pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Sunday, July 31, 2011

MEGA BONANZA HABIB JEWELS BUAT ORANG LUPA INGATAN SEKETIKA!

Assalammualaikum semua pengunjung CITH

hari ni hari yang terakhir untuk mega bonanza Habib Jewels.CITH lambat nak update entri ni sebab baru hari ni CITH pergi dengan Kak Cik CITH.kang kalau buat entri tapi tak pergi rasa macam "plastik" pulak...hihi...ni dah pergi tadi baru leh cerita.

mega bonanza yang bermula pada Jumaat lepas dan berakhir hari ini memang buat orang lupa ingatan! adoh...pada yang menggilainya lah.pada yang tak ada rasa,tak kisah pun...pada CITH memang gila menengoknya.tapi tengokkan reaksi pekerja di sini-emm...mereka dah hari-hari.selamba je dia bawak yang puluh ribu tu tanpa ada feeling...

tapi untuk mega bonanza ni memang dasat pukulannya.walaupun kita kata ekonomi gawat tapi orang masih nak dan mampu beli emas lagi.buktinya...memang sesak dalam kedai.hari ni lebih kita pelanggan pulak yang nak cari jurujualnya.selalunya mereka yang tunggu customer.tapi kali ni memang dasat.potongan RM8 untuk segram emas 916 daripada harga asalnya RM173 memang buat diri lupa ingatan seketika!

selain emas 916,turut mendapat potongan istimewa ialah barangan intan permata...adoh yang ini mampu lihat dan telan air liur.seterusnya berkata sendiri; "mak aii...boleh beli sebijik kancil!" hanya jauhari yang mengenal manikam!bukan setakat dapat beli emas saja,dapat makan pun di sini!setiap pengunjung yang datang membeli di sini akan diberikan kupon makan percuma iaitu nasi goreng udang dan mee udang.makanlah sebanyak mana yang suka selagi larat.yelah nak tunggu orang yang memilih tu kan lama...jadinya duduk dan makan dulu lah.

bagi CITH,beli emas ni memang tak ada istilah rugi.saban tahun harganya semakin meningkat dan merupakan satu pelaburan yang menguntungkan selain daripada menyimpan di institusi kewangan.bak kata pepatah:alah membeli,menang memakai...hihii...yang penting zakat jangan lupa!

ALAHAI...

TERHENTI SEKETIKA SEMUA AKTIVITI SENI

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

hari ni merupakan hari terakhir kepada semua aktiviti seni Sakinah.pagi tadi hantar dia ke latihan Permata Seni sehinggalah petang baru habis.hah,lega seketika rasanya bila dapat cuti macam ni.maklumlah time-time macam ni nak menempuh jalan menghala Bukit Bintang tu memang tenat!

macam petang tadilah,mak aii...jem melekat dekat situ.tak tahulah sejak Jumaat lepas jalan memang jem saja.harapnya keadaan ini tidaklah sepanjang masa.maklumlah bila masuk bulan puasa ni startlah mana-mana jalan jadi jem.sibuk orang bershopping agaknya.

apa yang penting,terhentinya seketika aktiviti seni ini maka bermulalah tumpuan untuk melebihkan apa yang terkurang sebelum ini.pastinya keperluan untuk mengulang kaji itu menjadi agenda penting.

ALAHAI...

SYAABAN,BAKAL LABUHKAN TIRAI DAN SELAMAT DATANG RAMADAN AL MUBARAK


Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

semalam tak berkesempatan untuk update entri baru.keluarga mertua CITH dari kampung datang ziarah.rasanya minggu ni ramai yang balik ke kampung untuk bertemu dan seterusnya sambut Ramadan dengan keluarga di kampung.tapi CITH ni syukur ada pulak yang dari kampung nak ziarah kami 3 beranak.(foto oleh:GOOGLE.COM)

walaupun tak lama tapi ingatan itu sudah memadai.oklah,hari ni orang kata last day makan? haha...yelah bukan last day makan untuk segala-galanya.last makan untuk siang hari je.malam dah boleh makan semula.kalau makan di siang hari tu...ada sebab kot?

so hari ni,ada orang kata "bantai", hari beli keperluan peti sejuk untuk stok masak sahur malam ni dan seterusnya untuk berbuka esok.CITH 2 beranak je yang puasa kat rumah ni jadinya tak lah sangat nak masaknya.cukup sekadar kata Sakinah nak makan ayam gorenglah,daging gorenglah...jadinya itu sajalah yang CITH siapkan.

CITH:Syaaban sudah sampai penghujungnya moga Ramadan ini sempat untuk kita sama-sama lalui.SALAM RAMADAN AL MUBARAK untuk semua pengunjung CITH di sini.sepuluh jari disusun mohon ampun dan maaf atas apa jua tulisan,bahasa CITH yang dirasakan tidak baik kepada kalian di luar sana.

ALAHAI...

Friday, July 29, 2011

HARIMAU TERSUNGKUR MENJADI MANGSA SANG SINGA


Assalammualaikum semua pengunjung CITH...salam Jumaat.Jumaat terakhir dalam bulan Syaaban sebelum bertemunya Ramadan minggu depan.

malam tadi,tamatlah sudah impian,angan-angan dan segala percaturan tentang pasukan Harimau Malaya kita.melihatkan di tv,memang penuh.nampak betul betapa tingginya sokongan rakyat kita terhadap kemampuan pasukan negara untuk terus layak dalam pusingan kelayakan Piala Dunia.apatah lagi beraksi di pentas dunia pada tahun 2014.(foto oleh:Google.com)

namun...segala kudrat telah dicurahkan,masih belum mampu untuk menangkis serangan sang singa yang sentiasa peka dan mencuri peluang.sang harimau seakan sudah selesa pabila sudah menemui mangsa untuk pertama kalinya.apa lagi,sang singa menguatkan pertahanan dan serangannya untuk melancarkan serangan balas!huhu...tang ni lah rasa frustnya!...apa nak buat,bukan CITH yang ada kat atas padang tu...jerit kat rumah pun depa tak dengar! bak kata Sakinah; "napa orang biru tu tak naik ramai-ramai bila kawan dia dah dapat bola?..."tak tahulah CITH nak jawab!

akhirnya,kita tewas dengan agregat 6-4.nampaknya kita kena tunggu dan tunggu lagi untuk melihat Harimau Malaya mencatat sejarah untuk ke Piala Dunia.apa pun-memang malam tadi sokongan di stadium adalah sangat luar biasa untuk sang harimau!

ALAHAI...

Thursday, July 28, 2011

AYUH HARIMAU BAHAM SINGA SAMPAI KENYANG MALAM INI

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

nampaknya bukan setakat orang lelaki yang cerita pasal bola ye,tapi orang perempuan pun apa kurangnya.kurangnya orang perempuan ni ialah tak fanatik sangat sampaikan dapur tak berasap,makan anak tak disuap...hihi...tengok-tengok juga tapi kerja rumah tetap berjalan biasa.tu lah bezanya antara lelaki dan perempuan.

ok malam ni,pusingan kedua atau timbal balas untuk perlawanan Harimau Malaya menentang Singapura.kalau pada pusingan (1) hari tu kita tewas 3-5,harapnya malam ini dengan segala doa,sokongan dan harapan berjuta rakyat Malaysia,harimau kita akan membaham singa dengan penuh rakus dan bergaya!apatah lagi berlawan di tempat kita sendiri,pastinya sepenuh sokongan tertumpu kepada pasukan Harimau Malaya!

kedua-dua pasukan di bawah K. Rajagopal (jurulatih Malaysia) mahupun Radojko Avramovic (jurulatih Singapura),masing-masing mempunyai pasukan yang terbaik.hanya 90 minit itulah yang menentukan segala-galanya.harapnya segala pengalaman yang telah dilalui sebelum-sebelum ini akan digunakan sepenuhnya oleh pemain-pemain Harimau Malaya!terutama kepada Mohd Safee Sali, Amirul Hadi Yahya sudah pasti harapan menggunung kepada kalian...(foto oleh:GOOGLE.COM)

CITH?sekadar menjadi penonton dan penyorak di depan kaca tv sahaja.ayuh harimau baham singa sampai kenyang malam ini!

ALAHAI...

Wednesday, July 27, 2011

MENGHITUNG HARI TIBANYA RAMADAN YANG MULIA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

tak sampai 5 hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut datangnya Ramadan yang mulia.persiapan mental dan fizikal harus dijaga agar tidak semput di tengah jalan.yelah time-time macam nilah banyak penyakit yang datang menyinggah.mintak-mintak kita semua dapat menjalaninya dengan baik tahun ini.insya Allah.

bagi CITH,mungkin kali ini berpuasa sedikit berbeza.yelah sebelumnya bertiga,tahun ini berdualah pulak dengan Sakinah.CITH dah bukak cerita ni pasal puasa pada Sakinah supaya tak terkejut dia nak puasa.kalau tahun lepas syukur dia puasa penuh.harapnya tahun ini pun sama.

ada yang kata,kanak-kanak yang belum baligh tidak perlu untuk puasa.cukuplah sekadar mengajarnya solat sahaja.emmm?bagi CITH,biarlah keduanya diajar seiringan.puasa itu hanya sebulan dalam setahun.itu yang special.takkan benda yang special kita tak nak rebut kan?solat tu memang dah kena ajar walaupun belum baligh.yelah bila dah baligh,bukan ke dah jadi satu yang senang dan terus ia menjadi satu rutin yang wajib.

kalau semua nak ditunggu masa baligh baru nak start bukak buku,kena lebih kerjalah sikit.maklumlah dah besar,karenah dan fikiran pun besar jugak!hihi...

apa pun,menunggu Ramadan kali ini memang tak sabar rasanya.rasa baru sangat meninggalkan Ramadan yang dulu dah menyusulnya Ramadan yang baru ini.mudah-mudahan Allah izinkan untuk menjalani Ramadan ini.semakin cepat masa berlalu,semakin pendek hidup ini.

ALAHAI...

Tuesday, July 26, 2011

SELEPAS KANCIL GILIRAN PAIP PULAK PERLU DISERVIS

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

kalut betul CITH ditambah suspen.apa tak suspennya alih-alih panas berdentang tiba-tiba hujan pulak turun!bukan sebarangan hujan.hujan yang menimpa rumah CITH dan 2 -3 jiran sahaja.pelik tu kan...

nilah dia,jiran di bawah rumah telefon bertanyakan sama ada CITH ada gunakan air ke sekarang ni?bila dijawab tidak,katanya meter air CITH bergerak laju tambahan pulak air dari atas mencutrah-curah turun ni.alamak apa kes ni?CITH pun turun tengok ke meter. ya betul,meter air bergerak laju.lepas tu air dah turun macam air hujan.apa lagi teruslah CITH telefonkan plumber yang pernah baiki rumah jiran-jiran di sini.

bukannya pelampung yang rosak tapi paip besi CITH dah bocor.yelah,dah berpuluh tahun.karat yang nampak dari luar rupanya tunggu masa untuk pecah dan akhirnya dek kerana tekanan air yang kuat,air memacut keluar dan menyimbah ke serata tempat berhampiran,sampai dibawah ia turun bagai air hujan!

nampaknya,dah tak ada cara lain melainkan servis tukar batang paip yang besi kepada getah yang color hitam tu.nampaknya selepas kancil kini giliran paip pulak nak kena servis...apa nak dikata...tukar sahajalah...

ALAHAI...

HILANGLAH RASA MENGIDAM DURIAN KAMPUNG

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

hari tu CITH ada bicara di sini pasal durian kat kampung CITH yang dah mula gugur.memang dah jadi resmi durian kampung CITH,kalau dah satu pokok gugur yang lain pun sama gugurnya.dia yang paling awal gugur berbanding jiran-jiran yang lain.memang dengar durian kampung tu meleleh air liur dibuatnya...tapi nak balik emmm...

semalam,rezeki CITH nak anak-anak.kak lang CITH bawakkan durian dan buah rambutan dari kampung!syukur dapatlah merasa malam tadi.mulanya kak lang CITH kasi yang durian dah dikupek isinya.hihi...budak-budak ni tak layan.diorang nak yang ada kulit punya!bagi diorang yang dalam tuppaware tu bukan durian ! adohhh...

tak pelah,janji dapat merasa.memang kat sini melambak ada,tapi yang kampung punya tu lain rasanya.kata kak lang CITH,durian melambak kat kampung tu.tahun ni pulak durian menjadi.selalu tak macam ni.kakak ipar yang kat kampung tu dah jemu-jemu buat tempoyak.

CITH? ni dah rasa,hilanglah orang kata "mengidam" tu...hihi...

ALAHAI...

Monday, July 25, 2011

Harapan Ramadhan - Raihan feat. Man Bai

KANCIL MASUK ICU GARA-GARA SESAK NAFAS DI TENGAH JALAN

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

ha,baca tajuk entri ni ada rasa pelik ke? hihi...kalau tak rasa apa-apa pun ok,kalau ada rasa ada apa-apa,itu tanda sensitiviti masing-masing sangat peka!

ini kisah Sabtu petang pukul 6.30.bila dah tinggal berdua ni,CITH sain kontrak "dapur" je kat kedai...hihi..jadi petang tu CITH pun pergilah nak me'napau' nasi paprik.on the way balik,tiba-tiba kancil CITH seput-seput enjinnya...dah habis tekan minyak tapi masih semput-semput macam nak habis nyawa.tup-tup kejap tu memang putus nyawa!mati di tengah jalan...adohhh...macam mana ni?bukak lampu kecemasan.yelah kita kancil.kang ada pulak gajah yang sondol tak perasan!ni dah mula gabra.nak nangis...biasalah orang pompuan nak nangislah dia macam ni.al hamdulillah,ada van berhenti.pakcik tu tengok-tengokkan kancil.dia suruh CITH bukak bonet depan.entah apa yang dia usik-usik sikit,bernyawa semula kancil CITH.oklah tu.

baru jalan dalam 50 meter di hadapan,ada pulak lampu merah.sekali lagi kancil semput dan putus nyawa...waaa...kali ni lama pulak matinya.segala macam buat memang tak nak hidup semula.memang dah nangis...CITH call pakwe CITH.memang tahu dia tak boleh tolong tapi dah dia saja yang CITH fikir.yelah dia bukan ada kuasa magic nak tiba-tiba terbang datang sini!huhu...

ni lampu dah bertkar color 2 kali tapi kancil tak boleh jalan jugak.dalam hati berdoa dengan Allah hidupkan kancil CITH untuk CITH bawak ke bengkel.lepas tu nak mati-matilah...Alla makbulkan doa CITH.hidup semula kancil CITH.semput tetap ada.habis tenaga menekannya tapi tetap semput.lagi kuat CITH tekan minyak,bau hangit kuat pulak menyengit!.al hamdullilah sampai juga ke bengkel.memang betul-betul sampai depan bengkel,kancil pun mati balik.

bengkel nak tutup,dia suruh simpan dulu dan esok(Ahad) datang tengok.CITH dihantar balik oleh mekanik di sini.hah, tak boleh nak bayangkan kalau CITH kena kat tengah-tengah bandar.nasib baik masih dalam area rumah CITH juga.

semalam pukul 11 pagi,CITH pergi menziarah kancil CITH.nasib baik ada 'abang' kancil di rumah ni.jadinya nak tak nak CITH pun kena gunakan dialah.memang pakwe CITH dah banyak kali suruh CITH gunakan yang ini tapi CITH tak berapa biasa.ni dah tersepit,bawak jugaklah.tengok kancil CITH-banyak rupanya harus dibedah,dibypass dan sebagainya...orang dah tuakan...gedebak gedebok makan ribu-ribu juga...emmm...

apa pun CITH dah pesan kat 'dr' tu buat kancil CITH tip top semula.tak kisah la kena ICU lama pun tak apa.nampaknya kancil CITH terpaksa berpisah sementara.kalau semua dah ok,Khamis nanti baru boleh keluar ICU...harapnya semua kembali ok.CITH sayangkan kancil tu biarpun ramai yang ketawakan CITH suruh lupakan saja si kancil...ooo ...nehe...nehe...

ALAHAI...

TERIMA KASIH PERMATA SENI...pengalaman itu bermakna

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

nampaknya satu hari miss untuk update blog ni.macam-macam cerita berlaku.untuk pertamanya,biarlah CITH mulakan dengan corat-coret Permata Seni.

petang semalam,jam 4.10-selamat sampailah rombongan Sakinah dan Permata Seni dari Melaka.dijangka pukul 4.30 tetapi awal 20 minit dah sampai.al hamdulillah.

apa yang menarik?macam-macam cerita yang dibawa balik.biasalah bila dah sampai tu muka masing-masing dalam keletihan.time pergi memang tak sabar.bila balik,emm...muka masing-masing dah monyok letih!

antara cerita yang dibawa pulang-cerita bergaul dengan warga tua.ada warga tua yang masih sihat dan ada juga yang sudah uzur.satu yang tak best tu kata Sakinah-ada nenek kat sini merokok! (hish...bukan ke tak sihat tu,tapi CITH agak mereka nak lepaskan tekanan...).tapi yang best,mereka turut serta dalam menari joget lambak bersama warga tua di sana.

seterusnya melawat sekitar Bandar Hilir Melaka dan seterusnya menaiki cruise menyusuri Sg Melaka.satu hari yang padat.mereka menginap di Hotel Permaisuri di Stadium Hang Jebat,Paya Rumput Melaka.kat hotel ni kata Sakinah,ada misteri sikit! (emm...malas CITH nak layan cerita ni...budak-budak ni takut tak menentu)

untuk semalam pula,sebelum balik mereka membuat aktiviti di Taman Asuhan Permata Negara di Peringgit Melaka.mereka bergaul dengan kanak-kanak yang berusia 3-4 tahun dengan menyertai aktiviti bersama mereka.selepas itu mereka pun pulang ke KL.

kata Sakinah best tapi penat.biasalah tu...penat datang sesudah selesai berjalan.hihi...ha,satu lagi yang best Permata seni memberikan anak-anak ini RM200 sebagai saguhati atas penat lelah mereka.

CITH? nilai itu tak penting.apa yang penting mereka ini dihargai atas pengorbanan masa dan tenaga mereka!

ALAHAI...

Saturday, July 23, 2011

KLCC DAN ORANG ARAB...AKU PEMERHATI PBB..

Assalammualaikum untuk semua pengunjung CITH.

CITH baru je sampai rumah ni dari berjalan di KlCC.bukan apa,kesian dengan si kecik ni ha.tadi nak dia ikut kak long naik bas,tak dapat.balik rumah,dah settle semua kerja kat rumah ni CITH pun bawak si kecik ni naik train ke KLCC.

bukan apa nak cari pun.saja nak sukakan dia naik train ni.yelah selalu dalam kereta je,sesekali ubah angin.dalam train tak mahu duduk nak berdiri.kalau tidak kata dia; "tak ampa la..."

3 jam CITH berlegar dalam KLCC tu.memang daripada awal tak plan nak cari apa jadi kesudahannya memang jalan cuci mata sajalah.last-last pergi makan bubur ayam di McDonald.lepas tu jalan pusing-pusing lagi menengokkan gaya orang bershopping.penuh kiri kanan tangan dengan paper beg pelbagai nama.rata-rata yang CITH perhati tadi kebanyakkan yang gila bershopping di sini ialah mak dan pak Arab!fuh,memang dasat mereka ni.anak beranak membawa paper beg dari butik berjenama!nampak betul hari ini hari kepunyaan mereka menghabiskan wang mereka ke tempat kita.apatah lagi di tempat mereka sana sedang panas berdentang!

CITH? memang tak beli apa.sebabnya memang tak ada plan nak beli apa-apa.hanya mampu melihat dan selebihnya bercakap dalam hati; "mak oi...orang Arab ni memang soping tak ingat.tapi pelik kenapa pulak orang kita kalau ke Dubailah misalnya akan bersoping bagai lupa diri sedangkan harga barang kita di sini jauh lebih murah??...emmm tak faham-tak faham...agaknya bukan harga menjadi ukuran tetapi JAUH MANA BARANG ITU DIBELI...

ALAHAI...

ANAK PERMATA SENI TARI DAN AKTIVITI KOMUNITI DI MELAKA

Assalammualaikum para pengunjung CITH semua.selamat berhujung minggu.cepat benar masa berlalu.hari ni dah jumpa Sabtu semula.rasanya baru semalam meninggalkan Sabtu yang lepas...begitulah seterusnya semakin cepat dan cepat...

hari ni CITH tinggal berdua dengan bodygurad kecik CITH-Hakimi.pagi tadi sesudah subuh CITH dan menghantar Sakinah ke Istana Budaya utnuk mengikuti program komuniti Permata Seni Tari ke Melaka.sebelum ini,memang CITH nak mengeluarkan Sakinah daripada program ini tetapi atas sokongan dan nasihat serta pemahaman guru tarinya Cikgu Ju(terima kasih banyak)Sakinah masih diberi tempat sebagai anak Permata Seni Tari.

kesempatan dan peluang ini CITH ingatkan kepada Sakinah bahawa dia membawa tanggungjawab yang besar untuk dibuktikan bahawa peluang yang dberikan itu tidak sia-sia.maka pemilihannya untuk persembahan di Melaka hari ini,CITH anggap satu dorongan semangat.walaupun CITH terpaksa meredah kesesakkan untuk menghantar kelas latihannya.CITH berkorban untuk itu!

(muka pagi-pagi)pagi tadi pukul 7.40 dengan sebuah bas mereka berlepas ke Melaka.untuk aktiviti komuniti Permata Seni hari ini antara lain akan mengunjungi Rumah Seri Kenangan Cheng iaitu rumah bagi orang tua-tua.sedikit sebanyak CITH harapkan kesedaran dan tauladan untuk dipelajari di sini.biarlah pabila balik kelak,dia lebih menghargai apa yang dia ada.

seterusnya program komuniti di Pusat Asuhan Permata Bukit Peringgit apa sahaja aktiviti yang dilakukan di sini CITH mengharapkan selain bersuka ria bersama kawan-kawan,sekurang-kurang ada yang boleh dijadikan teladan.

selain itu,mereka ini juga akan dibawa melawat sekitar bangunan bersejarah di Bandar Hilir Melaka.antara yang pastinya sudah tentulah sekian banyak muzium yang ada di Melaka sana.al maklumlah Melaka memang terkenal dengan banyaknya muzium yang pelbagai identiti.

mereka dijangka sampai di KL pada esok petang dalam pukul 4.30.harapnya semua berjalan lancar.maklumlah,bukan senang nak lepaskan anak begiru sahaja.ini pun CITH dah message pada adik ipar di kampung untuk cuba "mengintai" mereka di sana...emmm(sekitar pagi tadi)mak-mak yang menghantar...

ALAHAI...

Friday, July 22, 2011

UNTUKMU YANG BERNAMA WANITA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH.moga hari Jumaat ini membawa seribu keberkatan untuk kita semua.

CITH nak share kiriman SMS yang CITH perolehi pagi tadi daripada seorang teman lama (Yana Azam)yang tiba-tiba mengingati CITH.

Ya Allah, wanita yang membaca ini adalah wanita solehah yang cantik,kuat dan sabar.
sayangilah dia serta kasihanilah dia
tolonglah dia tingkatkan kehidupannya
mudahkan rezekinya
sihatkan badannya
jika dia melangkah,mudahkanlah langkahnya
dan selamatkanlah dia dalam segenap perbuatannya


apa yang boleh CITH katakan? kiriman ini sangat sentimental.tiba-tiba ia memadamkan segala tekanan dan kepenatan yang dialami.terima kasih teman!

ALAHAI...

Thursday, July 21, 2011

KESEDARAN TERHADAP TANGGUNGJAWAB NAFKAH KEPADA ISTERI(3)

Assalammualaikum semua pengunjung yang datang ke CITH.

kali ini adalah entri yang terakhir untuk sambungan tajuk nafkah sebelum ini.

sebaik sahaja lafaz akad telah disahkan,maka bermulalah tanggungjawab dan amanah yang harus dipegang oleh si lelaki tadi sehinggalah ke hujung nyawa.

seorang suami harus memastikan kebajikan isteri dan anak-anak terpelihara.jangan diri sendiri makan sedap di luar tapi untuk keluarga di rumah berlaukkan ikan masin semata.ini memang tak adil.tanggungjawab memberi nafkah adalah tangggungjawab seorang lelaki.meskipun isteri tadi mempunyai pendapatannya dua atau tiga kali ganda daripada suami.TETAPI jika diizinkan oleh si isteri dan atas kerelaaan isteri tersebut untuk berkongsi maka ia tidaklah menjadi kesalahan.

TETAPI,sekiranya suami menggunakan duit isteri waima lima sen sekali pun tetap dikira BERHUTANG sekiranya tidak diizinkan oleh si isteri kerana itu memang dah tanggungjwab seorang suami.tak kiralah isteri itu bekerja atau tidak bekerja.

jika isteri tidak bekerja pulak,realitinya isteri wajar dibayar atas khidmatnya terhadap rumahtangga.siapa yang masak,mengemas,mendidik anak,menghantar anak sekolah,menjadi tempat selesaikan masalah anak-anak dan sebagainya? hatta Islam menetapkan bahawa isteri wajar dibayar atas setiap titisan susu yang masuk ke mulut anak yang menyusu! maka suami janganlah pandang enteng dalam hal ini.

memang,kadang-kadang dek kerana sayangkan suami,yelah siapa tak sayang suami kan...CITH pun sayangkan pakwe CITH...hihi...kita para isteri terlepas pandang dan terima sahaja.suami pulak ambil kesempatan atas kelemahan kita itu.maka dalam hal ini wujudlah seorang menang,seorang kalah.

apa-apa pun berbalik kepada ilmu.insya Allah,sedikit ilmu yang ada dapat menyelamatkan keadaan.buat kawan CITH,Aisyah Abdullah-moga sedikit ilmu ini dapat dikongsi bersama,dan bangunlah mendapat bahagian anda yang memang ada kawanku!

ALAHAI...

NAFKAH SUAMI PADA ISTERI SATU TANGGUNGJAWAB(2)

Assalammualaikum pengunjung CITH semua.

lanjutan daripada entri semalam,sukalah CITH share di sini beberapa info.untuk diri ini juga dan jika sesuai untuk kalian juga di luar sana.sama-sama kita tambah ilmu.insya Allah.

rujukan yang CITH buat melalui Memasuki Gerbang Perkahwinan oleh Syeikh Ghazali Hj Abd Rahman dan Buatmu Wanita oleh Suzana Ghazali.


dalam kedua-dua buku ini memang jelas mengatakan bahawa pemberian nafkah suami kepada isteri merupakan tanggungjawab yang wajib disediakan dan ditunaikan.walau pun begitu tidaklah sampai si suami perlu untuk berhutang semata-mata untuk memenuhi yang di luar batasannya.cukup sekadar kemampuannya tetapi jangan pulak untuk keluarga,nafkah dan belanja disekat,untuk diri sendiri berlebih-lebih!

tanggungjawab ini sama sekali tidak terpadam meskipun si isteri tadi bekerja dan mempunyai pendapatannya sendiri.suami masih bertanggungjawab untuk menyediakan makan,pakai,tempat tinggal,perubatan, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai keperluan bagi isteri .termasuk di dalamnya satu perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama dilakukan demi suami tercinta misalnya rawatan kecantikan atau solekan dan sebagainya.

ini juga perlu diambil kira.jadi kerana itu,isteri hendaklah diberikan elaun sendiri untuk dia membeli atau membuat keingginannya sendiri.contoh;nak kasi mak bapak di kampung,nak belanja adaik beradik misalnya.mesti diberikan elaun untuk dirinya sendiri TANPA dipotong apa-apa.

tidaklah nanti nak kasi mak bapak kat kampung pun rasa menggeletar nak mintak duit gaji suami kan...(memanglah tak wajib nak kasi dekat mak bapak tapi tak salah menggembirakan mereka).mungkin juga ada dalam hati nak buat simpanan sendiri maka elaun daripada suami tadilah yang harus digunakan.bak kata pepatah;"sediakan payung sebelum hujan"

*nanti bersambung kemudiaan...

ALAHAI...

Wednesday, July 20, 2011

BELANJA KELUARGA DAN NAFKAH ADALAH BERBEZA

Assalammualaikum pengunjung CITH semua.harap semuanya baik-baik belaka.maklumlah sekarang ni musim batuklah,selesema dan sebagainya.al hamdulillah batuk CITH pun dah beransur baik.

oklah hari ni CITH nak kongsikan pengalaman sorang kawan CITH lewat petang semalam pertemuan kami.memang kami jarang berbual mengenai hal-hal suami masing-masing.tapi entahlah macam mana dia boleh tanya CITH;

"your hubby tak ada ni,dia ada kasi duit belanja tak?'
"hish mestilah kasi,kalau tidak macam mana nak survive dengan anak-anak kat KL ni."
"no lah I mean bukan untuk belanja famili tapi for your own pocket money.Hubby you
kasi tak?"
"mestilah ada.tu kan nafkah yang wajib dia kasi kita.tak kiralah kita kerja makan gaji ke,atau tidak.tanggungjawab tu dia kena kasi jugak.tak kisahlah banyak mana amaunnya."
"tapi bagi I lain, my hubby kasi I satu amaun dan I lah yang kena pandai nak bayar bil,belanja sekolah anak,belanja dapur.untuk I punya sendiri memang tak ada.kadang tu kalau ada lebih tulah yang jadi duit I.kalau tak ada lebih,tak adalah bahagian untuk I.dah 14 tahun I kawin memang macam tu...."

*ada lagi cerita panjangnya dengan CITH.tak sangka pulak CITH dia nak bercerita panjang lebar.mungkin dia dah mula rasa tertekan atau memang dia memerlukan seseorang untuk menjadi tempat dia meluahkan rasa.CITH ada berjanji dengan dia akan untuk sudi mendengar luahan perasaannya sekiranya itu membuatkan dia lega dan rasa gembira kembali.

entahlah,kadang tu tak tahulah silap kitakah yang isteri ni.kita pada peringkat awal lagi buat tak kisah dengan elaun sendiri konon cinta dah cukup.kita ingat dengan sejumlah wang belanja yang diberikan oleh suami itu pada akhir bulan dah dikira nafkah untuk kita.walhal wang tersebut di dalamnya harus ditolak bayaran seperti bil rumah,belanja pasar,belanja anak sekolah,belanja yuran bas anak,belanja keperluan dalam rumah dan bla...bla...jadi mana nafkah diri kita SENDIRI dalam kata lain 100% ELAUN UNTUK ISTERI SAHAJA tanpa ditolak apa-apa?

atau silap SUAMI yang tak cukup ilmu,atau suami ambil kesempatan atau sengaja atau apa?...nanti CITH sambung lagi untuk ulasan tajuk ini....(nak menyelak balik buku-buku yang ada ni...)

ALAHAI...

Tuesday, July 19, 2011

GODAAN DURIAN KAMPUNG DAH LURUH


Assalammualaikum pengunjung CITH semua.

suka makan doyan@durian?...aduh kalau tanya CITH memang bukan tahap suka lagi tapi dah tahap hantu pun ye! hihi...dulu lagi teruk hantu ni bertapak kat diri CITH.lately ni je macam dah kureng...(ceh...)tapi kalau ada REGUnya menjadi balik hantu tu....hihi...(ni "hantu" bawah umur...)

tu lah semalam pakwe CITH beritahu adiknya kata di kampung durian dah banyak luruh.aduh..godaan ni.yelah kat KL ni memang boleh dapat.bukan setakat durian.apa nak?manggis?rambutan?langsat semua dah ada kat KL ni.bawak je duit.pendek kata tak yah sibuk-sibuk nak tanam,tanam saja di kebun kat KL ni.

tapi macam mana pun di KL ni,nak juga rasa yang piornya dari kampung tu.apatah lagi kalau durian yang dipungut di bawah pokok.tu lagi fresh.satu lagi yang best bila kita yang pungut sendiri...tu yang special.kat KL memang tak rasalah pengalaman macam tu.

nilah bila fikir nak balik kampung atau tidak,serba salah dibuatnya.yelah,mentang-mentang ada durian nak pulak balik walaupun pakwe CITH tak ada.kalau biasa tu tak pulak balik...hish...macam-macam kena fikir ni.

CITH:tak pelah,beli saja di sini.tak mahulah pasal doyan,jadi isu yang disebut di kemudian hari...emmm....

ALAHAI...

Monday, July 18, 2011

SHELL ADA NAK KASI AKU RM 19,000? OMAK KAYO!!!

Assalammualaikum kepada pengunjung CITH.

dalam dunia ni,agak-agaknya senang ke ada orang nak kasi kita duit begitu saja?dah la pulak tu bukannya sikit,beribu-ribu!emmm....tak masuk dek akal CITH.bagi CITH,orang nak kasi kita tu semestinya ada sumbangan yang telah kita berikan.bak kata pepatah;"what you give,that you get back!"tapi kalau tak kasi apa-apa,tiba-tiba dapat sesuatu tu yang musykil dibuatnya.

"tahniah,sim kad anda telah meraih hadiah percuma RM 19,000 dari Shell Helix.sila call 012xxxxxxx"inilah sms yang masuk ke inbox CITH sebentar tadi.aduhai...isi minyak kat Shell pun tak pernah,alih-alih boleh pulak dapat hadiah ye!senang je dapat pulak tu...hihihi...SAH,SAH satu tipu daya menggoda.mana ada dalam senario kita hari ini senang-senang nak kasi banyak tu...apa terlebih duit ke depa tu semua nak kasi senang-senang?

CITH:bukan senang nak senang.jangan mudah terpedaya.TAPI lah kan...kalau betul ada,pastinya raya ni omak kayo!!!haha....bling,bling dari Pak Habib.

ALAHAI...

PEMERGIAN MP TITIWANGSA YANG TIADA KEMBALI

Assalammualaikum pengunjung CITH.satu perkongsiaan hari ini.
Al-Fatihah: Dr Lo’Lo’ Meninggal Dunia

July 17, 2011
KUALA LUMPUR -Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Datuk Mohamad Ghazali meninggal dunia akibat komplikasi kanser sebentar tadi.

Beliau dilaporkan meninggal dunia sekitar pukul 10.25 malam tadi di Hospital Selayang. Beliau berumur 54 tahun.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan perkara itu ketika dihubungi pihak media.

Menurut beberapa maklumat yang diletakan dalam Facebook beliau, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid al-Akram Kampung Dato Keramat.

Allahyarhamah Lo’Lo adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda Parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon Barisan Nasional, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Semenjak berita pemergian beliau diketahui, ucapan takziah dari perlbagai pihak memenihi ‘wall’ Facebook beliau.

Bagi pihak kami di Mynewshub.my juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.

al-Fatihah.(sumber daripada Mynewshub.my)

CITH:Hilang seorang wakil di tempat kami,banyak lagi agenda yang tertangguh dalam usaha memantapkan pembangunan di sini.moga penggantinya kelak akan meneruskan apa yang direncana dan bukan sebaliknya merosakkan apa yang telah ada.

ALAHAI...

Sunday, July 17, 2011

MINGGU YANG PADAT DENGAN AKTIVITI

Assalammualaikum semua dan selamat berhujung minggu untuk pengunjung CITH.

satu hari semalam CITH tak berkesempatan untuk melihat blog ini.pukul 7.30 pagi semalam CITH dah ke sekolah Sakinah untuk membantu persiapan tarian mereka.CITH ni kiranya jadi "sukarelawati" lah untuk membantu cikgu mereka menyiapkan budak-budak tarian.

apa kerja CITH?biasanya CITHlah yang membuat siput rambut,membedakkan mereka dan memakaikan mereka aksesori.cikgu kelab tari mereka hanya dua orang.memang tak cukup tangan time nak menyiapkan budak-budak ni semua.

semalam di sekolah Sk Setiawangsa,ada lawatan dari Sk Jalan 2 Bangi.jadinya tiap kali ada pelawat yang datang,maka mereka ni diperlukan untuk membuat persembahan sebagai halwa telinga.

habis bab tu,pergi sambung pulak menari di Swatari Pak Ngah.habis class dah malam.penat seharian keluar rumah.bila balik rumah,kenalah sambung kerja-kerja yang sedia menanti.

hari ni pulak habis CITH update entri ni,CITH nak keluar hantar Sakinah ke Permata Seni pulak.(cikgu Permata Seni beriya suruh datang).jauh jugak tempat latihan tu di area Bukit Bintang sana.mudah-mudahan CITH dapat lalui kesesakkan di sana.Ya Allah mudahkanlah laluan CITH.amin.

UNTUK SEMUA-SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA ORANG TERSAYANG!

ALAHAI....

Friday, July 15, 2011

KELAB TARI SK SETIAWANGSA OFFICIAL PAGE


Assalammualaikum semua...

sibuk bebonar lah rasanya CITH 1-2 hari ni.apa taknya bukan setakat sibuk mengodeh telefon tapi sibuk jugak menyiapkan satu dedikasi yang dibuat untuk Sakinah dan kawan-kawan tariannya.

KELAB TARI SK SETIAWANGSA OFFICIAL PAGE akhirnya berjaya CITH rekakan untuk mereka sebagai satu bentuk sokongan CITH kepada mereka.nampaknya macam artislah pulak ye ada page-page ni! hihi...sajalah CITH menggatal tangan membuatnya.tapi penat jugaklah nak bersengkang mata.tak boleh buat kalau yang kecik ni tak tidur.

apa yang ada? segala laporan sekitar aktiviti seni tari yang dijayakan oleh pelajar Sk Setiawangsa insya Allah akan CITH updatekan di sini.selain itu ia juga menjadi medan berhubung antara rakan-rakan tari mereka di sini.kepada kalian,bolehlah jenguk-jenguk mereka di sini.manalah tahu berminat untuk memanggil mereka untuk majlis di tempat kalian.beritahu sahaja!

ALAHAI...

DASYAT YAHOO MESSENGER DAPAT TENGOK MUKA


Assalammualaikum dan salam Jumaat yang penuh berkat kepada semua yang berkunjung ke CITH.pagi tadi di subuh yang hening hujan turun sampailah ke tengahari.syukur dapat mengurangkan jerebu yang menyerang sekitar KL ni.

hari ni satu lagi benda baru yang CITH explore melalui telefon bimbit.apa tu? penggunaan YAHOO MESSENGER yang boleh(foto oleh:GOOGLE.COM) menemukan 2 muka...ceh..ceh.kalau biasanya setakat chatting biasa je tapi kali ni lebih lagi.tak tahulah kalau kalian dah tahu lebih awal atau CITH yang terlewat update! hihi...

syaratnya,kedua-dua telefon bimbit haruslah mempunyai camera di depan dan belakang.lagi satu mestilah ada line internet.barulah boleh berkomunikasi dengan lancar dan nampak 2 muka kalau tidak tak nampaklah.

bagi CITH,memang bermanfaat teknologi ni.apa taknya,antara CITH dan pakwe CITH kami dapat saling berhubung waima dalam train sekali pun!anak-anak pun seronok dapat tengok baba dia bila-bila masa saja.walaupun jauh,rasa ada depan mata!

ALAHAI...

Thursday, July 14, 2011

KENAPA AURA RAYA LEBIH TERASA DARIPADA NAK PUASA

Assalmmualaikum pengunjung yang datang menjengah ke CITH.

jom kita intai-intai di segenap pasaraya,atau setidak-tidaknya di FB masing-masing.apa yang banyak dipromo atau diiklankan?kalau di area CITH ni,boleh dikatakan aura raya tu dah mula kelihatan.di FB pulak emm...lagilah,dengan tag baju raya,kuih raya,handbeg raya dan sebagainya. tu semua membangkitkan aura nak raya cepat dalam erti kata lain nak mengajak berbelanja tu! hihii...

tapi kena ingat dulu,PUASA DI BULAN RAMADAN terlebih dulu baru nak sibuk raya.kena check dulu puasa yang lepas-lepas dah ganti ke belum ke...kot-kot ada yang kes TERlupa tu baiklah dicheck.CITH pun baru selesai semuanya.al hamdulillah.

tulah,rasanya kita terlalu dok tunggu nak raya,cerita semua nak bertukar baru rasa macam tak sah pulak raya kalau tiada benda yang baru.tengoklah iklan Courts Mammoth di TV,BERBELANJALAH DI COURTS TANPA BAYARAN SELAMA 120 HARI! memang kalau sekali mendengar iklan serupa ini memang mudah tergoda! ni semua membangkitkan aura nak raya cepat.

sebaliknya pendedahan,peringatan tentang kedatangan bulan yang mulia ini agak kurang.tak tahu di mana silapnya.huhu...

ALAHAI...

Wednesday, July 13, 2011

TAK KENA DUIT DENGAN WHATS APP MESSENGER PADA TELEFON TERPILIH

Assalammualaikum pengunjung yang datang ke CITH.

kalau ramai rakan blogger yang rajin untuk explore hal-hal blog ni,CITH pulak sibuk dengan nak upradekan penggunaan telefon bimbit.

maklumlah bila dah guna telefon yang sedikit canggih ...(dulu pakai yang standard je...hihi)adalah rugi rasanya kalau tidak dimanfaatkan finction yang sedia ada.yelah banyak function yang ada selain nak buat call,terima call lepas tu ambik gambar.ni macam CITH dulu-dululah.bila yang canggih sikit ni,rupanya banyak boleh digodehkan! hihii...

berjauhan dengan dengan si dia,menjadikan CITH mencuba pelbagai cara untuk berhubung.selain skype,sms, ni ada satu lagi aplikasi yang boleh digunakan.

WhasApp Messenger yang disediakan untuk Android,Blackberry,iPhone dan Nokia dengan menggunakan 3G atau Wifi membolehkan kita ber'message' dengan free!kita boleh menerima,menghantar gambar,video dengan pantas tanpa sekatan.messagelah banyak mana pun tanpa ada apa-apa bayaran!FREE! tak kena tolak prepaid kita...ni yang best tu.

lepas tu untuk anak-anak pulak,banyak animasi yang boleh dihantar.Sakinah kejap-kejap hantar message animasi ni kat baba dia...TAPI dengan syarat,kedua belah pihak mesti download aplikasi ini dulu dan ada line internet barulah boleh berkomunikasi.kalau tidak samalah macam sms biasa tu saja.

ALAHAI...

BERAPA YANG CUKUP UNTUK ANAK KE SEKOLAH?

Assalammualaikum pengunjung yang datang ke CITH.

hari ni nak sembanglah pasal budak dan duit poket mereka.bukan apa,melihatkan harga barang semasa kini,agak-agak berapa yang sesuai nak diberikan kepada anak-anak ke sekolah?

bukan apa,semalam CITH ke sekolah.terdengar ada seorang cikgu membuat hebahan kehilangan RM 10 seorang murid.terdetik juga di minda; ush,banyak tu bawak pergi sekolah!tak tahulah kalau pada ibu bapa tersebut RM10 itu bukan angka yang besar!bagi CITH,besar tu.

macam hari ni-Rabu.setiap Rabu tak salah CITH dari sejak zamn sekolah dulu merupakan hari kokurikulum.maknanya kena balik lewat sedikit daripada hari-hari biasa.jadinya,dah tentu duit poket pun lebih sedikit berbanding biasa.zaman CITH dulu mungkin juga sama seperti kalian,hari biasa bawak RM1.00 saja.bila ada ko-ku baru arwah abah kasi RM2.00.tu dah besarlah kiranya pada waktu itu.apa taknya,air dah bawak dari rumah,kadang-kadang bekal juga dah bawa dari rumah cuma duit tu untuk makan di sebelah waktu petang pulak.

hari ini?rasanya tak ada lagi yang bawak RM2. ada ke? yang ada CITH lah ornagnya! hihi...apa taknya,sekolah depan rumah.sebelum pergi sekolah dah makan.air dah bekalkan.duit tu sekadar buat Sakinah nak beli apa yang dia tergak nak beli.selalunya ikut kawanlah!memang bunyinya hish...macam berkirakan...tapi itulah hakikatnya.kalian bagaimana?apakah anak sama belanja dengan mama dan ayah di ofis?

ALAHAI...

CERITA SEBATANG PENSEL MEKANIKAL DULU DAN KINI

Assalammualaikum pengunjung CITH semua...

apabila dia buat hal,serupa macam zaman CITH sekolah dulu.apa tu?sebatang pensel mekanikal berwarna hijau kepunyaan Sakinah lah.selagi tak direpairnya,selagi tulah dia menyanyi kat telinga CITH suruh betulkan....merengek...bukan tak ada pensel lain.ada 3 batang lagi,pensel yang sama tapi yang ni jugak disuruhnya CITH repairkan.adoh...kalau sebelum-sebelum ni memang baba dia jelah yang melayan bab-bab gini.kalau diikutkan CITH,nak kasi buang aje.yelah,asyik-asyik tekan,dia jem.kejap tu tersumbat lagi...tension!

rasanya dah lama tak berhadapan keadaan macam ni.dulu time sekolah memang paling tak sukalah kalau pensel macam ni buat hal.selalunya tersumbat.kenalah buka depan,tonggeng belakang,kena nak tiup-tiup lah tak pun nanti kena cucuk dengan jarum atau pin untuk keluarkan mata yang tersumbat tu...ingatnya dah habislah senario itu tapi rupanya sejarah berulang kembali!nak suruh pakai pensel kayu; katanya "kawan ramai yang pakai pensel macam nilah ma.pensel kayu budak lelaki yang selalu pakai."hish-his...

akhirnya,setelah di'operate' depan,belakang dan dalam,BERJAYA juga CITH selamatkan ia daripada menjadi penghuni tong sampah!ALAHAI...

Tuesday, July 12, 2011

MEMULAKAN HARI TANPA LAMPIN PAKAI BUANG


Assalammualaikum semua pengunjung CITH.

kalau kawan-kawan CITH sibuk nak berbaju raya baru,kusyen baru,langsir baru,CITH pulak sibuk nak mempersiapkan Hakimi berwajah baru! hihi...macam mana tu?

nilah,wajah baru tanpa lampin pakai buangnya.tulah target CITH menjelang raya tahun ni.sekarang Hakimi dah 2 tahun 2 bulan,rasanya sudah sampai masa untuk mendisplinkan dia ke bilik air.memang nampak kecik lagi tapi daripada segi mulut bercakap tu,dah banyak cakap dah dia.kalau tanya pun dia dah faham soalan.(foto oleh:GOOGLE.COM)

lepas mandi,CITH tak pakaikan dia lampin pakai buang.dia ambik pampers dia suruh pakai tapi CITH katakan pada dia; "bila nak pee,kita pergi toilet.no pampers".dia jawab; "toilet".(harapnya dia faham).lepas tu sekejap-sekejap CITH bawak dia ke toilet suruh pee tapi tak keluar pulak...aduh...

last-last sedang dia mencangkung main kereta dia, surr...dah keluar pulak...hahaha...tak pelah.hari pertama,cuba lagi.setakat hari ni dah 2 kali terkantoi.yelah pertama kali tanpa pampers,sudah tentu rasanya lain kan...bukan mudah nak berubah TAPI PASTI TAK MUSTAHIL!

kalian ada tips lain?boleh share dengan CITH.

ALAHAI...

BUKAN KERJA SENANG NAK BERUBAH ATAU MENGUBAH ORANG

Assalammualaikum semua pengunjung CITH.

kalau bercakap pasal orang,memang satu hari satu malam pun tak sudah.hari ni pun CITH nak cerita pasal orang tapi bukan hal dalam kain orang ye...hihi...cakap pasal nak mengubah orang.

sebagai isteri,mama atau apa jua status kita pastinya kita berdepan dengan hal nak menguruskan orang.bila sebut orang maka terbayanglah 1001 karenah orang yang harus ditangani.kalau sebagai isteri,pastilah karenah atau perangai suami yang tak sebulu dengan kita tu yang menjadi kemarahan atau tak puas hati kita.maklumlah dengan latar belakang yang berbeza,taraf pendidikan yang berbeza,menyukarkan bagi menemukan titik persefahaman.

maka dalam diam,terbentuk rasa untuk mengubah orang itu menjadi seperti apa yang kita mahukan.sebagai contoh;hal yang sangat remeh:kita telah terdidik sejak kecil lagi bahawa pakaian yang kotor kena dimasukkan ke dalam bakul tapi bila berkahwin,si dia sebaliknya.spesis yang suka menyepahkan pakaian di merata tempat.arr... sudah tentulah menimbulkan rasa tidak senang di hati dan mula nak mengubah si dia menjadi seperti kita.inilah yang kadang-kala kita terlepas pandang bahawa perbezaan itu bukan sepantas kilat mampu diubah!kalau dah sebati dari kecil sampai usia 30 tahun,adalah salah untuk kita harapkan dia berubah dalam satu hari!

tapi CITH percaya,sesuatu yang dibuat secara berterusan atau yang lahir daripada diri sendiri itu adalah bersifat jujur.ia bukan hipokrit atau plastik yang bertujuan semata nak ambil hati atau bak kata orang ada "udang sebalik mee".kalau macam ni,memang perbuatan lama itu akan kembali dan proses mengubah dan berubah itu tidak akan mencapai titik kejayaan.

kadang-kadang terdetik juga di hati nakkan suami menjadi seperti suami si anu tulah...dan kadang-kadang terkeluar juga skrip; "kenapa u tak macam suami dia tu ye..." TAPI berbalik kepada diri sendiri,adakah kita pun dah cukup bagus untuk mengubah orang?sudahkah kita berubah untuk menjadi yang lebih baik?...sedikit petikan yang CITH ambil daripada buku MEMBINA HATI BAHAGIA-Dr.HM Tuah: di sebalik kekurangan pasangan anda,tersirat kehebatan yang menjadi tugas isteri untuk menyelongkarnya.

ALAHAI...

Monday, July 11, 2011

SEAFOOD LIVE AT CARREFOUR WANGSA MAJU

Assalammualaikum semua pengunjung CITH.

tengahari tadi,CITH ke Carrefour yang berdekatan di sini.apa yang menarik? Carrefour dalam pengubahsuaian reka letak barangannya.senang kata nak upgrade lagilah operasi mereka!apa taknya,banyak sangat pasaraya menuntut kepada persaingan mendapatkan pelanggan dan margin keuntungan.

satu yang menarik ialah ini.sebelum ni tak ada pun koleksi seafood yang masih hidup macam ni ada kat sini.semua ini nampak masih hidup dan pastinya segar.bukan orang dewasa saja yang teruja nak tengok dan nak kenal pelbagai spesis kepah yang ada,bahkan kanak-kanak pun sama seronok nak tengok.

apa taknya,banyak yang tak kenal.biasa tu kenallahsiput,kerang,kepah,kupang,tiram,belangkas tapi ada juga namanya yang memang tak pernah dengar apa tah lagi melihat rupanya.sekurang-kurangnya apa yang disediakan oleh Carrefour di sini satu langkah yang bijak.

CITH pun try beli kepah ni.balik rumah masak yang simple saja.niat nak test dulu kesegarannya.bukan apa,CITH alah sikit seafood yang dah lama.silap makan alamat pergi kliniklah lepas tu.tapi makan yang ini memang segar.syukur tak ada apa.

CITH hanya tumiskan bawang putih,merah dan halia.lepas tu titikkan serai dan cili padi.bubuh sedikit garam dan air.lepas tu masukkan kepah.bila dah terbukak kulit tu, maknanya dah boleh angkat.rasanya? emmm boleh tahan

ALAHAI...

Sunday, July 10, 2011

KURMA,KUIH DAN BAJU RAYA DAH MELIMPAH DI SANA SINI

Assalammualaikum kepada pengunjung CITH semua.

kurang dari 3 minggu lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Ramadan.rata-rata mengambil kesempatan bulan ini untuk membuat persiapan mental dan fizikal bagi persediaan bulan yang mulia ini

petang tadi sewaktu CITH bawa anak keluar makan di Jusco,nampak dah deretan pelbagai jenis kurma untuk puasa,baju raya dan kuih raya.balik tu CITH singgah di Giant,pun keadaan yang sama jugak berlaku.maknanya memang mana-mana je dah keluar kurma,baju dan kuih rayakurma? macam jenis ada.biasalah yang datangnya dari Iran,UAE,Dubai dan sebagainya,paling popular kurma Yusuf Taiyoop lah.iklan kat TV pun dah selalu keluar.

baju? ni pun dah siap untuk dipilih baik baju Melayu,kurung atau kebaya sama ada untuk dewasa atau pun kanak-kanak dah memang siap.yelah,shopping awal ni bagusnya tak bersesak dengan ramai orang dan lagi satu mudah untuk memilih saiz.kalau last minit tu yang saiz pun dah tak ada.

kuih raya?mak aiii...dah melimpah dah! nampak sangat kuih ni dah disiapkan awal lagi.apa taknya puasa pun belum,kuih pelbagai jenis dah siap dijual.pendek kata semua ni memang bersaing untuk mendapat perhatian orang ramai.hiasan ketupat dan pelita pun dah siap dipasang! nasib baik lagu raya tak ke udara lagi.kalau ada,memang melampau rasanya!

apa yang dapat CITH rumuskan,aura nak beraya itu dah kelihatan namun aura untuk menyambut Ramadan itu sedikit kurang diberi perhatian.tak tahulah mana silapnya...apa yang penting berbelanjalah kita secara berhemah.bukan apa,bulan Ramadan nanti lagi banyak yang "melimpah" menunggu kita terutama di pasar juadah@ramadan atau pun bufet di sana sini.poket? melimpah tak?...

ALAHAI...

KEMBALI MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB MASING-MASING

Assalammualaikum dan salam pagi Ahad untuk semua pengunjung CITH.

pagi ni bukak mata,tengok kiri kanan ada Sakinah,Hakimi,Dora dan Dory.ada 2 anak dan 2 kucing!pakwe CITH dah balik ke tempat kerjanya tengah malam tadi.

bermula kembali hidup bertiga di sini dan dia berseorang diri di sana.masing-masing dengan tanggungjawab masing-masing.yelah,kalau hari tu dah tertinggal kapal terbang,takkan ni nak nak buat lagi kot...kang terus dapat surat untuk "bercuti buat selama-lamanya...." haha lagi parahkan.

tak pelah,yang penting kata WONDERPETS "KERJASAMA".mudah-mudahan antara CITH dan pakwe CITH,kami dapat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan baik.teringat dekat lirik lagu ni...kalau tak silap nyanyian Sanisah Huri:
kanda di medan juang,dinda di medan seni,
sama-sama berjuang,sama berbakti,
untuk ibu pertiwi...

ALAHAI...

Saturday, July 9, 2011

SABA RESTAURANT,MERAPATKAN KEMBALI DAN SELAMAT JALAN

Assalammualaikum semua kepada pengunjung yang datang ke CITH.

dah makan juadah tengahari?untuk meredakan keadaan semasa,CITH ingin kongsikan entri JJCM-apa lagi kalau tak pasal makan di tempat baru! hihi...ok malam tadi siri JJCM adalah di sebuah kedai Arab lagi...(mentang-mentang ada orang ni nak balik Arab...)iaitu SABA RESTAURANT di Jln Jelatek KL.terletak di barisan shop lot maka hiasanya sedikit terhad dan begitu juga ruang makannye juga terhad.kali ni siri JJCM CITH disertai oleh tetamu yang dijemput khas iaitu pasangan Khamal dan isterinya Nurulhuda beserta 2 orang anaknya.suaminya ni merupakan kawan kami dulu sewaktu belajar.kenapa malam tadi dikatakan malam merapatkan kembali dan selamat jalan? emmm....pasangan ni ditimpa sedikit masalah dalam rumahtangga mereka.maklumlah,hidup berumahtangga ada angin pasang,ada angin surutnya.jadinya,makan malam ini diharap dan didoakan agar mereka kembali seperti biasa.bagi CITH sekeluarga pulak,malam tadi merupakan dinner terakhir bersama pakwe CITH sebabnya,malam nanti dia dah nak "terbang" semula....huhu...tinggal kami CITH 3 beranak semula!

aduh...panjangnye menyimpang.oklah nak cerita makan pulak...hish..hish...malam tadi kami order:
nasi mandi kambing rm 30.00nasi ayam kabsa rm 15.00kebab ayam rm 15.00chicken chop rm 14.00(kedai Arab punya tak ada sos yang macam biasa tu.makan kering macam ni je...)
teh ais lemon (2) rm 8.00
nescafe ais rm 4.00
adani tea pot(ala-ala teh tarik) rm 8.00
_______________________________________________________
+ tax... = rm 110.20
_______________________________________________________
(budak kecik yang asyik nak berkepit dengan baba dia aje...lepas ni kena tinggal...)boleh dikatakan masakan Arab ni tak jauh mana pun bezanya.cuma gaya persembahan atau cara dihidang itu saja yang berbeza.rasanya? lebih kurang sama.tapi untuk nasi ayam kabsa tu,ayamnye memang nyata lembut sangat.agaknya ayam anak dara kot? hihi...

INFO:
SABA RESTAURANT
1-01 DATARAN JELATEK
JALAN JELATEK,KL

ALAHAI...

KEDAMAIAN DAN KEAMANAN ITU MILIK KITA JANGAN DIROSAKKAN

Assalammualaikum semua pengunjung CITH.

Bagaimana situasi di tempat kalian sejak malam tadi? nampaknya di tempat CITH keadaan tenang setenang cuaca ketika ini.angin bertiup sepoi-sepoi bahasa seakan sengaja nak kasi mood "M" lebih sikit hari ni...hihi...

pagi tadi CITH keluar ke pasar tani dengan pakwe CITH,ramai juga penjual yang tak ada.pasar tani tak macam yang biasa tu.orang yang keluar pun tak ramai,yang jual pun kurang juga.tak tahulah mungkin yang jual tu menghadapi kesukaran untuk masuk ke area CITH di sini agaknya.

CITH pun sibuk juga nak mengetahui keadaan semasa di tengah-tengah KL.maklumlah,ini tempat kita.banyak sikit perlu ambil tahu.tapi apa yang CITH dengar dalam berita di TV1 sebentar tadi,seramai 45 orang yang terdiri daripada umur 16-60 tahun telah ditahan oleh pihak polis berikutan terlibat dalam satu perhimpunan.selanjutnya belum lagi.

CITH:kedamaian dan keamanan ini bukan senang untuk dipupuk.jika dah ada di depan mata,jangan kita ROSAKKAN

ALAHAI...

JALAN DAH MULA TUTUP,BAPAK POLISI MULA TAK DUDUK DIAM


Assalammualaikum semua pengunjung CITH dan selamat berhujung minggu.

memang benarlah bagai dikata,kan semalam CITH dapat khabar daripada kawan CITH mengenai penutupan beberapa jalan utama yang menghala ke pusat bandar.nah,petang tadi bermulalah siri tersebut!

sewaktu keluar untuk edisi JJCM bersama pakwe CITH petang tadi,dah mulalah dah bapak polisi kita bertugas mengawal lalu lintas di jalan-jalan yang dianggap "glamour".yelah kalau dah dikatakan tanggungjawab dan amanah,maka suka tak suka kita kena buatlah jugak.nampaknya bapak polisi kita akan sentiasa dalam keadaan JAGA-JAGA.pastinya hanya menunggu arahan untuk melepaskan picu yang sedia ada.

sebagai rakyat pula,sedikit sebanyak mengundang pelbagai rasa.sekali fikir-baik biarkan sahaja pihak yang nak berhimpun itu berhimpun.tak payah nak ganggu jalan raya raya.tak ganggu aktiviti rakyat.sekali lagi fikir,bahaya juga kalau diam asyik memberi muka.emmm....entahlah.paling penting,CITH risaukan pakwe CITH esok nak ke KLIA ni,lepas ke tidak.tadi dah tanya Putra LRT,katanya setakat hari ni semua macam biasa,untuk esok semuanya bergantung kepada tuntutan semasa.harapnya tiada apa yang "pelik" berlaku pada sepanjang hari ini sehingga ke malam nanti.

CITH:biarkan mereka yang nak meluahkan perasaan itu menjayakan apa yang mereka hendak.untuk kita semua,jalankan peranan masing-masing.pastinya tiada siapa yang tertindas dan menindas.bak kata pepatah,kerana nila setitik habis susu sebelanga..

ALAHAI...

Friday, July 8, 2011

KEJAYAAN ITU MENGUBAT SAKITKU,AL HAMDULILLAH.

Assalammualaikum dan salam Jumaat yang berkat untuk kalian pengunjung CITH.

pagi ni,al hamdulillah.berkat hari Jumaat juga agaknya dan selebihnya sebab kejayaan Sakinah juga,CITH rasa sedikit sihat dan beransur pulih daripada selesama.

pagi tadi ke sekolah agama untuk sain buku rekod Sakinah.Al hamdulillah,ia dapat mengubat sakit CITH dan sedikit kekecewaan dalam peperiksaan di sekolah kebangsaan hari tu.

sebagai mama,apa lagi yang boleh menggembirakan hati?selain anak tadi menjadi anak yang soleh dan solehah,berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.memang itu sahaja doa yang dipohon 5 kali sehari semalam.kata pakwe CITH,kita memikul amanah ini dan kita tunaikan tanggungjawab kita sehabis baik supaya tak ditanya di kemudian hari.selebihnya,tidak perlu diharap balasan daripada anak-anak kerana itu pula menjadi tanggungjawab mereka.sekiranya rezeki kita baik,maka akan adalah anak-anak yang mengingati kita dan seterusnya melaksanakan tanggungjawabnnya.jika sebaliknya pula berlaku,maka anggap sahaja itu bukan rezeki kita.kita jangan terlalu nak mengharap balasan terhadap apa yang kita dah buat.kita buat sebab tanggungjawab kita.membalasnya itu bukan kuasa kita....

CITH:itu benar,kalau mengharap bila tak dapat pasti hati kecewakan...

ALAHAI...

Thursday, July 7, 2011

BANYAK JALAN NAK TUTUP ESOK DAN HUJUNG MINGGU?

Assalammualaikum semua kepada pengunjung CITH.

tengah dok CITH membaca entri kawan-kawan blogger,CITH diterjah dengan satu panggilan daripada seorang rakan;

"ko kat mana esok?"
"aku kat KL lah,mana lagi."
"eh,ko jaga-jaga,start esok banyak jalan tutup tau.takkan ko tak tahu.bahaya!"
"tahu,apa bahayanya? mana jalan yang tutup? meh aku tulis dalam blog aku ni ha"

itulah sebahagian perbualan CITH dengan kawan sebentar tadi.katanya banyak jalan dijangka ditutup esok sampailah ke hujung minggu lantaran dek kerana politik semasa yang panas akhir-akhir ini.

antara jalan yang dijangka ditutup ialah Jalan TAR,jalan ke Masjid Negara,jalan ke KLCC,Dataran Merdeka,Sentul,Lebuh Ampang dan sekitarnya yang kebanyakkan sekitar jalan dalam pusat bandar KL.

apatah lagi esok hari Jumaat,pastinya kegamatan dijangka akan berlaku.pastinya juga kesesakkan jalan raya tidak dapat dielakkan.kata kawan CITH;jaga-jaga.takut 13 Mei 1969 berulang...

ALAHAI...

APABILA SIHAT SESEKALI DIUJI...


Assalammualaikum semua...

sejak malam tadi hidung asyik berair saja.kejap-kejap sot,sot hidung dibuatnya.aduh dah lama tak dapat selesama ni,sesekali diserangnya memang lemah badan rasanya.(tisu o tisu teman setia CITH sejak semalam)

bukan setakat hidung rasa tak selesa,kepala pun rasa berat.kaki pulak rasa lenguh-lenguh.tiba-tiba penyakit nak berbaring menyerang...kasi Hakimi "cinta" memang terus terlena.nasib baik pakwe CITH masih di sini lagi.selesama ni pulak macam tahu-tahu aje hihi...dapatlah CITH "curi tulang sikit"

banyak CITH jumpa.kata orang bila ditimpa sakit sama ada kecik ke besar ke,itu tanda Allah nak bersihkan apa-apa dosa yang pernah kita buat dulu.harapnya,apa yang CITH alami ini adalah sebagai pembersihan atas apa jua kesalahan CITH.

CITH: tak payah nak tunggu 9 Julai nak bersih,bila-bila pun boleh dibersihkan jika Allah berkehendakkan.

ALAHAI...

Wednesday, July 6, 2011

WARNA KUNING DAN SIGNIFIKASINYA,SALAHKAH KITA NAMPAK KUNING?

Assalammualaikum kepada semua pengunjung CITH...

wah nampaknya warna kuning tiba-tiba menjadi bualan.ada yang buat lawak di FB jangan pakai warna kuning pada hari Sabtu ni.takut apa-apa pulak boleh jadi.(foto oleh:google.com)

apa yang boleh CITH katakan?hanya sekadar gelengan kepala terhadap mereka.bukan apa,warna kuning ni memang kesukaan CITH.bukan dek sebab isu 9 Julai tapi memang kalau dibuka almari baju,tak banyak sikit memang ada tempias warna kuning ni.

kalau dulu masa budak-budak,selalu sangat nyanyi lagu; "buai laju-laju,aku nak kawin dengan anak raja..."(dapat dah anak raja tu...hihii...)jadinya sampai ke besarlah minat nampak kuning itu diteruskan.

entahlah,rasanya kuning ni nampak menyerlah.biarpun bukan dilahirkan di kalangan berdarah raja,rasanya tak salah untuk nampak kuning!nasib baik tidak di zaman dulu tatkala kuning hanya untuk golongan istana sahaja.waima emas kuning pun tak boleh dipakai oleh orang biasa!kesemuanya itu adalah satu keistimewaan yang hanya dimiliki oleh golongan raja untuk membezakan taraf antara raja dan rakyat.itu signifikasinya dahulu.kuning itu memang telah disignifikasikan dengan warna diraja dan membawa makna raja sebagai simbol kedaulatan negara (sovereign).

warna kuning adalah satu warna ceria yang memberi makna gembira dan aman. Di dalam mitos Hindu, kuning membawa erti penguasaan intelek.Disebaliknya, orang Amerika menggunakan perkataan "yellow-belly" untuk membawa maksud penakut. Pada orang Korea, kuning boleh membawa maksud cemburu. Di akhir abad ke 19, warna kuning di Eropah memberi gambaran kurang siuman dan gila. (MY PINK BLOG)

CITH?kuning hanya warna.tidak lebih dan tidak kurang daripada itu.bukan membawa menyokong atau apa jua yang disignifikasikan oleh pihak di luar sana.

ALAHAI...

Tuesday, July 5, 2011

MEGA SALE KEMBALI,SENDIRI KENA JAGA POKET

Assalammualaikum semua...

tadi masa CITH menemani pakwe CITH ke KLCC,aduhai...rata-rata butik di dalamnya membuat jualan mega sale!daripada butik yang terkenal namanya hinggalah ke Parkson dan Isetan,semuanya menawarkan jualan mega.

apa sebenarnya jualan mega? potongan harga yang menggila? daripada 50-80%?itukah jualan mega?entahlah,sekali fikir takkanlah mereka ni senang-senang je nak buat jualan murah macam ni kalau dah awal-awal lagi margin keuntungan telah diambil kira.mana bisnes kat dunia ni nak rugikan? maknanya walaupun potongan sebegitu tinggi yang kita rasakan kononnya berbaloi itu, sebenarnya masih boleh murah lagi.kepada peniaga,memang mereka dah untung awal-awal lagi.potongan itu sebagai mengggaburi mata kita sebagai pelanggan.

jadi sebagai pelanggan apa peranan kita?berbelanja berhemah dan mengikut poket masing-masing.rasa-rasanya ada di kalangan kalian di luar sana yang sedang tersenyum sampai ke telinga,jeng..jeng..apa taknya,ada yang menerima durian runtuh 2-4 bulan bonus!tu dah kira cukup baik untuk persiapan ramadan dan hari raya bakal tiba.

biarlah mega itu teruskan meganya,dan sebagai empunya wang,kitalah yang harus menjaga poket sendiri.al maklumlah,tak mahu nanti raya memang sakan tapi lepas raya,rasa terbeban dan tertekan.

CITH? tunggu duit kutu hujung bulan ni untuk persiapan raya anak-anak.

ALAHAI...

TERLEPAS KAPAL TERBANG,ADA MASA UNTUK BERSAMA LAGI


Assalammualaikum semua...

hari ni ingatnya nak menghantar pakwe CITH ke stesyen putra LRT.tapi alih-alih bila ditengok balik tiket kapal terbang,la rupanya dah terlepas kapal!tiket yang dikatakan hari Selasa rupanya dah terlepas.sepatutnya dia balik malam tadi=pagi Selasa waktu sana!

apa lagi,kelam kabutlah ke ofis KLCC untuk membuat perubahan tiket.al hamdulillah,kata bos pakwe CITH di sana-"ha,ko ambik jelah cuti sampai Khamis.Ahad masuk ofis balik" (kat sana pakwe CITH cuti Jumaat dan Sabtu).jadinya,adalah masa untuk kami sefamili lagi.apa nak kata? ada hikmah di sebaliknya?hihi...

ALAHAI...

Monday, July 4, 2011

SAGIL,GUNUNG LEDANG SELAGI ADA PELUANG BERSAMA

Assalammualaikum semua...

kali ni CITH ingin kongsikan entri berkenaan balik kampung hari tu.bagi CITH,selagi ada peluang haruslah diisi dengan sepenuhnya walaupun dalam ruang masa yang sangat terhad dan terbatas.maklumlah,CITH dah tak balik kampung sejak pakwe CITH dah kerja jauh ni.kalau tidak sebulan sekali memang dah wajib balik kampung.

Sabtu lepas,peluang yang ada tidak dilepaskan untuk bersama famili mertua.kami berkelah di Air Terjun Sagil,di bawah kaki Gunung Ledang,Johor.ini merupakan kali kedua CITH datang ke sini dalam tempoh 10 tahun.kalau dulu rasanya masuk tak bayar,sekarang sekali masuk dengan sebuah kereta kena bayar RM5.

pagi tu,bekalan nasi lemak menjadi menu utama bekal untuk berkelah di samping makanan ringan yang lain.perlu diingatkan,dari parking kereta,pengunjung kenalah berjalan kaki untuk ke tempat perkelahan.mana yang larat bolehlah mendaki jauh ke dalam sikit tetapi bagi rombongan CITH ni,memandangkan ada kanak-kanak bawah umur,barang lagi,maka kami berkelah di bawah sahaja.masa datang tu,kumpulan kami je,menjelang tengahari,ramai dah datang ke tempat kami.(santap nasi lemak...)sesekali kaki dibawa menyentuh air gunung...ooo memang sejuk...ni dua beradik ni tahu mandi kat swimming pool je kan,ni baru rasa macam mana mandi air sejuk pulak.sekejap je dah menggeletar.tapi nak jugak berendam...hihi...(puteri "GUNUNG LEDANG" turun bersiram...)layan ajelah gambar-gambar yang sempat dirakamkan.masing-masing sibuk nak berendam...camera tak de sapa yang nak handle.(5 big brothers)(dah nak balik...)(sempat stop by makan durian)ALAHAI...

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala