aku baru balik dari Bank Islam membawa penguin Hakimi untuk dibedah di sana.penguin ni atoknya yang yang kasi dulu.kecik,sesuai dengan Hakimi.tiap hari dia rajin kasi makan.mulanya dah hampir nak pecah,aku tapekan baliknya badannya.oklah dia.kat rumah ni pantang ada je yang benda makan si penguin ni yang bersepah,akan dikutipnya untuk diberikan pada penguinnya ini.
pendek kata,puaslah penguin ni makan.kadang tu berebut dengan Kak Long sebab nak kasi makan penguin dia.kak long ada harimau. ni lagi kuat makan sebab dia besar sikit.harimau kak long badannya tegap berbanding penguin adik punya.
setelah dibedah oleh kerani bank tersebut,hasilnya dapatlah RM43.65! banyak juga.patutlah badannya dah tak larat nak tampung.ni semua sebab Hakimi rajin kasi dia makan.terus tinggalkan isinya ni dalam LUTH.bawak balik semula penguin yang dah siap dibedah.beratnya kembali kosong!
AKU?teringat dulu masa kecik-aku ada tabung buluh.tiap kali bila penuh arwah abah akan belah tabung tu dan bawak aku pergi BSN masukkan duit.sekarang giliran aku pulak buat macam tu untuk anak-anak.ALAHAI...

No comments:
Post a Comment