pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Monday, April 30, 2012

KEBEBASAN BERSUARA ITU HAK KITA TAPI...

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

tadi CITH  keluar membayar bil-bil rumah.Ya Allah...kat luar sana panas berdenting rupanya! yelah,kalau duduk dalam rumah memang tak terasa apa.apa taknya kipas berpusing mengalahkan kipas kapal terbang kan!

nampaknya bukan setakat cuaca di luar sahaja yang panas,tetapi cuaca politik negara juga tak kurang panasnya.sementelah lagi cerita mengenai Perhimpunan Bersih Sabtu lepas masih menjadi bahan utama di media massa.sampaikan siapa yang berbaju KUNING juga turut diusik.senang kata,warna kuning ini memberi pelbagai tanggapan.

CITH memang suka KUNING.suka baju color kuning,suka makan durian kuning,suka emas color kuning...hihi...apa lagi yang kuning?kalau dulu zaman sekolah selalu berangan nak kawin dengan putera raja...hahaha...pengaruh Cinderela kan...tapi memang warna kuning ini menyerlahkan pemakainya dan sekaligus meningkat self confident tu.(bukan lah color lain tu tak ada self confident ye!)

tapi bukan itu isu yang CITH nak ulas di sini.pokok isunya ialah hak rakyat menurut Perlembagaan Malaysia.

menurut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat jelata Malaysia untuk bercakap dan bersuara, berhimpun secara aman dan tanpa senjata, serta membentuk persatuan..
kalau diperhatikan daripada pernyataan ini memang nampak kita boleh saja buat apa yang kita suka.sebab? KITA ADA HAK UNTUK BEBAS -bersuara,berhimpun,berpersatuan dan sebagainya.Tetapi semua itu harus lah ada limitnya untuk kita meletakkan satu tanda keselamatan agar keamanan tidak dicabuli.rujuk SINI http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Hak_Asasi_Manusia_Malaysia

tapi keadaan jadi di sebaliknya ,apabila hak bersuara tidak dihormati.awal-awal lagi telah disekat,telah dihalang,tidak mahu didengari sebaliknya ugutan,ancaman,provokasi dibuat yang akhirnya menimbulkan lagi kemarahan di pihak yang ingin bersuara.sekali fikir,inilah kesan jika hak rakyat untuk bersuara dinafikan.maka nak tak nak,kita dihidangkan dengan gambar dan cerita yang berwarna-warni.mana silapnya semua ini ?apakah kita tidak diajar untuk "diam ,bila orang lain bersuara?" atau kita ini sudah terlebih ajar...bagaimana....
ALAHAI...



Sunday, April 29, 2012

KAKAK MENARI SEMUA BERKORBAN

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

bila tiba hujung minggu pastinya kita mengharapkan untuk bermalas-malasan di rumah kan.masa ni lah ingatnya boleh sambung tidur,lepak di depan kaca tv dan sebagainya.tapi untuk minggu ini nampaknya itu semua tidak berlaku....hujung minggu kali penuh dengan aktiviti Sakinah.

semalam,CITH tetap menghantar dia ke sekolah seperti biasa.tapi CITH pun turut sama ke sekolah untuk mengikuti rombongan tariannya ke SK Kementah untuk satu majlis di sana.satu 'PENYAKIT' Sakinah ni,bila tiap kali ada persembahan dia nak CITH turut ada bersama.jadinya terpaksalah mamanya dengan si adik menjadi pengekor setia dia.(sambil tu dapat jugaklah CITH merakamkan video ini)

tapi maklumlah kan,bila kita ada budak kecik yang belum berapa nak berakal ni,macam-macam karenah kita harus bersedia.sekejap nak pergi toilet,sekejap nak air,sekejap nak makan walaupun kat rumah dah siap makan,kejap nampak orang makan 'jajan' dia pun nak sama...emmm....pendek kata kena SABAR!!! huhu...

hari ni pulak seharian di ASWARA kerana ada bengkel tarian asli dan kontemporari yang diadakan di sana.dari jam 9-6 petang.jadinya memang minggu ini kami berkorban dek kerana kakak menari!

jadinya ini sahaja yang CITH sempat rakamkan.ada yang kurang harap boleh diperbaiki.

ALAHAI...

Friday, April 27, 2012

PETRONAS BAGI FREE SARAPAN

 Assalammualaikum semua pengunjung CITH...dan salam pagi Jumaat.


selalu kalau orang nak buat kenduri,pilih hari Jumaat kan,nak bersedekah pun hari Jumaat.bukan tak boleh buat pada 6 hari yang lain tu tapi kita nak rebut keberkatan hari Jumaat yang merupakan penghulu kepada segala hari.

macam pagi nilah,CITH dapat sarapan free!.selepas menghantar Sakinah ke sekolah,CITH ke mesin ATM di Petronas yang berdekatan.orang kata dah rezeki kan,bukan saja tujuan asal yang terlaksana,dapat pulak tu sarapan lagi! ni lah orang kata musuh jangan dicari,rezeki jangan ditolak...hihi...

jadinya,sempatlah CITH dan bodyguard kecik ni menjamah sarapan yang disediakan.antaranya ada disediakan teh tarik,nasi lemak,bihun goreng,karipap dan talam ubi.al hamdulillah.rezeki pagi Jumaat.

ni lah agaknya balasan syarikat Petronas kepada pelanggan setianya...dapat banyak, tak salah buat selalu makan-makan macam ni kan.CITH memang pengguna minyak Petronas dulu,kini dan selamanya...(tak boleh tukar brand lain nanti tak naik bonus...ooops)

ALAHAI



Thursday, April 26, 2012

ARTIS LEBIH SENANG DAPAT GELARAN DAN PINGAT

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

bukan jeles dengan apa yang orang dapat dan apa yang CITH tak dapat.kalau gelaran DATUK atau sebagainya itu memang CITH tak pernah bermimpi nak dapat sebab CITH tahu siapa diri ini.cukuplah gelaran TOK SU yang dah CITH rangkul sejak 4 tahun lepas! huhu...

tapi inilah realiti negara kita,artis lebih diberi perhatian,artis lebih diberi muka,artis lebih segala-galanya bahkan sampai diangkat dengan lebih tinggi dengan pemberian gelaran dan pingat.hadohhhhhhhhh.bab nilah CITH memang rasa tak puas hati.tapi siapalah diri ini.sekadar di sinilah tempat CITH untuk meluahkan rasa ketidakpuasan itu.sedih...sedih...

mungkin ada kalangan rakan pembaca blog dah baca berita mengenai artis Hattan yang selepas ini akan dipanggil DATUK HATTAN setelah menerima gelaran dan pingat daripada Tunku Mahkota Pahang.


TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang, (DIMP) dan gelaran Datuk kepada penyanyi Hattan atau nama sebenarnya Mohd Sukri Shahabudin di Balairung Seri Istana Abdu Bakar, Pekan, hari ini. - Foto Halim Mat Ali

persoalannya di sini ialah;
 1.kenapa kerajaan negeri Pahang ni selalu @ mudah sangat beri gelaran kepada golongan artis? 
   sedangkan di negeri kelahiran artis ini sendiri pun,dia tidak dipandang.
 2.apakah kriteria pemberian gelaran ini?
 3.apakah ada siasatan terhadap personal individu itu dibuat terlebih dahulu sebelum mereka diberi   
   gelaran? atau main tangkap muat atau tangkap suka maka senang-senang saja nak kasi...
 4.apakah aspek "melobi" atau "mengampu" itu senjata untuk mendapat gelaran ini?
 5.kalau ada duit banyak,boleh beli tak gelaran ini walaupun diri tak ada sumbangan apa pun?

itulah antara yang menjadi persoalan yang berlegar di kepala otak CITH.ada sesiapa yang boleh memahamkan CITH tentang isu ini supaya CITH boleh berkata; " o ye...memang patutlah orang tu dapat gelaran...rupanya dia...."

janganlah kita meletakkan begitu tinggi kedudukan artis ini berbanding mereka yang lebih berkelayakan di luar sana.ada RAMAI lagi di luar sana yang wajar diberi gelaran tapi SAYANG MEREKA BUKAN ARTIS.yelah sultan kan suka artis, takkan nak pandang golongan seperti tokoh agama,tokoh akademik,tokoh masyarakat...,kan.

bukan nak kata golongan seperti yang CITH sebut tadi tak diberi penghargaan, ADA tetapi lebih menonjol dan nampak macam klise ialah golongan artis.lebih heran bin ajaib bila artis yang dapat tu,entah sapa-sapa...tak tahu apa jasa dan khidmat masyarakat yang diberi, dah dapat gelaran DATUK.berlakon suam-suam kuku,dapat Datuk.berkawan dengan VVIP dah dapat gelaran dan macam-macam.walhal bila disemak kembali siapa artis itu...ada yang pelbagai warna kisahnya.ada yang terlibat dalam kes mahkamah,ada yang tak ingat keluarga,ada yang buat-buat senang tapi tak senang...macam-macam kisah! ingat kata Datuk Jamali Syadat-katanya; dia bukanlah DATUK kaya.(insaf kan...)

mungkin apabila CITH menulis tentang ini orang akan menempelak; "alah,ko tak dapat.ko cakap macam-macam.cuba ko yang orang yang diberi gelaran.tentu senyap kan!" CITH berani menulis begini sebab CITH kenal diri.tak ada apa faktor yang membolehkan CITH nak diberi gelaran sebegitu rupa.cukuplah gelaran yang semulajadi yang CITH dapat sekarang.tapi kalau nak kasi 916 ke..tu CITH tak tolak..hihihi...persoalannya kenapa golongan artis ni senang-senang dapat gelaran dan pingat.ITULAH YANG CITH HERAN SANGAT...SANGAT!!!!

ALAHAI...






Wednesday, April 25, 2012

RASA SARAPAN DI SEKOLAH HARI INI

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

pernah bersarapan bersama anak di sekolah? pernah cuba masakan di kantin?pernah tengok menu apa yang dijual di kantin? maklumlah CITH ni memang hari-hari ke sekolah.walaupun dah tamat sekolah lama dulu tapi masih lagi ke sekolah walaupun tidak sebagai guru.bak kata arwah P Ramlee: irama dan lagu masakan dapat dipisah....begitulah CITH dengan sekolah.

jadinya,dalam seminggu itu memang ada satu hari yang CITH dan anak-anak akan bersarapan di sekolah.saja nak tengok apa yang dijual oleh pihak kantin dan apa yang dimakan oleh anak kita.selebihnya melihat gelagak budak-budak...hihi...

hari ni menu sarapan sekolah agama Sakinah ialah nasi lemak,nasi goreng,kuih keria dan karipap.CITH membeli 2 pinggan nasi lemak yang setiap satu dijual RM 1.00.ramuannya cukuplah.ada sambal,sedikit telur rebus dan ikan bilis goreng.kemudian CITH beli pulak kuih keria iaitu 3-RM 1.00 dan air teh-50 sen (dibubuh ais kerana panas sangat!).kuih masih lagi seperti harga biasa.kira munasabah lah tu kan!

harga hari ini sesungguhnya memang tidak sama dengan harga di zaman kita sekolah dulu.betapa dulu dengan 50 sen sahaja ke sekolah mampu untuk mendapat nasi lemak dan air.kadang tu ada baki lagi ! hari ini 50 sen itu hanyalah segelas air teh...

zaman berubah,nilai wang juga berubah tapi selera kita rasanya tetap sama.tetap mencari nasi lemak,kuih sebagai santapan di pagi hari...

ALAHAI...

Tuesday, April 24, 2012

NIKMAT BUKAN UNTUK MAKAN SEORANG

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

dah 3 hari tak menjengah di sini ada kelainan pulak CITH rasa pada setting blog hari ni.tak tahu lah kot CITH punya saja yang lain atau kalian juga ada rasa kelainannya...sama jugalah dengan FB,dulu lain settingnya,selepas tu bertukar lagi dan sekarang pun bertukar lagi.maknanya semua yang ada ini memang tidak kekal! mana yang Allah punya,DIA akan ambil balik,dan kepandaian manusia juga bertukar mengikut SETTING daripadaNYA. Allah hu Akbar!

begitu juga nikmat yang kita perolehi dalam hidup kita kan...macam sekarang ni rasanya ramai di kalangan para rakan blogger yang tersenyum lebar pabila melihat payslip gaji masing-masing.Kak Nieda-  ada untung tak? hihi...itu senario orang dapat payslip lah kan...kalau orang yang macam CITH ni? emmm...kita pakat share payslip orang lain lah ye.boleh kan...

bila orang cerita pasal naik itulah,naik inilah,claim itulah,claim inilah dan entah macam-macam yang di'revise' dalam struktur penggajian,CITH hanya bersedia dengan satu kemungkinan bahawa akan adanya NAIK SEMUA HARGA selepas ini atau pun tak lain signal nak PRU dah semakin hampir!!!

apa pun rezeki yang datang itu pastinya bukan milik mutlak kita.ada bahagian orang lain di dalamnya untuk sama merasai kemudahan itu.Alhamdulillah,CITH antara mereka yang menerima kemudahan itu.terima kasih Allah memberi peluang CITH berkongsi dengan apa yang pakwe CITH dapat.al hamdulillah...nikmat ini bukan untuk makan seorang,awal-awal lagi sebagai MENTERI KEWANGAN...hihi..., CITH sudah bersedia dengan senarai menunggu untuk pengagihan kepada pihak  yang wajib menerimanya.al hamdulillah dah selesai tanggungjawab berzakat hari ni.lega rasanya apabila hak orang kita dah selasaikan.lepas ni mahu dilunaskan pemberian saguhati kepada mereka yang lain pulak.(CITH pun dapat jugak sharenya...terima kasih Allah.terima kasih bos!)

kalau diikutkan kata hati,memang rasanya nikmat itu nak makan seorang diri.buat apa nak share dengan orang lain kan...itulah bisikan yang dibisikan oleh musuh manusia-syaitan laknatullah.tapi kata akal-JANGAN KUFUR! nanti Allah tarik balik apa yang diberi.masya Allah,sesungguhnya rezeki dan nikmatNYA ini memang bukan untuk diri sendiri.

Ya Allah,jadikan hambaMU ini hamba yang bersyukur, jauhkan kami daripada bersifat kufur....amin...

ALAHAI...

Friday, April 20, 2012

DUDUK RUMAH BOLEH MEMANCING

Assalammualaikum semua pengunjung CITH dan salam Jumaat.

kalau dah kata anak lelaki,sikit sebanyak tetap mewarisi minat babanya juga.ni lah yang melekat pada anak bujang kecik CITH-Hakimi.kiranya dah tahap boring lah ni dek sebab lama sangat tunggu baba nak balik.biasanya kalau baba balik pasti kami satu famili akan pergi memancing.

kalau CITH,emmm...memang tak bawaklah nak pergi memancing tu.tapi CITH belikan set memancing yang boleh memancing kat rumah! tak perlu nak pergi mancing kat luar.jadinya....inilah hobi baru Hakimi kat dalam rumah sambil babanya jadi 'mentor' menerusi skype.

ALAHAI...

Thursday, April 19, 2012

NAK MENANG HADIAH SOLIVITE DAN TROPICANA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

CITH baru balik dari pejabat pos untuk mengepos dua peraduan sekaligus! hihi...satu untuk anak,satu untuk mama.entah lah kali ni bersemangat untuk mengisi borang pulak.

mulanya Sakinah yang sibuk mengumpul pembalut minuman Solivite.katanya sekolah dia terlibat dalam peraduan kumpul dan menang ni.

jadinya,sejak tu kat rumah ni memang kenalah beli Solivite.waima tak minum lagi pun tapi pembalutnya awal-awal lagi dah kena "disunting".bukan setakat tu sahaja,dek kerana nak mengumpul ni,habis kawan-kawan di sekolah turut sama membantu memberi pembalut ini kepada Sakinah.katanya,kawan di sekolah tak nak kumpul.jadinya dialah yang mengumpulnya.

bila melihatkan semangat dia nak mengumpul tu ada,CITH pun membantulah dia untuk mengguntingkan pembalut tersebut dan seterusnya mengisi borang peraduannya.

mamanya pulak nak menang juga.hihi...ni peraduan pembalut jus minuman Tropicana.tak tahulah apa hadiah yang bakal dapat.kalau dilihat daripada senarai hadiah...emm...boleh tahan.tak apalah-bak kata orang:tuah ayam nampak di kaki...tuah manusia mana tahu kan...huhu...

jadinya,pendek kata kami sama-sama nak menang.tunggu dan lihat sajalah...

ALAHAI...

Wednesday, April 18, 2012

MUSIM ORANG TONJOLKAN DIRI


Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

Malaysia bukanlah negara bermusim seperti kebanyakkan negara lain di dunia yang ada 4 musim dalam setahun! TETAPI ada satu musim yang melanda negara ini.ianya hanya dalam 4@5 tahun sekali-iaitu MUSIM MENONJOL(foto oleh: google.com)

kebelakangan ini perasan tak perasan memang ramai yang cuba menonjolkan diri masing-masing.kalau di status FB,masing-masing begitu berapi-berapi menulis mengenai perkembangan mereka dan orang lain.manakala di akhbar pula,setiap daripada orang ini cuba mencari ruang untuk mengetengahkan nama mereka yang sebelum ini hanya suam-suam kuku.di tv pulak,tiba-tiba ada muka-muka menyelit yang kalau dulu tak rajin keluar muka,kini tiap hari ada saja muka dan ceritanya yang diberikan perhatian.semuanya sebagai satu "signal".kalau tsunami pun ada signal amarannya maka musim menonjol ni pun ada juga signalnya...huhu.

semua senario ini tidak lain dan tidak bukan kerana tiupan angin pilihanraya umum yang bakal diadakan pada tahun ni.maka dengan itu,masing-masing mencari platform untuk menonjolkan diri kepada pihak atasan untuk diberi ruang dan peluang dipilih menjadi calon PRU.aduh...kalau sebelum ini jarang nampak muka,jarang mengeluarkan kenyataan,alih-alih kebelakangan ini sangat lantang bersuara dan boleh dikatan saban hari muka mereka kedapatan di ruangan media massa.

inilah impaknya PRU.siapa yang tidak mahu jadi calon dan seterusnya menjadi ornag bergelar?emmm...kan menjadi orang bergelar ini merupakan satu jalan mudah untuk mendapatkan sesuatu?dalam erti kata lain AMAT MUDAH dalam segala-galanya.waima tak perlu beratur panjang di plaza tol.hanya dengan plat nombor sahaja sudah memberi isyarat untuk kereta lain berundur ke tepi.betapa sangat mudahnya ini kan!

jadi dek kerana limpahan keistimewaan yang KEBAL daripada segalanya,maka sebab itulah masing-masing akan menggunakan apa cara sekali pun untuk meraih peluang menjadi orang yang dipilih.

apa pun bagi CITH,kalau hanya sekadar menonjol untuk mendapat sesuatu maka itu bukanlah sifat yang tulin.sifat ini akan berlalu pergi bila orang dah rasa menyampah.maka pada masa itu baru tahu sebenarnya realiti...

ALAHAI...

Tuesday, April 17, 2012

USTAZ MOHD KHALIL (Kadi Kluang), Blog Peribadi: Ustazah Tudung Labuh Bakal Isteri Kedua

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

dalam CITH meronda-ronda di rumah blogger-blogger semalam,di sini CITH terhenti seketika dan membaca kesemua komen yang dibuat.rasanya ada sesuatu tersirat yang boleh difahami.maka CITH share di sini.(terima kasih kepada pemiliknya-Ustaz Khalil)

memang kita mudah sangat melempar pelbagai alasan dengan tujuan untuk menjayakan sesuatu matlamat tetapi tidak semua alasan itu boleh diguna pakai kalau tidak disertakan dengan iman dan takwa.wallahhualam.selamat membaca hingga tamat!

USTAZ MOHD KHALIL (Kadi Kluang), Blog Peribadi: Ustazah Tudung Labuh Bakal Isteri Kedua
ALAHAI...

Monday, April 16, 2012

SEDANG PANAS AL USTAZ YANG SATU INI

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

dah lama tahu,dah lama juga mencuri pandang mencari tapi baru tengahari tadi CITH berjodoh dan bertentang mata dengan AL USTAZ yang satu ni!

huh...ustaz bukan sebarang al ustaz ye..tapi ini dia! kang takut pulak ada yang suspicious ustaz mana kan.haru dibuatnya...

majalah AL USTAZ adalah satu terbitan terkini dan baru pada bulan ini yang dilancarkan oleh pihak penerbit-Telaga Biru.berharga rm 9.00 senaskah.kalau sebelum ini,majalah keluaran mereka yang terkenal ialah Solusi.

kali ini kelahiran Al Ustaz pula membawa satu persektif yang berlainan daripada segi penyampaian nya.kalau Solusi,CITH rasakan ia bahan bacaan yang agak 'serius' dan sedikit 'berat'.kadang tu,agak susah nak faham bagi anak-anak nak baca.

tapi untuk yang baru ini,CITH dah belek,dah baca pun separuh maka nampak di situ perbezaannya.kupasannya berdasarkan soalan-soalan yang ditanyakan oleh orang ramai dan kemudian dijawab oleh ustaz-ustaz yang sesuai dengan bidang kepakaran mereka.maka di sini,secara tak langsung persoalan yang mungkin berlegar dalam kotak minda kita pun,sedikit sebanyak terjawab di sini.

persoalan yang berkisar dalam semua hal kehidupan kita sebagai muslim seperti tauhid,aqidah,fiqah,tajwid,muamalat dan sebagainya.setiap satu soalan itu dibahagikan mengikut bidang-bidang tersendiri dan sebagai pembaca,CITH rasa ia cukup jelas memberi pengetahuan.yelah kadang-kadang kita sendiri tak tahu bab apa yang bermasalah dalam kehidupan kitakan...jadinya,inilah alternatif untuk menambah ilmu.

ALAHAI...

Sunday, April 15, 2012

KAW BURGER AKHIRNYA TEWAS DI MULUTKU!

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

huh,akhirnya CITH berjaya mendapatkan apa yang dikatakan "kaw-kaw burger". hari tu kan CITH ada cerita pasal burger ni dalam entri yang terdahulu.time tu dua kali pergi mencuba nasib tapi tak berjaya.tapi bak kata orang; kalau dah berkenan,lautan api sanggup diredah kan! hahaha...so malam tadi sekali lagi CITH mencuba nasib dan akhirnya BERJAYA!!!

kali ni CITH pergi dengan Kak Cik CITH.kami sampai kat sini jam 11.20 malam.orang?memang ramai.tapi dek sebab nak jugak,maka kami sabar menunggu.CITH dapat nombor giliran 180.ini pusingan yang ketiga sejak pukul 7.45 malam tadi.bayang kan!!!.dah kata nak dapat susahkan, maka bila time order tu,CITH memang KAW-KAW mengoder.hambik ko...biar puas hati.

order kami malam tu- 1 burger tower rm 32.00-5 keping daging (patty beef)
2 double burger rm 15.00 (2 keping setiap satu)

setiap satu set diberikan 2 minuman dan 2 keping sosej.emm...memang tahap gaban lah kami masa ni...huhu...apa yang kaw? bagi CITH,beza burger ni dengan yang lain tu ialah dari rasa dagingnya yang dibuat sendiri ramuannya itu,ketebalan,berjusnya,tahap kenyang melampau dan yang paling penting dek kerana aura orang ramai yang tengah 'fanatik' dengan burger ni menyumbang kepada kesepaduan rasanya.

apa taknya,kat sini kita kena berbaris panjang,nak tunggu meja duduk pun kena berbaris jugak...itulah kot yang tambah "kaw" burger ni! tengoklah gambar CITH di bawah.maaflah kualiti gambar tak berapa baik.maklumlah CITH menggunakan handphone ditambah pulak keadaan gelap.maka pengcahayaannya sangat kurang.kepada kalian,boleh cuba kaw-kaw burger ni di SEKSYEN 2 WANGSA MAJU,KL.

ALAHAI...

Saturday, April 14, 2012

POS LAJU SELAMATKAN FRIDGE MAGNET

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...selamat berhujung minggu.

minggu ni nampaknya bukanlah hujung minggu yang boleh nak happy hour.apa taknya,hari ni sekolah ganti di sekolah kebangsaan Sakinah.ganti awal-awal untuk cuti hari raya Aidiladha nanti.esok pulak ada majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang exam upsr,pmr,spm 2011 bagi bagi kawasan parlimen CITH di sini.makanya,team tarian Sakinah telah diberi mandat untuk mempersembahkan tarian mereka pada majlis tersebut.

jadinya 2 hari di hujung minggu ni nampaknya penuh dengan aktiviti menguruskan Sakinah lah...TAPI,dalam pada itu,hujung minggu hari ini memberikan sesuatu yang berbunga di hati...pos laju berjaya menyampaikan fridge magnet yang dikirim oleh Kak Nieda (CEMPAKA BIRU) ke tangan CITH.ada 2 fm iaitu dari Surabaya dan Vietnam dan juga keychain dari Alor Setar.memang ketiga-tiga tempat ni,belumlah CITH sampai kak!

lama dulu (kalau tak salah,Bandung ke kak?)Kak Nieda pernah mengirimkan fm untuk CITH tapi sayangnya tunggu punya tunggu...huhu...tak sampai ke tangan.sebabnya; kirim dengan pos biasa saja.jeran jugak rasanya kan kalau yang dikirm tak sampai ke tangan!

tapi selepas kejadian itu,ada kawan CITH yang menghantar fm kepada CITH melalui pos laju.al hamdulillah sampai! dan CITH membalas kembali pun dengan pos laju juga dan sampai.jadinya,sejak itu kepada yang sudi nak mengirim fm,CITH cakap awal-awal gunakan khidmat pos laju.so far ni,al hamdulillah sampai.

buat Kak Nieda,lepas ni harap jangan serik nak kirim tau! kalau dengan pos laju ni kita ada bukti pengiriman.so apa-apa berlaku,kita ada buktinya.hihi...

kepada rakan blogger yang collect fm ni,jomlah kita main tukar-tukar! tak kisahlah dalam atau luar negara.ye lah,kadang tu dalam negara sendiri pun banyak juga yang belum ada kan...

ALAHAI...

Friday, April 13, 2012

BERSAING ANTARA ORIGINAL DAN TIRUAN

Assalammualaikum semua pengunjung CITH, salam Jumaat untuk semua.

setiap ciptaan Allah itu adalah sebaik-baik ciptaan dan tidak ada yang dapat melawan kekuasaannya.sesuai dengan namaNYA AL AZIZ iaitu Yang Berkuasa,maka DIA berkuasa untuk menjadikan apa yang hendak dijadikan.KUN FA YA KUN...

siapalah kita untuk melawan ciptaan yang telah dikurniakan kepada kita.CITH rasa,mungkin di kalangan kita semua dah sedia maklum macam-macam cerita mengenai episod perempuan nak jadi lelaki,lelaki nak jadi perempuan dan entah apa-apa lagi...semuanya seakan ingin mencabar ciptaanNYA yang telah cukup sempurna ini.

dunia hari ini,bukan kita terpaksa bersaing di kalangan jantina yang sama,jantina berbeza, bahkan kita terpaksa bersaing dengan jantina tiruan yang semakin menjadi-jadi di akhir zaman ini.nampak sangat,dunia ini sudah semakin hampir menuju ke garis penamat.semakin tenat keadaan dunia hari ini...Allah hu Akbar! entah apa-apa lagi lah yang akan berlaku selepas ini.

kalau dah banyak sangat "barang tiruan" di depan mata kita,maka apa jadi barang yang original?selalunya barang tiruan ni memang murah,semua boleh dapat tapi tak lama pakai....emmm...baru tahu ada kurang sana sini.dah kata tiruan kan! memang begitulah adatnya....

bandingkan pula yang original.memang harga mahal,tak semua dan tak mudah untuk dapat tetapi apa yang penting dia tetap ada nilai walaupun dah lama menggunakannya.emm...entahlah,kita semua kena berhati-hati kerana yang tiruan ini sangat sukar untuk dikenalpasti ketulenan.boleh dikatakan 99.9 adalah sama dengan yang ori.bak kata orang;hanya jauhari yang mengenal manikam! TETAPI, kita jangan lupa,Allah itu maha mengetahui...tak ke mana yang tiruan itu...mungkin peringkat awal,boleh ditutup ketidakoriginalan itu tetapi sampai bila kan...akhirnya akan tahu juga.

apa pun,siapa pun kita, sesungguhnya apa yang telah diciptakanNYA itu adalah sebaik-baik ciptaan.syukur,syukur dengan kejadianNYA.Allah hu Akbar! moga kebenaran antara yang original dan tiruan dapat dikenal pasti.biarlah kita bersaing dengan yang original...

ALAHAI...

Thursday, April 12, 2012

POS LAJU HANTAR FRIDGE MAGNET

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

pagi ni,berbunga-berbunga di hati apabila ada kawan sepengajian CITH mengirimkan pos laju kepada diri ini.apa dalamnya? ni dia....FRIDGE MAGNET!!! aduh,suka bangat sih! hihihi...terima kasih pada Siti Ezaleila!

sebelum ni,kawan CITH tu tak pernah pun nak respon pada status CITH mengenai FM ni.alih-alih hari ni,sampai pulak buah tangan daripada dia.rupanya,dia tahu minat CITH tu.pasal tu lah dia belikan FM ni tatkala dia ke Bandung bulan lepas.sukanya hati...

pagi tadi pulak,CITH dah 'pos lajukan' 3 FM untuk Kak Nieda(CEMPAKA BIRU).harap sampailah pada penerimanya kalau tak esok,lusa.bukan apa,dulu dah pernah Kak Nieda kirimkan FM kat CITH tapi tak sampai-sampai.masa tu kirim melalui pos tak laju.tapi apa yang CITH dah buat sekarang,dengan pos laju memang sampai.nampaknya memang kena guna pos laju lah untuk bab kirim-mengirim ni.

(NI SEBAHAGIAN 'STOK' UNTUK MENJADI TUKARAN...HIHI)
kepada rakan blogger atau pengunjung blog CITH ni,kalau ada yang minat sama macam CITH,bolehlah kita main tukar-tukar FM! Kak Cik CITH pun collector jugak.dia pun ada 'stok' untuk bertukar tangan.

yelah kalau dulu kita main tukar-tukar setem kan,sekarang kita main tukar-tukar fridge magnet pulak.mana lah tahu kot-kot 10-20 tahun akan datang koleksi kita ini akan menjadi benda yang antik dan bernilai! tuah ayam nampak di kaki,tuah kita tak tahu kan...emmm...

moralnya,kalau berjalan tu mesti kena beli lebih.satu untuk diri sendiri,yang selebihnya boleh main tukar-tukar.

ALAHAI...

Wednesday, April 11, 2012

DIA BERKUASA ATAS SEMUANYA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

sedikit perkongsiaan yang boleh membukakan akal dan menguatkan iman kita kepada pencipta,Allah Maha Berkuasa.

apa tidaknya,di saat kita di sini bercuti,berseronok sempena Pertabalan Agong yang baru,kita dikejutkan dengan gempa bumi berskala di 8.9 richter di Acheh.gegaran turut dirasai di negara jiran termasuk beberapa tempat di negara kita.Allahu Akbar!!!...

kita berdoa agar keadaan ini kalau boleh dikatakan musibah dek kerana kesilapan kita sebagai hambanya yang banyak dosa ini,maka kita perlu lakukan sesuatu.setiap yang berlaku itu ada sebabnya.pada DIA juga kita panjatkan doa agar kita semua diselamatkan daripada malapetaka yang tidak pernah kita inginkan ini.

(perkongsiaan video daripada You Tube)





ALAHAI...

Tuesday, April 10, 2012

ORATOR-PRACTISE MAKE PERFECT

Assalammualaikum pengunjung CITH

bukan senang nak jadi senang...dalam apa jua tindakan,latihan+latihan+latihan dan lagi dan lagi adalah satu yang perlu dibuat.begitu juga dengan aktiviti yang satu ini.seni pengucapan awam atau public speaking atau juga dikenali sebagai seni orator.

bukan semua orang mampu untuk bercakap di depan khalayak ramai.ada pula,seni oratornya sangat bagus hingga penonton/pendengar tidak berganjak dari tempat duduk,sebaliknya juga ada yang membuatkan pendengar cepat merasa bosan.semuanya kerana SKILL/kemahiran seni orator seseorang sama ada mampu mempengaruhi pendengar atau tidak.

buat pertama kalinya,Sakinah berpeluang untuk melibatkan diri dengan seni orator.dia dipilih untuk mengambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat sekolahnya pada hari Jumaat yang lepas.sesungguhnya,dalam hati ini rasa terharu kerana dia mengambil sedikit bakat yang ada pada mamanya ini.jadi,adalah tanggungjawab CITH untuk melatihnya seperti mana CITH dilatih oleh guru-guru CITH dulu.(teringat nostalgia lama...huhu...)

bukan senang nak senang.bila dah berlatih selalu barulah terasa senang dan mula nampak perkataan menari-nari di depan mata.jika tidak,pada peringkat awal memang terasa sukarnya untuk membuat pidato.tapi itulah,PRACTISE MAKE PERFECT...al hamdulillah,akhirnya dia berjaya menghafalnya dan menzahirkannya sebagai sebuah pidato!


al hamdulillah syukur kepadaNYA,Sakinah berjaya merangkul tempat ketiga daripada 22 orang penyertaan.ini merupakan satu langkah awal untuk dia menambah kayakinan dan keberanian untuk bercakap di depan khalayak ramai.yelah sebelum ini selalu saja rasa macam takut-takut untuk ke depan,maka inilah permulaan untuk berubah.PRACTISE MAKE PERFECT!

ALAHAI...

DIA MASUK WAD SEMENTARA


Assalammualaikum pengunjung CITH...

agak beberapa hari juga CITH terdiam daripada menulis di sini.apa taknya,bila "best friend" merangkap laptop diserang virus demam!emmm...baru ni ha keluar dari wad.sakit apa? ala,orang dah lama berkhidmat kan,
pastinya adalah sakit/sengal-sengal di mana-mana.mulanya webcamnya tak boleh berfungsi,maka CITH berskype dengan pakwe CITH hanya mendengar suara sahaja.ibarat dalam telefon gamaknya!

bila satu yang sakit,maka berjangkitlah kepada yang lain.tu biasalah kan...ni dah keluar ni,harapnya semoga sembuhlah hendaknya mana-mana yang tak sihat tu.maka banyaklah boleh CITH tulis di sini.

ALAHAI...

Thursday, April 5, 2012

BAJET !!! PROPOSAL HOLIDAY DAH LULUS

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

ada orang kalau bab nak ber'holiday' tu ibarat petik jari je ye.cakap saja,dah terus terbang.tak kiralah dalam atau luar negara.ada orang pula,dapat je 'durian runtuh' terus pergi holiday dan ada juga orang yang plan punya lama baru lah dapat pergi.emm...yang mana satu kita?

bagi CITH pulak,perancangan penting.semua kena rancang apatah lagi anak dah sekolah.kalau dulu boleh juga bercuti time orang bekerja.sekarang kalau nak bercuti@berjalan kena ambik time cuti sekolah.time cuti sekolah pulak,tahu-tahu ajelah semuanya naik.harga bilik hotel naik,harga barang naik,harga tiket naik...segalanya.

justeru,kalau perancangan awal dah dibuat KHUSUSNYA faktor kewangan,maka sedikit sebanyak tidaklah rasa terbeban untuk pergi bercuti.dalam minggu ni CITH 'busylah' kononnya untuk men'survey-survey' tempat menarik yang bakal nak pergi hujung tahun nanti.insya Allah.lokasi nak pergi ialah di China.maklumlah,bila kita ni kat rumah maka kerja-kerja survey itu CITH lah yang buat.bukan setakat nak survey tempat yang menarik,paling penting nak survey KOS perjalanan tu! hihi...

maka dalam survey-survey tu,ada 2 tempat yang CITH lihat ada keistimewaan masing-masing iaitu Beijing dan Guilin.bila sebut Beijing pastinya semua orang tahu ia sebagai ibu negara negara China dan pastinya Tembok Besar China yang senang nak ingat!. Guilin pula adalah satu daerah dalam China yang lebih kepada alam semulajadinya.emmm...bila ada dua,macam mana nak pilih?

kriteria pilihan: kos,cuaca,tarikh,apa yang menarik...akhirnya bila dibawa proposal ini kepada 'big bos' maka pilihan terletak kepada CITH lah.kata big bos;

"kalau lebih daripada bajet,awak pandai-pandailah bajet duit shopping awak"

sooo....kalau dah begitu green light yang diberi,CITH go to Beijing lah! mertua pun nak pergi ke sini juga.memanglah, pakwe CITH ada menetapkan sejumlah peruntukkan untuk bercuti pada hujung tahun ni,tapi bajet tu kuranglah lah pulak...maka selebihnya CITH kenalah bajet sikit dalam berbelanjakan! huhu...asalkan dapat ke Beijing!

Insya Allah sekiranya semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan olehNYA,maka CITH sekeluarga bersama mak dan abah mertua akan ke Beijing pada hujung bulan 11 nanti.daripada apa yang CITH survey di internet,cuaca ketika itu sedikit sejuk...emmm...harap-harap dapat merasa salji! mudah-mudahan.TQ ALLAH!

ALAHAI...

Wednesday, April 4, 2012

AKU KENA PRAKTIS DAN PRAKTIS LAGI

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

baru ni nak menulis di sini.pagi sibuk dengan anak,tengahari sibuk dengan projek color-color dan petang sibuk dengan projek men'google' tempat nak bercuti! huhu...

orang kata,kalau tangan seseorang tu 'sejuk' maknanya orang tu apa je yang yang ditanamnya,memang menjadi.lagi satu tangan "berseni". buat apa je,nampak cantik waima yang dibuat tu alahai...biasa-biasa dek mata kita.tapi kalau kita yang buat...emmmm sure jadi lain.

macam tu lah CITH ni.hari ni dah masuk dua kali tangan ni membuat projek color-color.apa tu? ni lah projek apam polkodot.orang dah banyak yang dapat PHD/MASTER, CITH ni baru nak ambik sijil membuatnya.hihi...orang dah ke bulan,kita ni baru nak terhengeh-hengeh nak masuk class.

percubaan pertama hari tu,emmm...naik jemu CITH nak siapkan.apa taknya,3 biji telur sekali guna.banyak lah pulak dapatnya.naik jenuh nak perabis buatnya.lepas tu pulak,asistant CITH ni memang nak buat je apa yang CITH buat.lagi lah tak boleh duduk dapur lama-lama.

keputusan: rupa ada (walaupun tak de dot-dotnya),tapi rasa tawar sikit dan agak keras.dah sejuk lagi keras.emmm...kira gagal lah tu kan!

kata sifu CITH-CENDANA KASIH try buat dengan sebiji telur pulak.so tak lah jemu sangat kan.so, hari ni CITH try buat dengan sebiji telur dan bubuh inti kaya di dalamnya.

keputusan: rasa manis ada,lembut testurnya TAPI rupa pulak tak gebu! huhu...masih gagal lagi.memang kena praktis lagi dan lagi sampai menepati piawai sifu CITH.tapi bangga jugak tu,sebab kali ni punya dah dapat skill lembut tu.kalau lama terdiam pun,dia masih lembut lagi.

memang nampak macam senangkan,tapi rumit juga nak membuat benda yang kecik ni.memang kena sabar banyak.tabik springlah CITH kat sifu CITH ni.belajar ni bukan nak potong busines dia...hihi..tapi untuk suka-suka kat anak-anak.

sekolah Sakinah selalu je buat makan-makan.rasanya kalau buat yang macam ni senang "laku".tu lah target CITH,harap boleh dapat "master" lah menjelang bulan 5 nanti.banyak kan hari istimewa bulan tu...bolehlah CITH bawakkan yang ini tapi mungkin namanya APAM CARAKU? haha...

ALAHAI...

Tuesday, April 3, 2012

DOMINO'S PIZZA DATANG MENJEMPUT

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

cerita pasal makan lagi ye.kali ni citer pasal pizza.hujung minggu lepas,adalah seorang staf perempuan Domino pizza ni datang mengetuk pintu rumah CITH.selepas dijelaskan tujuan kedatangannya barulah kami bercakap dan melihat apa yang dibawanya.kalau tidak bercakap di sebalik pintu sajalah.rupanya mereka sedang dalam rangka promosi pizza untuk diberikan kepada pelanggan dengan separuh harga.

tak salah CITH,tahun lepas pun ada juga promosi macam ni.masa tu,CITH dikenakan bayaran RM 30.diberikan satu pizza regular percuma dan voucher pizza yang boleh ditebus dengan harga yang berbeza daripada biasa.

tapi kali ini,bayaran sebanyak RM20 sahaja,masih dapat regular pizza dan voucher untuk pembelian.kalau tak nak tebus voucher ni pun tak apa,sebabnya dengan pizza regular tu -RM 23.80 bermakna modal kita yang RM 20 tadi tu dah kira berbaloi kan!

memang kenalah budak staf tu datang ke rumah CITH,kami ni 'pemakan' pizza.hihi...tapi selama ni bukanlah follower Domino's Pizza ni sangat.CITH lebih kepada Pizza Hut apatah lagi restorannya pun memang ada sepalaung je dari rumah.kalau Domino ni kenalah keluar dari kawasan rumah.

malam tadi,CITH dah pun "merasmikan" voucher pertama kami...cukup untuk bertiga makan.ingatnya lepas ni kalau ada 'ahli majlis' yang ramai,CITH nak call aje pizza ni ke rumah...emmmm...senang kan! hihi...
ALAHAI...

Monday, April 2, 2012

SUNGGUH 'KAW' AKU DENGAN BURGER KAW INI !

Assalammulaikum semua pengunjung CITH.

hari ni di tempat CITH hujan di subuh hari sampailah ketika ini.di jalan raya,nampaknya sesak.maklumlah bila hujan sahaja,mulalah jalan pun jem.apa taknya,jalan licin baiklah memandu berhati-hati.ofis tak lari mana pun,jangan kita yang berlari kan!

hari ni CITH nak citer pasal satu burger ni.hebaohlah di FB,kawan-kawan mengupdate status masing-masing dengan pergi makan di Kaw-kaw Burger Seksyen 2,Wangsa Maju.

melihatkan gambarnya,memanglah tergoda,berahi dan terliur!!!.makanya,CITH pun berhajatlah untuk mencubanya.so apa lagi,Sabtu malam tempohari CITH pun keluarlah untuk ke sini.dalam FB,dinyatakan bahawa gerai ini beroperasi dari pukul 5 petang hingga pukul 12++ tengah malam.

masa CITH pergi tu jam pukul 10 malam.baru masuk simpang nak ke gerai tu saja,dah nampak panjangnya deretan kereta yang dah bersidai di tepi jalan.mak aiii...memang 'kaw' ke penangan burger ni?

CITH toleh belakang,alamak...escort CITH dah tidur.tak dapat nak suruh snapkan gambar.nampaknya,misi hari ni gagal.gerai dah jumpa,dah lalu pun depan gerai tapi parking memang tak ada,tempat duduk nak makan pun tak ada,orang ramai panjang beratur...emmm...kesimpulannya,CITH pusing balik kereta dan terus balik rumah saja.

petang semalam,sebaik sahaja selesai solat Asar,CITH sekali lagi nak mencuba nasib.pergi lagi ke gerai burger ni.memang ada dah 2-3 kereta di tepi jalan.di kerusi pun memang dah ada orang yang menunggu.CITH pun tanyalah sorang budak perempuan yang dok sibuk menggunting kertas;

" dik,dah boleh oder ke?"
"tak boleh lagi kak.kena tunggu pukul 7."
"kenapa pulak?nak tunggu pukul 7 lagi 1 jam setengah lagi ni."
"memang kak,pukul 7 nanti baru ada orang yang kasi nombor.lepas tu order pertama pukul 7.45.akak kenalah beratur dulu."
"mak aii...nak tunggu untuk nombor dulu?tak boleh ke,ambik nombor sekrang lepas tu tunggu oder sahajalah"
"tak boleh kak,nombor tu bukan saya yang kasi.memang pukul 7 nanti baru ada orang kasi nombor tu datang.lepas tu baru boleh buat order"
"saya dah datang malam tadi,nampak orang ramai.anak saya masa tu dah tidur.ni saya datang awal sebab dalam FB kata dah start pukul 5,saya ada budak kecik lagi takkan tak boleh consider kasi saya satu nombor dulu lepas tu saya datang balik untuk ambil order?"
"memang tak boleh kak.akak kenalah tunggu beratur sini dulu."

emmm...malaslah CITH nak panjang lebar lagi bercakap dengan budak ni.kang banyak cakap,nada suara pun boleh BERTUKAR kan! huhu...apa yang dapat? dapatlah snap gambar ni.

sudahnya CITH pergi Wangsa Walk.bawak dua beradik ni bermain dan makan di A&W.habis cerita.tak banyak karenah.tak payah nak bersusah beratur panjang,nak tunggu lama,nak pikir nak duduk mana,nak pikir nak solat kat mana...

betul kata kawan CITH-Cendana Kasih,makan kat Burger King lagi senanglah!KESIMPULANNYA: misi gagal dan rasanya MALAS DAH nak melayan burger yang dikatakan KAW ini.apa yang pasti nak dapatkannya memang pun dah "KAW" rasanya!!!

ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala