pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Saturday, August 27, 2011

TERIMALAH DARIPADA SAYA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

untuk semua kenalan blogger di sini,CITH mengambil kesempatan untuk mengucapkan SALAM AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN untuk semua.maklumlah bila bercuti di kampung bermakna bercuti juga dunia siber CITH.senang cakap,balik kampung CITH tak dapat nak bawak balik UNIFI CITH sekali! huhu...

sebagai tinggalan,CITH tinggalkan ini untuk semua. moga bertemu kembali selepas balik dari kampung kelak.kita berkongsi cerita raya nanti ye...


ALAHAI...


Friday, August 26, 2011

PASAL DUIT RAYA YANG TERLEPAS PANDANG

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

cuba lihat kiri kanan rumah kita,ada tak jiran yang dah balik kampung?emmm...ni di area rumah CITH,dah dua rumah jiran berkunci.satu dah berlepas ke Kedah selepas solat Isyak malam tadi,dan satu lagi ke Kelantan dah bertolak pagi tadi.CITH belum lah lagi nak bertolak ke mana-mana.pakwe CITH baru je sampai rumah.kami bercadang nak berumah sendiri dulu sebelum balik ke kampung Ahad nanti.

oklah bercakap pasal hari raya,khusunya DUIT RAYA,ada beberapa perkara yang kita ibu bapa harus perhatikan:

1.anak-anak harus diingatkan bahawa pergi beraya ke rumah orang bukan bermatlamat NAK MINTAK DUIT RAYA.kalau tuan rumah kasi,al hamdulillah.tak kasi pun tak apa.jangan pulak tiap kali datang rumah orang,anak dah tanya;mak nak duit raya...adohai...kena pada tuan rumah yang memang tak ada bajet duit raya,macam mana? kan ke malukan dia tu...

2.kalau dah dapat duit raya,jangan lah lupa ucapkan terima kasih.ni ada tu,dapat je dah cabut lari...tak cakap apa pun...

3.kalau nak buka sampul raya tu janganlah dibuka di depan pemberi tu.lebih baiklah dibuka di rumah.bukan apa,kalau isinya sedikit takut-takut terkecil hati pulak orang yang beri.yelah,budak-budak zaman sekarang kalau dibukaknya sampul tu; "ha?seringgit je..." emmm...malukan...

4.janganlah disepahkan sampul raya tu atau ditinggalkan begitu sahaja di rumah tuan rumah.ada tu,dapat je duit raya terus dikoyaknya sampul dan tinggalkan kat situ saja.bak kata pepatah;habis madu sepah dibuang.kot ye pun nak buang,bawak balik dulu dan buang di tempat lain.hargailah pemberi duit raya tu

5.ni yang paling penting,plan berbelanja duit raya.yelah duit raya yang diperolehi oleh anak-anak tu ke mana kita nak salurkan.nak belanja kasi habis?nak beli barang idaman si anak atau nak simpan atau nak apa.yelah kan kalau anak yang belum tahu cakap tu atau pun yang belum pandai fikir,dah tentulah 100% duit raya mak ayah yang jaga akuannya,tapi kalau yang dah besar tu macam mana?ni yang harus diambil perhatian.kalau CITH,selalunya bila dah habis seminggu raya tu CITH minta Sakinah kira semua duit raya dia dan tanya dia nak buat apa dengan duit tu.biasanya dia akan suruh CITH simpan di bank dia.lepas tu dia mintak sikit untuk dia "berhappy hour".maknanya duit untuk dia nak beli apa-apalah...untuk bab ini,memang CITH berikan kelonggaran utnuk dia buat keputusan.

CITH:apa-apa pun,peranan ibu bapalah untuk memantau dan mengingatkan anak-anak tentang adab dan tingkahlaku yang baik.anak-anak apa tahu kan...

ALAHAI...

LIMA PERKARA YANG SEMUA MAHUKANNYA TAPI KENA BUAT

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

salam Jumaat,Jumaat yang terakhir dalam bulan Ramadan untuk tahun ini.mudah-mudahan Allah limpahkan kebaikan dan keselamatan untuk kita semua tidak kira mana tempat kita berada.

sedikit perkongsiaan menarik yang CITH dapat dalam email CITH pagi ini yang CITH ingin share kepada semua.apa dia?lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha untuk mendapatkannya:-(terima kasih Wan Nazifah)

1: Wajah yang cantik – solat subuh

2: Duit yang banyak – solat zohor

3: Kesihatan yang baik – solat asar

4: Anak-anak yang cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib

5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak

untuk mendapatkan itu semua hanya menuntut pengorbanan masa kita selama 15 minit setiap hari.berbanding perkara lain yang terlalu banyak ingin dikorbankan...

Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak . ( Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )

ALAHAI...

Thursday, August 25, 2011

MANA-MANA ORANG DAH MULA RAMAI,BIASALAH KL

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

ada yang dah mula bercuti?atau ada yang dah mula bertolak balik ke kampung halaman?maklumlah mood raya dah datang.mana-mana je orang bercakap pasal raya.sampaikan Sakinah di sekolah tadi kata;" ma,cikgu kata esok boleh nak datang atau pun sapa tak nak datang pun boleh..." emm...ni memang dah kes dah nampak anak bulan dah!

CITH baru balik dari 2 bank di sini.satunya CIMB dan satu lagi Bank Islam.nak cakap ni,adoh...punya ramai orang di bank hari ni.mesin ATM pun jadi semput nak keluar duit sampaikan duit yang ada pun hanya not RM10 sahaja.not RM50 dah habis! kalau nak ke kaunter pulak?memang dah ramai.nombor giliran pun dah banyak.

CITH pergi bank kedua pun sama jugak situasinya.mana-mana jelah hari ni ramai orang.jalan raya dah mula sesak.tak tahulah sesak sebab nak balik kampung ke? (tapi macam awal lagi...),sesak sebab orang nak keluar shoping ke?...emm...tak fahamlah CITH. apa yang pasti mana-mana je hari ni memang dah ramai orang.esok? rasanya pun keadaan yang sama juga...

CITH:biasalahkan...KL-tak jem,tak sah!

ALAHAI...

Wednesday, August 24, 2011

APABILA MOOD RAYA SUDAH DIRASAI...MACAM-MACAM RASA ADA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

rasanya semua di antara kita telah mula merasa bahang nak raya.apa taknya di corong-corong radio saban waktu ada saja lagu raya diputarkan,sana sini bercakap pasal raya.pendek kata memang dalam mood raya dah sekarang ni.

bila mood raya dah sampai di hati maka ada rasa lain pulak yang singgah di hati.rasa apa?rasa MALAS.adohh...rasa malas nak pergi kerjalah,rasa malas nak masaklah,rasa malas nak bangun sahurlah dan seterusnya rasa malas untuk entah apa-apa...yang rajinnya,rasa nak berkemas,rasa nak membeli belah lagi,rasa tak sabar nak berpakain baru dan sebagainya.

bukan apa,rata-rata rakan di FB menulis di status: MALASNYA NAK PERGI KERJA.FIKIR NAK CUTI RAYA JE NI...kakak CITH yang bekerja pun cakap yang sama.rata-rata yang bekerja CITH rasa semua dah rasa nak bercuti hari raya.

orang yang bekerja di rumah ni macam CITH,rasa juga malas tu.malas nak pikir apa lagi menu nak masak sahur untuk Sakinah.tu lah yang rasa nak raya cepat tu! hihi...rasa macam dah habis idea!apa pun,di hujung-hujung Ramadan inilah yang harus diambil kesempatan untuk mengumpul sebanyak mana markah yang ada.

CITH:mood raya belum sampai lagi,sekarang dalam mood menunggu si dia balik hari Jumaat ini.lepas tu barulah ada mood nak raya...

ALAHAI...


Tuesday, August 23, 2011

NASI BERYANI GAM JOHOR TAK PERLU PERGI JAUH.GAMNYA ADA DI PUCHONG!

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

hari ni cuaca di luar sangat mendamaikan.sejuk,angin bertiup sepoi-sepoi bahasa...adakah malam tadi malam Lailatur Qadar?wallahualam.DIA juga yang MAHA MENGETAHUINYA.

kali ni CITH nak share satu lagi tempat makan/tempat berbuka yang Ahad lepas baru CITH pergi bersama Kak Cik CITH.LOKASI? di belakang pasaraya Giant Kinrara.alamat tepatnya tidaklah CITH tahu.tapi sangat senang.cari je Giant Kinrara tu,pusing ke bahagian belakangnya,pasti jumpa.bangunan corner lot yang dari jauh dah nampak signboardnyaNASI BERYANI GAM JOHOR.

apa yang best?pastinya deretan menu nasi beryani yang disediakan.kata Kak Cik CITH yang dah selalu datang sini,nasinya sedap ditambah dengan kuah lauk khususnya beryani daging memang sedap!tapi memang CITH tengok,memang ramai yang datang ke sini.nasib baiklah sebelum datang tu,kami dah buat booking dulu.tidaknya...duduk di luarlah nampaknya.tuan kedai memang tak menang tangan nak senduk nasi dan lauk...memang superlah!

untuk hari tu,CITH memesan ini: nasi ambeng...ni nak rasa nasi orang Jawa!nasi beryani daging -Kak Cik
nasi beryani ayam masak merah-Sakinahsate ayam 10 cucuk dan nasi impit -ni dah tentu untuk si kecik CITH.memang favourite dia sate-sate ni.minuman-air cincau,limau suam dan barli suam.(barli suam yang rasa macam kureng...barlinya masih keras dan terlalu manis!)

kata Sakinah,memang sedap.apa taknya nasi yang banyak tu dia boleh habis!kalau biasa dah tentu kena bahagi dua dengan CITH.emmm...sedap atau lapar? tak tahulah...hihi...

oklah,kepada kalian yang rasa macam nak pergi,tengoklah gambar-gambar ni.(dah ada meja yang siap dibooking...kalau lambat datang,lambat dapat pesanan)
(penuh di dalam time berbuka...)(di luar tepi restoran...)(beratur panjang nak bayar sebab semua nak balik dalam masa yang sama...)kos makan tempohari untuk menu sedemikian ialah RM36.70.

CITH:berbaloi rasa dan harga.maklumlah CITH jauh nak ke sana.jadinya sedikit mahal tidak mengapa asalkan SEDAP!

ALAHAI...

Monday, August 22, 2011

BERAYA DI KG ANTARA SEMASA DAN TIADA MAK AYAH

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

lagi seminggu Ramadan bakal melabuhkan tirainya dan Syawal bakal menjelang tiba.CITH percaya,cuti di hujung minggu lepas pastinya masing-masing sibuk membuat persiapan terakhir tak kira lah persiapan rohani mahu pun materialnya.

bercakap nak raya,CITH tadi baru bertukar-tukar cerita dengan seorang sahabat.dia dan CITH sama juga,sudah tiada mak dan ayah.hari raya seakan tiada ertinya.nak balik kampung juga tiada relevannya.yelah,hanya rumah tua dan kosong saja yang ada.adik beradik semuanya sudah 'terbang merantau'.jadinya persoalan nak balik raya di kampung seakan tidak menjadi penting lagi baginya.

"penat Su,bila balik nak kemas rumah,nak beli barang dapur lagi untuk masak lepas tu bila nak balik KL semula,kena kemas semua barang-barang rumah dan simpan balik.entah berapa lama pulak nanti kitaorang balik semula" kata kawan CITH.

memang CITH akui,rumah kampung bila tidak bertuan,serinya akan hilang.cepat nampak hambar, hilang cerianya.tapi bila ada penghuninya barulah keceriaan itu jelas tergambar walaupun hanya sebuah rumah kampung yang tua.

dalam diam,CITH turut terasa keadaan yang sama pada diri ini...huhu...sedihnya.mula-mula abah tiada.kami adik beradik tetap balik ke kampung membawa mak beraya di rumahnya.keadaan ini tetap berlangsung meski pun makin lama,kesihatan mak tidak mengizinkan,hari raya tetap adik beradik semua balik.

kini? dah 2 tahun kami semua menjadi anak yatim piatu tua.kehambaran,kekosongan, ketidakpedulikan dan ketidakpentingan mula menyinggah dalam hati masing-masing untuk meraikan hari raya di rumah kampung.entahlah...walaupun sudah dikhabarkan awal-awal bahawa setiap raya kedua,adik beradik hendaklah berkumpul di rumah kampung tetapi nampaknya respon tidak memberangsangkan!jauh di sudut hati ini merasa sangat kecil hati dengan mereka yang pentingkan diri sendiri.peluang untuk meraikan dan bertemu semua adik beradik,anak buah saudara semakin jauh dan jauh....

CITH:saban hari menitipkan doa pada DIA agar silaturrahim antara kami tidak terputus.memang terasa sangat lain bila hari raya itu tiada insan yang bernama MAK dan ABAH.kepada yang punya mak dan ayah,berbahagia dan raikanlah hari raya dengan penuh kegembiraan bersama mereka kerana tanpa mereka kelak,berhari raya sudah hilang serinya.

ALAHAI...

Saturday, August 20, 2011

EMAS DULU,KINI DAN AKAN DATANG,ANTARA HIASAN DAN PELABURAN


Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

hari ni CITH nak share pasal emas.rasanya semua antara kita orang perempuan ni suka emas kan...kalau ditanya CITH...memang suka!.dulu tak sangat tapi peningkatan usia dan kefahaman tentang harganya,merubah minat CITH daripada tak kisah menjadi kisah!

dalam musim raya ini,selain nak berbaju baru,kasut baru,handbeg baru...emmm rasanya macam kurang kalau tak ada satu dua barang emas di badan.besar kecil bukan masalahnya tapi asal ada yang berkilau dah memadai.pasal tu lah CITH tengok di mana sahaja kedai emas tetap ramai orang musim ni walaupun kata ekonomi tidak memberangsangkan!(foto oleh:GOOGLE.COM..(bukan koleksi CITH ye!))

selain sebagai barang perhiasan,jangan tak tahu emas ini juga adalah salah satu instrumen pelaburan yang sangat menguntungkan.kadar kenaikannya melebihi daripada simpanan biasa di bank-bank.biasanya mencecah 15-20% setahun dan kadang kala mampu mencecah lebih daripada itu.membeli emas bukan setakat dipakai pada badan tetapi juga boleh dibuat menerusi pembelian 'gold bar',syiling emas@kijang emas atau juga membuat simpanan dalam akaun emas di bank-bank terpilih.

sejarah pembelian emas CITH bermula dengan duit gaji pertama semasa kerja dulu iaitu rantai tangan RM 964 pada 19/8/2000 dengan harga emas ketika itu ialah RM39 segram.hari ini 2011,harga emas TERKINI RM 190 segram.kenaikan dalam 11 tahun ialah sebanyak RM 151 bersamaan 35% peratus kenaikannya untuk setiap tahun.

bayangkan pula untuk 10 tahun seterusnya kelak dan seterus-seterusnya...berapa pulak harga emas ketika itu?persoalan yang timbul,mampu lagikah ketika itu untuk kita membeli emas bagi diwarisi oleh anak-anak kita kelak bukan setakat untuk perhiasan tetapi satu pelaburan untuk pendidikan,perkahwinan dan masa depan mereka...

CITH:hidup sentiasa beringat.Allah pun dah kata; Aku tidak akan mengubah nasib seseorang selagi dia sendiri tidak mengubah nasibnya sendiri...apa pun emas hari ini bukan setakat perhiasan tetapi lebih kepada pelaburan asalkan bila dah berlebihan,zakat tidak dilupakan.

ALAHAI...



HARI RAYA DAN SAMPUL DUIT RAYA BAGAI LAGU DAN IRAMA

Assalammulaikum semua pengunjung CITH.

selamat berhujung minggu.ada lagi yang masih tak selesai bershoping?atau sibuk dengan kuih muih atau ada yang sama dengan CITH minggu ni nak "servis" dalam rumah pulak? emmm...CITH hujung minggu ni dah merancang untuk melakukan "cuci rumah" dengan Sakinah.maknanya tukar apa yang patut nak tukar,gantung apa yang patut nak gantung!

oklah,bercakap pasal sampul duit raya dan duit raya.ada yang dah dapat yang baru atau masih belum tukar duit baru lagi? hihi...CITH dah siap ada sampul duit raya dan duit raya baru pun dah siap!cuma belum dimasukkan sahaja isi setiap satunya.

macam tahun-tahun sebelumnya,setiap sampul duit raya daripada CITH,harus ditulis nama penerima dan pemberi...bukan nak menunjuk atau menimbulkan rasa yang lain tetapi sebagai satu langkah untuk mengelakkan ada pihak yang tertinggal daripada senarai!atau pun mengelakkan daripada tuduhan tak kasi duit raya lagi! dua-dua situasi ini sangat bahaya apatah lagi penerimanya (khususnya anak buah saudara)ada sahaja yang bertambah saban tahun.ada pulak tu yang terlebih pandai akan claim nak lebih sekali...ni pun ada jugak!jadi langkah menulis nama di sampul CITH dah amalkan sebelum ni dan nampak berkesan.tidaklah jadi TIPAH TERTIPU! hihi...

tahun ni sampul duit raya CITH bertemakan purple color.walaupun tema baju bukan color purple.apa yang pastinya dengan cop Juscolah.maklumlah duta Jusco di area rumah CITH ni.CITH dah cakap awal-awal dengan kakak-kakak CITH supaya jangan guna sampul yang ini.nanti dah sama...hihi...

duit raya pulak macam biasa ada kategorinya-warga emas,budak sekolah rendah,sekolah menengah dan yang tak sekolah lagi atau baby.tapi ada jugak yang nak tambah kategori-yang menganggur,yang kolej/universiti/ yang puasa penuh pun ada jugak nak claim duit raya...adoh...sib baik jugak raya setahun sekali.tak apalah,keluar lebih sikit.bajet pun ada.

CITH:memanglah nak raya ni,tak sah kalau tak ada sampul duit raya kan!ibarat irama dan lagu.isinya? tak kisah berapa,asal ada. mudah-mudahan apa yang diberi diberkati olehNYA.amin...

ALAHAI...

Friday, August 19, 2011

BERAMBUT BARU BIAR DEMAM PERGI JAUH-JAUH


Assalammualaikum semua pengunjung CITH.

salam Jumaat dan 19 hari bakal kita lalui hari ini.doa yang tidak putus-putus agar dapat menyudahkan baki yang masih ada.mudah-mudahan.

pagi ni tadi CITH bawaklah si kecik ni pergi mengunting rambut.dalam demam-demam tu sibuk juga menyebut nak naik tren.jadinya lepas hantar Sakinah ke sekolah agama,CITH pun bawaklah orang demam ni ambik angin tren.hihi...beli tiket ke Dato Keramat tapi saja je naik tren tu sampai ke Gombak lepas tu ikut tren tu patah balik dan barulah berhenti di Dato Keramat.hah,ambik puaslah sikit duduk dalam tren tu.agaknya dah jemu kot naik kereta.tren pulak hari-hari nampak tapi tak selalu naik.tulah sampai demam-demam dibuatnya.dah alang-alang CITH berhenti di Dato Keramat,teruslah CITH bawakkan dia ke kedai gunting rambut.yelah tak ada apa tujuan pun.saja ikutkan kehendak nak berjalan dia tu saja.hari ni pun CITH periksa suhu dia dah jadi paras normal sikit-37.4.tapi malam tadi CITH memang jaramkan dia dengan air asam jawa tulah.syukur,beransur sihat dia.bukan apa,orang yang tak pandai cakap ni susah kita nak tahu mana sakit dia,apa yang dia rasa...kalau dah pandai cakap tu lain cerita kan!

CITH:ni dah rambut raya ni harapnya bertambah sihatlah Hakimi CITH.

ALAHAI...

Thursday, August 18, 2011

PABILA BODYGUARD KECIK DEMAM,TUMPUAN HANYA UNTUK DIA


Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

lambat sangat hari ni CITH update blog ni.apa tidaknya dari tengah malam tadi dah jadi tak senang duduk.bodyguard kecik CITH demam pulak! tengah malam tadi,rasa badanya panas sangat.cepat-cepat CITH cek suhunya memang sah demam-39.4.tinggi tu.apa lagi,terus bangun daripada kesedapan tidur.

CITH terus kasi ubat demam,tampal cool fever,ambik towel kecik basahkan badan dia sambil tu kat kepala, CITH jaramkan dengan air asam jawa!pendek kata apa sahaja yang terfikir dek akal ni CITH gunakan.yelah dah duduk tanpa suami ni kena pandai-pandailah berdikari.

pagi tadi nak hantar Sakinah ke sekolah agama,CITH pun mandikan Hakimi sekali dengan air sejuk!memang lah menangis.yelah pagi dah kena mandi dengan air sejuk.niat nak sihatkan dia je.lepas hantar Sakinah je,CITH terus bawakan si kecik ni ke klinik.dapat no 3.ok lagi...hihi...Doktor Wan macam biasa tengok dia ni macam tak sakit je.tetap jugak nak mintak gula-gula,cakap banyak..hihi...

CITH:bila dah sakit ni,tumpuan terpaksa fokus kepadanya...maklumlah otak pun tak cukup fikir lagi...

ALAHAI...

Wednesday, August 17, 2011

BENDERA,SARUNG KETUPAT DAN LAGU BERLAWAN SEMPENA MERDEKA-RAYA




Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

sebelum-sebelum ni kita pernah bertembung raya dengan Tahun Baru Cina menjadikan KONGSI-RAYA,kemudian dengan Deepavali menjadikan DEPA-RAYA dan tahun ini raya kita bertembung dengan hari kemerdekaan negara yang menjadikan MERDEKA-RAYA.

ini menjadikan setiap satu ikon berlawan antara satu sama lain untuk menaikkan aura merdeka mahu pun hari raya.apa tidaknya,kalau selalu nak merdeka sibuk kita pusat pasaraya memasang bendera,tapi tahun ni terpaksa berlawan nak memasang sarung ketupat pulak!yelah mana nak pasang bendera,mana nak pasang sarung ketupatkan.tapi nampaknya lebih banyak kelihatan sarung ketupat.CITH hanya pasang bendera jelah! hihi...

bukan tu saja,lagu patriotik juga terpaksa berhadapan dengan lagu raya yang sememangnya memenuhi ruang di mana jua berada.rasanya pihak media khususnya TV dan Radio pun pening juga nak putarkan lagu apa.nak lagu raya ke? nak lagu patriotik.yelah dua-dua ni mempunyai aura dan signifikasinya tersendiri.kalau kata lagu patriotik,biasanya lagu arwah Sudir,Roy,Aishah antara yang biasa berkumandang.manakala lagu raya biasa yang popular daripada arwah P Ramlee,arwah Sudir,M Nasir dan banyak lagi.

CITH:apa pun MERDEKA-RAYA tahun ini masing-masing tetap mempunyai erti tersendiri.semangat nasionalisme,semangat nak raya bersatu kerana kedua-duanya nak meraikan hari kemenangan.kemenangan daripada penjajah dan kemenangan daripada melawan nafsu dan godaan syaitan.

ALAHAI...


POPIA PAK YA SETAHUN SEKALI PASTI NAK KENA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

sekali lagi CITH masukkan entri pasal popia Pak Ya Power ni.tahun lepas bulan puasa pun dah ada tapi tahun ni nak masuk jugak! yelah memang setahun sekali saja yang CITH dapat merasanya.jadinya,popia ni memang eksklusif bila datang bulan puasa.Ahad lepas kebetulan ke PARAM Kg Pandan,CITH dan Kak Cik turut menunaikan misi mencari popia Pak Ya.maknanya setahun sekali memang nak pekena popia ni.macam biasa,benda yang eksklusif ni memang ramai lah yang berhajat.jadinya kena datang awal,tidak sure kena beratur ambik nombor!rezeki CITH hari tu sampai awal pukul 3.30 walaupun kena beratur tapi taklah panjang sangat!harga?popia Pak Ya masih kekalkan harga yang sama iaitu 1=RM 1.jadinya petang tu CITH beli 2 yang goreng dan 1 yang basah.dua beradik ni memang tak minat kuih macam ni.jadinya CITH sorang ajelah yang perabiskannya..hihi..

Tuesday, August 16, 2011

Ini Kisahku - Wardina Saffiyah.mkv

Video | Kisah Penghijrahan Wardina Safiyyah, Inilah Kisahku.

Video | Kisah Penghijrahan Wardina Safiyyah, Inilah Kisahku.

DONUT GEBU AL JABAR KG PANDAN MAKAN SATU DAH TERASA

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

dah berpuasa masuk hari ke 16 kita hari ni,dah semua citarasa dipenuhi?hihi...ada yang mengidam nak makan itulah inilah...macam-macam.CITH pulak nak makan satu je-BUBUR SOM-SOM.belum jumpa lagi kat mana-mana PARAM.emm...macam nak suruh buat sendiri je ni...

ok,satu yang ingin CITH share di sini ialah kuih donut.Ahad lepas CITH dan Kak Cik CITH buat siri "jelajah PARAM" di luar lokasi kami iaitu di Kg Pandan.kata Kak Cik CITH,ada donut yang best kat sini.orang yang buat tu bukan hanya bulan puasa je tapi memang sepanjang tahun.teruja pulak dengarkan ceritanya.

kali ni donut ni mengalahkan donut di DUNKIN DONUT atau di BIG APPLE.namanya dah DONUT GEBU AL JABAR. jadinya memang rupanya gebu dan rasanya memang lembut.makan masa sahur pun masih terasa lembutnya cumanya gula dia je dah cairlah.

kebetulan masa CITH datang tu,kamilah orang yang pertama.jadinya selamat sikitlah tak payah nak beratur!harga donut ni RM 1 untuk satu.CITH beli 4 dan Kak Cik beli 2.dalam kereta Hakimilah yang jadi 'tester" donut ni dulu.dia pulak tu makan siap ofer orang lagi...aduh...dengan baunya dan gaya Hakimi yang sedap je dia makan, memang nampak menggiurkan!sudahnya untuk dia seorang,habis 1 1/2 donut dia makan.lepas tu terus tidur kekenyangan...

ALAHAI...

ANTARA KEWAJARAN KAD RAYA DENGAN KEMUDAHAN IT


Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

selain cerita pasal baju raya,langsir raya, kuih raya,satu yang tak tinggal ialah kad raya.kembali mengimbas zaman sebelum ada FB,TWEETER atau EMAIL,kad inilah sebagai medium untuk merancakkan semangat raya.

semalam CITH dah siap belikan 10 keping kad raya.macam biasa tahun sebelum-sebelumnya memang CITH masih lagi mengamalkan kiriman kad raya ini.khususnya kepada pakwe CITH, mak(arwah),keluarga mertua dan adik beradik.entahlah,biarlah bagi orang lain kad-kad ni dah ketinggalan tapi bagi CITH,kad ini tetap ada nilai sentimentalnya.

yelah,kalau dulu zaman muda remaja nak raya ni sibuk cari kad raya.ada yang berbunyi,ada yang tidak,ada yang berbetuk karikatur dan ada yang biasa.apa pun rupanya motifnya tetap sama iaitu menyampaikan salam lebaran dan seterusnya merapatkan hubungan.masa-masa nilah,abang posmen merupakan orang penting yang ditunggu saban hari.yelah bak kata pantun "pecah gelas pecah kaca,sudah baca harap balas" jadinya tiap kali kad yang dihantar pastilah ada balasannya.hihi...

kini rasanya budaya menulis itu CITH lihat semakin kurang.lebih cepat taip di telefon atau di komputer tapi tetap ada rasa kelainannya.FEEL tu macam kuranglah!CITH pun turut mengajar Sakinah hantar kad kepada kawan-kawannya.yelah macam zaman kita sekolah dulu.dalam kad nilah kita cerita pasal raya.antara soalan WAJIB- dah beli baju raya? baju raya tahun ni berapa pasang? mak awak dah buat kuih raya?...bla..bla...dan tak tinggal pantun 2 kerat yan popular tu!

CITH:kecanggihan IT itu tetap tidak mampu menenggelamkan budaya menulis kad ini meski pun sedikit sebanyak ia semakin tercabar dan tercabar.kalau dulu CITH yang penat menulis tapi kini tak lagi.Sakinah dah ambil tugas tulis-menulis tu...hihi...

ALAHAI...

Monday, August 15, 2011

MACAM DULU-DULU BERBUKA ALA KENDURI DI ASAM PEDAS SETIAWANGSA

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

cerita pasal berbuka puasa Sabtu lepas,CITH berbuka di Asam Pedas Setiawangsa.apa menarik di sini?konsep makan yang sedikit ada kelainan daripada bufet-bufet Ramadan yang lain.yelah biasanya kalau bufet tu kan kena beratur panjang,tapi yang ni tak perlu nak beratur panjang.

kita call buat tempahan je,lepas tu dah siap hidangan atas meja di bawah tudung saji.jadinya kalau datang lewat pun tak risau,makanan kita memang dah terhidang!harga? memang berpatutan.satu hidangan yang berharga RM46 untuk 2-4 orang tetapi tidak termasuk dengan nasi dan minuman.maknanya untuk nasi dan air kira harga lain lah.CITH makan hari tu untuk 3 orang RM 62.70.
ada 3 menu yang sering bertukar setiap hari.hari yang CITH pergi tu dapat set menu no 3.menunya: asam pedas (ikan tenggiri),sambal udang petai,sayur campur,cencaru sambal,telur dadar,ikan masin,sambal belacan dan ulam dan cak leng kong(agar-agar).menariknya setiap satu tu ada nama setiap tempat di kampung CITH-Melaka.tengok niCITH:rasa sangat berpuas hati makan di sini.sedikit sebanyak memang terasa macam makan kenduri di rumah orang.apatah lagi asam pedas tu...ALAHAI...

SEMUT DAH BERSARANG DI RUMAH,KAKI PUN DAH JADI BARU

Assalamualaikum pengunjung CITH semua...bertemu kita kembali di 15 hari berpuasa hari ini.

maaf dah dua hari CITH tidak bertemu di sini.hujung minggu yang sibuk.sibuk dengan aktiviti "bersarang" di rumah,sibuk dengan bershopping dan sibuk dengan exam formatif Sakinah.

apa yang bersarang? ni lah,CITH buat kuih yang saban tahun WAJIB CITH buatkan.kuih permintaan anak dara kat rumah ni.SARANG SEMUT! mula tu hari Sabtu dah buat,lepas tu buat lagi hari Ahad.sudahnya dapur memang tak berasap-berbuka di luar saja.

dua hari di hujung minggu penuh dengan sarang semut di rumah.ingatnya nak buat lambat lagi tapi dah sibuk Sakinah ni bertanya bila nak buat...tu yang minggu ni buatlah.yelah takut lambat-lambat nanti terganggu pulak kerja yang lain.maklumlah,yang tinggalkan hujung minggu ni sajalah.minggu depan dah sibuk nak balik kampung...emmm cepatnya masa kan.

minggu ni dah tentu sibuk nak tukar langsirlah,tukar sarung kusyen...kerja-kerja touch-up rumah lah pulak.tak mahu lagi nak sentuh hal kuih atau pun shoping-shoping lagi.yelah kalau nak ikut perasaan memang tak cukup nak bershoping!CITH pun shoping untuk sekian kalinya pun dah sudah.harapnya dah tak ada lagi lepas ni.hari tu shoping untuk Sakinah.memang mana-mana tempat pun jalan jem dan sesak dengan orang.apa yang penting,semut pun dah bersarang di rumah,kaki pun dah dapat barang baru!ALAHAI...

Friday, August 12, 2011

MUSIM NAK MAIN POP-POP DAN BUNGA API

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

bercakap cerita di bulan puasa ini selain juadah yang menarik di PARAM,salah satu yang lainnya sudah tentulah cerita main bunga api,mercun dan sebagainya.apa taknya,benda-benda inilah membuatkan rasa suasana nak raya itu.

TAPI janganlah jadi macam ni...Jari parah bahana main mercun bola

(Berita Harian 2011/08/11)KEADAAN jari Syakir selepas menjalani pembedahan di HRPZII, Kota Bharu, semalam.AHMAD Zakiyuddin cedera di jari kanan akibat bermain mercun bola dalam kejadian di Kok Lanas, semalam.

KOTA BHARU: Dua kanak-kanak berusia dua dan tiga tahun menjadi mangsa terbaru mercun apabila cedera parah di tangan masing-masing dalam kejadian berasingan di Kok Lanas dan Rantau Panjang, Sabtu lalu dan kelmarin.

Ini menjadikan enam remaja dan kanak-kanak mangsa mercun di negeri ini sehingga kini.*


macam ni memang tak naklah.hari raya hari nak bersuka ria,tapi bila dah jadi macam ni habis semua kegembiraan itu.bagi CITH sendiri bila musim nak raya nilah memang nak main bunga api...hihi...baru seronok rasanya.macam zaman kecik-kecik dulu di kampung.

kini,anak-anak sekarang khususnya di bandar dah tak rasa suasana macam tu.jadinya,sebagai ganti nak juga dengar bunyi-bunyi tu...CITH belikan pop-pop sebagai mainan dua beradik kat rumah ni.baru lah rasa nak raya.hihi...rasanya ni yang selamat.kalau di kampung tu lainlah ceritanya.

CITH:rasanya macam tak sah pulak nak raya tak ada bunga api dan mercun tapi sedih bila nak raya ada saja tragedi kehilangan agggota badan..huhu...

ALAHAI...

MATA SEPET PULAK PAGI NI...


Assalammulaikum semua pengunjung CITH...dan salam Jumaat.

CITH baru balik dari klinik bawakan si kecik CITH ni ha.pagi ni pulak bangun tidur mata dia sebelah kiri dah jadi sepet dan merah.tapi tak ada pulak dicaj yang keluar.CITH dah cuba titiskan air susu ke atas matanya.yelah,petua kata,kalau baby sakit mata titiskan air susu ibu.CITH pun buat lah sebagai langkah awal.

tengahri tengok masih bengkak lagi,CITH pun bawakkan ke klinik.risau sebab kakaknya ada.takut pulak kalau berjangkit dengan si kakak nanti dah kena cuti sekolah pulak! tu yang CITH tak nak tu.

al hamdulililah,doktor kata sakit biasa. mungkin terkena sebaran angin daripada mana-mana orang yang sakit mata.diberinya ubat titis untuk ditiskan 3 kali sehari.emm...tak perasan pulak ada orang yang sakit mata.harapnya tak lamalah sakitnya ni.

ALAHAI...

Thursday, August 11, 2011

JEMPUTAN PERMATA SENI BERBUKA PUASA DI RUMAH PM

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

al hamdulillah dah sepuluh hari Ramadan berlaku...pejam celik pejam celik(jangan pejam terus...) dah tak lama nak beraya.sana sini orang pergi berbuka puasa di luar yelah masa nilah pun nak rasa juadah penuh di depan mata ye! bercakap pasal makan-makan ni,semalam Sakinah dan Permata Seni yang lain iaitu tarian dan koir dijemput berbuka puasa di rumah PM.

sayangnya jemputan itu hanya untuk anak Permata Seni saja! bukan untuk mak bapaknya sekali.huhu...dia yang jeles tu kan...CITH ni jadi driver tukang hantar dan tukang ambik Sakinah di Istana Budaya.semalam- huh di tempat CITH hujan punyalah lebat.start dari tengahari hantar sekolah tu sampailah bawak ke petang!kecik besar jugak lah perut ni.maklumlah tak biasa bawak kereta dalam keadaan hujan lebat macam tu!.pakwe CITH awal-awal lagi dah pesan jangan bawak kancil takut-takut ada lubang.takut pulak tak perasan nanti, tak pun takut air naik kat tengah jalan! haru dibuatnya.

Kl ni kalau hujan sikit je,memang jalan sesak lah.itu dah resminya gitu!jadinya macam tu jugaklah yang CITH harung semalam.kereta melekat!kejap-kejap brek,kejap brek.biasa jalan sesak di Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang.bila balik pulak sesak di Jalan Semarak sampai di Pasar Keramat.TAPI demi satu jemputan yang tak semua dipilihnya,maka CITH harung juga!tawakal dengan Allah,permudahkan laluan kami.yelah,jemputan ni bukan semua yang dapat.Sakinah dapat ni kira rezekilah.rezeki nak merasa pergi dan masuk ke rumah PM! hari tu masa anak PM bertunang tak dapat nak pergi sebab ada show di Jakarta.jadinya peluang kedua yang diberikan ini memang rezekilah.walaupun bila ditanya: "best tak?" emmm...jawab lemah saja...hihi..

CITH:berbukalah semalam CITH bertemankan si kecik.ni budak-budak yang pergi,tak tahu lah teruja atau tidak.kalau mamanya ni? teruja kot! ....

ALAHAI...

Wednesday, August 10, 2011

KL-GUA YANG PUNYA DALAM KL GANGSTER! TIADA CINTAN CINTUN

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

satu lagi review filem baru tapi dah lama dalam pasaran TAPI baru ni CITH tengok.ni lah gara-gara kedai CD yang selalu CITH sewa tu nak tutup,maka kepada ahli ditawarkan untuk meminjam sebanyak mana pun CD yang dikhendaki.jadinya,CITH ambik kesempatan lah..hihii...filem kali ni ialah KL GENGSTER!KL GANGSTER-hasil arahan pengarah muda Syamsul Yusuf telah menerima kutipan tertinggi iaitu sebanyak 12 juta!memecah rekod bapanya sebagai six million man.satu nafas baru dalam industri perfileman tanahair.siapa kata filem kita tak bagus? tak bagus bila digarap dengan tak bagusnya maka jadilah tak bagus.TAPI apabila digarapkan dengan bagus,dihayati oleh pelakon,cukup ramuan rencahnya maka berjayalah filem itu.ambil saja contoh drama-drama Korea yang mampu menambat hati berjuta penonton...apakah ramuannya?

apa yang menarik?
1.satu plot yang segar.memang tak ada masa nak rasa bosan atau terlena seketika.2.aksi yang nampak real walaupun mungkin bukan real-tidak macam sebahagian filem lain yang bila bertarung bunyi desyum-desyum tu lebih kuat daripada kesan yang kena pada mangsa tumbukan misalnya.

3.kredit untuk filem ini ialah tiada aksi 'romantika de amour' yang menjengkelkan mata!bukan apa,kadang-kadang rasa jemu dan muak apabila sentiasa filem kita disogokkan dengan adegan sikit-sikit peluk,sikit-sikit merayu merintih...aduh...

4.kredit untuk pelakon- Aaron Aziz,Syamsul Yusuf,Adi Putra,Zizan,Sofi Jikan memang menguatkan jalan cerita ini.cumanya Syamsul tu nampak terlalu "baik" rupanya nak jadi gangster.tapi dia lebih baik dalam filem ini berbading filemnya terdahulu.semua yang lain tu nampak real.

5.dalam keganasan itu masih terselit rasa sedih khususnya ketika berdepan dengan kematian Zizan-sebabnya kematian inilah membawa kepada pertarungan dua beradik.

yang tak menarik? emm...pastinya serba sedikit filem ini memberi impak kepada anak muda kita.mana yang positif akan lihat secara positif tapi mana yang tak boleh fikir tu,akan mudah ikut jalan macam ni-jadi gangster!

CITH:kalau dah sekali "masuk" ke jalan gangster,sampai ke hujung nyawa juga berakhir dengan cara itu.memang itukah kesudahan nasib seorang gangster?mati sama ada ditembak atau tertembak...itu moralnya.

ALAHAI...

Tuesday, August 9, 2011

BONUS SEPARUH GAJI,TUNGGU DAN LIHAT KENAIKAN HARGA BARANG


Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

nampaknya kalau kita ke kaunter kerajaan minggu ni maka nampaklah senyum yang paling manis pada mereka...apa taknyanya duit terpijak telah diperkenankan oleh PM semalam!

di status kawan-kawan di FB pun nampaknya pelbagai respon.ada yang kata tak cukup,ada yang kata oklah dan macam-macam.apa pun dengan duit terpijak tu,bermakna beban raya boleh dikurangkan maka sambutan raya akan jadi lebih meriah.(foto oleh:GOOGLE.COM)

kita yang bukan termasuk dalam golongan ini akan merasa apa?rasa bahang kenaikan harga baranglah!tu dah normalkan...naik gaji atau ada je bonus maka naiklah semua barang.setakat hari ni kita belum dengar lagi aktiviti sorok barang.tak tahulah bila dah dekat nanti.gula habis,tepung habis,minyak habis.kalau tak habis pun harga naik.bukan setakat bahan kuih,bahkan daging,ayam pun turut naik sama! tak ada pulak yang turunnya.

sebagai pengurus kewangan di rumah,kita nilah yang menjaga aliran keluar masuk wang.kalau banyak yang dapat tapi banyak juga yang bocor sana sini,emm...alamak memang akan rasa masalah saja.pokok pangkalnya bagaimana kita nak merancang dan seterusnya berbelanja berhemah dengan menghadapi situasi harga barang yang semakin naik.

CITH:diberi bonus sedikit atau banyak pun dah cukup bagus.kalau dikira tak cukup memang tak cukup sentiasa.daripada tak ada,biarlah ada.buat apa nak mengeluh komplen dapat sikit? emm....

ALAHAI...

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala