satu lagi review filem baru tapi dah lama dalam pasaran TAPI baru ni CITH tengok.ni lah gara-gara kedai CD yang selalu CITH sewa tu nak tutup,maka kepada ahli ditawarkan untuk meminjam sebanyak mana pun CD yang dikhendaki.jadinya,CITH ambik kesempatan lah..hihii...filem kali ni ialah KL GENGSTER!
KL GANGSTER-hasil arahan pengarah muda Syamsul Yusuf telah menerima kutipan tertinggi iaitu sebanyak 12 juta!memecah rekod bapanya sebagai six million man.satu nafas baru dalam industri perfileman tanahair.siapa kata filem kita tak bagus? tak bagus bila digarap dengan tak bagusnya maka jadilah tak bagus.TAPI apabila digarapkan dengan bagus,dihayati oleh pelakon,cukup ramuan rencahnya maka berjayalah filem itu.ambil saja contoh drama-drama Korea yang mampu menambat hati berjuta penonton...apakah ramuannya?
apa yang menarik?
1.satu plot yang segar.memang tak ada masa nak rasa bosan atau terlena seketika.
2.aksi yang nampak real walaupun mungkin bukan real-tidak macam sebahagian filem lain yang bila bertarung bunyi desyum-desyum tu lebih kuat daripada kesan yang kena pada mangsa tumbukan misalnya.
3.kredit untuk filem ini ialah tiada aksi 'romantika de amour' yang menjengkelkan mata!bukan apa,kadang-kadang rasa jemu dan muak apabila sentiasa filem kita disogokkan dengan adegan sikit-sikit peluk,sikit-sikit merayu merintih...aduh...
4.kredit untuk pelakon- Aaron Aziz,Syamsul Yusuf,Adi Putra,Zizan,Sofi Jikan memang menguatkan jalan cerita ini.cumanya Syamsul tu nampak terlalu "baik" rupanya nak jadi gangster.tapi dia lebih baik dalam filem ini berbading filemnya terdahulu.semua yang lain tu nampak real.
5.dalam keganasan itu masih terselit rasa sedih khususnya ketika berdepan dengan kematian Zizan-sebabnya kematian inilah membawa kepada pertarungan dua beradik.
yang tak menarik? emm...pastinya serba sedikit filem ini memberi impak kepada anak muda kita.mana yang positif akan lihat secara positif tapi mana yang tak boleh fikir tu,akan mudah ikut jalan macam ni-jadi gangster!
CITH:kalau dah sekali "masuk" ke jalan gangster,sampai ke hujung nyawa juga berakhir dengan cara itu.memang itukah kesudahan nasib seorang gangster?mati sama ada ditembak atau tertembak...itu moralnya.
ALAHAI...

No comments:
Post a Comment