apa juadah untuk hari pertama berbuka semalam?mesti yang pakar-pakar di dapur tu menyediakan juadah yang seistimewa yang boleh...maklumlah hari pertama,semangat yang tinggi,keghairan dan kerajinan juga tinggi...hihi...
bagi CITH 2 beranak saja yang berpuasa ini cukup sederhana.ada juga bersarang di hati ini rasa sedih...yelah pakwe CITH sorang di sana dan kami tahun ini berpisah untuk berpuasa bersama.bila ditanya juadah berbuka,pakwe CITH pantas menjawab dia berbuka di masjid dan terus berterawih.masak sup untuk bersahur saja katanya.emmm....
oklah CITH nak kasi promot sikit pasal Bubur Lambuk Masjid Al Ansar.
dipimpin oleh ketua tukang masaknya Hj Che Meh dan pasukannya,memang bubur lambuk ni pun dah setahap dengan di Kampung Baru punya.dah bertahun-tahun jugaklah bubur ini.asalnya daripada hanya 1-2 periuk, kini sehari dalam 15 periuk mampu disediakan untuk memenuhi permintaan penduduk sekitar.
rasanya?kalian memang kena cuba sendiri.dagingnya yang kasar-kasar,rempahnya...memang dah mampu membuka selera.setiap lepas sembahyang Asar pemberian bubur lambuk akan dibuat.kita hanya perlu bawak bekas sahaja.setiap yang beratur akan menerima sesenduk bubur lambuk.jadi kalau nak banyak,bawaklah banyak bekas.sebab,setiap satu bekas=satu senduk.
petang semalam,CITH pun menjadi salah seorang yang beratur.memang saban tahun biasa ambil di sini.arwah mak dulu pun suka.sampaikan ambil lebih bila time dan balik kampung.boleh tahan kalau di simpan di dalam peti sejuk.semalam yang tambah special sikit bubur lambuk ni apabila dicedukkan oleh YB kawasan sekitar di sini iaitu YB Zuraidah(Ampang) dan YB Azmin Ali (Hulu Klang).
(gambar Yb Azmin tu sedikit blur...segan pulak nak menghala camera kat depan dia...)
mereka berdua turun padang untuk kerja-kerja pengagihan bubur lambuk petang semalam.CITH: makan bubur lambuk je pun dah kenyang.nafsu saja yang hendak itu dan ini...
ALAHAI...

belum pernah lg rasa bubur ni. d sabah mcm jarang jumpa :(
ReplyDeletebubur ni memang galmaour kat sini.macam bubur nasi biasa tp berempah,bersantan dan ada daging di dalamnya.
ReplyDeleteAktif lag je
ReplyDelete