Al-Khatib]

( v )“Sesungguhnya makan sahur adalah barakah yang Allah berikan pada kamu, maka janganlah kamu tinggalkan.”
[H.R. An-Nasa'i]

( vii )“Marilah menuju makan pagi yang diberkati iaitu sahur.”
[H.R. Ahmad]

( viii )“Sahur adalah makanan yang barakah, janganlah kamu tinggalkan walaupun hanya meminum seteguk air kerana Allah dan rasul-Nya memberi selawat kepada orang yang sahur.”
[H.R. Ahmad]


( 2 ). SAHUR DENGAN KURMA.:-

“Sebaik-baik sahur orang mukmin itu ialah kurma.”
[H.R. Abu Daud]


( 3 ). MENGAKHIRKAN SAHUR :-(melambatkan sahur-jadi kalau ada yang kata makan sebelum tidur tu (supper) adalah sahur,memang salah sama sekali)

( I )Hadis Zaid bin Thabit RA katanya:
Kami pernah bersahur bersama Rasulullah SAW Setelah itu kami pun mendirikan solat Subuh. Kemudian aku bertanya: Berapakah selang waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: “Kira-kira bacaan lima puluh ayat.”
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1837

( ii ). “Kami makan sahur bersama Rasulullah s.a.w., kemudian baginda solat, aku (Anas) bertanya: “Berapa jarak antara azan subuh dan sahur?” Baginda menjawab: “kira-kira 50 ayat membaca al-Quran.”
[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

MOGA KITA MENDAPAT SEDIKIT INFO

ALAHAI...

Thursday, August 12, 2010

PUASA HARI PERTAMA

syukur, selesai satu hari puasa ye...macam mana anak-anak puasa semalam? alhamdulillah,Sakinah puasa penuh semalam.lagi pun semalam tak sekolah.oklah rasanya.petang,bila ditanya nak beli apa kat pasar juadah...katanya nak makan tepung pelita. kami pun bawaklah dia ke pasar juadah.Ya Allah-habis semua! dua tempat yang aku pergi.satu kat depan rumah aku ni aje dan satu lagi di tempat yang lain-pun tak ada. dasyat sungguh! sampaikan gulai kawah,air pun habis! nilah panorama hari pertama puasa.tak tahulah hari-hari seterusnya bagaimana.rata-rata ku lihat-mereka yang ke pasar juadah,penuh tangan menjinjing beg plastik.PERSOALANNYA: habis ke nak makan semua yang beli tu ye? em.....alahai....

aku? untuk berbuka, aku buat char kuew tiow goreng dan juga bubur jagung istimewa HAKIMI dengan minuman teh strawberi. simple sahaja.yelah-perut baru nak adjust,terkejut dia kalau siang tadi tak makan,alih-alih bila malam pulak-makan dengan lupa diri! kesian kat perut kita....kalian bagaimana?

bubur ni,masa Hakimi makan, siaplah dia buat bunyi sedap dia..."emmmm".
alahai... si kakak pulak rasa terliur...hihihi..."macam nak bukak puasa lah ma.." kata Sakinah. macam mana nak buat...aku ada seorang anak dah besar dan seorang lagi yang masih kecil, seorang makan,seorang lagi pulak tergoda!tapi bila waktu berbuka,makan sikit aje dah kenyang! nafsu kan...

BUBUR JAGUNG ISTIMEWA HAKIMI


BAHAN-BAHAN

jangung manis
keledek-dipotong dadu
bubur cha-cha
sago biji
*rendam biar kembang dulu
santan
gula merah dan sedikit gula putih
daun pandan
air secukupnya.
sedikit garam

1. masukkan air dalam periuk dan rebus keledek hingga empuk.

2. kemudian masukkan santan,gula merah dan gula putih dan garam,daun
pandan.kacau sehingga mendidih.

3. kemudian masukkan jagung manis tadi yang telah siap disagat.

4. masukkan bubur cha-cha dan sago biji. kacaulah sehingga masak.dah pun siap.

CHAR KUEW TIOW GORENG VERSI AKU


BAHAN-BAHAN

kuew tiow
cili kisar
bawang putih dan bawang merah * dikisar
kicap cair,kicap pekat,sos tiram,
gula melaka-dicairkan
garam secukup rasa (kicap cair dah masin)
kerang rebus-udang pun lagi sedap tapi aku tak makan!
telur
daun kucai
taugeh
minyak untuk menggoreng

1. panaskan minyak.tumiskan bahan kisar.masukkan cili

2. masukkan pes (gabungan kicap,sos dan gula melaka).

3. masukkan kerang,kuew tiow-kacau-kacaukan dia

4. masukkan daun kucai dan taugeh, pecahkan telur.balik-balikkan
sebentar.rasa garam.kalau dah cukup masin-tak perlu lagi garam.
kicap cair tu dah memang masin. dah pun siap!


ALAHAI...

Wednesday, August 11, 2010

SALAM RAMADAN AL MUBARAK...bukan murtabak ye!


alhamdulillah, bersahur kita pagi tadi dan hari ini bermulalah ibadah puasa kita di bulan Ramadan Al Mubarak. sebut betul-betul ye..takut-takut jadi murtabak pulak... alahai.maklumlah petang nanti pasar juadah ramadan ni-murtabak lah yang paling glamour di samping ikan bakar,roti john, gulai kawah dan lain-lain...

semalam petang aku ke Jusco-belilah yang patut-patut nak masak sahur. cari kurma Yusuf Taiyoop, tak ada! brand lain adalah.kata pakweku-semua kurma samalah.belilah yang mana pun, tak kisah. hihihi....sajalah sebab promo dia hari-hari keluar kat TV kan...

sebaik sahaja pengumuman puasa...hai..kejap-kejap telefon ni tet..tet..tet... tanda message masuk. ucapan berpuasa daripada rakan taulan.telefon ni pulak...masa nilah buat hal.reply-reply message tak boleh, rupanya kredit habis daa...alahai. belumlah berbalas lagi...

seperti yang lepas-lepas juga, bila bab makan sahur ni hanya aku dan Sakinah saja.aku berdua je yang makan nasi. pakweku bangun untuk makan oat dan kurma.lepas tu...sambung zzzzz dia lah.tapi air milo memang WAJIB ada lah.nak makan oat dengan milo! kalian pulak, masak sungguh-sungguh ke?

untuk berbuka? plannya hari ni aku nak buat kueh tiow goreng basah.kerang dah ku rebus dan siap disimpan semalam.cuma taugeh dengan daun kucai aje yang tak beli semalam.tengahari nanti kenalah keluar mencari nampaknya.

terawih? nampaknya tahun ini aku tidak berkesempatan nak pergi ke masjid sekeluarga.aku cuba buat sendiri di rumah.Hakimi tengah melasak sekarang.mudah-mudahan tahun depan dia pun dah 2 tahun lebih-harap dia dah boleh faham sikit,dapatlah pergi masjid.

sakinah, hari ni puasa.pagi tadi kejut sahur pun senang.tak tahulah kalau hari yang awal ni aje dia bersemangat!aku paksa dia mkn nasi jugak.kesian kat dia sekolah pagi petang-naik tangga 3 tingkat.tahun lepas dia dapat puasa 25 hari, 5 hari akhir tu dah kena sakit perut.tahun ni,harap semua baik.reward??em.....aku bawak pegi pasar ramadan je, suruh dia pilih 1 apa yang dia nak makan. lain-lain tu tunggu rayalah.tak nak cakap dengan dia dulu. dia ni spesis yang ingat cakap kita...takut-takut mama dia ni pulak TERLUPA!

oklah...itu saja sembang kita hari ni.selamat berpuasa.maaf zahir batin dan selamat berbuka nanti.


ALAHAI...

Tuesday, August 10, 2010

GULAI IKAN MASIN KURAU DENGAN NENAS

nampaknya hari ni,lastlah kita masak tengahari ye...Insya Allah malam ni kita akan bangun sahur untuk mula berpuasa esok.aku pun hari ni menghabiskan stok ikan masin yang ada kat rumah ni.esok-esok masa puasa dah tak best lagi nak bergulai-gulai sakan macam ni untuk makan buka.selalunya untuk buka,permintaan orang dalam rumah ni ialah menu yang bersup atau yang berkuah yang boleh dihirup-hirup.kalian bagaimana pula?...

oklah kita lihat bahan-bahan nak masak ni.kali ni,aku padankan gulai aku dengan nenas pulak!

BAHAN-BAHAN

Ikan kurau masin
Cili padi,bawang merah dan putih dan kunyit hidup-dikisar
Nenas -potong ikut suka anda. kalau nak senang, macam aku ni-aku beli yang dah siap potong kat budak jual buah depan rumah ni.tengahari ni,pakweku takde,aku ni bab-bab nak kupaskan nenas ni alahai... lagipun bukan nak makan banyak sangat pun! beli rm 2 dah pun cukup...Santan
Garam*
Sedikit asam keping

1.masukkan ikan bersama bahan kisar ke dalam sebuah periuk.
masakkan seketika(biar ikan sebati dengan cili)

2.masukkan santan,asam keping

3.biarkan lauk mendidih baru dimasukkan nenas tadi.
jangan masuk terlalu awal nanti cepat lembik!

4.rasa masin lauk.jika lauk dah cukup masin,tak perlu lagi
dibubuh garam.sebaliknya jika masih tawar,bolehlah bubuh
sedikit garam.

5. masaklah sehingga kuah sedikit berminyak dan dah pun sedia untuk
dihidang. * jangan cepat sangat nak makan- biar sejuk seketika baru sedap
dimakan. baru akan terasa kombinasi masam dan masinnya!


ALAHAI...

Monday, August 9, 2010

DOA RAMADHAN MALAIKAT JIBRIL

salam kembali kepada kalian di luar sana.hari ni baru berkesempatan membuka laptopku ini setelah 2 hari aku sibuk dengan majlis kenduri di kampungku.kenduri yassin dan tahlil arwah untuk kedua orang ibu bapa kami.bila dah bertembung semua adik beradik-alahai...macam-macam nak diceritakan.ramai yang nak jadi reporter...maka cerita pun jadi tak habis!...hihihihi...

nampaknya,kita hanya menunggu pengumuman sahaja untuk memulakan sesi 'peperangan' kita yang bakal tiba. Insya Allah hari Rabu ini kita akan bermula.mengapa peperangan? ialah,ini aku istilahkan untuk anak aku supaya kita semua berperang melawan nafsu yang tidak baik demi untuk merebut markah-markah yang tertinggi dalam bulan ini.

bulan ini,kita berperang untuk menjaga nafsu makan kita,berperang menjaga nafsu membeli belah di pasar juadah,berperang menjaga semua angggota badan kita-mata,mulut,kaki dan tangan dan sebagainya...itulah maksud berperang dalam bulan ini.

sedikit perkongsian daripada kiriman sahabatku-Mohd Rasul mengenai doa Ramadan Malaikat Jibril.moga mendapat sedikit ilmu daripadanya.

Setiap kali Ramadhan semakin menjelang, pastinya saya akan menerima mesej yang difowardkan melalui yahoo mesengger tentang sebuah hadis berkaitan doa Jibril dan diaminkan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam serta para Sahabat. Hadis tersebut berbunyi:

Malaikat jibril Menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang
tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya." Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Saya sudah berusaha sedaya mampu saya mencarinya di dalam kitab-kitab hadis namun tidak saya temui. Malah kitab-kitab fiqh juga tidak membahaskan mengenai perlunya meminta maaf sebelum masuknya bulan Ramadhan bagi mengelakkan diabaikan puasa kita oleh Allah Subhana wa Ta'ala. Kebanyakkan yang menyebarkan hadis itu sendiri tidak sedar bahawa tidak semua hadis itu sahih (authentic) hanya sekiranya ia menyatakan "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda" atau "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melakukan itu dan ini".

Untuk lebih memahami hal berkaitan hadis dan larangan menyebarkan hadis yang tidak sahih atau diragui kesahihannya oleh penyebar, sila rujuk tulisan saya yang bertajuk Berdusta Ke Atas Rasulullah.

Saya tidak berani meletakkan darjat hadis tersebut (samada sahih, hasan, dhaif atau palsu) kerana biarlah mereka yang lebih alim dalam bidang hadis melakukannya. Cuma yang boleh saya katakan, saya (dan beberapa orang yang turut pernah menyemaknya) tidak menemui sebarang tanda yang boleh membawa kita menilai darjatnya. Sesiapa yang menyatakan ia sahih, sila kemukakan hujah dan bukti dan sampaikan pada saya agar saya boleh mendapat manfaat ilmu itu.

قُلْ هَاتُواْ بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
Katakanlah: Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar.[al-Baqarah 2:111]

Adapun terdapat hadis yang mirip dengan hadis yang diforwardkan itu. Hadisnya adalah seperti berikut. Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu'anhuma:
أن النبي صلى الله عليه وسلم رَقَى المِنبر فَلما رَقَى الدَّرجة الأُولى قال : ( آمِين ) ثُم رَقى الثَانية فَقال : ( آمِينَ ) ثُم رَقى الثَالثة فَقال : ( آمِينَ ) فقالوا : يا رسول الله سَمعنَاك تَقولُ : ( آمينَ ) ثَلاث مَرات ؟ قال : ( لَما رَقيتُ الدَّرجةَ الأُولى جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال : شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ، ثُم قَال شَقي عَبدٌ أَدرك والدَيهِ أَو أَحدَهُما فَلم يُدخِلاهُ الجنَّةَ . فَقلتُ : آمينَ . ثُم قَال شَقي عَبدٌ ذُكرتَ عِندهُ ولَم يُصلِ عَليك . فَقلتُ : آمينَ )

Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, "Amin, amin, amin".
Para sahabat bertanya."Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?" Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : 'Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!', maka aku berkata : 'Amin'.

Kemudian Jibril berkata lagi. 'Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!' maka kukatakan, 'Amin' ".

Kemudian Jibril berkata lagi.'Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!' maka kukatakan, 'Amin'." [Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad – no: 644]

Ianya seakan-akan sama tetapi matan (isi kandungan) hadis tersebut nyata berbeza dan hadis ini sememangnya masyhur di dalam kitab-kitab yang membicarakan tentang Ramadhan. Namun kini nampaknya hadis yang tidak diketahui sahih ataupun tidak itu pula telah menjadi lebih terkenal. Saya menulis bukan untuk membahaskan darjat hadis tersebut di sini tetapi fokus saya adalah berharap agar pembaca dalam membetulkan sikap dalam berinteraksi dengan hadis terutama yang kita tidak tahu sumbernya.

SIKAP KITA VS SIKAP PARA SAHABAT BERINTERAKSI DENGAN HADIS
Para Sahabat sekalipun pernah hidup di zaman Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, mereka tidak mengamalkan sikap bermudah-mudahan dalam mennyampaikan hadis selepas kewafatan baginda. Mereka sangat teliti dan berhati-hati. Berbeza sekali dengan kita pada hari ini, dengar sahaja "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda" atau "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melakukan itu dan ini" terus kita sebarkan siap berserta emoticon senyuman tanpa teliti dan berhati-hati. Mari kita lihat satu contoh sikap berhati-hati para Sahabat apabila berinteraksi dengan hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.

Daripada Abu Sa'id al-Khudri, dia berkata: Aku (Sa'id al-Khudri) sedang menghadiri majlis yang diadakan oleh kaum Ansar, kemudian Abu Musa datang mendekatiku, dia berkata:

Aku (Abu Musa) telah mengucapkan salam tiga kali di hadapan pintu rumah Umar namun tidak mendapati jawapan, lalu aku pun pulang, kemudian aku ditanya orang: "Mengapa engkau pulang?" Aku telah mengucapkan salam tiga kali namun tidak mendapati jawapan, oleh sebab itu aku harus pulang, sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

إذا استأذن أحدكم ثلاثاً فلم يؤذن له فليرجع
"Apabila kamu mengucapkan salam sebanyak tiga kali dan tidak mendapat jawapan maka hendaklah kamu pulang"

Abu Sa'id berkata: Demi Allah engkau telah mengeluarkan satu penjelasan, adakah diantara kamu sekalian yang pernah mendengarkan apa yang telah didengar oleh Abu Musa daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam? Lalu Ubay bin Ka'ab berkata: Demi Allah tidak ada yang turut mendengarnya melainkan orang yang lebih muda diantara kami dan aku adalah orangnya, aku bersamanya semasa itu dan aku juga telah mengkhabarkan kepada Umar bahawa bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda sedemikian. [Sahih al-Bukhari – no: 5891]

Para Sahabat takut menjadi orang yang banyak meriwayatkan hadis dikhuatiri mereka terjerumus ke dalam kesilapan dan kesalahan, hingga akhirnya membawa mereka untuk berdusta ke atas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, suatu perbuatan yang amat tercela dan mendapat ancaman yang sangat buruk daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. [Manna' Khalil al-Qathan, Mabahats Ulumul Hadis (Cara Mudah Memahami Ilmu-Ilmu Hadis), ms. 66]
Ancaman yang dimaksudkan itu adalah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار
Barang siapa yang berdusta atasku (yakni atas namaku) dengan sengaja, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya (yakni tempat tinggalnya) di neraka. [Sahih Muslim – no: 3]

BERDIAM DIRI LEBIH BAIK
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
كفى بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع
Cukup bagi seseorang itu sebagai pendusta dengan menceritakan apa sahaja yang dia dengar. [Sahih Muslim - hadis no: 5]

Sekiranya kita tidak pasti apabila menerima suatu hadis, kita ada tiga pilihan:
[1] Menyelidik dan menyemaknya bagi yang berkemampuan.
[2] Bertanya kepada yang lebih mengetahui terutama mengenai ilmu hadis .
[3] Berdiam diri daripada menyebarkannya sekiranya tidak mampu melakukan kedua-dua perkara diatas sehinggalah telah jelas hujah bahawa ianya sahih dan selamat disebarkan.

Contohilah sahabat yang begitu berhati-hati dalam meriwayatkan hadis kerana khuatir terjerumus dalam ancaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.Ingatlah Firman Allah Subhana wa Ta'ala:

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُول
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. [al-Isra' 17:36]

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Friday, August 6, 2010

RAHSIA DALAM KELUARGA-mari kita ambil tahu

salam Jumaat semua.hari ni kita nak cerita sikit pasal rahsia... RAHSIA?....syyy....jangan cakap dengan orang...kan dah namanya RAHSIA...kalau dah beritahu orang, bukan lagi namanya RAHSIA....tapi sedar atau tahukah kita bahawa rahsia ni pun ada tahap-tahapnya yang mana ia boleh jadi rahsia selamanya dan ia juga boleh dibocorkan atas lasan-alasan yang dibenarkan.

mari kita ambil tahu serba sedikit mengenai RAHSIA DALAM KELUARGA-satu perkongsiaan di pagi Jumaat ini.moga kita semua mendapat manfaat bersama.

Apakah wujud kerahsiaan dalam keluarga?
Jawapan: Ya dan tidak. Maksudnya?

Maksudnya, ada perkara yang perlu dirahsiakan dan ada juga perkara yang tak perlu dirahsiakan. Malah ada antara perkara yang mulanya adalah rahsia tetapi dalam sebahagian keadaan perlu diumumkan bila diperlukan. Paling penting, bila bercakap tentang rahsia dalam keluarga, kita perlu bahagikan kepada dua bahagian iaitu 1) rahsia melibatkan suami isteri dan 2) rahsia melibatkan suami isteri atau ibu bapa dan anak-anak.

Hakikatnya, rahsia dalam keluarga melibatkan suami isteri atau lebih mudah disebut rahsia rumahtangga terbahagi kepada empat bentuk iaitu rahsia khusus, rahsia yang menyentuh keselamatan, rahsia harta benda, rahsia bilik tidur, rahsia berhubung dengan maruah diri dan rahsia tentang nafkah.

1. Rahsia khusus:

Rahsia-rahsia khusus adalah hal peribadi yang diminta secara khusus oleh suami atau isteri kepada pasangannya supaya dirahsiakan.
Imam al-Ghazali ada mencatatkan di dalam kitabnya Mukasyafatu al-Qulub tentang beberapa tafsiran ulama mengenai perintah Allah kepada orang-orang mukmin supaya menjaga amanah dan antara amanah itu ialah “satu perkataan atau ayat” yang diamanahkan supaya dijaga dan dirahsiakan. Maka wajib menjaga amanah tersebut.
Begitu juga sesuatu yang dibisikkan kepada pasangan dengan permintaan supaya ia menjadi rahsia antara mereka berdua, maka ia tergolong dalam amanah yang wajib dijaga.

2. Rahsia yang menyentuh keselamatan:

Jangan terlepas cakap tentang perkara yang ada kaitan dengan keselamatan kepada orang yang tidak dikenali atau baru dikenali contoh waktu pergi balik ke tempat kerja dll.

Mungkin ada orang yang memusuhi pasangan kita berniat jahat dan hendak mengkhianati dan menganiayainya. Musuh itu mungkin menyamar dengan meminta daripada kita segala maklumat, latar belakang dan sebagainya. Teladani kisah isteri Sam’un al-Ghazi yang mendedahkan rahsia kekuatan suaminya kepada pihak musuh hingga menyebabkan nyawa suaminya terancam.

3. Rahsia harta benda:

Harta benda dan kewangan pasangan juga adalah rahsia yang wajib dijaga dan dipertahankan. Dalam hal ini, isteri terutamanya yang berfungsi sebagai pengurus rumah tangga tentulah orang yang paling berperanan dalam menjaga rahsia rumah tangga yang dibina.

Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik isteri adalah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila suami melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan ia dapat menjaga kehormatan dirinya dan harta bendamu ketika engkau tiada di rumah.” (hadis riwayat at-Thabrani)
Dalam konteks ini, rumah tangga dan segala isinya adalah dikatakan “harta” dan benteng rahsia keluarga. Menjadi tanggungjawb suami dan isteri menjaganya dengan sebaik-baiknya.

Islam melarang keras orang yang mencuri-curi pandang ke dalam rumah orang lain tanpa mendapatkan keizinan daripada tuan rumah. Sabda Rasulullah SAW: “Jika ada orang yang menjenguk-jenguk rumahmu tanpa izin, lalu engkau melontarkan batu kepadanya sehingga pecah matanya, tidaklah engkau berdosa.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

* kalau beri salam sampai 3 kali pun- jika tiada berjawab,kita tidak digalakkan
untuk tunggu lagi.bermakna,kita bolehlah pergi dari situ!

jelas menunjukkan kepada kita peri pentingnya supaya kita menghormati harta benda orang lain.

4. Rahsia Bilik Tidur:

Merupakan rahsia yang paling utama, haram dan berdosa hukumnya sekiranya salah seorang dari pasangan menghebahkan hubungan mereka kepada pengetahuan, pendengaran dan penglihatan orang lain meskipun anak-anak sendiri.

Islam mensyariatkan agar dipisahkan tempat tidur anak-anak sejak mereka berusia tujuh tahun serta mengajarkan kepada mereka supaya memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik ibu bapa terutamanya pada tiga masa seperti yang disebut di dalam al-Quran iaitu sebelum Subuh, sekitar waktu Zuhur dan selepas Isyak kerana pada waktu ini kemungkinan suami isteri sedang bersama atau pun mereka sedang berehat, bersantai atau tidur.

5. Rahsia berhubung dengan maruah diri:

Firman Allah S.W.T. yang maksudnya: “Adapun wanita-wanita yang solehah itu ialah wanita-wanita yang patuh (taat) dan memelihara kehormatan dirinya semasa ketiadaan suaminya sebagaimana Allah telah memelihara mereka.” (An-Nisa: 34)

Maruah yang dimaksudkan melibatkan aurat, aib dan kelemahan seseorang. Jika maruah diri tidak dipelihara akan berlakulah kepincangan di dalam rumahtangga seterusnya menggugat kesejahteraan masyarakat. Janganlah jika ada parut atau tanda yang ada di tempat sulit pun hendak diceritakan kepada orang lain.

6. Rahsia berhubung nafkah:

Perkara yang pasti, suami wajib memberikan nafkah atau perbelanjaan untuk isteri dan anak-anaknya. Pemberian ini adalah mengikut kemampuan, tidak sampai dilabelkan sebagai suami yang bakhil dan kedekut atau pun suami yang terlalu boros dan bermewah-mewah.

Pokok pangkalnya seseorang itu wajib memberikan nafkah menurut kemampuannya. Oleh itu permasalahan sara hidup hendaklah dibincangkan sebaiknya dengan pasangan agar tidak menganiayai diri sendiri, isteri mahu pun anak-anak. Malah elakkan daripada menjadi topik perbualan atau pun umpatan orang lain lantaran kegagalan kita menyimpan rahsia.

Sebagai contoh, rahsia berhubung nafkah. Katakan telah diadakan perbincangan tetapi suami masih enggan berikan nafkah. Apakah yang perlu dilakukan?

Dalam kes seperti ini, tidak menjadi kesalahan bagi isteri (atau suami) untuk membuka rahsia rumah tangganya kerana ia dibuat demi kepentingan atau kebaikan rumah tangga itu sendiri. Iaitu apabila timbul masalah dalam hubungan suami isteri yang tidak dapat diselesaikan melalui perbincangan bersama, dan pihak suami atau isteri merasakan bahawa dia sudah tidak mampu menghadapinya, maka satu jalan penyelesaian perlu diambil dengan melibatkan ‘orang luar’, dengan kata lain, rahsia rumah tangga terpaksa dibuka ke pengetahuan seseorang.

Terdapat beberapa tindakan perlu diambil:

i) Merujuk kepada orang yang sesuai

Andainya sudah nekad untuk mengadu masalah dalam rumahtangga, rujuklah kepada orang yang tepat kerana bukan sebarangan orang boleh menjadi tempat mengadu masalah apalagi jikalau ia melibatkan perkara sulit.

Pastikan orang pilihan tersebut amanah, boleh dipercayai, memiliki sifat adil, tidak mudah dipengaruhi emosi, tenang dan berwatak pendamai. Jika tidak, dia mungkin menjadi penghasut dan pengusut masalah.

Tidak kira sama ada ia merupakan teman rapat atau pun seorang kaunselor yang berpengalaman, yang penting dia boleh membantu dalam memberi pandangan dan nasihat, atau menjadi orang tengah dalam membetulkan hubungan dua hala antara suami isteri yang tergendala.

ii) Membuka rahsia yang sesuai

Kita harus ingat bahawa orang yang diadu itu tetap merupakan ‘orang luar’ dalam konteks sesebuah rumahtangga. Oleh itu apa jua rahsia yang mahu diceritakan kepadanya harus dibataskan kepada hal-hal yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi sahaja. Tidak lebih daripada itu. Jangankan disebabkan pengaruh emosi, kita membuka segala rahsia pasangan.

iii) Merujuk kepada Hakam

“Hakam” adalah wakil daripada kedua-dua pihak suami dan isteri di mana pihak lelaki diwakili seorang hakam, begitu juga dengan pihak wanita. Adakalanya mahkamah sendiri yang akan melantik hakam tersebut di mana kedua-dua hakam ini berfungsi sebagai pendamai untuk membantu menyelesaikan kes yang dihadapi.

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan jika kamu khuatirkan ada persengketaan antara kedua-duanya (suami isteri), maka kirimlah seorang hakam dari keluarga lelaki dan seorang hakam dari keluarga perempuan.” (An-Nisa’: 35)

Kedua-dua hakam ini akan melakukan ‘soal selidik’ ke atas suami atau isteri dalam sesi berasingan, untuk mengetahui punca dan kedudukan masalah. Di sinilah pentingnya peranan hakam yang dipilih itu yang mesti memiliki sifat sebagai orang yang boleh dipercayai, bijaksana dan adil, boleh menyimpan rahsia, bijak bertindak dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Dalam hal ini, suami mahupun isteri harus memberi kepercayaan kepada hakam di mana sedikit sebanyak rahsia rumah tangga mereka terpaksa diluahkan. Kemudian kedua-dua hakam ini akan bertemu untuk mencari penyelesaian. Andainya didapati tidak ada lagi titik temu antara kedua-dua suami isteri, kedua-dua hakam harus sepakat untuk membuat keputusan memisahkan mereka dengan cara baik di mana ia perlu dirujuk kepada mahkamah.

iv) Merujuk kepada mahkamah

Merupakan peringkat terakhir apabila jalan penyelesaian melalui perbincangan melalui kaunselor atau orang tengah “hakam” tidak lagi membuka sebarang harapan untuk perdamaian. Mahkamah boleh membuat keputusan dan dalam keadaan ini, ada rahsia yang perlu didedahkan di hadapan hakim atau mahkamah.

Bagaimana pula kerahsiaan dalam hubungan ibu bapa dan anak-anak?

Dalam hubungan antara ibu bapa dan anak-anak, tak sepatutnya terlalu banyak rahsia sebab kerukunan sebuah keluarga akan hadir dengan adanya sikap berterus terang dan selalu berbincang. Namun, perkara berkaitan masalah antara suami isteri tetap menjadi rahsia utama. Ibu bapa tidak dibenarkan bergaduh di hadapan anak-anak. Pergaduhan dan perselisihan faham seharusnya menjadi rahsia yang tidak boleh diketahui oleh anak-anak.

Sebaliknya jika anak-anak terlibat di dalam masalah rumahtangga, rahsia rumahtangga hanya boleh didedahkan kepada ibu bapa dengan tujuan mencari jalan penyelesaian tetapi tidak digalakkan kerana naluri fitrah ibu bapa, sukar menjadi perantara yang adil. Jika rahsia melibatkan keselamatan nyawa, ia boleh didedahkan.

Pengecualian lain ialah mengenai status si anak. Ada ibu bapa yang bertindak merahsiakan status sebenar si anak sama ada anak angkat atau anak tak sah taraf. Sepatutnya status ini tidak boleh dirahsiakan sebaliknya perlu dijelaskan secara berhikmah agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini pada masa akan datang.

Kesimpulan? Teladanilah kisah-kisah yang pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW seperti kebijaksanaan Sayidatina Khadijah r.a. dalam menjaga rahsia kerasulan Rasulullah iaitu selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira’.

Beliau telah bertindak bijak dengan menceritakan peristiwa itu hanya kepada orang tertentu untuk mendapatkan pandangan dan tidak merujuk kepada sebarangan orang tetapi memilih orang yang telah dikenal pasti layak menjadi tempat rujuk dan boleh menyimpan rahsia. Orang itu adalah sepupunya sendiri, Waraqah bin Naufal, seorang alim yang masih berpegang pada ajaran tauhid.

Rahsia ini disimpan kemas sehinggalah Rasulullah SAW sendiri menerima perintah untuk pergi ke tengah masyarakat menyampaikan amanah wahyu yang diterimanya.

Kesimpulannya,

biar apa pun masalah yang dihadapi termasuklah hal rumah tangga, selaku seorang Islam hendaklah kita sentiasa mengingati Allah dan memohon bantuan daripadanya.

Kerjakanlah solat istikharah dan solat hajat sebelum membuat apa jua keputusan agar diberi hidayah dan kekuatan. Di samping itu ambillah iktibar daripada hitam putih kehidupan masyarakat sekeliling kita. Bak kata pepatah “Yang baik, jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.”


ALAHAI...

*petang ni aku bakal balik kampung-ada kenduri arwah dan sambut Ramadan esok.jika ada kelapangan kita jumpa hari Sabtu ,kalau tidak pun ketemu hari Ahad nanti.

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

Thursday, August 5, 2010

IKAN DELAH GORENG PEDAS...caraku

hari ni masak spesis ikan baru.IKAN DELAH? emmmm...salah satu spesis ikan yang belum pernah masuk kat rumahku,tapi kali ini mula bertamu. kata pakweku,nama ikan ni IKAN DELAH, mula dengar macam lelah je...hihihihi...
kata pakwe lagi,kawannya yang berbangsa cina tu kata; ikan ni sedap.isinya lembut.selalu mereka suka buat sup atau kukus ikan ni.tapi untuk hari ini aku cuba dengan cara aku sendiri iaitu IKAN DELAH GORENG PEDAS..caraku

BAHAN-BAHAN:

ikan
bawang putih,bawang merah,halia -dikisar
cili kering-dikisar
cili padi-dipotong kecil
serai-dihiris
tomato-dipotong dadu
daun limau purut-dihiris
kacang peas
sos cili
sos tomato
air secukupnya
garam secukup rasa
minyak untuk mengoreng dan menumis

1.goreng ikan terlebih dahulu dengan garam dan kunyit seperti biasa.
ketepikan dahulu.

2.panaskan minyak,tumiskan bahan kisar bersama cili sehingga garing

3.masukkan cili padi,serai,tomato yang dipotong dadu tadi.

4.masukkan air ikut suka nak kuah banyak mana,diikuti dengan sos cili,
sos tomato dan garam secukup rasa.

5.kemudian baru dimasukkan hirisan daun limau purut bersama kacang peas.

6.akhir sekali,kuah pun sudah kelihatan berminyak-masukkan ikan tadi.
balik-balikkan ia supaya sebati dengan sambalnya. dah pun siap.


sedikit info:

ikan ini juga dikenali dengan nama Inggerisnya YELLOWTAIL FUSILIER.kalau dilihat pada badannya,tetap bersisik,sirip yang tajam dan berwarna sedikit kemerahan,kuning pada ekor.


ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala