Assalammualaikum semua pengunjung CITH...
ada orang kalau bab nak ber'holiday' tu ibarat petik jari je ye.cakap saja,dah terus terbang.tak kiralah dalam atau luar negara.ada orang pula,dapat je 'durian runtuh' terus pergi holiday dan ada juga orang yang plan punya lama baru lah dapat pergi.emm...yang mana satu kita?
bagi CITH pulak,perancangan penting.semua kena rancang apatah lagi anak dah sekolah.kalau dulu boleh juga bercuti time orang bekerja.sekarang kalau nak bercuti@berjalan kena ambik time cuti sekolah.time cuti sekolah pulak,tahu-tahu ajelah semuanya naik.harga bilik hotel naik,harga barang naik,harga tiket naik...segalanya.
justeru,kalau perancangan awal dah dibuat KHUSUSNYA faktor kewangan,maka sedikit sebanyak tidaklah rasa terbeban untuk pergi bercuti.dalam minggu ni CITH 'busylah' kononnya untuk men'survey-survey' tempat menarik yang bakal nak pergi hujung tahun nanti.insya Allah.lokasi nak pergi ialah di China.maklumlah,bila kita ni kat rumah maka kerja-kerja survey itu CITH lah yang buat.bukan setakat nak survey tempat yang menarik,paling penting nak survey KOS perjalanan tu! hihi...
maka dalam survey-survey tu,ada 2 tempat yang CITH lihat ada keistimewaan masing-masing iaitu Beijing dan Guilin.bila sebut Beijing pastinya semua orang tahu ia sebagai ibu negara negara China dan pastinya Tembok Besar China yang senang nak ingat!. Guilin pula adalah satu daerah dalam China yang lebih kepada alam semulajadinya.emmm...bila ada dua,macam mana nak pilih?
kriteria pilihan: kos,cuaca,tarikh,apa yang menarik...akhirnya bila dibawa proposal ini kepada 'big bos' maka pilihan terletak kepada CITH lah.kata big bos;
"kalau lebih daripada bajet,awak pandai-pandailah bajet duit shopping awak"
sooo....kalau dah begitu green light yang diberi,CITH go to Beijing lah! mertua pun nak pergi ke sini juga.memanglah, pakwe CITH ada menetapkan sejumlah peruntukkan untuk bercuti pada hujung tahun ni,tapi bajet tu kuranglah lah pulak...maka selebihnya CITH kenalah bajet sikit dalam berbelanjakan! huhu...asalkan dapat ke Beijing!
Insya Allah sekiranya semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan olehNYA,maka CITH sekeluarga bersama mak dan abah mertua akan ke Beijing pada hujung bulan 11 nanti.daripada apa yang CITH survey di internet,cuaca ketika itu sedikit sejuk...emmm...harap-harap dapat merasa salji! mudah-mudahan.TQ ALLAH!
ALAHAI...
pihak penaja
DI SINI KITA BICARA
SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.
FOLLOWERS SAYA
LOVE
LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Showing posts with label JALAN. Show all posts
Showing posts with label JALAN. Show all posts
Thursday, April 5, 2012
Tuesday, December 13, 2011
TIBALAH HARI YANG DITUNGGU ITU
Assalammualaikum semua pengunjung CITH...
hari ini,tibalah sudah hari yang sentiasa dikira-kira...hihi...bakal meninggalkan negara (cewah...) dan bakal kembali pada 1hb tahun baru nanti.seperti yang dijanjikan pada Sakinah,habis je Permata Seni,kita terbang jauh.maka hari inilah harinya.
(foto oleh:GOOGLE.COM)
petang nanti,CITH 3 beranak akan terbang ke pakwe CITH di bumi Tanah Arab.inilah kali pertama "terbang" bersendirian tanpa pakwe CITH.
dalam hati ni...rasa berdebar pun ada,suspen pun ada,gabra pun ada,teruja pun ye...macam-macam.
luaran memang nampak macam tak sabar nak berholiday tapi dalam hati ni...huhu...apatah lagi pakwe CITH keep on remind CITH pasal anak lah,pasal barang,pasal pasport,pasal tiket...bla..bla...ayat "INGAT TU..." dah jadi macam fobia pulak! bukan sebelum ni tak pernah ke luar negara tetapi maklumlah apabila dengan pakwe kita,semuanya dia buat.apa yang kita tahu main ikut je...selebihnya "ada aku kisah?" hahaha....padan muka sendiri kan!
harapnya semua berjalan lancar di airport nanti.selagi ada di dalam negara sendiri,insya Allah semoga mudah semuanya.CITH dijangka sampai di sana pukul 10 malam bersamaan 2 pagi waktu Malaysia.(Rabu)
selepas ini insya Allah kita berkongsi entri berkenaan di negara Arab pulak ye.kita jumpa lagi.
ALAHAI...
hari ini,tibalah sudah hari yang sentiasa dikira-kira...hihi...bakal meninggalkan negara (cewah...) dan bakal kembali pada 1hb tahun baru nanti.seperti yang dijanjikan pada Sakinah,habis je Permata Seni,kita terbang jauh.maka hari inilah harinya.
(foto oleh:GOOGLE.COM)petang nanti,CITH 3 beranak akan terbang ke pakwe CITH di bumi Tanah Arab.inilah kali pertama "terbang" bersendirian tanpa pakwe CITH.
dalam hati ni...rasa berdebar pun ada,suspen pun ada,gabra pun ada,teruja pun ye...macam-macam.
luaran memang nampak macam tak sabar nak berholiday tapi dalam hati ni...huhu...apatah lagi pakwe CITH keep on remind CITH pasal anak lah,pasal barang,pasal pasport,pasal tiket...bla..bla...ayat "INGAT TU..." dah jadi macam fobia pulak! bukan sebelum ni tak pernah ke luar negara tetapi maklumlah apabila dengan pakwe kita,semuanya dia buat.apa yang kita tahu main ikut je...selebihnya "ada aku kisah?" hahaha....padan muka sendiri kan!
harapnya semua berjalan lancar di airport nanti.selagi ada di dalam negara sendiri,insya Allah semoga mudah semuanya.CITH dijangka sampai di sana pukul 10 malam bersamaan 2 pagi waktu Malaysia.(Rabu)
selepas ini insya Allah kita berkongsi entri berkenaan di negara Arab pulak ye.kita jumpa lagi.
ALAHAI...
Tuesday, November 15, 2011
STRAWBERRY PARK ADA DI GENTING HIGHLANDS
sampai di kebun buah ni Sakinah ghairah nak pergi memetik buahnya tapi melihatkan buah yang ada belum cukup ranum masaknya maka hasrat terbantutlah.sebagai ganti,CITH beli yang dah siap dibungkus seperti ini yang berharga RM15.
rasanya? masam-masam.kata Hakimi; "acam lah ma..."
selain kita melihat,memetik mahu pun membeli buah strawberry,ada juga benda lain yang boleh dilawati di sini.antaranya tanaman cendawan dan sayuran.kita boleh melihat bagaimana cendawan ditanam
*selain Strawberry Park,Cocoa Boutique yang terletak sekitar di Gotong Jaya-Jalan Jati 1 juga boleh dikunjung bagi mendapatkan pilihan coklat yang sangat menggoda.harga? emmm....dah namanya BOUTIQUE kan...faham-faham sajalah.sayangnya camera tidak dibenarkan di dalam premis ini.
ALAHAI...
GENTING HIGHLANDS KOTA KERIANGAN DAN WANG MELAYANG
Assalammualaikum semua pengunjung CITH...
rentetan sambungan bercuti di Genting Higlands,CITH kongsikan serba sedikit mengenainya.sesuai dengan namanya kota keriangan memang lah riang budak-budak bila sampai di sini.apa taknya,sudah tergambar taman temanya sama ada outdoor mahu pun yang indoor.
untuk kali ini,CITH awal-awal lagi dah cakap pada Sakinah, yang kita hanya main di indoor park sahaja.yelah outdoor dah pernah pergi dan kesian dekat adik yang masih belum cukup umur nak main banyak benda.indoor ni pun sama jugak,hanya ada 3 benda sahaja yang dia boleh naik dengan sendirinya.selebihnya yang paling syok sudah tentulah orang yang diraikan-Sakinah lah!
masa CITH naik ke puncak,dengan cable car sajalah,cuaca masa tu sesedap rasa.maklumlah baru lepas hujan berhenti.sepanjang dalam cable car tersebut dapat dilihat satu kawasan tanah runtuh yang dari jauh nampak kecil tetapi tak tahulah keadaan sebenarnya bagaimana.
kalau dulu,ada juga CITH nampak hiasan/binaan berupa haiwan seperti orang asli,harimau,rusa...tatkala kita menjengah ke bawah tapi kini tak ada lagi.jelas hanyalah rimbunan hijau pepohon hijau semata.
untuk pengetahuan,kalau menginap di Seri Malaysia,maka akan ada diskaun 25% untuk tiket cable car.tapi kena tanyalah di kaunter hotel,tidaknya mereka senyap saja.cable car beroperasi sehingga jam 12.30 tengah malam.mujur hari kami pergi tu hari Jumaat maka tidaklah berlaku kesesakkan untuk menaiki cable car.
indoor park,huh...siap saja wangnya!memanglah tempat untuk perabis duit.tiket masuk untuk dewasa ialah RM30 dan kanak-kanak RM28.TETAPI,untuk setiap satu permainan bagi satu trip seorang dikenakan RM8.pendek kata,siapkan lah wangnya...huhu...Sakinah lah yang paling puas main kat sini.ada juga mainan untuk famili yang semua boleh naik.tapi memang mainan di indoor park ni lebih terhad pilihannya berbanding di luar.
bila sebut Genting,faham-faham sahajalah-semuanya berbeza.dah berada di tempat tinggi maka harganya juga tinggi.secawan jagung manis kecil biasa yang dijual RM2 paling kurang di bawah boleh mencecah RM5-6 apabila naik di atas.jadi,siapkan lah jajan-jajan untuk budak-budak sebelum naik di atas.makan KFC pun harga lain! (sesekali tak apalah kan...hihi..)
layan ajelah sebahagian gambar di sini....

memang happening di sini,dan pastinya yang seronok ialah golongan budak-budak.memang hari tersebut CITH perabis untuk Sakinah.yelah,selalu kena bising dengan CITH kan,biarlah hari ini dia berseronok bermain.
kata pakwe CITH; "tak pe Na,main aje.hari ni mama belanja tu..."
ALAHAI...
untuk kali ini,CITH awal-awal lagi dah cakap pada Sakinah, yang kita hanya main di indoor park sahaja.yelah outdoor dah pernah pergi dan kesian dekat adik yang masih belum cukup umur nak main banyak benda.indoor ni pun sama jugak,hanya ada 3 benda sahaja yang dia boleh naik dengan sendirinya.selebihnya yang paling syok sudah tentulah orang yang diraikan-Sakinah lah!
untuk pengetahuan,kalau menginap di Seri Malaysia,maka akan ada diskaun 25% untuk tiket cable car.tapi kena tanyalah di kaunter hotel,tidaknya mereka senyap saja.cable car beroperasi sehingga jam 12.30 tengah malam.mujur hari kami pergi tu hari Jumaat maka tidaklah berlaku kesesakkan untuk menaiki cable car.
indoor park,huh...siap saja wangnya!memanglah tempat untuk perabis duit.tiket masuk untuk dewasa ialah RM30 dan kanak-kanak RM28.TETAPI,untuk setiap satu permainan bagi satu trip seorang dikenakan RM8.pendek kata,siapkan lah wangnya...huhu...Sakinah lah yang paling puas main kat sini.ada juga mainan untuk famili yang semua boleh naik.tapi memang mainan di indoor park ni lebih terhad pilihannya berbanding di luar.
bila sebut Genting,faham-faham sahajalah-semuanya berbeza.dah berada di tempat tinggi maka harganya juga tinggi.secawan jagung manis kecil biasa yang dijual RM2 paling kurang di bawah boleh mencecah RM5-6 apabila naik di atas.jadi,siapkan lah jajan-jajan untuk budak-budak sebelum naik di atas.makan KFC pun harga lain! (sesekali tak apalah kan...hihi..)
layan ajelah sebahagian gambar di sini....
kata pakwe CITH; "tak pe Na,main aje.hari ni mama belanja tu..."
ALAHAI...
Thursday, November 10, 2011
OSTRICH FARM PORT DICKSON,PELUANG BUDAK KL
Assalammualaikum semua pengunjung CITH...
satu lagi tempat yang CITH nak share dengan kalian di sini ialah OSTRICH @burung unta FARM di Port Dickson.
tapi satulah,janganlah kalian meletakkan sesuatu atau harapan yang terlalu tinggi untuk sesuatu pandangan yang maha indah...cakap awal-awal ye.yelah,kita datang dari jauh konon nak tengok sangat-sangatlah burung untanya.memanglah ada burung unta tu tapi tidaklah seperti yang diharapkan.bayaran masuk untuk seorang dewasa ialah RM8 dan kanak-kanak RM4.untuk membeli pek makanan(ni kasi makan arnab,ayam...) RM3 sebungkus.CITH beli 2 bungkus.jadi kos semuanya ialah RM26.00.(inilah rupa makanan yang dibeli...)
sebaik saja kaki melangkah masuk,mata tercari-cari di manakah dia ostrich@burung unta yang menjadi subjek utama di tempat ini.nun di hujung nampaklah dek CITH beberapa ekor burung untanya.ala kesian lah pulak melihatnya macam tak sempurna hidup....aduh...bulu-bulu habis kegersangan.tak tahulah kalau sekarang ni memang keadaannya sebegitu rupa.

tak banyak yang menarik untuk CITH kongsikan mengenai burung unta ini.TAPI nasiblah ada satu kawasan lapang yang memberi peluang kepada anak-anak kita untuk bermain dan memberi makan kepada haiwan jinak di sini.antaranya ialah ayam,hamster,arnab,itik,angsa,burung...jadinya seronok jugalah 2 baradik ni bermain secara "live" dengan haiwan-haiwan ini.maklumlah budak KL,mana nak dapat pegang anak ayam.balik kampung pun,rumah taman.mana nak jumpa ayam kan...(sian budak KL)peluang seperti ini memang seronok sangatlah diorang.

tempat ni dulu CITH dah pernah pergi dengan arwah mak.ada yang sama,ada yang baru.pembaharuan yang CITH nampak ialah adanya kawasan seperti di atas yang merupakan sesuatu yang baik untuk kanak-kanak melihat,memegang dan bermain dengan haiwan-haiwan jinak ini.ada gerai menjual cenderamata,gerai minuman yang nampak lebih baik binaannya cuma kawasan sekitar dan pemuliharaan terhadap kawasan sekeliling termasuk subjuk utamanya di sini iaitu ostrich,CITH rasa perlukan pembaikan pemuliharaan yang lebih proaktif lagi.
yelah,takkan orang datang sekadar nak tengok ostrich yang nampak dah uzur,kawasan yang dhaifkan...masuk bukan percuma pulak tu...kalau tak ada inisiatif untuk berubah,tak mustahil tempat yang bagus ini akan hanya tinggal nama seperti ZOO PD yang sekarang hanya menjadi tempat menjual besi buruk.
sapa nak jawab tu kan? layanlah serba sedikit gambar kami di sini.
(saiz telur burung unta lebih besar dari telefon bersaiz ini...)
ALAHAI...
OSTRICH FARM PD
LOT 1419 JALAN KEMANG 13
BATU 9 73000 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILAN.
tapi satulah,janganlah kalian meletakkan sesuatu atau harapan yang terlalu tinggi untuk sesuatu pandangan yang maha indah...cakap awal-awal ye.yelah,kita datang dari jauh konon nak tengok sangat-sangatlah burung untanya.memanglah ada burung unta tu tapi tidaklah seperti yang diharapkan.bayaran masuk untuk seorang dewasa ialah RM8 dan kanak-kanak RM4.untuk membeli pek makanan(ni kasi makan arnab,ayam...) RM3 sebungkus.CITH beli 2 bungkus.jadi kos semuanya ialah RM26.00.(inilah rupa makanan yang dibeli...)
yelah,takkan orang datang sekadar nak tengok ostrich yang nampak dah uzur,kawasan yang dhaifkan...masuk bukan percuma pulak tu...kalau tak ada inisiatif untuk berubah,tak mustahil tempat yang bagus ini akan hanya tinggal nama seperti ZOO PD yang sekarang hanya menjadi tempat menjual besi buruk.
(saiz telur burung unta lebih besar dari telefon bersaiz ini...)
OSTRICH FARM PD
LOT 1419 JALAN KEMANG 13
BATU 9 73000 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILAN.
Tuesday, November 8, 2011
KEMBALI DARI CUTI-CUTI MALAYSIA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...
bila balik berjalan,barulah rasa lenguh-lenguh badan,mengantuk,letih dan bla...bla...yang bestnya time nak pergi berjalan dan semasa berjalan tak rasa tu semua.dalam hati syok saja dek sebab nak bercutikan.mood pun gumbira.bila balik tu yang...aduh...
CITH sampai di rumah malam tadi pukul 12.30 pagi.tidaknya dah sampai di rumah pukul 11 malam tu tapi menyinggah raya di rumah kakak CITH di Bangi pulak.tengah malam pekena pulak supper dengan lauk ayam pencen gulai rebung...memang tak menahan dibuatnya!
biasalah bila tinggalkan rumah dengan tak bawak yang '2 ekor' ni...kerja pertama yang harus dilakukan sebaik saja masuk rumah ialah tak lain tak bukan MENCUCI TOILET. inilah lokasi pembuangan najis untuk DORA dan DORY kami.2 ekor ni memang telah diajar kencing dan membuang di toilet,jadinya kalau lama tak ada di rumah tu, alamat aromaterapinya dah jadi aroma keluar api! hihi...
tulah dia,kalau dah kita dah buat komitment dengan sesuatu perkara,kita haruslah menanggung risikonya...emm...
oklah,nanti CITH masukkan entri cuti CITH tempohari di Port Dickson.nak berhenti sekejap untuk menyambung kerja-kerja di rumah.(pakwe CITH ada ni,kenalah masak yang 'sempurna' sikit kan daripada biasa...hihi...)
ALAHAI...
Saturday, November 5, 2011
BERCUTI SEKETIKA TANPA INTERNET

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...
CITH tengah bersiap nak keluar rumah ni tapi sambil tu 'lari' sekejap menulis di sini.nampaknya inilah entri CITH untuk hujung minggu ini memandangkan CITH sefamili nak keluar bercuti.(foto oleh:GOOGLE.COM)
alhamdulillah,pakwe CITH pun dah selamat sampai malam tadi dan progran yang telah disusun dilaksanakan hari ini.Insya Allah ketemu kita pada hari Selasa akan datang.biasalah kalau bercuti,internet pun bercuti sama...hihi...
untuk semua,sekali lagi CITH ucapkan selamat beraya dan bercuti bersama orang yang tersayang.jumpa nanti
ALAHAI...
Saturday, October 29, 2011
MERANCANG PERCUTIAAN UNTUK MASA TERDEKAT
Assalammulaikum semua pengunjung CITH...selamat berhujung minggu.
semalam dapat tahu program Permata Seni Negara akan mula bergerak sebaik sahaja cuti sekolah bermula dan akan berakhir pada pertengahan Disember. huk..huk..tak berjalanlah lagi nampaknya! agrrrrrrrrrrrr.boleh rasa nak jerit sekejap!huhu...cool..cool.tarik nafas....
emmm...so malam tadi CITH bersembang dah dengan pakwe CITH-keputusan dicapai yang kami hanya pergi ke sana selepas habis program Sakinah dengan Permata Seninya.kalau kata seminggu pun,CITH tetap nak pergi sana jugak!
sebagai alternatif untuk meng'cover' perancangan cuti masa cuti sekolah nanti,maka malam tadi pakwe CITH serahkan untuk CITH menyusun program bercuti keluarga kami pada hari raya haji ni nanti.insya Allah,dia balik bercuti.
apa lagi,malam tadi sampai ke pagi tadi merisik dengan EN GOOGLE tempat-tempat yang difikirkan sesuai,dekat dan happening.cari punya cari,CITH dah boking satu malam di Legend Water Chalet Port Dickson,satu malam di K.M chalet di Kuala Sungai Baru dan satu malam lagi yang masih belum pasti.
kriteria pemilihan-swimming pool atau pantai,ada mainan untuk budak-budak dan tempat makan yang sedap.hihi...kali ni malas nak main masak-masak.pergi hanya untuk memenuhi masa keluarga sahaja.kata orang nak spend time sepenuhnya bersama anak-beranak,suami isteri.harapnya begitulah.
satu lagi yang belum pasti tu ingatnya nak ke Taiping-memenuhkan senarai zoo yang belum pernah pergi.setakat ini Zoo Melaka dan Zoo Negara je dah pergi.Zoo Taiping je yang tak pergi lagi.fridge magnet pun tak lengkap lagi ni! haha...tapi kata pakwe CITH,jauh pulak nak drive kalau setakat hari ni pergi,esok balik.emm...kita kenalah consider pada driverkan...tak pe,ada lagi senarai menunggu yang ada ni.antaranya Gambang Water City dan Genting Highlands.rupanya kat Genting pun dah ada kebun buah strawbery.bukan kat Cameron je ada.lepas tu pulak ada plan nak naik keretapi nak kasi si kecik ni rasa naik chu..chu..train...yang tulah yang belum diputuskan lagi.
harapkannya segala perancangan ini terlaksana.lepas tu ibarat duduk diam-diam,jadi driver Sakinah balik untuk hantar dan jemput dia ke latihan Permata Seni sehingga program selesai.tu yang mama nak bercuti,nak jalan tu biar mama cas semula energy...kepala mama dah bengang...

Monday, July 4, 2011
SAGIL,GUNUNG LEDANG SELAGI ADA PELUANG BERSAMA
Assalammualaikum semua...
kali ni CITH ingin kongsikan entri berkenaan balik kampung hari tu.bagi CITH,selagi ada peluang haruslah diisi dengan sepenuhnya walaupun dalam ruang masa yang sangat terhad dan terbatas.maklumlah,CITH dah tak balik kampung sejak pakwe CITH dah kerja jauh ni.kalau tidak sebulan sekali memang dah wajib balik kampung.
Sabtu lepas,peluang yang ada tidak dilepaskan untuk bersama famili mertua.kami berkelah di Air Terjun Sagil,di bawah kaki Gunung Ledang,Johor.
ini merupakan kali kedua CITH datang ke sini dalam tempoh 10 tahun.kalau dulu rasanya masuk tak bayar,sekarang sekali masuk dengan sebuah kereta kena bayar RM5.
pagi tu,bekalan nasi lemak menjadi menu utama bekal untuk berkelah di samping makanan ringan yang lain.perlu diingatkan,dari parking kereta,pengunjung kenalah berjalan kaki untuk ke tempat perkelahan.mana yang larat bolehlah mendaki jauh ke dalam sikit tetapi bagi rombongan CITH ni,memandangkan ada kanak-kanak bawah umur,barang lagi,maka kami berkelah di bawah sahaja.masa datang tu,kumpulan kami je,menjelang tengahari,ramai dah datang ke tempat kami.(santap nasi lemak...)
sesekali kaki dibawa menyentuh air gunung...ooo memang sejuk...ni dua beradik ni tahu mandi kat swimming pool je kan,ni baru rasa macam mana mandi air sejuk pulak.sekejap je dah menggeletar.tapi nak jugak berendam...hihi...(puteri "GUNUNG LEDANG" turun bersiram...)
layan ajelah gambar-gambar yang sempat dirakamkan.masing-masing sibuk nak berendam...camera tak de sapa yang nak handle.(5 big brothers)
(dah nak balik...)
(sempat stop by makan durian)
ALAHAI...
Sabtu lepas,peluang yang ada tidak dilepaskan untuk bersama famili mertua.kami berkelah di Air Terjun Sagil,di bawah kaki Gunung Ledang,Johor.
pagi tu,bekalan nasi lemak menjadi menu utama bekal untuk berkelah di samping makanan ringan yang lain.perlu diingatkan,dari parking kereta,pengunjung kenalah berjalan kaki untuk ke tempat perkelahan.mana yang larat bolehlah mendaki jauh ke dalam sikit tetapi bagi rombongan CITH ni,memandangkan ada kanak-kanak bawah umur,barang lagi,maka kami berkelah di bawah sahaja.masa datang tu,kumpulan kami je,menjelang tengahari,ramai dah datang ke tempat kami.(santap nasi lemak...)
Tuesday, June 28, 2011
DEERLAND LANCHANG,PAHANG BACK TO NATURE
kali ni lastlah entri CITH untuk jalan hujung hujung minggu hari tu.satu lagi tempat lawatan kami ialah DEERLAND yang berdekatan lebih kurang 2km dari Santuari Gajah.maknanya sekali jalan boleh tengok 2 tempat.
tempat ni merupakan kawasan ternakan rusa yang diusahakan oleh orang perseorangan di kawsan yang luasnya 15 ekar!.kali ni bayaran masuk dikenakanlah ye.maklumlah nak kasi makan haiwan dan bayar gaji pekerja...bayaran masuk RM6 dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.
ALAHAI...
SANTUARI GAJAH DI KUALA GANDAH
Assalammualaikum semua...
ni entri masa CITH on the way nak ke Bukit Tinggi hari tu.kami bertolak dari KL pukul 9 pagi.memandangkan hotel hanya boleh check in pukul 3 petang,maka kami terlebih dulu membuat 2 siri lawatan haiwan pada hari tersebut.
lokasi pertama; kami ke Santuari Gajah di Kuala Gandah,Lanchang Pahang.dah namanya tempat gajah jadinya memang tengok gajah lah di sini.untuk pengetahuan tiada bayaran dikenakan di sini.hanya untuk tabung donation sekiranya berminat.masa kami sampai tu,segala aktiviti berkenaan dengan gajah belum dimulakan lagi.kami sampai pukul 11 pagi.aktiviti bermula jam 2 petang.jadinya hanya tengok gajah sahajalah.nak tunggu-buang masa pulak rasanya.
apa aktivitinya?CITH difahamkan,ada acara mandi gajah,naik gajah,pertunjukkan gajah dan sebagainya.selain tu,di sini jugak kalau yang datang tu nak berpicnic ke,boleh juga di sini.ada banyak bangku dan pondok disediakan.
(gajah tanpa ekor-kene gigit dengan harimau masa kecik dulu)
(take 5 makan paddle pop)
(pas untuk tanda melawat sahaja)
apa aktivitinya?CITH difahamkan,ada acara mandi gajah,naik gajah,pertunjukkan gajah dan sebagainya.selain tu,di sini jugak kalau yang datang tu nak berpicnic ke,boleh juga di sini.ada banyak bangku dan pondok disediakan.
(take 5 makan paddle pop)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Blog Archive
-
▼
2012
(80)
-
▼
May
(14)
- MASA NAK TERBANG
- DOA MAMA SENTIASA UNTUKMU
- HARGA BELANJA KAWIN SEKARANG
- BANYAKNYA SOALAN YANG TIDAK RASMI
- HARI INI HARI UNTUK GURU
- EMAS TURUN-TURUN LAGI
- REFLEXOLOGY OLEH MEREKA ISTIMEWA
- HARI IBU PENGHORMATAN PERIBADI
- TIBA MASA UNTUK PECAH SEMUA
- JOM PAKAT BELI..BELI ... EMAS
- BUKAN NILAI RINGGIT JADI UKURAN
- SEMAK DAFTAR PENGUNDI SEBELUM BUANG UNDI
- SURATKHABAR SERUPA MAJALAH 18SX
- BULAN MEI YANG ISTIMEWA
-
▼
May
(14)
CINTA
LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali