pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger
Showing posts with label permata seni negara. Show all posts
Showing posts with label permata seni negara. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

PERMATA SENI TUTUP TIRAI 2011,SEGALANYA BERMAKNA

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

sebelum CITH "terbang" petang ini,CITH masukkan entri terakhir mengenai Permata Seni yang telah pun melabuhkan tirainya semalam.setelah sekian lama berlatih,kemuncak persembahan ialah pada 11hb tempohari-Ahad dan semalam CITH mengambil Sakinah balik dari hotel.

penat?memang penat.berbaloi?sama sekali tidak boleh diukur dengan wang ringgit yang diberi TETAPI kata atuk Sakinah; pengalaman membuat persembahan dan bertemu dengan orang VVIP itu lebih penting daripada wang!

begitulah dengan Sakinah,masa inilah dapat bertemu dengan VVIP apatah lagi dapat beraksi di atas pentas yang 'bertaraf dunia'.CITH membawa mertua (nenek Sakinah) dan Kak Lang untuk menyaksikan persembahan Sakinah.

dalam hati macam-macam rasa yang ada.ada rasa kagum,ada rasa terharu,ada rasa bangga.yelah selama ni penat rasanya CITH menghantar,mengambil,melayan karenah birokrasi dan sebagainya.CITH tahu Sakinah pun lagi penat.apa taknya berlatih hampir sebulan,persembahan di pentas hanya sekadar 5-20 minit...memang penat.berakhirnya konsert akhir tempohari,maka berakhirlah segala cerita Permata Seni untuk tahun 2011.

untuk CITH,satu yang menambah manis dalam pengalaman ini ialah pertemuan "live" dengan mantan PM-Tun Mahathir bersama isteri yang datang menyaksikan persembahan Sakinah.tuah anak,mama yang dapat bergambar....al hamdulillah.

ALAHAI...

Saturday, December 10, 2011

BERMULANYA FESTIVAL KESENIAN KANAK-KANAK

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...selamat berhujung minggu.rasanya ramai dah yang pergi berholiday...emmm...CITH ni masih menghitung hari menunggu Selasa nanti...

semalam seharian duduk di Istana Budaya dek kerana bermulanya festival kesenian kanak-kanak yang melibatkan Sakinah dalam Permata Seni.sungguh pun bukanlah sebagai penari yang "anchor" tapi serba sedikit peranannya itu cukup mengujakan CITH pabila dia menari di atas pentas yang bernama ISTANA BUDAYA!

yelah,segala penat jerih menanggung kepenatan,akhirnya dapat membuat persembahan di atas pentas itu cukup menghilangkan segala penat yang dirasa.biarpun masa persembahan hanya dalam 5 minit sahaja!

festival ini akan berakhir sehingga 11hb ini dan setiap malam akan diadakan persembahan muzik,koir dan tarian daripada negara-negara yang mengambil bahagian.malam tadi siaran langsungnya telah diadakan menerusi RTM1.untuk pengetahuan yang berminat,tiket-tiket boleh didapati di Istana Budaya tetapi maklumlah ianya terhad dan kenalah beratur macam nak beli tiket wayang tu.siang hari ni pula semua peserta Permata Seni akan berada di KL Konvensyen Centre bagi perasmian Ekspo Permata yang dijangka akan dirasmikan oleh PM.CITH juga akan "menyibukkan" diri di situ selepas ini..hihi....

semalam CITH menemui Sakinah di IB,dia dah mula kata nak balik rumah lah,sakit kepala,penat ...bala...bla...CITH pujuk dia,katakan pada dia; "peluang baik datang tak selalu dalam hidup.sekali ia datang,gunakan sebaiknya.mana tahu lain kali tak dapat rasa lagi.kalau dah lama selama ni boleh bertahan,cuma lagi 3 hari saja lagi kena bersabar..." yelah nak pujuk supaya tak jatuh semangat....habis semuanya ni barulah boleh berkepak....(bersama kontinjen Singapura)

ALAHAI...

Wednesday, December 7, 2011

FESTIVAL KESENIAN KANAK-KANAK ANTARABANGSA 2011


Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

entri kali ini,CITH nak war-warkan mengenai aktiviti terakhir untuk tahun 2011 di bawah Permata Negara iaitu Festival Kesenian Kanak-kanak Antarabangsa 2011.(FKKA)

program inilah yang disertai oleh Sakinah,TETAPI penglibatan on stage pada malam persembahan itu belum ada "kata putus".sukalah dimaklumkan,bahawa 1001 kemungkinan boleh berlaku dalam Permata Seni Tari khususnya.jadinya,seperti selalu CITH menanamkan semangat kepada Sakinah utnuk terus buat yang terbaik.sama ada "ada rezeki atau tiada rezeki" menari di pentas Istana Budaya itu perkara kedua.apa yang penting komitmen dan tanggungjawab yang digalas dilakukan dengan penuh semangat.yelah,inilah program terakhir untuk tahun ini dan tahun hadapan,masih samar lagi.

ok,kepada kalian warga Lembah Klang yang mempunyai anak yang minat dalam seni muzik,koir dan tari boleh datang menonton persembahan FKKA di Istana Budaya pada 8-11 Disember jam 8.30 malam.tiket-tiket boleh didapati di kaunter tiket di Istana Budaya.

berikut ini jadual persembahan mereka:

8hb-Permata Seni Muzik
10hb-Permata Seni Koir
11hb-Permata Seni Tari

FKKA ini merupakan projek kali pertama dilangsungkan yang melibatkan daripada 9 buah negara termasuk Malaysia sebagai tuan rumah.negara lain tersebut ialah seperti: China,India,Japun,Korea,Qatar,Singapura,Filipina dan Sri Lanka.

satu yang kureng syok dan terkilan-pakwe kecik CITH tak dibenarkan masuk untuk menonton persembahan tersebut.alasan?kanak-kanak bawah usia 5 tahun tidak dibenarkan masuk...huhu...CITH cuma berharap agar ada 1001 kemungkinan itu boleh berlaku...huhu...sedih....kata Kak Cik CITH; "ko masuk je dia dalam beg...?" oooooooo tidakkkkkkkkkkkk.

ALAHAI...

Tuesday, December 6, 2011

PERMATA SENI NEGARA MULA BERKAMPUNG DI LEGEND@SUNWAY PUTRA HOTEL

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

fuh...selagi tak habis program Sakinah,selagi itulah rasa penat badan,penat otak,penat semuanya.bukan apa,dah jadi "pengurus" ni,semuanya di bahu kita kan.sebelum tidur dah siap tanya; esok latihan start pukul berapa...kalau pukul 9? adusss...pukul 8 dah kena keluar rumah.sebab apa? biasalah jalan Jelatek menuju ke Keramat,kemudia lega sekejap dan bersambung jem melekat di depan IJN menuju bulatan Pahang sebelum mengambil simpang ke Istana Budaya. begitulah kesesakkan yang melampau apabila melalui jalan tersebut pada waktu puncak sama ada pagi atau petang.

pagi ni nanti pukul 9.30,CITH akan menghantar Sakinah ke kelas latihannya di IB dan petang tu baru mereka semua check in di Legend Hotel yang sekarang nama barunya Sunway Putra Hotel.

menginap di sini sehingga habis program Permata Seni pada 12hb nanti.kali ni,CITH awal-awal lagi dah cakap dekat dia yang mamanya ni tak boleh lah hari-hari nak datang menjenguknya dia di sana tu.bukan apa,jalan ke hotel tu memanglah laluan jem selalu.tu lah yang rasa "bercinta" nak pergi ke sana.kalau sebelum ni,hotel menginap di laluan yang tak berapa jem,maka boleh hari-hari lepas waktu pejabat,CITH boleh datang.satu hari 2 kali pun boleh.kali ni...emmm...idak ler teman yer...hihi...telefon jelah.

ni pun CITH baru mem'packing'kan barangan yang hendak dibawa.terlupa pulak nak membeli jajan sebagai kudapan.pergi "lari" sekejap untuk membelinya.kesian pulak kalau tengah-tengah malam lapar...kali ni rasa macam banyak je baju nak kena bawak...yelah seminggu.budak kecik ni bukan pandai nak "recycle" baju.dia tahu hari-hari nak kena pakai baru...emmmm...

kali ni,duduk di hotel banyak pengalaman baru yang bakal ditempuh.seramai 485 orang yang berkampung di sini selain daripada Permata Seni Negara,turut menyertainya ialah dari 8 buah negara yang lain lagi.harapnya bila bercampur ramai ini,akan ada sesuatu yang baik yang boleh dijadikan pengalaman berharga dalam hidup....akan CITH sambung entri pasal Permata Seni Negara nanti...

ALAHAI...

Tuesday, November 29, 2011

PERMATA SENI BERKAMPUNG DI ISTANA BUDAYA PULA

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

2 hari tidak datang ke sini dek kerana kesibukkan melayan tetamu yang bertangga di rumah.bila ada yang berkunjung,takkanlah kita nak mengadap laptop pulakkan...jadinya,bercutilah buat seketika.

Sabtu lepas,habis dah sesi kem Permata Seni yang kedua untuk tahun ini.majlis dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kebudayaan dan Kesenian,Dato' Norliza Rofli yang bertempat di De Palma Hotel.

hari ni masuk "opis" semula.hihi...pagi tadi lagi dah menghantar Sakinah ke latihan Permata Seni di Istana Budaya pula.kali ni latihan bersempena Festival Seni Kanak-kanak Antarabangsa yang akan berlangsung dari 6hb Dis sehingga 12hb Dis.selepas tu harapnya bolehlah CITH terbang jauh...

latihan bermula jam 10.30 pagi dan tamat pada pukul 10 malam.nampaknya begitulah tugas CITH untuk sepanjang program berlangsung.manager lah katakan...huhu...

dalam "kekosongan ketiadaan Sakinah" CITH lah yang menyiapkan segala persiapan persekolahannya.persetujuan telah diberikan,maka kini adalah masa untuk memberi komitment pulak.yelah,bukan senang nak jadi senang...

ALAHAI...

Monday, November 21, 2011

KEM PERMATA SENI (II) DE PALMA HOTEL AMPANG


Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

moga sihat-sihat belaka semuanya apatah lagi cuti sekolah ni.mungkin ada yang sekarang ni tengah bercuti,berseronok 'makan angin',membeli belah atau apa jua.maklumlah inilah masa yang ditunggu-tunggu untuk merehatkan seketika diri daripada tugas yang tidak pernah bernoktah.

CITH masih tidak boleh untuk berseronok lagi...huhu...sejak Sabtu lepas,Sakinah terlibat dalam PROGRAM PERMATA SEN sehingga 12/12/2011.sehingga Sabtu ini 26/11,PERMATA SENI mengadakan kem tariannya yang kedua bertempat di DE PALMA,Ampang.selepas itu tempatnya belumlah diputuskan lagi.(ibu bapa menunggu untk mendengar taklimat)

program ini adalah kemuncak acara yang disusun untuk tahun ini.program akan berakhir dengan Festival Kanak-kanak pada 12/12/2011 dengan penyertaan beberapa buah negara luar juga.selepas itu barulah,(Insya Allah) CITH dan anak-anak barulah boleh "terbang".

kalau diikutkan rasa,memang dah nak terbang aje sekarang kat tempat pakwe CITH.tapi mengenangkan inilah kemuncak acara yang selama ini dah penat berkorban,maka rasa itu terpaksa dikorbankan.jadilah CITH ini "supir" menghantar Sakinah ke tempat latihan pukul 10 pagi dan menjemputnya semula jam 10 malam.nampaknya jawatan supir ini tidak boleh dilepaskan lagi.huhu...

bak kata,Encik Amran-pengawai yang bertanggungjawab dalam program Permata Seni-"ibu bapa hanya boleh mengeluarkan anak mereka SELEPAS 12/12.sebelum itu sangatlah tidak digalakkan." emmm...jadinya memang kena tunggulah sampai habis program berlangsung barulah boleh ke mana-mana.

penat?memanglah penat budak-budak ni.bayangkan kalau kita di tempat mereka,berapa jam latihan menari.memanglah penat.dalam kereta lagi dah pengsan belum sampai rumah lagi tu...tapi seperti yang dikata,kejayaan tidak datang bergolek....nak tak nak kena berkorban semuanya-tenaga,mental,fizikal dan emosi...(adik yang penat menunggu Ayaknya...)

ALAHAI...

Thursday, August 11, 2011

JEMPUTAN PERMATA SENI BERBUKA PUASA DI RUMAH PM

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

al hamdulillah dah sepuluh hari Ramadan berlaku...pejam celik pejam celik(jangan pejam terus...) dah tak lama nak beraya.sana sini orang pergi berbuka puasa di luar yelah masa nilah pun nak rasa juadah penuh di depan mata ye! bercakap pasal makan-makan ni,semalam Sakinah dan Permata Seni yang lain iaitu tarian dan koir dijemput berbuka puasa di rumah PM.

sayangnya jemputan itu hanya untuk anak Permata Seni saja! bukan untuk mak bapaknya sekali.huhu...dia yang jeles tu kan...CITH ni jadi driver tukang hantar dan tukang ambik Sakinah di Istana Budaya.semalam- huh di tempat CITH hujan punyalah lebat.start dari tengahari hantar sekolah tu sampailah bawak ke petang!kecik besar jugak lah perut ni.maklumlah tak biasa bawak kereta dalam keadaan hujan lebat macam tu!.pakwe CITH awal-awal lagi dah pesan jangan bawak kancil takut-takut ada lubang.takut pulak tak perasan nanti, tak pun takut air naik kat tengah jalan! haru dibuatnya.

Kl ni kalau hujan sikit je,memang jalan sesak lah.itu dah resminya gitu!jadinya macam tu jugaklah yang CITH harung semalam.kereta melekat!kejap-kejap brek,kejap brek.biasa jalan sesak di Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang.bila balik pulak sesak di Jalan Semarak sampai di Pasar Keramat.TAPI demi satu jemputan yang tak semua dipilihnya,maka CITH harung juga!tawakal dengan Allah,permudahkan laluan kami.yelah,jemputan ni bukan semua yang dapat.Sakinah dapat ni kira rezekilah.rezeki nak merasa pergi dan masuk ke rumah PM! hari tu masa anak PM bertunang tak dapat nak pergi sebab ada show di Jakarta.jadinya peluang kedua yang diberikan ini memang rezekilah.walaupun bila ditanya: "best tak?" emmm...jawab lemah saja...hihi..

CITH:berbukalah semalam CITH bertemankan si kecik.ni budak-budak yang pergi,tak tahu lah teruja atau tidak.kalau mamanya ni? teruja kot! ....

ALAHAI...

Sunday, July 31, 2011

TERHENTI SEKETIKA SEMUA AKTIVITI SENI

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

hari ni merupakan hari terakhir kepada semua aktiviti seni Sakinah.pagi tadi hantar dia ke latihan Permata Seni sehinggalah petang baru habis.hah,lega seketika rasanya bila dapat cuti macam ni.maklumlah time-time macam ni nak menempuh jalan menghala Bukit Bintang tu memang tenat!

macam petang tadilah,mak aii...jem melekat dekat situ.tak tahulah sejak Jumaat lepas jalan memang jem saja.harapnya keadaan ini tidaklah sepanjang masa.maklumlah bila masuk bulan puasa ni startlah mana-mana jalan jadi jem.sibuk orang bershopping agaknya.

apa yang penting,terhentinya seketika aktiviti seni ini maka bermulalah tumpuan untuk melebihkan apa yang terkurang sebelum ini.pastinya keperluan untuk mengulang kaji itu menjadi agenda penting.

ALAHAI...

Monday, July 25, 2011

TERIMA KASIH PERMATA SENI...pengalaman itu bermakna

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

nampaknya satu hari miss untuk update blog ni.macam-macam cerita berlaku.untuk pertamanya,biarlah CITH mulakan dengan corat-coret Permata Seni.

petang semalam,jam 4.10-selamat sampailah rombongan Sakinah dan Permata Seni dari Melaka.dijangka pukul 4.30 tetapi awal 20 minit dah sampai.al hamdulillah.

apa yang menarik?macam-macam cerita yang dibawa balik.biasalah bila dah sampai tu muka masing-masing dalam keletihan.time pergi memang tak sabar.bila balik,emm...muka masing-masing dah monyok letih!

antara cerita yang dibawa pulang-cerita bergaul dengan warga tua.ada warga tua yang masih sihat dan ada juga yang sudah uzur.satu yang tak best tu kata Sakinah-ada nenek kat sini merokok! (hish...bukan ke tak sihat tu,tapi CITH agak mereka nak lepaskan tekanan...).tapi yang best,mereka turut serta dalam menari joget lambak bersama warga tua di sana.

seterusnya melawat sekitar Bandar Hilir Melaka dan seterusnya menaiki cruise menyusuri Sg Melaka.satu hari yang padat.mereka menginap di Hotel Permaisuri di Stadium Hang Jebat,Paya Rumput Melaka.kat hotel ni kata Sakinah,ada misteri sikit! (emm...malas CITH nak layan cerita ni...budak-budak ni takut tak menentu)

untuk semalam pula,sebelum balik mereka membuat aktiviti di Taman Asuhan Permata Negara di Peringgit Melaka.mereka bergaul dengan kanak-kanak yang berusia 3-4 tahun dengan menyertai aktiviti bersama mereka.selepas itu mereka pun pulang ke KL.

kata Sakinah best tapi penat.biasalah tu...penat datang sesudah selesai berjalan.hihi...ha,satu lagi yang best Permata seni memberikan anak-anak ini RM200 sebagai saguhati atas penat lelah mereka.

CITH? nilai itu tak penting.apa yang penting mereka ini dihargai atas pengorbanan masa dan tenaga mereka!

ALAHAI...

Saturday, July 23, 2011

ANAK PERMATA SENI TARI DAN AKTIVITI KOMUNITI DI MELAKA

Assalammualaikum para pengunjung CITH semua.selamat berhujung minggu.cepat benar masa berlalu.hari ni dah jumpa Sabtu semula.rasanya baru semalam meninggalkan Sabtu yang lepas...begitulah seterusnya semakin cepat dan cepat...

hari ni CITH tinggal berdua dengan bodygurad kecik CITH-Hakimi.pagi tadi sesudah subuh CITH dan menghantar Sakinah ke Istana Budaya utnuk mengikuti program komuniti Permata Seni Tari ke Melaka.sebelum ini,memang CITH nak mengeluarkan Sakinah daripada program ini tetapi atas sokongan dan nasihat serta pemahaman guru tarinya Cikgu Ju(terima kasih banyak)Sakinah masih diberi tempat sebagai anak Permata Seni Tari.

kesempatan dan peluang ini CITH ingatkan kepada Sakinah bahawa dia membawa tanggungjawab yang besar untuk dibuktikan bahawa peluang yang dberikan itu tidak sia-sia.maka pemilihannya untuk persembahan di Melaka hari ini,CITH anggap satu dorongan semangat.walaupun CITH terpaksa meredah kesesakkan untuk menghantar kelas latihannya.CITH berkorban untuk itu!

(muka pagi-pagi)pagi tadi pukul 7.40 dengan sebuah bas mereka berlepas ke Melaka.untuk aktiviti komuniti Permata Seni hari ini antara lain akan mengunjungi Rumah Seri Kenangan Cheng iaitu rumah bagi orang tua-tua.sedikit sebanyak CITH harapkan kesedaran dan tauladan untuk dipelajari di sini.biarlah pabila balik kelak,dia lebih menghargai apa yang dia ada.

seterusnya program komuniti di Pusat Asuhan Permata Bukit Peringgit apa sahaja aktiviti yang dilakukan di sini CITH mengharapkan selain bersuka ria bersama kawan-kawan,sekurang-kurang ada yang boleh dijadikan teladan.

selain itu,mereka ini juga akan dibawa melawat sekitar bangunan bersejarah di Bandar Hilir Melaka.antara yang pastinya sudah tentulah sekian banyak muzium yang ada di Melaka sana.al maklumlah Melaka memang terkenal dengan banyaknya muzium yang pelbagai identiti.

mereka dijangka sampai di KL pada esok petang dalam pukul 4.30.harapnya semua berjalan lancar.maklumlah,bukan senang nak lepaskan anak begiru sahaja.ini pun CITH dah message pada adik ipar di kampung untuk cuba "mengintai" mereka di sana...emmm(sekitar pagi tadi)mak-mak yang menghantar...

ALAHAI...

Tuesday, May 31, 2011

DIA KULEPASKAN UNTUK BERPISAH SEMENTARA

Assalammualaikum semua...

hari ni tibalah hari pertama kami berpisah buat sementara waktu.pagi tadi menghantar Sakinah ke Flaminggo Hotel.dia mula menginap di sini sampai Jumaat.lepas tu ada pulak yang tertinggal-sikat rambut dengan name tag dia.emmm...tengahari tadi CITH 'lari' sekejap pergi hantar dekat dia.

(sesi mengemas barang yang hendak dibawa)sejak malam tadi mengemas barang,CITH dah pesan macam-macam.yelah ni first time lepaskan dia macam tu je.sebelum ni pun CITH tak pernah lepaskan ke mana-mana seorangan waima duduk di rumah nenek atau pun makcik-makcik dia.masa kecik dulu adalah sekali.tu pun sebab ikut rombongan sekolah.telepon hari-hari walaupun masa tu dia belum pandai cakap telefon. tulah sekali lepas tu tak ada lagi.

entahlah,macam mana dia nak uruskan diri dia? bangun tidur punyalah "senang" nak bangun...bom meletup sebelah telinga dia pun,dia buat dek je...paham-paham lah tu macam mana punya tahap tidur dia.lepas tu bab ikat rambut dan menyiput rambut.ni CITH dah pesan kat dia; "pandai-pandailah.kalau tak cantik itu tak boleh nak marah sesiapa.sendiri buat,sendiri tanggung.mama tak boleh nak tolong buatkan macam selalu."

kata pakwe CITH; biarlah dia belajar berdikari.biar dia tahu penting tak kita dalam hidup dia.biar masa ini akan menjadikan dia sedar diri.(adik yang sentiasa mengikut ke mana akaknya nak buat...)AKU? harap yang sama juga...dalam hati nangis jugak,sedih pulak dia tak ada kat rumah ni.selalu marah-marah pun dia da depan mata.tinggallah CITH dengan pakwe kecik ni kat rumah.

ALAHAI...

Monday, May 30, 2011

PERANCANGAN DIROMBAK! PERMATA SENI PENUHI CUTI PERTAMA

Assalammualaikum semua...kepada rakan mama-mama semua,ke mana cuti ni?sibuk di dapur ke?al maklumlah cuti sekolah.ada yang pergi berjalan,ada yang sibuk buat benda makan,ada yang sibuk dengan kerja rumah yang bertambah cuti ni...hihi..pendek kata macam-macamlah.

CITH pun sibuk juga.tulah yang semalam tak dapat nak bukak laptop ni.hari ni free sikit.ingatnya cuti ni nak pergi berjalan.yelah,adat kita merancang,DIA jugak yang menentukan.

CITH dah buat boking ke Cherating untuk Jumaat hingga Ahad ni terpaksalah cansel.lepas tu boking di sekitar KL je,pun terpaksa cansel.kenapa? nampaknya cuti kali ni CITH kene follow jadual Sakinah.

bermula semalam,dia telah diterima masuk sebagai peserta tari Permata Seni Negara (PSN).jadinya dari semalam sampai Sabtu ni-dia terlibat dengan kem latihan di Flaminggo Ampang.untuk 2 hari ni terpaksalah CITH hantar dan jemput dia.kelas start pukul 9-6 petang.esok,dia akan tidur hotel sampai Jumaat.Sabtu pulak kena hantar dari rumah.

program PSN ini adalah yang kedua dilancarkan dan merupakan kem yang pertama untuk tahun 2011 ini.Sakinah pun baru tahun ni nak joint.tahun lepas macam rasa tak berminat.tahun ni pulak,cikgu tarian dia yang galakkan untuk dia try dalam PSN.bukan mudah nak joint PSN ni.Sakinah sendiri pun terpaksa menghadiri 3 kali proses ujibakatnya. entahlah,CITH tengok inilah bakat dia jadinya CITH ikutkan sahaja asalkan semuanya berjalan lancar.dalam pada yang sama dapat dia meluaskan skop percampuran dia dan kawan-kawan.

habis seminggu tu,sambung pulak seminggu lagi latihan tarian di sekolah untuk persiapan pertandingan tarian di Jakarta pada minggu pertama bukak sekolah tu.emmm...nampaknya,penuh dengan menarilah cuti ni.CITH pulak,berdualah dengan pakwe kecik yang ada ni...(sekitar latihan tadi pukul 9 pagi di Dewan Indah,Flaminggo Hotel)(adik pun nak ikut sama menari macam kak long...)


ALAHAI...

Monday, May 9, 2011

SAKINAH DAN PERMATA SENI

Assalammualaikum semua...

minggu ni bermula kembali hidup 3 beranak + 2 ekor kucing kat dalam rumah ni.kembali dengan jadual dan rutin kerja seperti biasa.ada kawan dan sedara yang bertanya; "ok tak hidup bila Mr H tiada di rumah?" bagi aku, ok ke tak ok,perjalanan hidup perllu diteruskan macam biasa.kalau aku penuh beremosi,bagaimana anak-anak untuk gembira kan...jadi biarlah aku mengikut pepatah lama;alah bisa,tegal biasa!...

ok,semalam apa cerita?ke mana menyambut hari ibu? semalam pulak bagiku adalah hari yang sibuk dan penat sekali.apa taknya pagi lagi dah keluar untuk aktiviti Sakinah.dia ada final uji bakat untuk Permata Seni Tari di Jabatan Kebudayaan Jalan Sultan Ismail.maklumlah,jalan ke sini bukannya senang.mujur ada Kak Cikku yang sudi mengggalas tugas "driver" membawa kami ke sini.(terima kasih).uji bakatnya start pukul 2 petang tapi macam biasalah dalam KL ni,kena datang awal.tidaknya JEM!!!.PARKING PROBLEM PULAK!!!

jadinya,kami sampai awal.dapat parking dan makan dahulu.nilah sambutan untuk aku.Sakinah yang bayarkan makan KFC tengahari semalam.hihi...dia sibuk nak bawak duit dompet dia yang ada RM36 tu! dialah yang bayar makan semalam.kata dia untuk hari ibu! (terima kasih anak mama...)

habis uji bakat pukul 4 petang.aduh...masa menunggu ni punyelah lama.mengantuk satu hal,boring pun satu hal lagi.maklumlah si kecik ni bukan boleh duduk lama.lama je kat situ tak bergerak,mulalah dia tunjuk perangai dia...nasib baik ada Kak Lang dan Kak Cikku boleh jugak bertukar jaga dia.macam-macamlah perangai kalau orang dah tak suka kan...adoh...

habisnya giliran Sakinah-'lari' pulak ke Swatari untuk kelas Sakinah macam biasa.syukur,sempat sampai on time.urusetia kata,tunggu dalam minggu depan ni surat berjaya atau tidak.lepas tu pergi pulak ke Wangsa Walk-ambil barang daripada anak buah yang baru balik dari Sabah dan Sarawak.last,ambik Sakinah pulak balik semula dan pergi makan malam.

AKU?emmm....memang balik rumah untuk tidur malam saja.

ALAHAI...



ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala