ikan pari, nama saintifiknya Dasyatic @ Stingray dalam Inggerisnya- glamour jugakkan namanya? hihihi...adalah dikatakan bersaudara dengan ikan jerung! tapi jangan panik...takkan lah kita nak masak ikan jerung pulak kan...ni nak masak saudara dia jer si pari masak asam podeh.
BAHAN-BAHAN
ikan pari
bawang merah,bawang putih,halia,kunyit hidup dan belacan-dikisar
air secukupnya
daun kesum
bunga kantan
air asam jawa
tomato
garam secukupnya
minyak untuk menumis
1. panaskan minyak dan tumis bahan kisar iaitu bawang dan kawan-kawanya tadi
2. bila dah garing, masukkan cili kering yang juga telah dikisar.
biar sampai cili garing dan berminyak
3. apabila dah garing, masukkan air secukupnya,ikan,daun kesum dan
bunga kantan.biarkan kuah pecah minyak.
4. masukkan air asam jawa,tomato dan garam. biarkan seketika,
bolehlah diangkat untuk dihidang!
* kuahnya kalau berlebih,jangan dibuang-boleh dimakan bersama lempeng,
roti canai atau cekodok.
ALAHAI...
betul cakap ko tu, kuah lebih tu mmg sedap cicah cekodok...ni yg buat tambah naik badan ni...
ReplyDeletehahaha....naik bdn, leh naik lg elaun!!!
ReplyDelete