pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Friday, April 29, 2011

PERKAHWINAN ABAD INI-WILLIAM DAN KATE,SEJARAH TERCIPTA

(foto oleh:GOOGLE.COM)
Assalammualaikum semua...salam Jumaat,moga kebaikan juga yang diharapkan.

walaupun kita dipisahkan dengan jarak beribu batu,kiraan masa yang jauh berbeza namun antara kita dan dia memang ada sejarah yang terbina.kita tetap nak ambil tahu mengenai keluarga diraja ini.

perkahwinan pewaris tahta Britain Putera William & Kate Middleton hari ini bakal mencipta satu lagi sejarah dalam peradaban dunia khasnya dalam sejarah perkahwinan diraja.apa taknya,sebutlah atau beritahulah mana satu perkahwinan diraja di dunia ini yang sangat diingati oleh rakyat seluruh pelusuk dunia kalau tak perkahwinan gilang gemilang Putera Charles dan Puteri Diana pada 29 Julai 1981.(foto oleh:GOOGLE.COM)setelah hampir 30 tahun,sekali lagi Britain akan menjadi tumpuan dunia untuk menyaksikan perkahwinan dirajanya yang pasti memang ditunggu-tunggu oleh bukan sahaja rakyat jelata di sana bahkan seluruh dunia.

kalau dulu,ketika tu aku masih dalam dunia keanak-anakkanku..aku masih ingat lagi perkahwinan Charles dan Diana seumpama dalam cerita dogeng Cinderella cantiknya.kereta kudanya,gaun pengantinnya,fesyen rambutnya,senyumannya semuanya cantik belaka! sampaikan bila nak potong rambut-cakap dengan amoi cina tu nak 'gunting fesyen Lady D.' haha...penangan fesyen rambut Lady Diana.(foto oleh:GOOGLE.COM)

tak payahlah kita sampai nak boking tiket nak pergi jauh nun di London tu-tapi kalau ada yang nak pergi apa salahnyakan...apa ayang aku tahu,di NTV7 akan dibuat siaran langsungnya jam 3 petang.bolehlah tengok dalam TV jelah...hihihi.

AKU?pastinya meriah,dengar kata sebanyak USD 20 juta atau tukar duit Malaysia menjadi hampir RM 60 juta ringgit dibelanjakan utnuk majlis gilang gemilang itu....fuh!hanya mampu menonton dari jauh.itulah namanya tuah disebabkan "GELARAN"

Thursday, April 28, 2011

MENG'GOOGLE' TEMPAT MENARIK DI JANDA BAIK

(foto oleh:GOOGLE.COM)

Assalammualaikum semua...

hujung minggu ni kan hujung minggu yang panjang.ada xtra 1 hari cuti-hari pekerja.aku dah merancang jadual hari keluarga kami.kalian bagaimana?maklumlah,sementara pakweku masih ada kat KL ni,ambillah kesempatan untuk bersama.

asalnya aku dan 2 orang kakakku dah plan lama hari tu nak ke Desa Water Park saja hari cuti ni dan malam tu nak ke Shah Alam nak tengok lampu-lampu di I-City.nampaknya tangguh dululah projek dekat ni.

seharian semalam aku meng'google' tempat menginap di Janda Baik.entah kenapa,pakweku nak ajak kami ke sini.kata dia,on the way nanti boleh penuhi hajat aku lagi nak makan doyan...hahaha...(ada lagi tu hajat aku ni...).seperti biasa,tugas membooking ni jatuh kat aku lah kan!

kebanyakkan resort/chalet dah penuh maklumlah cuti panjangkan.
emm...google punya google,ada 2 tempat yang masih kosong.1 di Suria Hill dan 1 lagi di Sri Pengantin Resort.tengok harga,buat kira-kira balik akhirnya aku pilih Sri Pengantin lah.bukan nak jadi pengantin lagi...hihii...namanya saja pengantin!

Insya Allah,jika semua berjalan lancar,aku akan ke Janda Baik Ahad ni.nak bawak budak-budak ni mandi jeram,swimming pool dan APA YANG PENTING? nak 'memburu' doyan-doyan yang ada kat sana! yum...yum...aku dah pesan kat 2 ornag kakak aku suruh bawak RM lebih nak makan doyan...

* jika kalian ada info tempat makan atau tempat menarik,bolehlah share dengan aku di sini.makasih ye.

ALAHAI...

TALAPIA MERAH KUKUS BERBUMBU

Assalammualaikum semua...

hari ni nak share selera dapur pulak ye.dah 2 hari, petang-petang hujan kat tempat aku ni,makanya setiap petang berfikir nak masak yang bersup-sup sikit.lagi pun pakwe ni ada,dia memang suka.kalau aku anak beranak je-aku tak kisah sangat.

oklah,resepi malam tadi punye ialah TALAPIA MERAH KUKUS BERBUMBU.talapia ni aku beli dekat http://cendanakasih.blogspot.com.

BAHAN-BAHAN:

ikan talapia merah yang siap dibersihkan
bawang merah,bawang putih,halia muda-diracik halus
serai,cili padi
carrot-potonglah ikut suka
tomato-belah empat
batang sederi
cendawan putih
daun sup
garam secukup rasa
sos tiram
sedikit kicap cair
minyak untuk menumis
sedikit tepung jagung
air secukupnya

1.panaskan minyak dan tumis dahulu bawang merah,bawang putih dan halia

2.masukkan sedikit kicap cair,sos tiram dan sedikit air.kuahnya terpulang kepada anda.

3.masukkan serai,tomato,carrot,cili padi dan batang saderi

4.bubuhlah garam secukup rasa dan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh terlebih dahulu dengan sedikit air untuk memekatkan kuah.selepas itu boleh diangkat.ketepikan.

*sementara itu,kukus ikan tadi sehingga masak.sebelum diangkat,masukkan cendawan putih dan sos yang telah siap dimasak tadi.biarkan seketika supaya ikan dan sos mesra dan angkat.taburkan daun sup.dah boleh dimakan masa tengah panas-panas ni.
ALAHAI...

Wednesday, April 27, 2011

CELCOM...KALAU SETAKAT RM50, NAK BELI YANG RIBU-RIBU?

Assalammualaikum semua...

CITH baru balik dari Celcom Jalan Ampang,kononnya nak tengoklah apa yang boleh diclaimkan dengan sms yang aku dapat menerusi handphone aku.aduh...dapat voucher RM50 TAPI hanya boleh claim dengan pembelian hanphone yang dijual di sini.nak tahu harga yang ditawarkan? RM889-1,999.dapat RM50 nak beli handphone harga macam tu? emmm...tak praktikal langsung!!! penyelesaiannya-ABAIKAN SAHAJA SMS TERSEBUT,HANYA MENGABURI MATA SAHAJA.TU TIPU BELAKA.CELCOM...aku geram.

balik-singgah di MC'D-belanja bodyguard aku ni ha makanlah.kesian dia kena ikut je mana aku pergi.tapi dia suka naik train.terjerit-jerit suara dia dalam train.maklumlah,biasa naik kereta je.ALAHAI...

HARI ISTIMEWA BULAN MEI

Assalammualaikum semua...

hari ni dah 27hb April.(senyum memanjang...dah gajikan...)tinggal 3 hari lagi masuk pulak bulan baru-bulan Mei.perasan tak perasan,dalam bulan ni banyak sangat sambutan hari special yang ada.ni yang aku confirm,(kalau ada tambahan,boleh masukkan sekali):

1hb-cuti hari pekerja (aku pun nak cuti juga walaupun tak ada majikan ...hihii..)
7hb-hari ibu-ni tak cuti tapi digalakkan ibu-ibu diberi cuti daripada duduk di dapur.masa ni kita 'ode saja'.ni aku nak mintak hadiah...ada ke yang nak kasi aku ni?untuk mertua-hadiah dah beli,tapi belum kasi lagi.idaman dia-VISION!
16hb-hari guru-pun tak cuti.satu penghargaan untuk semua warga guru.dah sure Sakinah nak suruh aku belikan hadiah untuk cikgu-cikgu dia.tapi dia lupa cikgu dia yang sorang ni.huhu...
17hb-cuti hari Wesak,dapat jugaklah kita merasa cuti
23hb-hari paling special untuk Sakinah.exam mid term,yang sekaligus minggu memerah otak...special jugak tu...
27hb-ni lagi best-cuti sekolah bermula...berdendang-dendanglah anak-anak kita dan termasuk kita sekali.

AKU?yang paling buat aku tak senang duduk ialah tarikh exam tu.walaupun orang yang nak exam buat 'dek' je,tapi dah memang lumrah,aku yang terlebih...aduhhhhhhhh

ALAHAI...

Tuesday, April 26, 2011

CEKODOK DURIAN BUAH HATI

Assalamualaikum semua...

kat tempat aku ni,tengah hujan.kalau dah hujan memang perut menyanyi-nyanyi dibuatnya.tak tahulah apa kaitan hujan dengan bunyi perut kan! bukak peti ais,tengok ada durian lebih malam tadi punya yang tak habis makan lagi.apa lagi,aku pun men'cekodok'kanlah durian ni.lagi pun durian ni tak berapa sedap sangat rasanya.durian pakweku beli kat pasar malam,malam tadi.

BAHAN-BAHAN:

isi durian
tepung gandum
sedikit baking powder
gula sedikit-sebab isi durian aku ni tawar sikit rasanya
air secukupnya
minyak masak untuk menggoreng.

CARANYA: sangat mudah-campurkan semua bahan tadi sehingga sebati.biarkan seketika supaya adunan naik kembang sedikit selepas itu boleh digoreng.angkat bila dah kekuningan warnanya.sangat mudah dan cepat.makan waktu panas-panas gini.

AKu? sepinggan yang dapat hanya makan berdua saja.macam biasa,'kaki' durian ni pun suka...ALAHAI...

KEJAR MASA,KEJAR BANK RAKYAT

Assalammualaikum semua...

semalam seharian CITH tidak dapat menulis di sini.gara-gara kesibukkan mengejar masa dan mengejar Bank Rakyat.apa ceritanya?

nilah,aku pun mendapat tahu khabarnya pun daripada Kak Cikku.dia pun mendapat sumber daripada kawan dia pulak.pendek kata 'from mouth to mouth' ...hish, macam cerita panas pulak kan!

tapi memang panas pun,macam pisang goreng sekarang kat Kl ni espeacially di mana-mana sahaja cawangan Bank Rakyat(BR) di seluruh negara.apa taknya,dah lama BR menutup penjualan syernya kepada umum,baru nilah dia bukak semula untuk penjualannya.semua orang maklumkan,berapa kadar pulangan BR ni,maka sudah tentulah berita ini sangat mengujakan.bagi aku,ini memang satu peluang yang tidak harus dilepaskan!

penatnya semalam dek kerana menguruskan itu semualah.kebanyakkan cawangan sudah mempunyai kuota masing-masing.terpaksa mencari di cawangan yang lain.hanya dokumen yang lengkap sahaja dilayan.al hamdulillah,akhirnya dapat juga membelinya di cawangan Ampang.terima kasih untuk Kak Cikku yang sudi membawakan aku ke sini.sebelum tu aku pergi sendiri di Melawati-dah penuh!

AKU? pelaburan untuk masa depan anak-anak.semakin hari,semakin "tenat" yuran pendidikan dan hospitaliti di negara kita.

ALAHAI...

Sunday, April 24, 2011

BARU SAMPAI DARI KAMPUNG-BUAT LAH LAGI SUPRISE!

Assalammualaikum semua...

bertemu kembali dalam CITH.I'm back! walaupun cuma semalam saja dapat bermalam di kampung,jadilah asalkan matlamatnya tercapai..

seperti yang aku ceritakan semalam,kepulangan pakweku ni memang tiada sesiapa famili member sebelah mertua yang tahu.mulanya aku ada tulis di wall FBku,tapi terpaksa aku removekan semula lantaran ingin membuat kejutan dekat orang kampung!

semalam petang baru sampai di kampung.banyak sangat pula agenda yang nak dibuat terlebih dahulu sebelum balik semalam.terima kasih http://cendanakasih.blogspot.com.ikan keli yang diberikan semalam memang super!(walaupun dah lewat petang baru sampai,tapi masih tetap mampu pekena ikan keli goreng dan talapia stim!)

memang supriselah balik semalam.apa tidaknya,bila tak beritahu nak balik-makanan yang sedia ada dah pun habis.orang rumah dah selamat makan malam.jadinya orang KL lah yang balik kena masak.tu lah jadinya suprise!!!...

AKU? moral of the story-next time don't make suprise...

ALAHAI...

Saturday, April 23, 2011

BALIK KAMPUNG

Assalammualaikum semua...selamat berhujung minggu.

CITH BEREHAT HUJUNG MINGGU INI.JUMPA ESOK ATAU ISNIN YE! pakwe Chempaka dah selamat balik.kami berada di kampung.

ALAHAI...

Friday, April 22, 2011

MELIHAT JAM,MENUNGGU TELEFON BERBUNYI

Assalammualaikum semua...

ketika ini apa lagi yang ditunggu,melainkan mengira masa dan menunggu berbunyinya telefon untuk menunggu orang yang dinantikan. bak kata orang penantian satu penyiksaan!hihi.. sabar menunggu...

ALAHAI...

4 BISIKAN SYAITAN DALAM RUMAHTANGGA

Assalammualaikum semua...moga kita berada dalam perlindungan dan kasih sayang Allah selalu hendaknya.

sedikit perkongsiaan yang ingin dishare bersama dengan kalian teman yang datang ke CITH. menerusi Tanyalah Ustaz TV9 pagi tadi bersama Ustaz Mohamad Abdullah dengan tajuk DILEMA RUMAHTANGGA aku rasa sangat berguna info ini.

terdapat 4 bisikan syaitan yang tujuannya untuk meruntuhkan institusi rumahtangga.:
1. bisikan perasaan jemu-jemu pada pasangan,jemu pada kehidupan rumahtangga yang dijalani
2. bisikan tidak hormat-sama ada isteri pada suami atau sebaliknya
3. bisikan cemburu-cemburu perlu ada tetapi jangan melampau.tak perlu nak bersangka dengan pasangan sebaliknya doa moga Allah tunjukkan kebenaran.Insya Allah,pasti Allah tunjukkan kebenaran itu.
4.bisikan perkara@perkataan yang tidak baik-suka mengungkit dan membandingkan.

kata ustaz,institusi rumahtangga adalah tempat yang penuh dengan limpahan pahala kerana itulah syaitan sentiasa cuba untuk meruntuhkannya.

satu lagi;

JANGAN BANDINGKAN KEBAHAGIAAN KITA DENGAN KEBAHAGIAAN ORANG LAIN KERANA ITU KITA TIDAK AKAN PERNAH RASA BAHAGIA SELAMANYA.

AKU? kadang-kadang aku juga ingin menjadi seperti orang itu,dan ini walhal aku tahu aku tak akan dapat seperti itu.Ya Allah,jadilah aku hambaMU yang bersyukur dengan apa yang telah ada ini dan jauhkan kami semua daripada bisikan-bisikan syaitan yang sentiasa tidak pernah putus asa.amin...

ALAHAI...

Thursday, April 21, 2011

CARI IKAN DUYUNG,IKAN DUYUNG LAIN YANG KELUAR

Assalammualaikum semua...

sebelum ke sekolah kebangsaan tengahari tadi,aku sempat sekejap membuat last revision untuk subjek English berkaitan hidupan laut.tiba-tiba Sakinah tanya:
"mama,ikan duyung tu macam mana?macam yang kat tv tu ye?"
"ikan duyung tu tak termasuk dalam subjek hidupan laut lah Na.tu yang kat TV saja orang buat cerita.realnya tak ada."
-sambil bercakap,dia pun googlelah di internet nak cari ikan duyung...Ya Allah, memang tajuknya ikan duyung tapi ikan duyung @#$%^&*().apa lagi cepat-cepat aku X kan.banyak soalan cepu emas yang aku kena jawab.TOLONG!!!

aduh...nilah kecanggihan teknologi.memang semua ada di hujung jari tanpa ada tapisannya.

AKU?memang kena jadi filter kepada sesuatu yang ingin dicari.

ALAHAI...

DIA KATA NAK BALIK KL?

Assalammualaikum semua...

dalam hati ada taman bunga dan rama-rama berlari berkejaran...hihii...apalah pulak ni kan?malam tadi dapat phone call daripada pakweku di Arab sana katanya nak balik esok petang!ada kerja seminggu di KL.

ha,sajalah tak nak beritahu aku awal,sebabnya aku ni jenis yang tak suka kalau dah cakap-cakap tu pastu tak jadi pulak.emmm...dia dah tahu aku tu.pasal tulah,dah comfirm nak balik pagi nanti (pukul 3a.m sana=7am sini)baru dia beritahu.Insya Allah jika semua berjalan lancar,petang esok pukul 5 sampailah kat rumah.anak-anak,MIL pun tak tahu lagi ni,saja nak buat diaorang 'suprise'.apa yang pasti hujung minggu ni akan balik kampung menjengah famili mertua.

AKU?tak pelah,walaupun dia balik tak cuti sekurangnya dapatlah melepas rindu kami anak beranak...

ALAHAI...

Wednesday, April 20, 2011

BILA DAH KENA TANGKAP...

Assalammualaikum semua...

rasanya semua dah baca dan tengok kat TV pasal kes tangkap khalwat Dato’ Salim Parlan(foto oleh GOOGLE.COM)TKSU Kementerian Belia dan Sukan bersama temannya di sebuah hotel di P.Pinang

Mengikut pertuduhan, Salim dan Nur Diayana 29 tahun yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 5 pagi, 16 April lalu, di bilik No. 224, sebuah hotel di Batu Feringghi di sini.

TKSU KBS mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat. Kes akan disebut semula kalau tak silap pada 20 Jun ini.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Wan Faridulhadi, peguam yang mewakili kedua pasangan ini memberitahu bahawa kedua-dua anak guamnya merupakan pasangan suami isteri.“Mereka telah bernikah di luar negara dan sedang dalam proses untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut di dalam negara ini.

*TKSU = Timbalan Ketua Setiausaha

AKU?macam mana pun 'orang besar' ni nak sorok,akhirnya pecah juga.bila dah kena macam ni,akan keluarlah cerita-cerita yang pastinya 'panas' dan tidak enak untuk didengari.moga Allah beri petunjuk dan lindungi kita semua. amin.

ALAHAI...

DAPAT OFFER KE JAKARTA?

Assalammualaikum semua...

balik sekolah semalam;
Sakinah : mama,Ina dapat pergi Jakarta cuti sekolah nanti
mama : untuk apa?
Sakinah : cikgu pilih Ina untuk buat show tarian.mama izinkan Ina pergi tak?kalau mama kasi,cikgu nak fotostat surat beranak dengan pasport
mama : al hamdulillah,tak sia mama tiap ujung minggu hantar pergi kelas.apa pulak tak izinkan,pergilah.dapat pengalaman.

-sukalah hati dia semalam,bila dapat offer cikgu nak bawak dia buat show tarian di Jakarta.exam semalam pun rasa senang nak buat.hari ni punye,belum tahu lagi.

AKU?tak pernah nak halang minat dia asalkan yang penting PELAJARAN tak diabaikan,exam tetap perform.itu dah deal daripada awal.macam mana tak support,kalau aku dulu pun 'ligat' juga di zaman sekolah.

ALAHAI...

Tuesday, April 19, 2011

DAPAT PEMBANTU BARU DARI JEPUN

Assalammualaikum semua...

hari ini aku dapat pengganti baru untuk membantu kerja-kerja rumahku.minggu lepas
yang lama tu dah aku tamatkan servisnya lantaran tiba-tiba mogok tak nak bekerja pulak.

kebetulan hari ni ada J Card Member di Jusco dekat area rumah aku ni,ada pulak diskaun 10% apa lagi terus berkenan dan bawak balik.

siapa namanya? HITACHI-dari Jepun vacum cleaner baru aku.ALAHAI...

CUCI KERETA CARA BARU

Assalammualaikum semua

ni cerita hari Sabtu hari tu.kebetulan banyak masa lagi nak hantar Sakinah ke Swatari,Kak Cikku mengajak kami pergi hantar kereta cuci dulu.tapi cuci kereta ni lain sikit daripada yang biasa tu.tak tahulah aku kalau kalian dah tahu lebih awal.bagi aku,ni pesen barulah dalam perniagaan cuci kereta.

cuci kereta tetapi kita tetap berada di dalam kereta!(kami dalam kereta)tak perlu nak keluar macam biasa-biasa tu.satu pengalaman baru dan untuk dua beradik ni memang teruja nampaknya sewaktu duduk dalam kereta.

apa taknya,(menyembur air dan sabun)dalam kereta-kita nampak pekerja-pekerja car wash ini akan menyembur air,sabun ke arah kereta kita.(melalui lorang kering)seterusnya kereta dalam keadaan free gear akan meluncur sendiri di laluan yang disediakan untuk dikeringkan pula.akhirnya,kereta akan keluar mengikut lalauan seterusnya untuk kerja-kerja mengelap,vacum dan mengilat tayar.(kerja-kerja mengelap sedang dilakukan)kesemuanya ini hanya bernilai RM5 untuk kereta besar,RM4 untuk kereta kecil dan untuk vacum tambahan RM10.

AKU?seronok juga merasa pengalaman ni.cepat pun cepat.kiranya kalau kita tak punya banyak masa,inilah alternatif yang berkesan.pasti nak buat lagi!TAPI semua orang di sini bukan orang kita...huhu

ALAHAI...

Monday, April 18, 2011

RESTORAN SRI MELAKA AMCORP MALL PJ

Assalammualaikum semua...

entri JJCM kali ini aku ingin share dengan kalian sebuah restoran di Amcorp Mall PJ.semalam dek sebabkan nak mencari durian,maka mencuba juga mencari tempat makan sekitar yang berdekatan.jadinya Kak Cikku suggestkan di RESTORAN SRI MELAKA,Amcorp Mall.berkonsepkan sebuah restoran yang agak eksklusif,ia menawarkan pilihan makanan ala carte sama ada untuk famili atau pun berseoranganmemang masa kami datang ni,restoran memang penuh.1 Malaysia-Melayu,Cina,India yang ada.tempat duduk sangat selesa,ada yang bersofa dan ada yang berkerusi.macam biasa,aku suka memilih duduk di sofa untuk makan tengahari semalam,kami order yang ini:
2 set nasi lemak ayam kari + minuman + desert = RM 9.802 set nasi goreng nyonya + minuman + desert = RM 9.80 2 Sri Melaka sago = RM 9.00
1 cendol = RM 4.50
1 ruby nangka = RM 5.00

setiap set menu yang kami order ni,ada 2pilihan air boleh dipilih iaitu ice lemon tea dan barli.manakala desertnya ialah koktail buah-buahan.
(pilihan desert yang kami order, ni tak termasuk dalam menu set punya.)============================================================
TOTAL: (termasuk cukai) = RM 66.90
============================================================
layan je gambar-gambar ni,sekitar dalam restoran ini.(model-model yang 'pantang' nampak camera)INFO:

RESTORAN SRI MELAKA
1st floor
Amcorp Mall PJ,
TEL:03-79561388

ALAHAI...

PENANGAN DURIAN,BERAPA PUN SANGGUP BAYAR

Assalammualaikum semua...selamat memulakan hari Isnin untuk rakan-rakan blogger.

ni nak citer dengan kalian semua pasal durian.Ya Allah bila sebut durian ni memang...aduh memang pantang!pantang nampak.aku sejak dulu lagi pemakan durian tegar.arwah abah memang tahu kesukaan aku ni.setiap kali musim durian gugur pastinya dia dah siap simpan untuk aku.kalau tak ada musim pun,dia akan mencari durian untuk aku.(al Fatihah untuk Hj Abd Aziz)

gara-gara dah 2 minggu berturut aku tengok segmen durian di Majalah 3,membuatkan satu perasaan yang tak boleh tahan lagi.cerita pasal durian Musang King aduh...masa siaran tu 2 tempat yang dipromosikan iaitu di Bentong dan SS2 PJ.aku pun memasang angan-angan untuk pergi yang dekat sini je.petang tadilah akhirnya impian menjadi kenyataan.

bertempat di SS2 Petaling Jaya aku menemui apa yang aku idamkan.seperti biasa bersama ahli korum dan Kak Cikku yang jadi driver, terus sahaja menuju ke tempat jualan durian ni.memang dasyat.bukan setakat buah yang banyak,orang pun ramai jugak.(keadaan di tempat makan durian-1 Malaysia ada sama!)(fokus 2 beradik ni)boleh makan di sini,atau juga boleh bungkus.bagi aku sefamili,best lagi makan di sini.tempat makan pun selesa,ada kerusi meja disediakan tambahan pulak situasi makan di sini lebih happening.

(senarai nama durian,jenis dan kualitinya)untuk petang tadi,aku memilih pastinya MUSANG KING!D24 dan HOR LOR.sebiji setiap satu=3 biji semuanya.harga? hahaha, ni memang terkezut bila dengar.

Musang King- sekilo RM 28(bijinya yang kecil@kempis tetapi isinya memang peh! lemak-lemak sikit)Hor Lor - sekilo RM 18(isinya memang tebal dan ulas yang besar,bijinya pun besar)
D24 - SEKILO RM 16(rasa lemak-lemak dan sedikit tengit...aduh..)

===================================
total: RM 106.00
===================================
AKU?makan 3 biji durian sampai beratus?bab ni memang aku tak boleh menahan.bab lain tu aku boleh KIV tapi penangan durian ini buat aku kalah...

ALAHAI...

Sunday, April 17, 2011

CERITA UniFi LAGI SEKALI

Assalammualaikum semua...

rasanya hari ni pun aku sekali lagi cerita pasal Unifi ni.hish bukanlah nak bodek unifi ni...hihiii tapi sekadar nak berkongsi info yang aku ada.untuk kalian di luar sana dan juga kepada temanku, http://cendanakasih.blogspot.com.-nilah infonya...cewah macam aku pulak yang jadi duta Unifi ni.

Unifi,penggunaan internet jalur lebar dengan menggunakan fibre optik berkelajuan tinggi.ia ditawarkan sebanyak 3 pakej.:

1. berkelajuan untuk 20 Mbps iaitu sebanyak RM249 sebulan
2. berkelajuan untuk 10 Mbps iaitu sebanyak RM199 sebulan
3. berkelajuan untuk 4 Mbps iaitu sebanyak RM149 sebulan

penggunaanya di rumah membolehkan internet wifi dilakukan selama 24 jam!yang penting paswordnya tidak didedah untuk semua.

selain itu Unifi menawarkan 13 free channel TV dan 23 channel berbayar di samping Video on Demand yang dikenakan bayaran Rm per movie yang dilanggan.

untuk sebulan percubaan ini diberikan 48 channel kepada pengguna untuk menikmati servis Unifi.menurut kata konduktor yang pasang ni,kalau hujan pun channel TV masih boleh diperolehi tidaklah hilang siaran seperti Astro.AKU?siaran TV banyak mana pun aku tetap tidak terlayan.cukup sekadar kualiti gambarnya nyata lebih baik dan pencapaian wifi yang laju.

ALAHAI...

Saturday, April 16, 2011

BERWIFI DI RUMAH SEKARANG,UniFi TEMAN BARU

Assalammualaikum semua dan selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang.

akhirnya,selama hampir sebulan jugaklah tempoh menunggu yang dijanjikan,maka tengahari tadi terlaksana juga pemasangan UniFi di rumahku.berslogankan 'kehidupan lebih pantas dengan UniFi jalur lebar berkelajuan tinggi,aku mengharapkan agar ia menjadi realiti dalam memberikan servisnya.

bukan apa,sebelum ni aku menggunakan Celcom Broadband.sekadar untuk FB dan blog aku rasa dah memadai.aku pun bukanlah tegar untuk kedua-dua ini.tetapi memandangkan,kini aku dan pakweku bercinta dan berhubung dengan jarak yang jauh,maka inilah alternatif yang dirasakan baik untuk kami seisi keluarga!

bukan setakat meningkatkan kelajuan yang sedia ada,bahkan juga menambah siaran dan kualiti gambar siaran TV di rumah aku ni.untuk sebulan ini aku diberikan 48 channel...aduh rasanya sah tak tertengok semua tu!selepas sebulan aku hanya menerima 13 channel free.itu pun aku rasa tak cukup masa nak tengok semua.apa yang penting matlamat untuk menjadikan perhubungan jarak jauh ini lebih efisyen terlaksana.itu dah cukup baik bagi aku.(FOTO:kerja pendawaian)(FOTO:aksesori yang macam-macamlah)sebaik sahaja semua selesai,aku ke TM Point pulak dengan Kak Cikku untuk menamatkan perkhidmatan telefon rumah yang sedia ada.bermakna selepas ini aku menggunakan satu no Unifi yang membolehkan aku menelefon ke talian tetap tanpa had.

AKU?banyak yang bertambah,pastinya bertambah juga RM dalam bil-bilnya...

ALAHAI...

Friday, April 15, 2011

BILA DATANGNYA DEMAM PILIHANRAYA

Assalammualaikum semua...

16hb=esok hari penentuan untuk iklim politik di Sarawak.pilihanraya yg ke-10 akan berlangsung dan pastinya ia menjadi kayu pengukur kepada pihanraya umum negara kelak.

(foto oleh: GOOGLE.COM)biasanya dalam mana-mana pilihanraya pun,bila datangnya musim ni maka banyak pihak yang akan mengambil kesempatan.kesempatan itu diraih ekoran daripada perkembangan semasa yang berlaku.bak kata orang masa inilah ramai pihak akan 'menangguk di air keroh'.

1.kepada pengusaha chalet/homestay/hotel/motel-pastinya permintaan untuk bilik meningkat daripada biasa.apa taknya,ramai yang berkunjung ke Sarawak sekarang.masing-masing mewakili parti masing-masing.

2.kepada pengusaha makanan/barangan-masa inilah mendapat keuntungan berlipat ganda,jual apa pun sure laris.

3.pengusaha pengangkutan-memang akan menerima permintaan yang tinggi dan pastinya ada yang menaikkan harga daripada hari biasa.

4.ahli politik/pihak penyokong-ketika inilah masa digunakan untuk membuat apa cara sekali pun untuk mencapai kemenangan kepada parti dan calon.pastinya pelbagai 'senjata' akan digunakan oleh mereka bagi mencapai kemenangan waima kalau terpaksa menyerang peribadi pun sanggup dilakukan.

kesemua situasi ini memang nyata berlaku bila datangnya demam pilihanraya.hanya 'senjata' yang kuat akan dapat menangkis apa jua serangan yang mendatang!

AKU?pilihan di tangan kita untuk memilih apa jua yang ada di depan mata-selamat membuang undi untuk warga Sarawakian.

ALAHAI...

Thursday, April 14, 2011

KITA MAMPU MEMASANG HAJAT,ALLAH LEBIH TAHU

Assalammualaikum semua...

bercakap pasal hajat,pastinya semua antara kita berhajat yang baik-baik aje kan.ada yang berhajat untuk menjadi jutawan blog,ada yang berhajat nak jadi selebriti chef,ada yang berhajat nak menunaikan umrah atau haji tahun ni, ada yang nak menamatkan zaman bujang dan macam-macam lagilah.pastinya yang baik-baik belaka.tak tahulah pulak ada yang berhajat tak baik...hish...mintak dijauhkanlah ye!

salah satu hajat yang aku fikir semua antara kita mahukan ialah berhajat nak mati dalam iman,dalam Islam,dalam keadaan yang baik,dalam keadaan dapat diperdengarkan dengan kalimah syahadah oleh kaum keluarga dan sebagainya.

di bawah ini sedikit bingkisan yang aku jumpa pagi ni.

ARKIB : 12/04/2011 Utusan Online
Bapa Francisca Peter ditemui mati di rumah sewanya

KUALA TERENGGANU 12 April – Bapa penyanyi popular sekitar era 80-an Francisca Peter, ditemui mati di rumah sewanya di Taman Seri Dungun malam tadi.

Mayat Lucian Gaberial Peter atau nama Islamnya Muhammad Gaberial Peter Abdullah, 78, ditemui dalam keadaan tertiarap dalam rumah sewanya itu oleh seorang rakan anaknya pada pukul 10.30 malam.

Rakan anaknya itu dikatakan pergi ke rumah Muhammad Gaberial Peter yang pernah bekerja sebagai wartawan akhbar New Straits Times sekitar tahun 70-an itu setelah diminta berbuat demikian oleh seorang daripada anak Muhammad Gaberial Peter.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Dahlan Mohd Noor yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Pegawai Agama daerah Adnan Mohamad mengesahkan Muhammad Gaberial memeluk Islam sejak tahun 2007.

Mayat Muhammad Gaberial dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sura Tengah kira-kira pukul 2.30 petang ini. – Bernama


AKU?Al-fatihah untuk arwah,moga ditempatkan di kalangan para solih dan solihin.moga hajat kita seperti yang kita doa setiap hari dimakbulkan oleh Allah s.w.t.amin...

ALAHAI...

TIDAK DAPAT DIPERTIMBANGKAN

Assalammualaikum semua...

rentetan kes aku menerima surat 'cinta' hari tu daripada DBKL dan keputusan daripada report yang aku buat tempohari,maka dimaklumkan,KESALAHAN TERSEBUT TIDAK DAPAT DIPERTIMBANGKAN...nilah balasan surat yang dihantar padaku petang semalam.

dalam aduan yang aku buat tempohari-mengapa yang besar dan lain sederet aku tak kena?maka jawapannya PERKARA INI BERLAKU BERKEMUNGKINAN SELEPAS NOTIS DIKELUARKAN OLEH PETUGAS ATAU KENDERAAN YANG DIKELUARKAN NOTIS BEREDAR DARI LOKASI.KEMUDIAN DATANG PEMANDU LAIN DAN MELETAKKAN KENDERAANYA DI LOKASI SAMA.

AKU? tapi aku paling suka ayat ini...JABATAN INI DARI MASA KE SEMASA TELAH MEMBERI ARAHAN KEPADA SEMUA PETUGAS AGAR TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN SECARA PILIH KASIH ATAU DOUBLE STANDARD
harapnya biarlah betul bagai dikata...lepas ni kena beringat:cakap mesti ada BUKTIapa-apa pun terima kasih kepada DBKL kerana respon jugak dengan aduan aku tempohari.

Wednesday, April 13, 2011

BOTOL SUSU DARIPADA TUPPERWARE BRANDS-BEBAS BPA

Assalammualaikum semua...

ni saja aku nak share dengan kalian di luar sana dengan satu produk daripada TUPPERWARE BRANDS iaitu botol susu.kepada mereka yang mempunyai baby kecil yang masih menghisap botol,ini adalah satu alternatif daripada botol susu yang ada di pasaran sekarang!

kita pun tahu kan,baru-baru ni heboh 1 Malaya dek kerana penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bahan Bisphenol A (BPA) kerana dikhuatiri boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak.jadi,yang ini adalah antara botol susu yang boleh digunakan.

lihat ini: (sumber BHarian-15/3/11)

INFO: Bisphenol A (BPA)
- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
- Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

*harga set ini -Precious Baby Collection RM 89.30
diskaun 20% kepada ahli.untuk menjadi ahli cuma RM60.
BERMINAT? boleh hubungi di sini.


ALAHAI...

PENAMPILAN RIAK WAJAH BOLEH MEMBERI BANYAK MAKNA

Assalammualaikum semua...

selalunya kalau kita dibelenggu masalah,adakah mudah orang mentafsirkan daripada wajah kita?aku rasa sangat mudah.khususnya bagi orang perempuan seperti kita.kita mempunyai emosi yang kuat yang mudah sekali berintindak balas dengan situasi yang berlaku.maka kerana itu aku rasa kita cepat sensitif.(foto oleh:GOOGLE.COM)apa taknya,kalau gembira-senyum memanjang sampai ke telinga.pasal tu orang lain mudah menangkap riak wajah kita.contohlah kalau pakai baju baru ke,kasut baru ke,dapat bonus ke...pasti riak wajah yang berlainan daripada biasa kan...

sebaliknya kalau ditimpa masalah,contohnya-sebelum keluar rumah,masalah anak tak sihat,pembantu rumah lari,gaduh-gaduh manja dengan suami,pastinya riak muka automatik tak ceria,bak kata orang 'air muka redup' je bila dipandang.

pendek kata kita boleh memahami isi hati orang dengan hanya melihat riak wajahnya.kata orang lidah boleh berbohong tetapi riak wajah yang diperlihatkan itu sukar sekali untuk menafikan apa yang sedang ditanggung.ia tak perlu diberitahu,orang lain dah tahu.

secara semula jadi,riak wajah menggambarkan isi hati seseorang.hati yang penuh rasa gembira akan melahirkan riak wajah yang tenang serta membahagiakan.bila hati dilanda kesedihan maka kesedihan itu akan terpancar melalui riak wajahnya tanpa dapat dibendung lagi.

AKU? kerana itulah agaknya bila aku berwajah muram,pakweku akan bertanya; awak ni kenapa,ada masalah ke?" walaupun hanya memandang melalui skrin laptop sahaja dapat diteka riak wajahku dan sekaligus perasaan aku ketika itu...

ALAHAI...

Tuesday, April 12, 2011

PENCIL & ERASER -A GOOD ONE!

Assalammualaikum semua...

entri kali ini aku sharekan daripada email yang aku terima daripada kawan Kak Cikku-J Charles Francis.aku rasa ia sangat relevan kepada kita.(foto oleh:GOOGLE.COM)
Pencil: I'm sorry.

Eraser: For what? You didn't do anything wrong.

Pencil: I'm sorry because you get hurt because of me. Whenever I made a mistake,you're always there to erase it.But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day,I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy
with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad.

Parents are like the eraser where as their children are the pencil. They're
always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes
along the way, they get hurt, and become smaller / older, and eventually pass on.
Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents
are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing
their precious ones worrying, or sad.

AKU?anak-anak kita ni saja yang tak tahu yang kita sayangkan dia.sebab apa?SEBAB-SAYANG TAK DAPAT DIVISUALKAN! aku sendiri tak dapat nak tunjukkan banyak mana sayang aku pada mereka.selalu aku cakap; "sayang mama macam air laut yang mengalir,tak pernah surut-surut." aku harap mereka faham.patutlah dulu bila aku bertanya arwah mak;
"mak sayang adik?"
"sayanglah.ado pulak tak sayang"
"macam mana mak sayang kalau asik nak marah je orang ni..."
"nanti bilo ko ado anak nanti ko tahulah cam mano omak sayang ko"
...huhu....terima kasih mak.sekarang aku faham apa itu sayang.

ALAHAI...

Monday, April 11, 2011

RESTORAN PERIUK BELANGA-LUPAKAN DI RUMAH PUNYA

Assalammualaikum semua...

(ni depan restoran-Kak Lang beriya nak posing,sebab perut dah kenyang...hihii...)

kali ni aku nak share dengan kalian semua berkenaan entri JJCM minggu ini.kali ni lokasi pilihan ialah di RESTORAN PERIUK BELANGA...haha namanya dah periuk belanga maknanya periuk belanga yang kat rumah tu,kita lupakan seketika ye!restoran ni kebetulan kami jumpa semalam selepas hantar Sakinah ke Swatari.sementara nak menunggu dia,Kak lang aku mengajak ke Danau Kota kononnya nak cari butik tudung Ratu.butiknya jumpa tapi tudung yang tak berkenan, yang berkenan ialah restoran ni.terletak bersebelahan dengan butik Ratu,ia merupakan sebuah restoran yang asalnya dari Danga Bay,Johor.ni kira branch dialah.menu?macam-macam ada.daripada yang goreng-goreng sampailah ke lauk pauk hidang.kalau nak senang,macam aku ni order yang set punya.untuk semalam,aku order set untuk 3 orang makan iaitu:
-nasi putih 3,ikan siakap goreng bercili,1 set ayam penyek,kailan ikan masin berserta sambal belacan dan ulam.= RM40.00(SAYUR KAILAN GORENG IKAN MASIN)(AYAM PENYET DENGAN SAMBAL BELACAN DAN ULAM)(IKAN SIAKAP GORENG BERCILI)(LAICI KANG)(ABC SPECIAL)-minuman; 1 ABC special = RM5.00
1 laicing kang ais = RM4.00
2 ais kosong = RM1.00
===============================================
TOTAL: = RM50.00
===============================================
ABC ni memang patut cuba.banyak dia punya 'khazanah' di dalamnya di samping 1 scop aiskrim di atasnya yang pastinya menggoda mata yang melihat...ni Hakimilah,siapa lagi!,hihii....datang je ABC ni dia dah 'wooo'...(HAKIMI DENGAN ABC)ayam penyet dengan ikannya pun sedap,pendek kata apa yang kami order semalam puas hatilah!

kalian tengoklah gambar-gambar yang sempat dirakam ni...al hamdulillah...kenyang(semua suka,sebab dah kenyang...hihii)INFO:

RESTORAN PERIUK BELANGA
No 69-0 G-floor Platinum Walk 2
Jalan Langkawi,Danau Kota
Setapak,53300 KL
Tel: 0132996002

ALAHAI...

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala