pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger
Showing posts with label rasa hati. Show all posts
Showing posts with label rasa hati. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

BANYAKNYA SOALAN YANG TIDAK RASMI

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

dalam hidup kita,kita tak lari daripada menyoal dan disoal.banyak soalan yang tidak rasmi yang harus didepani dalam hidup bermasyarakat.kalau tak jawab dikatakan nanti macam-macam.tapi bila dijawab pun boleh menjadi sebab lain.pendek kata...memang banyaklah soalan yang tak rasmi dalam hidup kita ni!

dalam banyak soalan itu,ini antara soalan klise yang ditanya orang pada kita atau mungkin kita pada orang lain:
1.dah kawin ke?
2.berapa orang anak?
3.buat apa sekarang?
4.keje kat mana ?
5.duduk mana?
6.duduk rumah sendiri ke? beli?
7.berapa beli dulu?

dan mungkin adalah lagi soalan cepu emas yang lain.tapi apa yang CITH senaraikan di atas tu adalah yang biasa dek telinga ini mendengarnya.ini semua adalah dalam kumpulan soalan 'SALING BERKAITAN". maknanya bila jawab satu,ia akan berkait dengan soalan yang seterusnya dan begitulah hingga sudah.

kalau yang ditanya itu belum kahwin; maka ini antara soalannya:
1.umur berapa?
2.bila nak kawin?
3.tak ada kawan ke?
4.kerja apa sampai tak ada masa nak pikir kawin?
5.memilih sangat ke?

kalau dah kawin tapi belum ada anak;ini pulak soalan cepu emasnya:
1.berapa tahun kawin?
2.tak ada anak lagi?
3.merancang ke?
4.bila nak ada anak?
5.suami keje apa?
6.tak nak ambik anak angkat ke?

huh...pernah tak kalian mendengar soalan-soalan sebegini.CITH percaya pastinya ada kan.apa perasaan kalian? suka tak disoal sebegini? CITH sama sekali tak suka dengan soalan-soalan ini.memang tujuan konon nak bermanis kata ambil berat tapi sebenarnya ia sedikit sebanyak mencalar perasaan ini.apatah lagi sesuatu yang ditanya itu agak sensitif di hati...huhu...

jadinya,sebelum kita ditanya dengan soalan yang tidak rasmi itu,baiklah kita juga jangan menjadi penyoal yang tidak bertauliah.cukuplah sekadar mendengar sekiranya tuan punya badan yang nak bercerita sendiri.selebihnya,baik zip sahaja mulut! yelah,kadang-kadang dek kerana soalan orang itu,kita yang tidak rasa apa-apa tiba-tiba menjadi seseorang yang ada 'apa-apa'.mulalah tak pasal-pasal kita yang stress,kita yang rendah diri,kita yang bermurung durja dan sebagainya...akhirnya kita lemah.

CITH pun sendiri pernah dan sehingga hari ini pun masih ada soalan-soalan tak rasmi ini yang terpaksa didengar.memang diakui,soalan ini kadang kala membuatkan diri jadi jauh hati,rendah diri,mula berprasangka buruk dan sebagainya...antara soalan tersebut;
 -tak kerja ke?
- la, duduk rumah je ke?
- tak ikut suami?
- tak jeles ke dengan suami duduk jauh?
- boleh percaya ke suami...?
-tak boring ke dengan buat kerja rumah?

inilah sebahagian soalan yang CITH depani.macam yang CITH cakap tadi,sekali dengar,ia menjadi halwa telinga,tak pikir pun.tapi bila banyak kali dengar,sedikit sebanyak ia termakan di hati dan terfikir di otak.mulalah timbul macam-macam rasa yang selama ini tak ada rasa apa-apa pun!

tapi mujur pakwe CITH selalu menggalakkan CITH supaya berkawan dengan orang yang positif,dapat menambahkan ilmu bukan untuk melalaikan,buat sesuatu yang CITH suka dan sebagainya...setiap daripada kita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.selagi kita rasa gembira dan bahagia dengan apa yang kita ada,maka kita tak perlulah untuk melayan soalan-soalan yang tidak rasmi itu.kita mampu untuk mencipta kesenangan,kebahagiaan,kegembiraan...dan apa jua untuk hidup kita.kalau nak diikutkan hati,memang susahlah.apa pun,kembali pada DIA yang mengaturkan apa sahaja yang terbaik untuk kita.

syukur padaMU Ya Rabb atas apa yang aku ada hari ini...al hamdulillah.

ALAHAI...





Saturday, February 18, 2012

LAYANG-LAYANG DILEPAS LAJU DITARIK PERLAHAN-LAHAN


Assalammualaikum semua pengunjung CITH...selamat berhujung minggu bersama orang tersayang.

orang tua-tua selalu berkata; sayangkan anak,tangan-tangankan.sayangkan isteri,tinggal-tinggalkan.sayang suami lepas-lepaskan?...."hihi...apa pulak kaitannya ye...

hampir dah nak setahun CITH dan pakwe CITH duduk berjauhan dek kerana tuntutan tanggungjawab terhadap kerjaya.dia dengan tanggungjawabnya manakala CITH di sini dengan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.perasaan? hemm...hanya orang yang melaluinya akan tahu perasaan itu.mungkin ada lagi di luar sana yang lebih berbeza keadaannya berbanding CITH.mungkin dalam kes CITH tidaklah sehebat mereka.

yelah macam CITH cakap,sayangkan suami dilepas-lepaskan...huhu...tapi dalam masa yang sama tetap ditarik perlahan-lahan macam kita bermain layang-layang.kadang-kadang bisikan jahat itulah yang membawa hati ini kepada fikiran yang bukan-bukan.sedikit sebanyak ada juga rasa yang tidak menyenangkan apatah lagi kalau orang di sekeliling kita tidak berfikiran positif.mereka ini secara tidak langsung menyumbang kepada rasa yang tidak baik kita kepada pasangan.orang seperti ini mesti dijauhkan!!!.

macam CITH juga,pada peringkat awal berjauhan ada rakan-rakan yang memprovok CITH mengatakan; "sian ko kat sini dengan anak-anak...dia kat sana free je.hanya fikir kerja.tak payah ingat lain...." ada juga yang kata; "tak takut ke jauh dengan dia?..." ada pulak yang lebih over lagi membangkitkan rasa yang lagi menyakitkan...entahlah.memang kalau sekali dengar rasa tak berbekas pada hati tapi bila banyak kali kita dengar, sedikit sebanyak hati ini tercuit juga!CITH manusia biasa lagi lemah...huhu...tapi tu lah,semuanya berbalik kepada persoalan hati.orang-orang seperti ini harus dijauhkan kerana ia membawa virus negatif dalam hati dan lantas mengganggu hubungan.

lidah mana yang tidak tergigit,lautan mana yang tidak bergelora?macam tu juga dalam sebuah perhubungan.ada rasa suka,ada rasa marah,ada rasa cemburu,ada rasa sayang,semuanya berwarna warni...terpulang pada diri sendirilah nak pilih warna mana yang dia suka.apa pun CITH lebih suka bermain layang-layang...dilepas laju kemudian ditarik perlahan-lahan.

siapa kita untuk mengawal semuanya kan.sesungguhnya hanya pada DIA segala urusan diserahkan." Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

ALAHAI...

Sunday, October 30, 2011

KATA HATI MATI,KATA RASA BINASA HABIS TU?

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

kadang-kadang apa yang kita rasa betul di fikiran kita rupanya tidak semestinya betul pada orang lain yang melihat atau merasainya.kadang tu rasa dah cukup baik kita berkata,namun tidak begitu penerimaannya.macam-macamlah manusia ni kan...

kadang tu pulak dek kerana nak menjaga hatikah,maka kita terpaksa berpura untuk menjadi bukan diri kita sebenarnya.ibarat kata nak menjaga hati lah punya kes ni!setiap antara kita punyai hati yang ego.jangan kata tak ego waima ia sebesar zarah pun kalau ada,ia tetap bernama ego.ego untuk rasa diri betul,ego untuk rasa diri besar,ego untuk rasa diri betul,ego untuk dihormati dan 1001 rasa ego itu!entahlah...kenapa CITH cakap pasal ego ni pulak kan...aduh...aduh...sakit kepala tengok karenah orang!entahlah...dek kerana ego,terpaksa korbankan hati dan rasa...asalkan pihak yang satu lagi rasa menang.kalau menang itulah tanda kejayaan,ha-ambiklah! CITH kalungkan...tak ke mana semua itu....

benarlah kata orang-ikut hati mati.ikut rasa binasa...jadi fikir sendirilah untuk mengikut yang mana satu.kalau keduanya menjadi pilihan demi ego itu,teruskan.mungkin dek atas nama prinsip 'respect' atau lebih mudah dikatakan EGO itu memuaskan hati,maka silakanlah...memang sukarkah kita untuk kurangkan ego kita bahkan buang jauh-jauh daripada kita?sukarkah? sebab apa? sebab mahu orang pandang tinggi dekat kitakah,kita kena jadi macam tu...emmm

ALAHAI...

Monday, August 22, 2011

BERAYA DI KG ANTARA SEMASA DAN TIADA MAK AYAH

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

lagi seminggu Ramadan bakal melabuhkan tirainya dan Syawal bakal menjelang tiba.CITH percaya,cuti di hujung minggu lepas pastinya masing-masing sibuk membuat persiapan terakhir tak kira lah persiapan rohani mahu pun materialnya.

bercakap nak raya,CITH tadi baru bertukar-tukar cerita dengan seorang sahabat.dia dan CITH sama juga,sudah tiada mak dan ayah.hari raya seakan tiada ertinya.nak balik kampung juga tiada relevannya.yelah,hanya rumah tua dan kosong saja yang ada.adik beradik semuanya sudah 'terbang merantau'.jadinya persoalan nak balik raya di kampung seakan tidak menjadi penting lagi baginya.

"penat Su,bila balik nak kemas rumah,nak beli barang dapur lagi untuk masak lepas tu bila nak balik KL semula,kena kemas semua barang-barang rumah dan simpan balik.entah berapa lama pulak nanti kitaorang balik semula" kata kawan CITH.

memang CITH akui,rumah kampung bila tidak bertuan,serinya akan hilang.cepat nampak hambar, hilang cerianya.tapi bila ada penghuninya barulah keceriaan itu jelas tergambar walaupun hanya sebuah rumah kampung yang tua.

dalam diam,CITH turut terasa keadaan yang sama pada diri ini...huhu...sedihnya.mula-mula abah tiada.kami adik beradik tetap balik ke kampung membawa mak beraya di rumahnya.keadaan ini tetap berlangsung meski pun makin lama,kesihatan mak tidak mengizinkan,hari raya tetap adik beradik semua balik.

kini? dah 2 tahun kami semua menjadi anak yatim piatu tua.kehambaran,kekosongan, ketidakpedulikan dan ketidakpentingan mula menyinggah dalam hati masing-masing untuk meraikan hari raya di rumah kampung.entahlah...walaupun sudah dikhabarkan awal-awal bahawa setiap raya kedua,adik beradik hendaklah berkumpul di rumah kampung tetapi nampaknya respon tidak memberangsangkan!jauh di sudut hati ini merasa sangat kecil hati dengan mereka yang pentingkan diri sendiri.peluang untuk meraikan dan bertemu semua adik beradik,anak buah saudara semakin jauh dan jauh....

CITH:saban hari menitipkan doa pada DIA agar silaturrahim antara kami tidak terputus.memang terasa sangat lain bila hari raya itu tiada insan yang bernama MAK dan ABAH.kepada yang punya mak dan ayah,berbahagia dan raikanlah hari raya dengan penuh kegembiraan bersama mereka kerana tanpa mereka kelak,berhari raya sudah hilang serinya.

ALAHAI...

Saturday, May 21, 2011

HARI INI SETAHUN EMAK MENINGGALKAN KAMI

Assalammualaikum semua...selamat berhujung minggu bersama insan-insan tersayang.

hari ini entry CITH panjang sedikit daripada biasa.bila bercakap insan tersayang ini,entahlah sebak rasa di dada.hari ini 21hb Mei genap setahun pemergian mak meninggalkan kami 8 beradik.walaupun semuanya sudah besar panjang namun bila mana tiada mak dan ayah,dalam hati pasti terasa.

apa taknya,duit banyak mana pun bukan dapat mencari atau membeli mak ayah di mana-mana.tulah satu-satunya mak ayah di dunia dan akhirat.bila dah tiada,ibarat anak ayam kehilangan ibunya.

mungkin mak ayah zaman dulu kurang nak tunjuk atau pamerkan rasa sayang dia.apa tah lagi nak ucap dengan kata-kata.dek kerana itu ada hati yang rasa mak ayah tak sayang.itulah perasaan CITH dulu-dulu.selalu jeleskan kakak yang di atas CITH.nampak mak abah(mak lebih tepat lagi) sayangkan dia.sebab apa?sebab kakak tu tak pernah kena buat kerja berat macam CITH buat.masa kanak-kanak dan remaja dipenuhi dengan aktiviti hujung minggu menolong abah di kebun.angkat kayu pagar,tolong tarik kawad duri,tolong siram anak pokok,angkat getah,mesin getah,cari kerbau,jual petai, apa lagi yang tak buat?sawah mana tak pergi menimba? semuanya pergi ikut abah pergi menimba ikan sambil mengutip buah berangan.rasanya semua kerja kasar tu semua dah CITH lalui...huk..huk...sedih pulak rasanya.

kakak tak pulak.aku pun tak tahu kenapa.masa itulah terfikir di fikiran ini bahawa memang mak abah tak sayangkan diri ini.mulalah CITH selalu mengeluarkan cakap macam ni; "mak sayangkan Kak Teh.yelah anak kesayangan mak mana boleh buat banyak kerja.asyik-asyik adik yang kena buat.mak memang pilih kasih lah!" nak tahu mak balas apa? "apo lak tak sayang.semuo sayang.ko tak tahu.esok-esok bilo ko dah ado anak,bau ko tahu macam mano sayang anak...Kka Teh ko tu lambek buek kojo.tu yang maleh nak suruh dio" tulah kata mak CITH tiap kali kalau diasak sedemikian.sememangnya Kak Tehku ini lemah lembut orangnya,tak seperti aku yang aktif,pantas,lasak(bukan up diri sendiri)

kini,setelah punya anak 2,CITH sendiri tidak tahu yang mana kasih dan sayang tertumpah lebih.rasanya sama semua.TAPI sekarang CITH lalui semula episod masa dulu bila mana Sakinah selalu argue yang CITH lebihkan adik,tak sayang dia sebab CITH selalu marahkan dia tak marahkan adik...Allah...berat sekali untuk CITH lalui ini semua.

agaknya inikah balasan CITH dapat akibat apa yang telah CITH lakukan dulu.hidup ibarat rodakan-orang putih kata: 'what's go around,comes around' (rasanya betul ni...)puas CITH explain pada dia bahawa sayang ini sama untuk keduanya cuma buat masa ini perhatian itu terlebih sikit untuk adik memandangkan dia masih belum cukup berakal lagi.ulanglah banyak kali mana pun,dia tetap mengatakan CITH sebegitu! mak,agaknya inilah yang mak rasa dulu...

sebagai emak apa lagi yang diharapkan daripada anak-anak selain kejayaan hidup di dunia dan akhirat?pastinya bekalan doa dan sedekah jariah menjadi tanda kasih sayang anak kepada mak dan ayah.begitu jugalah yang selalu aku terapkan pada Sakinah.tiap kali aku berpesan begini; "na,nanti mama dah meninggal-kalau Sakinah ingatkan mama,sayangkan mama tak bencikan mama ni-ngajikan untuk mama.pasal tu mama ajar Sakinah ngaji supaya Sakinah boleh ngajikan mama,ajak adik sama,sedekahkan untuk mama.itu je tanda ina sayangkan mama." tiap kali itu jugalah dia menangis tak mahu aku pergi dulu...entahlah.al hamdulillah,masa neneknya meninggal setahun lepas,dia dapat ngajikan neneknya.syukur sangat.

biarpun sudah berfamili sendiri dan memegang status MAMA tapi tetap terasa kehilangan seorang yang bergelar mak...meski pun semasa hayatnya kurang untuk CITH menginterpretasikan kasih sayang CITH tetapi CITH tetap terasa kehilangan itu sehingga ke hari ini dan mungkin selamanya....

moga mak dan abah ditempatkan di kalangan para solih dan solihin.anakmu ini tidak pernah lupa untuk berdoa untuk mu mak,abah.Ya Allah,semoaga apa jua yang terbaik aku lakukan ini,KAU berikanlah pahalanya pada kedua orang tuaku.AMIN.

ALAHAI...

Monday, December 6, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432

alhamdulillah, sekali lagi kita dapat membacakan doa penutup tahun 1431 hijrah dan doa tahun baru 1432 hijrah.

nampak betul kurangnya hebahan atau promosi berkaitan tahun baru Islam ini berbanding jualan YES (year end sale) di media massa kita.kalau dilihat di pusat-pusat beli belah pun, sekarang sibuk dengan promosi perayaan krismas dan tahun baru 2011.

"Ya Allah, moga tahun 1432 Hijrah ini akan membawa lebih amal kebaikan untuk kita sekalian umat Islam seantero dunia, dijauhkan segala bencana,malapetaka sama ada yang dilakukan oleh tangan ini sendiri mahu pun angkara musuh yang tak pernah kenal erti kalah.moga kita umat Islam akan lebih kuat dan sentiasa teguh berpegang kepada Al Quran dan As Sunnah.AMIN..."

SALAM MAAL HIJRAH untuk semua.

ALAHAI...

Saturday, November 6, 2010

CERITA KAMPUNG

salam Sabtu semua.alahai... bila ada di kampung ni memang orang kata tak 'dan' lah nak memegang laptop ni ye! apa taknya, berkumpul beramai-ramai,masak,makan lepas tu menyembang entah apa-apa memang seronok!

aku masih di kampung lagi sejak dari hari Khamis malam lepas.yelahkan walaupun si Muthu yang nak beraya tapi disebabkan cuti hujung minggu yang panjang maka tak kiralah Ahmad ke, Ah Chong ke tetap nak ambil kesempatan balik kampung atau bercuti ke mana-mana.konsep 1 Malaysia kan!biar pun jalan jem-tapi tetap seronok.Insya Allah esok baru balik KL.

aku pulak, memang dah jadi rutin bulanan balik menziarahi mertua dan sanak saudara.mudah-mudahan anak-aku aku nanti dan kita semua nanti akan selalu menziarahi kita bila dah tua-tua esok! alamak, aku terSENSITIF sikit ni...huk..huk..yelah aku selalu cakap kat Sakinah;

" na,bila dah besar,dah pandai hidup sendiri jangan lupa mama baba.
balik tengok mama,baba.tengok nenek atuk-happy diaorang tiap kali kita
balikkan.sampai dah tengah malam pun ada je nak cerita lagi..."

siapa tak sukakan kalau anak-anak balik ziarah kita...memanglah sumbangan setiap bulanan diberi untuk mereka tetapi kepulangan kita tu lagi bermakna buat mereka.

kalau dulu masa aku kecik-kecik,tiap kali dapat tahu kakak-kakak aku ada yang nak balik kampung-arwah abah dah siap-siap penuhkan peti sejuk dengan benda nak masak,ada kakak aku yang suka itik,ada yang suka udang,ada yang suka ayam kampung pendek kata pesan je nak makan apa, arwah abah dah siapkan.arwah mak pulak memang suka masak!daripada sarapan-roti canai mak? alahai...aku memang mis nak makan roti canai mak...al fatihah untuk arwah mak...(air mata-kenapa tiba-tiba pulak turun ni...)minum petang dan makan malam...semua fuh lengkap.

kini ,walaupun aku tak berkesempatan rasa tu semua daripada air tangan mak sendiri-tapi aku syukur dapat merasainya daripada mertuaku-Hajah Timah!mertua aku pun macam arwah mak dan abah dulu-tahu je kitaorang nak balik,dah siapkan apa yang menjadi kesukaan kami.Ya Allah syukur sangat-sangat! tu lah jadinya memang tak berkesempatan nak update blog.

daripada sarapan, tengahari dan malam...semua ada.pakweku hanya pergi pasar waktu pagi-aku tolong kemaskan yang patut dan pastinya nak tumis-tumis tu mak mertuaku lah! memanglah kan kalau kat rumah kita-kita yang pergi pasar,kita yang siang ikan,kita yang masak dan kita jugaklah yang jadi tukang makan...alahai...lemahnya kan...bila orang lain yang masakkan-aduh!sodap!!! hihiii....

moral cerita: sekarang masa muda-kita buatlah orang tua kita segembira yang termampu.mudah-mudahan yang sama juga kita dapat pabila kita tua kelak...hidup bagai roda-pastinya kita juga akan melalui detik dan rasa yang sama seperti mereka...

ALAHAI...

Friday, October 15, 2010

DUIT? PENTING...

lanjutan daripada celoteh kita semalam mengenai DUIT, berikut ini aku ambil sedikit apa yang dikatakan oleh Irfan Khairi dalam FBnya. dia ni dah jadi jutawan dalam usia yang muda.aku suka baca dan ikuti tips-tipsnya.harap-harap boleh jadi jutawan jugak macam dia...hihiiii...


Berikut adalah antara tipsnya :

Try to eat in, kurangkan makan di luar.
selalunya kalau makan kat luar 3x ganda harga kosnya. Contoh, nak buat burger di rumah, kos hanya RM1.00. kalau beli kat gerai RM3.00. kalau pergi kerja bawa bekal, pergi keluar makan dulu siap2 di rumah, pergi mana saja, kalau makan luar cuba fikir kosnya adalah 1/3 dari harga. Amalkan tabiat berjimat- sikit2, lama2 jadi bukit.
(kalau bab ni, aku rasa ramai rakan blogger yang dah jadi kaya-sebab rajin mencuba resepi-resepi dalam internet ni...)

PERTAMA; harta kekayaan boleh melalaikan, menggelapkan hati dan jadikan seseorang itu sombong & riak.

KEDUA; harta kekayaan boleh membantu mereka yang susah, membangunkan agama & negara, serta menjadikan kita lebih bersyukur dgn segala kurniaan-Nya. “HARTA” tidak salah. Tetapi, ianya adalah PILIHAN & KEPUTUSAN manusia untuk tidak memilih yang PERTAMA dan memilih yg KEDUA!

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu pasti doa diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan / memutuskan hubungan keluarga. Jadi amalkan surah al-Waqiah. Riwayat Ibn Mardawaih: “Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan aj…arkanlah ia kepada anak-anak kamu.”

sebelum melaburkan atau menyimpan wang di mana-mana, pastikan kita tiada hutang seperti kad kredit. ini kerana, tiada gunanya melabur dan memperolehi katakan 10% dan pada waktu yang sama kita terpaksa membayar interest kad kredit 18%. budak-budak pun tahu kita sedang kerugian 8%. tak masuk akan bukan?

Wang bukan segala-galanya. Tetapi, Kurangnya wang akan mengakibatkan stress yang tinggi. Kurangnya wang adalah antara sebab tertinggi berlaku perselisihan faham suami isteri. Kurangnya wang menyukarkan mendapat perubatan & pendidikan terbaik untuk keluarga. Walaupun wang bukan segala-galanya, tetapi wang …adalah amat-amat penting dalam hidup!

jadi, sebagai 'khalifah' di muka bumi ini, kitalah yang mencorakkan wang kita untuk diletakkan di mana dan untuk siapa. kalau tak ada wang pun susah, ada wang pun susah.pendek kata...pandai-pandailah...

aku?taklah jadi jutawan lagi tapi cukup bahagia dengan apa yang ada sekarang.al hamdulillah.

Thursday, October 14, 2010

ADA ORANG NAK KASI AKU RM10K???

dalam suasana yang tak berapa ceria ni sebab masih dalam serangan B-D-S,tengahari tadi aku dapat TAWARAN ISTIMEWA- ADA ORANG NAK KASI AKU 10 RIBU!!! fuh, dasyat bunyinya.macam mana?

"tahniah, sim card anda telah menangi hadia d Shell Sdn Bhd.Wang RM 10,000.Sila hubungi di talian 014 866 2838. terima kasih" hahaha...memang sah-sah kelentong.aku tak pernah la nak isi minyak kat Shell ni.depan rumah aku ni tersergam Petronas.lagi pun aku memang penyokong Petronas! (tidak kang, tak naik bonus aku!!! hihi ...)

tengok ejaan pun dah tak betul, dah tentu niatnya pun tak betul.aku rasa,penipuan macam ni dah banyak kali berlaku.rasanya mungkin kalian pun pernah dapat sms macam ni agaknya.

bagi aku pulak, sms yang ini ialah yang kali ketiga aku dapat.pertama dulu sms dapat RM15K daripada Power Root. ni satu lagi yang pelik, aku bukanlah peminum keluaran Power Root- jadi macam mana pulak boleh dapat senang-senang duitnya kan? emm...tapi aku cuba telefon nombor yang diberikan tu.suaranya lelaki macam Indon-indon sikit.dia tanya aku sama ada aku ada akaun di Maybank atau tak.bukak akaun dulu baru boleh dapat duit.aku tanya lagi-mana officenya.dia kata sebelah KLCC! sah, ni lagi satu penipuan yang terang lagi nyata! manalah ada office Power Root kat situ.pakweku hari-hari pergi office dia kat KLCC!

sms kedua, sebab aku menang minuman Coke daripada TV3 yang bernilai RM20K.diorang ni ofer ribu-ribu je...ni pun tak de kena mengena dengan aku.aku pun bukan peminum coke yang tegar!sekadar minum kat KFC atau McD.

pendek kata,tawaran yang dibuat oleh sindiket ini dalam jumlah yang banyak.sekali baca-fuh kalau betul memang orang kata 'duit terpijaklah' tapi sebenarnya adalah untuk menggaburi kita dan sekaligus nak mengenakan kita!

tak semudah itu, orang nak berikan kita dengan jumlah yang besar itu dalam keadaan saja-saja.mestilah kalau kita dapat pun,kita sudah melakukan satu kerja atau usaha ke arah itu.moralnya: TAK BOLEH PAKAI SEMUA INI. USAHA=BARU DAPAT HASIL!!!


ALAHAI...

Monday, October 11, 2010

ANTARA KAMPUNG DAN BANDAR

salam untuk semua.ke mana semalam? aku? semalam, mertua dan ipar duaiku datang ke rumah.masih kedapatan rumah terbuka meskipun Syawal sudah bertukar kepada Zulkaedah.membawa mereka ke 3 rumah terbuka-di Kota Damansara,Hulu langat dan di Serdang.

hanya hujung minggu sahajalah warga di bandar ni mempunyai masa terluang sedikit untuk melayan mahupun menjalin kemesraan sesama saudara mara.hari yang lain masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.

di bandar ni,tak bolehlah kita nak sesuka hati buat 'terjahan' ke rumah orang.bukan apa,takut-takut mereka dalam keadaan yang tidak mengizinkan untuk kita datang bertandang. panat dari tempat kerja, melayan 'jem' di jalan raya dan kemudian lewat sampai di rumah adalah senario yang tidak memungkinkan mereka dalam keadaan yang 'agak senang' untuk menerima tetamu!

lainlah kalau tinggal di kampung agaknya.suasana yang berbeza membuatkan kita boleh 'terjah' sahaja bila-bila masa ke rumah jiran tetanggga mahupun saudara mara.malahan masih mampu untuk bersembang hingga ke larut malam! itulah bezanya di kampung dan di bandar.

tak perlu nak hidangan melempah ruah-cukup sekadar air teh atau sirap dan kemudian sedikit kuih raya atau yang paling orang kata 'comman' tu ialah -goreng mee! dah pun cukup...hihiii...siapa sahaja nak datang,boleh datang.

di bandar, semuanya perlu secara 'formal' iaitu mendapat undangan terlebih dahulu daripada tuan rumah, ditentukan hari dan masa yang dibolehkan datang. maka pada hari tersebut semua dijemput hadir-daripada jiran tetangga,rakan sekerja dan juga saudara mara. makanan? fuh penuh sepanjang meja yang ada.makan sampai perut kata 'stop' . memang nampak meriah tetapi kemesraan di antara tuan rumah dan tetamu agak 'kureng' sikit.kenapa? sebab tuan rumah sibuk melayan tetamunya dari satu meja ke satu meja yang lain." jemput makan ye..." "minta maaf tak dapat nak sembang-sembang..." adalah ayat klise yang akan diutarakan oleh tuan rumah.betul tak?

itulah sedikit perbezaan yang berlaku antara di bandar dan di kampung walaupun tujuannya adalah sama TETAPI cara yang berbeza.tuntutan kerja dan masa menyebabkan perubahan budaya berlaku namun tetap dengan satu niat untuk meraikan sauadara mara,jiran tetangga dan rakan taulan.


ALAHAI...

Friday, October 8, 2010

PERKAHWINAN ANGKASAWAN =PERKAHWINAN ABAD INI??

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha,siapa yang tak kenal dengan beliau agaknya? merupakan angkasawan pertama Malaysia dan yang ke 438 di dunia. bukan nak bercerita pasal kejayaan beliau atau cerita naik ke ruang angkasa lepas TETAPI cerita mengenai perkahwinannya yang digelar PERKAHWINAN ABAD INI @ WEDDING OF THE DECADE bukan yang biasa tu 'wedding of the year! (ni dah tak hebat lagi...) oleh siaran Wanita Hari Ini tengahari tadi dan juga mendapat gelaran ‘Perkahwinan Gemilang Abad Ini’ (pancaindera 3/10/2010)

wah, begitu hebat gelaran yang diberikan. tuah orang! kan pepatah ada menyebut: tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia-hanya Allah yang Maha Tahu! sebelum itu laporan hebahan perkahwinannya telah disiarkan dalam Pancaindera 3 Oktober yang lepasmereka bakal diijabkabulkan pada pukul 11 pagi di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, Kuala Lumpur pada 10.10.2010 dan pada sebelah malamnya majlis persandingan akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang akan bersiaran langsung di TV3 pada malamnya pada pukul 9 malam!

kalau sebelah tengahari tadi aku mengikuti siaran Wanita Hari Ini dengan beliau dan tunangnya Dr Halina menjadi tetamu, berbicara mengenai hari perkahwinan. biasalah ditanya mengenai aspek tema, konsep,tetamu,bulan madu,anak...-pada malam sebelum tu juga di TV3 menerusi rancangan Forum turut mengundang Dr Muszaphar sebagai tetamunya. JUGA berbicara topik perkahwinan dan juga hal-hal berkaitan dengan beliau!

pendek kata-dalam minggu ini memang tak habis cerita perkahwinan ini...sehinggalah berlangsungnya hari tersebut! sama-samalah kita saksikan apakah yang dimaksudkan dengan PERKAHWINAN ANGKASAWAN NEGARA,PERKAHWINAN ABAD INI dengan bertemakan PERKAHWINAN PAHLAWAN MELAYU DI ISTANA KAYANGAN ...fuh..pastinya hebat majlis tersebutkan!

sebagai orang yang jauh- hanya doa yang terbaik untuk pasangan ini moga kekal bahagia sepanjang usia!


ALAHAI...

Tuesday, August 31, 2010

53 TAHUN UNTUK MALAYSIAKU-MERDEKA!!!

salam merdeka untuk seluruh warga Malaysia,negara tercinta tempat tumpah darah kita.sudah 53 tahun kita merdeka.kalau diumpamakan negara kita dengan manusia yang mempunyai angka yang sama,rasanya negara kita sudah semakin matang,dewasa,telah banyak mencipta kejayaan dan rasanya pada usia ini adalah satu titik pencapaian untuk menikmati hasil yang selama ini telah ditabur benihnya.

kalau dulu semasa bergelar pelajar,kita belajar subjek Sejarah untuk lulus atau sekiranya kita rajin sikit untuk membaca,maka markahnya akan lebih baik.jika yang malas nak membaca,alamat merahlah jawabnya! justeru,memang kena baca,hafal dan faham tentang tarikh,peristiwa,kesan,nama-nama tokoh terlibat dan sebagainya.inilah yang pada sebahagian pelajar rasa 'agh,lecehnya,boringnya subjek ni.kita belajar benda yang dah lepas yang kita tidak wujud lagi ketika itu...susah nak faham lah dan sebagainya.'

tapi bagi aku sendiri,aku memang suka subjek ni.ceh..ceh, ni kes nak "up" diri sendiri lah pulak ye! jangan marah... masa sekolah dulu,aku siap boleh ingat setiap tarikh dan peristiwa yang berlaku dan selalu menjadi rujukan kawan-kawan yang lain sebab tiap kali ujian dah tentu aku yang'score'. itu dulu ketika otak ini hanya ditugaskan untuk belajar,belajar dan belajar TAPI kini otak ni pun dah agak slow sikit sebab dah banyak benda yang nak kena ingat....hihiii.. nak ingat masak,nak ingat kerja rumah,macam-macamlah...

apa pun bagiku,sesibuk bagaimana sekalipun kita, takkan kita tak boleh ingat hari bersejarah untuk negara kita kan? tarikh 31 OGOS 1957 tetap akan dikenang sebagai tarikh "keramat" buat negara dan kita warganya.

kita menjadi warga yang merdeka,bebas menentukan corak negara,bebas untuk membina kejayaan,bebas untuk meraih peluang dan kesempatan yang ada.pendek kata apa sahaja yang ada di bumi MALAYSIA adalah milik kita untuk meraihnya!!!

kita adalah warga MERDEKA. takkan kita nak biarkan MERDEKA ini dinodai,dicabuli dan seterusnya manarik kembali dari kita...kita tak ingin dikongkong lagi apatah bertuankan 'orang lain' untuk meneruskan kelangsungan hidup kita! MERDEKA ini harus dipertahankan maruahnya walaupun kiri dan kanan kita diasak untuk melepaskan MERDEKA ini.

marilah kita bersama-sama menyambut MERDEKA ini bukan setakat meraikan cuti sehari TETAPI lebih kepada itu menceritakannya kepada generasi di bawah kita supaya selamanya kita menghirup udara MERDEKA.

lirik lagu Tanggal 31 OGOS -nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad

Tanggal tiga puluh satu
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka, Merdeka, Tetaplah Merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal tiga puluh satu
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia, Hari yang bahagia
Sambut dengan jiwa yang Merdeka

Mari kita seluruh warganegara
Ramai-ramai menyambut hari Merdeka, MERDEKA!!
Tiga satu bulan lapan, Lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku Merdeka

(2x)

Merdeka, Merdeka, Merdeka....!
MERDEKA!!




ALAHAI...

Saturday, August 28, 2010

PERGI YANG TAKKAN KEMBALI LAGI


salam ketemu kalian semua.walaupun dah terlambat satu hari,aku ingin mengucapkan selamat berhujung minggu yang panjang kepada kalian yang mula bercuti semalam sehingga hari merdeka nanti.semalam juga kita telah menyambut 17 Ramadan bersamaan hari Nuzul Al Quran. semoga Allah teguhkan iman, kesabaran dan kematian kita dalam Islam.amin...

semalam pagi jam 5.20 sewaktu tengah makan sahur- telefon berbunyi; 'dik,abang dah tak ada lagi...' Allahu Akbar! suara kak tehku di hujung talian dari Hospital Besar KL, Innallillahhirojiunn...pergi seorang abang iparku Samsor B Jantan untuk menghadap Penciptanya.

apa lagi,aku berhenti makan dan terus menghubungi adik beradikku yang lain.akulah yang menjadi tukang reporternya.

abang iparku berusia 44 tahun baru dimasukkan ke wad HBKL pada hari selasa yang lepas kerana dikesani terdapat cecair dalam otak.sebelum itu,dia hanya mengalami simptom kaki kebas. tetapi apabila dibawa ke doktor untuk pemeriksaan lanjut barulah tahu apa punca sebenar penyakitnya.memang selama ini,dia hanya mengadu selalu sakit kepala dan ambil panadol lepas tu baiklah.macam tulah biasanya kata kak tehku.jadi mereka sekeluarga tidak mengesyaki sesuatu yang lebih dari itu! Allah maha mengetahuikan...

hari Selasa dia ditahan wad,hari Khamis menjalani pembedahan menyedut cecair di otak, dan pagi semalam (Jumaat), dia pergi buat selamanya. begitu mudah percaturan Allah berikan kepada dia dan sekaligus kepada anak dan isterinya. paling cantik,pada hari Jumaat,bulan Ramadan dan hari Nuzul Quran pulak tu! alahai...

segala urusan telah disempurnakan di hospital dan jenazah hanya dibawa pulang ke surau berhampiran rumah untuk disembahyangkan sahaja dan untuk memberi peluang kepada saudara mara menatap wajahnya buat kali terakhir!seterusnya satu perjalanan terakhir dari kawasan rumah untuk menuju satu persemadian yang kekal abadi...di sinilah,persemadian terakhir bukan sahaja untuk abang iparku tetapi persemadian terakhir juga untuk kita semua. tinggallah anak,isteri,keluarga,sanak-saudara...pergi ini tidak akan kembali lagi.bakal ketemu di akhirat kelak! titipan doa diharap selalu semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah abang iparku ini.



ALAHAI...

Tuesday, July 6, 2010

PABILA SAKIT- hilang nikmat sedap

sejak maghrib semalam,tiba-tiba badan jadi menggigil.sejuk teramat.tiba-tiba sahaja badan rasa tak tentu.sejuknya....sampaikan berstokin dan bersweater.anakku Sakinah dah panik.'kenapa ma? bibir mama dah pucat ni...Ina bubuh minyak kat mama..." pakweku pulak tak ada kat rumah-pergi memancing udang di Kuala Selangor.petang ni tadi baru balik.

bukan setakat tu je, ni breast aku pulak rasa sakit.memang aku menyusukan baby lagi tapi tak alih-alih pulak petang ni jadi bengkak,rasa panas,berdenyut-denyut sakitnya.walaupun sakit,baby tetap juga nak menyusu...baby aku tu memang,nampak breast je dah senyum melirik dia! alahai comelnya...dia tak tahu ni mama dia sakit.dia tahu nak...nak...juga!

pagi tadi memang tak boleh tahan dibuatnya.aku cuma gorengkan bebola ayam untuk sarapan Sakinah.kepala rasa berat sangat.bila bangun je,pening.aku gagahkan juga badan nak bangun.pagi ni aku terpaksa hantar Sakinah ke sekolah agama-ambil alih tugas pakweku.sakinah dah macam-macam pesan kat aku...dalam hati...sayang juga dia padaku...

tengahari tadi aku masak bubur untuk makan tiga beranak,macam-macam aku masukkan.budak dua orang ni makan betul.tapi aku pulak...apa pasal pulak makan rasa pahit?makan,makan rasa pahit.alahai...nilah penangan sakit-makan sedap pun jadi tak sedap!

petang tadi pakweku balik dari memancing.rezeki-udang galah dan adalah jugak dapat ikannya.selepas dia siap berkemas,dia bawak aku ke klinik.klinik biasa aku tu pulak,petang ni doktor lelaki.alamak,takkan nak tunjuk breast kut...pergi pulak klinik satu lagi-pun doktor lelaki. pergi klinik yang keluar dari area aku ni,baru ada doktor perempuan. diperiksa suhu-sah demam! 38 darjah celcius,ditengoknya breast aku-cakap nak jadi bisul???entah lah...dia kasi aku ubat tahan sakit dan antibiotik.

balik dari klinik,pakweku buatkan tomyam udang.tekak ni rasa pahitkan.makan masam-masam ni sedap agaknya.Ya Allah-sama juga.udang tu memang fresh tapi rasa kuah tetap pahit. alahai...orang sakit punya rasakan!tapi syukur...-pakwe buatkan untuk aku walaupun tomyam 'bodoh'je. lepas makan,makan ubat-malam ni baru lega sikit.kepala dah ringan tapi sakit di breast ni belum hilang lagi. esok kata pakweku,dia nak bawak aku ke klinik biasa kami tu...mudah-mudahan tiada apalah yang tak baik...


ALAHAI...

Friday, June 25, 2010

TABIAT PEMAKANAN TERBAIK


sedikit perkongsian untuk dikongsi bersama kalian,kawan-kawan di alam maya ini. dah masak hari ini? apa menu istimewa?...emm...hari ini kita berkongsi panduan pemakanan pulak ye!

sebagai seorang isteri,ibu merangkap pakar pemakanan di rumah,di bawah ini ada sedikit panduan yang boleh kita sama-sama berkongsi kebaikannya.pepatah ada menyebut,'otak yang sihat terletak pada badan yang sihat'.jadi dari manakah punca badan boleh menjadi sihat?sudah tentu daripada tabiat penyediaan dan pemakanan yang sihat.

kesihatan yang baik itu berpunca bukan setakat zahiriah yang kita mampu melihatnya daripada mata kasar,sebaliknya punca wang untuk membeli bahan makanan itu juga penyumbang ke arah kesihatan yang baik pada mental,fizikal dan jasmani.

"...pada diri seorang insan itu ada seketul daging...jika baik daging tersebut maka baiklah semuanya..." jelas satu peringatan kepada kita semua khususnya kita yang sebagai'chef no 1' di rumah kita. (chef wan tetap no 1...hihi)

BERIKUT INI PANDUAN yang boleh dimanfaatkan:-

1. Orang yang makan sampai habis tidak tinggal sedikit pun makanan walau sebutir nasi di pinggannya
= cermat, tertib, tidak boros.* pernah mendengar daripada siaran Tanyalah Ustaz(nama dah lupa),butir nasi terakhir itu adalah berkatnya makanan itu.jangan biarkan yang berkat itu dimakan oleh syaitan!

2. Orang yang makan tetapi di pinggannya masih terdapat sisa makanan dan banyak makanannya yang tidak habis dimakan
= boros, tidak berapa peka, kurang teliti.

3. Orang yang suka makan daging putih (ayam dll)
= sabar, tidak suka marah.

4. Orang yang suka makan daging merah (kambing, lembu dll)
=suka marah, tidak dapat mengawal diri.

5. 80% penyakit berpunca daripada makan.*sebab tulah penyakit banyak menyerang terutama penyakit 3 sekawan tu...

6. Orang perempuan lebih peka soal makan berbanding lelaki. Atas faktor itu, perempuan lebih panjang umur berbanding lelaki (asbab)* ni betul ...kita kan nak jaga badan...

7. Nabi kunyah 40 kali ketika makan.*satu senaman untuk muka,tak payah nak kunyah gula-gula getah lagi.

8. Makanan boleh jadi racun dan boleh jadi ubat. Makan sesuatu makanan hendaklah berpada-pada.

9. Makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.

10. Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut adalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.

11. Tidak baik jika makan tengah malam. Nabi jika lapar tengah malam, nabi minum susu panas.*kita pulak di Malaysia ni...tengah malam supper di kedai mamak ...hish..

12. Jangan makan buah selepas makan. Makan buah sebelum makan kerana dapat membantu penghadaman.*nilah yang kita selalu silap.maan buah selepas makan...alahai...

13. Makan sewaktu rasa lapar, berhenti sebelum rasa kenyang.

14. Elok makan berjemaah kerana hidayah Tuhan turun mencurah-curah.

15. Di tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman. Jadi makanlah menggunakan tangan kanan. lagi pun tangan kiri kan untuk beristinjak

16. Minum sejam sebelum makan dan sejam selepas makan.

17. Makan hanya 1 lauk saja. Jika makan ikan, ikan saja. Jangan campur ikan, daging, ayam dan sebagainya dalam satu menu untuk dimakan.


emmmm...bagaimana ye?selepas ni kita terpaksalah ambil sedikit langkah perubahan untuk mendapat kebaikan dalam kesihatan kita...mana-mana yang sebelum ni kita buat,adjust-adjust lah nampaknya.selamat mencuba untuk diriku sendiri dan kalian di luar sana.

*bahan diolah daripada sumber Dato' Dr Hj Mohd Fazilah Hj Kamsah

ALAHAI...

Sunday, June 20, 2010

PAPA...happy father's day.Ina ada hadiah!



ini adalah hasil rangsangan anakku Sakinah.dia suruh aku tulis dengan mengambil kira buah fikirannya. dia suruh aku masuk dalam blog mama dia ni yang kata dia"blog cerita yang mama rajin tulis tuu"...hihii..oklah...

hari bapa? apa hadiah sesuai untuk mereka?bagiku pula, Sakinah awal-awal lagi pada hari Jumaat lepas dah beriya nak pergi beli hadiah papa dia! aku bawa ke Jusco yang berdekatan rumah.aku tanyakan pada dia, sama ada dia ada duit sendiri atau tak. wah, dia dengan bangganya;" adalah ma, duit ina yang sepuluh ringgit tu"... nilah modal dia tiap kali nak pergi beli apa...asyik dengan duit rm10 dia tulah!

aku kata pada dia; "na, ni nak beli hadiah papa ni...guna duit ina ker?" "yelah ma" jawab dia balik. oklah,aku bukan apa...saja nak tengok macam mana fikiran dan tindakan dia!dia memang ada duit sendiri,alah duit dari lebih belanja sekolah atau pun duit yang selalu dikutip dalam rumah ni!

dengan berbekalkan duitnya rm10,kami ke Jusco.(duit aku sendiri ada)hajat hati dia nak beli tali pinggang.aku diamkan sahaja.biar dia tahu berapa nilai duit rm10 yang berlagak sangat tu...hihi...

nak tahu? harga tali pinggang yang murah rm29.90..hahaha..cam ner tu...pandai pulak cakap..tak cukup duit! nak tengok pulak wallet...ha? lagi mahal...hish...hish..pergi tengok underware, pun tak cukup. paling cheap pun rm12.50.punyalah kelakar!!! dia dah mula give up bila tengok semua mahal,tak cukup duit...last-last lalu kat stokin jeng...jeng nampak stokin rm10!
apa lagi...dengan bangganya; "ma,ni dah dapat dah! cukup ngam 10 ringgit ina punya ina nak beli ni untuk papa.hari Isnin nanti papa guna pergi ofis."

tulah hadiah yang dibelinya untuk papa dia.balik rumah pulak,sibuk nak cari pembalutlah,nak mintak aku carikan gambar-gambar nak buat kad pulak!sememangnya akulah orang yang selalu galak dan ingatkan dia dalam hal "kad mengkad" ni...sebab aku pun suka buat benda ni...hihihi..mak borek,anak rintik!

dia pun mengguntinglah kertas nak buat kad.walaupun "sempoi" tapi !
aku bangga dengan dia!setiap hasilnya pasti akan menjadi hiasan pintu bilik tidurku!

kepada suamiku Hairul Hafez:terima kasih kerana menjadi papa yang pada kami hari ini sudah baik,bertanggungjawab dan sayangkan kami.kami sayanggggg papa ....

ALAHAI...

Friday, June 18, 2010

9 AZAB Seksa Wanita MENANTI Kerana 9 DOSA

salam hari Jumaat untuk kawan-kawan di alam maya ini. sedikit perkongsian untuk tazkirah di hari ini.bahan ini dikirimkan oleh seorang kawan kepada Facebookku tempohari.sesuai lah kalau kita sama-sama mengambil manfaatnya.

apabila dikatakan 'wanita' memang tidak dapat lari daripada pandangan mata syaitan daripada pelbagai sisi penjuru.ada sahaja sudut-sudutnya yang cuba digoda lantas kita terpedaya. mudah-mudahan dengan tulisan ini kita mampu menyediakan benteng diri daipada godaannya. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.

Sebagaimana Allah suka dengan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kapada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dr kemurkaannya.

Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan nabi2 pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat. Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: - "Seorang wanita yang berkata kapada suaminya,"semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke 7 dan mengutuk pula segala sesuatu yg dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia dan jin."

Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Seorang yang membuat susah kapada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib dan sunnatnya.

Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: Kalau seandainya apa yang ada dibumi ini merupakan emas dan perak serta dibawa oleh seorang wanita ke rumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata2 angkuh,"engkau ini siapa? Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak.

Nabi S.A.W. adalah seorang yang sangat kasih pada ummatnya dan terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azab Allah. Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan & tekanan. Begitu juga air mata dan darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita. Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita dan seluruh ummat baginda. Sebagai penutup ikutilah kisah seterusnya ini sebagai iktibar bagi kita.

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah S.A.W. dan kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kapada beliau," mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis." Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?"
Beliau bersabda: -

1.Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2.Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3.Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4.Wanita yang digantung , diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun2 kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.

5.Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6.Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dr neraka.

7.Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8.Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9.Wanita yang berkepala spt kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis siksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kapada ku apakah amal perbuatan wanita2 itu." Rasulullah S.A.W. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang : -

1.Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.

2.Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata

3.Kemudian Nabi S.A.W. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4.Adapun wanita yang digantung dgn buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

5.Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh dan nifas.

6.Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

7.Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.

8.Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun2nya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9.Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya spt kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

10.Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.
11. Adapun wanita yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki

Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik di zaman itu. Diantara sifat buruk mereka: -

1.Isteri Nabi Nuh suka mengejek dan mengutuk suaminya.

2.Isteri Nabi Lut suka bertandang ke rumah orang.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir .Takut kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah. Nauzubillahi min zalik.

Friday, June 4, 2010

SUKA@TAK SUKA SUAMI PADA ISTERI?

sedikit rasa yang ingin dikongsi bersama memandangkan hari ni off memasak. sedikit busy dengan membawa anak untuk suntikan setahun, buzy dengan hari Jusco member card! alahai...soping barang dapur jer...hihihi..

dah berapa lama hidup bersama suami? lagi lama hidup bersama, lagi banyak yang harus terus dipelajari. ilmu rumahtangga tiada penghujungnya, lebih tinggi dari PHD! betul tak? kalau orang lain berebut nak master, PHD, ilmu rumahtangga pun macam tu juga.

yelah.. isteri ni banyak yang kene tahu. masa bercinta kata orang: kentut pun berbau wangi. kalau berjalan tersepak batu, batu yang disalahkan. tapi bila dah kawin, semua true color dah terkeluar. masa tu yang manis, jadi masam, yang cantik jadi hodoh,dan macam-macam lagi sampai melibatkan kes naik turun mahkamah pabila dalam hati sudah tiada cinta lagi... betul ker?... mudah sungguh bunyinyakan.

bahan di bawah ini ku petik daripada hasil penulisan pakar motivasi keluarga Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah. terima kasih atas penulisan ini moga keberkatan Allah berikan. mari bersama kita kongsi-kongsikan. menurut kata beliau, terdapt 8c yang lelaki pandang pada isteri ni:

C1 CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan &tutur kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan sertatindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik
lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

*segalanya terletak pada diri kita sendiri. Allah tidak akan mengubah nasib seorang hambanya melainkan hambanya sendiri yang berubah terlebih dahulu....

ALAHAI...

Wednesday, June 2, 2010

JUN-separuh sudah berlalu, berbaki separuh lagi...

hari ni nak berceloteh sikit..hihi...diam tak diam dah masuk bulan Jun kita ye...bermakna dah setengah tahun berlalu dan tinggal lagi separuh perjalanan nak tinggalkan 2010....

masa baru nak masuk bulan Januari dulu..fuh punyalah rasa lambatnya masa...pasang azam? hihii...dah tercapai ker azam tu? cuba cek2 balik...aku? emmmm...rasa-rasanya azam aku setiap tahun sama. bak kata pakweku; 'sambung azam yang tak selesai tahun yang lepas-lepas"...sungguh tak de improvement!

setiap tahun aku berazam nak jadi yang lebih baik dari yang lepas-lepas. baik dalam ibadat, baik dalam hubungan suami isteri, baik sebagai mama,pendek kata dalam semua segi ler...

tahun ni memulakan kembali tugas mengasuh baby...dah tujuh tahun aku meninggalkan bidang ni! kene bukak kitab semula berkenaan penjagaan baby ni. semua baru!!!...alahai...

mencabar dengan karenah Sakinah yang sedikit terasa dia menerima saingan! kadang-kadang bikin aku stress gak! panas!!!!

kejayaan.. buat masa ini..apa lagi kalau tak menjadi "sedikit pandai" dalam dunia IT2
ni...gara2 kawan aku si Noorma tu lah. dia memang "giler" tp bukan macam gila sakit kat Tg Rambutan tu...sian kawan aku...

emmm...bercakap untuk baki 6 bulan lagi ni?...dua bulan lagi Ramaddan bakal menjengah dan Insya Allah kita akan berpuasa tahun ini sekali lagi. ada yang tertinggal puasa tahun lepas? aghahhh ada masa lagi nak mengganti. bagiku, aku selalu buat sebaik sahaja lepas habis Aidilfitri, tak lah lupa. tapi yang selalu lambat ganti ada sorang kakak aku tuuuu....tapi sekarang ni minggu dia ganti puasa! bagus..bagus...

tahun lepas aku puasa penuh. sebab? aku menyusukan baby dan tak period. alhamdulillah...Sakinah pulak berjaya menghabiskan 25 hari puasa dia. tinggal liama hari tu sebab dah nak hujung-hujung tu pulak dia demam teruk.doktor nasihatkan tak payah puasa sebab nak makan ubat ikut masa yang diberi. dapat gak dia rm25. rm1 sehari-motivasi kat dia!

tahun ni..lum tahu lagi, tapi dia dah tanya bila nak puasa. tak tau lah dia suka puasa ker atau suka nak main pop pop...ni kan banyak jual kat pasar juadah. tahun ni, Insya Allah dapatlah dia main dengan adiknya.

apa lagi?... lepas puasa dah tentu nak raya. dah siapkan bajet raya?sediakan payung sebelum hujan...yelah kan raya setahun sekali, dah tentu nak "bergaya sakan". dari bulan 12 yang lepas lagi aku dah joint main kutu...ni bukan kutu kat atas kepala tuu... main seramai 13 orang dan setiap seorang rm100. jadinya dapatlah rm1300 seorang.giliran aku bulan depan. makcik kayo!!!

hishh...tak lah..tu semua dah ada perancangannya. nak bayar duit baju tempah, (kain dah hantar kat kedai), duit untuk kuih raya, duit untuk duit raya,...harap-harap cukup lah. baju anak-anak aku dah siap beli. Jusco dekat dengan rumah.tiap kali Jusco buat member card day, aku beli sepasang dua...rasa dah cukup lah tu...budak-budak jer yang beraya sakannya.

nak hujung tahun ni,banyak yang nak kena bayar- cukai jalan kerta, insurans,indah water,cukai tanah...apa lagi? macam-macam la. masa ni lah mana-mana yang ada kereta besar, kereta lebih dari satu mula fening la...nak kena bayar banyak...tapi kalau kita dah awal-awal buat perancangan kewangan, semua tu tak jadi hal..

berjalan hujung tahun? ni juga termasuk dalam perancangan baki 6 bulan ni..biasalah cuti sekolah yang panjang, anak-anak perlu pulak dipuaskan hatinya. dah merancang ke mana-mana? kalau bab merancang ni, biasanya akulah. pakweku hanya diminta untuk kata yes@no dan bajet! bab booking-aku, bab makan-aku,bab keperluan-aku.kali ni aku plan nak ke pantai timur. tapi risau pulak pasal musim tengkujuh ni...backup plan nak pergi ke Pulau Pangkor atau Sabah...lum ada kata putus lagi...

untuk Sakinah pulak-baki 6 bulan ni bakal menduduki peperiksaan akhir tahun yang lebih sengit lagi!, bakal bergraduasi untuk kelas Swatarinya...harap semua berjalan baik hendaknya.

pendek kata, untuk akhir 6 bulan ni macam-macam perkara yang hendak dibuat lagi.mana-mana yang belum cukup mantap, perlu dimantapkan lagi dan lagi!!! harap aku dapat mengisi baki-baki tahun ini dengan bermanfaat dan begitu juga kalian...

ALAHAI...

Thursday, May 20, 2010

HOBI membazir ATAU tidak

bercakap pasal hobi...semua orang ada hobi?tengahari tadi, aku menonton siaran Wanita Hari Ini berkaitan isu hobi membazir.emm...betul jugak ye, sesekali kita kena fikir juga sama ada hobi@kegemaran di masa lapang itu membazir atau tidak!

apa hobi aku ye? selain suka mencuba resipi-resipi baru, suka membaca, pergi jalan-jalan, suka gak mengumpul barang kemas...hobi ker tu? hehehe...dalam hobi ada pelaburan. dan sekarang hobi melayan fb dan blog, adakah membazir?

selama ini kita hanya ingat membazir itu ialah apabila kita terlalu banyak menghabiskan wang utuk hobi kita tu...tetapi sebenarnya menurut pakar kewangan dalam rancangan tu- Puan Laila Johari, pembaziran hobi dikatakan berlaku apabila barang yang kita beli tadi tidak digunakan sepenuhnya. berlaku pembaziran wang, pembaziran masa membeli yang sepatutnya kita boleh gunakan untuk membuat perkara yang lain, pembaziran tempat simpanan di rumah dan sebagainya.

sebagai contoh; kepada penggemar beg tangan- mereka ghairah mengumpulnya sehingga memenuhkan ruang simpanan yang sepatutnya boleh menyimpan barang yang lain. tetapi apabila ditanya, berapa kerap beg-beg itu dipakai , sudah tentu jawapannya TIDAK SELALU.biasanya juga hanya 2@3 sahaja yang kerap digunakan dan yang lain hanya duduk terdiam sahaja. nah, inilah membazir namanya. wang yang dibelanjakan terdiam di situ dengan nilai yang sepatutnya boleh bertambah kalau disimpan di institusi kewangan

begitu juga kepada minat terkini rakyat Malaysia (termasuk aku) terhadap laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, My Space, Blog dan sebagainya. ia dikatakan hobi membazir sekiranya kita asyik leka dengannya sehingga mengabaikan tanggungjawab yang sepatutnya.(aku pastikan dulu kerja rumah dah beres baru boleh membuka internet ni-dah janji dengan hubby)

pernah aku terdengar daripada seorang kawan yang suaminya gila bermain game di FB sampaikan pukul 3-4 pagi. inilah yang membazir! alangkah baiknya masa itu digunakan untuk solat sunat tahajjud misalnya atau pun tidur sahaja. ialah tidur yang cukup akan menjadikan kita ceria dan dapat bertugas dengan baik pada keesokkan harinya. betul tak?

lagi satu hobi yang dikaitkan membazir ialah memancing! hobi yang dikaitkan dengan kaum lelaki-adakah membazir?pakweku kaki pancing. aku selalu mengingatkan dia supaya tidaklah beria-ia memancing sampai tinggalkan keluarga berhari-hari,ingat solat, jangan pergi memancing jauh-jauh sangat dan macam-macam pesan lah...

baru-baru ni, pakweku pergi memancing ke Terengganu. sebelum tu dia dah berbelanja untuk membeli perkakasan yang baru(ni bajet dia,tak melibatkan apa-apa padaku). tak pelah sebab katanya, nak memancing laut dalam ni, alat-alatnya lain. dikatakan membazir ialah masa memandu yang sangat jauh, kira-kira800km lebih, penat dan letih sehingga mengambil cuti pada keesokkan harinya, hasil yang kurang( ni kuasa Allah).

secara peribadi,aku berpendapat bahawa hobi itu dikatakan membazir sekiranya dengan hobi kita lupa tanggungjawab, lupa diri, lupa keperluan keluarga terutama isteri, anak-anak.jangan kerana hobi belanja keluarga terpaksa disekat,masa terpaksa dikorbankan, inilah yang tak baiknya hobi!

TETAPI- sekiranya individu itu mampu merealisasikan hobinya TANPA merugikan atau membazir kepada mana-mana pihak,SILAKAN. lebih baik lagi hobi itu turut disertai oleh seisi keluarga!

ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala