pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Friday, March 30, 2012

NAK JUGA SENTUHAN MAMA

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...salam pagi Jumaat.

pagi ni di tempat CITH,hujan.sekolah pulak pagi ni,kalau tidak ada yang tarik selimut lagi pagi ni kan...huhu...sebut pasal sekolah ni pun nak citer pasal sekolah juga.

malam tadi Sakinah mengeluarkan kerja sekolahnya.ada 2-3 subjek yang perlu dibuat.salah satunya Bahas Inggeris.ingatnya seni lukis,yelah dia keluarkan kertas lukisan rupanya tak.kena buat kerja menampal untuk BI pulak.apa lagi,CITH dah agak dah ni mesti ada kerja menggunting,menampal dan seterusnya nak kena mewarna atau sebagainya.

"mama,boleh tolong Ina tak,cari gambar pastu tampalkan.Ina nak buat piramid makanan. Ina ada banyak lagi kerja sekolah lain nak buat ni"
"ni untuk subjek apa ni?"
"untuk BI.teacher kata siapa yang cantik ada markah.boleh tampal kat kelas.Ina nak lah macam tu"

macam mana tu? tak tolong,alamat tidur lewatlah malam ni. nak tak nak CITH pun ambilah gunting,majalah lama untuk mencari gambar yang sesuai.kalau tak kerana ada homework lain,memang CITH tak kan campur tangan.tapi memandangkan dia ada banyak lagi kerja nak buat,maka CITH pun "turun padang" samalah membuatnya.tapi dah cakap awal,
"mama hanya gunting dan tampal sahaja.kerja lain Sakinah yang kena buat sendiri"

sambil menggunting dan menampal tu,sempat jugak masukkan cerita lama zaman persekolahan CITH dulu-dulu.bukan apa,sekadar halwa telinga dan nak kasi motivasi lah kononnya! hihi...

CITH katakan pada dia,bahawa zaman sekolah mamanya dulu, tak adalah mak atau abah (arwah nenek dan atuk dia) yang nak buatkan kerja-kerja anak.mak abah zaman tu tak sekolah tinggi.tak berapa pandai dengan apa yang anak belajar di sekolah.tapi anak-anak tetap dan masih boleh buat kerja malahan boleh berjaya! tapi sekarang,mak ayah semua berpelajaran.anak-anak pulak ada banyak masalah pembelajaran.bagaimana tu kan...? itulah sedikit sebanyak yang CITH 'bebelkan' kat dia.

sambil tu sempat dia mengingatkan CITH jangan buat cantik sangat.nanti teacher perasan yang itu bukan hasil student.haha...haha...tahu pun.jadinya,CITH pun buat-buatlah gunting senget-senget sikit.tampal tu pun senget juga.yelah,konon student yang buatkan,tapi mama student yang buat sebenarnya! CITH rasa,cikgu di sekolah pun bijak untuk menilai hasil kerja pelajar kan!

bila dah siap,pandai pulak dia kata; cantik.emmm....bodek lah tu.sebenarnya dia memang nak sentuhan mama ni jugak !

ALAHAI...

Thursday, March 29, 2012

SETAKAT RM 25 APALAH SANGAT!

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

rasanya,rata-rata di kalangan kita dah tengok tajuk akhbar hari ini kan.tapi yang satu ni memang menarik tumpuan CITH dan sekaligus melahirkan perasaan marah pun ada,kecewa ada,geram pun ada...emmmm...entahlah.sekaligus,menimbulkan pertanyaan apakah ini 'warna' Malaysia,negaraku tercinta?

HANYA DIDENDA RM 25? apalah sangat dengan nilai RM 25 sedangkan mereka ini mampu meraih lebih daripada itu.

bukan setakat denda itu sahaja yang CITH nak pertikaikan,tapi CITH nak tanya juga kepada pihak berkuasa,adakah setakat itu sahaja yang boleh dikenakan kepada mereka?

kalau tiada peruntukan penjara sekalipun tapi tak kanlah denda setakat RM 25! aduhhhhhhhh.....tak kan denda lain yang dikenakan seperti khidmat masyarakat yang dikenakan kepada mereka.seperti contoh; khidmat di rumah kebajikan misalnya untuk satu-satu tempoh tertentu atau pun sebagainya.

CITH rasalah kan,pastinya mereka bertiga ni ketawa besar dengan denda yang harus mereka bayar.apa taknya, RM 25!.dapat,lebih daripada itukan...RM 25 apa sangatlah.malu? malu kerana masuk muka depan suratkhabar tapi glamour jugak kan.yelah bukan senang nak dapat cover muka depan lagi!

entahlah, mana silapnya kita dalam mendidik masyarakat.kesalahan membaling selipar,dikenakan denda setahun penjara,maka tinggallah si isteri membesarkan anak-anak bersendirian.ini mereka bertiga ni...sekadar denda RM 25! memang CITH rasa jauhnya pengadilan itu dibuat.geram pun ada!!! apa taknya setakat jumlah ini,bagi CITH ianya langsung TIDAK MEMBERI APA-APA KESAN!

TAPI,siapalah diri ini,biarlah memberi pendapat berapi pun,siapalah CITH.hanya mentimun kecil.hanya mampu meluahkan rasa hati di ruangan blog ini sahaja.emmm...moga anak-anak Melayu kita dilimpahkan hidayah dan petunjuk daripadaNYA.amin...

ALAHAI...

Wednesday, March 28, 2012

MENU ALA-ALA KOREA GITU


Assalammualaikum pengunjung CITH...

dek kerana baru dapat ole-ole dari Korea semalam dan juga diprovakasikan dengan makan bubur di Korea,maka hari ini menu CITH pun ala Korea lah jugak.nak tunggu pergi Korea entah bila kan...huhu.

lagi pun hari ni Kak Cik CITH nak datang lunch di rumah,jadinya adalah bertambah orang kat rumah ni nak makan bersama.menu hari ni,bubur nasi segala macam campur (ayam,daging,carrot,sawi dan cendawan butang),ikan bilis goreng,seaweed dan juga kimchi.kimchi ni diperbuat daripada lobak putih.rasanya? emm..boleh tahan pedas jugak.kata Kak Cik CITH,yang ni kira 'pertengahan pedas' ada lagi yang lebih extra pedasnya!

dah kata menu macam orang Korea kan...jadinya mangkuk makan pun kenalah jugak sama.hihi...makan dalam bekas stainless steel macam dalam gambar tu...kata pakwe CITH, praktis dulu...nanti-nanti boleh makan kat retoran Korea pulak.(pergi Korea belum ada dalam proposal lagi...huhu...)

tapi bagi CITH lah,selain konon nak rasa macam orang Korea,makan dalam mangkuk yang comel ni secara tak langsung menyukat makan kita jugak.yelah,kalau dah mangkuk kecik maknanya makan pun sikitlah kan...tu yang boleh kontrol makan tu.tapi tak bolehlah makan guna mangkuk ni kalau lauk asam pedas ke...masak lemak cili padi ke...aduh...itu memang kena cari pinggan jugak rasanya! hahaha...(tak boleh lah nak makan sikit...)

ALAHAI...

Tuesday, March 27, 2012

HARI MENDAPAT PEMBERIAN ORANG

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

seronok tak kalau dapat hadiah orang kasi? sure seronok kan.maunya tak seronok!apa tah lagi kalau barang yang orang kasi tu memang menjadi minat kita.maka jawapnya bertambah-tambah seronok!

macam tu jugalah CITH hari ini.tengahari tadi dikejutkan dengan kiriman pos laju daripada kawan CITH-http://jomlah-zarina.blogspot.com.
kalau sebelum ni,dia nak kirim apa-apa pada CITH pastinya diberitahu dulu.kali ni tak pulak.konon nak buat suprise lah tu! hihi...apa pun,kirimannya memang CITH suka sangat.2 kepingan FRIDGE MAGNET dari Brunei dan Pangkor menambahkan lagi koleksi CITH! suka sangat....

petang,Kak Cik CITH datang ke rumah membawa ole-ole dari Korea pulak!dia baru sampai dari bercuti di Korea malam tadi.apa lagi,pastinya tak lain tak bukan fridge magnet yang ditunggu.hari ni sahaja,bertambah 3 keping fridge magnet CITH.al hamdulillah.sukanya...

selain fridge magnet yang pastinya untuk CITH,ole-ole lain dari Korea ialah baju,kimchi,seeweed,set chopstik dan mangkuknya sekali.wah,lepas ni kena praktislah nak guna chopstik ni...manalah tahu kalau-kalau proposal CITH nak ke China hujung tahun ni diterima oleh MR BOSS.harap-harap adalah tu...fuh...(tiup-tiup sikit...hihi..)

ALAHAI...

Monday, March 26, 2012

POLITIK YANG PELBAGAI WARNA


Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

wah..wah.hari ni CITH nak mengomel pasal dunia politik pulak.hihi...bukan apa,kadang tu bila baca suratkhabar,baca di blog,nonton di TV rasa macam kelakar pun ada,meloyakan pun ada,susah hati pun ada...macam-macam adalah.(foto oleh Google.com)

apa taknya,macam-macam cerita orang politik kita ni.kejap dia kata orang tu yang buat pasal,kejap dia kata bukan,kejap dia kata dah hilang percaya pada tampuk pimpinan,tapi sekejap tu tarik balik.aduhai...macam-macam.kalau dulu sahabat baik lebih dari isi dan kuku,tapi kini macam anjing dengan kucing pulak.ada sahaja yang nak disemburkan.tu lah dia kan warna-warni politik kita khususnya orang yang terlibat dalam dunia politik.lebih daripada pelangi adanya!

ada yang kata,politik itu kotor! bagi CITH,politik itu tidak kotor.dalam sejarah Islam,nabi dan para sahabat pun berpolitik.maka itulah lahirnya Piagam Madinah atau Sahifah Madinah yang merupakan satu perlembagaan terawal yang lengkap dicatatkan.undang-undang yang memperuntukan hak dan tanggungjawab orang Islam dan bukan Islam di dalam sebuah negara Islam iaitu Madinah.jadi,apa yang kotornya? yang kotornya ialah,pemain politik yang lupa diri bila diberikan amanah dan tanggungjawab-ORANG ITULAH YANG K.O.T.O.R

orang itu kotor bila gagal melunaskan amanah yang telah diberikan oleh masyarakat kepada mereka.orang itu kotor bila gagal melaksanakan tanggungjawabnya kepada orang jagaannya dan orang itu kotor bila hanya mengutamakan kepentingan sendiri dan merampas hak,kepentingan orang lain.maka bagi CITH,orang politik itu memang sangat KOTOR! kotor mereka tidak mampu untuk dihilangkan waima dengan pencuci clorox sekali pun! dasyatkan kotor itu...huhu...

macam juga senario ahli politik kita di Dewan Parlimen.nampaknya seperti bertegang urat untuk membawa sesuatu isu.tapi di luar dewan, bagaimana?bergelak ketawa? senang hati? boleh makan dan minum seperti biasa?boleh melelapkan mata?boleh melancong ke sana ke mari?....jawapannya- semua boleh! tak payah susah hati nak fikir masalah rakyat.

dek kerana itulah,mereka yang digelar "ahli politik" ini sangatlah SUKAR kalau nak melepaskan jawatan atau berundur diri.waima umur dah berstatus "GOLDEN AGE". tetap kukuh mengenggam jawatan.tak kisahlah jawatan kecik ke,besar ke...janji jawatan dalam politik.sebab apa? sebabnya banyak kepentingan diri yang tak selesai lagi untuk diperjuangkan....maka,berwarna warnilah rupa dan wajah politik kita di Malaysia,negaraku tercinta ini!

ALAHAI...

Sunday, March 25, 2012

SEEFOOD UNTUK SEISI KELUARGA


Assalammulaikum semua pengunjung CITH...selamat berhujung minggu.

kalau dah 5 hari dipenuhi dengan aktiviti sekolah-pagi,sekolah agama,petang -sekolah kebangsaan,malam-kelas tambahan lah...mana ada masa free untuk bersuka ria.jadinya semalam lah hari kami bertiga keluar outing.kata orang-kasi chancelah untuk happy hour kan!

semalam,CITH bawaklah dua beradik ni ke KLCC menonton tayangan filem SEEFOOD.ni kira first time bagi Hakimi masuk ke panggung wayang.cuak juga dalam hati kot-kot kang dia nangis ke apa ke...mujur semua ok.walaupun pada awal tu,dia dah ajak balik sebab keadaan dalam panggung wayang yang gelap.hihi...

tapi bila dah start je citer,dah ok semua.apa taknya pergi panggung macam nak berkelah kan...ada stok makan!

filem SEEFOOD-sebuah kisah sesuai untuk tontonan seisi keluarga.kalau dibaca reviewnya di blog-blog memang adalah yang pro dan kontranya.tapi CITH ambik pendekatan yang mudah-filem ini memang sesuai untuk semua.apatah lagi untuk tontonan anak-anak kecil kita.filem berkisar bagaimana hidupan laut pun mempunyai hati dan perasaan yang suci murni dalam perhubungan persahabatan.satu nilai yang sangat baik.sampai hari ni,Hakimi CITH masih teringat watak ikan jerung-Julius menyelamatkan kawannya Pup.dia cakap;
"sian pish small kena tangkap dengan abang tu.abang tu not good.sian pish...pastu Julius datang tolong kan ma..."

nampaknya,dia faham jalan cerita ni.betulah,kalau betul caranya kita sogokkan pada anak-anak,maka betullah penerimaan mereka.tapi sayangnya,amat kurang cerita yang sesuai ditonton oleh seisi keluarga.banyaknya cerita yang "lebih over".

kepada yang belum menonton filem ni,pergilah menontonnya.pastinya tertarik dengan animasi di dalam laut dan sekaligus mesej cerita ini.

ALAHAI...

Friday, March 23, 2012

MAMA BOREK,ANAK RINTIK SAMA?


Assalammualaikum semua pengunjung CITH.salam Jumaat untuk semua.

selalu orang kata ayah borek,anak rintik tapi kali ni CITH tukar menjadi MAMA BOREK,ANAK RINTIK.ni falsafah baru CITH lah kiranya! hihi...bukan apa,ini sesuai dengan senario CITH dan anak,Sakinah.apa taknya,CITH melihat sebahagian yang ada pada dirinya adalah implement daripada diri CITH sendiri.

ini bukan CITH yang perasan tapi orang yang terdekat dengan CITH pun mengatakan yang sama.kata mereka,CITH dan Sakinah-macam 'panas'.entah mana panasnya tak tahulah tapi memang kadang-kadang suhu panas jugak dengan dia ni...hahaha...maklumlah walaupun anak masih di bangku sekolah rendah tapi tak sama macam zaman CITH dulu-dulu.kalau dulu,dengar bunyi motor ayah balik atau pun dehem ayah sahaja,dah terus tutup tv atau buat-buat ada kerja.tapi sekarang ni,cakap sekali tak ada respon.cakap dua kali sama juga.cakap kali ketiga dah tinggilah bunyinya tapi boleh pulak ditempelaknya kita; 'kenapa mama marah...' aduh....tu lah yang kadang-kadang 'hangin'.huhu...

kembali kepada sifat yang sama,rasanya 'keras kepala' tu kot...hihi...CITH rasa memang masa muda-muda dulu selalu keras kepala.tu lah orang tua selalu kata,kalau anak tu ada nakalnya, cek balik kita zaman jadi muda dulu...rasanya betullah tu.keras kepala bukan apa,keras kepala yang ikut betul dia.memang pandai berdebat untuk mengatakan pendapat.bila dah berdebat,tu yang naik pening mama nak membalas.ada saja yang dijawabnya kembali.mungkin kerana keterbukaan kami dalam famili untuk meluahkan pendapat aatau apa yang berkenan di hati maka anak di usia muda pun dah pandai 'berkata dan menjawab'.

dalam sudut yang lain pulak,ada satu sifat yang CITH bangga pada dia.keaktifan dia di sekolah.CITH rasa,sifat ni dia ikut CITH...hihi...apa taknya,kalau dulu zaman sekolah,CITH suka dan aktif dalam apa jua pertandingan,aktiviti di sekolah.kini,CITH lihat sifat tu ada pada dia.macam-macam aktiviti di sekolah yang nak diceburi.sampaikan CITH kata,cukuplah tu.apa taknya,selalu sangat keluar kelas disebabkan latihan itulah,latihan inilah.tapi dulu,kerja sekolah taklah bertimbun macam hari ini.hari ni,tiap hari ada kerja yang dibawa ke rumah.bukan dia seorang,rata-rata di sekolahnya memang ada banyak kerja sekolah dibekalkan.kalau tak masuk kelas tu,lagilah banyak yang tertinggal.keadaan inilah yang menyebabkan kerja semakin bertambah.

satu kelemahannya,masih belum pandai membahagikan masa.tak tahu kepentingan masa.semuanya mama kena aturkan.kalau kita diam,tak beratkan dia maka dia pun buat-buatlah lupa.displin itulah yang kurang.bab ni memang CITH tak boleh nak berkompromi.memang faktor ni yang jadi 'panas'.memang displin masa ini sangat CITH utamakan.kalau CITH dulu pun,memang kena bising kalau lambat.apa taknya,kalau lambat maka tertinggal banyak perkara.paling utama,tertinggal bas nak ke sekolah!

itulah karenah anak-anak.marah kita sebab sayangkan dia.bising kita sebab sayangkan dia.semuanya kerana sayang.setiap hari berazam pada diri sendiri untuk jadi ikon untuk anak-anak.nak jadi mama borek,anak rintik...mudah-mudahan.

ALAHAI...

Thursday, March 22, 2012

SELAMATKAH ANAK-ANAK KITA?

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

rasanya kita semua sedia maklum dengan kes-kes kehilangan/culik/bunuh/lari dari rumah yang melibatkan anak-anak,mahu pun yang berusia remaja.saban hari ada sahaja cerita tak sedap yang dipaparkan.kadang tu rasa takut dan malas nak baca berita-berita macam tu.rasa macam tak selamat sahaja keselamatan anak-anak kita sekarang!

apa taknya,keadaan ahari ini jauh berbeza sangat dengan keadaan kita di zaman kanak-kanak.mungkin dulu ada juga orang jahat tapi tidak sejahat hari ini.dulu,dengan berbekalkan lampu picit di tangan,balik mengaji dalam pukul 8.30-9 malam tu masih tetap selamat pulang lagi.keluar bermain di 'padang permainan' yang tak seberapa seperti hari ini,pun tetap selamat sampai di rumah.balik sekolah berjalan kaki atau mengayuh basikal di bawah panas terik matahari,juga selamat sampai di rumah.TAPI hari ini?...masya Allah.rasanya kalau macam dululah kehidupan anak-anak,maka banyak lagi kes-kes kehilangan,culik atau sebagainya boleh berlaku!

sebagai mama,CITh rasa kita semua sekarang susah hati nak melepaskan anak-anak kita kan.sentiasa memesan untuk beringat.seperti kata pepatah; malang tak berbau! pada MU Ya Allah,kita letakkan anak-anak kita untuk dipelihara keselamatannya.

itu kes yang tak dapat nak elak.tapi ada juga anak-anak yang sengaja buat kes sendiri.merancang melakukan penculikan diri sendiri dengan tujuan nak lari dari rumah kerana ikutkan hati dan rasa.aduh...wahai anak,tak sayangkan mama ke? tak sayang kan keluarga ke? tak sayangkan masa depan...? aduh,kenapa mudah sangat nak ambil hati,nak merajuk jika ditegur,jika dimarahi? apakah lari dengan lelaki itu penyelesaian masalah? pastikah lelaki itu lelaki yang baik? kalau dia baik,dia tak ajar untuk anak-anak lari..tak ajar anak-anak buat hal macam ni...Ya Allah,susah hati kan kita dengan kes macam ni...CITH titipkan simpati kepada semua keluarga mangsa.anak-anak,janganlah mudah bertindak ikut rasa dan hati.ingat;
ikut hati mati.ikut rasa,binasa!

keselamatan di depan mata belum terjamin,apatah lagi keselamatan di belakang mata kita...keselamatan hari ini tidak seperti selamatnya kita di zaman kanak-kanak dahulu.susah hati kita hari ini adalah lebih terasa berbanding susah hatinya ibu ayah dulu.rasnya kita kenalah memegang kembali falsafah " menjaga tepi kain orang' kerana inilah antara cara untuk kita sama-sama jaga anak kita,jaga anak orang lain juga.

pada DIA juga kita mohon keselamatan untuk seluruh anak-anak kita semua.amin.Ya Robb.

ALAHAI...

Wednesday, March 21, 2012

TERIMA KASIH GURU,TAHNIAH MAMA DAN ANAK

Assalammualaikum semua...

mana-mana mama yang punya anak dara/bujang yang mengambil result SPM hari ini pastinya boleh menarik nafas lega.maklumlah penantian telah berakhir.kenapa CITH katakan mama lebih lega? huhu...sebab mama ni selalu lebih OVER' daripada anak yang periksa.rasanya betulkan...CITH salah seorang daripada mama yang over ni! selalu rasa lebih daripada anak yang periksa.susahnya dapat mama macam ni kan...sorry lah Sakinah.

so,result SPM dah dapat.ada yang mengumpul A berderet.tahniah pada mama dulu,pada anak dan guru-guru.guru-guru pun memainkan peranan yang penting jugak.yelah,kalau tak kerana usaha bersungguh para guru ni,leteran guru-guru,bekalan kerja sekolah,kelas tambahan yang diberikan mana mungkin kejayaan pada anak-anak kita.kadang tu kita sendiri terlepas pandang pada peranan guru.pada CITH lah yang tak banyak pengalaman ini,adalah kurang sekali para ibu bapa atau anak-anak yang bila ditanya resepi kejayaan atau pun siapa yang mendorong kejayaan mereka,memberikan kredit kepada guru-guru mereka!rasanya disebabkan keterujaan yang amat sangat terhadap kejayaan diri,ada pihak yang dilupakan.

CITH mengingatkan pada diri sendiri dan Sakinah bahawa keberkatan belajar yang Allah kasi datangnya daripada ibu bapa dan guru-guru.satu pengalaman zaman sekolah yang CITH ingat sampai sekarang ialah kegagalan CITH untuk score 5 Prinsipal dalam STPM.CITH hanya dapat 4P1S.sebelum tu,CITH adalah antara harapan sekolah untuk score 5P memandangkan sejak 6Rendah lagi memang CITH score sampailah ke percubaan.pendek kata, (bukan nak angkat bakul...)CITH jadi library bergerak kepada kawan-kawan untuk masalah mereka.sehinggalah satu peristiwa,CITH sedikit 'menjawab dengan kasar' terhadap pertanyaan guru sastera untuk kertas Karya Agung.CITH rasa, nada jawapan CITH itu biasa saja tapi dibalas oleh guru tersebut mengatakan;

'awak jangan kurang ajar dengan saya ya.awak ingat awak dah bagus sangat ke.ingat sikit!'

aduh...kata-kata itulah yang meranapkan impian CITH dalam mencapai keputusan penuh STPM.CITH hanya lulus sebahagian untuk kertas sastera kerana kertas karya agung CITH gagal!walhal,semua soalan yang keluar tu adalah soalan ramalan yang keluar semasa percubaan dan masa menjawab pun,CITH dapat menjawab dengan sepenuhnya.namun itulah CITH katakan...KEBERKATAN.kata-kata cikgu itu tempohari memang terkena pada batang hidung sendiri.

itulah CITH katakan,bila berjaya-jangan lupa ingat balik pada guru-guru.ucap balik terima kasih dan sebut mereka sebagai salah seorang yang menjadikan kita berjaya selain ibu bapa dan utama dan pertama pastinya DIA Yang Maha Berkuasa.

untuk guru-guru-TERIMA KASIH SEMUA! kerana anda,anak kami berjaya hari ini...

ALAHAI...

Tuesday, March 20, 2012

KEMBALI MENJAWAT RUTIN BIASA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

lama kita tak bersua di sini.seminggu cuti persekolahan,seminggu itulah CITH sekeluarga berjalan.maklumlah bila ada cuti begini barulah pakwe CITH balik bercuti.kesempatan inilah digunakan untuk melengkapkan kami sebagai sebuah keluarga.

hari ini jadual rutin kembali seperti sediakala.pakwe CITH pun dah balik ke sarangnya semula malam tadi dan CITH kembali menggalas tanggungjawab di sini.anak-anak telah dipesan semuanya supaya jadi baik,jaga mama,dan segala macam pesan oleh babanya....huhu buat tak buat tu lain ceritalah kan! apa yang penting kecik besar dah dipesan.

Sakinah pulak awal-awal lagi dah iangatkan CITH;
"mama,baba tak ada nanti,mama janganlah suka marah..."

hadoh....anakku,bukan sebab baba tak ada mama jadi marah tapi sebab bila baba tak ada,korang mengada lebih.semunya kena bercakap banyak kali baru nak bergerak.itu yang buat temperature mama cepat je rasa nak naik.apatah lagi bila berjauhan,segala masalah dapat hanya dapat dikongsi rasa tetapi tindakan fizikal rasanya tidak sama dirasai.yelah,apa yang dapat mengadu saja dengan babanya.baba hanya dapat tegur melalui skype.emmm....biasalah tegur dari jarak jauh...masa depan mata tulah yang nak ikutnya.lepas tu, back to normal balik.tu lah budak-budak ni kan.macam-macam perangai.

kalau anak-anak dipesan,mamanya pun sama kena pesan. "jaga anak-anak,jaga diri,jaga kucing..."
pendek kata masing-masing menggalas tanggungjawab tersendiri.selalu CITH motivasikan diri sendiri bila kadang-kala rasa upset; "orang lain boleh sahaja hidup normal,mengapa aku tidak kan...bukan senang nak hidup senang."

pada DIA juga CITH serahkan segala rutin hidup perjalanan CITH seisi keluarga.terima kasih Allah.

ALAHAI...

Wednesday, March 7, 2012

SAKIT DAN SIHAT BUKAN KITA TAHU

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

sihat semuanya hari ini?kalau baca status di FB,ramai di kalangan kawan-kawan tak berapa nak sihat.kalau tak anak yang tak sihat,mamanyalah,ayahnya lah...pendek kata dalam minggu yang tak berapa nak sihat.

begitu juga CITH di rumah ni.kalau dua minggu lepas dan sehingga hari ini,Hakimi masih tak berapa sihat.ada hingus lagi yang tak kering dan sedikit batuk-batuk kecil, hari ni pulak CITH rasa lain macam.kepala berat,tekak dah perit,hidung dah mula sok sek...batuk pun dah sesekali berbunyi.CITH katakan pada Sakinah,biar mama dan adik terima sakit yang datang, sebab kami berdua tak takut makan ubat! kalau dia yang kena...alamak jenuh lah nak kasi makan ubat.ibarat kata,letak pistol kat tepi kepala baru rasanya nak makan kot..macam tulah seksanya nak kasi makan ubat.lagi satu,sekarang ni tengah mood ujian.harapnya biarlah dia dalam keadaan yang sihat.pepatah ada menyebut; otak yang sihat letaknya pada badan yang sihat juga! jadi,bila tak sihat otak pun boleh jem sekejap dibuatnya.

satu lagi keadaan,ada yang kata kalau kita ni pantang sangat pun dalam pemakanan kita, tapi kalau penyakit nak datang,dia datang juga! emmm...tapi kalau CITH,baiklah kita berpantang sekarang sebabnya kalau dah sakit apa yang sedap depan mata pun dah tentu tak boleh makan.masa tu mesti rasa menyesal kerana tak nak jaga kesihatan!

sihat kita hari ini anugerah yang tak ternilai.bila sihat boleh buat macam-macam.tapi kalau tak sihat...huhu..semuanya rasa tak bermakna.macam CITH dulu sewaktu menghabiskan tempoh berpantang 44 hari tak jejak tanah, rasa? emm...punyalah seksanya tak keluar-keluar rumah.pulak tu rasa jeles dan sedikit marah lah bila tengok orang lain keluar berjalan.kita? duduk je kat rumah.tapi tu lah,ada baiknya pula berpantang itu.diri kita ni kalau boleh nak lah dapat guna lama.yelah,banyak lagi yang tak cukup dan selesai-selesai...kalau sakit?bagaimana?

apa yang penting,kalau dah kita ni kena berpantang makan,kena ikut peraturan makan ubatnya,ada susulan dengan doktor atau sebagainya...maka usahakanlah diri untuk membuatnya.ini pun CITH pesan pada diri sendiri juga.yelah,sakit dan sihat kita bukan kita yang tahu.hanya DIA yang memiliki pengetahuan itu.

ALAHAI...

Tuesday, March 6, 2012

CUKUP POSITIF DAN TERBUKA KAH KITA?


Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

sejenak kita perhatikan diri kita sebelum kita perhatikan diri orang lain.maklumlah kita ni manusia biasa lagi lemah.kadang tu cepat sangat kita melihat dan menilai orang sedangkan diri sendiri tak cukup-cukup untuk dinilai.masya Allah.CITH bercakap untuk diri CITH yang lemah ini.(foto oleh:GOOGLE.COM)

kadang-kadang kita lepaskan geram pada orang,kadang tu kita kutuk orang,kadang tu kita marah atau mungkin maki orang.pada kaca mata kita,mereka itu semuanya bersalah dan kita inilah seorang yang betul.justeru kita ini boleh saja berlaku bebas sebegitu rupa pada orang lain.kita lupakan perasaannya,kita pedulikan maruah dirinya,kita tak hiraukan air mukanya dan sebagainya.apa yang penting kita berjaya melempiaskan apa yang tidak baik itu kepada mereka di luar sana.

kata orang bijak pandai,jari telunjuk kita sering menunjukkan kepada kesalahan orang.tapi kita sedar tak yang 4 lagi tu mengarah ke mana?pastinya yang 4 itu mengarah kepada kita.tengok! kita lagi terukkan daripada orang yang kita tunjuk!.CITH pun kadang-kadang jadi macam ni jugak.terutamanya pada Sakinah.selalu nampak ada saja di mata ini yang tidak betul.tapi mujur,DIA memberikan seseorang pada CITH untuk sedar diri,reflash balik,kembali bertenang semula...kata orang itu,jangan suka cari lemah orang.cari baik dia.kalau selalu buat macam tu,macam tu jugaklah orang lihat kita...terima kasih pakwe CITH...

memang CITH akui,kita ni kadang-kadang bila nak mengkritik orang bukan main terbukanya kita.segala peluru berpandu kita lepaskan.berdesyum..desyum.. bunyinya TAPI bila kita pula diserang, bagaimana? apakah kita terima secara positif atau kita pun membalasnya dengan M16 pulak?...huhu...kalau kita terima secara positif itu tanda,kita berfikiran terbuka dan mengakui kesalahan mahu pun kelemahan kita.sebaliknya kalau M16 yang kita balas,itu menunjukkan warna kita.siapa kita...egonya kita kan!

hanya kita yang kenal diri kitakan.sama ada positif atau terbukanya kita atau kita ini sebaliknya...mohon pada DIA moga sifat mahmudah itu ada pada kita semua.amin,amin...

ALAHAI...

Monday, March 5, 2012

AKU YANG BERKEPALA SERABUT

(FOTO OLEH: google.com)
Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

huh...tarik nafas..dan lepas...tarik dan lepas.kalau tarik tapi tak lepas-lepas,emmm alamat pergi tak kembali lah jadinya.

hujung minggu yang penuh sendat dan menyarabutkan.untuk hari ini,sendat tu dah legalah sikit...tapi serabut tu rasanya tetap ada sehingga ke hari Jumaat ini.Jumaat lepas,Kak Lang CITH ditahan di wad Ampang Puteri untuk minor operation lututnya.dah pastilah CITH menjadi driver dan pelawatnya.orang kat hospital ni memang dia nak ada orang datang tengok dia,care dengan dia.letaklah dia kat hospital mana sekali pun,dia tetap nak ada orang datang tengok dia.

lepas tu Sabtu pulak,membantu anak saudara CITH yang nak jadi pengantin 1hb Julai ni menyambung mencari barang hantaran.walaupun ada mak ayahnya,entahlah...mak saudara yang ini juga dia nak pakai.maklumlah mak saudaranyer ni kan ke 'kerja sendiri'...CITH ok sahaja janji hal rumah dan anak-anak dah siap.apatah lagi Sabtu lepas,Sakinah ada sekolah ganti pagi dan petang.CITH free lah sikit.apa yang penting matlamat mencari barang hantaran dan katering dah berjaya diselesaikan.habis 1 bab.ada lagi bab yang menunggu.

semalam pulak,Kak Lang CITH dah dibenarkan keluar hospital.pergilah mengambil dan menghantarnya balik ke rumah.selepas itu bermulalah acara pecah lemak untuk Sakinah.tapi sebenarnya,acara ni dah bermula minggu lepas lagi.minggu ni hanya meneruskan lagi dengan latihan-latihan sebagai langkah akhir untuk ujian formatifnya minggu ini.inilah yang serabutnya.mama lebih serabut daripada anak apabila melihat jadual ujian bertindih antara sekolah agama dan sekolah kebangsaan.nampaknya kena double trouble lah ni!

tu lah yang CITH cakapkan pada Sakinah; "Ina,kena kuat semangat.memang penat tapi kena lawan.minggu ni sahaja yang kena korban sikit masa-masa seronok.habis exam Jumaat,hari Sabtu kita dah pergi makan angin!"

harapnya dia boleh lawan penat dan penat dia tu.memang pun,Sabtu ni kami sekeluarga nak pergi makan angin.CITH katakan pada dia,bukan Sakinah saja yang kena berkorban,mama pun sama.Sakinah hanya ikut jadual mama.biar serabut itu pada mama seorang sahaja...hadoh...memang serabut kepala dibuatnya.

malam tadi pulak,si kecik CITH ni pulak panas sangat badannya.apa lagi terus masuk ubat punggung yang memang ada standby kat rumah.pagi ni tadi CITH bawak ke klinik...emmm dapat 5 jenis ubat.doktor periksa ada bunyi macam lelah sikit..huhu..syukur juga dia ni memang kaki suka makan ubat.jadi bab makan ubat tu lah taklah serabut mamanya...Allah hu Akbar.mintanya perancangan minggu ini semuanya berjalan lancar.rasanya kepala ni nak berehat-rehat sahaja tapi apa kan daya,masanya belum tiba...

ALAHAI...

Friday, March 2, 2012

SETIAP TAHUN PERLU ADA PEMBAIKAN


Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

mungkin kali ini entri CITH lebih bersifat peribadi sedikit.CITH budak baru belajar.pengalaman asam garam dalam rumahtangga tidaklah sebesar mana berbanding rakan blogger di luar sana!diri ini masih belajar dan ingin terus mahu melakukan pembaikan...(foto oleh GOOGLE)

11 tahun yang lepas selepas solat Maghrib,maka bermulalah status baru yang CITH pikul berserta tanggungjawab yang tersedia di hadapan.al hamdulillah,hubungan yang terjalin semasa bersekolah diikat dengan hubungan perkahwinan antara kami.

itu kisah dulu.orang kata nak mula hidup sebagai pasangan suami isteri bukan mudah.sementelah lagi kami bukan datang daripada keluarga bergelar.semuanya kami harus berusaha sendiri untuk mengadakannya.al hamdulillah...berdikit-dikit dahulu,bersenang-senang di kemudian.ketika itu wang hantaran tidak seperti hari ini yang bernilai 5@6 angka.cukup sekadar 4 angka ketika itu pun dah rasa cukup hebat! (nostalgia...)tapi dengan nilai 4 angka itulah,segala urusan perkahwinan dibuat dan menjadi modal permulaan untuk hidup berdua.al hamdulillah,cukup dan sama sekali tidak melibatkan hutang dengan mana-mana pihak sama ada keluarga,bank jauh sekali ah long!

bezanya dengan hari ini.keperluan material yang semakin mendesak menyebabkan bakal pengantin mudah sahaja membuat pinjaman dari mana-mana pihak.akhirnya sampai anak dah masuk sekolah pun,hutang masih belum selesai dibayar.

kalau dulu,sebelum majlis kahwin,antara kami dah menyewa rumah terlebih dahulu.jadinya sebaik sahaja selesai majlis di kampung,dah ada rumah untuk terus didiami.mulalah hidup sebagai pasangan suami isteri.bak kata lagu SM Salim-dulu seringgit makan seorang sekarang seringgit kena bahagi dua.huhu..tapi tulah orang kata niat yang baik pastinya ada rezeki yang baik juga Allah turunkan.perlahan-perlahan,pembaikan dalam hidup dibuat untuk memberi keselesaan dalam rumahtangga.akhirnya jadilah kami seperti hari ini.Alhamdulillah,syukur sangat-sangat padaMU ya Allah.

kalau dulu seorang,jadi berdua;dari berdua jadi berempat;dari kurus jadi berisi;dari tiada jadi ada;dari kecil jadi besar;dari hitam jadi putih...dan pelbagai perubahan dalam hidup berumahtangga berlaku.itulah yang dilalui sepanjang perkongsiaan yang masih muda.moga Allah memberi peluang perkongsiaan hati kami ini berpanjangan sehingga pertemuan kami di syurga kelak.amin.amin.amin YA RABB...

untuk pakwe CITH sekiranya membaca catatan ini,mari kita sama-sama perbaiki apa yang kurang dalam hubungan kita.moga kita terus menjadi mama dan baba untuk Hayatussakinah dan Hakimi.moga cinta dan kasih sayang ini terus mekar seperti mana hari pertama; "aku terima nikahnya..."

ALAHAI...

SUAMI SURA RUMAHTANGGA BOLEH SAJA

Assalammulaikum semua para pengunjung CITH dan salam Jumaat.

malam tadi CITH mengikuti program Semanis Kurma di TV9 dengan tajuknya; surirumah lelaki.dalam diskusi bersama ustaz jemputan iaitu Ustaz Muhamad Abdullah bersama dengan seorang tetamu undangan yang merupakan surarumah,ternyata ia satu diskusi yang sangat bagus.

bagusnya kalau para lelaki@suami juga turut mendengar perbincangan ini.yelah,dalam diskusi ini ditegaskan satu perkara yang sangat penting iaitu NAFKAH.walaupun si suami itu bergelar surarumahtangga tetapi dia masih dan tetap tertakluk dengan tanggungjawabnya untuk mengadakan nafkah untuk isterinya.

memang situasi sekarang kedapatan ramai golongan isteri yang menjawat jawatan besar dan tinggi di luar sana.mungkin bagi mereka,duit suami tidak perlu.yelah kalau gaji sendiri dah berpuluh ribu sebulan,tak kanlah setakat ratusan ringgit nak pandang kan?tapi itu lah yang yang menjadi salah faham di kalangan para suami juga.mereka mengambil kesempatan untuk tidak memberi nafkah dengan mengaitkan alasan gaji isteri dah banyak.maka mereka tak perlukan duit daripada si suami.

isteri pula bila mendapat suami yang bergelar surarumahtangga,tidak boleh pulak mengambil kesempatan untuk sengaja berlambat-lambat untuk balik ke rumah,mengambil kesempatan untuk selalu keluar rumah atas urusan kerja atau juga mengambil peluang untuk terus tidak campur tangan dalam urusan rumahtangga dan keluarga.ini pun satu virus yang tidak bagus juga.

pendek kata seperti mana rumusan oleh para panelis ini,setiap rumahtangga itu adalah menjadi tanggungjawab pasangan suami isteri untuk mencorakkannya bagaimana.usah dilayan 'ahli mesyuarat tingkap' yang memang sentiasa sahaja mencari apa yang tak kena dalam rumahtangga kita! persetujuan dan kerjasama kedua belah pihak boleh melahirkan keluarga bahagia meskipun yang duduk di rumah itu ialah seorang suami yang bergelar surarumahtangga...

moralnya;kalau dah ada orang nak tolong kita,al hamdulillah...syukur.balas pertolongan itu dengan penuh rasa tanggungjawab...(untuk diri ini juga)

ALAHAI...

Thursday, March 1, 2012

SEDAR STATUS DIRI SENDIRI

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

berlegar-legar di ruangan internet pagi ini dek kerana inginkan pembacaan yang jelas mengenai satu isu,CITH terjumpa satu komen yang ini.rasanya menarik untuk kita berfikir sejenak.untuk CITH sendiri dan juga untuk kita-kita semua termasuk kaum lelaki.

sharing is caring kan....
(sumber daripada http://greenboc.blogspot.com)

kepada semua lelaki dan wanita terutama yang berstatus suami/isteri org;

a. yg berstatus suami orang usah menggatal dan menunjuk baik nak membantu isteri orang sedangkan isteri sendiri diabaikan tatkala mereka meminta pertolongan

b. yg berstatus isteri orang usah mengada-ngada/menyundal dengan suami orang sedangkan suami sendiri diherdik/dibentak

c. dalam hidup kita ini ada banyak garis panduan yang wajib diikuti

d. meluat dengan suami orang yang tergedik2 menolong isteri org tapi tak kisah isteri sendiri

e. menyampah tahap dewa dengan isteri orang yang menyundal dengan suami orang

emmm...mungkin ayatnya sedikit kasar bunyinya.tak perlulah difikirkan itu.apa yang penting mesej yang ingin disampaikan.sama-sama kita beringat.moga Allah pelihara kita semua.amin...

ALAHAI...

BERHATI MEMILIH MAKANAN BERKALING

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

hari ni CITH nak kongsilah info yang dibawa balik Sakinah dari sekolahnya semalam.banyak betul pamplet yang dibawa balik semata-mata nakkan CITH membacanya...huhu..katanya,semalam ada orang kesihatan datang buat ceramah,lepas tu banyak pamplet yang diberikan kepada setiap seorang.apa lagi,emmm mereka ni kan memang kaki kumpul..semua diambilnya.

apa yang CITH nak kongsi di sini ialah mengenai makanan berkaling atau makanan bertin.mungkin 'berkaling' ini sangat janggal di telinga kita kan!pengkalingan melibatkan kerja mengisi makanan ke dalam tin atau bekas dan memanaskannya hingga ke tahap yang akan memusnahkan organisma-organisma mikro penyebab kerosakan makanan.

pemerhatian terhadap makanan berkaling adalah sangat perlu dibuat sebelum membelinya.antara aspek yang boleh diberikan perhatian ialah;
1.keadaan luar tin tersebut- sama ada penutupnya di'seal' kukuh atau sebaliknya.tin harus terhindar daripada keadaan kemek,menggelembung mahu pun retak.

2.sewaktu membuka tin makanan tersebut-makanan itu dikatakan sudah tercemar@rosak sekiranya sewaktu dibuka,ada kedapatan cecair yang memancut keluar.

3.bau-hidu bau makanan yang dibuka untuk memastikan baunya adalah bersesuaian dengan apa yang yang tertera pada luar tin.

4.warna-makanan mudah berubah warna.periksa terlebih dahulu memastikan warna,teksturnya adalah sama seperti yang ditulis di luar tin.

5.tarikh-setiap makanan berkaling diperuntukan tarikh guna yang selamat.makanan yang telah tamat tempoh,adalah tidak selamat untuk digunakan...

antaranya,kod-kod seperti ini;

tarikh akhir @ tarikkh akhir
guna sebelum @GSB
makan sebelum @makan sbl
minum sebelum @minum sbl
baik sebelum @ baik sbl

ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala