pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Thursday, May 5, 2011

DUA HARI LAGI DIA DAH NAK BALIK SANA?

Assalammualaikum semua...

hari ni dah Khamis.maknanya ada hari ni dan esok sahaja pakwe CITH bersama kami.Sabtu ni dia akan balik semula ke tempat kerjanya nun di sana.daripada seminggu dia di sini,akhirnya dapat 2 minggu dek kerana tambahan kerja yang ada.al hamdulillah.dapat juga pergi berjalan jauh!

perasaan?entahlah sukar sekali untuk mendefinisikannya setakat ini.sedih ada,rindu pun ada,emm...entahlah.memang dapat berjumpa hari-hari di Skype tapi fizikalnya tiada di sisi.aku kembali mendokong tugas di rumah berseorangan.tapi sebelum tu aku dah mintak tolong dia tukarkan sarung kusyen rumah ni.bukan apa,bab tukar sarung kusyen,langsir nilah yang aku ada syikit "tak kuasa" nak membuatnya.biar aku basuh banyak,melipat banyak...aku tak tak kisah! hish, macam-macam kan...

budak-budak dah aku cakapkan yang baba dia nak balik sana tak lama lagi.Sakinah fahamlah.kecik tu?emm...sekarang ni dia bukan main lagi.sikit-sikit; "baba ne?" "baba...baba"...asyik dengan babalah.dia nak dengan aku time nak 'cinta' je.lain tu dengan baba.yelah,baba dia nak dukung dia je.kalau aku memanglah dia kena jalan sendiri! tu lah suka sangat dia tu.lepas ni hilanglah lemak-lemak dia...hihi...

AKU?biarlah jarak sahaja yang jauh tetapi hati,perasaan dan tanggungjawab tidak jauh.mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan aku di sini dan dia di sana.Amin...

2 comments:

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala