pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Monday, February 28, 2011

KISAH HAKIMI, HARI INI DIA KENA TINGGAL...

Assalammualaikum semua...

pagi tadi last day Sakinah ke sekolah agama dihantar babanya.hari ni selamat dah pakweku berangkat meninggalkan aku 3 beranak,2 ekor kucing dan ikan-ikannya.sekarang ni masih dalam flight lagi dan bakal sampai di sana jam 8.30 malam waktu kita.

Sakinah dah boleh faham,ni yang kecik ni.apa dia tahu?dia ingat dia dapat ikut sekali agaknya tu...dari petang semalam lagi,sibuk baba dia memilih sandal,dia pun sibuk jugak mencuba dekat kaki dia!(sama sibuk,seliparnya ditinggalkan,sibuk nak try orang orang besar punya!)

time baba dia nak berkemas pun,dia sama jugak sibuknya.apa yang kita masukkan,dia keluarkan balik.last-last pakwe aku kata baiklah tidurkan dia dulu baru berkemas.tidaknya dia sama loratnya...(dia nak masuk dalam beg ni sama.si Dory pun nak ikut...sebelum hantar pakweku tadi,sempatlah sekejap budak kecik ni ronda naik
motor.wah,time ni muka senyum meleret.sebanya,dia dapat naik motor,aku tinggal.konon dia je yang pergi.(ada hati nak tarik beg beso ni...tapi tadi bila pakweku turun di stesen LRT,apa lagi,dia hentam "huwa..huwaa..." nampak baba dia pergi tak bawak dia...tersedu-sedu nangis.(muka sedih...nak cakap lum pandai...)dalam kereta nak balik masih tersedu-sedu lagi.sampai rumah terus tidur.penat nangis agaknya.

janji Sakinah; "ma,baba tak ada ni, Ina janji ma,Ina akan dengar cakap mama,Ina tak nak mama sedih,tak nak mama sakit nanti.Ina dah janji dengan baba macam tu tadi."

AKU?ye kan sahajalah.harap begitulah. untuk budak 2 orang ni,aku dah ada stanby 2 helai baju 'masyam' baba dia buat penawar rindu? hihi..harap semuanya baik-baik belaka. untuk diri sendiri? dah borong buku-buku di MPH semalam untuk mengisi ruang/masa yang terluang.

(happy hour di McD semalam)ALAHAI...

Sunday, February 27, 2011

TIBA-TIBA DIA BUAT HAL PULAK...

Assalammualaikum semua...

di saat-saat akhir ini pulak,dia tiba-tiba buat hal.tapi syukur,masa dia buat hal ni,pakweku belum nak terbang lagi.sapa dia?

dia? si KANCIL 660 BFE6924 yang selalu menjadi teman setiaku.semalam tengahari dia tiba-tiba tak sejuk pulak.hanya blower je yang berbunyi..aish...dia ni macam-macam tahu je yang lepas ni tuan yang "tersangat pandai" ni je yang tinggal.baik lah dia buat hal sekarang!

apa taknya,semalam pakweku bawaklah dia ni,alih-alih rasa panas je.dia tanya aku yelah sebabnya aku yang banyak bawak kancil ni.memang time aku bawak ok je,sejuk.kena pulak dekat dia,kancil ni buat hal.apa lagi terus pakweku bawak ke bengkel.cek punya cek,rupanya aircord bocor! bukan setakat gasnya dah habis,tapi bocor terus!

pakweku tunggu kat bengkel semalam dalam 2 jam lebih jugak untuk suruh mekanik tu repairkan.kena RM520, baru ok!

AKU? al hamdulillah...dia buat hal masa pakwe aku ada kat sini lagi.tidaknya memang aku ni tak tahulah...alahai buta pasal kereta lah pulak...memang kena belajar serba sikit pasal kereta ni...jangan jadi macam aku!

ALAHAI...

Saturday, February 26, 2011

HARI ITU SEMAKIN HAMPIR...

Assalammualaikum semua dan selamat berhujung minggu untuk kalian.

pagi ni Sakinah ada kem bestari solat di sekolah,masa agak terbatas untuk ke mana-mana apatah lagi petang nanti pulak ada kelas menarinya.hari ini plan untuk masak-masak di rumah dan menonton CD je rasanya.

hujung minggu kali ini merupakan hujung minggu yang terakhir untuk kami bersama orang tersayang.pakweku bakal 'fly' pagi Isnin ni.maka tinggallah aku bertemankan dua orang permata hati ini dan 2 ekor kucing serta ikan-ikan yang mengisi aquarium kami.

harapnya aku akan menjadi kuat,bak kata kawanku Kamisah; "ala bisa tegal biasa". mula-mula macam tak biasa,tapi lama-lama akan jadi biasa katanya.semenjak kawin sampai ke hari ini sentiasa berjarak jauh dengan suami tersayang.

nampaknya,selepas ini giliran aku pulak menjadi isteri yang ditinggalkan
oleh suami dek kerana tuntutan kerja dan hidup.moga semuanya berjalan baik
seperti sediakala.moga yang baik-baik sahaja berada di sekeliling kami.amin.

Friday, February 25, 2011

GULAI IKAN PARANG BERSAMA BELIMBING BULUH

Assalammualaikum semua...

hari ni nak masuk entri lauk pulak.lama betul tak masuk entri lauk pauk ni.hari ni aku gulai ikan parang masak lomak cili padi dengan belimbing buluh.al hamdulillah,pokok yang ditanam dah dapat 2 kali merasa hasilnya.

gulai lemak cili padi ni macam biasa bahan-bahannya:

ikan parang yang siap dibersihkan
cili padi (ikut suka nak pedas mana)-kisar
santan
air- terpulang kalau santan terlalu pekat
garam
belimbing buluh:seelok-eloknya dipecah-pecahkan sedikit-ala guna anak lesung batu pun boleh.kemudian diperahkan airnya.tapi kalau yang memang suka masam macam aku ni,aku tak perah pun airnya.aku pecah-pecahkan sedikit belimbing je.tu yang sodap!

ok,nak masak pulak;

1. masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk bersama ikan dan sedikit air.

2. masakkan seketika(biar ikan sebati dengan cili)

2.masukkan santan dan air secukupnya.kecil api jangan kasi kuah berketul-ketul

3.biarkan lauk mendidih baru dimasukkan belimbing tadi.

4.rasa kuah -jika dah masam,tak perlu bubuh asam keping.
jika tidak, masukkan asam keping.

5.masukkan garam secukup rasa dan biar seketika sehingga kuah sedikit
berminyak,boleh tutup api.dah pun siap.

-memang peh..haha up diri sendiri! sebelum pakweku fly nilah aku bergulai,esok-esok entah kan tidak...huhu.. ALAHAI...

PERKESO-FAEDAH PENGURUSAN JENAZAH

Assalammualaikum semua...salam Jumaat,moga mendapat keberkatan kita semua hari ini.

satu info yang nak dikongsi bersama ialah tentang PERKESO atau orang kita sebut SOCSO-Pertubuhan Keselamatan Sosial.kalau yang bekerja swasta pastinya dah biasa dengan nama ni.

salah satu benefit PENCARUM yang mungkin ada antara kita yang tak tau, atau tidak perasan atau tidak diberitahu ialah tentang FAEDAH PENGURUSAN JENAZAH/MAYAT.

Faedah akan dibayar (boleh dituntut) dari PERKESO sekiranya pencarum meninggal dunia akibat sebarang sebab.Pembayaran faedah akan dibayar kepada waris atau pihak yang menanggung perbelanjaan pengkebumian. Amaun yang diberi adalah sebanyak RM 1500 atau kos sebenar pengkebumian (yang mana lebih rendah) berdasarkan resit yang dikemukakan.

pembayarannya adalah secara tunai dan boleh dapat cash pada hari yang sama dengan syarat mengemukakan surat kematian@surat pengkebumian yang sah.(janganlah nak main tipu-tipu pulak kan...)
(sumber:pengalaman seorang saudara yang kematian suaminya baru-baru ini)

ALAHAI...

Thursday, February 24, 2011

SELEPAS HOSNI, APA NASIB MUAMMAR GADDAFI?

Assalammualaikum semua...

nampaknya lepas satu bergolak,yang lain turut menerima impak yang hampir sama dek lantaran kuatnya suara rakyat yang semakin hari menjadi pandai dan sedar diri.

Libya,satu negara yang terletak di Afrika Utara yang diperintah oleh Muammar Gaddafi.sudah 42 tahun memerintah...dan kini tibalah masa untuk rakyat menolak beliau tetapi biasalah,orang macam ni bila dah lama berkuasa,memang susah nak turun!

SIAPA DIA?Muammar Gaddafi lahir di gurun pasir dekat Sirte tahun 1942.pemimpin yang paling lama berkuasa di Afrika dan dunia Arab. Ia memerintah Libya sejak menggulingkan Raja Idris I ketika usia 27 tahun.

terkenal dengan senjata dan wanita, Gaddafi juga dianggap sebagai seorang operator politik yang terampil membawa negaranya keluar dari isolasi diplomatik.(foto oleh GOOGLE.COM)kerakusan memerintah negara dengan lama membawa kepada rasa tidak puas hati rakyat akibatnya,berlakulah pemberontakkan,rusuhan,kemusnahan harta benda dan pastinya banyak nyawa yang terkorban kerana ketamakkan Gaddafi ini.mengikut laporan,setakat ini 400 orang rakyat telah terkorban.

berikut ini kenyataan yang dikeluarkan oleh ulama terkenal Sheikh Yusuf Qaradhawi;

a top Egyptian cleric has called on Libyan soldiers who can shoot Libya's unpopular Leader Muammar Gaddafi not to hold their fire to free the nation of his oppression.

Yusuf al-Qaradawi, viewed as the spiritual leader of the Egyptian opposition Muslim Brotherhood, made the call on Monday through a fatwa (religious decree) against the 42-year-long head of state.

"Whoever in the Libyan Army is able to shoot a bullet at Mr. Gaddafi should do so," he told the Qatar-based news channel al-Jazeera.

Libya has been swept by pro-democracy protests inspired by popular revolutions in Egypt and Tunisia, which toppled the countries' presidents.

Such killing would "rid Libya of him," said Qaradawi. The scholar, who also heads the International Union for Muslim Scholars, returned to Egypt after three decades in exile following the revolution.

Gaddafi's government has deployed fighter jets to open fire on the demonstrators to prevent revolution.

Forces loyal to Gaddafi are also said to have used live rounds against protesters amid reports, pointing to the arrival of planeloads of armed foreign mercenaries in the capital, Tripoli.

Libyan protesters, however, have reportedly managed to seize several cities.

The International Federation for Human Rights says as many as 400 people have so far been killed during the protests.

Qaradawi also told Libyan soldiers "not to obey orders to strike at your own people," and urged Libyan ambassadors around the world to dissociate themselves from Gaddafi's regime.
(sumber:press tv.com)

kini,Gaddafi menanti masa untuk dijatuhkan dan tidak mustahil dia akan berkongsi nasib melarat seperti Ben Ali dan Hosni Mubarak.

ALAHAI...

Wednesday, February 23, 2011

SEKALI LAGI DIDUGANYA

Assalammualaikum semua...

sekali lagi,kita manusia diduga.kali ini kejadian gempa bumi yang menimpa kawasan Christchurch di New Zealand.satu tempat pelancongan yang menarik kabarnya..(yelah kalau tengok dalam drama-drama tv tu kan memang cantik.)keadaan bangunan yang runtuh dan rosak di pusat bandar raya berkenaan dengan batu dan bumbung roboh akibat gempa kuat 6.3 magnitud menggegarkan Christchurch di selatan New Zealand awal hari ini. - Foto Reuters

daripada berita di tv dan radio,rata-rata mengatakan keadaan yang selamat untuk pelajar kita di sana.

AKU? moga selamat semuanya,sekali lagi al hamdulillah,selamat di sini

Tuesday, February 22, 2011

TIADA BUKTI TUALA WANITA PUNCA KANSER

Assalammualaikum semua...

entri ini khusus untuk tatapan kita kaum wanita.baru-baru ni ada isu mengenai keselamatan wanita daripada penyakit kanser yang dikatakan berpunca daripada faktor tuala wanita.kesahihan mengenainya belum terbukti. berikut ini petikan daripada menteri kesihatan.

(SUMBER:Berita Harian 2011/02/22)

SERDANG: Kementerian Kesihatan akan menyiasat dakwaan dibuat beberapa persatuan pengguna berhubung penggunaan tuala wanita dikatakan menjadi punca wanita menghidap penyakit barah rahim walaupun setakat ini tiada bukti secara saintifik berhubung perkara itu.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, setiap produk di negara ini perlu melalui ujian dan pemantauan yang ketat, malah tiada kes berhubung dakwaan itu dilaporkan setakat ini.

Beliau berkata, kementerian tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pengeluar tuala wanita jika didapati mengguna-kan bahan penyebab penyakit dalam produk mereka kerana ia membabitkan keselamatan pengguna.

“Kita akan siasat dakwaan itu tetapi setakat ini tiada bukti menunjukkan tuala wanita penyebab barah rahim,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Projek Astro Kasih Bersama Wad Pediatrik di Hospital Serdang di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kajian persatuan pengguna mengatakan punca utama wanita diserang barah pangkal rahim disebabkan penggunaan tuala wanita yang diperbuat daripada bahan buangan termasuk kertas terpakai.

AKU? ngeri jugakkan kalau ini terjadi.mintak dijauhkan...

ALAHAI...

BUDAK SEKOLAH EXAM...mama jadi tak tentu

Assalammmualaikum semua...

hari ni ujian formatif 1 untuk Sakinah bagi tahun ini sekaligus menjadi kayu pengukur tahap kefahamannya tentang pelajaran tahun 3.

tiap kali nak ujian ke apa ke,siapa yang lebih teruja? dah sah-sah mamanya.akulah tu.aku rasa semua mama-mama di luar sana pun berperasaan sama dengan aku.ye tak?kadang kala aku bertanya juga pada diri sendiri kenapa aku yang lebih susah hati?aku yang stress?aku yang tiba-tiba jadi kuat membebel...kenapa aku...kenapa aku? sedangkan tuan punya badan yang nak exam buat macam selamba dek...

fikir punya fikir conclusi yang aku dapat; agaknya aku ni ada banyak masa dengan Sakinah agaknya,pasal tu aku jadi macam ni.kalau mereka yang hantar anak ke day care mungkin tak punya masa yang lebih macam aku.jadinya tak lah terlalu nak fikir pasal ni.emm...entahlah.

tapi yang pasti apabila ditanya Sakinah kenapa aku suka bising kat dia time dia nak periksa ni,aku kata; MAMA SAYANGKAN SAKINAH,PASAL TU MAMA BUAT MACAM NI.SAKINAH ANAK MAMA.(sebab dia ni bila dapat adik,dia rasa aku dah tak sayang dia).

aku rasa itu jawapan sebenarnya kenapa aku jadi 'tak tentu' bila dia nak exam,sebab AKU SAYANGKAN DIA!!!

(good luck untuk semua anak-anak/kalian juga yang akan berujian minggu ini.kita doakan yang terbaik untuk mereka!)

ALAHAI...

Monday, February 21, 2011

KENALI DAN AMBIL TAHU KOD MAKANAN

Assalammualaikum semua...

bukan rahsia lagi,punca kematian orang moden sekarang bukan disebabkan tidak makan tetapi terlebih makan makanan yang tidak berkhasiat dan memudaratkan.

sedikit info yang aku kutip menerusi majalah Melenia Muslim(April 2010), kenali kod makanan yang digunakan dalam bahan makanan kita.(foto oleh GOOGLE.COM)NOMBOR E- kod bahan tambah secara sengaja ke dalam atau ke atas makanan dalam kuantiti yang sedikit untuk mengekalkan dan merperbaiki kualiti,penampilan-tekstur,konsistensi,perisa,bau,rasa dan tempoh penyimpanan.

kod ini selalunya digunakan pada label makanan di Negara Kesatuan Eropah,Australia,New Zealand,Amerika Utara-Kanada dan Israel.

apa yang selalu menjadi keraguan ialah dengan kod E 471 iaitu sejenis emulsifiersejenis bahan kimia yang digunakan bagi memperbaiki mutu makanan.

ia dihasilkan sama ada daripada sumber lemak haiwan-lembu(bovine)dan babi(porcine) atau tumbuhan -minyak kelapa sawit.ini bermakna bahan tersebut boleh dianggap halal atau haram bergantung kepada sumber prosesnya.

dalam hal ini JAKIM bertanggungjawab dalam pensijilan halal bagi mengelakkan keraguan di kalangan umat Islam.maka,apa jua nombor yang digunakan,jika terdapat logo halal maka ia telah mematuhi piawaian halal oleh JAKIM

ANTARA KOD MAKANAN LAIN:

E100-E199= WARNA

E200-E299= PENGAWET

E300-E399=OKSIDAN,FOSFAT,ANTIOKSIDA,PENGAWAL ASID

E400-E499=PEMEKAT,PELEMBAB,PENSTABIL,EMULSIFIER

E500-E599= GARAM,REGULATOR ASID,AGEN PENGHLANG KERAK

E600-E699=PENAMBAH PERISA

E700-E799=ANTIBIOTIK

E900-E999=PEMANIS,BAHAN-BAHAN LAIN

E1000-E1999=BAHAN KIMIA TAMBAHAN

AKU? sebagai manager dapur adalah menjadi tanggungjawab kita nilah untuk menyediakan yang terbaik untuk perut orang tersayang...

ALAHAI...

BERINGAT SEBELUM KENA

Assalammualaikum semua...

ketemu kita dalam entri kali ni.macam biasa,hari Isnin mulalah rutin seperti biasa.dah berehat 2 hari di hujung minggu,harapnya lebih bertenaga untuk meneruskan hari-hari mendatang.hihi...

oklah,satu info yang hendak dikongsi bersama dengan kalian semua untuk peringatan kita khusunya yang memandu kenderaan.

BERHATI-HATI PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA
(by Bomba Selangor on Wednesday, February 16, 2011 at 8:31am.terima kasih Khalsom Samad)

salah satu teknik terbaru mencuri kereta ialah dengan cara begini:
sewaktu kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk ke dalamnya seterusnya kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

masa inilah kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yang melekat ditengah-tengah cermin belakang menghalang pandangan kita.. jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

bila kita sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk ke dalam kereta dan memecut pergi.dia mungkin akan merempuh kita dengan laju semasa mereka melarikan kereta kita.

khususnya kepada kaum hawa,perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci-kunci kita. rumah kita dan kesemua identiti kita telah diperolehi oleh penjenayah!

JADI jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita atau pun di hadapan, teruskan memandu. tanggalkan kertas itu kemudian jika tidak terlalu menghalang pandangan atau berhenti di tempat yang terbuka.

AKU? penjenayah memang seorang yang kreatif dalam misi dan visinya,moga kita dijauhkan daripada semua yang tidak baik.amin...

ALAHAI...

Saturday, February 19, 2011

DI KAMPUNG EDISI JAMU TEKAK DAN PERUT

Assalammualaikum semua...

tika ini aku dah sampai kampung.balik tadi sebaik sahaja Sakinah habis sekolah petang.balik sekejap untuk membuat pertemuan pakweku dengan mak abah dia.esok-esok tak tahu lagi bila nak balik.aku pun samalah.bila pakweku tak ada,alamat aku pun lambatlah balik kampung lagi.

kita jumpa esok dalam entri yang lain.
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA ORANG TERSAYANG.

ALAHAI...

Friday, February 18, 2011

APA ITU SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI ?

Assalammualaikum semua...moga Jumaat ini membawa kebaikan untuk kita semua.

hari ni,aku tumpang gembira dengan kejayaan yang diperolehi oleh sekolah Sakinah.apa taknya,komitmen dan kerja keras guru-guru dan pihak ibu bapa akhirnya membuahkan hasil bila mana tersenarai dalam Sekolah Berprestasi Tinggi

(sumber:Berita Harian 18/2/11)
23 Sekolah Berprestasi Tinggi)

1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak;
4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor;
5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang;
7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
15. SK Convent Muar, Johor
16. SK Seri Biram, Pahang
17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah;
18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
20. SK Sultan Ismail, Terengganu
21. SK Jalan Tiga, Selangor
22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
23. SJK(C) Lick Hung, Selangor.

senarai ini melengkapkan jumlah sebanyak 43 buah sekolah di seluruh negara untuk tahun ini.

apa tu sekolah berprestasi tinggi (SBT) tersebut?

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) adalah sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam pendidikan dan juga antara usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.


Matlamat utama : untuk menjadikan sekolah berprestasi tinggi (SBT) sebagai tanda aras kecemerlangan bagi dicontohi sekolah lain terutama sekolah kebangsaan.

Sasaran : untuk mewujudkan 100 buah SBT menjelang 2012.

Aspek ditekankan : inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Autonomi yang diberikan kepada sekolah-sekolah ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menjana daya kreativiti guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang paling efektif. Kita ingin lihat idea-idea yang lebih berani dan segar untuk meningkatkan pencapaian murid muncul dari sekolah-sekolah berprestasi tinggi.

SBT adalah sebagai makmal idea-idea kreatif pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan di dalam bilik darjah. Matlamat akhir SBT bukan sekadar memberi pengiktirafan terhadap kecemerlangan sekolah, tetapi memastikan kecemerlangan sekolah dapat memberi impak yang positif ke atas pencapaian setiap murid.

Antara Kriteria untuk dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) adalah :

1. Mana-mana sekolah tidak kira sama ada sekolah bandar atau luar bandar atau pendalaman yang mencapai sasaran kecemerlangan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan akan diiktiraf sebagai SBT serta mendapat kemudahan serta ganjaran yang sama.

2. SBT perlu memberi sumbangan kepada sekolah lain melalui program mentor oleh guru SBT, perkongsian bahan dan pengetahuan, perkongsian amalan terbaik dan pertukaran pelajar.

3. SBT juga perlu mengekalkan hubungan baik dengan sekolah dan universiti untuk mencapai persefahaman bersama.

4. Pada masa sama, SBT perlu menekankan kepada ciri-ciri untuk pembangunan berterusan status mereka melalui peningkatan pelan strategik, pengurusan, program akademik dan kokurikulum sokongan.

5. SBT perlu memastikan peningkatan tahap prestasi (akademik, kokurikulum dan sukan) serta program jalinan dengan universiti tempatan atau luar negara.

6. SBT harus menjayakan lebih banyak program melibatkan komuniti sebagai penanda aras kepada sekolah lain, peningkatan jumlah guru dan murid cemerlang serta meningkatkan keberhasilan untuk semua pelajar.
(Sumber : Utusan Malaysia)

AKU? nampaknya kalau dah sekolah namanya SBT,lepas ni mak bapak pun tempias sama untuk lebih mengajar anak-anak.mak bapak tak boleh lagi nak bersenang-lenang macam biasa-biasa.

ALAHAI...

Thursday, February 17, 2011

ANTARA RELEVAN KAIN BATIK DAN SELUAR?

Assalammualaikum semua...

sebut kain batik,rasanya hampir semua yang kenalkan.bila kali terakhir guna kain batik?kalau jawapan aku...emm...bila?memanglah lama sesangat dulu.sampai tak boleh nak recal balik..adoh.(foto oleh GOOGLE)selalunya perempuan ni dikaitkan dengan kain batik bila masa berpantang kan...kat rumah ni memang aku ada simpan sendiri stok kain batik.masa first time beli dulu ialah masa nak bersalinkan Sakinah.siap upah orang tolong jahitkan.kononnya dalam pantang nanti pakai kain batiklah.yelah sebab ramai yang kata dalam pantang pakai kain batik.kita ni budak baru belajar,ikut ajelah.

tapi,bila sampai masa berpantang,masa tu pulak duduk di rumah mertua.ada pulak ipar yang semuanya lelaki,rasanya macam 'selebeh' pulak nak berkain batik ni.pakwe aku tengok pun tak berpa berkenan.kata dia,aku ni tak ada rupa pakai kain batik! hihii..last-last dia belikan aku seluar track-sut.jadinya dalam pantang tu,memang aku berseluar ajelah.belum pernah dibuat orang kat kampung mertua aku,perempuan dalam pantang berseluar.(foto oleh GOOGLE)bila aku berpantang untuk Hakimi ni pun,aku meneruskan tradisi berseluar aku.memang tak pakai kain batik ni.ooo ye baru aku ingat last aku pakai kain batik ni masa aku keluar dari bilik bersalin, lepas tu pakai dalam wad dan esoknya balik ke rumah.bila dah kat rumah,pakai seluar balik.

tapi bagi aku pulak rasanya lebih selesa berseluar macam ni.ada beberapa sebab yang aku rasa orang tak perasan:

1.senang sikit nak bergerak walaupun taklah berjalan laju macam biasa.
2.nampak kemas berbanding kalau ikat kain selebeh-lebeh tu tapi
kepada yang memang teror ikat kain tu mungkin tak ada masalah.
(yelah walau pun berpantang,tetap nak nampak kemas dan sedap
mata orang memandang)
3.senang pulak nak berbengkung.lagi kemas dan 'tegap'
4.terjaga sikit aurat.kalau seluar ni,kita duduk bersila ke,berlunjur ke
apa,tetap tutup kaki berbanding berkain tu,terpaksa lebih berhati-hati sikit.
(dalam keadaan yang aurat kena dijagalah)

apa-apa pun,terpulang kepada keselesaan masing-masing.ini cuma pada diri aku aje.mungkin kalian ada pandangan masing-masing.

ALAHAI...

Wednesday, February 16, 2011

ANTARA BEKAL VS BELI DI KANTIN

Assalammualaikum semua...

hari ni nak cerita sikit pasal anak-anak kita.bezanya anak-anak sekarang dengan zaman kita bebudak dulu.budak sekarang suka bawak bekal tak?rasanya kalau ada pun sangat kurang berbanding zaman aku dulu.(foto:oleh GOOGLE)tak payah pergi jauh,Sakinah anak aku ni ha.dari darjah 1 lagi aku memang bekalkan dia ke sekolah.kalau air tu dah memanglah.taun pertama memang penuhlah 5 hari seminggu bawak bekal.maklumlah masa ni umur pun kecik lagi.tak tahu sangat nak beli-beli di kantin tu,apatah lagi nak berebut pada masa rehat.

tahun ke2,masih sama.setia dengan bekalnya.yelah di rumah dah siap ku suap makan,jadinya bila time rehat di sekolah tu makan sekadar lapis perut ajelah kan.selalunya aku bekalkan dia egg sandwich,roti telur,daging burger,nasi goreng,mee@ bihun goreng.ala yang simple-simple tu je.

tahun ke3 sekarang,cewah dah rasa besar sikit.masa nilah dah pandai request tak nak bawak bekal.kata dia; "kawan beli kat kantin.Ina pun nak rasa jugak..." macam mana tu? kasilah chance jugak untuk dia rasa nak beli.sekali dalam seminggu tu kasilah dia beli di kantin.

bila balik,aku tanya dia beli apa? dia katalah ada bihun sup RM1.tapi dekat kantin ada jual burger,nasi ayam,laksa,sosej,nugget,vitagen(ni satu botol RM1.mahal melampau!) nasi lemak(ni standard dari dulu ada...).wow terkejut jugak aku! yelah mana tidaknya...zaman aku dulu mungkin kalian juga kantin sekolah hanya jual nasi lemak,nasi goreng.taklah macam sekarang...up to date!

kalau aku dulu masa sekolah,sebelum tidur dah tanya arwah mak(ingat mak selalu bekalkan aku dulu...huhuhu); "mak,esok bekal mak masak apa?" (walaupun jawapannya dah tahu.biasanya nasi goreng atau pun kuih muih) betapa excitednya nak bawak bekal esok dan tak sabar nak share dengan kawan-kawan lain.walaupun masa tu bekal yang dibawa ala-ala sahaja,tapi masing-masing tak kisah.

emmm...tulah dilemanya zaman sekarang.aku rasa budaya bawak bekal ni dah semakin kurang.jadinya mereka yang bawak bekal ni terasa diri terasing dek kerana kawan-kawan sekeliling tak bawak bekal.rata-rata membeli di kantin.tak macam dulu kawan-kawan bawak bekal.kita pun bawak bekal.tak rasa lain macam.

sekarang,dengan kesibukkan ibu bapa dan kemampuan kewangan ibu bapa mampu memberi anak wang saku yang lebih dan serba tak langsung mengikis budaya bawak bekal ke sekolah.walhal aku rasa bawak bekal dari rumah ke sekolah lebih menjamin kesihatan perut dan minda anak-anak di samping ingatan yang putus kepada mak yang menyediakan bekal tadi.

AKU? ingat pada bekal arwah mak.terima kasih mak...al fatihah untuk mak.

ALAHAI...

Tuesday, February 15, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL

Assalammualaikum semua...selamat bercuti hari ni.

selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad (s.a.w)bersama kita tingkatkan iman,taqwa dan kecintaan kita pada satu-satunya tokoh terulung ini.

Raihan - Ya Nabi Salamun Alaika Lyrics(sumber google)

Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya habibi salammualaika
Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya habibi salammualaika

Telah terbit bulan purnama
Cahayanya menyinari kami
( Telah terbit bulan purnama )
( Cahayanya menyinari kami )
Kau contoh akhlak terpuji
Wajahmu penyejuk hati
( Kau contoh akhlak terpuji )
( Wajahmu penyejuk hati )

( Repeat Chorus )

Kau bagaikan matahari
Cahaya menerangi bumi
( Kau agaikan matahari )
( Cahaya menerangi bumi )
Engkaulah permata hati
Bertakhta di sanubari
( Engkaulah permata hati )
( Bertakhta di sanubari )

( Repeat Chorus )

Ya habibi Ya Muhammad
Penyeri timur dan barat
( Ya habibi Ya Muhammad )
( Penyeri timur dan barat )
Kau yang gagah, yang mulia
Engkaulah imam kami
( Kau yang gagah, yang mulia )
( Engkaulah imam kami )

ALAHAI...

Monday, February 14, 2011

FAKTA KHASIAT IKAN KELI

Assalammualaikum semua...

kali ni nak share tips sihat yang aku dapat dari majalah ANIQAH yang aku borong masa pergi karnival Wow hari tu.sebelum ni rasanya macam tak terpandang pulak majalah ANIQAH ni di pasaran...hihii..rupanya bila dah baca,ok jugak kandungannya.

oklah untuk peminat ikan keli,(macam kawan aku cendanakasih.blogspot.com)ni yang harus diketahui.mungkin lepas ni ikan keli akan naik harga sebab masing-masing dah tahu khasiatnya.

1. penyelidikan yang dilakukan di negara ini beberapa tahun dulu mendapati ikan keli atau nama saintifiknya Clarias gariepinus(sedap namanya) mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.5g bagi setiap 100g.jauh lebih tinggi daripada ikan salmon,mackerel atau trout.

kadar lemaknya (9-12%)juga adalah lebih tinggi berbanding mana-mana ikan air tawar atau yang masin.

2.penyelidikan oleh Institut Ikan Keli Amerika Syarikat-mendapati ikan keli yang diternak dan diberi makan pelet mempunyai protein yang baik.ianya sangat baik untuk diet kesihatan kerana kaya dengan protein,Omega-3 serta rendah kolesterol dan lemak tepu.

3.kajian daripada Persatuan Perubatan Amerika Syarikat pula mendapati tahap lemak tepu dan Omega-3 ini memberi faedah kesihatan kepada kardiovaskular,gastrousus,sistem peredaran dalam badan.pengambilan 1-2 sajiannya dalam seminggu seumpama mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung.

aku? nampaknya kalau pakwe kat rumah ni dah tak ada,tak masuklah encik keli ni kat rumah...tak ada kawan nak makan sama.

ALAHAI...

TEMAN DIA BERSHOPPING

Assalammualaikum semua...

hari ni start kerja semula dan esok cuti lagi untuk kita bersama menyambut sambutan MAULIDUR RASUL.moga iman,takwa dan kecintaan kita tetap padanya.

ke mana semalam?aku pulak semalam sebelah tengahari hantar Sakinah ke Swatari lepas tu menemankan shopping untuk pakweku ni ha di Jusco Wangsa Maju.biasalah duit dari dia tapi yang memilihnya dah tentulah aku walaupun benda tu tak aku pakai...hihii...ni @#$$%^&.(tengah nak pilih baju kerja...Hakimi berdukung je dengan baba dia...)biasalahkan...rasanya bukan aku sorang je buat kerja macam ni.rasa aku semua yang berjawatan macam aku ni melakukan yang sama macam aku untuk anak-anak dan suami.betul tak?

masa shopping tu,sedih gak rasa hati.selalu tak macam tu.entah,sebab kali ni shopping barang dia,tapi nanti tak nampak pulak dia pakai depan mata kut...

malam pulak,pergi mencari netbook untuk dia.pergi yang dekat rumah je-Wangsa Walk.tak payah sampai nak ke Bukit Bintang@Low Yatt.mana-mana pun sama jugak harganya.yelah bila dah berjauhan nanti,komunikasi melalui internet sajalah yang mudah dan murah.(tengah tunggu salesman ni settingkan netbook)harapnya walaupun jarak yang jauh,namun dengan kemudahan komunikasi yang ada akan tetap merapatkan kami sefamili.

ALAHAI...

Sunday, February 13, 2011

KARNIVAL WOW PUTRAJAYA-jalan minggu terakhir

Assalammualaikum semua...

ke mana hujung minggu ni? mana-mana yang dekat area dengan Putrajaya,datanglah ke sini ke Karnival Wow.semalam aku dah pergi.yelah minggu ni je dapat bersama dengan pakwe ni...minggu depan dah tak ada....huhu...karnival ini diadakan sejak Jumaat lepas dan akan berakhir pada hari ini.diadakan bersempena dengan ulangtahun 10tahun Perbadanan Putrajaya.cewah...aku kasi review macam aku orang Putrajaya...hihiii.

apa yang menarik? karnival ni macam ala-ala sure heboh jugalah.ada banyak gerai pameran yang ada,gerai makanan di samping demo pertunjukkan daripada jabatan awam mahupun perseorangan.

antaranya demo latihan penyelamat bomba,polis,ATM dan banyak lagi.entah kenapa semalam pakwe aku ni nak pulak ke sini.selalunya dia tak suka pergi tempat-tempat macam ni...(demo aikido)(cutter daripada pasukan penyelamat bomba.digunakan untuk potong kenderaan bila berlaku kemalangan)selain pameran untuk orang dewasa,ada juga acara untuk kanak-kanak seperti menyusun puzzle,video game,mewarna,praktikal menanam anak pokok dan juga permainan di tapak permainan yang disediakan.(berjaya menyelesaikannya...) (badut melayan permintaan anak-anak)antara pameran yang diadakan-(hanya bergambar sajalah yang mampu...)untuk makan dan minum pulak,tak perlu risau.(gerai minuman daripada KL FM)bukan setakat deretan gerai yang menjual makanan,ada juga makanan fast food di sini.macam KFC,pizza.untuk aku sefamili,kami memilih pizza sahaja.cepat dan tak payah nak tunggu lama.dah beli,boleh makan kat bawah pokok.

apa yang boleh dibeli? macam-macam.kepada peminat pokok bunga,boleh beli di sini.nak beli majalah muarah? pun ada.nak beli tudung dan baju tu...standardlah ada kat sini.kalau nak booking bilik hotel ke pun boleh dibuat di sini.banyak booth yang mengendalikan pakej percutian ada membuat pameran di sini.

aku? borong majalah.majalah dah backdated tahun lepas punya.kira oklah tu kan...yang penting budak dua orang ni happy.apatah lagi Sakinah berjaya menjawab soalan kuiz(jawapan aku yang kasi...hihii),dapatlah hamper....al hamdulillah.kira bertuah juga semalam.hari ni?nak shopping untuk pakwe ni pulak.

ALAHAI...

Saturday, February 12, 2011

HOSNI MUBARAK,AKHIRNYA MENYERAH JUGA

Assalammualaikum semua,selamat berhujung minggu.

bak kata pepatah,sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua.pepatah ini sesuai sekali untuk menggambarkan kedudukan dan situasi Presiden Mesir Hosni Mubarak(foto oleh GOOGLE:)yang akhirnya terpaksa juga tunduk dengan tuntutan yang semakin menghimpitnya.

walaupun sebelum ini beliau tetap bertegas untuk bertahan dengan jawatannya sehingga September ini namun akhirnya terpaksa menyerah juga setelah 30 tahun memerintah Mesir.

maka ini menunjukkan bahawa kuasa dan suara yang dimiliki oleh rakyat adalah sangat keramat.bak kata,JANGAN CUBA-CUBA MENCABAR KUASA KUASA RAKYAT MAKA INILAH PADAHNYA.diam rakyat bukan bermakna rakyat setuju atau jadi pak turut sahaja terhadap tindak tanduk pemimpin tetapi diam rakyat adalah untuk mengumpul kekuatan dan sokongan untuk mengembalikan hak mereka.

satu yang harus dipelajari oleh kita di negara ini-bahawa seseorang pemimpin bukanlah pemimpin untuk selama-lamanya.maka tidak wajar menjadikan rakyat dan negara sebagai medan untuk melempiaskan segala kehendak dan nafsu semata-mata atas nama BERKUASA.

seterusnya kita tunggu dan lihat perkembangan selepas ini.apakah hak dan suara rakyat Mesir mendapat keutamaan atau sebaliknya...

ALAHAI...

Friday, February 11, 2011

PERIKSA KESIHATAN DIRI

Assalammualaikum semua dan salam Jumaat.moga kebaikan juga kita perolehi untuk hari ini dan seterus-seterusnya.amin...

sihat semua hari ni?satu info yang ingin dikongsi bersama untuk kalian mengenai tahap paras gula dalam badan kita.perlu diambil tahu dan ambil berat jugaklah mengenai paras gula dalam badan ini kerana ia merupakan petunjuk awal kepada penyakit kencing manis atau diebetes.

sebut pasal kencing manis,Sakinah pernah tanya aku;
"ma,kenapa dipanggil kencing manis?"
"sebab iar kencing tu ada banyak gula berlebihan yang tak bagus"
"kalau air kencing tu manis,semut sukalah ye ma"
" ni mama belum buat eksperimen tapi rasanya macam tulah.semut kan
suka yang manis?...@#$%^&"
pening jugak nak jawab soalan cepu emas macam ni.betul jugak-manis ke air kencing tu?? hihiii....

tak pelah,kita tinggalkan bab tu,kita lihat jadual di bawah ni mengenai perkadarannya yang diambil oleh kak cikku lantaran dia ke hospital semalam.dia dah mula susah hati apabila paras gulanya sudah lebih daripada kadar yang sepatutnya.AKU? memang kena berhati-hati dan apatah lagi arwah mak memang ada penyakit ni.umum mengetahui kencing manis adalah penyakit keturunan,maka langkah berjaga-jaga perlu diambil.cegah sebelum parah...

ALAHAI...

Thursday, February 10, 2011

IKAN BAKAR BAGAN LALANG SEAVIEW penuhi citarasa

Assalammualaikum semua...

oklah edisi JJCM aku kali ni di sebuah restoran ikan bakar di Bagan Lalang semasa bercuti di Seri Malaysia tempohari.

tak susah nak cari restoran ni.memang banyak restoran ikan bakar di malam hari
maklumlah dah duduknya di tepi pantai kan...mestilah banyak.tapi yang ini jugak yang sedap dan memuaskan hati berbanding yang lain tu.tambahan pulak,di sini kita boleh order dulu(telefon dulu) tuan kedai untuk booking menu dan tempat sebelum datang.TAPI harus pastikan yang kita betul-betul datanglah ye! tidak kes naya dekat tuan kedai...malam tu aku dan famili dah siap-siap telefon dulu untuk booking tempat.maklumlah cuti panjang ni memang dah tahu dah ramai orang yang bakal datang.takut jugak tempat tak da.2 kali aku ke kedai ni.(masa petang hari)menu: 2 ekor siakap bakar,1/2kg pepahat goreng cili,sayur campur dan sotong goreng tepung=RM97.00satunya di waktu petang dan satu lagi di sebelah malam.restoran ni mula buka jam 6 petang bawaklah ke 1@ pagi.kalau di sebelah petang tak berapa ramai tapi bila start lepas maghrib barulah ramai orang.masa ni memang penatlah menunggu.(orang masih menunggu...)untuk sesi malam pulak,dinner kami disertai oleh famili kak ngahku dari Bangi.mereka tak tidur tidur sini cuma datang nak try ikan bakar kat sini pulak.jadinya order menu yang sama cuma digandakan dua.harga makan malam tu RM 175.00.makan besar ni untuk 3 orang punya birthday bulan Februari-pakweku(4/2),kak cik(6/2) dan anak buahku pulak
(7/2).bukan setakat orang cina ada makan besar ni!ok,kalau kalian di luar sana nak try,ada info aku sertakan di bawah ni...

info:

RESTORAN BAGAN LALANG SEAVIEW
Lot 1071 Jalan Pantai
Kg Bagan Lalang
43950 Sg Pelek Sepang,Selangor.
tel: 012 6321722-Ein

1.kemudahan surau ada disediakan2.parking luas tapi kalau dah malam tetap susah jugak nak cari parking,terpaksa parking ditepi-tepi jalan.ALAHAI...

KITA BERSYUKUR TAK HARI INI?

Assalammualaikum semua...

entah kenapa dah 2 hari berturut-turut aku mendengar lagu ini di tv. sekali semalam menerusi MHI,mengalir seketika airmata ini.tak tahu kenapa.dan hari sekali lagi di SPM.

entah kenapa...kebetulan mungkin.mungkin juga satu peringatan untuk aku agaknya.jadinya aku nak share dengan kalian di luar sana mengenai lagu ini.sama-sama kita perhalusi liriknya....aku kira,liriknya begitu bermakna sekali.

Lirik Lagu Syukur - Altimet

Pukul 6 pagi
Masa untuk ku bangkit lagi
Sebelum mencari sesuap nasi
Perutku dialas sesuap nasi
Subuhku tertinggal lagi
Terus diganti
Terus keluar dan berlari
Bersama warga kota lain sekali
Kita semua selari
Motor kereta bas LRT
Yang berbasikal pejalan kaki
Dari tauke besar hingga kerani
Semua punya niat sama di hati
Biar usaha dan rezeki serasi
Walau mendung saujana yang dihadapi
Masih ada mentari, jadi

Chorus
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini

Bil datang lagi
Seakan sebulan dua kali
Harap dibayar dalam tujuh hari
Sebelum bekalannya di mati
Terngiang rintihan ibu dan bini
Kata mereka perlu itu dan ini
Anakku mahu ke sana sini
Mlihat tempat indah dikaca TV
Di otakku hanya periuk nasi
Bil kereta rumah air dan api
Aliran pitisku dijaga rapi
Ditabung yang lebih di dalam laci
Hasil usaha keringat di dahi
Kerjaku halal jangan dicaci
Ku kerah semua tangan dan kaki
Sehingga ku jumpa apa yang dicari jadi

Chorus
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini

Murahkan rezeki
Jadikan aku lebih seperti
Antara mereka yang mempercayai
Walau usahaku kurang memadai
Fardhuku lewat beberapa kali
Bila bisikan dia mencuit hati
Aku tercandu pada duniawi
Tapi aku tetap kembali, jadi

Chorus
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini

Aku? syukur,tiada yang kurang.cukup makan,cukup pakai,cukup bahagia dengan apa yang ada,syukur masih diberi peluang bernafas dan menjalankan tugas untuk DIA. al hamdulillah.SYUKUR...SYUKUR...

ALAHAI...

Wednesday, February 9, 2011

HOTEL SERI MALAYSIA SEPANG-terakhir bercuti untuk musim ini

Assalammualaikum semua...

percutian di hotel Seri Malaysia Bagan Lalang tempohari masa cuti raya cina adalah merupakan percutian yang terakhir kami sefamili bersama pakweku.yelah apa taknya lepas ni lambat lagilah edisi cuti-cuti Malaysianya.terpaksa tunggu dia balik sini atau pun aku pulak ke sana.

seperti biasa,percutian lepas,aku disertai oleh 2 orang kakakku.kami menyewa 2 bilik bersebelahan dengan harga RM180 sebilik termasuk sarapan pagi untuk 3 orang.(dalam biliknya)kemudahan yang ada,paling penting swimming poollah kan apa lagi...ni memang syarat wajib kalau nak cari mana-mana hotel.bukan sahaja budak-budak nak main air,orang besar nak main sama jugak!pendek kata sama-sama gian nak berendam dalam air!(ni budak dah penat berendam...balik bilik,zzzzzzzz)memang cuti raya cina yang panjang ni memberi kesempatan untuk rata-rata membawa famili berjalan.di sini je,hotel penuh tapi aku dah booking sebulan awal lagi.jadi bab bilik tu dah tak ada masalah.

selain mandi di swimming pool,aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini juga ialah,berbasikal.(le tour di Bagan Lalang nak mula...)sewa basikal dengan harga RM5 untuk 1 jam.kita boleh bawak basikal ni untuk bersiar-siar sampai di tepi pantai.untuk kami,aku menyewa 2 basikal.satu basikal kanak-kanak untuk Sakinahdan satu lagi yang dewasa.ni lah yang kelakarnya,masing-masing dulu memang juara kampung bawak basikal tapi bila dah tua-tua macam ni...haha...payah pulak nak balancekan badan...kata kak cikku;
"senang lagi bawak keretalah..." hahaha....

selepas berbasikal,kita boleh main badminton.(ni macam nak jadi Chong Wei)ada gelanggang yang disediakan di sini.kita cuma perlu bawak raket sahaja.kepada yang pandai main ping-pong,pun boleh main di sini.ada peralatan yang disediakan.pendek kata,banyak aktiviti boleh dibuat.untuk sarapan? cukup sekadar memenuhi perut.berunsurkan sarapan orang Melayu,adalah nasi lemak,bihun goreng,lempeng dengan kuah kari ayam,bubur nasi.bab sarapan ni ,aku request dengan pihak hotel menu untuk kanak-kanak.apa yang aku tengok di sini tak ada langsung menu untuk kanak-kanak macam sosej,cereal.apa yang ada pun roti.ni je yang sikit kureng!

untuk makan malam,tak susah.untuk aku sefamili,kami memilih makan di restoran ikan bakar yang ada di sepanjang tepi pantai Bagan Lalang.untuk tempat makan ni,aku akan share dalam JJCM.

untuk kalian,memang tak rugi ke sini.harga berbaloi,budak-budak sure happy.layan jelah gambar-gambar kami di sini.

INFO:

Hotel Seri Malaysia
Lot 979&980 Pantai Bagan Lalang
43950 Sg Pelek,Sepang
Selangor
tel:03-31412918

ALAHAI...

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala