pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Tuesday, May 31, 2011

DIA KULEPASKAN UNTUK BERPISAH SEMENTARA

Assalammualaikum semua...

hari ni tibalah hari pertama kami berpisah buat sementara waktu.pagi tadi menghantar Sakinah ke Flaminggo Hotel.dia mula menginap di sini sampai Jumaat.lepas tu ada pulak yang tertinggal-sikat rambut dengan name tag dia.emmm...tengahari tadi CITH 'lari' sekejap pergi hantar dekat dia.

(sesi mengemas barang yang hendak dibawa)sejak malam tadi mengemas barang,CITH dah pesan macam-macam.yelah ni first time lepaskan dia macam tu je.sebelum ni pun CITH tak pernah lepaskan ke mana-mana seorangan waima duduk di rumah nenek atau pun makcik-makcik dia.masa kecik dulu adalah sekali.tu pun sebab ikut rombongan sekolah.telepon hari-hari walaupun masa tu dia belum pandai cakap telefon. tulah sekali lepas tu tak ada lagi.

entahlah,macam mana dia nak uruskan diri dia? bangun tidur punyalah "senang" nak bangun...bom meletup sebelah telinga dia pun,dia buat dek je...paham-paham lah tu macam mana punya tahap tidur dia.lepas tu bab ikat rambut dan menyiput rambut.ni CITH dah pesan kat dia; "pandai-pandailah.kalau tak cantik itu tak boleh nak marah sesiapa.sendiri buat,sendiri tanggung.mama tak boleh nak tolong buatkan macam selalu."

kata pakwe CITH; biarlah dia belajar berdikari.biar dia tahu penting tak kita dalam hidup dia.biar masa ini akan menjadikan dia sedar diri.(adik yang sentiasa mengikut ke mana akaknya nak buat...)AKU? harap yang sama juga...dalam hati nangis jugak,sedih pulak dia tak ada kat rumah ni.selalu marah-marah pun dia da depan mata.tinggallah CITH dengan pakwe kecik ni kat rumah.

ALAHAI...

Monday, May 30, 2011

PERANCANGAN DIROMBAK! PERMATA SENI PENUHI CUTI PERTAMA

Assalammualaikum semua...kepada rakan mama-mama semua,ke mana cuti ni?sibuk di dapur ke?al maklumlah cuti sekolah.ada yang pergi berjalan,ada yang sibuk buat benda makan,ada yang sibuk dengan kerja rumah yang bertambah cuti ni...hihi..pendek kata macam-macamlah.

CITH pun sibuk juga.tulah yang semalam tak dapat nak bukak laptop ni.hari ni free sikit.ingatnya cuti ni nak pergi berjalan.yelah,adat kita merancang,DIA jugak yang menentukan.

CITH dah buat boking ke Cherating untuk Jumaat hingga Ahad ni terpaksalah cansel.lepas tu boking di sekitar KL je,pun terpaksa cansel.kenapa? nampaknya cuti kali ni CITH kene follow jadual Sakinah.

bermula semalam,dia telah diterima masuk sebagai peserta tari Permata Seni Negara (PSN).jadinya dari semalam sampai Sabtu ni-dia terlibat dengan kem latihan di Flaminggo Ampang.untuk 2 hari ni terpaksalah CITH hantar dan jemput dia.kelas start pukul 9-6 petang.esok,dia akan tidur hotel sampai Jumaat.Sabtu pulak kena hantar dari rumah.

program PSN ini adalah yang kedua dilancarkan dan merupakan kem yang pertama untuk tahun 2011 ini.Sakinah pun baru tahun ni nak joint.tahun lepas macam rasa tak berminat.tahun ni pulak,cikgu tarian dia yang galakkan untuk dia try dalam PSN.bukan mudah nak joint PSN ni.Sakinah sendiri pun terpaksa menghadiri 3 kali proses ujibakatnya. entahlah,CITH tengok inilah bakat dia jadinya CITH ikutkan sahaja asalkan semuanya berjalan lancar.dalam pada yang sama dapat dia meluaskan skop percampuran dia dan kawan-kawan.

habis seminggu tu,sambung pulak seminggu lagi latihan tarian di sekolah untuk persiapan pertandingan tarian di Jakarta pada minggu pertama bukak sekolah tu.emmm...nampaknya,penuh dengan menarilah cuti ni.CITH pulak,berdualah dengan pakwe kecik yang ada ni...(sekitar latihan tadi pukul 9 pagi di Dewan Indah,Flaminggo Hotel)(adik pun nak ikut sama menari macam kak long...)


ALAHAI...

Saturday, May 28, 2011

VOLUME KEMARAHAN DITURUNKAN

Assalammualaikum semua...selamat berhujung minggu,selamat bercuti kepada anak-anak dan rakan sejawat yang macam CITH-"boleh lah kita tarik nafas relax sekejap ye!....hihii"

ok,rentetan target CITH nak kontrol perasaan marah.hari ni punya result; marah masih ada TAPI...ada TAPInya,volume kemarahan itu berjaya diturunkan!

memang ada rasa nak marah,apa taknya dah 3 kali kita ni bersuara tapi yang mendengar itu boleh buat selamba 'dek' je...aduh,ni dah start nak panas...control.subbhanallah...pujuk hati.apa taknya menurut Prof Dr Rozieta,beliau sendiri pun ambil masa 6 bulan untuk menjadi toleran dengan anak-anak.tengok tu, 6 bulan! CITH baru 24 jam...aduh...sebagai peringatan dan motivasi diri sendiri,hari ni CITH tulis di atas sehelai kertas dan CITH pastekan di depan pintu bilik.biar CITH dan anak-anak dapat melihat dan sentiasa ingat yang mamanya ini sedang "berusaha belajar mengurangkan rasa marah"(selalunya Sakinah yang rajin tulis note ni,tapi biarlah kali ini CITH merendahkan diri sendiri untuk mencipta satu perasaan yang baru untuk anak-anak.

AKU?Ya Allah,permudahkan urusanku dalam usaha untuk aku mengurangkan amarahku amin.

ALAHAI...

Friday, May 27, 2011

AKU NAK KURANG MARAH HARI INI

Assalammualaikum semua, salam Jumaat.moga kita sentiasa dalam peliharaan dan petunjuNYA selalu.(Ya Allah tolonglah aku agar selalu berzikir kepada Mu,bersyukur kepada Mu dan beribadah dengan baik kepada Mu) “

hari ni TARGET CITH ialah nak kurangkan jumlah marah.ulang, KURANGKAN JUMLAH MARAH,ulang KURANGKAN JUMLAH MARAH!!!

inilah azam CITH hari ini dan target untuk dicapai.semalam CITH dah buat sidang berdiskusi dengan Sakinah nak neutral semula mana-mana yang kurang.CITH ambil apa yang menjadi kemahuannya supaya mamanya ini tidak marah-marah dengan dia selalu.

puas CITH meng'google' mencari tips berkenaannya dan terjumpa CITH dengan page Prof Dr Rozieta Shaary-ada banyak tip di situ.antaranya no 1 ialah:
CATIT BILANGAN MARAH DALAM SEHARI DAN CUBA UNTUK MENGURANGKAN JUMLAHNYA DARI SEHARI KE SEHARI.

jadinya,CITH nak buat yang no 1 ni dulu untuk permulaan CITH perbaiki diri.kalau kalian ada penyakit yang sama macam CITH ni boleh buat sama macam ni.nanti CITH update apa hasilnya.ok selamat mencuba dan selamat berjaya untuk diri CITH sendiri.

ALAHAI...

Thursday, May 26, 2011

KEJUTAN PM ICELAND-PERKAHWINAN DI LUAR NORMA HIDUP

Assalammualaikum semua...

lanjutan daripada entri CITH sebelum ni pasal tukar nama lelaki kepada nama perempuan,ni pulak yang CITH jumpa berita yang hampir sama situasinya.perkahwinan sejenis yang cuba di'halalkan' oleh manusia akhir zaman.*sumber Kosmo 26/5/11

Kejutan PM Iceland

APABILA Perdana Menteri Iceland, Johanna Sigudardottir mengumumkan penyatuan rasmi beliau dengan pasangan seks sejenisnya minggu lalu, majoriti masyarakat Barat bagaikan bersorak gembira.

Lebih-lebih lagi bagi golongan pejuang hak asasi gay dan lesbian, berita itu bagaikan durian runtuh bagi memudahkan mereka meneruskan kehidupan songsang selepas ini.

Sebagai sebuah negara yang sangat toleran, kehadiran ahli-ahli politik dan tokoh-tokoh agama gay sudah lama mewarnai lansdkap pentadbiran negara-negara Scandinavia.

Lantas tidak hairanlah apabila rakyat Iceland dengan selambanya menerima kenyataan perkahwinan sejenis pemimpin mereka biarpun mengejutkan dunia luar.

Selaku pemimpin negara pertama di dunia yang mentadbir atas status gay, perkahwinan Sigudardottir itu dilihat secara langsung 'menghalalkan' hubungan sejenis di negara dengan populasi sekitar 300,000 orang penduduk itu.

Hakikatnya, tindakan itu sekali gus memberi lampu hijau kepada terlaksananya satu perundangan baru yang menyokong penyatuan golongan sejenis di Iceland.

Lagipun, berita bersekedudukan antara Sigudardottir yang merupakan bekas pramugari dengan pasangannya, Jonina Leosdottir itu juga bukan perkara terkini.

Leosdottir, seorang wartawan dan penulis drama bagaimanapun jarang muncul bersama Sigudardottir pada mana-mana acara sosial penting.

Undang-undang perkahwinan gay yang diperkenalkan pada 23 Mac telah diluluskan oleh 49 daripada 63 Ahli Parliament Althingi pada 12 Jun lalu.

Perundangan itu dianggap satu pencapaian memandangkan ia tidak mengubah institusi perkahwinan konvensional antara seorang lelaki dan wanita.

Sebaliknya, terdapat penambahan pada definisi perkahwinan yang menyenaraikan lelaki dan lelaki serta wanita dan wanita selaku pasangan yang disatukan.

Sigurdardottir telah mendaftarkan hubungannya dengan Leosdottir pada tahun 2002.

Pasangan itu bagaimanapun baru memohon untuk memeterai percintaan itu secara rasmi menerusi perkahwinan pada hari perundangan baru itu diluluskan.

PENGAKUAN Johanna Sigurdardottir memberi lampu hijau kepada penyatuan golongan sejenis di Iceland.

Pejuang hak asasi

Bukan sengaja ingin dunia bertumpu ke arahnya, ibu kepada dua orang anak itu sebenarnya seorang yang berahsia.

Buktinya, seorang sumber daripada kerajaan Iceland pernah berkata: "Ramai yang tidak tahu Sigudardottir itu lesbian. Kalau orang dah tahu pun, jawapan biasanya cuma 'Oh' dan orang hanya berminat untuk mengetahui siapa pasangan hidupnya."

Golongan pejuang hak asasi gay juga berpendapat negara-negara Eropah pada asasnya lebih mudah menerima kelompok gay dalam barisan tertinggi kerajaan berbanding di Amerika Syarikat (AS).

Dalam tinjauan orang ramai di AS, adalah amat sukar untuk membayangkan jika Presidennya secara terang-terangan mengakui dirinya gay dan seterusnya mengahwini pasangannya.

"Malah, reaksi masyarakat di negara Eropah adalah jauh berbeza. Orang tidak peduli," demikian kata Peter Tatchell, seorang jurucakap untuk sebuah kumpulan hak asasi gay, Outrage, yang berpangkalan di London, Britain.

Biarpun belum terdapat wakil-wakil gay di AS yang dicalonkan untuk kerusi Presiden setakat ini, usaha golongan gay dan lesbian dalam cubaan memenangi jawatan penting di negara itu lazimnya cukup terbuka tentang hubungan pasangan sejenis mereka.

Di negara-negara Eropah, senarionya bagaimanapun berbeza memandangkan beberapa golongan pemimpin atasan termasuk Menteri Alam Sekitar Sweden, Andreas Carlgren dan Datuk Bandar Kota Paris, Bertrand Delanoe secara terbuka mengakui diri mereka gay.

Namun, senario seumpama itu tidak mungkin dilihat dalam negara yang memiliki pengaruh agama Katolik.

"Tidak mungkin ada Perdana Menteri gay di Itali. Kuasa pengaruh Gereja Katolik di sini terlalu kuat. Kami memiliki institusi keagamaan yang membentuk kepercayaan bahawa menjadi golongan homoseksual jelas sekali satu perbuatan yang salah," tambah Giuseppina Massallo, 60, yang berasal dari Sicily dan menetap di Rom.

Di Afrika sahaja, sejumlah 37 buah negaranya diperuntukkan dengan undang-undang anti-gay. Sebab itulah kehadiran pemimpin-pemimpin gay di sana merupakan sesuatu yang sukar diterima mahupun dibayangkan.

"Malah, pemimpin Zimbabwe, Robert Mugabe juga pernah suatu ketika dahulu menyifatkan status pasangan hubungan sejenis sebagai 'lebih rendah berbanding anjing dan babi'.

Namun, perkahwinan Sigurdardottir nyata mengejutkan kebanyakan rakyat Uganda.

"Musnahlah rakyat Iceland. Mereka tiada kesedaran moral," demikian kritik seorang jurucakap bagi kerajaan Uganda, Mary Karooro Okurutu yang turut melabelkan 'perkahwinan' tersebut sebagai paling hina'.

GOLONGAN gay dan lesbian di serata dunia menaruh impian bahawa pada suatu hari nanti penyatuan mereka diterima secara kolektif.

Negara-negara Afrika Timur cukup mencela hubungan sejenis. Jadi, tidak mengejutkan apabila terdapat cadangan untuk melaksanakan undang-undang yang membawa hukuman mati bagi sesetengah golongan gay. Cadangan itu jelas sekali mendapat tentangan hebat di kota London, New York dan juga Washington.

Tetapi, persoalannya kini bukan terletak pada negara mana yang lebih menerima hubungan sejenis ataupun adakah dunia harus terus menghukum keputusan peribadi Sigurdardottir.

Sebaliknya, haluan penerimaan hubungan sejenis kini dilihat sebagai satu pasport untuk golongan terkemuka dihormati atas keputusan tidak menghina kelompok masyarakat berselera sejenis itu.

Penerimaan itu penting agar wujud kesamaan hak di antara golongan gay dan bukan gay. Lebih penting, ia juga menghalang timbulnya pelabelan ortodoks bagi golongan yang gagal menerima penyatuan hubungan sejenis.

Contoh terdekat dapat dilihat pada kritikan-kritikan penulis blog penyokong gay yang menganggap keputusan Perdana Menteri Australia baru, Julia Gillard untuk tidak menghalalkan perkahwinan sejenis sebagai kolot dan ketinggalan zaman.

Fenomena kini menjadikan figura-figura terkenal seakan-akan terpaksa akur dengan trend mengiyakan hubungan sejenis sama ada anda suka ataupun tidak.

Perubahan persepsi

Turut dilihat terikut-ikut dengan trend ini adalah penyanyi rap popular, Eminem yang sememangnya sudah terkenal dengan demonstrasi ketidakselesaannya terhadap golongan gay menerusi lirik-lirik lagunya.

Eminem baru-baru ini dilaporkan lebih tenang dan didakwa mengaku pada agensi berita New York Times bahawa mentalitinya terhadap golongan homoseksual telah mengalami 'evolusi yang memberangsangkan'.

Perubahan persepsi terhadap konsep gay itu dikatakan satu kematangan pemikiran berbanding Eminem zaman lampau.

Tidak bernoktah di situ, dia yang kini menyatakan 'ya' pada perkahwinan sejenis juga berpendapat golongan gay harus diberi peluang menikmati kebahagiaan berpasangan secara rasmi tanpa bantahan.

Sebelum ini, album Elevator Eminem yang menyelitkan unsur-unsur anti-gay dan dituju khas untuk golongan penyanyi vokal gay terkemuka seperti Adam Lambert, Lance Bass dan Clay Aiken dikecam keras oleh penyokong-penyokong berhaluan gay itu.

Namun, pendekatan terbaru yang diambil Eminem termasuk sanggup mengecualikan lirik-lirik kontroversi dalam lagunya untuk persembahan akan datang di Britain, mungkin juga satu strategi bagi menyelamatkan kerjayanya itu.

KELOMPOK masyarakat ini berpendapat manusia harus diberi peluang berkasih sayang secara bebas.

Kecaman serupa turut dirasai oleh Ratu Cantik California 2009, Carrie Prejean tahun lalu. Biarpun pihak penganjur menyatakan pelucutan gelaran Miss USA Prejean adalah disebabkan isu etika kerja tetapi ramai percaya ia berikutan komen kontroversinya terhadap perkahwinan sejenis.

Pakar Psikologi Perkembangan Manusia dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Khaidzir Ismail pula berkata, pendedahan tentang selera hubungan sejenis oleh Sigurdardottir itu merupakan satu tindakan berani.

Sebagai seorang pemimpin, keberanian itu dikatakan mungkin berpunca daripada strategi Sigurdardottir yang telah mengkaji siapa kelompok penyokongnya sejak awal lagi.

"Semua orang tahu, budaya Barat pada asasnya menerima percintaan atau penyatuan golongan gay.

"Jadi, golongan berkedudukan atau berpengaruh seperti menteri mahupun penyanyi tanpa segan silu mengakui diri gay," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Sambil memberitahu 'gay' adalah satu perlakuan abnormal dari sisi pandangan psikologi, beliau turut berharap fenomena gay di Malaysia tidak bertambah teruk.

AKU?telah banyak Allah turunkan tanda kemurkaanNYA bukan sahaja kepada umat Islam bahkan seluruh umat du muka bumi ini,tapi kita masih juga buat tak sedar.apakah BUMI BERTUAH ini juga akan menjadi mangsa kemurkaan itu? nauzubillah...

ALAHAI...

PENUKARAN JANTINA,NAMA LELAKI KEPADA PEREMPUAN-APA DAH JADI?

Assalammualaikum semua...

nampaknya dunia hari ini semakin hampir ke akhir zaman.semakin hari kita melihat tanda-tanda yang kiamat itu semakin dekat.antara yang boleh CITH titipkan di sini* perzinaan dan riba semakin bermaharajalela,banyak terjadinya tanah runtuh,perubahan bentuk muka bumi,rusuhan,bilangan wanita lebih ramai daripada lelaki dan banyak lagi.* sumber buku Tanda-tanda kiamat kecil dan besar oleh:Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabil MA
bercakap pasal wanita lebih daripada lelaki ni,CITH tertarik dengan satu berita yang CITH rasakan adalah sangat tidak wajar sekali untuk kita umat Islam yang tercinta ini.ini dia:

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 18 Julai ini untuk keputusan permohonan seorang lelaki, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, menukar namanya kepada Aleesha Farhana.

Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen sudah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand kira-kira dua tahun lalu selepas mendakwa cenderung kepada perwatakan sebagai wanita sejak kecil.Sumber : Berita Harian
AKU?kalau mahkamah menerima permohonan ini bermakna akan adalah ramai lagi yang akan berbuat sedemikian rupa.maka kaum wanita hari ini terpaksa pula bersaing di kalangan "wanita jadian" ini dalam apa jua.bagaiman pula institusi perkahwinan? Ya Allah rasanya tak terjangkau fikiran CITH nak fikirkan.boleh beranak ke mereka ni nanti?akan ada pulak "mama jadian"??? Ya Allah,bantulah hambaMU ini,berikanlah petunjuk jalan kebenaran....MANA PERANAN PIHAK BERKUASA? JAKIM?PAK MENTERI?

ALAHAI...

Wednesday, May 25, 2011

HARGA PETROL RON 95 KEKAL UNTUK MASA DAN KETIKA INI

Assalammualaikum semua...

rentetan daripada pelbagai spekulasi terhadap kenaikan harga petrol RON95, ini ada butirannya. sumber dipetik daripada BERITA UTAMA TV3 jam 9 tadi.

Setelah pelbagai spekulasi mengenai kenaikan harga bahan bakar, kerajaan hari ini mengumumkan harga petrol Ron 95, diesel dan gas memasak kekal pada paras sekarang dan tiada cadangan untuk menaikkannya setakat ini.

menurut menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob/Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan:
"Kabinet hari ini telah pun membincangkan secara teliti dan dengan mendalam berhubung dengan rasionalisasi subsidi dan kabinet mengambil keputusan untuk tidak menaikan harga minyak Ron 95, diesel dan gas LPG buat masa ini. Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat."

Ditanya tempoh pengekalan harga bahan bakar itu oleh wartawan, ini jawapan beliau.

"Tak tahulah saya, satu bulan ke, dua bulan ke, tiga bulan ke, empat bulan ke, saya tak bolehlah nak beri, sebab kita tak bincang tempoh tadi ya."

AKU?kesimpulannya,buat masa ini memang harga tak naik.kekal RM1.90 seliter.kemudian hari? kita TUNGGU....

SELESAI SATU PERJUANGAN DALAM HIDUP,MAMA KENA BATUK DAN SELSEMA

Assalammualaikum semua...

mula sekali CITH nak ucapkan terima kasih dan selamat datang kepada 3 pengunjung baru ke sini yang menjadikan teman sepasukan sekarang berjumlah 62 orang-iaitu Namee Roslan,Citraarissa dan Siti Aishah....memanglah kalau nak dibandingkan dengan kalian blogger tegar yang lain,apa sangatlah jumlah beginikan.tak apalah.seperti tagline CITH -AKU ORANG BIASA,MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA UNTUK SESIAPA YANG SUKA.

hari ni last day Sakinah exam dengan 3 paper sekaligus!hambik ko...paper BI,Arab dan Pendidikan Jasmani.masa buat revision ni memang tension sikit apa taknya,mula nak cakap orang putih lah,pastu kene tukar channel pergi pulak ke laghatul arabiyah...hihii..ada tergeliat lidah nak menyebutnya.bab ni,mamanya terpaksa slow sikit speeding sebab mamanya "budak baru belajar".Bahasa Arab, memang memerlukan kuasa luar biasa untuk memahaminya.

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pulak,ingatnya setakat pergi PJ kat sekolah tapi masuk exam jugak.nak buat macam mana,baca jelah dalam buku teks tu.mamanya dah tak ada idea lagi.

untuk core subjek,selesailah sudah.esok cuma ada 1 paper lagi iaitu seni visual.cikgu dah beri awal lagi tajuk pilihan nak buat jadinya Sakinah pun dah ada pilihan dia nak buat kad ucapan Selamat Hari Guru.CITH pun dah siapkan segala kelengkapan aksesorinya.hihii...semangat untuk anak.sebelum-sebelum ni,Sakinah hanya dapat B je.kali ni harap dapat lebih baik daripada tu.

nasiblah bila dah selesai semua,baru ni ha CITH dilanda batuk dan selsema.syukur tak kena pada anak-anak terutama Sakinah.biarlah mamanya yang tanggung.hidung ni asyik berair je,tekak pulak perit.dah mula batuk-batuk.rasa tak selesa pun ada.tapi nilah hikmahnya dapat sakit.baru tahu nikmat hidung.kala diserang selesema,hidung tak boleh bau,hidung berair memang tak selesakan.tu lah dia satu kesedaran.

AKU?moga Allah ampunkan dosa-dosaku.amin...

ALAHAI...

Tuesday, May 24, 2011

SECRET RECIPE -MENUNTUT PENILAIAN DAN KEJUJURAN

Assalammualaikum semua...

nampaknya peminat kek dan roti hari ini terkejut seketika apabila sekali lagi kita dicabuli dengan isu BAHAN HARAM dalam pembuatan bahan makanan di negara ini.berita penemuan DNA babi dalam bahan pembuatan kek dan roti daripada sebuah syarikat terkenal.berikut ini rentetan awal daripada peristiwa itu:

PUTRAJAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia minggu lalu menolak permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah syarikat pembekal bahan membuat kek, roti dan pastri selepas mendapati ia mengandungi DNA babi dalam dua ramuan yang digunakan oleh syarikat itu.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’
Difahamkan, syarikat yang beribu pejabat di Eropah itu turut membekalkan roti, kek dan pastri untuk pasar raya besar dan restoran di negara ini. Berikutan itu, Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta semua pemegang dan pemohon baru SHPM yang menggunakan produk keluaran syarikat terbabit mengambil langkah untuk mengelakkan sijil mereka ditarik balik.(BH 16/5/11)

Syarikat tersebut adalah:Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) atau lebih dikenali sebagai SECRET RECIPE.

ini pulak kenyataan daripada pihak pengurusan SR:*sumber daripada:http://syafiqorangmelaka.blogspot.com

AKU?dalam negara yang bernama MALAYSIA yang mendukung Islam itu agama rasmi tetapi kita masih dihimpit,dicabuli dengan isu haram ini.nampaknya ada pihak yang masih tidak memahami isu ini atau mereka tak nak faham dan tidak akan faham sampai bila-bila.maka,apa pula peranan kita? boikot?buat sendiri? emm...untuk pihak berkuasa?
bagaimana? semunya B.A.G.A.I.M.A.N.A....

ALAHAI...

PENYUSUAN SUSU IBU MENUNTUT PENGORBANAN DAN PEMAHAMAN

Assalammualaikum semua...

sukalah CITH nak berkongsi serba sedikit ilmu yang tidaklah sebanyak mana pun.rasanya ada di antara kalian yang lebih berpengalaman dan banyak pengetahuannya.moga kita sama-sama dapat bertukar-tukar ilmu ini.

bila mendapat baby,soalan yang klise ditanya oleh saudara mara,sahabat taulan ialah; " baby kasi susu apa?" kalau pulak dilihat si ibu itu 'sihat walafiat' soalan selanjutnya akan jadi macam ni; "la,tak kasi susu badan ke?" dan begitulah selanjutnya soalan demi soalan.

masing-masing mempunyai pandangan dan pendapat apatah lagi sebab musabab mengapa baby mereka diberi susu formula atau susu ibu.bagi CITH sendiri,memang daripada Sakinah dulu pun memberi dia susu ibu tetapi tidak eksklusif.bila time Hakimi-al hamdulillah dia dapat menyusu sepenuhnya.apa yang dapat CITH simpulkan di sini ada beberapa sebab mengapa memilih susu ibu.antaranya:
1.satu cara perancangan keluarga secara semulajadi.-bagi kes CITH menyusu menyebabkan tidakhadiran period.6 bulan yang awal memang free-selepas itu barulah period seperti biasa kerana baby tidak menyusu sepenuhnya dengan kita -baby dah mula makan.

2.sangat mudah untuk memenuhi permintaan-apa taknya,supply senantiasa bersedia untuk menerima isyarat daripada baby.mampu memenuhi permintaan dengan pantas.

3.mudah nak bergerak -menyusu badan ni tak perlulah nak bawak segala air panasnya,susu,bekas simpanan panas dan sebagainya.sangat mudah untuk dibawa ke sana ke mari.

4.satu cara merehatkan diri-yang ni ada positif dan kontranya.untuk positifnya-bila kita menyusukan baby bermakna kita rehat seketika daripada semua kerja.yelah,susu kita siapa pulak yang boleh tolong kasikan...nilah masanya untuk rehat seketika.kadang tu tertidur sama dengan baby...hihii...

5.kurus semulajadi-percayalah,dalam proses penyusuan ini-makan banyak mana pun badan akan jadi kurus.sebab apa? sebab apa yang kita makan tadi diproses untuk dijadikan susu yang seterusnya diminum oleh baby.maka memang ia tidak tersimpan diam dalam tubuh badan kita.tu yang boleh jadi kurus tu.

6.membantu pengecutan rahim dan mengurangkan pendarahan-rahim cepat berada dalam keadaan sediaada.- ni orang tua kita kata,'rahim kecut' .

7.jimat belanja-ni yang paling menguntungkan.masa nilah dapat berjimat.yelah tahu-tahu jelah harga susu di pasaran sekarang kan...

8.membentuk hubungan yang intim dengan anak-ni memang special.hanya mereka yang merasanya tahu bagaimana hubungan itu.it's so sweeet...

itulah antara apa yang CITH dapat rasakan yang boleh CITH share dengan kalian.memang ada juga kadangkala berada dalam situasi yang tidak selesa khususnya bila time nak menyusu di tempat-tempat awam.yelah time baby nak tu dah tak boleh nak tahan-tahan lagi jadinya terpaksalah buat apa cara sekalipun.masa nilah,kita menutut pemahaman daripada semua orang khususnya orang terdekat.dalam kes CITH ni,selalunya masa dulu mesti bawak 'shawl' sebagai langkah keselamatan keluar rumah.jika tiada tempat untuk menyusu,shawl inilah yg jadi penyelamat di samping pakwe CITH yang akan cover.

pernah juga satu ketika-dalam perjalanan bersiar-bersiar di tangah bandar-baby dah nak sangat cinta dia.terpaksa berdiri membelakangkan dinding bangunan sambil dicover oleh pakwe CITH.menyusu tetap menyusu.nasib baiklah,baby CITH ni sangat fleksibel orangnya.dia mampu menyusu dalam apa cara sekalipun...hihii pasal tulah CITH katakan,penyusuan ini menuntut pengorbanan dan pemahaman.kalau tidak kita yang cepat rasa malu,stress,penat dan sebagainya.

untuk menambah susu,pelbagai petua yang CITH amalkan.semata-mata ingin menyusu baby sehingga 2 tahun seperti target CITH.antaranya:
1.minum susu
2.makan banyak
3.sayur sawi,lobak putih,bayam
4.ambil air secukupnya
5.setiap kali lepas menyusu-perah susu dan simpan.lagi banyak kita supply susu,maka kilang susu akan sentiasa aktif untuk mengeluarkan susu.beri je seberapa banyak susu pada baby.terutama jika ada baby yang jaundis.keraplah kasi susu ibu.insya Allah dengan izinNYA tidak melarat.
6.sematkan dalam minda,hati yang kita boleh menyusukan baby
7.DOA - nilah petua yang CITH rasakan sangat penting.tanpa doa dan izinNYA mana mampu untuk menjayakannya.hanya DIA yang maha perkenankan doa kita.

sehingga ke hari ini-Hakimi dah mencecah 2 tahun-al hamdulillah dia masih menyusu badan lagi biar pun diusik oleh untie2 nya...hihii....dia tetap nak CINTA...tak tahu pula bila dia akan rasa jemu...

ALAHAI...

Monday, May 23, 2011

HARI INI DIA DAH 2 TAHUN,MOGA DIA MENJADI TEMANKU SELAMANYA

Assalammualaikum semua...

hari ni jam 3 petang ni genaplah 2 tahun usia anak kecik CITH iaitu Hakimi.kalau 2 tahun yang dulu ketika inilah masa CITH nak mengumpul tenaga sekuatnya untuk melahirkan dia ke dunia yang baru.hari ini,al hamdulillah dia menjadi teman bicara CITH tatkala kak longnya ke sekolah apatah lagi ketika ketiadaan pakwe CITH di sini.

(ahli baru dalam famili CITH-setelah beberapa jam dilahirkan) 7 tahun jarak usianya dengan kak long membuatkan semua jadi baru.maklumlah bak kata orang skill 'dah lari' hihi...awalnya kalut juga untuk menguruskannya maklumlah anak lelaki.mujur CITH masih memiliki segala buku,segala catitan yang CITH buat semasa Sakinah dulu.yelah dulu mana ada internet ni.semua ilmu dalam buku.kini ilmu ada hujung jari je.sekali tekan semua ada.maka ilmu itulah CITH aplikasinya dalam mengurusnya hingga kini.

sejak CITH disahkan hamil,diri ini sudah menanam tekad dan berdoa nak memberi baby susu badan sepenuhnya sehingga 2 tahun.masa Sakinah dulu,CITH kurang ilmu,kurang sokongan,kurang pendedahan.akibatnya CITH hanya dapt memberi susu badan sepenuhnya hanya 2 bulan bercuti.lepas tu Sakinah hanya diberi susu badan pada pagi sebelum pergi kerja dan selepas balik kerja.sementara di rumah pengasuh,baby diberi susu formula.punyalah tak tahu cara nak simpan susu dan sebagainya.syukur juga masa tu CITH habis mengajar jam 2,jadi lepas tu baby akan menyusu badan sepenuhnya.kalau hari tak kerja,memang sepenuhnya diberi susu badan.sampailah ke 2 tahun.selepas itu susu formula sepenuhnya.

untuk Hakimi kali ini memang jauh bezanya.CITH sendiri telah mencari bahan,maklumat bagaimana nak galakkan susu,nak simpan susu,cara yang betul menyusukan anak dan sebagainya.al hamdulillah syukur CITH panjatkan kepada Allah s.w.t kerana izinNYA maka sehingga ke hari ini CITH masih memberi susu badan pada Hakimi.

masa menyusu inilah saat dan ketikannya kami berdua dalam keadaan yang sangat intim.macam mana cara dia menyusu dulu,macam itulah dia sekarang.sekarang dah pandai cakap,tiap kali nak menyusu maka dia akan menyanyilah; "nak cinta,nak cinta..ma nak cinta..." aduh cair dibuatnya.satu perasaan yang sangat luar biasa rasanya.menyusu sampai tertidur dan air liur sampai terkeluar atau kadang kala mulut masih berbunyi lagi meski pun mata dah terpejam! suka sangat...biar pun orang sekeliling kata; 'dah besar,tak payah lagi nak menyusu...bla...bla...tapi CITH tak kisah.apa yang penting hubungan kami berdua ini harus dijaga rapi.

apa yang CITH harapkan agar hubungan kami berdua ini akan merapatkan kami sampai bila-bila.untuk hari ini tiada sebarang sambutan untuk Hakimi meski pun semalam baba dia dah wish birthday, tadi nenek dan atuk wish dalam telefon,apalah yang dia tahukan...sebelum tu masa baba dia cuti hari tu-sambutan advance birthday untuk Hakimi dah pun kami buat di kampung bersama sepupu-sepupunya.di KL ni belumlah lagi...(semasa advance birthday di kampung)AKU?syukur pada DIA yang telah memberi apa yang aku doakan selama ini.sekarang ini masaku pula untuk menjalankan tanggungjawab dalam memikul amanah yang telah diberikan ini.semoga anak-anakku menjadi anak soleh dan solehah -berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.amin.ALAHAI...

Sunday, May 22, 2011

PEPERANGAN MASIH BELUM TAMAT,BERSIAP SEDIA MELEPASKAN PELURU


Assalammualaikum semua...

mulanya,marilah kita sama-sama menghadiahkan Al Fatihah kepada semua mangsa kejadian tanah runtuh di Hulu Langat semalam.pastinya kehilangan orang tersayang merupakan saat yang mendukacitakan dalam hidup.pastinya balasan baik menanti anak-anak tersebut.mudah-mudahan.amin

berbalik cerita pasal anak ni-(foto oleh:GOOGLE.COM)esok bermula lagi siri perjuangan dalam hidup.seminggu ini adalah saat dan ketikanya anak-anak kita berjuang dalam peperangan mereka.selalu CITH katakan ini kepada Sakinah bahawa exam adalah PEPERANGAN.berjuang dalam peperangan peperiksaan untuk mendapat hasil atas apa yang selama ini dipelajari.inilah masa untuk kita menilai kemampuan daya fikir,kefahaman terhadap apa yang dipelajari.

setiap orang akan melalui peperangan dalam hidup.berbezanya ialah situasi,motif,senjata,lokasi,kesan,mangsa dan sebagainya.ketika musim peperiksaan-peperangan itu dapat disimpulkan dengan semangat untuk melawan perasaan malas,perasaan mengantuk,sambil lewa dan sebagainya.itu semua adalah musuh yang akan menggagalkan motif atau misi kita iaitu BERJAYA MENJAWAB soalan peperiksaan.

CITH baru selesai menelaah bersama Sakinah sebentar tadi.kata CITH pada dia; "mama dah buat tanggungjawab mama,dah beri segala yang sepatutnya,maka terpulang pada Sakinah untuk menghadapi musuh Sakinah esok hari.insya Allah,kita berdoa agar Allah mudahkan,fahamkan,lancarkan Sakinah untuk menjawab exam "

yelah,sebagai mama-CITH dah buat tanggungjawab CITH.segalanya terletak di tangan dia untuk melepaskan pelurunya ketika yang sesuai.untuk semua anak rakan CITH- selamat maju jaya semua.untuk mama-mama pula,sama-sama kita doakan kesihatan dan kejayaan untuk anak-anak kita.amin.

ALAHAI...

Saturday, May 21, 2011

HARI INI SETAHUN EMAK MENINGGALKAN KAMI

Assalammualaikum semua...selamat berhujung minggu bersama insan-insan tersayang.

hari ini entry CITH panjang sedikit daripada biasa.bila bercakap insan tersayang ini,entahlah sebak rasa di dada.hari ini 21hb Mei genap setahun pemergian mak meninggalkan kami 8 beradik.walaupun semuanya sudah besar panjang namun bila mana tiada mak dan ayah,dalam hati pasti terasa.

apa taknya,duit banyak mana pun bukan dapat mencari atau membeli mak ayah di mana-mana.tulah satu-satunya mak ayah di dunia dan akhirat.bila dah tiada,ibarat anak ayam kehilangan ibunya.

mungkin mak ayah zaman dulu kurang nak tunjuk atau pamerkan rasa sayang dia.apa tah lagi nak ucap dengan kata-kata.dek kerana itu ada hati yang rasa mak ayah tak sayang.itulah perasaan CITH dulu-dulu.selalu jeleskan kakak yang di atas CITH.nampak mak abah(mak lebih tepat lagi) sayangkan dia.sebab apa?sebab kakak tu tak pernah kena buat kerja berat macam CITH buat.masa kanak-kanak dan remaja dipenuhi dengan aktiviti hujung minggu menolong abah di kebun.angkat kayu pagar,tolong tarik kawad duri,tolong siram anak pokok,angkat getah,mesin getah,cari kerbau,jual petai, apa lagi yang tak buat?sawah mana tak pergi menimba? semuanya pergi ikut abah pergi menimba ikan sambil mengutip buah berangan.rasanya semua kerja kasar tu semua dah CITH lalui...huk..huk...sedih pulak rasanya.

kakak tak pulak.aku pun tak tahu kenapa.masa itulah terfikir di fikiran ini bahawa memang mak abah tak sayangkan diri ini.mulalah CITH selalu mengeluarkan cakap macam ni; "mak sayangkan Kak Teh.yelah anak kesayangan mak mana boleh buat banyak kerja.asyik-asyik adik yang kena buat.mak memang pilih kasih lah!" nak tahu mak balas apa? "apo lak tak sayang.semuo sayang.ko tak tahu.esok-esok bilo ko dah ado anak,bau ko tahu macam mano sayang anak...Kka Teh ko tu lambek buek kojo.tu yang maleh nak suruh dio" tulah kata mak CITH tiap kali kalau diasak sedemikian.sememangnya Kak Tehku ini lemah lembut orangnya,tak seperti aku yang aktif,pantas,lasak(bukan up diri sendiri)

kini,setelah punya anak 2,CITH sendiri tidak tahu yang mana kasih dan sayang tertumpah lebih.rasanya sama semua.TAPI sekarang CITH lalui semula episod masa dulu bila mana Sakinah selalu argue yang CITH lebihkan adik,tak sayang dia sebab CITH selalu marahkan dia tak marahkan adik...Allah...berat sekali untuk CITH lalui ini semua.

agaknya inikah balasan CITH dapat akibat apa yang telah CITH lakukan dulu.hidup ibarat rodakan-orang putih kata: 'what's go around,comes around' (rasanya betul ni...)puas CITH explain pada dia bahawa sayang ini sama untuk keduanya cuma buat masa ini perhatian itu terlebih sikit untuk adik memandangkan dia masih belum cukup berakal lagi.ulanglah banyak kali mana pun,dia tetap mengatakan CITH sebegitu! mak,agaknya inilah yang mak rasa dulu...

sebagai emak apa lagi yang diharapkan daripada anak-anak selain kejayaan hidup di dunia dan akhirat?pastinya bekalan doa dan sedekah jariah menjadi tanda kasih sayang anak kepada mak dan ayah.begitu jugalah yang selalu aku terapkan pada Sakinah.tiap kali aku berpesan begini; "na,nanti mama dah meninggal-kalau Sakinah ingatkan mama,sayangkan mama tak bencikan mama ni-ngajikan untuk mama.pasal tu mama ajar Sakinah ngaji supaya Sakinah boleh ngajikan mama,ajak adik sama,sedekahkan untuk mama.itu je tanda ina sayangkan mama." tiap kali itu jugalah dia menangis tak mahu aku pergi dulu...entahlah.al hamdulillah,masa neneknya meninggal setahun lepas,dia dapat ngajikan neneknya.syukur sangat.

biarpun sudah berfamili sendiri dan memegang status MAMA tapi tetap terasa kehilangan seorang yang bergelar mak...meski pun semasa hayatnya kurang untuk CITH menginterpretasikan kasih sayang CITH tetapi CITH tetap terasa kehilangan itu sehingga ke hari ini dan mungkin selamanya....

moga mak dan abah ditempatkan di kalangan para solih dan solihin.anakmu ini tidak pernah lupa untuk berdoa untuk mu mak,abah.Ya Allah,semoaga apa jua yang terbaik aku lakukan ini,KAU berikanlah pahalanya pada kedua orang tuaku.AMIN.

ALAHAI...

Friday, May 20, 2011

MENGHARGAI MASA YANG SENTIASA BERGERAK PANTAS

Assalammualaikum semua...

pagi tadi mengajar Sakinah tajuk menghargai masa untuk subjek Akhlak.satu yang menarik nak CITH kongsikan dengan kalian di sini ialah 5 PERKARA INI SEBELUM DATANGNYA 5 ITU.

1. MASA MUDA SEBELUM TUA
2. MASA SIHAT SEBELUM SAKIT
3. MASA SENANG SEBELUM SEMPIT
4. MASA KAYA SEBELUM MISKIN
5. MASA HIDUP SEBELUM MATI

(foto oleh:GOOGLE.COM)ayuh kita sama-sama manfaatkan masa kita yang selalu bergerak pantas tanpa kita sedari.terdiam CITH seketika tadi ketika nak explainkan kepada Sakinah.tersedar diri ini yang sentiasa mudah lupa.(foto oleh: GOOGLE.COM)


AKU?Ya Allah,berikan aku 5 masa terdahulu itu untuk aku perbaiki catatan hidup ini yang masih banyak color 'merahnya' untuk diangkat bertemuMU di sana...huhu...

NUR KASIH THE MOVIE,TUNGGULAH DI YT SAJA

Assalammualaikum semua...salam pagi Jumaat yang diharapkan lebih baik daripada semalam.

pastinya semalam 19hb tarikh yang ditunggu oleh 19 juta peminat drama Nur Kasih untuk menonton drama ini menerusi skrin layar yang lebih besar lagi dalam NUR KASIH THE MOVIE.(NKTM)ada antara kalian yang dah pergi shownya semalam? pasti ramai kan...(foto oleh:GOOGLE.COM)

nampaknya drama ini telah berjaya meraih perhatian bukan sahaja di kalangan kita para wanita bahkan juga KAUM LELAKI.entah,CITH pun tak pasti apakah perasaan kaum lelaki terhadap drama ini,kenapa boleh minat drama ni...nak tahu jugak tu...ingatnya kita je yang sentimental ikut cerita ni.

tapi untuk (NKTM)ni nampaknya CITH tak dapatlah nak berkongsi perasaan dengan penonton di panggung,apa taknya handbegku ini mana bisa masuk ke sini.bukan apa,silap hari bulan dia yang buat movie dalam tu.habis rosak semua..hihii...kenalah tunggu dan mengharapkan ada insan-insan lain yang sudi meng'uploadkannya' dalam You Tube.

AKU?harap ada lah di YT...huhu...

Thursday, May 19, 2011

SIAPA KATA TENGAH BULAN DAH KERING?

Assalammualaikum semua...

petang tadi pukul 3.30 CITH pergilah 'menjengah' ke Jusco Wangsa Maju.nilah gara-gara kiriman sms hari J Card member,tergoda rasanya nak tengok suasana Jusco sana.selalunya Jusco yang dekat dengan rumah ni je.

nilah nak habaq kat semua...siapa kata tengah bulan orang kita dah kering? ha siapa yang dah rasa kering? hari ni 19hb...tunggu seminggu lagi menjelang hari gaji tapi bila time sale,ramai jugak orang shopping tengah bulan ni!

tengok je gambar yang dapat CITH rakamkan ni...punyalah sesak orang.parking? biasalah,sesak juga tapi dek sebab CITH pakai kancil je,jadinya mana-mana space yang kecik pun masih boleh sorong lagi...hihii...biarpun sesak nak lalu,CITH tetap selamba tolak troli.yelah kang ada pulak kes budak hilang,lagi haru.biarlah sebagai langkah keselamatan Hakimi duduk dalam troli berumpankan pisang goreng!

entah tak tahulah CITH orang kita ni-tengah bulan pun mampu shopping macam tak ingat dunia tu! yang ni CITH tak sempat nak rakam ada troli yang penuh sarat dengan barang.eh,cakap pasal orang,apa yang CITH beli pulak ye? CITH belanja hari ni RM 202.00- dengan membeli 3 helai blous + 2 pasang baju tidur untuk Sakinah (persiapan untuk kem Permata Seni dan Jakarta),4 helai t-shirt dan sepasang baju mandi Hakimi dan untuk CITH,sehelai blous dan sehelai baju kecik...dah cukup!

setiap belanja RM100=akan mendapat RM10 voucher.jadinya CITH dapatlah voucher RM20.agaknya pasal tulah orang berebut shopping hari ni.banyak beli,banyak voucher yang dapat.

balik pukul 6 petang-hujan lebat...syukur kancil CITH dapat meredahnya dengan selamat.tulah,asal nak menjengah,tapi beli juga...

ALAHAI...

AKU TAK SEMBAHYANG...TETAPI AKU BERJAYA.MAKSUD ISTIDRAJ

Assalammualaikum semua...

entri ini aku kongsi melalui kiriman kawanku Rina Dali ke FBku baru-baru ini.aku rasa patut juga kita ambil tahu serba sedikit.yelah perkongsiaan ilmu ini tidak habis jika hendak digali.selagi ada peluang dan ruang,sama-sama kita manfaatkan.Insya Allah.

"Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah,mari kita berfikir seketika, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

pasti 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada kalian ketika itu? kalian berjaya, tetapi kalian semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang masyur dahulu kala.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan kalian dan kita semua kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil kita semua suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti kita merana.

adakah kita tenang sekarang?

kita wajib untuk tidak berasa tenang jika berbuat berbuat dosa, dan kita berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Info Tambahan:

Peninggal Sembahyang – Gelaran serta panggilan kepada mereka yang meninggalkan sembahyang.

Peninggal Sembahyang Fajar(Subuh).
-Ya Faajiru>> Maksud: Wahai Durjana.

Peninggal Sembahyang Zuhur.
-Ya Khaasiru>> Maksud: Wahai Rugiwan.

Peninggal Sembahyang Asar.
-Ya A`shii>> Maksud: Wahai Perdurhaka

Peninggal Sembahyang Maghrib.
-Ya Kaafiru>> Maksud: Wahai Orang Kafir

Peninggal Sembahyang Isya`.
-Ya Mudhayya`u,dhayyaakallah >> Maksud: Wahai orang yang mengabaikan, semoga Allah mengabaikan."

ALAHAI...

Wednesday, May 18, 2011

BERSEDIA DENGAN KENAIKAN PETROL RON95 TIDAK LAMA LAGI


Assalammualaikum semua...

hari ni CITH nak sembang pasal harga minyak.hari tu minyak masak ,ni pulak minyak kereta.yelah sebagai pengguna,pemilik kenderaan berenjin pastilah terkena juga tempiasnya apabila masuk bab naik-naik harga ni.bukan apa,rasanya terlalu cepat betul harga minyak ni "dikaji semula" yang akhirnya membawa kepada kenaikannya.dah arif benar dengan istilah yang diucapkan oleh ahli-ahli politik ni.(foto oleh:GOOGLE.COM)

harga petrol RON95 ketika ini ialah RM1.90 sen seliter, namun harga ini dijangka tidak akan kekal lama. Menurut laporan, kemungkinan besar harga petrol RON95 akan dinaikkan sedikit masa lagi memandangkan harga pasarannya ketika ini ialah RM2.70 sen seliter. jadi kerajaan terpaksa menanggung subsidi yang agak tinggi iaitu 80 sen bagi setiap satu liter.

bila harga naik,tengoklah tak lama lepas tu harga barang pun naik,semua nak ambik kesempatan,lepas tu mulalah Dato Osman (Presiden Cuepacs mintak kerajaan naik gaji) maka bertambah naiklah harga barang dan terus naik.sakitnya siapa?macam golongan kitalah yang menguruskan hal ehwal rumahtangga.

lihat kenyataan ini-Berita TV3 16/5/11: Nilai subsidi ditanggung kerajaan tahun ini dijangka meningkat kepada 20.58 bilion Ringgit ekoran kenaikan harga minyak dunia berbanding 10.32 bilion Ringgit tahun lalu.

Daripada jumlah itu kata Timbalan Perdana Menteri, subsidi terbesar 18 bilion Ringgit untuk petroleum iaitu Ron95, diesel dan gas masak LPG.

Kadar subsidi tu tak boleh bertahan dengan jumlah sebesar itu selama-lamanya. Ini bukan perkara barulah, dulu pun kita dah putuskan itu. Perdana Menteri pun dah umum. Tapi bagaimana kita nak kurangkan tu, ini akan kita putuskan dari semasa ke semasa.

ini pulak kenyataan daripada menteri terbabit dengan harga-harga ni:(sumber dipetik daripada link MILOSUAM BLOGSPOT.COM 17/5/11-BERNAMA.COM) KESIMPULANNYA:BERSIAP SEDIA SAHAJALAH DALAM BULAN DEPAN AKAN ADA PENGUMUMANNYA....

AKU?nampaknya pakai sahajalah kancil aku tu-mudah,cekap dan menjimatkan.minyak...ooo minyak...

ALAHAI...

Tuesday, May 17, 2011

PERKAHWINAN MENGUNDANG PELBAGAI RASA DI DALAMNYA

Assalammualaikum semua...selamat bercuti hari ini.

ada plan ke mana-mana?untuk CITH,cuti hari ini sesuai sangat dimanfaatkan bagi sesi ulangkaji.berkorban sikit...hihii..

hari ni CITH nak menyembang pasal perkahwinan.terpanggil dek isu kahwin Abang Jem-Salih Yaacob,rasanya semua orang tahukan,tak lama lagi beliau akan melengkapkan kuota kahwinnya dengan gadis berusia 24 tahun.bermakna kata orang cukup korum dah poligami dia!

(foto oleh:GOOGLE.COM)yelah,mana-mana insan yang belum masuk ke gerbang ini memang mempunyai pelbagai rasa yang baik-baik sahaja.pastinya teruja,seronok,tidak sabar untuk memasukinya,mahu merasa segala rasa yang ada dalam perkahwinan tersebut.CITH pun bukanlah pakar dalam bab ini.masih seperti "budak baru belajar" tetapi sedikit sebanyak masih mencari,mendalami ilmu yang memang tak ada sudahnya ini.

setiap orang ada persepsi masing-masing tentang perkahwinan.ada orang mengatakan perkahwinan itu satu perjudian dalam hidup.bernasib baik-selamat dan begitu jugalah di sebaliknya.sekali dah masuk ke dalamnya bukan mudah untuk berundur ke belakang walaupun pada hakikatnya memang sedia jalan keluar!

entahlah,aku sendiri tidak berani untuk memberi rasa kepada perkahwinan itu kerasa rasa itu hanya ditentukan oleh mereka yang mengolahnya.ibarat tukang masak,dialah yang tahu sukatan garamnya,gulanya,kicapnya atau apa jua untuk dimasukkan ke dalam bahan masakannya supaya menjadi lebih sedap,enak,menarik dan apa jua.kita di luar lingkungan itu hanya menikmati hasil terakhirnya sahaja yang pastinya sedap.

memang kita melihat perkahwinan orang lain nampak bahagia,romantis,penuh senda gurau tetapi dalamnya,apakah kita dapat selami rasa itu?pasti tidak bukan...orang di dalam sahaja yang tahu rasanya bagaimana.lakonan di luar mampu menutup pandangan orang tetapi rasa hati sebenar dapatkah?aku tertarik dengan kata keramat yang aku dengar daripada Ustaz Muhammad bin Ahmad-katanya; "kalau kita asyik mengatakan orang lain itu bahagia,orang lain itu hidup senang,orang lain itu..dan ini...maka sampai bila-bala pun kita tak akan rasa apa itu bahagia,apa itu senang dan sebagainya."

nampakkan,maknanya kita sendiri yang mencipta rasa itu sama ada mahu bahagia atau sebaliknya.kadang-kala aku sendiri pun kalah dengan hasutan yang berbisik di fikiran-melihatkan suami orang boleh jalan berpimpin tangan,makan bersuap,bercakap sayang dan ayang,bila duduk tangan tak lepas memegang tangan isteri,meramas mesra jari jemari isteri...aduh meroyan tengok betapa romantisnya! huhu...tapi bila berlaku sedikit masalah dalam perkahwinan,habis pinggan mangkuk terbang melayang,bicara tidak manis seperti biasa,susah juga begitu kan!

baiknya biarlah berpada.tidak terlebih dan tidak terkurang,ambil yang tengah iaitu bersederhana.kadang kala apa yang pada orang tidak semestinya baik pada kita,begitu juga rasa orang berbeza-beza dalam perkahwinan ini.ada yang rasa lebih selamat,lebih bahagia,lebih senang dengan perkahwinan tetapi ada juga yang mempunyai rasa derita,kecewa,menyesal dan sebagainya.pendek kata segala macam rasa ada dalam sebuah perkahwinan-manis,pahit,masam,derita,kecewa,bahagia dan sebagainya.

ibarat lauk-kalau terlebih garam pun tak bagus,terkurang juga tak sedap.jadi biarlah sedang-sedang saja,sesedap lidah merasa,sebab bila dah sampai ke perut ia tak rasa apa pun-sekadar kenyang cuma!

AKU?mengharapkan rasa yang baik-baik itu menjadi rencah dalam perkahwinan kami dan pergilah jauh-jauh rasa yang tidak baik itu.amin...

ALAHAI...

Monday, May 16, 2011

BERJUANG LAGI DI MEDAN PEPERIKSAAN

Assalammualaikum semua...

CITH baru balik daripada menghantar Sakinah ke sekolah agama.hari ni bermula sesi berjuang dia dalam peperiksaan pertengahan tahun sampailah ke minggu depan sebelum bercuti panjang.

sebagai tanda sokongan moral,aku menghantar dia sampai masuk ke kelas hari ni.seperti biasa,bila time exam aku akan hantar sampai ke muka pintu kelas.mudah-mudahan dia mendapat semangat dan semangat itu membolehkan dia menjawab exam dengan baik.kalau tidak,seperti biasa cukup sampai di pintu pagar sekolah saja.

segala senjata dan teknik telah diberikan,terpulanglah kepada dia bagaimana cara untuk digunakan.ketika ini dia saja yang berhak menentukan dirinya sendiri.sebagai mama,dari jauh aku pohonkan kemudahan dan kefahaman untuk dia mudah menjawab segalanya.

AKU?sudah memberikan segalanya.semoga Allah permudahkan segalanya untuk ankku Sakinah.Amin.(tidak lupa kepada semua cikgu:SELAMAT HARI GURU ! nilah hadiah Sakinah untuk cikgu-cikgunya.)ALAHAI...

Sunday, May 15, 2011

UNTUKMU GURU,SALAM TERIMA KASIH,BERBAKTI TERUS BERBAKTI

Assalammualaikum semua...

antara banyak gelaran yang ada,apakah gelaran yang sampai matilah orang akan panggil?terfikir tak?jawapnya kalau boleh CITH senaraikan di sini ialah:
DOKTOR,CIKGU.kalau ada yang lain mungkin Datuk tapi kalau datuk untuk orang politik ni tak sampai mati.contohlah ye,kalau orang politik Datuk N kononnya,bila dibelakang dia mungkin kita gelar dia N saja kan...maknanya taklah kekal panggilan Datuk tu!

TAPI untuk 2 panggilan keramat DOKTOR dan CIKGU ini,bagi CITH kita akan panggil dia sampai bila-bila.maknanya gelaran ini membawa sampai ke hujung nyawa.hebat tak hebatkan?kenapa golongan ini hebat?(foto:GOOGLE.COM)golongan ini hebat kerana mereka adalah golongan profesional yang sangat banyak berbakti kepada masyarakat.cuba tengok kerjaya doktor ye,daripada mula dalam perut kita jumpa doktor sampai dah sakit tenat pun kita masih perlukan khidmat doktor ini.walau jauh beribu batu pun,kita sanggup meredahnya lantaran nak dapatkan khidmat mereka.mereka juga sanggup mengorbankan masa,tenaga untuk memberi khidmat kepada kita.kalau ditanya kepada doktor pelatih yang baru-baru tu-berapa lama masa bekerja?pastinya jawapan lebih daripada 9 jam.bukan setakat itu terpaksa sentiasa dalam keadaan 'on call' sentiasa.

itu semua dah menunjukkan dedikasi kerja mereka untuk kita,meski pun ada kes terpencil yang kadang kala melibatkan kecuaian dan kegagalan mereka.itu manusia...kadang kala,pasrah juga.(foto:GOOGLE.COM)

CIKGU- begitu juga pengorbanannya.bermula daripada mengenal A,B,C sampailah kepada yang lebih tinggi,jasa mereka pastinya tidak boleh dipandang ringan.tuntutan masa kini membuatkan himpitan kerja kiri kanan,depan belakang apatah lagi dengan campur tangan ibu bapa terhadap hal anak mereka.itu aku sangat maklum.meski pun ada kes terpencil yang juga kadang kala melibatkan permasalahan cikgu dan anak murid tapi bagi aku,masih ada lagi cikgu-cikgu di luar sana yang masih setia berbakti dan masih tidak mengenal penat jerih untuk mencurahkan bakti kepada anak bangsa.

maka,sewajarnya panggilan keramat ini tetap mekar dan bersemadi untuk mereka.sempena sambutan hari guru esok-aku ingin sekali merakam penghargaan aku kepada bekas cikgu-cikguku sejak dari bangku tadika hingga kini.kepada kalian yang masih ada,aku doakan kesihatan kalian untuk terus berbakti.kepada kalain yang telah pergi menyahut panggilanNYA,aku doakan kalian ditempatkan dikalangan para soleh dan solehin.untuk cikgu anakku-terima kasih atas ilmu yang dicurahkan untuk anak murid kalian.walau begitu banyak cabarannya,kalian tidak harus berputus asa.

AKU?terharu dapat ucapan hari guru daripada bekas anak murid meskipun aku sudah tinggalkan jawatan itu sejak 5 tahun lalu.

ALAHAI...

HIDUP PERLUKAN KAWAN...TAPI BIAR BERPADA

Assalammualaikum semua...

cerita pasal kawan ni,siapa yang tak ada kawan?semua adakan...kawan tu boleh jadi suami.boleh jadi anak,boleh jadi juga adik beradik atau memang kawan yang tiada hubung kaitnya dengan kita.

entah lah,tiba-tiba CITH nak cerita pasal kawan.masa sekolah dulu CITH memang ramai kawan tapi ada 4 orang yang rapat.tak reti pulak ramai-ramai dan tak reti pulak kalau bertiga.mesti nak berdua atau berempat.sebabnya ada pasang masing-masing.tidak nanti jeles...hihii...sampai di IPT pun macam tu,ada klik yang sefahaman dan sealiran.masa ni apa sahaja boleh dikongsi bersama,kutuk macam mana pun tak ambil hati.

(foto oleh:GOOGLE.COM)kini, bila dah kawin siapa pulak yang jadi kawan? pastinyalah cik suamikan.macam mana kalau dengan kawan kita berbicara,bertelangah pendapat,berkongsi rahsia,bagiku begitu jugalah halnya menjadikan suami sebagai kawan.

TAPI dalam itu masih juga perlukan kawan sejenis untuk berkongsi rahsia hati hendaknya dalam bab hati,perasaan,amarah,kecewa dan sebagainya.manakala tugas kawan yang baik haruslah sentiasa bersama dalam situasi senang atau sebaliknya.jangan pulak masa senang saja ada,bila susah cabut lari...emmm ni bukan kawan yang baik.dek sebab itulah nak pilih kawan pun kena berhati-hati.

tatkala hatiku merajuk hati,memendam rasa,begang di kepala,rindu di hati dan sebagainya,aku juga inginkan kawan yang ada di sisi uantuk mendengar rintihan hati biarpun aku tahu dia tidak berupaya memberikan apa-apa padaku.cukup sekadar mendengar isi hatiku.masa inilah peranan kawan sangat penting.

baru-baru ni CITH rasa tertekan sangat.tertekan dek kerana tanggungjawab yang digalas ini apatah lagi kadang kala sesi "bergaduh" dengan Sakinah,pakwe CITH yang berada jauh membuatkan aku berada dalam keadaan yang sangat tidak sihat rasanya...mujur ada kawan yang sudi mendengar dan menasihati diri ini dengan kata-kata yang membuatkan diri ini positif semula.terima kasih sis!

AKU?walaupun punya kawan,dia tetap manusia yang sama seperti kita.tidak mampu berbuat lebih daripada itu.hanya DIA tempat mengadu yang mampu berbuat apa jua untuk kita.

ALAHAI...

Saturday, May 14, 2011

SIBUK ORANG SIMBAH ASID

Assalammualaikum semua...

perasan tak sekarang,fenomena baru yang melanda kita kaum wanita khususnya di KL? gejala orang simbah asid sesuka hatinya terhadap kaum wanita.(foto oleh GOOGLE.COM)entah apa motifnya tak pulak diketahui.boleh dikatakan,mangsa memang tak ada kaitan dengan pelakunya.terkini seramai 23 orang mangsa terlibat.lebih hebat lagi mangsa ke 23 adalah anak kepada anggota polis.

entahlah,makin menjadi-jadi dia.suka-suka main simbah asid dekat orang.tak tahulah mungkin sejarah silam dikecewakan wanita ke entah apa,dia ni main nak cederakan orang suka hati dia pulak.

AKU?memang kena berwaspada.rasanya kalau dapat suspek ni-kita simbah asid balik,wajar ke tidak?...

ALAHAI...

BLOG KEMBALI SEPERTI BIASA

(foto oleh:GOOGLE.COM)
Assalammualaikum semua....selamat berhujung minggu.

nampaknya semua rakan blogger menghadapi masalah yang sama semalam-BLOG MOGOK SEKETIKA!pada awalnya,aku ingat aku punya blog ni ha je yang bermasalah.alih-alih bila bukak je,BLOG UNAVAILABLE! terperanjat jugak lah.godek-godek...ooo rupanya blog dalam proses menaik taraf...

tengok di wall kawan-kawan di FB-semua mengatakan yang sama.tak boleh update blog.yelah,tengah idea mencurah,otak ligat berfikir,blog pulak terdiam sekejap.habis idea terputus...ni dah ok ni bolehlah merepek dan bercoleteh kembali...

ALAHAI...

Thursday, May 12, 2011

AKU INGIN MENJADI SENYAP TAPI...

Assalammualaikum semua...

pagi tadi kejutkan Sakinah awal pukul 5.30.lepas sembahyang subuh,mula buat revision sikit.minggu depan exam sekolah agama lepas tu exam sekolah kebangsaan pulak.kalau malam,memang dah tak larat.habis buat homework je dah nak tidur.inilah pendekatan yang aku buat iaitu bangun pagi.

MASALAHNYA- masa yang ada asik dia komplen itu ini.ngantuk lah,buat lembik-lembik badanlah...yang semuanya menguji kesabaran aku.bila ditegur,pandai menjawab.ada sahaja jawapan yang keluar daripada mulut dia.memang pandai bercakap!

bila minggu exam,siapa lagi yang tak sibuk kalau tak aku sendiri.aku yang rasa tempias stress nak exam.entahlah mungkin terbawa-bawa dek zaman student dulu.aku memang tak suka buat last minit.tapi ada orang kata; 'ala,dia budak lagi,mana tahu exam tu untuk apa,apa nak stres sangat?' betul ke macam tu?

entahlah,tapi bagi aku-sebaliknya.kalau kita yang tak ajar dia,siapa lagi.memang banyak juga benda baru dalam silibus pelajaran sekarang.aku sendiri pun terpaksa baca buku teks dia semula.macam sekolah agama ni,aku dulu pun tak sekolah agama.betul-betul harapkan sekolah kebangsaan.syukur juga boleh baca jawi dan khatam ngaji.sekarang bila nak ajar anak,diri sendiri kena belajar sama.hendaknya Bahasa Arab...Allah, makin rumit.anak tak faham,takkan mama nak buat tak faham jugakan...terpaksalah belajar dalam diam...Ya Allah bantulah aku ....

dek kerana itu,aku selalu menjadi "radio" yang berbunyi di rumah ini.mungkin pada pendengar dalam rumah ni,bosan dah dengar radioku ini TAPI, apa harus aku berdiam diri dan membiarkan dia berjalan sendiri,membuat kerja sendiri? atau sebagainya.haruskah aku meletakkan jawatanku yang selama ini menjadi 'kaki sibuk' dia untuk ingat itu dan ini dan menjadi orang yang pendiam dan tidak ambil tahu...

ALAHAI...

Wednesday, May 11, 2011

UDARA MULA BERJEREBU SEDERHANA DI RUANG UDARA KITA

Assalammualaikum semua...

perasan tak dekat luar sekarang? cuaca macam mendung.nak kata nak hujan tak ada pun riak-riak nak hujan.tadi masa aku keluar hantar Sakinah ke sekolah pun macam mendung je cuaca.rupa-rupanya udara berjerebu.

ni baru dapat tahu melalui berita terkini TV3.menurut Jabatan Alam Sekitar,keadaan berjerebu dikaitkan dengan cuaca panas sekarang, yang dijangka berlarutan sehingga minggu depan.

Sehingga jam 11 pagi tadi, Kadar Indeks Pencemaran Udara, IPU, umumnya sederhana pada sekitar 56 peratus.Manakala 44 peratus lagi menunjukkan kualiti indeks udara yang baik.

Jabatan Meteorologi memberitahu Isnin lalu, walaupun keadaan cuaca panas melanda negara ketika ini, suhu masih di sekitar 32 hingga 34 darjah celcius.Keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah celcius, adalah disebabkan ribut tropika Aere yang dikesan di utara Filipina, yang meniup angin barat daya ke negara ini.

Untuk rekod, suhu tertinggi pernah dicatat di Malaysia 40.1 darjah selsius iaitu di Perlis pada 1998 berikutan fenomena El-nino.

AKU? mudah-mudahan fenomena ini tidak lama.bukan apa,biasanya kalau keadaan macam ni akan adalah penyakit bawaannya pulak.misalnya demam,batuk,sakit tekak dan sebagainya.semoga Allah lindungi kita semua.Amin.

ALAHAI...

SEHELAI NOTA DAN KUNTUM ROS...SIAPA YANG TERKENA?

Assalammualaikum semua...

pagi tadikan CITH cerita pasal Sakinah mintak duit lebih,nilah rupanya yang dia beli dengan duit RM3 dia tu.kata dia kat kedai buku sekolah ada jual bunga.kalau tahun lepas bunga tak berkotak,tapi tahun ni up sikit! jadi bunga dalam kotak...

apa yang bestnya,konon dia nak buat suprise dengan aku.tapi dia yang kena suprise dengan aku yang tak datang ambik dia dari sekolah pagi tadi.aku tertidur!!!.memang tak perasan langsung dah pukul 10.45! sedar-sedar aku dengar suara dia jerit ketuk pintu rumah...rupa-rupanya dia dah ada depan rumah.mak kawan dia tolong hantarkan.aduh...siapa yang terkena suprise ni aku pun tak tahu...

AKU?buat Sakinah,terima kasih sayang.mama tak kisah apa pun yang Ina nak kasi pada mama.macam selalu mama cakap-kejayaan Sakinah dalam apa bidang yang Sakinah ceburi adalah hadiah buat mama.sakinah jadi good girl mama-itu dah menjadi hadiah untuk mama! tak perlulah "radio" mama berbunyi selalu...ALAHAI...

DIA MINTAK DUIT LEBIH

Assalammualaikum semua...

pagi ni nak hantar Sakinah ke sekolah agama,dia mintak RM3.00.biasa kalau dia tak bawak bekal pun,dia mintak RM1 je kat aku.hari ni dah aku bekalkan nasi goreng ikan bilis yang dia suka tu,bila aku tanya nak buat apa.dia kata adalah...

entah apalah dia nak buat duit tu,tunggulah dia balik pukul 10.45 nanti.memang aku tak pernah kasi dia duit lebih.yelah,makan dan air dah aku bekalkan.duit hanya sekadar back-up kalau ada sesuatu penting nak beli.melainkan kalau aku tak bekalkan dia makanan, baru aku kasi dia duit.itu pun aku kasi dia RM2.sikit sangat? mesti ada yang cakap macam tu kan.

sebelum pergi sekolah,dah aku suap makan.jadi duit yang diberi tu hanya untuk beli makanan pada waktu rehat kononnya untuk 'tea time' pukul 3.40.pukul 6.30 dah balik,lepas mandi makan malam pulak.jadinya aku rasa cukup dah tu.setakat ni dia tak pernah pulak komplen tentang itu.

AKU?walaupun duit yang diminta tak banyak tapi nak tahu juga untuk apa...susahnya ada orang macam polis ni kan...hihii..

ALAHAI...

Tuesday, May 10, 2011

RESTORAN AL-RAWSHA,TEMPAT BARU LAGI SELESA

Assalammualaikum semua...

ni edisi JJCM yang 'belated' sikit ye! banyak sangat cerita nak masuk...kena que dulu ikut turn.jadinya hari ni sampai jugalah turn cerita ini iaitu Restoran Al Rawsha.sebelum ni CITH dah pun masukkan entri makan di Al Rawsha ni.tapi masa tu tempat yang lama iaitu di Jalan Damai.la ni,dia dah pindah di tempat baru yang lagi selesa dan lebih besar iaitu di Jalan Kampung Pandan.

apa yang best?bestnya biasalah menu masakan Arab Lebanon.JJCM kali ni sesuai benar dengan majlis hari ibu-untuk mertua dan aku sekali.malam last sebelum pakwe CITH terbang,kami makan di sini.

malam tu,memang penuh pelanggannya.ruang yang besar pun rasa macam tak cukup untuk menampung.tapi apa pun,lebih jauh selesa dari tempat yang lama dulu.diiringi dengan lagu berlatarkan padang pasir,reka bentuknya,pelayannya memang membuatkan seolah-olah kita di negara Arab.masa nilah pakwe CITH dok bukak cerita makan kat sana.kat tempat dia,satu hidangan beriani kambing =RM 45.tu makan sorang tu! mahal tak mahalnyelah...

oklah,malam tu untuk orang kampung yang baru first time makan macam ni;jadinya kami pun order:

1 hidangan nasi madghut kambing = RM50.00
1 hidangan nasi madghut ayam = RM40.00
1 shawarma beef sandwich = RM8.00
1 Al Rawsha salad = RM12.00
1 eran yoghurt = RM10.00
2 teapot arab tea = RM20.00
4 botol barbican water = RM28.00
1 jug iced water = RM3.00
-----------------------------------------------------------------
TOTAL = RM 171.00
==============================================
nasi madghut tu memang potionnya besar.satu hidang boleh makan sampai 5 orang!siap boleh tapau lagi.dek sebab abah mertua tak boleh makan kambing,kami order 1 kambing,1 ayam.

shawarma beef sandwich tu macam kita popiahlah kiranya.tapi Arab stail lagi besar dan ada inti yang lebih banyak lagi.kelakarnya nilah air barbican ni.kalau kecik-kecik dulu pernah dengar tak air 'loncan'? ha, macam air dalam botol kicap...hihi..kat sini pun ada.apa lagi,adik ipar aku yang 2 orang ni memang kaki lawak...lepas minum buat-buat lak jadi macam parkinson!macam-macam...

layan jelah foto-foto ni...AKU? pekena kambing,aduh...panas lepas makan.apa pun suka hati sebab semua enjoy makan kat sini.

INFO:
Al Rawsha Restaurant
no 8 Jln Kampung Pandan
55100 Kuala Lumpur
03-92006600
* ada wifi free...

ALAHAI...

HUHU....PANASNYA KAT LUAR..

Assalammualaikum semua...

baru masuk rumah.terasa bahang dan panasnya cuaca kat luar sana.kalau diikutkan hati memang malas nak keluar,tapi banyak urusan nak dibuat,keluar jugalah.

ada yang dah terkena 'panasnya' harga gula hari ni?emm...aku belumlah lagi terasa panasnya.panas dek kerana cuaca luar adalah.pasal gula tu tak banyak kesannya padaku.

tadi aku ke Gintell Wangsa Walk untuk menunaikan kupon percuma yang aku dapat menerusi Great Eastern.kononya claim untuk hadiah birthday lah.apa hadiahnya?sesuai sangatlah tu...cek suhu badan sama ada panas atau tidak.kalau suhu perasaan? boleh jugak ke...hihii

ALAHAI...

Monday, May 9, 2011

HARGA GULA NAIK 20 SEN MULAI ESOK...bagus atau sebaliknya?

Assalammualaikum semua...
TERKINI!!!

Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai esok.(foto oleh:GOOGLE.COM)

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, KPDNKK, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi hari ini.

Katanya, kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, Majlis Ekonomi menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi.

Sebelum merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM400 juta setahun.

Beliau berkata langkah kerajaan menetapkan harga runcit gula baru itu dibuat lebih awal iaitu sehari selepas keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi bagi mengelak timbulnya ketirisan, tindakan menyorok bekalan itu serta "pembelian panik" oleh pengguna.
(sumber:berita TV3

AKU?lepas ni mulalah harga air minuman dan kuih muih pun akan naik harga jugak.ALASAN? gula naik lah kak...

ALAHAI...

PENGUIN DAH KENA BEDAH

Assalammualaikum semua...

aku baru balik dari Bank Islam membawa penguin Hakimi untuk dibedah di sana.penguin ni atoknya yang yang kasi dulu.kecik,sesuai dengan Hakimi.tiap hari dia rajin kasi makan.mulanya dah hampir nak pecah,aku tapekan baliknya badannya.oklah dia.kat rumah ni pantang ada je yang benda makan si penguin ni yang bersepah,akan dikutipnya untuk diberikan pada penguinnya ini.

pendek kata,puaslah penguin ni makan.kadang tu berebut dengan Kak Long sebab nak kasi makan penguin dia.kak long ada harimau. ni lagi kuat makan sebab dia besar sikit.harimau kak long badannya tegap berbanding penguin adik punya.

setelah dibedah oleh kerani bank tersebut,hasilnya dapatlah RM43.65! banyak juga.patutlah badannya dah tak larat nak tampung.ni semua sebab Hakimi rajin kasi dia makan.terus tinggalkan isinya ni dalam LUTH.bawak balik semula penguin yang dah siap dibedah.beratnya kembali kosong!AKU?teringat dulu masa kecik-aku ada tabung buluh.tiap kali bila penuh arwah abah akan belah tabung tu dan bawak aku pergi BSN masukkan duit.sekarang giliran aku pulak buat macam tu untuk anak-anak.

ALAHAI...

SAKINAH DAN PERMATA SENI

Assalammualaikum semua...

minggu ni bermula kembali hidup 3 beranak + 2 ekor kucing kat dalam rumah ni.kembali dengan jadual dan rutin kerja seperti biasa.ada kawan dan sedara yang bertanya; "ok tak hidup bila Mr H tiada di rumah?" bagi aku, ok ke tak ok,perjalanan hidup perllu diteruskan macam biasa.kalau aku penuh beremosi,bagaimana anak-anak untuk gembira kan...jadi biarlah aku mengikut pepatah lama;alah bisa,tegal biasa!...

ok,semalam apa cerita?ke mana menyambut hari ibu? semalam pulak bagiku adalah hari yang sibuk dan penat sekali.apa taknya pagi lagi dah keluar untuk aktiviti Sakinah.dia ada final uji bakat untuk Permata Seni Tari di Jabatan Kebudayaan Jalan Sultan Ismail.maklumlah,jalan ke sini bukannya senang.mujur ada Kak Cikku yang sudi mengggalas tugas "driver" membawa kami ke sini.(terima kasih).uji bakatnya start pukul 2 petang tapi macam biasalah dalam KL ni,kena datang awal.tidaknya JEM!!!.PARKING PROBLEM PULAK!!!

jadinya,kami sampai awal.dapat parking dan makan dahulu.nilah sambutan untuk aku.Sakinah yang bayarkan makan KFC tengahari semalam.hihi...dia sibuk nak bawak duit dompet dia yang ada RM36 tu! dialah yang bayar makan semalam.kata dia untuk hari ibu! (terima kasih anak mama...)

habis uji bakat pukul 4 petang.aduh...masa menunggu ni punyelah lama.mengantuk satu hal,boring pun satu hal lagi.maklumlah si kecik ni bukan boleh duduk lama.lama je kat situ tak bergerak,mulalah dia tunjuk perangai dia...nasib baik ada Kak Lang dan Kak Cikku boleh jugak bertukar jaga dia.macam-macamlah perangai kalau orang dah tak suka kan...adoh...

habisnya giliran Sakinah-'lari' pulak ke Swatari untuk kelas Sakinah macam biasa.syukur,sempat sampai on time.urusetia kata,tunggu dalam minggu depan ni surat berjaya atau tidak.lepas tu pergi pulak ke Wangsa Walk-ambil barang daripada anak buah yang baru balik dari Sabah dan Sarawak.last,ambik Sakinah pulak balik semula dan pergi makan malam.

AKU?emmm....memang balik rumah untuk tidur malam saja.

ALAHAI...



ALAHAI...

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala