masih lagi dalam suasana politik yang panas.kalau bukak berita tv cerita itu jugak,bukak suratkhabar pun cerita itu jugak pendek kata macam dah tak ada lagi cerita nak di 'highlightkan" dalam negara ni.
itu bukan perkara yang CITH nak sembang di sini.satu yang CITH tertarik ialah melihat kerakusan dan keghairahan antara kita bercakap mengenai PRU yang akan datang ini.kalau di status FB bukan main berapi tak kiralah parti apa yang diwakili TAPI,satu persoalannya:-adakah yang berdegar-degar ini merupakan pengundi?atau paling tidak pun dah mendaftar sebagai pengundi atau belum...kalau ini belum dilakukan,sebenarnya kalian masih tidak tuntas untuk berbicara pasal PRU! (foto oleh: Google.com)
yelah,memalukan sajalah kalau cakap beriya,berapi dan berdegar rupanya tak pernah pun daftar sebagai pengundi apatah lagi turun sebagai pengundi....oohhh...ini sungguh meloyakan!!!.CITH pulak sebaik sahaja mencecah usia sebagai pengundi yang sah,memang tidak pernah gagal untuk menunaikan tanggungjawab dan hak sebagai warganegara Malaysia.inilah peluang,ruang dan kesempatan untuk kita gunakan hak kita sebagai rakyat untuk memberi undi kita kepada mereka yang boleh menjadi pemimpin.
kepada mereka yang pandai cakap tapi tidak bertindak sebagai pengundi-kalian itu ibarat anjing menyalak bukit.bukit tetap teguh berdiri,sebaliknya kalian yang penat bersuara.alangkah ruginya!
kepada yang lain,jom kita semak status kita sebagai pengundi untuk memastikan lokasi/kawasan penggundian kita.lihat di sini.http://www.spr.gov.my/
UNDI ADALAH RAHSIA?....
ALAHAI...

No comments:
Post a Comment