pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Wednesday, February 29, 2012

SK SETIAWANGSA TARIAN BANGRAA (VERSI MALAYSIA)

SK SETIAWANGSA TARIAN ZAPIN KREATIF

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

hasil penat seminggu pulun berlatih,maka terhasillah seperti ini.sedikit kecacatan pada camerawomennya...bergoyang sedikit rakaman.al maklumlah masih di peringkat amatur.hihi...sesiapa di luar sana kalau nak jemput mereka ini sebagai penghias majlis bolehlah berhubung di sini.



ALAHAI...

PROGRAM ANAK ANGKAT INDONESIA JALIN HUBUNGAN

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

Jumaat yang lepas,berakhirlah program Pengantarabangsaan dan Anak Angkat antara sekolah Sakinah (SK Setiawangsa) bersama SD Al Zahra,Indonesia.walaupun diberi masa tidak lama untuk bersama anak angkat,tetapi paling tidak dapat juga menambah kenalan dari luar negara.

bagi CITH sendiri,memang sangat teruja apabila pada aperingkat awal lagi telah dipelawa untuk menjadi keluarga angkat untuk mereka ini.bukan apa,program ini walaupun tidak lama,sekurang-kurangnya ia menjadi satu medium untuk masing-masing mengenali budaya masing-masing.biarlah hubungan di kalangan kita dengan rakyat di sana agak panas pada satu-satu ketika,tetapi mereka yang di bangku sekolah ini harus didik untuk mengenal siapa orang kita yang selalu dimomokkan di sana.golongan muda inilah yang harus diberi penekanan untuk tidak mengulangi peristiwa mahu pun sejarah yang telah dicetus oleh mereka yang dewasa daripada mereka.

bila dah budaya berbeza,bahasa pun berbeza dan pemahaman juga berbeza.kelakar pun ada juga bila ada perkataan yang diluncurkan oleh anak angkat CITH ni lain benar bunyinya.contoh:
stopkontak, pertama kali dengar memang kelakar.puas dia menerangkan kepada CITH termasuklah actionnya sekali.akhirnya faham juga bendanya apa, aduh...plug rupanya.

senduk,sewaktu dibawa makan di luar,mereka meminta CITH senduk.emmm...rupanya sudu dipanggil senduk.kita pulak kat sini senduk tu, yang kita guna kacau kuah kat periuk kan...tulah antara yang lain pemahamannya...itu lah dia,kalau kita tak faham budaya mahu pun bahasa masing-masing,maka salah faham itu pasti terjadi.apatah lagi kalau tidak ditangani dengan baik,maka tak mustahil timbul perasaan yang tidak baik.
apa pun program ini sangat bagus untuk diteruskan di masa hadapan...anak angkat CITH:
yusmira ratu maharani dan talitha adinda gunawan
memang sedap bunyi namanya...(bersama dua orang anak angkat)(keluarga angkat bersama anak angkat)
ALAHAI...

Tuesday, February 28, 2012

ATUR PERJALANAN KEMBALI

Assalammualaikum semua pengunjung rumah CITH ini.

terasa lama tidak berkunjung di sini kerana hambatan masa yang sentiasa mengikat tangan dan kaki daripada duduk diam di depan laptop ini.lepas satu projek diselesaikan,satu lagi yang mendatang dan begitulah seterusnya.

hari ini CITH gagahkan jua untuk duduk di depan laptop ini untuk menulis dan seterusnya menziarahi rakan-rakan yang luar sana.pejam-celik,pejam celik...menjelang lusa saja dah masuk bulan Mac.orang kata dah suku perjalanan masa untuk tahun 2012 ini.esok dah 29hb.29 Februari pastinya membawa kebahagiaan yang luar biasa rasanya khusus kepada mereka yang menyambut sambutan hari lahir pada hari ini mahu pun sambutan hari bahagia yang lain.maklumlah hanya 4 tahun sekali baru berjumpa tarikh ini,pastinya ia sangat ditunggu-tunggu.

kepada budak sekolah pulak,minggu depan bermula ujian formatif yang pertama.maklumlah lepas ujian,cuti semester.jadinya kenalah 'pecah lemak' dulu baru nak bersuka ria! samalah dengan anak dara CITH,minggu ni dah mula siri pecah lemak,pecah tidur...hihi...dek kerana ujian bagi sekolah kebangsaan dan sekolah agama dijalankan secara serentak! emmm...apa lagi,mamanya dah mula satu macam rasa.(macam biasa,stres level mama lagi tinggi daripada anak nak periksa!)

mujurlah habis sahaja ujian tersebut,CITH pun bakal pergi bercuti.jadinya,pujuk hati supaya lebih tenang...huhu...harapnya bolehlah untuk menangani segala hal.semuanya harus diatur dengan baik supaya semua berjalan lancar.

ALAHAI...

Thursday, February 23, 2012

DIA PERGI JUA MENEMUI PENCIPTANYA

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

terlebih dulu ucapan takziah dan kiriman Al Fatihah CITH kepada keluarga arwah anak kecil yang bernama Faris Nur Daniel yang mengidap barah darah.

sedikit entri pasal anak kecil ini ada dalam CITH masukkan di sini yang bertarikh 20/2/12 tempohari.hari ini,anak kecil ini telah pergi menemui penciptaNYA buat selama-lamanya.selama 23 hari dirawat di hospital,siapa kita untuk menolak kehendak dan perancangan yang telah dibuat. Al Fatihah...

cerita lanjut di sini Bersama Mazidul: FARIS TELAH PERGI BUAT SELAMANYA ... AL-FATIHAH
www.mazidulakmal.com

ALAHAI...

Tuesday, February 21, 2012

MAMA PUN KENA BELAJAR LAGI

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

pagi tadi terpaksa kejutkan Sakinah awal daripada biasa.alasannya masih ada kerja sekolah yang tidak selesai.malam tadi dah ke kelas malam dan balik pukul 10 terus tidur.katanya dah mengantuk.minggu ni saja banyak kelas yang terpaksa dikorbankan dek kerana latihan tariannya untuk menyambut rombongan dari Jakarta,Indonesia.

dalam soal kerja sekolah atau apa sahaja yang membabitkan SEKOLAH,memanglah CITH tidak mudah untuk berkompromi.maklumlah,kita pernah menjadi pelajar dan tenaga pengajar maka segala helah dan apa sahaja memang sudah difahami.budak-budak ni memang sukalah kalau ada peluang nak keluar kelas@ponteng@tuang kelas tapi bila balik rumah mak ayah lah yang harus bertanggungjawab untuk membuat 'spotcheck" terhadap apa yang tertinggal di sekolah.

mungkin kerana CITH ini berkerjaya di rumah, maka semuanya perlu untuk diambil tahu.memang dalam hati kata;"emm...biar,tengok kan.dia buat tak kerja dia sendiri..."tapi memang tak boleh.kena juga 'bising' untuk bertanya itu dan ini.dek sebab itu mamanya inilah lebih rasa susah hati,stressnya melihatkan banyaknya kerja-kerja yang tertinggal.anak?emm...rilex sahaja.katanya nanti boleh buat...

sudahnya,mama terpaksa turun padang sekali duduk membantu si anak buat kerja sekolah.dalam masa yang sama mama pun kena belajar juga.maklumlah otak ni kalau tak diasah selalu,maka mudah berkarat.macam tulah.pagi tadi ditanyakan pada CITH tentang latihan simple present tense...emm...mama dah lama tak buat latihan ni.apa lagi? teruslah menggunakan khidmat google untuk menyelesaikan masalah.al hamdulillah,betul orang kata,maklumat ada di hujung jari.terpulang pada kita hendak atau tidak sahaja ambil tahu...

dah selesai menghantar dia ke sekolah agama,CITH menyambung kembali pencarian dan pemahaman dengan meng'google' lagi dan lagi...memang mama kena belajar lagi ni...

ALAHAI...

Monday, February 20, 2012

BANTUAN DIPERLUKAN DARIPADA KITA


Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

kali ni CITH nak share dengan kalian di luar sana dengan cerita ni.pada mulanya CITH juga tak perasan akan kisah sedih ini.mungkin jarangnya menonton berita di tv agak nya...huhu...

tapi ruang maklumat bukan setakat di tv kan,ada banyak medium maklumat yang boleh didapati hari ini.moga perkongsiaan ini tidak terlambat hendaknya.kalian boleh mengikuti kisah ini selanjutnya dengan mengikuti blog saudara Mazidulakmal.http://www.mazidulakmal.com/2012/02/mata-faris-terbuka-tetapi.html

keluarga ini memerlukan bantaun untuk anak mereka yang berusia 6 tahun yang kini sedang dirawat di Sime Darby Medical Center,Subang Jaya.anak kecil ini dalam keadaan yang agak kritikal kerana menghidap penyakit barah darah.bantuan diperlukan untuk membantu pembayaran kos hospital yang ditanggung oleh keluarga ini.

moga perkongsiaan ini akan memberi kegembiraan untuk keluarga ini.mudah-mudah anak kecil ini diberikan kekuatan untuk terus berjuang.amin...

ALAHAI...

JUJUR AKU DAYUS UNTUK SIAPA?

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

agak lewat untuk me'review' kembali slot cerekarama yang ke udara Sabtu lepas di TV3.dah lama sangat rasanya tak berkesempatan untuk mengikuti siaran drama di tv ketika malam hari.tapi entah kenapa untuk yang kali ini CITH memang menunggu di depan kaca tv dan siap bermesej dengan pakwe CITH untuk kami skype selepas cerita itu habis.

rasanya tajuk inilah yang menarik minat CITH untuk ada di depan tv iaitu kerana JUJUR AKU DAYUS.melihat senarai pelakon serta penerbitnya memang tak salah bahawa ia bakal drama yang bagus.jangkaan itu memang benar walaupun masih kelihatan beberapa sudut kepincangan di situ.

antara kepincangan itu;perjalanan plot yang agak sedikit hambar dan tidak beberapa kemas pada ketika di tengah cerita dan di hujung cerita..mungkin kerana kekangan masa itu menjadikan keadaan ini.selain itu,watak kakak iaitu Rozie Rashid lebih sesuai untuk menjadi ibu daripada berwatak kakak.mungkin faktor umur dan keadaan fizikal beliau sendiri.Nora Danish masih seperti lakonannya yang lepas-lepas iaitu berwatak lembut sesuai dengan suaranya itu.rasanya watak seperti ini memang 'makanan' dia.sebaliknya pemegang watak Edree iaitu Beto Kusyairy inilah yang menjadi sebab sampingan untuk CITH melayan cerita ini sehingga selesai.tertanya juga siapa mamat ni...hasil daripada meng'google' barulah kenal siapa dia ini.

apa pun,kalau diambil baiknya dalam drama ini,memang ada banyak baiknya.ini yang CITH dapat untuk meng'implementkan' pada diri yang serba kurang ini:antaranya;

1.komunikasi-komunikasi antara suami dan isteri harus berlandaskan komunikasi 2 hala.bukannya seorang bising,seorang senyap membisu.maka itu menambahkan lagi masalah sekiranya sudah sedia ada.ma.sing-masing kena bercakap untuk meluahkan apa yang tidak selesa dalam perhubungan itu

2.berterus terang-memang 1 elemen yang sangat penting dalam pehubungan suami isteri.dek kerana kealpaan untuk menyatakan yang benar atau tak benar itu,akhirnya memakan diri sendiri.konsep berdiam diri konon untuk menutup kesalahan diri memang bukan satu tindakan yang bijak.sebaliknya keadaan inilah yang akan menambah segala rasa hati yang tidak baik apabila diketahui oleh pasangan.

3.jaga diri-ini memang satu peringatan kepada diri CITH juga walaupun tanpa drama ini pun memang dah tahu.bila berjauhan dengan pasangan,selagi menjawat jawatan isteri maka segalanya harus dijaga sesuai dengan status yang dipegang.berjauhan itu bukanlah lesen untuk berbuat sesuatu secara sesuka hati.

4.kemaafan itu perlu ada-kata sebahagian orang,memaafkan itu mudah tapi untuk melupakan ia adalah sesuatu yang sukar.CITH juga mengakuinya.kadang tu kita mudah saja boleh maafkan tetapi payah sekali nak lupakan sesuatu yang dah jadi itu.tapi ada juga keadaannya yang maaf itu menjadi sukar dilafazkan dek kerana ego yang meninggi...

kesimpulannya,setiap nilai jika dilihat secara baik,maka baiklah yang kita dapat.tapi kalau sebaliknya kita melihat,maka itulah yang kita dapat.tapi satu yang berlegar di kepala ini,'kalau situasi melihat kemungkaran isteri dengan lelaki lain menjadi sesuatu yang dayus jika tidak dilepaskan,maka apa pula gelaran pada isteri yang melihat kemungkaran suaminya?...'emmm....

pada DIA juga CITH bermohon kebaikan untuk kita semua pasangan suami isteri.amin...

ALAHAI...

Sunday, February 19, 2012

MENGAMBIL ANAK ANGKAT INDONESIA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

rasa macam tak sabar pulak nak menerima kedatangan 2 orang anak angkat CITH pada hari Rabu ni.bukan lama pun hanya setakat 3 hari 2 malam sahaja mereka berada bersama CITH sekeluarga.

program mengambil anak angkat ini adalah di bawah projek pengantarabangsaan antara sekolah Sakinah dengan SD AL Zahra Indonesia.pada tahun lepas,Sakinah berkunjung ke sana.maka tahun ini mereka pula membuat lawatan balas ke sini.kalau tahun lepas Sakinah merasa tinggal di rumah keluarga angkat,kali ni CITH sekeluarga pulak yang menjadi keluaga angkat untuk mereka.

hari Rabu ni mereka bakal sampai dan barulah tahu gerangan anak angkat CITH tu! hihi...kita yang rasa teruja pulak bila dipilih untuk menjadi keluarga angkat buat mereka.menurut surat yang CITH dapat,tak susah pun kerja ni.mereka hanya bersama CITH pada waktu malam sahaja sebabnya pada waktu siang,mereka memang telah sedia dengan aktiviti yang telah disusun.ok lah tu kan...

persiapan untuk CITH? dah tentulah memastikan bilik tidur 2 orang anak angkat ni.hari ni tadi dah minta Sakinah mengemaskan "tikus-tikus" dalam bilik tidur dia...(orang sibuk,memang banyak bela tikus!...hihi...).CITH pun dah siap memenuhkan peti sejuk di rumah ni dengan stok bahan mentah untuk djamu kepada tetamu.kata pakwe CITH,tak payah nak bergulai sakan.budak-budak kan...nanti kalau tak betul masak,dapat cirit birit pulak haru dibuatnya.maklumlah takut perut tak tahan.jadinya CITH bercadang nak masak yang goreng dan bakar-bakar ajelah nanti.

kata Kak Cik CITH pulak,
"ko bawaklah pegi makan kat luar tu.makan western ke apa...kasi yang lain daripada kat tempat mereka lah..."
CITH katakan pada Kak Cik,
" kalau bawak makan kat tepi jalan tu boleh tak? nak tunjukkan kat dia betapa ramainya orang dia kat Malaysia ni mencari rezeki..." emmm...

kelakar pun ada,tapi biarlah kita tunjuk yang baik-baik.moga bila dia balik ke sana dia dapat menyampaikan keadaan sebenar rakyat mereka di sana.maklumlah antara kita dan Indonesia memang selalu ada "panas". harapnya mereka ini dapat dibukakan mindanya...

ALAHAI...

Saturday, February 18, 2012

LAYANG-LAYANG DILEPAS LAJU DITARIK PERLAHAN-LAHAN


Assalammualaikum semua pengunjung CITH...selamat berhujung minggu bersama orang tersayang.

orang tua-tua selalu berkata; sayangkan anak,tangan-tangankan.sayangkan isteri,tinggal-tinggalkan.sayang suami lepas-lepaskan?...."hihi...apa pulak kaitannya ye...

hampir dah nak setahun CITH dan pakwe CITH duduk berjauhan dek kerana tuntutan tanggungjawab terhadap kerjaya.dia dengan tanggungjawabnya manakala CITH di sini dengan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.perasaan? hemm...hanya orang yang melaluinya akan tahu perasaan itu.mungkin ada lagi di luar sana yang lebih berbeza keadaannya berbanding CITH.mungkin dalam kes CITH tidaklah sehebat mereka.

yelah macam CITH cakap,sayangkan suami dilepas-lepaskan...huhu...tapi dalam masa yang sama tetap ditarik perlahan-lahan macam kita bermain layang-layang.kadang-kadang bisikan jahat itulah yang membawa hati ini kepada fikiran yang bukan-bukan.sedikit sebanyak ada juga rasa yang tidak menyenangkan apatah lagi kalau orang di sekeliling kita tidak berfikiran positif.mereka ini secara tidak langsung menyumbang kepada rasa yang tidak baik kita kepada pasangan.orang seperti ini mesti dijauhkan!!!.

macam CITH juga,pada peringkat awal berjauhan ada rakan-rakan yang memprovok CITH mengatakan; "sian ko kat sini dengan anak-anak...dia kat sana free je.hanya fikir kerja.tak payah ingat lain...." ada juga yang kata; "tak takut ke jauh dengan dia?..." ada pulak yang lebih over lagi membangkitkan rasa yang lagi menyakitkan...entahlah.memang kalau sekali dengar rasa tak berbekas pada hati tapi bila banyak kali kita dengar, sedikit sebanyak hati ini tercuit juga!CITH manusia biasa lagi lemah...huhu...tapi tu lah,semuanya berbalik kepada persoalan hati.orang-orang seperti ini harus dijauhkan kerana ia membawa virus negatif dalam hati dan lantas mengganggu hubungan.

lidah mana yang tidak tergigit,lautan mana yang tidak bergelora?macam tu juga dalam sebuah perhubungan.ada rasa suka,ada rasa marah,ada rasa cemburu,ada rasa sayang,semuanya berwarna warni...terpulang pada diri sendirilah nak pilih warna mana yang dia suka.apa pun CITH lebih suka bermain layang-layang...dilepas laju kemudian ditarik perlahan-lahan.

siapa kita untuk mengawal semuanya kan.sesungguhnya hanya pada DIA segala urusan diserahkan." Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

ALAHAI...

Friday, February 17, 2012

NILAI DUIT BERUBAH IKUT TEMPAT

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

perasan tak semakin hari nilai duit semakin mengecil.kalau dulu RM50 bawak ke pasar tani dapatlah stok untuk seminggu,tapi sekarang mampu untuk 2@3 hari saja.ni bagi famili kecik macam CITH.kalau famili besar mungkin lagi jauh bezanya kan...

petang tadi CITH ke KLCC dek kerana bujang kecik ni sibuk nak naik tren.saja buang-buang masa...sambil tu bawaklah si kecik ni minum di La Cucur.banyak-banyak kuih yang ada,ni kuih yang berkenan dek hati dia.KARIPAP.mula tu beli satu,agaknya sedap beli lagi.tengok bil? emmm...besar ni punya saiz = RM1.00!

tengok kan harga di tempat yang "bernama" ini.kalau kat tepi-tepi jalan tu,kuih macam ni masih lagi dapat 40 sen sebiji.emm...tapi yang herannya memang ramai orang kita yang mampu untuk berbelanja di sini.bukan setakat duduk-duduk minum saja tapi siap makan yang betul-betul pun ada.satu yang tak bagusnya,ramai yang bertali leher(gamaknya masih bekerja) berada lama di sini.terfikir jugak; "ni tuang kerja ke apa?...."

ALAHAI...

Thursday, February 16, 2012

SAYA BUDAK BARU BELAJAR

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

telatah anak yang baru nak belajar menghafal nama ahli keluarganya...ni lah yang CITH rakamkan dengan anak bujang kenit CITH sewaktu menunggu kakaknya habis kelas malam tadi.

memang sejak 2-3 hari ni dia menghafal nama ahli keluarganya...hihi...selalu kata dia dah big boy.layan ajelah ye...

ALAHAI...

Wednesday, February 15, 2012

SUAMI YANG DITINGGAL

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

lambat pulak menulis di sini hari ni dek kerana ada kematian yang berlaku di kalangan saudara.kematian itu sesuatu yang pasti.dah semua yang dijadikan berpasangan maka hidup pula lawannya mati sesuatu yang bukan luar biasakan.pemergian isteri menjadikan suami berstatus bapa tunggal atau perkataan biasanya 'duda'.

biasa golongan isteri yang ramai ditinggalkan sama ada ditinggalkan untuk selamanya atau tinggal untuk sementara atau tinggal sekejap ada,sekejap tiada.pendek kata ditinggalkan oleh si suami.ramai yang kekal berstatus sendiri dan ada ramai juga yang mampu mencipta kejayaan dengan orang baru atau di sebaliknya.

kalau dilihat kepada si suami pula.bagaimana kalau ditinggalkan isteri? contoh masa berpantang isteri di kampung?tengok fizikalnya,tengok rumahnya...huhu..ada yang tak sempurnakan.tapi kalau dalam konteks pergi tak kembali lagi? bagaimana? kalau usianya masih muda bertenaga,...emmm..kawin lagi?kalau tua?hidup sendiri?...atau bagaimana?sukar sekali untuk membuat telahan kan.

ni lah tadi yang kami semua dok sembangkan untuk pak saudara yang ditinggalkan si isteri yang sudah hampir 50 tahun dikahwini.emmm...dalam tempoh itu pastinya pasangan ini telah melalui pahit manis,masam bersama...bak kata; cubit peha kanan,peha kiri rasa sakitnya juga.ini apa tah lagi orang yang selama ini ada di sebelah tiba-tiba tiada di sebelah,tiada di mata,hanya ada dalam kenangan semata.huhu...boleh sakit meroyan juga dibuatnya...aduhai...

kalau si isteri (mak) yang tinggal mungkin pengisian masa boleh bersama anak,cucu.kalau si suami (ayah)...adakah betah untuk tinggal bersama anak ,menantu dan cucu-cucu?emmm...semuanya menuntut kerjasama dan saling memahami antara satu sama lain.

jika usia sudah dipenghujung senja bagi CITH lah,baiklah pergi mencari bekalan yang mungkin masa muda banyak yang tinggal.mungkin dek sebab itu Allah jadikan keadaan ini supaya kita ini diberikan ruang dan peluang untuk mengumpul "saham" untuk dijadikan bekalan bertemuNYA kelak.wallah'hualam.

apa pun keadaan yang ditinggalkan itu,perjalanan hidup masih perlu diteruskan.kehilangan atau ditinggalkan memang sakit dirasainya.hanya mereka yang pernah merasainya itu saja yang mampu memberi maknanya...Al Fatihah untuk arwah Mak Itam Saipun...

ALAHAI...

Tuesday, February 14, 2012

CABARAN DAN DICABAR OLEH PENDIDIKAN MASA KINI


Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

semakin hari dunia pendidikan semakin mencabar.bukan setakat mencabar golongan yang digelar pendidik bah kan ia juga mencabar keupayaan dan kemampuan anak dan ibu bapa sendiri.

kalau dahulu masa CITH membesar,kami sebagai pelajar tidaklah rasa tertekan untuk mendapat keputusan A apatah lagi mak ayah yang tidak terbuka sangat pada ketika tu.apa yang mereka mahukan ialah anak-anak menamatkan persekolahan pada usia atau tahap yang sesuai iaitu antara SRP atau pun SPM.kalau lebih tinggi daripada itu,itu dah dikira bonus yang luar biasa.

kini,suasana sudah berubah.persekitaran menuntut mak ayah juga berubah untuk memastikan kecemerlangan anak-anak bukan berhenti setakat PMR atau pun SPM.sebaliknya mahu lebih tinggi dan tinggi lagi.ini sekaligus menuntut anak-anak untuk menjaga prestasi pelajaran mereka untuk meneruskan kelangsungan kejayaan dalam pendidikan.

CITH sendiri rasanya memang tercabar dan dicabar! huhu...apatah lagi selibus pembelajaran anak-anak sekarang bukan macam dahulu.kalau dahulu hanya kenal Kajian Tempatan,Sains,Kemahiran Hidup...semasa di sekolah menengah tapi kini tidak lagi.mak ayah pun kena update dengan pembelajaran anak-anak.kalau tidak,masalah akan timbul...huhu...CITH sendiri pun ada kalanya "tersangkut" juga apabila ada soalan yang "kantoi" untuk CITH sendiri selesaikan...aduh...

tambahan subjek baru di tahap dua ini memang bagi CITH agak berat berbanding yang sebelum ini.apatah lagi bertambah dengan selibus dari sekolah agama.pendek kata,mak ayah sendiri kena bukak buku juga bersama anak-anak.mungkin kepada anak yang boleh bergerak sendiri,mereka tidak memerlukan bantuan mak ayah.senang cakap anak itu dah tersedia lebih cekap daripada yang lain.tapi kepada yang sederhana,pastinya bantuan mak ayah sangat perlu.kadang-kadang tu CITH pun rasa tertekan tapi pujuk hati balik apabila mengenangkan kalau mamanya sudah tertekan,bagaimana pulak anaknya...kesian kan...

malam tadi,di sekolah Sakinah bermulanya kelas tuisyen malam anjuran PIBG sekolah untuk pelajar tahap 2.kelas bermula jam 8-10 malam.memanglah kalau diikutkan penat,memang penat tapi nak buat macam mana.dunia sekarang menuntut kepantasan dan persaingan.itulah yang selalu CITH bisingkan pada Sakinah supaya mengenepikan perasaan penat,malas yang akirnya akan melemahkan diri untuk menghadapi saingan yang semakin hebat.

nak tak nak,cabaran ini harus ditangani.pengorbanan masa,pengorbanan terhadap yang menyeronokkan terpaksa diketepikan demi tuntutan pendidikan itu sendiri...duhai anak,kuatkan semangat.dunia hari ini memerlukan ilmu untuk menjadi khalifah yang benar-benar berguna untuk agama,bangsa,keluarga dan negara!

ALAHAI...

Monday, February 13, 2012

WESTERN DI THAT LITTLE GERAI

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

hari ni CITH nak berkongsi tempat makan baru yang CITH pergi malam semalam.malam semalam versi all girls kecuali si kecik CITH ni sorang 'jejaka'.hihi...kiranya ini kali keempat CITH dah pergi tapi baru kali ini CITH masukkan artikelnya.

nama tempat ni ialah THAT LITTLE GERAI.walaupun hanya berkonsepkan gerai tapi makanan yang dihidangkan tetap setanding macam di restoran-restoran juga.menyediakan rangkaian 'Western food' yang disediakan oleh 2 pakar chef mereka yang masak di hadapan kita iaitu daripada Chef Aidy dan Chef Ray.memang tidak menghampakan.apatah lagi kalau datang ke sini dalam keadaan perut yang memang lapar dan selepas itu anda pasti bersandar kekenyangan! ni serius!!!...

ok,apa yang kami order semalam? inilah dia...oppps lupa pulak CITH tentang harganya...maklumlah kali ni Kak Cik CITH yang jadi taukenya,jadi terlupa pulak nak meminta bilnya untuk disimpan...huhu...tapi harga untuk kami berlima dengan air buah-buahan semuanya ialah RM 130.00.

senang cakap,makanan di sini ada rupa,ada rasa dan pastinya ADA HARGA!...tapi kalau dah cuba sekali memang rasa nak datang lagi.ini diakui oleh mereka yang CITH bawak semalam.kalau sesiapa nak cuba,ini alamatnya.bagusnya telefon dulu untuk tempahan meja.maklumlah tempatnya agak kecil dan sedikit terhad.waktu mula beroperasi ialah dari pukul 6 ke atas.

THAT LITTLE GERAI
Jln AU5D/1 Lembah Keramat Ulu Klang
Kuala Lumpur.

tel:017-3193585

Saturday, February 11, 2012

RATAH KERANG PAGI-PAGI

Assalammulaikum semua pengunjung CITH....selamat berhujung minggu.di tempat CITH hari ni,semua sekolah ada sekolah ganti baik sekolah agama,begitu juga sekolah kebangsaan.maklumlah cuti Tahun Baru Cina tempohari,terlebih cuti...ni kenalah gantikan.

balik dari menghantar Sakinah tadi,CITH pun singgahlah di pasar tani.seronoknya kalau pergi awal pagi.maklumlah semuanya masih segar lagi.orang pun masih tak ramai.seronoklah kalau kita nak memilih-memilih tu.

bawak si kecik ni,tak lain tak bukan...dari jauh lagi dah bising nak mintak cockle,cockle...selagi tak beli dulu,selagi tu tarik tangan kita ajak beli yang dia nak dulu.nasib baik nak mintak makanan kan...jangan dimintanya mainan tu...hihi...

balik je rumah,dah mintak nak cockle dia.ingat benda tu boleh terus makan agaknya.apa lagi CITH pun terus je cuci kerang tu dan bubuh sedikit air,rebus.kejap tu,dah nampak kerang yang tersenyum.apa lagi bersorak sukalah peminat ni...

pagi ni,dia sorang-sorang je dah siap ratah kerang rebus dengan cicah kicap+cili padi+limaunya...makanlah anak oi...yang sekor tepi dia tu...dok dapat pandang dan bau ajelah ye...sorry tak boleh!

ALAHAI...

Friday, February 10, 2012

SEMAK DIRI CARA WARREN BUFFET

Assalammulaikum smeua pengunjung CITH...

perasan ke dengan nama Warren Buffet ni? mulanya CITH tak kisah sangat tapi bila ada kawan CITH tu kalau ditegur sikit cara perbelanjaan atau pun gayanya,sering kali dia kata Warren Buffet macam itulah pasal tu dia mampu jadi kaya.

ok,sedikit perkongsiaan yang CITH dapat dalam FB yang dihantar oleh teman CITH mengenai Warren Buffet ini.juga untuk mengenal lebih detail,sila lawat di sini...http://irfansuri.blogspot.com/2011/03/siapa-warren-buffet.html


istilah kaya ini pada setiap orang lain-lain penerimaannya.ada tu kata kalau tak ada hutang keliling pinggang,tu dah kira kaya.

ada juga menilai kekayaan itu daripada besar mana,banyak mana rumah,kenderaan yang ada atau juga simpanan wang mahu pun aset hartanahnya.masing-masing lah kan...

CITH sendiri pun kadang-kadang tersalah juga dalam membuat penafsirannya.kadang tu tengok orang berkereta besar,dah berdetik dalam fikiran ni; "oii kayanya orang tu..." tambahan bila berumah besar,bergaya besar semuanya mengundang istilah kayanya orang itu kan...

apa-apa pun mengenai Warren Buffet ini,yang baik jadi contoh,yang kurang baik dijadikan sempadan.CITH pun mengingatkan diri sendiri juga...maklumlah kita di rumah ni kan sebagai menteri kewangan keluarga.kalau silap audit,maka banyaklah yang silap keluar...huhu...

ALAHAI...

SEMBILANG SALAI MASAK LOMAK BELIMBING


Assalammulaikum semua pengunjung CITH.salam Jumaat untuk semua.moga dalam kebaikan dan rahmatNYA selalu.

rasanya dah lama betul tak ada entri pasal lauk di sini.maklumlah kadang tu rasanya,masak kita ni biasa-biasa je.tapi hari ni ada menu baru,jadinya CITH nak kongsikan menu tengahari CITH di sini.


hari ni CITH masak lomak cili padi ikan sembilang salai bersama belimbing.maklumlah belimbing tengah lebat buahnya sekarang...

ikan sembilang ni anak buah CITH yang belikan dengan dah disiapkan sekali salainya.memang berbaulah asap api tu pada ikan.ni yang Sakinah 'kureng' nak makan pulak sebab baunya lain macam sikit kan! yelah baunya macam hangit-hangit sikit.kita yang mama-mama ni memang sukalah kan...

apa pun kata tetamu CITH yang datang makan tengahari ni tadi-memang sedaplah.maklumlah tak selalu dapat yang sudah siap disalai. kalau setakat ikan tu memang senang nak dapat.

ALAHAI...

Thursday, February 9, 2012

UPDATE BONUS LUTH 2011

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

panasnya di luar...huhu.CITH baru saja balik dari meng'update' buku akaun Tabung Haji(LUTH) di Bank Islam yang berdekatan di sini.kalian yang ada akaun ni dah buat yang sama ke? selalunya bila musim meng'update' ASB rasanya ramai yang agak bisingkan...tapi yang satu ini publisitinya akan perlahan sedikit.maklumlah ASB tu selalunya memang awal tahun.pastinya memang ditunggu-tunggu untuk kegunaan sesi persekolahan baru.

untuk tahun ini,LUTH telah mengumumkan bonus kepada penyimpannya sebanyak 6% iaitu peningkatan sebanyak 0.5% berbanding tahun lepas.jumlah ini terlebih dahulu telah mengambil kira penolakkan zakat simpanan iaitu sebanyak 2.5%.

kalau diambil kira kadar ini,ia sememangnya tidak jauh bezanya dengan simpanan di ASB.lihat kadar dividen dan bonus ASB tahun 2011:
sebelum tolak zakat: dividen 7.65% bonus 1.15% = 8.8%.
setelah ditolak zakat 2.5% = 6.3%

nampaknya dari tahun ke setahun,LUTH juga berusaha membawa pulangan yang kompetitif kepada pendepositnya.sedikit sebanyak merubah persepsi orang ramai yang mengatakan simpan di LUTH hanya semata-mata nak pergi buat haji.itu memanglah salah satu tujuan LUTH diwujudkan tetapi dalam masa yang sama ia juga merupakan salah satu ruang dan peluang pelaburan yang boleh kita buat untuk masa hadapan.peluang yang bagus tidak seharusnya dipandang sebelah mata...

ALAHAI...

Wednesday, February 8, 2012

NOTA WASIAT SEMASA UMUR MASIH ADA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...nampaknya mula sibuk ye kita golongan mama yang bekerja di rumah ni.maklumlah,hari ni anak-anak ke sekolah semula.rutin harian pun bermula lah...hihi...

hari ni,satu buku yang sudah CITH khatam bacaannya ialah buku mengenai
wasiat.huhu...mungkin ada yang kata,banyak mana sangatlah harta yang nak diwasiatkan...dah nak mati sangat ke kita sampai perlu nak buat wasiat ni atau yang sewaktu dengannya...

tak kisah lah bagaimana pandangannya tapi buku ini seharusnya kita semua ambil tahu.

JUDUL : NOTA WASIAT
PENULIS : MD GHAZALI IBRAHIM (adik kepada arwah ustaz Asri Rabbani)
TERBITAN: MUST READ SDN BHD
MUKA SURAT: 88 MS
HARGA :RM 15.90

ajal,maut,pertemuan dan perpisahan itu bukanlah di dalam pengetahuan kita.hanya DIA yang maha mengetahui apa yang kita hamba yang lemah ini tidak tahu.maka selain amal ibadat sebagai saham untuk diri kita untuk dibawa bertemu DIA,kita juga perlu berbuat sesuatu untuk mereka yang ditinggalkan.

memanglah harta tak banyak mana tapi sekiranya yang tak banyak itu gagal untuk diuruskan dengan baik,bagaimana pula untuk mengembangkan harta itu kan...bagaimana pulak hal kehidupan untuk waris-waris kita yang ditinggalkan?semua itu memerlukan perancangan awal daripada kita semasa kita masih hidup.

maka buku tulisan ustaz Ghazali yang sering ke udara di Tanyalah Ustaz TV9 ini sesungguhnya mampu mengubah pandangan kita terhadap kekhilafan kita dalam menyebut mengenai wasiat.memang ada instrumen pembahagian harta pusaka secara faraid tetapi selain itu ada lain kaedah yang boleh kita gunakan dalam tujuan memastikan mereka yang kita sayang mendapat hak atas kerja keras kita semasa hidup.contohnya seperti Hibbah@hadiah pemberian yang diberikan kepada seseorang waris kita tanpa mampu dicabar haknya oleh mahkamah!

yalah,kita tanya balik diri kita,kerja keras kita selama ini untuk siapa?
CITH pasti jawapannya sudah tentulah untuk keluarga iatu kebajikan pasangan hidup kita dan juga anak-anak yang sedang membesar selain sedikit sumbangan untuk keluarga mahu pun sebagai amal jariah kita.justeru menulis nota wasiat seperti yang dihuraikan dalam buku ini adalah sebagai satu langkah untuk kita meluahkan kasih sayang kita kepada mereka.

penulisan buku ini sangat mudah difahami dengan gaya bahasa yang tidak meleret-leret.terdapat beberapa contoh yang dilampirkan oleh penulis untuk dijadikan contoh kepada kita.

CITH pun baru menyiapkan 4 halaman bertaip untuk menulis nota wasiat kami suami iateri yang ditujukan kepada salah seorang daripada kami dan khususnya untuk anak-anak kami.Insya Allah bila selesai nanti,CITH akan update di sini...

ALAHAI...

Tuesday, February 7, 2012

SOAL ANAK LEBIH UTAMA DARIPADA HARTA LAIN

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

hari ni last day untuk berehat/bermalas-malasan mahu pun bersiap nak balik ke rumah masing-masing setelah lama bercuti.esok bermula aktiviti seperti biasa.anak-anak pun mula sekolah semula.

bercakap pasal anak ni,semasa pertemuan CITH dengan rakan sekolah tempohari pun memang persoalan anak lah yang menjadi topik penceritaannya.maklumlah masing-masing nak update status diri sendiri.ada yang baru berkahwin,ada yang sedang berbadan dua,ada yang masih single ada tu dalam proses nak menambah anak dan ada juga yang dah 'tutup kedai' katanya...hihi...

perasan tak,bila berjumpa soalan macam nilah selalu ditanya; "anak berapa dah? anak sulung berapa tahun?" semuanya berkisar tentang anak.tak pulak tanya simpanan berapa,rumah berapa banyak...yang ditanya dah tentu pasal anak.kalau anak seorang ditanya bila dah ditambah,kalau dah berderet tu timbul pulak rasa kagum dan soalan-soalan nakal..."ramainya askar..." macam-macam kan...

apa pun,memang wajarlah kedudukan anak itu lebih tinggi nilainya daripada segala aset yang ada.anak itu adalah lambang kejayaan bagi kedua ornag ibu bapanya.dek kerana itulah jika berjayanya seorang anak itu,maka tersenyum lebar ibu bapanya dan begitulah keadaan di sebaliknya.

aset yang bertimbun,rumah besar mana,jawatan tinggi mana orang tak pernah persoalkan tapi sebaliknya orang kita mahu mengambil tahu hal anak.maka sebab itulah bila berkahwin lama tapi tak punya anak,memang rasa "lain". itu yang kadang kala mendatangkan stres kalau tidak ditangani dengan bijak.yelah,mana-mana pergi khususnya di majlis-majlis kenduri kendara,orang akan bertanya; "dah ada anak?/ bila lagi nak ada baby? /merancang ke?...dan macam-macam...

pasal itu jugalah kita tengok ada di antara kita yang kurang mampu tapi mempunyai bilangan anak yang ramai.bagi mereka itulah aset mereka di masa hadapan.bak kata pepatah; untung sabut timbul,untung batu tenggelam kan...manalah tahu di antara yang ramai itu ada yang menjadi orang yang mampu mengubah nasib keluarga.menurut kata kawan CITH pada majlis tempohari,sepanjang dia sebagai doktor sakit puan,umur ibu mengandung yang paling tua ialah 53 tahun!emmm...

apa-apa pun,masing-masing punya pendapat.ada yang mahu famili kecil,ada yang mahukan famili yang besar...yang penting kualiti dan kuantiti itu biarlah berjalan seiringan ditambah dengan tanggungjawab yang seharusnya tidak boleh dikesampingkan.

ALAHAI...

Monday, February 6, 2012

PERTEMUAN BERBELAS TAHUN KERANA PERKAHWINAN

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

hari ni KL masih lagi lengang.warga KL dan Selangor masih bercuti sehingga esok.bermakna hujung minggu ini ramai di antara kita 'makan angin' agaknya.semalam CITH sempat menghadirkan diri ke majlis kahwin rakan sekelas zaman sekolah rendah dulu...adoh sungguh nostalgia rasanya!

maklumlahlah,bukan setakat berbelas tahun tapi ada tu dah berpuluh tahun tak berjumpa sebaik sahaja habis sekolah darjah 6.jarak masa yang panjang ini membangkitkan pelbagai kenangan terindah di antara kami.meski pun ada di antaranya dahulu tidak rapat,tetapi bila dah berusia ini itu semua tidak penting.apa yang penting pertemuan ini sesuatu yang indah.

wujudnya Facebook membawa kepada proses menjejaki kawan-kawan lama dari sekolah rendah hinggalah ke universiti.bila dah dapat bertemu di alam maya,ingin pula bertemu secara bertentang mata.yelah di alam maya tak sama di alam sebenar! hihi...rasanya,untung juga ada majlis perkahwinan ini maka satu pertemuaan dapat diaturkan.itu pun banyak kali CITH menulis di status di FB sekolah supaya ramai lagi rakan-rakan turut hadir ke majlis ini.yelah,kita hanya merancang pertemuaan itu tapi DIA juga yang mengizinkan kejadiannya.

walaupun tidaklah sampai sekelas yang hadir tapi sebilangan ini pun bagi CITH sudah cukup happening dan sangat berbekas di hati ini...pelbagai perubahan yang boleh dilihat...hahaha...perubahan masa turut membawa perubahan status,diri, dan segalanya.
kalau dulu zaman sekolah dialah yang selim melim,sekarang ni dah bertukar saiz,kalau dulu pendiam sekarang dah kecoh sikit,kalau dulu cerah,sekarang lagi cerah,kalau dulu tak mesra,sekarang sudah mesra pendek kata semuanya berubah!

memang sangat seronok.ada yang kata lepas ini CITH kena usahakan untuk membuat pertemuan lain pulak bagi memanjangkan lagi hubungan ini.maklumlah,berjumpa di rumah orang kahwin ni tak sesuai sangat nak bersembang ye.itu pun semalam rasanya kamilah yang paling over di majlis tersebut.ketawa tak pandang kiri kanan...hihi...apa taknya,ada tu muka dah berubah,bila berborak dah lupa nama.bila dah ingat nama lain pulak jadinya...tergelak-tergelak lah mengingatkan cerita lama.kesian dengan pengantin yang tak dapat nak joint kami yang lain dek karana tengah sibuk bersiap.

selepas ini memang memerlukan pertemuan lagi...ALAHAI...

Saturday, February 4, 2012

Ya Nabi Salamun Alaika - Raihan

Assalammualaikum semua pengunjung CITH....selamat berhujung minggu yang panjang.

untuk diri CITH yang kerdil ini dan juga kalian di ruang maya ini,jom sama-sama kita perbanyakkan selawat dan memperingati tokoh paling hebat yang tiada tolok tandingannya-Nabi Junjungan Besar,Nabi Muhammad s.a.w.

mudah-mudahan ini langkah awal kita termasuk CITH sendiri untuk perbaiki hidup kita.manusia seperti kita memang mudah lupa.bagaimana kita nak Nabi ingat kita kan...kalau kita pun jarang nak ingat dia...Ya Allah...huhu...



ALAHAI.

Friday, February 3, 2012

REZEKINYA SAMPAI TAK TERMAKAN

Assalammulaikum semua pengunjung CITH. salam Jumaat yang barakat.mari kita sama-sama memperbanyakkan selawat kepada Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

hari ni CITH nak kongsikan kesyukuran yang melimpah ruah kepada DIA yang melimpahkan juga rezeki kepada kami.apa tu? ni dia...
ini dia buah belimbing buluh yang pagi tadi CITH dapat kaitkan.masuk yang ini dah rasanya 3 kali berbuah.kalau tak silap CITH.tapi kali ini buahnya semakin lebat dan saiznya boleh tahan besarnya.memang geram menengokkannya.

dua hari lepas dah dikaitkan seplastik untuk diberikan kepada rakan -rakan kakak CITH di ofis dan jiran kat sebelah rumah ni.hari ni pulak insya Allah nak diberikan kepada rakan-rakan mengaji petang nanti.untuk CITH,cukup sekadar 3@4 biji sahaja untuk dibuat sambal belacan.maklumlah bila tak ada pakwe ni rasanya selera pun terputus juga..hihi...anak-anak bukanlah kaki makan yang bersungguh-sungguh.memang dalam hati nak masak lemak cili padi dengan telur itik (adoh...ingat air tangan arwah mak...huhu...),masak udang galah ke,daging salai ke...TAPI tak cukup korom dan kaki makan yang nak makan.beras yang dimasak 1 cawan pun tak boleh habis ini kan pulak lauk-lauk sebegini.emmm....

tak mengapalah,rezeki yang berlebihan ini sama-samalah kita kongsi.tak dapat kongsi yang lain,kongsi yang ini harapnya dapat manfaat untuk semua.CITH dan anak-anak seronok mengait buah dan mengutip buah...hihi...

ALAHAI...

Thursday, February 2, 2012

UMUR YANG SEMAKIN BERTAMBAH SABAN TAHUN

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

bercakap mengenai umur,ada di antara kita yang malu-malu alah nak sebut umur sebenar,ada tu pulak yang memang open bila ditanya.masing-masing punya pendapat sendirikan.yelah,kadang tu bila tiba-tiba ditanya umur,terasa tersedak tu bukan sebab apa,sebab baru perasan mak aii...banyak dah nombornya! hihi...

kalau zaman di bangku sekolah dulu,dengar cikgu berumur 25,30,40 rasanya huh....macam diri ini jauh je nak sampai ke tahap itu.yelah,masa tu pun masih berhingus lagi.tapi kini bila diri sendiri sudah mencapai tahap umur itu rasa; 'aik cepatnya masa berlalu. sekarang umur dah masuk 3 series lebih!" al hamdulillah,segala pujian untuk DIA yang memberi kesempatan untuk CITH merasa umur ini.

kalau dah lahir bulan Januari,lepas tu pulak minggu pertama lagi,maka kecepatan umur meningkat itu memang sangat dirasai.Sakinah pulak,bila masuk tahun baru dah tanya CITH; "mama,tahun ni umur mama berapa?" hahaha...dah siap-siap tanyakan...maka nak berselindung rasa muda itu memang tak ada chancelah nampaknya!

bagi CITH,perubahan dan peningkatan umur hanya sekadar nombor.yalah saban tahun bertukar nombor sama ada nombor di depan mahu pun nombor di belakang.apa yang lebih penting pengisian dan manfaatnya umur itu pada diri sendiri dan sekeliling.biarlah kemantangan itu mencerminkan perubahan umur diri.

tapi ada juga yang kata,semakin tua semakin menjadi! adoh.... ni pun boleh dilihat daripada 2 aspek.satu aspek yang baik dan satu aspek yang kurang baik.aspek yang baik mungkinlah bila umur semakin meningkat tua ni...oopss dewasa!...mungkin pemikiran dan corak tindakan kita juga semakin berubah.maka apa yang kita buat itu lebih nampak terarah dan mencapai sasarannya maka itulah yang dikatakan semakin tua semakin menjadi.sebaliknya kalau dilihat yang tak baik, pastinyalah di sebaliknya itu menjadi semakin lupa diri atau juga berubah menjadi seperti orang muda-muda kembali.

ada juga yang berkata,muda hanya sekali dan tua itu tak pasti.CITH suka ayat ini.memang kita merasai muda hanya sekali.muda dahulu dengan muda sekarang sangat jauh bezanya.macam langit dan bumi umpamanya.CITH selalu katakan pada Sakinah; dulu ramai orang baik tapi sekarang semakin ramai orang tak baik...muda dahulu tidak sampai ke tahap mengandung di luar nikah,buang anak,perkosaan sana sini,bunuh orang sesuka hati,merompak hasil orang tak kenal belas kasihan dan yang sewaktu dengannya.(mintak dijauhkan amin...) tapi muda dahulu sibuk dengan urusan sekolah,bantu mak ayah berkebun,memancing sana sini dan sebagainya.bukan tak ada yang nakal.ada.ada yang suka curi ayam,curi basikal,ponteng sekolah...ada.tapi masalah itu dapat dikawal dan kurang angkanya berbanding sekarang.

bila tua tak pasti tu,yelah siapa kita yang dapat menentukan panjang pendek umur kita.kadang tu,yang muda ini tak sempat merasa umur pencen dah mendapat panggilan daripada DIA,ada tu belum sempat berkeluarga,ada tu belum sempat mempunyai anak mahu pun cucu...semuanya tak pasti kan.jadi umur yang ada pada hari inilah seharusnya dinikmati sepuasnya kerana kita tak tahu apa yang bakal berlaku selepas hari ini.

CITH tertarik dengan Dato' Chef Wan yang selalu dengan ayat yang ini; 'kita hidup kat dunia ni tak lama.buat apa nak pening-pening kepala nak pikir hal yang remeh temeh dan menyesakkan.nikmati hari-hari ini dengan berfaedah.jangan menyesal kalau esok tak sempat.'

muda dan tua bukan sebab untuk Allah mencepatkan atau melambatkan apa yang diiinginkan...CITH pun harap nak buat dan fikir yang baik-baik aje.biarlah umur berapa sekali pun tapi semangat tetap muda untuk meneruskan apa yang belum selesai hihi...

ALAHAI...

Wednesday, February 1, 2012

INSENTIF PELABURAN DIBUKA TERPULANG PADA KITA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

bercakap pasal tahun baru,apa yang diazamkan?bagi CITH selain mendoakan untuk diberikan kesejahteraan,kebahagiaan,kesihatan yang baik dan sebagainya,turut berazam untuk menambah dana simpanan kewangan yang ada untuk anak-anak.

kebelakangan ini pelbagai insentif yang dibuat oleh kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia membuat pelaburan dan penyimpanan.yelah,semakin hari semakin tinggi untuk menyara kos hidup,pendidikan mahu pun perubatan.tu semua
memerlukan..MONEY..MONEY...MONEY...(duit..duit...di mana kau duit...)

untuk golongan kanak-kanak,pelaburan dalam unit Amanah Saham Bumiputera(ASB)dengan dikenali sebagai Buku TING adalah satu pelaburan yang tidak harus dilepaskan.ia membuka pelaburan penyimpanan sebanyak RM10 ribu ringgit maksimum dan kemudian setelah berusia 18 tahun barulah boleh menukarnya kepada akaun dewasa ASB (buku biru).

selain itu penyimpanan dalam tabung pendidikan Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) juga merupakan satu langkah jangka masa panjang untuk anak-anak kita meneruskan pendidikan di masa hadapan.melalui RM 3 ribu simpanan setahun dalam akaun ini,penabung iaitu ibu bapa akan mendapat pelepasan cukai daripada LHDN.satu langkah mengurangkan kadar cukai yang dibayar! hihi...

terbaru ini,kita semua sedia maklum dengan satu lagi skim pelaburan yang dibuka oleh kerajaan.skim yang dikenali sebagai Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia @SARA 1Malaysia.rasanya memang dah banyak info berkenaan dengan SARA ini di media massa.CITH pun tak nak lah mengulas lanjut mengenainya.mula pertama kali dengar skim ini memang lah rasanya nak mohon,begitu juga di kalangan adik beradik yang lain TAPI bila diperhalusi syaratnya,nyata ia bukan untuk kita.lebih tepat,skim ini memberi peluang kepada mereka yang sepatutnya.

semalam,kebetulan CITH pergi ke Bank Simpanan Nasional.biasalah hujung bulan/awal bulan,banyak yang kena dibuat di bank.melihat ramai yang meminta borang permohonan di kaunter maka CITH pun bertanya pada staf yang terlibat.maka inilah sedikit sebanyak info yang boleh dikongsi bersama.

1.satu skim pelaburan yang berjumlah RM 5,000.skim ini terbuka untuk isi rumah iaitu pendapatan suami isteri yang tidak lebih daripada RM 3,000 sebulan.

2.sekiranya balu atau duda,mereka hendaklah mematuhi syarat di atas dan mestilah mempunyai tanggungan.

3.pemohon tidak ada simpanan yang berjumlah RM10,000 dan ke atas dalam mana-mana simpanan di bawah Permodalan Nasional Berhad.

4.pemohon tidak diisytiharkan muflis.

5.pemohon perlu membayar ansuran pinjaman kepada bank sejumlah RM84 setiap bulan dan hanya dibenarkan mengeluarkan dividen sahaja sepanjang tempoh 5 tahun itu.mereka hanya boleh mengeluarkan kesemua wang yang ada termasuk pokok hanya setelah mencapai tempoh matang iaitu 5 tahun.

jadinya,ternyata skim ini memberi peluang kepada golongan sasaran untuk membuat simpanan mereka di masa hadapan.kepada mereka di luar golongan ini,maka tak perlulah nak menipu atau membuat sebarang percubaan untuknya.segala tindakan itu hanyalah sia-sia.segalanya akan disemak terlebih dahulu.jadi jangan buat penat ambil borang,isi borang...

apa pun tujuan kerajaan melancarkan skim pelaburan ini tidak perlulah untuk dibahaskan.bagi CITH ia sesuatu yang bagus untuk menggalakkan orang kita menyimpan,dan menyimpan dan menyimpan...makin hari semuanya makin mahal.takkan kita nak mengharap percuma semata kan...

ALAHAI...

LAMA DIBIARKAN BERSAWANG

Assalammualaikum untuk semua pengunjung yang masih ada dan sudi untuk berkunjung ke CHEMPAKA IN THE HOUSE...

Ya Allah rasa lama sangat tak update di sini.ibarat rumah kalau lama tak dikemaskan,bukan ke banyak sawangnya...aduhai...begitu jugalah rumah CITH yang satu ini.itulah dia kalau banyak sangat yang ingin dibuat dalam satu masa,maka tak terkejar dibuatnya.


sebelum tu,memang rasa dah terlambat pun.TAPI CITH tetap juga ingin mengucapkan selamat tahun baru 2012,moga kedatangan tahun baru ini akan merubah kita menjadi orang yang baru ye.tak kiralah baru dalam apa bentuk sekali pun.apa pun,biarlah baru itu yang membawa pengisiaan dan manfaat yang baik.

selain ucapan tahun baru,ucapan selamat bercuti juga untuk warga Wilayah Persekutuan-KL,Labuan dan Putrajaya.minggu ni rasanya semua orang menghitung hari cuti nampaknya.apa ke tidak,hujung minggu ini sekali lagi akan berhujung minggu yang panjang bersempena hari kelahiran Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan juga hari Thaipusam.pastinya kalian sudah membuat perancangan bersama keluarga untuk hari cuti berkenaan.

kembali kepada cerita bersawang tadi...huhu...bukan apa CITH mendiamkan diri di blog.CITH masih aktif di FB.yelah kalau FB tu dengan handphone pun terus je boleh update statusnya.ringkas sahaja.tapi bila blog ni,nak ditaip di skrin yang alahai... tu,rasanya memang kurang praktikal.ni bagi pendapat CITH lah ye! sebaik sahaja balik bercuti dari bumi Arab,CITH dah sibuk kembali urusan menyandang tugas yang sedia ada,iaitu tugas yang tak pernah abis.(tapi kadang tu buat tak tahu je...hihi...).

tahun ini,jadual harian Sakinah pun agak padat daripada yang lepas-lepas.maka bertambah kerja keluar masuk,naik turun tangga menghantar dan menjemput dia.(tidak sesekali menyesal dengan tanggungjawab ini...)lagi satu,huh ni rasanya memang tak boleh dimaafkan...hahaha...apabila dah terkena penangan siri Korea maka semua kerja jadi terhenti seketika.sebelum balik ke KL tempohari,pakwe CITH ada downloadkan 2 mini siri Korea.mulanya malas nak tengok.tapi bila 1,2,3 episod tengok,habis!!! dah jadi ketagih nak tengok sampai habis.satu siri pulak tu ada 50 episod.bayangkanlah...tak ke tak jadi kerja dibuatnya.adoh...ni dah selesai tengok.rasanya tak mahu dah tergoda dengan citer-citer macam ni lagi.satu virus BAHAYA yang patut dielakkan...hihi...

satu lagi,aktiviti menghabiskan segala bahan bacaan yang telah dibeli pada tahun 2011.rupanya masih ada yang belum habis khatam.bila dah tahun baru ni,stok buku lama kena dihabiskan sebelum stok buku baru masuk pulak.

tu lah tu yang menyumbang kepada bersawangnya blog CITH ini...semasa jari-jari ini sibuk menaip,dalam hati berazam untuk terus menulis dan menceceh di sini.rasanya ini sahaja medium untuk diri sendiri berkongsi cerita.kalau dulu di zaman sekolah,ada
diari menjadi teman setia,nampaknya kini tidak lagi.diari hanya untuk mencatat perkara penting yang kena@nak buat,keluar masuk duit,bla...bla...

rasanya cukup dulu untuk coretan yang pertama di tahun baru,di hari yang baru dalam bulan Februari ini....

ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala