pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Tuesday, May 3, 2011

SERI PENGANTIN RESORT,JANDA BAIK(Pt 2)

Assalammualaikum semua...

CITH nak sambung cerita di Janda Baik.sebelum pergi tu,aku dah meng'google' tempat nak bermalam di sini.rata-rata dah penuh disebabkan cuti hujung minggu yang awal.yelah,aku pun memang tak plan ke sini awalnya,ingatnya pakweku tak balik.aku hanya plan nak ke Desa Water Park saja dengan Kak Lang dan Kak Cikku.

Alang-alang bila pakweku kata dia kena standby lagi kat KL,aku pun menjalankan tugas aku lah boking memboking ni.akhirnya aku dapat di sini,SERI PENGANTIN RESORT.dari KL ke sini memang tak jauh.1 jam lebih dah sampai.tapi masa pergi tu,pakweku ikut jalan pergi Bnetong dulu sebab nak pekena durian,jadinya masa tu rasalah panjang sikit! lagi tu,pakweku pulak nak kembalikan nostalgia lama dia dekat sekolah rendah dia dulu kat Bentong,rumah sewa dia masa budak-budak dulu,kem askar abah masa kerja dulu...hihii...nostalgia kan...

ok,bila sampai di resort ni,tengok memang dah banyak kereta.sampai tu pukul 2 petang.check in pukul 3.malas rasanya nak pergi mana-mana lagi sebab semua dah excited nak mandi.katanya di sini ada jeram dan swimming pool! semua dah ceburrr...

walaupun belum boleh masuk bilik,kami bolehlah main-main air jeram yang memang ada dalam kawasan resort ni.sejuk? emmm...memang sejuk.cecah kaki je dulu.nak test! lepas tu ambik gambar...pose!!!

dah pukul 3,tapi tak boleh check in lagi.ni memang dah boring...semua orang yang ada kat sini pun dah boring je tunggu.3.30 baru dapat check in sebab alasan bilik tak siap lagi dikemaskan.sebelum tu ada 13 bilik baru check out.emm...sabar..sabar...

dapat check in-lega...aku ambil 2 bilik standard.penat menunggu pun hilang tatkala melihat panorama sekeling resort.walaupun bilik yang sedikit rasa sempit tapi lokasi yang menarik.bukak pintu belakang sahaja,balkoni kami menghadap kolam ikan...pokok-pokok hijau merimbun.cantiknya.seronoknya yang kecik aku ni lah.siap memanjat kerusi sebab nak tengok fish,fish!...sibuk jugak nak kasi makan fish ni...mandi swimming pool?ni pun sejuk jugak.air kolam ni memang tak ada klorin.sumber dari air sungai yang dipam masuk ke dalam kolam.memanglah sejuk!lebih banyak menjadi pemerhati PBB daripada nak terjun kolam...hihii...hanya Sakinah saja yang larat.Hakimi main kat tepi kolam.makan malam?emm...ni kena keluar dari kawasan resort.kebetulan hujan pulak masa kami nak keluar makan malam tu.jadinya dengan muzik yang berkumandang dari perut,maka ambil keputusan cari makan saja di tempat yang dekat-dekat resort saja.al hamdulillah,ada kedai makan yang agak selesa dan boleh tahan di sini.terima kasih penaja makan-Kak Lang!rasa macam tak cukup kenyang...haha standby untuk supper-(hujan-hujan ni perut lapar!)Kak Cikku tapau pulak burger special untuk makan di bilik.

memang malam tu hujan,duduk pulak dalam suasana ala-ala kampung ni memang sedapnya....nyaman,dengar bunyi cengkerik,bunyi katak...masa nilah bukak cerita kat Sakinah pasal kehidupan kita dulu di kampung.diaorang ni tak rasa pengalaman tu semua.jadinya sesekali rasa pengalaman macam ni memang teruja!

breakfast?ni taklah mewah macam di tempat lain.cukup untuk mengisi perut waktu pagi dengan menu nasi lemak,bihun goreng,sosej goreng untuk budak-budak dan roti.habis breakfast,pergi main air jeram@sungai lagi.mandi puas-puas.tengahari nanti dah kena check out.check out pukul 12.30 tengahari,buru makan tengahari pulak...

AKU?al hamdulillah,dapat aku anak beranak bercuti dengan pakweku.minggu ni dia dah nak balik,percutian ini walaupun sehari tapi sangat bermakna.tak bestnya,tak ada jual fridge magnetlah kat sini! huhu...

POSE-POSE...1,2,3INFO:

SERI PENGANTIN RESORT
LOT 686 KG SUM-SUM HILIR
JANDA BAIK,28750 PAHANG
03-42701700

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala