pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Friday, September 30, 2011

HABIS SUDAH LATIHAN TUNGGU UNTUK KONSERT SWATARI

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...salam Jumaat.moga yang baik-baik sahaja didoakan setiap hari.

hah...!ingin sekali CITH menarik nafas lega teramat sangat.kenapa? selesailah sudah satu 'bab kerja malam' CITH yang sepanjang minggu lepas dan minggu ini asyik menghantar Sakinah ke Swatari.CITH keluar rumah lepas Maghrib-7.45 malam,latihan bermula jam 8.30.memang tak susah nak pergi sini tapi maklumlah area Cina,waktu nilah diorang sibuk keluar makan malam jadinya parking tu memang ada 'syikit susah' lah.malam tadi je,CITH kena tawaf 4 kali nak cari parking.terpaksa turunkan Sakinah dulu,kemudiaan CITH kena cari parking.

bercakap pasal latihan/rehersel ni,maklumlah konsert akhir tahun untuk penyampaian sijil jadinya bukanlah satu benda yang boleh dibuat main-main.kenalah serius,komited dan berdisplin.nanti taklah dikata orang,belajar hampir setahun tapi apa hasilnya? hish...tak mahulah jadi macam tu kan...demi untuk ini,kami golongan mak ayah ni sanggup berkorban menunggu anak-anak habis latihan.latihan malam tadi tamat pukul 11.25 malam dengan dikelolakan oleh Cikgu Belalang serta disaksikan oleh Pak Ngah dan Mak Ngah sekali.esok,adalah kemuncak hari yang ditunggu selama ini.latihan 2 minggu secara intensif untuk konsert tersebut akan ditentukan dan dipersembahkan pada esok malam.majlis akan berlangsung di Dewan Centrum,Taman Setiawangsa.(dekat benor dengan rumah CITH...rezeki CITH nampaknya).tidak seperti tahun lepas,untuk tahun kedua ini sebagai pelajar lanjutan,Sakinah hanya terlibat dalam 1 acara sahaja iaitu tarian kuda kepang.berbanding pelajar asas yang terlibat dengan zapin,inang,joget dan sebagainya.nampaknya tahun ni kurang sedikit kepenatan berbanding tahun lepas.hihi...

habis bab Swatari ni,hanya hadap untuk Permata Seni pulak untuk persediaan hujung tahun...huhu...nampaknya masih tak boleh nak lega lagi ni,tambahan pulak tengah bulan ni exam akhir tahun.adoh...(ni lah mainan nak diamkan Hakimi)

ALAHAI...

Thursday, September 29, 2011

KERBAU DAN KAMPUNG POPULAR

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

pagi ni buka internet baca suratkhabar,nak senyum pun ada,tergelak pun pun,simpati pun ada,kesian pun ada.aduhai...kampungku keluar surat khabarlah!tapi apa citernya? haha...nilah citer pasal kerbau.lampirannya ada CITH sertakan di bawah ini.myMetro | Dipijak kerbau naik minyak
myMetro | Dipijak kerbau naik minyak

CITH nak citer sikitlah pasal kerbau kat kampung kami ni ha.memang citer kerbau ni tak pernah habis baik masa CITH bebudak dulu sampai sekarang.apa taknya kalau dulu masa kecik asyik la kena tolong arwah abah jaga kerbau,susukan anak kerbau,tolong abah baiki kandang kerbau.(FOTO OLEH:GOOGLE.COM)

lepas tu tolong halau kerbau yang masuk kawasan kebun pulak.arwah abah memang marah sangat kat tuan punya kerbau ni yang biarkan kerbau masing-masing lepas bebas gitu.yelah,kerbau ni mana pergi sekolah,mana tahu baca "AWAS,DILARANG MENCEROBOH.PENCEROBOH AKAN DIDAKWA!" aduh, apa punya statementlah ni...manalah kerbau tu tau baca.apa yang dia tahu...main redah nak masuk,pastu tinggalkan najisnya sebagai bukti dia dah menceroboh! hihi...kelakar pulak.

sedihnya apa?kerbau tadi disimbah asid oleh manusia yang tak berperikemanusiaan,kerbau tadi dikerat ekornya,dikelarkan badanya...aduh sadis.ini memang realiti.CITH pernah tolong arwah abah merawat kerbau kami yang terkena simbahan asid dengan manusia yang tidak cerdik akal.sakit sungguh dia menahan kesakitan angkara perbuatan manusia.yelah,mana dia tahu kebun tu sapa punya,kebun tu tak boleh masuk ke,apa ke...pasal tu arwah abah CITH memang tak lama bela kerbau ni.lepas kejadian tu arwah abah jual semua kerbau yang ada.kemudian memastikan pagar rumah,kebun sentiasa dalam keadaan baik supaya kerbau tak masuk.

sekarang?masih ramai lagi yang jadi tuan kerbau tapi sayang sikap tak pernah berubah.kerbau dibiar lepas bebas merata,merosakkan kebun dan tanaman jiran-jiran yang lain.masing-masing ambil pendekatan 'bela bebas'.mereka lepaskan kerbau mereka dan hanya pergi mengira bilangan yang ada setiap hari di tempat yang biasa kerbau tu melepak.akibatnya,jiran-jiran yang tak terlibat menanggung masalah.tanaman musnah,najis kerbau dalam kawasan pagar rumah dan sebagainya...tuan kerbau masih mampu tersenyum bangga mengatakan; 'tu kobou den....'

ALAHAI...

Wednesday, September 28, 2011

GENERASI LEMBIK ANTARA IKUTAN MAHU PUN SENGAJA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

terlebih dahulu mohon maaf seandainya ada coretan CITH di sini sedikit terkena di sisi kehidupan kalian.semenjak kebelakangan ini CITH selalu berurusan di Maybank di tempat CITH di sini.apa yang CITH nampak adalah seorang 'mamat' staf ni yang sedikit lain daripada yang lain.nampak 'kelembutannya' apabila dia melayan pelanggan di kaunter pertanyaan.

lembut yang CITH maksudkan di sini bukanlah lembut melayan pelanggan tetapi tingkah laku,gerak badan,lenggongnya aduhai...lembut kalahkan perempuan.ada yang mengelarkan ini golongan 'lelaki lembik'.tidaklah CITH dapat mengkategorikan mereka ini apa.CUMA, biarlah menjadi diri sendiri seperti mana kejadian asal yang telah sejak azali lagi diputuskan oleh MAHA PENCIPTA.

baik lembut,lembik memang ia bukan kayu pengukur kepada sesebuah kejayaan atau kegagalan atau pun pangkat dan kedudukan tetapi apalah salahnya bertindak,bergaya dan berkelakuan seperti kejadian kita dilahirkan.

berikut ini CITH sharekan satu kiriman yang dihantar yang diperolehi daripada; http://terkinibersama.blogspot.com

SATURDAY, MAY 14, 2011

Generasi lembik
Anak-anak seharusnya dipanggil dengan gelaran yang lebih dewasa seperti kak long/abang long/kak ngah dan elakkan dari memanggil mereka dengan gelaran yang membantutkan kedewasaan mereka seperti boboi/manja/baby/adik/ dll.

Inilah yang disarankan oleh Saidina Umar Al Khatab semasa pemerintahannya. Anak-anak yang dipanggil dengan gelaran yang lebih dewasa akan menjadi cepat matang dan lebih berkeyakinan.

Hendaklah melayan anak anda seperti seorang dewasa dalam perbincangan agar mereka lebih bersedia dan dapat meningkatkan keyakinan dan mampu mengeluarkan kata-kata yang lebih bermakna/tiada sumbang dalam percakapan mereka.

Bawalah anak-anak didalam majlis-majlis yang melibatkan orang dewasa agar mereka tidak akan rasa kekok berada bersama.

Didalam setiap aktiviti jangan sisihkan kanak-kanak dengan mendahulukan yang tua, mereka juga mempunyai hak yang sama seperti golongan dewasa. sebagai contoh dalam majlis kita memberikan keutamaan kepada yang dewasa untuk menikmati minuman dan kita menyisihkan mereka di tempat terakhir. jadikan semuanya saksama kerana mereka berada didalam majllis yang sama.

Pada anak lelaki seharusnya kita melatih mereka membuat kerja-kerja yang kasar agar menjadi kebiasaan baginya untuk melakukan kerja berat. Jauhkan mereka dari perkara-perkara yang hampir dengan wanita seperti perkakasan dapur dan sebagainya.

Ini adalah bertujuan untuk melahirkan generasi yang lebih berkeyakinan dan berani dalam menegakkan hak mereka tanpa rasa ragu dan gusar. Generasi yang lahir dengan dibelai manja sentiasa akan menjadi longlai dan hanya mementingkan diri sendiri. Ini kerana mereka akan membiarkan yang lain terguris asalkan perkara itu tidak terjadi pada mereka.

Pada suatu ketika Saidina Umar Al Khatab melalui satu kawasan dengan berkuda bersama-sama yang lain. mereka melintasi satu kawasan yang terdapat kanak-kanak sedang bermain. Apabila melihat Saidina Umar dan kuda melalui kawasan terbabit bertempiaranlah semua lari ketakutan kecuali seorang.

Umar bertanya " kenapa kamu tidak lari anak muda" "mengapa aku mesti lari sedangkan aku tidak melakukan sebarang kesalahan, Lagipun jika tuan hamba mahu lalu disini bukankah bumi Allah masih luas, sedikitpun ia tidak mengganggu aku"

Umar berlalu setelah bertemu dengan anak muda yang berkeyakinan dan tahu apa haknya di muka bumi Allah.

Jadi marilah kita berubah bagi mengelakkan generasi akan datang menjadi lembik, seperti mana mereka lembik sekarang dalam mempertahankan hak mereka. InsyaAllah.

CITH:perubahan memang sukar nak buat tapi TIDAK MUSTAHIL untuk berubah...

ALAHAI...

Tuesday, September 27, 2011

DAH JEMU KERETA NAK KERETAPI PULAK DIA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

cerita pasal anak-anak kita dewasa ini.kalau zaman kita bebudak dulu mana nak merasa kemewahan berkenderaan 4 tayar macam anak-anak kita sekarang.ini CITH punya pengalaman lah.arwah abah hanya ada 2 tayar je iaitu motor honda 70cc.masa kecik bolehlah berhimpit dengan arwah mak tiap kali nak keluar jalan.bila meningkat besar sikit dah tak boleh naik bertiga.kena tinggallah alamatnya.lepas tu nak ke mana pastinya dengan bas.(nostalgia Patt-Hup bas)

TAPI,rezeki anak-anak sekarang-dalam perut lagi dah diusung ke sana ke mari dengan tayar 4!lepas tu celik mata dah tentu dengan kereta sampailah besar seterusnya memandu sendiri pulak.anak-anak tak biasa naik motor(kalau ada pun sebab ayah ada motor),biasanya naik kereta,naik kapal terbang,sesekali naik bas atau mungkin jarang sekali.begitu juga dengan keretapi.

samalah dengan anak-anak CITH.sejak dalam perut sampai celik mata yang diorang tahu naik kereta dan motor!.bila motor dah tak ada, hanyalah tahu ke mana-mana naik kereta.rasanya kalau naik bas tu mereka inilah antara yang gayat...hihi...Sakinah ada juga merasa naik bas.itu pun sebab ikuti program sekolah mahu pun program Permata Seni.adalah jugak tu.adiknya? langsung belum pernah jejak kaki atas bas!

sekarang apa yang dia sangat teruja nak naik ialah keretapi (Putra LRT).dek kerana hari-hari nampak train ni lalu,keterujaan itu lebih menyerlah berbanding nak naik kenderaan lain.boleh dikatakan seminggu tu mesti pekena naik train! kalau lama je tak naik,mulalah; "mama,chu..chu train..." aduh...lemah mama dengornya.maka terpaksalah CITH bawak dia naik.bukan pergi mana pun.bayar tiket untuk satu stesyen lepas tu ikut je train tu sampai hujung lepas tu patah balik dan turun.jadi kerjakan...apa nak buat.tunaikan hajat orang!haha...dia memang tersangat teruja nak beli tiket,nak masukkan tiket,nak naik lif dan seterusnya naik train.dalam train asyik sebut; "chu...chu..train..."

CITH:macam-macam,ada kereta dah jemu naik,orang lain yang tak ada kereta pastinya teruja nak naik kereta kan...

ALAHAI...

Monday, September 26, 2011

EMAS TURUN TIGA KALI HARI INI

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

info yang nak dishare di sini:harga emas hari ni dah turun sebanyak 3 kali!harga emas untuk Maybank investment account:

pagi tadi pukul 9 lebih, ialah RM 172.07segram
pukul 12.23-RM 169.67 segram
pukul 1.29 -RM 167.29 segram

jadinya inilah masa terbaik untuk membeli emas.mengikut para penganalis emas di internet,harga dijangka turun lagi.kalau tak nak beli emas fizikal,simpan dalam akaun pun boleh juga.apa yang penting,sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

ALAHAI...

EMAS MANA NAK SIMPAN

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

perkongsiaan seterusnya berkenaan entri emas hari ini ialah berkenaan di mana kita nak simpan emas yang fizikal tu...

emas fizikal yang dibuat untuk pelaburan sama juga seperti barangan emas yang menjadi perhiasan kita.pastinya nak disimpan rapikan.maklumlah-berjaga-jaga itu adalah lebih baik!

ok,ni yang CITH dapat daripada E-book Wangemas.comselain simpan di rumah yelah kalau memang sangat-sangat tidak selesa emas itu di simpan di rumah, mungkin sebab takut hilang, takut dicuri,
takut terlupa letak di mana, takut rumah terbakar (tapi emas takkan
terbakar) atau sebagainya.(foto oleh:GOOGLE.COM)

kita boleh menyimpan emas itu di kotak keselamatan,iaitu "safe deposit box" yang disediakan oleh pihak bank:

1.Di Maybank (cawangan tertentu), yurannya sekitar RM80-RM200 setahun,
bergantung pada saiz kotak.

2.Di Public bank, kos sewaannya pula sekitar RM150-RM430 setahun.

3.Di CIMB Bank, kos sewaannya pula sekitar RM100-RM360 setahun.

Terdapat beberapa syarat yang pihak bank tetapkan jika ingin
menyewa safe deposit box mereka, antaranya :-

- Anda mempunyai akaun simpanan di bank tersebut
- 2 Unit Kunci diserah kepada anda dimana pihak bank tidak
memegang langsung kunci tersebut, sekiranya kunci hilang maka duit
deposit akan diambil oleh pihak bank.
- Anda hanya boleh membuka peti pada waktu operasi bank sahaja.
- Nilai perlindungan insuran selalunya hanya sehingga RM10 ribu sahaja.

Diharapkan info ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada kita semua.

ALAHAI...

Sunday, September 25, 2011

MENARI AJE DONG! PERMATA SENI DAN SWATARI

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

hari ni jadual harian menjadi driver menghantar,menjemput kemudian menghantar dan menjemput semula! hah!!.

CITH baru saja balik menghantar Sakinah ke latihan Permata Seninya yang bermula pukul 11 tadi.kali ni CITH hanya hantar dia saja dan CITH balik.sebelum tu CITH dah siapkan segala bekalnya-nasi goreng ayam dengan air,coklat lagi...rasanya cukup tu untuk tengahari punya makan.(maklumlah makan tidak disediakan.)selalunya CITH tunggu juga sampai ke petang tapi faktor ketidakselesaan untuk Hakimi bermain,nak tidur membuatkan CITH balik rumah dulu. pukul 4.30 nanti kenalah pergi jemput pulak.kelas habis pukul 5 petang.malamnya lepas Maghrib,pukul 8 nanti akan hantar dia pulak ke latihan penuh Swatari di Pak Ngah Production.kali ni memang CITH akan 'bertapa' di sini sampai dia habis latihan.

tulah dianya jadual hari ini yang menjadi tugas CITH.ada yang bertanya,"tak kerja,duduk rumah saja tak boring ke?" sukalah CITH nak beritahu orang tersebut:

" mana nak sempat boring? CITH bukan duduk rumah goyang kaki,kerja rumah ada maid yang buatkan...hai,semuanya CITH yang buatkan.daripada sekecik-kecik hal ke besar semua dalam urusan dan tanggungjawab CITH.siapa yang kata orang duduk rumah tu goyang kaki dan punya kehidupan yang boring,itu adalah satu kesilapan yang SANGAT BESAR! orang yang kerjanya di rumah ini atau lebih tepat SURI RUMAH SEPENUH MASA ini tidak punya masa nak fikir BORING...yang ada dalam kepala otaknya;lepas ni, nak buat apa? apa lagi kerja tak siap? pukul berapa nak ambil anak...bla...bla dan seumpamanya."

CITH:hanya mereka yang statusnya macam CITH sahaja yang mengerti dan memahami...

ALAHAI...

Saturday, September 24, 2011

HATI KU ISTERI -Perwira (Saloma)

Assalammualaikum pengunjung CITH semua.

tiba-tiba CITH teringatkan lagu ini dan sedikit sebanyak ia senonim dengan situasi CITH sekarang.dek kerana itu,CITH sharekan di sini.kenapa? pagi esok pakwe CITH yang memang sedia tidak ada di sini,bakal berlepas ke bumi yang 'aman' di atas kertasnya tetapi di dalamnya? Allah jua maha mengetahuinya.

Iraq-Baghdad.itulah lokasi bertugas pakwe CITH untuk 2 minggu ini.apa lagi yang diharap dan didoakan oleh seorang isteri?tidak lain dan tidak bukan ialah doa agar keselamatannya bersama rakan setugas dilindungi daripada segala musibah yang tidak disangka.yelah,kalau ke tempat lain tu hati tidaklah terlalu memikirkannya tetapi bila di sinilah lokasinya,hati turut berbisik yang bukan-bukan...Allahhuakbar!

CITH:moga perjalanan dan tugas dia di sana dipermudahkan dan segalanya kuserahkan kepadaMU Ya Allah.



ALAHAI...

LATIHAN INTENSIF KUDA KEPANG SWATARI



Assalammualaikum semua pengunjung CITH...selamat berhujung minggu.ada lagi open house ke? rasanya minggu ni jelah pun yang last kalau nak buat open house ni.Syawal dah sampai ke penghujungnya.rata-rata bermula majlis walimatul urus pulak dah.

di kampung CITH je ada 2 undangan majlis kahwin.mertua dah tanya nak balik atau tidak.tapi awal-awal lagi jemputan dah ditolak dek kerana Sakinah sibuk dengan latihan intensif tarian kuda kepang di Swatari Pak Ngah.

latihan bersempena majlis penyampaian sijil pada Sabtu 1/10 minggu depan.untuk kelas lanjutan tahun ini,Sakinah bersama rakan sekumpulannya terlibat dengan tarian kuda kepang di bawah selian cikgu Razif- juara Mari Menari dulu tu.jadinya lagi nak dekat tarikh tu, bermakna latihan pun semakin galaklah jadinya.selang sehari,latihan diadakan tiap malam bermula pukul 8.30 sehingga pukul 11 malam.

untuk minggu depan,latihan setiap malam bermula hari Selasa sehingga Khamis.sebagai pengurus? hihi...dah tentulah CITH ni pun sibuk sama.yelah menjadi drivernyalah,tukang ingatkan hari latihan dialah...bla...bla semuanya dalam kepala dan tindakan kita!

macam biasa juga,adiknya menjadi 'teman setia andalah' yang mengikut mana sahaja kak longnya.kalau mula-mula sampai tu,seronok dengar muzik.tapi bila dah sejam berlalu maka bermulalah episod kebosanan bersinggah.ni lah yang kena umpan macam-macam supaya duduk diam...ALAHAI...

Friday, September 23, 2011

SEBAGAI IBU BAPA DEMI ANAK

Assalammualaikum semua pengunjung CITH.salam Jumaat untuk kita semua.moga yang baik-baik juga diharapkan.amin.

satu perkongsiaan yang sumbernya CITH petik daripada status rakan FB CITH-Rina Dali yang asalnya diambil daripada Tengku Muhammad Kalmani As-Saifi

pasal anak dan pasal kita sebagai ibu bapa.CITH sendiri mengakuinya SANGAT-SANGAT yang proses mendidik dan membesarkana anak-anak hari ini sungguh mencabar sekali! pendekatannya tidak sama seperti di zaman CITH budak-budak dahulu.mungkin situasi,zaman dan persekitaran merubah ruang lingkup untuk kita menjadi ibu bapa yang hebat.tidak dinafikan,mungkin segelintar antara kita yang tidak punya masalah dalam hal ini,tetapi tidak mustahil ada juga di antara kita yang berdepan dengan situasi yang maha hebat dalam mendidik anak-anak.

moga perkongsiaan ini sedikit sebanyak berguna untuk diri CITH sendiri dan juga untuk kalian.

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang.(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.


CITH:setiap hari nak jadi mama yang baik terhadap anak-anak tetapi masih rasanya tak cukup baik...

ALAHAI...

Wednesday, September 21, 2011

FRIDGE MAGNET SENTIMENTAL VALUE

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

kalau ditanya,apakah barang yang menjadi sentimental value atau benda yang menjadi kesayangan kita tatkala pergi bercuti?bagi CITH,selain potret-potret yang dirakam sebagai kenangan,FRIDGE MAGNET merupakan satu lagi item yang memang menjadi penting buat CITH.setiap kali pergi bercuti waima dalam negara mahupun tempat yang dekat-dekat pun,CITH pastikan ada fridge magnet yang boleh dibeli.ciri pertama pastinya nama tempat yang pergi tu ada tertulis.jadinya kita ingatlah mana tempat yang pernah kita pergi.

minat ni bermula ketika CITH buat pertama kalinya ke luar negara pada tahun 2006 iaitu ke Paris dan Istanbul,Turki.masa tu saja belikan untuk adik beradik cenderamata.yelah nak beli yang besar,mahal.jadinya belilah yang kecik asal ada nama Paris dan Istanbul! masa tu CITH beli jugak untuk diri sendiri.yelah fikir dalam hati-tempat ni payah nak pergi...hihi..at least adalah satu tanda dah pergi kan!

sejak tu bila dilekatkan di fridge,hari-hari tengok ia memberikan satu rasa yang lain.mulalah nak mengumpul fridge magnet secara aktif.hihi...minat ni pun sekarang dah menjadi ikutan Kak Chik CITH pulak.hari ini,inilah rupanya fridge magnet yang ada dalam simpanan CITH dan menghiasi fridge di rumah kami.CITH sayangkan semuanya ini.tiap hari mesti nak tengok.kadang tu sengaja nak ubah-ubah kedudukan dia.nasib baik,pakwe CITH dan anak-anak pun ikut support CITH.Hakimi yang kecik dia tu pun tahu sebut 'pish nenet mama".macam Sakinah pergi Jakarta yang lepas,kata cikgu dia; 'beriya-iya Sakinah nak cari fridge magnet untuk mama dia..." hihi...fridge magnet ni bukan semua tempat yang CITH dah pergi.ada tu adik beradik,rakan taulan yang belikan.tiap kali dengar mereka bercuti,pastinya CITH pesan yang ini.kecik pun tak apa asal ada nama tempat tu jadilah.ada tu pulak CITH buat muka tebal je...haha mintak kat mereka yang CITH dapat tahu pergi bercuti atau pun time kita pergi rumah dia,dia ada lebih.selalunya juga,tiap kali CITH pergi bercuti,CITH akan pastikan kena beli lebih fridge magnet ni.bukan setakat untuk diri sendiri,Kak Chik, tapi untuk simpanan sekiranya ada kawan-kawan yang jadi pengumpul jugak.kiranya tukar suka sama sukalah nanti!

ada juga sahabat ni blog ini tempohari menghantar fridge magnet secara pos kepada CITH tapi sayangnya tak sampai hinggalah ke hari ini.(Chempaka-biru),sedih...huhu..CITH tanyakan di pejabat pos,kata mereka kena hantar dengan pos surat berdaftar atau pun setemnya mesti cukup.kalau hantar biasa dengan setem 50 sen saja tu yang tak sampai! (tak tahulah kalau ada yang berminat ambil masa di pertengahan jalan tu!)

tiap kali beli atau dapat fridge magnet ni,CITH akan tuliskan tarikhnya dan nama orang yang beri tu.jadinya sampai bila-bila pun CITH ingat.terima kasih untuk semua yang tahu minat CITH ni.(kalau ada yang nak kasi fridge magnet,stadium Bukit Jalil CITH tadahkan.hihi...)

ini adalah fridge magnet yang terbaru CITH dapat masa balik raya tempohari iaitu fridge magnet gambar William dan Kate dari London yang dikirimkan oleh 'bakal biras ipar' CITH-Munirah Abu Bakar.CITH:memang sentimental value...

ALAHAI...

PESARA JUTAWAN BACALAH!

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

akhirnya matlamat nak memulakan siri pembacaan semingggu 1 buku berjaya! ceh..ceh...semenjak berFB dan berblog,masa menjadi terbatas untuk membaca buku.memang di internet kita boleh membaca apa sahaja tetapi realitinya membaca dengan buku ditangan dan membaca hanya di skrin adalah 2 benda yang sangat berbeza! CITH masih lagi menyukai cara pertama-MEMBACA MESTI ADA BUKUNYA!buku dan pensel ditangan,maka barulah lebih puas.

ok,buku yang ingin CITH sharekan minggu ini ialah:
PESARA JUTAWAN-tulisan Azizi Ali.
harga: RM39.90
terbitan: True Wealth Sdn Bhd

walaupun antara kita mungkin lama lagi nak digelar pesara tapi bagi CITH tak salah untuk kita mulakan pembacaan ini dan seterusnya mengutip maklumat di dalamnya.kata pepatah;SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN!

apa yang menarik?

1. penerangan pelan perancangan masa hadapan
2. tindakan masa kini yang boleh membantu jadi kaya ketika bersara
3. perkara yang masa kini membuatkan kita miskin semasa bersara
4. kesedaran untuk melakukan perubahan-perubahan
5. kepentingan simpanan hari ini,akan datang dan seterusnya.

bagi CITH,buku ini "membuka mata" secara realiti bahawa hidup kita yang akan datang sewaktu di alam bersara tidak semestinya seperti hari ini.semuanya bergantung kepada perancangan dan tindakan kita hari ini.selebihnya pastilah kita letakkan semua itu kepada DIA yang lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui.apa yang penting kita dah berbuat sesuatu untuk kita bergelar hidup senang atau lebih lagi PESARA JUTAWAN ketika bersara untuk diri sendiri,anak-anak dan keluarga.

"ANDA HANYA BOLEH BERSARA DENGAN BAHAGIA APABILA ANDA MEMPUNYAI CUKUP WANG UNTUK DIGUNAKAN SEPANJANG HIDUP ANDA."- Azizi Ali m.s 122

ALAHAI...

Tuesday, September 20, 2011

BELI-BELI EMAS TURUN

Assalammualaikum semua pengunjung CITH

pagi tadi pukul 10.25 harga emas untuk belian di Maybank Gold Investment Account ialah RM183.10 segram.lebih murah RM3.57 dari semalam yang agak tinggi! jadinya bila harga turun CITH pun ambil kesempatan ini untuk menambah sedikit pelaburan.yelah dah seminggu monitor harganya tak turun.hari ni ada turun,memang tak boleh lepaslah peluang kan!

nak beli senang saja.pergi ke kaunter pertanyaan tu-tanya dia harga segram emas berapa (ni kalau tak cek di rumah),lepas tu isikan borang masuk dan isikan nama,no akaun serta jumlah gram yang kita nak beli hari tersebut.lepas tu ambil no giliran dan tunggulah no kita dipanggil dan beruruslah macam biasa.apa yang penting RM tu yang kena bawak.kalau RM tu tak bawak,tak bolehlah waima nak beli segram pun...

petang ni ha,CITH cek di web site Maybank-harga dah naik balik.update pukul 3:18:41 = RM 184.20 segram...

CITH:rasanya tak rugi beli pagi tadi...sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

ALAHAI...

PUBLIC GOLD SATU LAGI EMAS YANG BOLEH DIBELI

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

dalam entri emas yang lepas,CITH ada bicara pasal beli emas menerusi akaun di Maybank dan juga beli emas fizikal iaitu Kijang Emas.hari ni CITH nak share satu lagi entri pasal beli emas di mana.

salah satunya ialah emas yang dikeluarkan oleh syarikat PUBLIC GOLD yang beroperasi di main officenya di Bukit Jambul,Penang.ia bukan setakat mengeluarkan public gold tapi turut menawarkan perak (silver) sebagai pelaburan.pembelian emas daripada syarrikat ini boleh dibuat melalui ibu pejabatnya atau juga menerusi ejen-ejennya yang berlambak di seluruh negara.lihat di sini: http://www.publicgold.com.mymaklumat untuk apa sahaja-daripada harga emas,jenisnya,ejennya dan sebagainya turut tersenarai di sini.

Ketulenannya terjamin kerana setiap emas yang dikeluarkan mempunyai sijil
yang dikeluarkan oleh pihak Assayer. Malahan pihak Ar-Rahnu AgroBank
juga sedia menerima emas keluaran syraikat ini untuk dipajakkan di
bank mereka. Ini menunjukkan, emas tersebut adalah tulen.apa-apa pun kajian dan pembacaan harus dibuat terlebih dahulu sebelum keputusan untuk membeli dan melabur dibuat.

CITH:sikit-sikit lama jadi bukit...

ALAHAI...

Monday, September 19, 2011

KEMBALI KE SEKOLAH SETELAH SIHAT

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

dah seminggu bercuti sakit,hari ni Sakinah kembali ke sekolah semula.al hamdulillah campak yang datang telah mula pergi yang tinggal tandanya yang masih ada.bak kata orang;luka dah sembuh dan yang tinggal cuma parut sahaja.

mujur juga tanda yang tinggal tidak kelihatan di muka.banyaknya di badan sahaja.segala petua dan nasihat CITH ikuti.maklumlah dah tinggal 3 beranak ni kenalah sendiri yang tanggung.mana nak manja dengan suami ke apatah lagi dengan mak! pesan CITH kat Sakinah;
"nak baik cepat,tak nak ada tanda-tanda semua kena dengar cakap mama.ikut je apa buat.jangan nak komplen."
apa taknya,bila hari pertama tidur atas daun semambu,dia dah pelik semacam.lepas tu kena pisah tempat tidur daripada CITH dan adiknya.makan pulak tu terpaksa berpantang.

baru hujung minggu ni makan ayam.sebelum tu makan sup ikan sahaja.satu lagi pantang,tak boleh keluar rumah.bab ni,dia kalah...tiap kali CITH nak keluar dia mula lah nangis nak ikut.kata dia;
"mama ni asyik keluar.ina je kena tinggal rumah.bosan lah macam ni!"
"duduk je rumah.nanti dah baik baru boleh keluar.bukan apa takut nanti berjangkit dekat orang lain atau pun Sakinah pula boleh kena jangkit lagi.mama dulu masa lepas bersalin lagi pulak kena pantang 44 hari tak boleh keluar tau.nak sihat cepat kenalah pantang." huhu...tak pasal-pasal masuk bab pantang diri sendiri pulak! hihi...sajalah tu kasi dia ok sikit.psikologi,psikologi...yang penting cepat sihat dan dapat teruskan sekolah macam biasa.cuti lama kat rumah kadang-kadang tu boleh buat 'darah naik'!

ALAHAI...

Sunday, September 18, 2011

MAKAN APA SAJA SEDAP TATKALA HUJAN


Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

hari ni tempat CITH sejak tengahari tadi hujan turun sampailah ketika ini.tengahari tadi CITH masak ikan tenggiri goreng bercili dengan sayur bayam rebus air-habis.sekali masak,terus habis makan sekali.nilah penangan hujan.sedap saja.

petang ni pulak,bangun dari tidur Sakinah tanya; "ma,ada apa nak makan tak?laparlah...." bukan Sakinah je lapar,CITH pun lapar jugak.hihi...pergi ke dapur,CITH bancuhkan adunan jejemput bilis.sambil tu bancuh sekali teh strawberi yang memang berbaki seuncang saja yang tinggal!

huh,makan apa saja tatkala hujan ni memang sedap.dapat pulak makan panas-panas begini.memang laju je makan.sedar-sedar dah licin!...janji anak-anak kenyang.

ALAHAI...

Saturday, September 17, 2011

CHUNKY LOADED PIZZA HUT PEH BERBALOI!

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

dari semalam tekak ni macam terasa-rasa nak makan pizza.nak makan pizza baru kat Pizza Hut tu...CHUNKY LOADED...jadinya tengahari tadi,CITH 3 beranak pun pekenalah pizza ni.untuk set 2 orang makan:- 1 regular pizza,2 mushroom soup,sup,2 gelas pepsi dan 4 keping garlic bstik untuk RM30.90 belum cukai lagi dan tambahan 1 primevera penne yang berkenan dek Sakinah.macam biasa,sup memang kepunyaan Hakimilah.CITH pulak dah kata teragak nak makan pizza jadinya memang hadap yang ni ajelah...hihi...makan 3 keping dah kenyang!boleh bungkus lagi yang 3 baki tu bawak balik.Sakinah dah tak larat nak makan lagi!tak pe,balik rumah ulang tayang makan lagi dan lagi...hihi...

apa yang bestnya pizza kali ni? ranggup dohnya,tak tebal sebab ia menggunakan tortilla yang nipis tu,dikatakan 10 layer tetapi bukan sampai 10 layer tingginya cuma bahan di dalamnya yang dimampatkan menjadi 10 layer yang penuh dengan cheese,chicken,salami dan sebagainya.pendek kata kalian kena cuba dulu baru tahu.ni pulak Sakinah yang perabis sorang dengan pilihannya...ALAHAI...

JALAN-JALAN CARI MAKAN ADA BUKU

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

ni dia buku panduan nak cari makan sekitar KL,PJ.semalam kakak CITH baru beli.kata dia; "dik,ko bacalah.tengok mana-mana yang dekat nanti kita boleh try". sebuah buku kompilasi tulisan Maria Tunku Sabri yang pernah mengacarakan program Jalan-jalan Cari Makan TV3.buku ini memaparkan lokasi tempat makan beliau sepanjang dalam program tersebut. ia seakan "directory" kepada kita semua yang kadangkala terputus idea tempat makan nak pergi.ada dalam buku ni beberapa tempat yang CITH dah pergi dan ada entri dalam blog ini.

antaranya;Restoran Sakura Kristal,Restoran Salero Negori,Ani Sup Utara,Satay Station, ada termuat dalam buku ini.buku ini dijual pada harga RM5.00 senaskah.

CITH:tengok dalam gambar buku ni memang teruja nak mencuba...tahu-tahu ajelah macam mana Maria makan...

ALAHAI...

Friday, September 16, 2011

PELABURAN KIJANG EMAS DI MAYBANK


Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

pelaburan emas di Maybank boleh dibuat menerusi 2 kaedah:-
1.pelaburan dengan membeli syiling emas Kijang Emas
2.pelaburan dengan membeli emas melalui buku iaitu Maybank Gold Investment Account (MGIA)
untuk hari ini,CITH masukkan entri pelaburan yang pertama dulu ye.seterusnya nanti CITH akan sharekan di sini.
PELABURAN SYILING KIJANG EMAS
-merupakan satu bentuk pelaburan emas dalam bentuk fizikal yang sangat mudah dan murah.ia mempunyai 3 saiz iaitu 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz. Ketulenan emasnya ialah 24K (999.9).
oz=troy ounce.
1 oz= 31.105gm-nilai muka ialah RM200
1/2 oz=15.550gm-nilai muka ialah RM100
1/4oz=7.780gm-nilai muka ialah RM50

pembelian syiling Kijang emas ini boleh dibuat di Maybank TETAPI hanya pada cawangan Maybank yang terpilih SAHAJA.macam dalam jadual di bawah ini:sebelum tu,apa dia syiling emas Kijang Emas? Kijang Emas adalah wang syiling emas rasmi Malaysia dan dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia.untuk bacaan lanjut, lihat di sini, http://en.wikipedia.org/wiki/Kijang_Emasmanakala untuk melihat harga belian dan jualannya,boleh lihat di sini:http://www.bnm.gov.my
(harga belian=harga kita beli dari bank.harga jualan =harga kita jual pada bank)

untuk rekod semalam,1 oz=harga belian ialah RM 5947 dan jualan RM5717.jadual naik turun harga ini akan dikemaskini hanya pada hari bekerja sahaja.ini bermakna untuk 3 hari cuti ini,tiada data yang dapat dikeluarkan oleh Bank Negara.

CITH:walaupun namanya 'syiling" tapi ini syiling bukan sebarang syiling...kata pepatah;hanya jauhari yang mengenal manikam.sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

ALAHAI...

HARI MERDEKA ATAU HARI MALAYSIA YANG NAK DIRAIKAN?

Assalammualaikum semua pengunjung CITH semua,salam hari Jumaat,salam merdeka,salam Hari Malaysia...huh,banyak salam kita hari ni ye!emmmm satu lagi selamat berhujung minggu yang sedikit panjang untuk minggu ini.

maaf semalam CITH tidak dapat menulis di sini dek kerana membantu mak angkat CITH adakan rumah terbukanya.maklumlah bila dah dikata "membantu" memang adalah kerja yang dibantu.sudahnya dihimpit dengan masa untuk menulis.

oklah hari ini 16 September...sebelum ni rasanya jarang orang perasan apa yang istimewanya tarikh ini.tetapi,hari ini rata-rata yang ingat tarikh ni kerana hari cuti umum untuk negara.selebihnya,tahu ke apa relevannya tarikh ini kepada negara?

16 September Tanah Melayu ditukar nama kepada Malaysia kerana pengabungan Sabah, Sarawak dan Singapura.Justeru, pada 16 September 1963, gagasan tersebut telah menjadi kenyataan dan lahirlah sebuah kesatuan yang dikenali sebagai Malaysia.tetapi kemudiannya Singapura pada 9 Ogos 1965 telah keluar daripada gagasan Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang berindentiti sendiri.makan kekallah Malayis ke hari ini dengan Semenanjung,Sabah dan Sarawak sahaja.

persoalannya,tarikh yang manakah yang harus rakyat Malaysia ingati dan raikan sama ada merdeka 31 Ogos atau 16 September?hah,ada pelbagai konatasi dan pengertian yang berbeza di situ sebenarnya, apatah lagi dewasa ini maklumat sejarah sudah dikesampingkan oleh mereka yang tidak sayang sejarah.

CITH:rasanya semakin hari semakin terpinggir sejarah mengenai tarikh ini.mudahnya untuk diingati adalah keduanya ini merupakan cuti UMUM bagi seluruh Malayisa.tak gitu?...

ALAHAI...

Wednesday, September 14, 2011

PENGALAMAN MEMBUKA AKAUN EMAS

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

entri ini ingin sekali CITH share dengan kalian di sini sekiranya ingin berbuat sama seperti CITH.pengalaman membuka akaun emas di Maybank. *Tarikh :6/9/11.sebelum tu CITH pergi ke CIMB untuk bertanya mengenai pelaburan emas ni.tapi aduhai...nak mula buka akaun tu kena beli 10gm emas.masa tu 1gm RM 184.08.jadinya kalau 20gm= (20x184.08=RM3681.60).ini bermakna nak mula kena ada RM3,681.60 dalam tangan! emm...tak boleh jadi...bukan tu saja,ada satu lagi yang membantutkan sedikit semangat-setiap kali nak buat tambahan kena beli 5gm...ni pun akan tidak membantu.

ada satu lagi bank yang membuat pelaburan emas ni iaitu Public Bank.tapi di area jajahan CITH ni bank ni tak ada.emmm...semangat tetap semangat!CITH pergi pulak ke Maybank.tanya prosedur nak buka akaun emas,jawabnya sangat mudah dan bersifat mampu dimiliki.apa syaratnya?

1.ada akaun di Maybank khususnya bagi orang macam CITH yang maykadnya kadang-kadang susah nak guna.
2.yuran RM10 untuk buka akaun
3.tiada had gram untuk permulaan.boleh beli mula daripada 1gm hinggalah tak terkira...
4.pembelian tambahan juga boleh dibuat tidak mengira gram.

rasanya,inilah pilihan tepat CITH iaitu pelaburan emas menerusi buku akaun atau turut dikenali sebagai *Gold Saving Passbook Account (GSPA).
untuk hari itu,CITH bermula dengan pembelian 2gm x RM184.08=RM 368.16. nilai 1gm emas untuk hari itu ialah RM184.04.kata kerani bank tu; "kenapa akak tak beli sebelum raya,time tu harga RM 172 lebih je..." emmm...

selepas hari pertama itu sehinggalah ke hari ini CITH berazam untuk meneruskan minat dan hobi baru ini biar pun dalam kuantiti yang kecil.menjadi kerja tak rasmi CITH pula tiap-tiap pagi melihat naik turun harga emas.setakat ini harga terendah yang CITH dapat ialah pada 8/9/11 tempohari iaitu 1gm=RM 179.62!dalam 2 hari,bezanya sudah RM 4.46.nak tengok harga emas di Maybank,lawati kat sini.
http://www.maybank2u.com.my-pergi ke investment/gold rate.

CITH:sikit-sikit lama-lama jadi bukit.lepas jadi bukit boleh jadi gunung.bila dah jadi gunung barulah boleh melihat dunia di seberang sana! inilah falsafah CITH kalau boleh dikatakan falsafah...hihi..

ALAHAI...

*REMARK:Gold Saving Passbook Account (GSPA)kini dikenali sebagai Maybank Gold Investment Account (MGIA.harap maklum

EMAS SATU MINAT DAN HOBI BARU

(buku pelaburan emas di Maybank)
Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

dah 2 minggu CITH menyibukkan diri dengan membuat kajian mengenai emas sebagai pelaburan.yelah siapa tak suka emas?semua sukakan...CITH lebih lagi suka.sejak kebelakangan ni membaca di ruang internet tentang pelaburan,CITH terjumpa satu site berkenaan pelaburan emas http://jutawanemas.com milik saudara Syukur Hashim.

banyak artikel mengenai pelaburan emas di situ.selain tu ada lagi yang bagus untuk dibaca seperti saudara Azizi Ali di www.millionairesplanet.com rata-rata membicangkan emas sebagai satu mekanisme baru dalam pelaburan selain menyimpan di ASB,LUTH atau unit trust.emas ni memang dah lama dijadikan sebagai pelaburan bagi orang yang celik mengenainya tapi bagi CITH baru ni rasa terbuka mata dan minda.dulu asyik ingat emas di kedai Pak Habib je...hihi.sekarang azam baru untuk membeli emas untuk pelaburan.

balik raya baru ni,sekali lagi CITH dibawa berbincnag mengenai pelaburan emas ini oleh sepupu CITH.rupanya dia memang dah lama membuat pelaburan dalam emas ni!pulangannya memang berganda daripada ASB.nanti akan CITH buatkan entri mengenainya.

balik raya ini,CITH menyambung kembali kajian CITH dan akhirnya keputusan dicapai-melabur@menyimpan dalam emas.boleh dibuat dengan belian emas fizikal mahupun melalui akaun bank.AKHIRNYA...inilah dia...inilah 3 transaksi bank yang CITH buat melalui pelaburan emas melalui buku.maka bermulalah minat dan hobi CITH untuk hari-hari menjadi penganalisa emas tak bertauliah! haha...

ALAHAI...

Tuesday, September 13, 2011

CUKAI 6% DITANGGUHKAN BUKAN BERERTI MANSUH

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

sekali lagi CITH bawakan susulan daripada isu cukai telefon ini.yelah,bagi CITH ia memang kena kepada diri CITH yang merupakan pengguna khidmat prabayar ini dan mungkin kalian-kalian juga.

ini adalah sedutan berita dalam BULETIN UTAMA malam tadi.kenyataan daripada Datuk Seri Dr. Rais yang telah pun mengadakan pertemuan dengan 4 wakil syarikat telekomunikasi di Angkasapuri.

Ia susulan bantahan pelbagai pihak selepas syarikat telekomunikasi bercadang mengenakan caj perkhidmatan talian prabayar dan pek permulaan kad SIM bermula 15 September ini.

Pertemuan berlangsung hampir 2 jam yang kemudian mencapai kata putus menangguhkan cadangan itu.

Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan: "Kami telah berbincang dan suasanaya cukup baik. Mereka menerima pandangan kerajaan dan juga sentimen yang dilahirkan oleh Perdana Menteri dan nasihat kami dari kementerian."

Khamis lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut meminta syarikat telekomunikasi mengkaji semula keputusan mengenakan caj talian prabayar itu.

Selain membebankan rakyat, syarikat telekomunikasi juga didakwa sudah mencatat pulangan besar hasil perkhidmatan itu.

Sehingga kini, terdapat 26 juta pelanggan menggunakan perkhidmatan telefon bimbit.

CITH:keputusan itu DITANGGUH bukan bererti MANSUH! 2 perkataan yang pastinya membawa konatasi makna yang berbeza.ini bermakna,keputusan itu boleh berubah dan tidak mustahil ia tetap dikenakan secara diam macam yang dibuat oleh ASTRO!

ALAHAI...

BERBEZA SEMUANYA TAPI KINI BERSATU

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

kali ini satu entri yang CITH nak dedikasikan kepada seseorang yang cukup rapat dengan CITH.ibarat kata;cubit peha kanan,peha kiri turut rasa sakitnya.pada 20/6 tempohari CITH ada membuat entri ini dan hari ini adalah satu yang ingin dikongsi.

setelah 2 bulan barulah CITH berani untuk memasukkan entri ini apabila tuan punya badan sendiri telah memasukkan gambarnya menerusi FB maka pada fikiran CITH,sudah tiada rahsia atau apa yang ingin ditutup lagi.

1hb Julai tempohari,maka bersatulah 2 hati antara kakak CITH(kak Chik yang sentiasa ada namanya dalam entri JJCM dalam blog ini)dengan pilihan hatinya.meskipun banyak yang tak sama-budaya,makanan,agama mahu pun soal-soal kecil yang lain tetapi siapalah kita untuk menolak apa yang telah mungkin ditentukan olehNYA.perbezaan itu telah sama sekali menutup apa yang tak sama antara mereka dengan satu ikatan yang sah-perkahwinan! ia sekaligus membuka satu lembaran baru dalam kehidupan beliau sebagai isteri dan kami pula menerima orang baru dalam ahli keluarga kami.kali ini ia berlainan sedikit kerana ia lebih bersifat international...hihi...

melihat kemesraan yang terbina antara mereka,menghilangkan rasa kebimbangan dan kegusaran yang bersarang.apa tidaknya,berbeza antara keduanya membuatkan kami sedikit menolak perancangan yang DIA tentukan.namun kini,secara rendah dirinya CITH turut senang hati dan merasa gembira dengan dunia beliau hari ini.apa lagi yang diharapkan oleh seorang adik seperti CITH? tidak lain dan tidak bukan ingin melihat kebahagiaan,kegembiraan dan kesenangan dalam kehidupan berumahtangga mereka.(meski pun CITH sendiri pun belum berapa bagus.)

CITH:moga segala yang berbeza dapat disatukan di sini.moga Allah limpahkan segala kebaikan dalam setiap rumahtangga antara kita.amin.*(gambar ketika raya baru-baru ni bersama abah mertua)

ALAHAI...

Monday, September 12, 2011

KERAJAAN JAMIN TIADA CUKAI 6% OLEH TELCO

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

rentetan daripada pengumuman syarikat telekomunikasi (TELCO) yaang akan menaikkan cukai perkhidmatan mereka pada 15hb,maka ini yang CITH dapat.(*sumber:MALAYSIAKINI.)

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memberi jaminan caj cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna perkhidmatan mudah alih prabayar tidak akan dilaksana selagi belum ada keputusan kerajaan.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata syarikat telekomunikasi (telco) perlu berbincang dan mendapat persetujuan kerajaan terlebih sebelum melaksanakan tindakan tersebut.

"Kementerian memberi JAMINAN bahawa tiada kenaikan akan berlaku PADA MASA TERDEKAT INI dan sebarang kenaikan hanya boleh dilakukan selepas mendapat persetujuan dari kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia," katanya pada sidang media, di Petaling Jaya, malam tadi.

D'Cruz yang ditemui selepas majlis Malam Kebudayaan Onam 2011, diminta mengulas mengenai keputusan telco pada 8 Sept lepas untuk mengenakan caj tersebut bagi produk tambah nilai dan pek permulaan bermula Khamis ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan juga tidak terbabit langsung dengan keputusan telco tersebut.D'Cruz turut menegaskan tindakan telco yang mengeluarkan notis singkat berhubung isu yang boleh membebankan pengguna sebagai tidak wajar.


CITH:rasanya alasan yang sama juga untuk Astro ketika mengumumkan kenaikan harganya tempohari.kata tak naik.bising sekejap.alih-alih naik juga.dalam hal ini pun macam tu jugalah.bisingnya hanya seketika,naik tetap naik....SAMA-SAMA TUNGGU DAN LIHAT.huhu...

ALAHAI...

Berita Harian Online | Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

bahagian kedua untuk kita mengenal sejarah.maklumlah dah namanya SEJARAH memang menjadi satu bahan yang terperam dan diperam lama.mari baca untuk tahu kisah selanjutnya SIAPA ITU MAT INDERA?Berita Harian Online | Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera

*sumber:http://www.anakulucheka.com

ALAHAI...

Sunday, September 11, 2011

MAT SABU DAN MAT INDERA JADI POPULAR (1)

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

kita bicara pasal sedikit pasal cuaca politik kita dewasa ini.apa taknya,hari-hari dalam akhbar tak ada dah cerita lain.asyiknya pasal dua orang MAT ini.satu yang masih hidup dan satu lagi yang dah jadi arwah punya lama dulu...

MAT SABU DAN MAT INDERA.dua nama tiba-tiba menjadi hot dan popular sehingga ranking pencariaannya menerusi encik GOOGLE mencapai rating tinggi.apa taknya,pembacaan menerusi akhbar sudah dianggap tidak relevan dalam situasi hari ini sebaliknya media altenatif dilihat lebih terarah.

apabila Mat Indera yang dilabelkan sebagai komunis dan petualang bangsa oleh kerajaan tetapi diangkat sebagai hero oleh Mat Sabu (pembangkang),nah tiba-tiba ia menjadi satu isu yang BESAR.gegak gempita seketika cuaca politik Malaysia-Tanahairku! maka semua pihak menunding jari menyalahkan Mat yang satu ini.pencarian terhadap Mat Indera menjadi bualan kembali untuk melihat cakap siapa yang betul,cakap siapa yang salah.

apabila Mat Sabu, yang juga Timbalan Presiden PAS, semasa berceramah di Tasek Gelugor di Georgetown pada 21 Ogos lalu didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.Mat Indera pulak diangkat sebagai hero perjuangan dan sanggup pulak menghina pejuang kemerdekaan lain seperti Tuanku dan Dato Onn.semuanya tiba-tiba memberi warna dalam politik negara kita.

hari ini,memang ramai pihak bersuara itu dan ini.sama ada mereka itu adalah orang yang sesuai untuk bicara hal ini atau tidak,sama ada mereka itu ada ilmu atau tidak,sama ada mereka itu tahu atau tidak atau pun siapakah mereka itu,semuanya sibuk bercakap pasal dua orang MAT ini.

CITH:pernah belajar Sejarah,pernah mengajar Sejarah dan sekarang mencari bahan sejarah untuk melengkapkan ilmu yang ada.akan bersambung bahagian yang seterusnya.
*foto oleh:GOOGLE.COM

ALAHAI...

CELCOM DAH HANTAR NOTIS

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...hari seharian tempat CITH di sini hujan.bagaimana di tempat kalian ye?

emm...pagi ni CITH dah dapat notis daripada CELCOM.biasalah tentang nak kenakan cukai tulah...nampaknya tak berhasil apa yang dirungutkan oleh orang ramai.seperti yang dikatakan,15hb ni akan diaktifkan cukai 6% tu maka nak tak nak,bising macam mana pun tak ada bezanya.yelah, dah memang telefon tu pentingkan, jadi buat macam mana pun tetap juga beli prepaid tu kan.

CITH:nampaknya isu cukai ini menjadi isu yang dikesampingkan dek kerana isu Mat Sabu-komunis-penjajah lebih menjadi dominasi...

ALAHAI...

Saturday, September 10, 2011

KAJI SEMULA CAJ 6 PERATUS CUKAI TELEFON

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

hari ini rata-rata dalam akhbar memberi respon terhadap tindakan syarikat telekomunikasi yang ingin mengenakan cukai sebanyak 6% atas perkhidmatan telefon mereka.

berikut ini apa yang CITH ambil daripada akhbar Utusan hari ini;
KUALA LUMPUR 9 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.

Najib berkata, keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pengguna.

Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.

ini pula respon daripada menteri terbabit, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob- "Kita kena fikir bebanan yang ditanggung oleh pengguna prabayar ini kerana yang banyak menggunakannya adalah golongan berpendapatan rendah, termasuk budak sekolah.

"Saya harap pihak syarikat telekomunikasi dapat naikkan dahulu taraf perkhidmatan mereka kerana banyak aduan yang kita terima berkaitan talian telefon yang selalu terganggu seperti terputus ketika bercakap.

CITH: ada beberapa aspek perlu dilihat daripada keputusan ini.sama ada ia sebagai satu'warning' kepada kanaikannya yang sebenar selepas PRU nanti atau apa...emmm...naiklah macam mana pun macam cukai rokok,tapi orang masih tetap merokok kan...macam mana tu?

ALAHAI...

NILAI DAN KHASIAT DAUN SEMAMBU BARU TAHU

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

seperti yang CITH katakan semalam dan sebagai menjawab persoalan Sakinah kenapa dan mengapa kena mandi dengan daun semambu,nak tidur dengan daun semambu bla..bla...daun semambu...maka ini yang CITH dapat menerusi GOOGLE lah.

DAUN SEMAMBU atau istilah sainsnya Azadirachta indica Juss atau dalam Bahasa Tamil; Veppilai merupakan sejenis tumbuhan ubatan yang memang telah lama diamalkan dalam kebudayaan orang India.ini adalah kerana segala aktiviti dalam kebudayaan masyarakat India berhubung rapat dengan tumbuhan, pemujaan terhadap tumbuhan tertentu, penggunaan daun pisang sebagai alas makanan, penggunaan rempah-ratus, perhiasan dandanan rambut dengan Jasminum bifarium (melor) serta konsep Tridosha..

justeru tidak hairanlah tumbuhan ini banyak kedapatan di kalangan rumah mereka dan tempat ibadat mereka.

Bahagian yang digunakan; Daun

Kegunaan :

Penyakit cacar, perlihatan kabur, bisul/bengkak, penyakit kusta, penyakit kulit dan luka kecil dan membasmi cacing dalam perut.

Cara penggunaan;

Dimandikan dengan air yang direndam dengan daun dan kunyit. Dibaringkan di atas kain putih yang ditaburkan dengan daun di atas. Digiling daunnya bersama kunyit. Disapu pada parut-parut yang timbul.

Pucuknya ditumbuk. Dititiskan jusnya pada kedua-dua belah mata pada waktu pagi selama tiga hari.

Daunnya direbus. Ditampal pada tempatnya.
Mamah 10 helai daun pada waktu tengahari dan minum jus perahan daun Q. saretum atau Q. basilicum (selasih) tiap-tiap pagi dan petang selama 40 hari. Ambil minyak sapi dan susu tiap-tiap hari.
Rebus daunnya. Dibasuh tempat berpenyakit dengan air ini.
Daunnya digiling. Diminum jusnya pada waktu pagi selama 2 hari.

Daun semambu adalah ubat yang paling mujarab bagi penyakit cacar. Jika kulit bijinya san Acorus calamus ( Jerangau : Bahasa Tamil; vasambu) ditumbuk menjadi serbuk dan diasapkan pada waktu malam, ia dapat mengurangkan gangguan nyamuk dengan berkesannya.

Daunnya mengandungi Qaercetin, nimbosterol (B-sitosterol), glumatik asid, tyrosine, aspartik asid, alorine, prolin, glumatin dan amino asid (cystine). Minyaknya didapati merencat pertumbuhan bakteria Mycobacterium pada kepekatan 12.5 mg/ml.
Ia juga dapat merencatkan pertumbuhan kulat finea rubrum, Trichophyton interdigitals dan coccidioes immits. Nimbidin dari kayunya didapati sangat berkesan terhadap penyakit kulit seperti eczema dan scabies.

SUMBER:(http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/komala.htm)

CITH:baru tahu...tidaknya main ikut-ikut sahaja...

ALAHAI...

DEMAM CAMPAK KENA PANTANG MAKAN?

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...selamat berhujung minggu.pastinya sibuk hari ini dengan acara open house di sana sini ye...CITH pulak hanya beraya di rumah.segala aktiviti tarian Sakinah terpaksa dibatalkan sehingga campaknya baik.

bercakap pasal demam campak ni,CITH masih belum mendapat kepastian apakah perlu berpantang dalam makanan atau "bantai" sahaja...pagi tadi mertua CITH telefon.bertanyakan khabar kami anak beranak.barulah dia tahu Sakinah dapak campak.yelah CITH ni memang tak suka nak susah-susahkan dia.cukuplah berita yang baik-baik sahaja dia tahu...hihi...

ni alang-alang dia dah tahu,dia pun berpesanlah pada CITH jangan kasi Sakinah makan benda yang gatal-gatal.macam ayam,sotong,daging,telur tu tak boleh makan.lagi satu jangan bergoreng atau tumis dalam rumah.katanya orang tua-tua kampung dulu macam tulah pantangnya.

katanya nak elakkan gatal.masak ajelah yang rebus-rebus atau sup saja pesannya pada CITH.jadinya,pagi ni ha CITH dah ke pasar tani "memborong" hanya ikan sahaja minggu ni.ikan merah,ikan jenahak dan ikan serkut.semua ni CITH plan nak buat sup dan kari.nampaknya minggu ni makan ikan sajalah kami di rumah.

ALAHAI...

Friday, September 9, 2011

DAUN SEMAMBU ALTERNATIF MENGUBAT CAMPAK

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

DAUN SEMAMBU...sejak CITH tuliskan status CITH di FB semalam,mengenai Sakinah yang kena demam campak,ramai yang mengesyorkan CITH cari daun ni.kata mereka daun ni selalunya orang India yang tanam tak pun banyak ada kat kuil-kuil mereka.tapi kat mana pulak CITH nak cari daun ni?emm...teringat pulak di kuil di Ampang sana.jadinya pagi tadi CITH pergi ke sana untuk mendapatkannya.

apa taknya ramai kawan yang kata petua guna daun ni,jadinya CITH rasa tak salah untuk berbuat yang sama.apa lagi memang dah kat sini tempatnya maka dapatlah yang dikehendaki.daun ni sekali tengok macam daun kari.dua kali tengok memang nampak lain.daun ni agak kasar sedikit dan tidak nampak macam berkilat seperti daun kari.pokoknya jenis berkayu yang besar macam pokok rambutan.tapi ada juga yang ditanam secara renek.

bercakap pasal daun semambu-CITH sendiri belum habis mengkaji kenapa daun ini dikatakan petua untuk meredakan demam campak.apa yang pasti seperti kawan-kawan yang lain,CITH gunakan daun ni untuk alas tempat tidur dia,daunnya CITH rebuskan dan buat air mandian. lepas tu ada kawan yang kata pulak,pukul-pukul kan sedikit daun semambu tu pada badan.macam bomoh kat TV yang nak buang hantu tu! hihi...CITH buat ajelah.

rasanya tidak mudarat apa sebaliknya jadi macam lawak pulak.time buat tu apa lagi ketawa besarlah kami berdua.CITH pulak buat-buat baca mentera...haha tapi baca selawat dan Fatihah...macam-macam.

CITH:kita berusaha selagi tidak menyimpang mana-mana.Allah jua tempat bermohon agar pergilah segala penyakit...moga cepat sembuh

ALAHAI...

GILIRAN PREPAID TELEFON NAIK PULA

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

rasanya rata-rata di antara kita adalah pengguna prepaid telefon kan.tak kiralah daripada syarikat Celcom ke,Maxis,Digi dan sebagainya.jangan terkejut pulak lepas ni (bermula 15hb) bila kita top-up Rm10 tapi tak dapat nilai RM10 tu! sebanyak 6% cukai perkhidmatan akan dikenakan.ini bermakna kita perlu membayar sebanyak RM10.60 untuk nilai RM10 dalam telefon kita!

Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.(foto oleh:GOOGLE.COM)

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

CITH:suka tak suka,dah itu memang satu keperluan maka terima sahajalah.diharapnya cukai sebegini dapat digunakan secekapnya untuk merangsang pembangunan negara kita.

ALAHAI...

Thursday, September 8, 2011

DAPAT CAMPAK PULAK DIA RUPANYA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

sakit pening ajal maut semua dah tersusun rapi olehNYA.siapalah kita untuk menghalang atau mengatakan TIDAK untuk kedatangan sesuatu musibah itu kan...macam CITH nilah.baru saja balik dari klinik.

Sakinah balik sekolah tadi mengadu bintik merah dia dah bertambah.semalam ada sebutir di tapak tangan dan sebutir di belakang badan.dia ada tunjukkan pada CITH,tapi taklah ingat lain.ingatkan mungkin gigitan serangga saja.maka dibiarkan begitu saja.tapi petang bawak ke malam ni,dia dah mengadu gatal-gatal.tengok dia pun sekejap-sekejap menggaru.CITH periksa satu badan dia, sah memang ada lagi bintik-bintik merah tu kat belakang badan,kat perut dan ada di kawasan sulitnya.dalam hati dah terdetik...campak ke?terus sms dan mms kan gambar Sakinah kat pakwe CITH,dia pun buat telahan yang sama.apa lagi terus bawak Sakinah ke klinik.buat masa ni memang doktar kata campaklah dengan simptom yang ada ni.dapatlah 3 ubat.2 untuk makan gatal dan antibiotik dan satu calamine lotion.dapat jugak MC untuk 3 hari ni.esok untuk sekolah dan 2 hari lagi tu untuk aktiviti Permata Seni dia Sabtu dan Ahad ni.

balik rumah terus kasi Sakinah makan ubat.bab makan ubat ni lah yang buatkan CITH hilang sabar...adik yang ofer nak makan ubat dia.tuan yang sakit dah buat muka terkulat-kulat pandang ubat...adoh...adik pulak semua nak.apa yang akak makan nak,akak sapu ubat pun dia nak sama...ni asingkan tempat tidur pun,dia merengek sama nak tidur dengan akak.CITH: syukur Allah berikan sakit ni sekarang sebelum exam formatif dan akhir tahun.ya,Allah sembuhkan dan permudahkan segala urusan kami anak beranak.amin...

ALAHAI...

UNTUK LELAKI DAN UNTUK KITA JUGA WAJIB TAHU

Assalammualaikum semua pengunjung CITH.

satu perkongsiaan yang CITH rasa sesuai untuk kita share di sini bersama.ini adalah petikan yang CITH copy and paste daripada FB Ustaz Zamri.

"Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dengan mas kahwin RM..."Bunyi macam senang? Nah ni makna sebenarnya...(foto oleh:GOOGLE.COM)

Aku tanggung dosa-dosa si dia daripada ibubapanya,apa saja dosa yang si dia buat,dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya,aku tanggung & bukan lagi ibubapa si dia..Dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anakku,jika gagal maka aku fasik,dayus & aku rela masuk neraka & malaikat Zabaniyah melibas bdnku sehingga pecah..

CITH rasa perkara ini wajib disedari oleh kaum lelaki yang ingin atau pun yang sudah bergelar suami.jangan sekadar ucapan lafaz nikah sahaja yang lancarnya namun perjalanan hidup berumahtangga tidak berapa lancar.mungkin kerana kekurangan ilmu dan keranan kesibukkan dunia kita terlupa tentang tanggungjawab yang ini.sebaliknya asyik dimomokkan dengan tanggungjawab yang satu itu sajalah...SEKS?

ALAHAI...

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala