pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Monday, May 30, 2011

PERANCANGAN DIROMBAK! PERMATA SENI PENUHI CUTI PERTAMA

Assalammualaikum semua...kepada rakan mama-mama semua,ke mana cuti ni?sibuk di dapur ke?al maklumlah cuti sekolah.ada yang pergi berjalan,ada yang sibuk buat benda makan,ada yang sibuk dengan kerja rumah yang bertambah cuti ni...hihi..pendek kata macam-macamlah.

CITH pun sibuk juga.tulah yang semalam tak dapat nak bukak laptop ni.hari ni free sikit.ingatnya cuti ni nak pergi berjalan.yelah,adat kita merancang,DIA jugak yang menentukan.

CITH dah buat boking ke Cherating untuk Jumaat hingga Ahad ni terpaksalah cansel.lepas tu boking di sekitar KL je,pun terpaksa cansel.kenapa? nampaknya cuti kali ni CITH kene follow jadual Sakinah.

bermula semalam,dia telah diterima masuk sebagai peserta tari Permata Seni Negara (PSN).jadinya dari semalam sampai Sabtu ni-dia terlibat dengan kem latihan di Flaminggo Ampang.untuk 2 hari ni terpaksalah CITH hantar dan jemput dia.kelas start pukul 9-6 petang.esok,dia akan tidur hotel sampai Jumaat.Sabtu pulak kena hantar dari rumah.

program PSN ini adalah yang kedua dilancarkan dan merupakan kem yang pertama untuk tahun 2011 ini.Sakinah pun baru tahun ni nak joint.tahun lepas macam rasa tak berminat.tahun ni pulak,cikgu tarian dia yang galakkan untuk dia try dalam PSN.bukan mudah nak joint PSN ni.Sakinah sendiri pun terpaksa menghadiri 3 kali proses ujibakatnya. entahlah,CITH tengok inilah bakat dia jadinya CITH ikutkan sahaja asalkan semuanya berjalan lancar.dalam pada yang sama dapat dia meluaskan skop percampuran dia dan kawan-kawan.

habis seminggu tu,sambung pulak seminggu lagi latihan tarian di sekolah untuk persiapan pertandingan tarian di Jakarta pada minggu pertama bukak sekolah tu.emmm...nampaknya,penuh dengan menarilah cuti ni.CITH pulak,berdualah dengan pakwe kecik yang ada ni...(sekitar latihan tadi pukul 9 pagi di Dewan Indah,Flaminggo Hotel)(adik pun nak ikut sama menari macam kak long...)


ALAHAI...

3 comments:

  1. aku plak...sepanjang 2 minggu sudah sampai tika dan saat ini penuh dengan aktiviti menguli tepung, kupas keledek dan kentang..buat kuih2 frozen..alahai..patah pinggang... ni baru jer siap.. dan kedai dah pun ditutup...tak larat dah... esok dan lusa plak ada kursus fotografi... pastu cuti2 Melaka la kot... bawak anak2 jalan2 kat Wonderland..

    ReplyDelete
  2. Cuti 2 minggu kadang2 tak berasa lepas begitu saja. Masa sekarang sehari ke sehari sekejap saja bertukar siang mlmnya.

    Seronok Sakinah sampai ke Jakarta menari.

    ReplyDelete
  3. CK: ko patah2 pinggang pun tak pe wei...ada masyuk.hihii...ha tu gi wonderland tu kira jalan gak.aku? semua cansel beb! dah nama manager kan,kne la uruskan protege aku ni ha

    NIEDA: yelah, memang gasa cepat je masa tu.sedar2 dh penuh hari cuti tu.anak pun kejap je dh besonya..mama pun cepatlah bertambh usia...huhu

    Insya Allah.gasanya dia mmg teruja lah tu.sebabnya pasport dah buat,alih2 dia yg fly dulu drpd kita org semua.

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala