pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Sunday, October 31, 2010

LEPAS GIAN...lepas semua..

salam Ahad untuk semua.apa menarik minggu ni agaknya? terlebih dulu- nak ucap tahniah kepada pasukan bola Kelantan atas kemenangan Piala Malaysia malam tadi! bila sebut bab bola ni,macam-macam yang boleh jadi.ada yang gembira,ada yang sedih pendek kata "cukup garamlah!" hihiii...

cerita pasal lepas gian,tengah hari semalam aku dengan dua anak aku ni dengan team JJCM keluar nak lepaskan gian.kalau yang kerja nak lepaskan stress kerja,kalau yang sekolah-nak lepas stress minggu examdan yang aku pulak hei...nak lepas jugak segala macam rasa!hari ni kata anak buahku-along, nak pergi karaoke yang 'up' sikit.red box tu dah biasa! jadinya hari ni kami mencuba di Superstar Karaoke di Wangsa Walk.untuk satu jam RM28.takkan nak 'melalak' 1jam je kan..jadinya boking untuk 2 jam. ada 1 set pop corn dengan 2 minuman bergas dan 1 jus buah.satu kepala kena bayar RM10 kat anak saudara aku ni!

macam biasa,bila masuk karaoke ni-si Along nilah yang jadi muzik programmernya.dialah yang pandai bab-bab nak adjust apa-apa yang patut.lain-lain tu tahu nak pegang microphone nak menyanyi je...

memang kat sini best lah berbanding yang macam red box atau song box tu! yelah orang kata-"ada harga,adalah rupanya kan..." jadinya kalau dah bayar mahal,memang adalah bezanya.Tv besar,speakernya kuat,lagu-lagunya yang terkini,bilik pun selesa pendek kata berbaloi!lepas dah masing-masing lepas gian nak menyanyi? atau melalak? hahaha... barulah rasa lapar.kami makan di Secret Recipe- dengan pilihan mee kari,spaggetti,tomyam Khung. bab ni-kena bayar dekat kakak aku pulak.kami ni biasanya guna istilah "tong-tong" happy sama-sama,bayar pun sama-sama! tak adalah yang tertindas nak jadi banker selalu.(tapi kalau ada yang nak belanja tu-lain ceritalah!) memang puas hatilah kiranya...


ALAHAI...

Saturday, October 30, 2010

TAMATLAH SUDAH...

hah,tamatlah sudah musim exam.tengahari semalam kertas terakhir di sekolah agama.balik sekolah je, Sakinah dah nak berFB,nak bukak youtube lah entah apa benda...dia boleh kata apa? "ma, hari tu mama kata bila dah habis exam,Ina boleh suka nak buat apa kan, nak main game ke nak dengar lagu ke...ni dah habis exam dah!" alahai sedebuk aku kena!!! budak-budak ni tak boleh main cakap sedap mulut je,ingat dia cakap kita.emm...

wah, mentang-mentang dah habis exam,'request' beli aiskrim mahal pulak tu! hihi..aku ni memang memantangkan dia dengan air berais,aiskrim atau yang sejuk-sejuk ni.bukan apa,dia ni cepat dapat batuk kalau ais yang dibuat tu tak guna air masak.lepas tu kalau dah batuk je,satu penyakit dia ni-batuk je akan muntah.ni yang aku tak tahan ni.batuk je dia,habislah semua yang dah masuk perut tu akan melambak keluar.lagi satu yang aku tak tahan tu-PAYAH NAK MAKAN UBAT!!! ni memang jadi kemarahan aku sebabnya payah betul nak makan ubat.baru nampak botol ubat je dah muka terkelat-kelat tahan muntah...geram dibuatnya. pasal tulah bila musim exam ni memang aku pantangkan dia.yelah kalau badan tak sihat,susah juga otak nak bekerjakan...

nilah yang merdekanya si Sakinah tapi aku rasa pakweku yang LEBIH merdekanya.semalam dia ambik cuti.kononlah nak rehat-penat kerja hujung tahun ni...tapi rehat dia tu hiss.. kat Kuala Selangor nun-mancing udang galah! tengahari semalam dia dah pergi dengan kawan dia.jangkanya petang ni baru balik.harap-harap ada rezeki ber'udang galah' esok!

aku? emm..aku punya program...dah janji dengan Sakinah nak pergi karaoke. hihi...saja nak orang kata 'happy hour'. bantailah nyanyi apa pun.bukan ada juri nak kasi markah pun! saja syok sendirilah katakan...

kalian pula, apa plan untuk hujung minggu ni? semoga gembira di hujung minggu bersama orang tersayang!



ALAHAI...

Friday, October 29, 2010

MEMBER CARD JUSCO...poket bocor!!!


fuh! dasyat penangan member card Jusco hari ni.kali pertama buat kat Jusco area rumah aku ni.pagi tadi aku pergilah 'skodeng' dulu, yelah ingat kut-kut akulah yang awal datang pukul - 9.55 pagi...ceh..ceh...rupa-rupanya mak oiiii dah ramai dah! orang ni ada yang sanggup tak kerja hari ni!aku tanya kat pak guard; "pukul berapa bukak JJ ni? tangok dah ramai orang..." dia kata apa? "pukul 9.30 bukak" Ya Allah, aku kiranya awallah jugak tapi rupanya ada yang LEBIH awal dari aku!

entah apa yang sangat diaorang nak beli pun aku tak tahu.aku pulak, sempat menyambar (ceh istilah menyambar tu!) 3 pasang baju tidur Hakimi dan t-shirt untuk pakweku.dah lama nak cari color purple, ni baru dapat.tak boleh nak shopping lama sebab nak berlari ambik Sakinah pulak dari sekolah agama-balik pukul 10.40.

tengahari pulak lepas hantar Sakinah ke sekolah kebangsaan, aku pergi balik kat Jusco.yelah jusco dekat dengan rumah! kakak aku kata aku ni DUTA JJ (kha haha....)
kali ni parking? fuh lagi dasyat penuh! samapai parking kat luar pun ada.aku pulak boleh lah menyempit kat celah-celah, kereta kecik.kali ni datang sebab nak cari hadiah hari jadi kawan Sakinah-2 orang,nak beli baju untuk pak mertua-ni pun hari jadi jugak, barang-barang dapur. itu pun orang kata "bocorlah jugak poket rm 200-300" alahai....barang dapur yang gila orang beli-milo,beras,jus,..parmpes- ni memang aku tunggulah.stok untuk Hakimi.tengah asyik membelek-belek barang, " DIMINTA PEMILIK KENDERAAN BFE 6429,SILA ALIHKAN KENDERAAN ANDA SEKARANG"

alamak,kereta akulah! emm...apa lagi,terus tolak troli turun ke parking nasib jugak barang-barang semua dah bayar. rupanya kereta kecik aku tadi,telah menghalang pekerja Jusco yang nak bawak troli masuk. hei...ingatnya menyempit kat celah-celah tu oklah rupanya kena jugak aku! glamour sekejap kereta aku! hihi...


ALAHAI...

Thursday, October 28, 2010

IKAN TERUBUK MASAM ASAM PODEH



rasanya dah lama tak masuk entri lauk kan...ha,biasalah tu kadang-kadang masak yang biasa-biasa je,tak perlulah nak cerita kat orang..hihiii. hari ni nak sembang pasal masak asam podeh (pedas) ikan terubuk .tengahari semalam punye menulah ni.selalu makan terubuk masin Sarawak je tapi kali ni masak yang fresh pulak.(taklah fresh sangat pun...)beli kat pasar tani bukannya tangkap sendiri.alahai...

BAHAN-BAHANNYA:
ikan terubuk yang siap dibersihkan cili kering-dikisar
bawang merah,bawang putih,halia,kunyit hidup dan belacan-dikisar
air secukupnya
daun kesum
bunga kantan
air asam jawa
tomato
garam secukupnya
minyak untuk menumis

1. panaskan minyak dan tumis bahan kisar iaitu bawang dan
kawan-kawanya tadi
2. bila dah garing, masukkan cili kering yang juga telah dikisar.
biar sampai cili garing dan berminyak
3. apabila dah garing, masukkan air secukupnya,ikan,daun kesum dan
bunga kantan.biarkan kuah pecah minyak.
4. masukkan air asam jawa,tomato dan garam. biarkan seketika,
bolehlah diangkat untuk dihidang!

* ikan ni memang banyak tulang halusnya.sedikit mengganggu kesedapan sewaktu menghayatinya, apa-apa pun ia memang sedap! jadi kena berhati-hati...


INFO:
Ikan terubuk atau Nama saintifik: Tenualosa macrura adalah sejenis ikan pelagik yang hidup di perairan Selat Melaka, Selatan Borneo dan Teluk Bengal.
Ikan terubuk banyak sub spisesnye. Ikan terubuk Sarawak adalah lebih kecil daripada Terubuk yang ada diperairan Indonesia.

Percaya atau tidak satu spesis Terubuk akan mula mengawan pada musim monsoon di kawasan Teluk dan akan bertelur di hulu sungai yang berair tawar.

Fenomena ini berlaku di Bangladesh apabila selepas musim monsoon (banjir) penduduk bangladesh akan menangkap ikan terubuk di kawasan2 sawah dan sungai-sungai air tawar.
(sumber daripada:invisionfree.com › Choppersgarage)



ALAHAI...

Wednesday, October 27, 2010

ISLAM MENJADI PILIHAN


Adik ipar Tony Blair peluk Islam selepas lawat Iran
sumber: Utusan Malaysia 26/10/2010


LONDON 26 Okt. - Adik ipar **Tony Blair, Lauren Booth kini memeluk Islam kerana kagum dengan kesucian agama itu selepas melawat Iran enam minggu lalu.

Booth yang merupakan seorang wartawan penyiaran berkata, beliau mendapati Islam banyak memberi kebahagiaan dan ketenangan kepada umatnya.

“Nama saya ialah Lauren Booth dan saya adalah penganut agama Islam.

“Saya mendapati umat Islam adalah sangat penyayang dan saya bangga menjadi sebahagian daripada mereka,” katanya.

Booth ialah adik tiri kepada isteri bekas Perdana Menteri Britain itu, Cherie yang merupakan peguam hak asasi. - AFP

* apa yang mampu dikata? SYUKUR ,AL HAMDULILLAH MOGA BARAKHAH DAN MEMBERI HIDAYAH KEPADA TONY BLAIR DAN KELUARGA PULA...dan aku?kita? semoga memantapkan dan menguatkan iman kepada ALLAH YANG ESA.
__________________________________________________
** Tony Blair-bekas Perdana Menteri Britain dari 2 Mei 1997-27 Jun 2007
-terkenal dengan isu: pembunuhan Puteri Diana
peperangan di Afghanistan
peperangan di Iraq

ALAHAI...

Tuesday, October 26, 2010

EXAM-MAMA STRESS, ANAK?

minggu lepas exam untuk sekolah kebangsaan dan minggu ni pulak exam sekolah agama.nampaknya 2 minggu ni menjadi minggu yang stress untuk mama-mama semua. ye tak? untuk bapak-bapak? emm...kisah tak agaknya? atau langsung tak peka tapi buat pekak! opss....

anak-anak kalian dah mula examnya? biasalahlah kan, naluri seorang ibu ni,bila anak nak exam dia yang mengelabahnya.dia yang jadi risau,pendek kata dialah yang stressnya TAPI bila tanya dekat anak-anak...apa jawapannya? ni versi anakku, "ok ma, Ina tahu, Ina boleh buat punya,rileklah arr ma, kenapa mama yang risau suruh Ina baca buku...bla...bla..." ha, dia boleh cakap macam ni? lagi stress kita dibuatnya!

entahlah, mungkin aku banyak banyak masa di rumah melihat perkembangan dan tahu aktiviti dia,jadinya aku akan memantau atau dengan kata lainnya akan "bisinglah" untuk suruh dia baca buku,baca buku...hihii...

pakweku,disebabkan 7.30 pagi dah keluar dan paling lewat akan balik pukul 8 malam (lebih kurang 12 jam tinggalkan rumah) jadinya masa anak-anak banyak dengan aku.aku pulak seboleh mungkin tak naklah nak beratkan kepala otak pakweku dengan hal-hal anak yang remeh temeh ni MELAINKAN kalau aku memang dah tak boleh handle, emm...barulah aku akan cakap kat dia.

jadinya,bila time anak nak exam,time anak ada show,time anak ada pertandingan ke apa ke, aku yang tahu dulu.tu yang bila dapat tahu exam je,biasalah penyakit stress tu datang! hihii...

stress ni bukan apa,risau tengok orang yang nak exam ni macam tak exam! yelah kalau kita tak bising suruh bukak buku dan baca,MAKANYA tidaklah buat. kita yang kena duduk sebelah dia,dengar apa yang dia baca,lepas tu tanya balik soalan dekat dia.pantau latihan yang dibuat,tandakan latihan dia dan bla...bla...kalau kita tak turut sama 'turun padang' alamat dia buat ala-ala aje.

tapi ada juga kadang tu aku cakap; "ok Sakinah study sendiri, malas mama nak bising lagi dah.tak kuasa lah nak ajar-ajar Ina.mak mama dulu pun tak buat macam ni.." apa lagi,buat drama air mata lah pulak! ini lagilah buat aku stress!!! menangis,menangis,menangis...

pendek kata, memanglah mama ni kena campur tangan dalam soal belajar anak apatah lagi bila musim-musim exam ni...

mudah-mudahan Allah permudahkan semua urusan ini dan kepada semua 'rakan sejawat' yang menghadapi dilema macam aku...apa yang boleh dikata? SABAR AJE LAH...


ALAHAI...

Monday, October 25, 2010

ANAKKU JADI MACGYVER

salam semua.sepi seketika di arena siber ni gara-gara anakku Hakimi ni jadi MACGYVER kat laptop aku.ni ha aku baru balik dari kedai komputer dan barulah lap top aku bernyawa kembali. syukur, hanya kena RM70 .(tahu-tahu eje,dah gaji-hihi...)

Jumaat lepas, bila nak bukak je laptop ni, dah tak boleh nak on, cek punya cek, ada pulak satu skru dia dah bengkok,bila nak adjust tegakkan,apa lagi...terus patah lah..emmm...

rasa sunyi seketika apabila tiada benda nak ditekan.memang betullah kata kawan aku sorang tu...laptop/pc dia ibarat lauk seharian dia.kalau tak ada, alamat macam makan nasi tanpa lauk! betapa pentingnya laptop atau pc ni.

aku? tidaklah meletakkan status seperti itu tapi memang rasa macam sikit "kosong" tanpanya. yelah kan...selalu tiap hari hadap laptop,baca blog,tengok FB, baca surat khabar tapi bila tak ada, memang rasa lain! bak kata pakweku..." 2-3 hari ni nampak muka sedih je...apasal?.." hiii..hii..sedih sebab laptopku tak bernyawa! alahai....

lepas ni aku kenalah LEBIH berhati-hati dengan si kecik aku ni...dia ni datang dekat kita rupanya ada makna.kita tak perasan, tangan dia dah buat apa benda entah...top-top dah jadi...ada bakat jadi MACGYVER!


ALAHAI...

Thursday, October 21, 2010

DON'T LOOK WITH ONE EYE!!!

ni entri yang ingin aku share dengan kalian menerusi mail box aku daripada seorang kawanku- Sharon Ng.original copy-jadinya aku taklah translatekan...

True Story -- Worth Reading !!!
At the prodding of my friends, I am writing this story. My name is Mildred Hondorf. I am a former elementary school music teacher from Des Moines , Iowa .. I've always supplemented my income by teaching piano lessons-something I've done for over 30 years. Over the years I found that children have many levels of musical ability. I've never had the pleasure of having a prodigy though I have taught some talented students.

However I've also had my share of what I call "musically challenged" pupils. One such student was Robby. Robby was 11 years old when his mother (a single Mom) dropped him off for his first piano lesson. I prefer that students (especially boys!) begin at an earlier age, which I explained to Robby.

But Robby said that it had always been his mother's dream to hear him play the piano. So I took him as a student. Well, Robby began with his piano lessons and from the beginning I thought it was a hopeless endeavor. As much as Robby tried, he lacked the sense of tone and basic rhythm needed to excel. But he dutifully reviewed his scales and some elementary pieces that I require all my students to learn.

Over the months he tried and tried while I listened and cringed and tried to encourage him. At the end of each weekly lesson he'd always say, "My mom's going to hear me play someday." But it seemed hopeless. He just did not have any inborn ability. I only knew his mother from a distance as she dropped Robby off or waited in her aged car to pick him up. She always waved and smiled but never stopped in.

Then one day Robby stopped coming to our lessons.
I thought about calling him but assumed because of his lack of ability, that he had decided to pursue something else. I also was glad that he stopped coming. He was a bad advertisement for my teaching!

Several weeks later I mailed to the student's homes a flyer on the upcoming recital.. To my surprise Robby (who received a flyer) asked me if he could be in the recital. I told him that the recital was for current pupils and because he had dropped out he really did not qualify. He said that his mother had been sick and unable to take him to piano lessons but he was still practicing "Miss Hondorf I've just got to play!" he insisted.

I don't know what led me to allow him to play in the recital. Maybe it was his persistence or maybe it was something inside of me saying that it would be all right. The night for the recital came. The high school gymnasium was packed with parents, friends and relatives. I put Robby up last in the program before I was to come up and thank all the students and play a finishing piece. I thought that any damage he would do would come at th e end of the program and I could always salvage his poor performance through my "curtain closer."

Well, the recital went off without a hitch. The students had been practicing and it showed. Then Robby came up on stage. His clothes were wrinkled and his hair looked like he'd run an eggbeater through it. "Why didn't he dress up like the other students?" I thought. "Why didn't his mother at least make him comb his hair for this special night?"

Robby pulled out the piano bench and he began. I was surprised when he announced that he had chosen Mozart's Concerto #21 in C Major. I was not prepared for what I heard next. His fingers were light on the keys, they even danced nimbly on the ivories. He went from pianissimo to fortissimo. From allegro to virtuoso. His suspended chords that Mozart demands were magnificent! Never had I heard Mozart played so well by people his age. After six and a half minutes he ended in a grand crescendo and everyone was on their feet in wild applause.
Overcome and in tears I ran up on stage and put my arms around Robby in joy. "I've never heard you play like that Robby! How'd you do it? " Through the microphone Robby explained: "Well Miss Hondorf Remember I told you my Mom was sick? Well, actually she had cancer and passed away this morning And well . . . She was born deaf so tonight was the first time she ever heard me play. I wanted to make it special."

There wasn't a dry eye in the house that evening. As the people from Social Services led Robby from the stage to be placed into foster care, noticed that even their eyes were red and puffy and I thought to myself how much richer my life had been for taking Robby as my pupil.

No, I've never had a prodigy but that night I became a prodigy. . .. Of Robby's. He was the teacher and I was the pupil for it is he that taught me the meaning of perseverance and love and believing in yourself and maybe even taking a chance in someone a nd you don't know why.

Robby was killed in the senseless bombing of the Alfred P. Murrah Federal Building in Oklahoma City in April of 1995. And now, a footnote to the story.

If you are thinking about forwarding this message, you are probably thinking about which people on your address list aren't the "appropriate" ones to receive this type of message. The person who sent this to you believes that we can all make a difference. So many seemingly trivial interactions between two people present us with a choice: Do we act with compassion or do we pass up that opportunity and leave the world a bit colder in the process?

You have two choices now:
1. Delete this.
2. Forward it to the people you care about.


You know the choice I made. Thank you for reading this
May God bless you today,tomorrow and always
*********
If God didn't have a purpose for us.
We wouldn't be here!

THINK ABOUT THAT...


ALAHAI...

Wednesday, October 20, 2010

RESTORAN TUPAI TUPAI...cukuplah sekali

hujung minggu lepas aku ke satu tempat makan baru-iaitu Restoran dan Cafe Tupai Tupai. ni gara-gara penangan cerita Duyung Aridinata kat TV3 tak berapa lama dulu.ada yang ingat lagi tak cerita tu? ala cerita ikan duyung lelaki....hihiii...
menonton cerita tersebut,rasa terpanggil nak cuba makan di sini.apatah lagi pemandangan persekitarannya yang cantik!
jadinya pada petang tu, aku mencuba menu yang ringkas sahaja memandangkan kami datang pun dah petang.ini adalah kes saja-saja nak cuba dulu.lepas ni kalau menarik baru boleh 'open table' dengan sedara-mara.

petang tu, aku pesan :
1 nasi goreng nyonya (ni macam nasi goreng cina tapi lebih pedas sikit!)= rm 7.50
1 nasi kosong rm 1.50
1 sup sayur rm 11.00
1 set taufu goreng Vietnam rm 13.00
2 air buah rm 9.00
total:----------------------------------
rm 42.00
-----------------------------------------
mahal tak mahal?kata Nabil; lu pikirlah sendiri. untuk aku? rasanya tak berbaloi...emmm....tu baru makan untuk 2 orang.

TAPI kalau kalian inginkan suasana yang lain daripada kedai makan biasa tu, memang sinilah tempatnya. suasana yang damai,jauh daripada hiruk pikuk memang bestlah. jadinya sesuai itulah, harga yang harus dibayar untuk makan di sini.di sini, selain menghidangkan menu ala carte, turut menyediakan hidangan stimbot seafood yang hanya mula dibuka pada jam 6 petang.RM28 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. sekiranya membazir, penalti akan dikira.jadi makan jangan membazir!kalau dah namanya Tupai Tupai, sedikit sebanyak mesti ada 'trade mark' dia iaitu tupai. lihat ni.
tempat abu rokok ni ada replika tupai!

KOMEN:

satu yang kurang enak bagi akulah ye (kalian, aku tak tahulah) -kat sini ramai pekerja asing.semasa pakweku ke sinki mencuci tangan, dia sempat menjengah ke kawasan dapurnya-ramai yang bermata sepet! tak tahulah dari mana mereka ni. Thai? China? Vietnam? aku tak pasti.yang pastinya bukan rupa macam kita! (tak pulak ambil gambarnya)Islam tak Islam? aku tiada jawapannya.

untuk aku?-aku panjatkan keampunan atas kenaifan aku pasal ni.memang aku tak perasan DAN CUKUPLAH SEKALI( seperti lagu Jay-Jay),AKU KE SINI.AKU TIDAK REKOMENKAN PADA ORANG LAIN.INI SEKADAR CATATAN DAN PANDANGAN AKU SAHAJA.

untuk orang lain? mungkin lain pandangannya.terserahlah...

INFO:

RESTORAN TUPAI TUPAI DAN CAFE
NO 551A JALAN BUKIT PETALING
50460 KUALA LUMPUR (belakang Dewan Bahasa dan Pustaka)
tel: 03 21432525


ALAHAI...

Tuesday, October 19, 2010

SWATARI-SATU PENGHARGAAN

entri yang ini aku dedikasikan untuk Swatari tempat anakku Sakinah mengenal asas tarian yang sekaligus membuat aku jatuh cinta untuk menghantar Sakinah belajar di sini apatah lagi tuan punya badan pun seronok nak belajar.

Swatari Pak Ngah Production terletak di Prima Setapak Bussiness Centre, Kuala Lumpur.
dikelolakan oleh Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) dan diasaskan oleh isterinya Datin Sharifah Mahani Syed Kassim atau mesranya Mak Ngah kini sudah berusia 10 tahun! malam penyampaian sijil asas tarian yang diadakan pada malam Sabtu lepas turut meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya!tujuan penubuhan Swatari adalah untuk menarik minat generasi masa kini mengenali lebih dekat mengenai kebudayaan seni tari Melayu melalui program pembelajaran asas tari joget, zapin dan inang.selain itu terdapat juga kelas makyong dan teater kepada yang berminat.(tarian makyong)
pada malam tersebut,Pak Ngah memperkenalkan 'anak angkat' Swatari iaitu kumpulan tarian yang disertai oleh rakyat Jepun yang berada di Malaysia. mereka ini terdiri daripada pekerja di sini, isteri-isteri kedutaan dan sebagainya.mereka berminat untuk mempelajari seni tarian Melayu kita. hasilnya, malam tersebut mereka telah mempersembahkan tarian 'asyik'.untuk Sakinah memang sebelum ini aku tercari-cari tempat untuk dia belajar menari.sebelum tu, dia ada belajar di kawasan rumah aku ni.tapi kelasnya seperti 'mati segan hidup tak mahu'. maka usaha mencari akhirnya berjumpalah aku dengan Swatari.dah lama sebenarnya nak menghantar Sakinah ke sini. selalu aku tengok dia macam suka menari.barulah awal tahun ini aku berkesempatan untuk menghantar Sakinah ke Swatari.

pendaftaran Swatari akan dibuka pada awal tahun dan selepas itu tiada lagi sesi pengambilan dibuat.hasilnya, aku cukup bangga dengan pencapaian Sakinah.sekarang, kalau dengar je muzik lagu-lagu asli ni,siaplah tangan dan kaki mula nak goyang. dia dah kenal yang mana zapin, inang atau pun joget!bukan bermaksud untuk menjadikan dia sebagai penari profesional tetapi aku rasa, kemahiran menari ni bukan semua orang ada.seseorang yang memang sudah "dianugerahkan" tu memang harus bersyukur memiliki bakat seperti ini.bagi yang tak ada tu-kena cari dan asah skil menari ni.untuk Sakinah, aku dan pakweku memang menggalakkan seni budaya ni untuk dia kuasai.yelahkan...kalau mak bapaknya tak pandai,biarlah anak-anaknya lebih baik sikit!

aku? bab menari ni...aduh...bukanlah seni aku.aku suka tengok orang menari tapi bakatku bukan di situ.zaman persekolahan dulu, aku lebih ke arah seni lakon dan seni pengucapan.menari ni...idok lah teman...mahu runtuh pentas nanti! hihii...tapi untuk Sakinah, aku rasa dia ada kemahiran menari ni.belajar di Swatari menambah dan mencantikkan lagi gerak tarinya.macam kata iklan Celcom-memang berbaloi-baloi!

selain tentutan ilmu buku yang sangat penting untuk hidup,kemahiran juga harus dititikberatkan apatah lagi dalam persaingan dunia sekarang.masing-masing berlumba untuk mencari apa sahaja bidang ilmu yang boleh dijadikan sumber kewangan untuk hidup.

aku juga mengatakan pada Sakinah yang dia boleh berteater di sekolah, boleh menari di Swatari,boleh beraikido TETAPI sekolah, solat, mengaji tetap keutamaan no 1.'mama akan kurangkan aktiviti ini atau langsung tak boleh nak joint kalau keutamaan no 1 itu menjadi tidak bagus'-itu adalah antara peringatan aku untuknya.setakat hari ini,syukur semuanya berjalan baik.

kepada semua guru di Swatari-terima kasih kerana ilmu anda.untuk cikgu Sakinah iaitu cikgu JUE dan INA;
(bersama cikgu Jue dan Ina) terima kasih atas penat lelah anda yang tak jemu-jemu dengan budak-budak ni.mungkin orang lain akan kata; " dah tugas dia,mestilah dia kena ajar yang bagus,TAPI bagi aku pulak,anda memang guru-guru yang komited. malu rasanya kalau nak 'cutikan Sakinah daripada kelas kerana kalian memang orang yang bersungguh dalam kerja kalian.

kepada Mak Ngah, terima kasih kerana melahirkan 'SWATARI' untuk anak-anak kami.tidaklah nanti anak-anak kami menjadi "buta" seni terhadap pusaka nenek moyang masing-masing.(Sakinah bersama Mak Ngah)



ALAHAI...

Monday, October 18, 2010

PENYAMPAIAN SIJIL SWATARI

(Sakinah menerima sijil tamat asas tarinya)

Sabtu malam lepas aku sekeluarga menghadiri majlis penyampaian sijil Swatari-Pak Ngah Production untuk Sakinah.tamat sudah kelas asas tari yang dipelajarinya iaitu untuk zapin,joget dan inang.

sebelum tu ,pukul 11 lagi dah hantar Sakinah ke Dewan Puspanita Jln Dewan Bahasa dan Pustaka.(sesi latihan pagi)

satu sesi latihan penuh dengan sound sistem diadakan.komitmen guru-guru Pak Ngah memang dasyat!
(kumpulan inang -Sakinah bersama cikgu Jue dan cikgu Ina)


apa taknya sebelum tu lagi seminggu pelajar-pelajar ni dah kena datang latihan hari-hari bermula jam 8 malam hingga ke 11 malam.

hasilnya memang berkesan!daripada yang tangan keras,badan tegak kini tangan dah lembut,badan pun boleh bongkok siap punggung tonggek lagi!malam penyampaian sijil menampilkan tema 1001 malam.masing-masing tetamu ada yang memang bergaya sakan mengikut tema.malam tu ramailah kiranya minah arab,saudagar arab, yang macam cerita Aladdin pun ada!

alahai...untuk aku?
kali ni tak dapatlah nak bergaya ikut tema.untuk selamat aku baju kurung aje lah...yelah mana nak bergaya, ni ha pakwe kecikku masih menyusu badan.time dia nak tu bukan boleh duga!tengah orang ramai pun, kalau dah nak, nak juga! macam manalah aku nak berjubah atau bergaya ala-ala Marjina (Sarimah) dalam cerita P.Ramlee tu...emm...tahun depan lah Insya Allah.

acara majlis diserikan lagi dengan penampilan istimewa daripada Dato' M.Daud Kilau. kalau dah namanya M.Daud Kilau pastinya identiti berkilau-kilau tu dapat nak dipisahkan!
untuk malam tu sahaja dengan 2 lagu-beliau bertukar baju sebanyak 3 kali. baju yang mengelip-ngelip tu memang vogue! lagu popular- ooohooho....cek molek...apa lagi, meriah sungguh dalam dewan.


untuk malam tersebut,setiap pelajar akan mempersembahkan tarian mengikut kumpulan masing-masing iaitu sama ada zapin, inang dan joget. untuk Sakinah,dia kena membuat tarian inang. memang tak sangka dengan perubahan dia! tapi sayang, kumpulan inang tak menang malam tu.sebaliknya kumpulan joget yang menang berdasarkan tepukan penonton. biasalah, joget ni buat orang rasa 'enjoy' dengan muzik, lagu dan rekatarinya.apa-apa pun, yang lain tu tetap best jugak!

selain menyaksikan persembahan daripada pelajar Swatari,majlis turut diselikan dengan cabutan nombor bertuah.grand prizenya berupa tv LCD 42". tak dapatlah hadiah ni tapi dapat juga cabutan bertuahnya dengan hadiah jam burung hantu!

apa-apa pun, malam tersebut memang puas hati.Insya Allah, tahun hadapan berjumpa lagi!


ALAHAI...

Sunday, October 17, 2010

CERITA CERITI SAKINAH

dah selama 9 bulan berlatih setiap hari Sabtu dan Ahad-2.30-4.30petang, hah,malam tadilah hari kemuncaknya untuk sesi pengajian tarian asas di Swatari Pak Ngah Production.

seminggu yang lepas ni, dalam keadaan yang tidak berapa sihat-serangan B-D-S dan juga ulangkaji untuk peperiksaan, Sakinah berjaya juga menghadiri sesi latihan gerak gempur yang diadakan setiap hari- bermula pukul 8-11 malam.

seminggu ni juga, masa yang amat terhad untuk kami 4 beranak bersama berkumpul semasa makan atau pun semasa melipat baju.yelah, balik sekolah je -pukul 6.45, Sakinah dah aku suruh mandi, makan dan sembahyang maghrib.lepas tu pukul 7.30 dah kena hantar dia. jemput dia pukul 11 lebih, dalam kereta lagi dah tidur, terus sambung tidur semula kat rumah.

paginya, sekolah dan membuat ulangkaji peperiksaan dia.lepas tu pergi sekolah semula.memang rutin yang padat untuk minggu ni.syukur, dia tetap bersemangat jugak nak harung semua tu! tapi penat jugaklah dia kena dengar aku bising kat rumah ni....hihiii. kalau kita tak bising, dia akan buat "dek" aje...bukan dia tak tahu kerja @ rutin harian yang dia selalu kena buat tapi sengaja buat tak tahu sebab nak dengar juga aku BISING...hish...hish...

ni dah habis sesi tari-menari. akan bersambung semula untuk kelas tahap 1 pada masa yang akan diberitahu kelak. sekarang ni pulak fokus kepada peperiksaan akhir tahun yang akan bermula esok dan akan tamat pada 29.10 nanti.

aku? masih dalam keadaan yang tak berapa nak happy lagi.selagi semua tak selesai, hati tak senang.macam biasalah, bila datang musim exam ni,mak bapak semua risau. anak? alah relax aje diorang ni.

kita ni risau fikir macam mana anak jawab exam, risau jugak akan kesihatan dia.aku selalu berdoa supaya Sakinah dapat buat exam dalam keadaan yang sihat.kalau exam dalam keadaan badan yang tak sihat,otak pun jadi kurang cergas. ni semua aku dah rasa zaman jadi pelajar dulu! aku pernah muntah hijau masa exam kat universiti dulu gara-gara 1 hari semalam tak tidur- ni study maut! (padan muka aku-last minute punya prepare)

jadinya, aku tak nak benda-benda macam ni jadi kat anak aku pulak! serik dah...

untuk Sakinah; mama,baba dan Dik Mi doakan yang terbaik untuk Sakinah! untuk anak -anak kalian di luar sana yang juga akan menghadapi peperiksaan-doa yang sama juga dipanjatkan.mudah-mudahan doa kita ini mendapat penerimaanNYA. amin...


ALAHAI...

Saturday, October 16, 2010

BAJET ,BAJET OH BAJET

petang tadi PM telah bentangkan bajet negara untuk tahun 2011. Bajet 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi. waduh dengar berpendapatan tinggi ni...adakah semua orang akan menikmati yang sama? emm...aku rasa payah sekali untuk menyamaratakan pendapatan untuk dinikmati sama rata atau dalam istilah yang mudah-semua orang dapat gaji tinggi.

kepada golongan kakitangan kerajaan di bawah presiden CUEPECS yang memang dikenali suka mintak gaji/bonus naik-Omar Osman, kenaikkan pendapatan memang selalu menjadi agenda perjuangan beliau.TETAPI agenda untuk memantapkan dan memperkasakan lagi perkhidmatan kakitangan kerajaan ke arah negara maju...aku rasa SANGAT BELUM BERJAYA! ULANG ...BELUM BERJAYA!

sebagai contoh; (aku tak rasa semua macam ni, ada juga di kalangan kakitangan kerajaan yang memang bekerja betul dan patut menerima kenaikan atau bonus) perhatikan di jabatan kerajaan seperti pejabat tanah, hospital,pejabat lembaga hasil dalam negeri dan sebagainya...khususnya di kaunter hadapan...kadang-kadang kosong tanpa petugas di situ.hanya diletakkan "kaunter pertanyaan" atau "tutup" atau "keluar sebentar"...

jadi kalau kes-kes kecil begini tak mampu ditangani bagaimana untuk kita mencapai kemajuan? belum lagi masuk bab yang melibatkan petugas yang berjawatan tinggi yang sukar sekali untuk mendapatkan tandatangannya kerana SIBUK...

itu adalah sebahagian 'wajah-wajah' yang dihadapi apabila berurusan dengan pihak-pihak seperti ini.

berbalik kepada 'bajet'-aku rasa bukan setakat negara yang perlu adakan bajetnya, kita ni ha pun perlu ada bajet bukan setakat untuk diri sendiri bahkan keluarga.

macam hujung tahun ni-dah tentu nak fikir tentang bercuti.cuti sekolah nak bawak anak ke mana? nak duduk mana? hotel? chalet? motel?, makan? petrol? shopping? alahai...segala benda ni kena buat bajet siap-siap.

lepas tu pulak kena fikir nak beli buku sekolah anak,peralatan sekolah, yuran sekolah dan sebagainya.ni semua kena buat bajet...

aku? sekarang ni tengah membuat kira-kira nak pergi bercuti bulan depan ni.plan dari awal tahun lagi nak pergi ke Pangkor,Kelantan yang terbaru pulak semalam-pakwe ni cakap, masuk satu lagi tempat ke Melaka-ni dah kira balik kampung daa...(walaupun tiap bulan balik kampung-tapi tak berjalan pun.masak, makan ,borak ramai-ramai kat rumah je)

sebagai perancang kewangan (tak bertauliah) dalam rumah ni,akulah yang mengirakan bajet yang perlu untuk berjalan ni.

kemudian kira pulak untuk keperluan sekolah Sakinah. pakweku? hanya perlu memberi apa yang aku nyatakan dalam bajet nilah.awal-awal aku dah 'sound' pasal benda-benda macam ni.kadang tu ada jugak yang kene 'reject' hihiiii . kes ni bila mintak ter Over lah!

untuk diri sendiri? walaupun duduk di rumah, aku juga mempunyai citarasa dan nafsu untuk beli itu dan ini.jadinya, aku sendiri pun ada bajet bulanan sendiri. kita ni bila dapat pegang duit,macam-macam kita PANDAI nak buat kan...simpanan? itu yang pertama harus dikeluarkan dulu dan selepasnya barulah untuk yang lain-lain.

tetapi apa yang kita perlu ingatkan juga adalah, cari duit adalah hanya sebahagian daripada mengumpul kekayaan. apa yang ramai juga terlepas pandang adalah untuk simpan duit yang sedia ada dan kembangkannya!

sekiranya kita pandai cari duit macam mana pun, tetapi, pengurusan kewangan kita mengalami kebocoran, maka, tak guna pun cari duit untuk kaya… duit tetap akan mengalir keluar.

buat bajet macam mana punya cantik pun,tetap akan gagal kalau sumber tak digunakan secara betul dan satu lagi kena D.I.S.P.L.I.N...kalau tak,hancus semuanya... selamat membuat bajet!


ALAHAI...

Friday, October 15, 2010

DUIT? PENTING...

lanjutan daripada celoteh kita semalam mengenai DUIT, berikut ini aku ambil sedikit apa yang dikatakan oleh Irfan Khairi dalam FBnya. dia ni dah jadi jutawan dalam usia yang muda.aku suka baca dan ikuti tips-tipsnya.harap-harap boleh jadi jutawan jugak macam dia...hihiiii...


Berikut adalah antara tipsnya :

Try to eat in, kurangkan makan di luar.
selalunya kalau makan kat luar 3x ganda harga kosnya. Contoh, nak buat burger di rumah, kos hanya RM1.00. kalau beli kat gerai RM3.00. kalau pergi kerja bawa bekal, pergi keluar makan dulu siap2 di rumah, pergi mana saja, kalau makan luar cuba fikir kosnya adalah 1/3 dari harga. Amalkan tabiat berjimat- sikit2, lama2 jadi bukit.
(kalau bab ni, aku rasa ramai rakan blogger yang dah jadi kaya-sebab rajin mencuba resepi-resepi dalam internet ni...)

PERTAMA; harta kekayaan boleh melalaikan, menggelapkan hati dan jadikan seseorang itu sombong & riak.

KEDUA; harta kekayaan boleh membantu mereka yang susah, membangunkan agama & negara, serta menjadikan kita lebih bersyukur dgn segala kurniaan-Nya. “HARTA” tidak salah. Tetapi, ianya adalah PILIHAN & KEPUTUSAN manusia untuk tidak memilih yang PERTAMA dan memilih yg KEDUA!

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu pasti doa diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan / memutuskan hubungan keluarga. Jadi amalkan surah al-Waqiah. Riwayat Ibn Mardawaih: “Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan aj…arkanlah ia kepada anak-anak kamu.”

sebelum melaburkan atau menyimpan wang di mana-mana, pastikan kita tiada hutang seperti kad kredit. ini kerana, tiada gunanya melabur dan memperolehi katakan 10% dan pada waktu yang sama kita terpaksa membayar interest kad kredit 18%. budak-budak pun tahu kita sedang kerugian 8%. tak masuk akan bukan?

Wang bukan segala-galanya. Tetapi, Kurangnya wang akan mengakibatkan stress yang tinggi. Kurangnya wang adalah antara sebab tertinggi berlaku perselisihan faham suami isteri. Kurangnya wang menyukarkan mendapat perubatan & pendidikan terbaik untuk keluarga. Walaupun wang bukan segala-galanya, tetapi wang …adalah amat-amat penting dalam hidup!

jadi, sebagai 'khalifah' di muka bumi ini, kitalah yang mencorakkan wang kita untuk diletakkan di mana dan untuk siapa. kalau tak ada wang pun susah, ada wang pun susah.pendek kata...pandai-pandailah...

aku?taklah jadi jutawan lagi tapi cukup bahagia dengan apa yang ada sekarang.al hamdulillah.

Thursday, October 14, 2010

ADA ORANG NAK KASI AKU RM10K???

dalam suasana yang tak berapa ceria ni sebab masih dalam serangan B-D-S,tengahari tadi aku dapat TAWARAN ISTIMEWA- ADA ORANG NAK KASI AKU 10 RIBU!!! fuh, dasyat bunyinya.macam mana?

"tahniah, sim card anda telah menangi hadia d Shell Sdn Bhd.Wang RM 10,000.Sila hubungi di talian 014 866 2838. terima kasih" hahaha...memang sah-sah kelentong.aku tak pernah la nak isi minyak kat Shell ni.depan rumah aku ni tersergam Petronas.lagi pun aku memang penyokong Petronas! (tidak kang, tak naik bonus aku!!! hihi ...)

tengok ejaan pun dah tak betul, dah tentu niatnya pun tak betul.aku rasa,penipuan macam ni dah banyak kali berlaku.rasanya mungkin kalian pun pernah dapat sms macam ni agaknya.

bagi aku pulak, sms yang ini ialah yang kali ketiga aku dapat.pertama dulu sms dapat RM15K daripada Power Root. ni satu lagi yang pelik, aku bukanlah peminum keluaran Power Root- jadi macam mana pulak boleh dapat senang-senang duitnya kan? emm...tapi aku cuba telefon nombor yang diberikan tu.suaranya lelaki macam Indon-indon sikit.dia tanya aku sama ada aku ada akaun di Maybank atau tak.bukak akaun dulu baru boleh dapat duit.aku tanya lagi-mana officenya.dia kata sebelah KLCC! sah, ni lagi satu penipuan yang terang lagi nyata! manalah ada office Power Root kat situ.pakweku hari-hari pergi office dia kat KLCC!

sms kedua, sebab aku menang minuman Coke daripada TV3 yang bernilai RM20K.diorang ni ofer ribu-ribu je...ni pun tak de kena mengena dengan aku.aku pun bukan peminum coke yang tegar!sekadar minum kat KFC atau McD.

pendek kata,tawaran yang dibuat oleh sindiket ini dalam jumlah yang banyak.sekali baca-fuh kalau betul memang orang kata 'duit terpijaklah' tapi sebenarnya adalah untuk menggaburi kita dan sekaligus nak mengenakan kita!

tak semudah itu, orang nak berikan kita dengan jumlah yang besar itu dalam keadaan saja-saja.mestilah kalau kita dapat pun,kita sudah melakukan satu kerja atau usaha ke arah itu.moralnya: TAK BOLEH PAKAI SEMUA INI. USAHA=BARU DAPAT HASIL!!!


ALAHAI...

Wednesday, October 13, 2010

SERANGAN B-D-S

petang semalam, Sakinah balik sekolah dah mula batuk-batuk.kata dia kat sekolah tadi muntah-muntah.alahai...anak aku ni, kalau kena serangan batuk, alamat mudahlah muntah-muntah jadinya.bila batuk aje, segala nenek moyang dalam perut akan keluar.tulah 'resmi' dia kalau kena serangan batuk ni.

bila dia dapat batuk ni, memang tak tahan aku menengoknya.tapi depan dia aku tunjukkan muka aku yang selamba ni.yelah kalau kita depan dia tunjuk lemah kat dia, dia pun lagi lemah.minggu ni sibuk ulangkaji peperiksaan untuk minggu depan dan dalam masa yang sama sibuk juga dengan latihan Swatari setiap malam untuk hari konvokesyennya pada hari Sabtu ni.

Ya Allah, sihatkanlah anak-anak aku.kesian memang kesian aku tengokkan Sakinah.aku rasalah,kalau kita ni jadi macam dia-pagi petang pergi sekolah.balik sekolah pukul 8malam dah pergi latihan menari sampai pukul 11 malam-aku rasa dah pitam dah! tapi aku selalu sematkan dekat dia; " sakinah mesti kuat semangat, kalau kita cakap kat diri kita macam tu hari-hari,Insya Allah kita mampu lawan semua masalah."... itu adalah kata-kata motivasi untuk 'membakar' dia supaya tak kalah dengan masalah.

ni ha pulak, aku periksa suhu badan dia-alamak dah naik sikit.terus aku kejutkan dia untuk bangun makan ubat sekejap.nampaknya aku kena monitor suhu badan dia supaya demam tak tinggi sangat.( mama tahu Sakinah anak mama yang kuat!)

Hakimi, pulak hinggus meleleh-tak semena-mena jadinya.nilah kan, kalau penyakit nak datang...dah aku kasi dia ubat selesema.bila periksa suhu pun ada sikit demam.dah dua-dua anak aku tak sihat hari ni.

aku dan pakweku?- serangan batuk dan selesama.tadi lepas hantar Sakinah,aku ke klinik -ambil ubat untuk aku dan pakweku pulak.nampaknya dengan mak bapak sekali kena makan ubat akibat serangan B-D-S!

moga Allah ampunkan kami sekeluarga dan kembalikan kesihatan kami sekeluarga seperti sediakala.amin YA ROBBAL A'LAMIN...


ALAHAI...

Tuesday, October 12, 2010

PENGAT PISANG WARISAN NENEK



minum petang apa agaknya petang ni? petang ni TERrajin sikit nak buat minum petang.hahaha...ni untuk aku dan Hakimi aje sebab pakweku dan Sakinah nanti bila balik pastinya 'kejar; nasi dulu.jadinya aku berdua aje yang minum petang.

hari ni nak share minum petang sebab baru lepas buat pengat pisang! mulanya tadi buat untuk 2 biji je, bila makan rasa sedap pulak,buat lagi sekali.sampaikan Hakimi pun makan beriya! (berbaloi mama masak sampai dulu kali Mi oii...)bahan yang sangat simple dengan cepat pulak tu. ok tengok bahan ni:

BAHAN-BAHAN:

pisang nangka yang sudah tua (tak nak yang lembik sangat: yang sedang-sedang aje...
macam lagu dangdut tu)
santan
gula merah
sedikit gula melaka
secubit garam
daun pandan
sagu biji (rendam sampai kembang dahulu)


1. masakkan santan, gula merah dan gula melaka.

2. masukkkan daun pandan,garam,kacau hingga mendidih.

3. kemudian masukkan pisang.kacau dan kemudian bolehlah dimasukkan
sagu biji. siap dah untuk dihidang!

TIPS

* kalau suka manis lebih,gula melaka tadi bolehlah ditukarkan kepada
gula pasir. tetapi buah pisang itu sendiri dah cukup manis, rasanya tak perlu
nak manis lagi.kurangkan manis dalam masakan,tambahkan manis dalam senyuman!




ALAHAI...

Monday, October 11, 2010

ANTARA KAMPUNG DAN BANDAR

salam untuk semua.ke mana semalam? aku? semalam, mertua dan ipar duaiku datang ke rumah.masih kedapatan rumah terbuka meskipun Syawal sudah bertukar kepada Zulkaedah.membawa mereka ke 3 rumah terbuka-di Kota Damansara,Hulu langat dan di Serdang.

hanya hujung minggu sahajalah warga di bandar ni mempunyai masa terluang sedikit untuk melayan mahupun menjalin kemesraan sesama saudara mara.hari yang lain masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.

di bandar ni,tak bolehlah kita nak sesuka hati buat 'terjahan' ke rumah orang.bukan apa,takut-takut mereka dalam keadaan yang tidak mengizinkan untuk kita datang bertandang. panat dari tempat kerja, melayan 'jem' di jalan raya dan kemudian lewat sampai di rumah adalah senario yang tidak memungkinkan mereka dalam keadaan yang 'agak senang' untuk menerima tetamu!

lainlah kalau tinggal di kampung agaknya.suasana yang berbeza membuatkan kita boleh 'terjah' sahaja bila-bila masa ke rumah jiran tetanggga mahupun saudara mara.malahan masih mampu untuk bersembang hingga ke larut malam! itulah bezanya di kampung dan di bandar.

tak perlu nak hidangan melempah ruah-cukup sekadar air teh atau sirap dan kemudian sedikit kuih raya atau yang paling orang kata 'comman' tu ialah -goreng mee! dah pun cukup...hihiii...siapa sahaja nak datang,boleh datang.

di bandar, semuanya perlu secara 'formal' iaitu mendapat undangan terlebih dahulu daripada tuan rumah, ditentukan hari dan masa yang dibolehkan datang. maka pada hari tersebut semua dijemput hadir-daripada jiran tetangga,rakan sekerja dan juga saudara mara. makanan? fuh penuh sepanjang meja yang ada.makan sampai perut kata 'stop' . memang nampak meriah tetapi kemesraan di antara tuan rumah dan tetamu agak 'kureng' sikit.kenapa? sebab tuan rumah sibuk melayan tetamunya dari satu meja ke satu meja yang lain." jemput makan ye..." "minta maaf tak dapat nak sembang-sembang..." adalah ayat klise yang akan diutarakan oleh tuan rumah.betul tak?

itulah sedikit perbezaan yang berlaku antara di bandar dan di kampung walaupun tujuannya adalah sama TETAPI cara yang berbeza.tuntutan kerja dan masa menyebabkan perubahan budaya berlaku namun tetap dengan satu niat untuk meraikan sauadara mara,jiran tetangga dan rakan taulan.


ALAHAI...

Saturday, October 9, 2010

IKAN PATIN ASAM PEDAS


tengahari tadi aku masak ikan patin asam pedas (kalau bahasa aku asam podeh!) biasa orang masak tempoyak kan...tapi kali ni cuba resepi ni pulak.memang tak menyesal! sehingga menjilat jari! (puji sendiri lah!)

terima kasih kat kawan aku -Noorma yang lakinya kasi free ikan ni kat aku.asalnya memang nak beli, dia pulak yang nak kasi je. murah rezeki ye. kalau sesiapa yang berminat-memang lakinya buat bela ikan-ikan air tawar ni...pendek kata taukeh ikan la.

ok jom kita lihat resepinya.macam yang selalu resepi asam podeh aku tu juga-cuma ikannya sahaja yang berbeza.


BAHAN-BAHAN:

ikan patin yang siap dibersihkan.cili kering-dikisar
bawang merah,bawang putih,halia,kunyit hidup dan belacan-dikisar
air secukupnya
daun kesum
bunga kantan
air asam jawa
tomato
garam secukupnya
minyak untuk menumis
(kalau suka terung atau bendi juga boleh dimasukkan-pastikan kuah dah
menggelegak, baru dimasukkan)

1. panaskan minyak dan tumis bahan kisar iaitu bawang dan
kawan-kawannya tadi

2. bila dah garing, masukkan cili kering yang juga telah dikisar.
biar sampai cili garing dan berminyak

3. apabila dah garing, masukkan air secukupnya,ikan,daun kesum dan
bunga kantan.biarkan kuah pecah minyak.

4. masukkan air asam jawa,tomato dan garam. biarkan seketika,
bolehlah diangkat untuk dihidang!


INFO:
Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.

negeri Pahang yang telah dikenalpasti sebagai kawasan yang mempunyai sungai yang berupaya mewujudkan ikan patin terbaik dan sedap dimakan. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai tempoyak
tetapi tak salah kalau mencuba dengan pelbagai yang ada.barulah macam konsep 1 MALAYSIA!!!


ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala