pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Wednesday, June 2, 2010

JUN-separuh sudah berlalu, berbaki separuh lagi...

hari ni nak berceloteh sikit..hihi...diam tak diam dah masuk bulan Jun kita ye...bermakna dah setengah tahun berlalu dan tinggal lagi separuh perjalanan nak tinggalkan 2010....

masa baru nak masuk bulan Januari dulu..fuh punyalah rasa lambatnya masa...pasang azam? hihii...dah tercapai ker azam tu? cuba cek2 balik...aku? emmmm...rasa-rasanya azam aku setiap tahun sama. bak kata pakweku; 'sambung azam yang tak selesai tahun yang lepas-lepas"...sungguh tak de improvement!

setiap tahun aku berazam nak jadi yang lebih baik dari yang lepas-lepas. baik dalam ibadat, baik dalam hubungan suami isteri, baik sebagai mama,pendek kata dalam semua segi ler...

tahun ni memulakan kembali tugas mengasuh baby...dah tujuh tahun aku meninggalkan bidang ni! kene bukak kitab semula berkenaan penjagaan baby ni. semua baru!!!...alahai...

mencabar dengan karenah Sakinah yang sedikit terasa dia menerima saingan! kadang-kadang bikin aku stress gak! panas!!!!

kejayaan.. buat masa ini..apa lagi kalau tak menjadi "sedikit pandai" dalam dunia IT2
ni...gara2 kawan aku si Noorma tu lah. dia memang "giler" tp bukan macam gila sakit kat Tg Rambutan tu...sian kawan aku...

emmm...bercakap untuk baki 6 bulan lagi ni?...dua bulan lagi Ramaddan bakal menjengah dan Insya Allah kita akan berpuasa tahun ini sekali lagi. ada yang tertinggal puasa tahun lepas? aghahhh ada masa lagi nak mengganti. bagiku, aku selalu buat sebaik sahaja lepas habis Aidilfitri, tak lah lupa. tapi yang selalu lambat ganti ada sorang kakak aku tuuuu....tapi sekarang ni minggu dia ganti puasa! bagus..bagus...

tahun lepas aku puasa penuh. sebab? aku menyusukan baby dan tak period. alhamdulillah...Sakinah pulak berjaya menghabiskan 25 hari puasa dia. tinggal liama hari tu sebab dah nak hujung-hujung tu pulak dia demam teruk.doktor nasihatkan tak payah puasa sebab nak makan ubat ikut masa yang diberi. dapat gak dia rm25. rm1 sehari-motivasi kat dia!

tahun ni..lum tahu lagi, tapi dia dah tanya bila nak puasa. tak tau lah dia suka puasa ker atau suka nak main pop pop...ni kan banyak jual kat pasar juadah. tahun ni, Insya Allah dapatlah dia main dengan adiknya.

apa lagi?... lepas puasa dah tentu nak raya. dah siapkan bajet raya?sediakan payung sebelum hujan...yelah kan raya setahun sekali, dah tentu nak "bergaya sakan". dari bulan 12 yang lepas lagi aku dah joint main kutu...ni bukan kutu kat atas kepala tuu... main seramai 13 orang dan setiap seorang rm100. jadinya dapatlah rm1300 seorang.giliran aku bulan depan. makcik kayo!!!

hishh...tak lah..tu semua dah ada perancangannya. nak bayar duit baju tempah, (kain dah hantar kat kedai), duit untuk kuih raya, duit untuk duit raya,...harap-harap cukup lah. baju anak-anak aku dah siap beli. Jusco dekat dengan rumah.tiap kali Jusco buat member card day, aku beli sepasang dua...rasa dah cukup lah tu...budak-budak jer yang beraya sakannya.

nak hujung tahun ni,banyak yang nak kena bayar- cukai jalan kerta, insurans,indah water,cukai tanah...apa lagi? macam-macam la. masa ni lah mana-mana yang ada kereta besar, kereta lebih dari satu mula fening la...nak kena bayar banyak...tapi kalau kita dah awal-awal buat perancangan kewangan, semua tu tak jadi hal..

berjalan hujung tahun? ni juga termasuk dalam perancangan baki 6 bulan ni..biasalah cuti sekolah yang panjang, anak-anak perlu pulak dipuaskan hatinya. dah merancang ke mana-mana? kalau bab merancang ni, biasanya akulah. pakweku hanya diminta untuk kata yes@no dan bajet! bab booking-aku, bab makan-aku,bab keperluan-aku.kali ni aku plan nak ke pantai timur. tapi risau pulak pasal musim tengkujuh ni...backup plan nak pergi ke Pulau Pangkor atau Sabah...lum ada kata putus lagi...

untuk Sakinah pulak-baki 6 bulan ni bakal menduduki peperiksaan akhir tahun yang lebih sengit lagi!, bakal bergraduasi untuk kelas Swatarinya...harap semua berjalan baik hendaknya.

pendek kata, untuk akhir 6 bulan ni macam-macam perkara yang hendak dibuat lagi.mana-mana yang belum cukup mantap, perlu dimantapkan lagi dan lagi!!! harap aku dapat mengisi baki-baki tahun ini dengan bermanfaat dan begitu juga kalian...

ALAHAI...

2 comments:

  1. bulan 6 ni jugak, buat kesekian kalinya, kami sekeluarga pegi bercuti..tp kat PD jer, dh tempah kondo.. tp hati masih dirumah, kesiankan ikan tu tak makan..takut gak kalo petir dan takde api kat rumah..pendek kata, badan pegi bercuti, tp hati masih dirumah.. pilih PD pun sbb nk dekat ngan umah, kalo letrik takde boleh cepat2 balik KL..aduhai...inilah kisahku bersama2 ikan...

    ReplyDelete
  2. emmm... payah gak kan klu cam ni..aku gasa ko kne gajikan org ler tgokkan ikan ko tu. tu c Ivan cheh tu ada. upah dia tgokkan. nasib baik ler aku bela kucing. tinggalkan makan cukup2, pndai lah dia. yg tk tahannyer bila balik berjalan tu nak cuci toilet...aromaterapy aduhai....ni laki aku ler yg uruskan...

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala