pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger
Showing posts with label selera- kuih. Show all posts
Showing posts with label selera- kuih. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

POPIA PAK YA SETAHUN SEKALI PASTI NAK KENA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

sekali lagi CITH masukkan entri pasal popia Pak Ya Power ni.tahun lepas bulan puasa pun dah ada tapi tahun ni nak masuk jugak! yelah memang setahun sekali saja yang CITH dapat merasanya.jadinya,popia ni memang eksklusif bila datang bulan puasa.Ahad lepas kebetulan ke PARAM Kg Pandan,CITH dan Kak Cik turut menunaikan misi mencari popia Pak Ya.maknanya setahun sekali memang nak pekena popia ni.macam biasa,benda yang eksklusif ni memang ramai lah yang berhajat.jadinya kena datang awal,tidak sure kena beratur ambik nombor!rezeki CITH hari tu sampai awal pukul 3.30 walaupun kena beratur tapi taklah panjang sangat!harga?popia Pak Ya masih kekalkan harga yang sama iaitu 1=RM 1.jadinya petang tu CITH beli 2 yang goreng dan 1 yang basah.dua beradik ni memang tak minat kuih macam ni.jadinya CITH sorang ajelah yang perabiskannya..hihi..

Tuesday, August 16, 2011

DONUT GEBU AL JABAR KG PANDAN MAKAN SATU DAH TERASA

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

dah berpuasa masuk hari ke 16 kita hari ni,dah semua citarasa dipenuhi?hihi...ada yang mengidam nak makan itulah inilah...macam-macam.CITH pulak nak makan satu je-BUBUR SOM-SOM.belum jumpa lagi kat mana-mana PARAM.emm...macam nak suruh buat sendiri je ni...

ok,satu yang ingin CITH share di sini ialah kuih donut.Ahad lepas CITH dan Kak Cik CITH buat siri "jelajah PARAM" di luar lokasi kami iaitu di Kg Pandan.kata Kak Cik CITH,ada donut yang best kat sini.orang yang buat tu bukan hanya bulan puasa je tapi memang sepanjang tahun.teruja pulak dengarkan ceritanya.

kali ni donut ni mengalahkan donut di DUNKIN DONUT atau di BIG APPLE.namanya dah DONUT GEBU AL JABAR. jadinya memang rupanya gebu dan rasanya memang lembut.makan masa sahur pun masih terasa lembutnya cumanya gula dia je dah cairlah.

kebetulan masa CITH datang tu,kamilah orang yang pertama.jadinya selamat sikitlah tak payah nak beratur!harga donut ni RM 1 untuk satu.CITH beli 4 dan Kak Cik beli 2.dalam kereta Hakimilah yang jadi 'tester" donut ni dulu.dia pulak tu makan siap ofer orang lagi...aduh...dengan baunya dan gaya Hakimi yang sedap je dia makan, memang nampak menggiurkan!sudahnya untuk dia seorang,habis 1 1/2 donut dia makan.lepas tu terus tidur kekenyangan...

ALAHAI...

Tuesday, April 26, 2011

CEKODOK DURIAN BUAH HATI

Assalamualaikum semua...

kat tempat aku ni,tengah hujan.kalau dah hujan memang perut menyanyi-nyanyi dibuatnya.tak tahulah apa kaitan hujan dengan bunyi perut kan! bukak peti ais,tengok ada durian lebih malam tadi punya yang tak habis makan lagi.apa lagi,aku pun men'cekodok'kanlah durian ni.lagi pun durian ni tak berapa sedap sangat rasanya.durian pakweku beli kat pasar malam,malam tadi.

BAHAN-BAHAN:

isi durian
tepung gandum
sedikit baking powder
gula sedikit-sebab isi durian aku ni tawar sikit rasanya
air secukupnya
minyak masak untuk menggoreng.

CARANYA: sangat mudah-campurkan semua bahan tadi sehingga sebati.biarkan seketika supaya adunan naik kembang sedikit selepas itu boleh digoreng.angkat bila dah kekuningan warnanya.sangat mudah dan cepat.makan waktu panas-panas gini.

AKu? sepinggan yang dapat hanya makan berdua saja.macam biasa,'kaki' durian ni pun suka...ALAHAI...

Thursday, March 31, 2011

LEMPENG PISANG KELAPA BUAH HATIKU

Assalammualaikum semua...

bila hati susah ni,macam-macam teragak nak makan.bukak peti ais ada pulak lebih pisang emas kesukaan Hakimi ni.apa lagi,terus terpikir nak buat lempeng pisang.

kalau kat kedai biasanya seringgit sekeping diaorang jual.kat bawah rumah ni pun memang ada pokok pisang,jadinya menjadilah plan aku petang ni ha.

senang je.bancuhannya macam buat cekodok pisang je,cuma tambahkan sedikit kelapa parut.kalau dapat yang agak muda lagi sedappp...ni stok yang aku ada ni dah tua lah sikit...

leperkan adunan di atas daun pisang seperti inisapu-sapukan dengan sedikit minyak.tunggu bila daun pisang tersebut dah agak garing barulah diterbalikkan sebelahnya.dalam 5 minit dah masak.tu je.makan sementara masih panas ni dengan secawan teh...satu bancuhan aku tadi dapatlah 3 keping.makan untuk 2 beranak petang ni sambil tonton Kemboja Putih.

ALAHAI...

Thursday, March 24, 2011

PISANG TANDUK DENGAN SAMBAL KICAP

Assalammualaikum semua...

cuaca yang sejuk-sejuk ni memang mendorong kepada 2 aktiviti sama ada tidur atau makan atau kedua-duanya sekali.hihii...

petang ni,kunyah-kunyahku 2 beranak ialah PISANG TANDUK GORENG DENGAN SAMBAL KICAP.pisang ni betul-betul aku beli sebiji je dengan harga RM2.yelah,cukuplah makan untuk 2 beranak.ni pun goreng separuh je,separuh lagi nak goreng malam nanti.sebut pasal sambal kicap ni,selalunya orang sebelah Johor yang selalu makan macam ni.entahlah,aku dulu pun tak biasa,tapi bila dah berkahwin mertua selalu buat macam ni.pakweku pun suka.tiap kali kalau goreng pisang je,memang ada sambal kicap.(teringat pulak dekat pakweku...hihii)

sambal kicap ni senang je.ni kalau ikut aku sorang makan:
cili padi sikit(ikut suka),
seulas bawang putih
sedikit gula
- ditumbuk bersama tak pun kalau "rajin" guna belakang sudu,pecah-pecahkan je.
- lepas tu campur dengan sedikit kicap.kacau.dah siap.cicahlah pisang tadi atau apa je yang goreng-keledek,sukun...dengan sambal kicap ni.

*selamat minum petang untuk semua

ALAHAI...

Tuesday, November 9, 2010

KENALI KUIH GANDUS

KUIH GANDUS? bukan gendut ye!...hihiii.
pernah dengar nama kuih ni? kuih gandus ni dekat area aku hanya terdapat di Pasar Keramat aje.kat tempat lain tak tau pulak aku.agaknya gandus ni gabungan tepung gandum + nenas yang direbus dulu agaknya.bab asal usul ni-aku lupa pulak nak interview dia.ni pun aku ambik gambar dia,dia ingat aku ni orang surat khabar.cakap pasal blog-blog ni alahai... bak kat penyanyi Elyanna tu..'tak tercapai akalkulah' pakcik ni...

kuih ni berbentuk bulat,ada inti jem nenas di dalamnyadan di luarnya pulak salutan tepung dangan kelapa muda.menggunakan acuan daripada gelungan tembaga macam dalam gambar tu!

pakcik yang jual kuih gandus ni memang dah lama berniaga kuih ni.daripada yang aku tanya kat dia,dah berbelas tahun dia dengan profesion membuat kuih gandus.
" lama nak oi..pakcik dengan makcik ko meniaga ni.memang kat
sinilah kami niaga.dah berbelas tahun dah..."
masa bulan puasa hari tu,pukul 11 pagi lagi pakcik ni dengan isteri dia dah mula berniaga sampailah pukul 4.pelanggan memang dasyat.kuih dia masih pada harga 3=RM1.00 lagi.

semalam petang, aku sekali lagi menjengah ke Pasar Keramat nak beli kuih ni.alamak, lepas raya harga dah naik la pulak! hihi...dah jadi 40 sen sebiji dan 5=RM2.00.
katanya semua barang naik, tu yang dia pun terpaksa naikkan harga.aku cakaplah,tak kisah naik harga tapi kualiti mesti sama! yang pasti, ia masih macam dulu!

ALAHAI...

Thursday, August 26, 2010

POPIA PAK YA POWER memang kenyang dah!

kalau ditanyalah atau dibuat survey tentang juadah kuih di bulan puasa ni,agaknya kuih apa yang menduduki tangga teratas ye....? kalau ditengok di bazar Ramadan- kebanyakkannya ada gerai yang menjual benda yang sama di antara satu sama lain.contohnya; murtabak,roti john,tepung pelita,popia adalah senarai yang popular!

Ya Allah, selang satu gerai,dah ada balik gerai yang jual benda yang sama.murtabak ni paling glamour lah katakan! murtabak ayam,murtabak daging dan murtabak Singapore.kalau roti john pulak, emm...pun sama.ada roti john ayam,daging ditambah pulak dengan sos lada hitam,mayonis dan sebagainya dengan pelbagai nama yang direka semata menggaburi mata pembeli.

bercakap pasal popia pulak...aku memang pilih POPIA PAK YA POWER ni sebagai pemenang. popia ni kedapatan di bazar Ramadan Desa Pandan,KL. terdapat 2 jenis-popia basah dan kering.apa sedapnya?

popia ni, dapat makan 2 keping(kalau boleh dipanggil keping) pun dah cukup.saiznya yang besar,isi dalamnya yang penuh.kira dah cukup kenyang rasanya perut. isinya penuh dengan inti macam popia-popia yang lain tu jugak tapi ada di dalamnya telur goreng yang dihancurkan. entahlah mungkin kata orang lain macam sama ajekan...tapi memang kalau time bulan puasa ni, popia nilah yang aku nak makan!

tapi yang paling tak syoknya-kena beratur panjang kalau nak beli ni.orang punyalah ramai...sakitlah kalau nak beli setakat 1@2 aje.memang tak berbaloi.kalau nak beli,beli terus 1 set dia-RM5 untuk 5.kiranya 1=RM1.
terima kasihlah pada kak cik ku yang pergi belikan untuk aku semalam.dia belikan aku 1 set -2 yang goreng dan 3 yang basah.aku sorang je makan 4.satu lagi tu pakwe aku yang makan! ingat baru hujung minggu ni nak pergi beli. so,tak payahlah aku pergi lagi.dapat sekali makan dah cukuplah.kata orang 'lepas mengidam' hihihi...memang power!!!


ALAHAI...

Friday, June 25, 2010

LEMPENG KELAPA bersama SAMBAL BILIS ala kampung



salam Jumaat semua, pagi ni nak share sikit sarapan pagi tadi.selalunya sarapan pagi aku selalu buat nasi goreng..ni memang macam-macam jenis buat, roti telur,bihun goreng pelbagai perasa dan juga mee goreng.hari ni pulak yang lain. cuaca pulak mendung pagi ni...makan pulak lempeng...macam zaman budak-budak dulu kat kampung.

kalau nak buat lempeng kelapa ni,seeloknya dapatkan kelapa yang muda-lembut sikit.kalau tak ada pun,ambik yang putih jer.kalau kelapa kat kedai tu,suruh mesin yang putih jangan sampai kene pada kulitnya. ni caranya. mudah jer.

BAHAN-BAHAN

kelapa
tepung gandum
2-3 sudu tepung superfine
sedikit garam
air secukupnya
sedikit minyak untuk menggoreng lempeng

1.bancuh semua bahan tadi-jangan terlalu lembik adunan.

2.panaskan kuali-seeloknya kuali leper macam goreng roti canai tu.

3.sapukan sedikit minyak ke atasnya untuk elak tepung melekat.

4.ambik dalam 1 senduk adunan dan ratakan di atas kuali.

5.masakkan ia sehingga agak sedikit garing dan boleh diangkat.

SAMBAL BILIS


ikan bilis
cili kisar
bawang merah dan bawang putih
sekeping asam keping
garam secukupnya
minyak masak untuk menggoreng
air secukupnya

1.panaskan minyak dan goreng terlebih dulu ikan bilis.ketepikan

2.panaskan minyak sekali lagi,tumiskan bawang merah dan putih.

3.masukkan cili dan goreng garing.tambahkan air secukupnya

4.masukkan asam keping,garam secukupnya dan biar sampai sambal
sedikit berminyak.

5.akhir sekali masukkan ikan bilis tadi. gaul rata.dah pun siap.
* untuk elak terlalu pedas,bolehlah dibubuh sedikit gula ke dalam
sambal ini semasa menggoreng tadi.

ALAHAI...

Thursday, June 3, 2010

KUIH KERIA OMAKKU


hari ni menu buat bubur nasi jer...bubur yang jadi kegemaran anak-anakku.(dalam blog ni dah ada...).selain sebab baby tak berapa sihat, alasan yang lain ialah aku nak try sekali lagi buat kuih keria ni...

semalam aku dah buat, tapi disebabkan terkejar-kejar dengan urusan anak, kuih aku pun separa jadi ajer... macam nilah rupanya. gula tak berapa melekat!
kuih keria ni ada gak orang lain panggil kuih roda-yelah sebab bentuknya macam roda. dulu masa budak-budak, nilah kerja aku melubangkan kuih ni...arwah mak aku jual kuih..masa tu aku suka goreng kosong jer, tak nak salut gula. dah lama tak buat. tiba-tiba rasa nak buak pulak. oklah...banyak cerita pulak ye...

BAHAN-BAHAN
ubi keledek- ada banyak jenis,tapi aku suka yang kuning-kuning oren macam ni.
tepung gandum
gula
air
minyak untuk mengoreng.
(bahan yang cukup simplekan!)

1. rebus terlebih dulu ubi keledek tersebut hingga empuk.
2. bila dah empuk, terus sahaja ia dilenyek.jangan tunggu sejuk,
agak susah nak dilenyekkan.
3. biarkan ia sejuk seketika untuk digaul dengan tepung.
4. uli adunan dan buatlah bentuk seperti roda
5. panaskan kuali, dan gorengkan ia hingga kekuningan.
6. bila kesemuanya selesai digoreng, masakkan air gula (gula + air)
air gula dah mendidih nak pekat, masukkan kuih tadi dan tutup api
7. balik-balik/kacaukan kuih tersebut dalam adunan gula tersebut. dah pun jadi!

*** sedikit tips untuk dikongsi bersama (biarpun ada orang kata
jangan kasi resepi yang penuh kat orang, nanti orang buat niaga-
dia yang untung! emmm....aku tak kisah. ilmu yang baik patut
dikongsi bersama...ye tak?:
-untuk mendapatkan gula yang betul melekat pada kuih-
1. air tidak perlu banyak
2. gula perlu lebih
3. masak biar sampai mendidih dan pekat-warna seakan sedikit
kuning jernih
-gula yang lebih dalam kuali tu, jangan dibuang, untuk elak pembaziran
ia boleh digunakan untuk membancuh air.sekarang kan gula dah
dah kena catu...hihihi...

ALAHAI...

Sunday, May 30, 2010

PUMPKIN- kuih kesui@kasui


kuih kesui@kasui ..entah macam-macam panggilan... aku pulak biasa panggil
kesui. normally kuih kesui ni tak de apa-apa perisa kan?...tapi yang ini pulak, kita tambah perisanya dengan pumpkin@labu.
kuih ni kita tak perlu lagi nak makan dengan kelapa, makan gitu jer. ni cara2nyer...

INGREDIENTS

(A)
1 tbs dry yeast
1 tbs sugar
2 tbs flour
60 ml water

(B)
200gm pumpkin- boil and mashed/blend)
200ml coconut milk
300gm flour
180gm sugar
2 tbs baking powder
1 no eggs
* small plastic cup

1. combine A and mix together. put aside for 30 minit.
2. combine B and mix together and put aside for 10 minit.
3. combine A to B and pour into small plastic cup.
4. boil the water in the pot, when the water is boiling, then put the kuih
in for 20-30 minit.leave the kuih until they cool then kuih ready to serve!

ALAHAI...

Wednesday, May 12, 2010

WADEY @ vadai KAK TIMAH


resepi kuih wadey ni aku pelajari daripada mertuaku. teringin nak makan wadey yang jual kat tepi jalan tu tapi...aku ada sedikit cerewetnya..hehehe.. entah lah. rata-rata yang menjualnya bukan orang kita. bila dah dapat resepi ni, kalau teragak sahaja nak makan, emmm.. buat jer sendiri, lagipun banyak dapatnya.

BAHAN-BAHAN

kacang dal- direndam hingga kembang dalam 3-4 jam
1@2 tangkai cili kering
sedikit jintan manis (halus) dan kasar
1 biji bawang besar-dipotong dadu
beberapa helai daun kari
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

1. kacang dal yang sudah kembang, dikisar bersama sedikit air hingga separuh hancur
2. kemudian dicampurkan dengan bawang potong,daun kari,jintan manis dan kasar,
garam,cili kering yang dipotong-potong dan digaul sebati.

3. bulat-bulatkan adunan dan sedia untuk digoreng.
4. panaskan kuali dan masukkan daun kari dan gorenglah adunan yang siap dibulat@dileperkan tadi. gorenglah hingga warna kekuningan. siap untuk dimakan!

ALAHAI...

Tuesday, May 4, 2010

KUIH KACANG @ rengas


ni kuih lama-lama yang masa sekolah dulu aku selalu tiap petang tolong mak untuk membulatkan kacang hijau yang dah siap rebus. aku memanggilnya kuih rengas kerana keranggupan tepung diluar kacang tersebut. hari ini namanya 'kuih kacang' lebih dikenali ramai.

BAHAN-BAHAN

kacang hijau yang telah direndam 4 jam
gula
air sucukupnya
daun pandan
minyak untuk menggoreng
tepung gandum, sedikit serbuk kunyit
garam secukupnya

1. didihkan kacang hijau dengan air secukupnya selama 30-40 minit sehingga kacang
menjadi lembut dan kembang.
2. masukkan gula dan daun pandan dan kacau sehingga gula larut
3. biarkan ia sejuk dan kemudian adunan boleh dibentukan bulat dan dileperkan
4. bancuh adunan untuk menggoreng dengan tepung gandum, garam dan sedikit serbuk
kunyit.pastikan ia tidak terlalu cair.
5. panaskan kuali dan celupkan adunan kacang tadi dalam bancuhan tepung ini dan
gorenglah dalam minyak panas tersebut. dan siaplah ia

* bahan kacang ini boleh juga dibuat sekiranya ada bubur kacang hijau yang tidak habis, keringkan@pekatkan sahaja adunan tersebut.tidak perlu ditambah gula lagi.
seterusnya buatlah proses selanjutnya. tidak membazir kan!

ADUHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala