pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger
Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Thursday, April 7, 2011

BUDAK-BUDAK AF9 DI JUSCO AU2 SETIAWANGSA

Assalammualaikum semua...

kan tadi aku kata nak 'larikan diri' sekejap dek bunyi ketuk mengetuk sana sini kat rumah aku ni, jadinya aku baru je balik makan di Jusco.sambil tu beli barang dapur sikit.

nilah nak story kat kalian kalau kalian peminat Akademi Fantasia,datanglah ke Jusco di sini untuk melihat secara 'live' rutin mereka seharian.di tengah ruang legar Jusco ni,ada di tempatkan satu ruang berkaca khas bagi peserta AF untuk melakukan aktiviti mereka seperti latihan nyanyian,menari dan sebagainya.
pengunjung boleh tengok sendiri aktiviti mereka.

melihatkan struktur binaan ruang ini,rasa aku memang kekallah mereka berlatih di sini agaknya.AKU?tidak pernah ambil tahu siapa budak-budak AF ni sebab aku tak punya Astro...hihii

ALAHAI...

Monday, January 10, 2011

PEMENANG BARU AJL 25

selamat pagi semua,selamat masuk ofis semua. tak kira lah ofis sebenar atau ofis yang satu tu...(dapur lah...)

sedikit review AJL part 2.nampaknya pilihan dan ramalanku tersasar.bagaimana ramalan anda?rasanya masa pengumuman pemenang tersebut,pastinya ada yang kata; 'tak sangkalah, dia menang? dan bla...bla...' yelah mana tidaknya,nama yang disebut tidak terkeluar tetapi satu nama baru yang terkeluar. ANA FAFFALI, satu nama baru....

mungkin dengan nama baru ini membawa satu anjakan dalam senario muzik kita.kalau sebelum ini kita hanya didendangkan dengan lagu cinta-cintun yang melalaikan atau liriknya yang tak tahu hujung pangkal,dengan nama baru ini kita beroleh sesuatu yang bagus.

apa-apa pun,persembahan malam tadi memang best.rata-rata yang bertanding menyiapkan diri dan props dengan baik sekali.pastinya persembahan Hanyut oleh Faizal Tahir memang satu yang kreatif dan dinamik.seakan ahli silap mata membuat persembahan!memang dia patut menang dengan persembahannya itu.

ALAHAI...

Sunday, January 9, 2011

SIAPA ANGKAT AJL 25?

ketika ini,rata-rata aku rasakan kalian sedang menyaksikan final Anugerah Lagu (AJL 25).walaupun pada siaran hujung minggunya jarang sekali berkesempatan untuk menontonnya,tapi bila sampai ke final barulah semua 'nampak' pada AJL ni.

malam ni,siapa yang bertuah untuk merangkul anugerah? untuk 4 persembahan awal yang sudah selesai,aku lebih kepada Yuna.tapi untuk keseluruhan,aku memang pilih Faizal Tahir dan Stacy untuk persembahan terbaik.entahlah,itu pada perkiraan aku.biasanya persembahan Faizal memang selalu ada yang luar biasa!pada kalian pulak,pastinya ada pilihan sendiri.kita tengok siapa yang menang malam ni.jangan jadi seperti yang lepas-lepas.rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi dek kerana rasa tidak puashati terhadap keputusan...

aku? menang atau tidak pilihan aku,tiada bezanya.aku hanya meminati karya mereka walaupun mereka itu memang tidak kenal aku....hihii...

ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala