pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Wednesday, September 29, 2010

MAIN KUTU:-satu cara menabung=berjimat

ekoran berita dalam surat khabar semalam dan pagi tadi pulak perbincangan di radio Hot Fm,aku terpanggil juga nak mengulas isu main kutu ni.nak diikutkan,aku memang "kaki kutu". hihiii..pernah main kutu? ni bukan main cari kutu kat kepala tu tau! tapi ia adalah satu jenis cara menabung secara berkala dengan mengumpul sejumlah wang pada setiap bulan untuk diberikan kepada seseorang yang dapat wang tersebut pada bulan itu.

satu langkah yang memastikan kita berdisiplin untuk membayarnya pada setiap bulan.setiap orang dalam kumpulan tersebut akan menerima giliran masing-masing.ia sebagai langkah kita menabung,berjimat untuk mendapat sesuatu tanpa "mengorek " atau menggunakan simpanan yang dah sedia ada.main kutu ni ibarat kita lupalah sekejap dulu kita tu...sebab ia tak ditangan kita.kalau kat tangan,alamat bukan menabung namanya .

bagi aku pulak,main kutu ni dah lama aku praktiskan.kalau dulu nilainya kecil,sekarang besar sikit.ikut kemampuan.seronoknya bila main kutu ni ialah pada masa giliran dapat tu! fuh sedebuk dapat ...bolehlah menunaikan hajat yang selama ini disimpan.

untuk tahun ini,aku main kutu seramai 13 orang dan RM100 sebulan=RM1,300 jumlah yang dapat. memang masa awal lagi dah 'pasang niat" nak beli beg tangan Bonia dengan duit kutu,jadinya bila giliran dapat tu,memang sah-sah digunakan untuk membeli apa yang diidamkan. tapi tidaklah sebagai satu bisnes besar-besaran sehingga sampai nak kena bukak syarikat! itu memang dah lain maksudnya tu...

*cuba lihat berita ini*

Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan menganjurkan pelaburan wang kutu menggunakan wang pos dinamakan Program Ekspres yang dikatakan sudah mencatatkan keuntungan kira-kira RM30 juta hasil penyertaan 30,000 ahli. DISAMAN…Sabbri dan isterinya, Rahimah keluar dari Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam. Sabbri Yusof, 49 dan isterinya, Rahimah Rahim, 39, pemilik World Heritage Resources, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas saman ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Hafizah Abdul Rajak.

Kedua-duanya didakwa menggunakan syarikat milik mereka untuk menganjurkan pelaburan wang kutu sedangkan syarikat itu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai ejen komisen wang. Mereka didakwa menjalankan Program Ekspres yang menyalahi Akta Kumpulan Wang Kutu 1971 di antara 1 Disember 2008 hingga 29 April lalu.

Pasangan itu berasal dari Kuala Lumpur disaman mengikut Seksyen 3 akta berkenaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.HARIAN METRO

jadi,terpulanglah kepada masing-masing.aku? tetap juga meneruskan hobi aku ni.untuk tahun ni,kutu kami akan berakhir pada bulan 12 ini.bakal bersambung kembali untuk tahun hadapan.ada sesiapa yang nak ikut sama? meh la...


ALAHAI...

Tuesday, September 28, 2010

BERSALIN: normal atau pembedahan???


bila sebut bersalin ni...semua dah rasa macam-macam pengalaman.baik secara normal mahupun pembedahan.masing-masing ada cerita di sebalik semua itukan...untuk aku pulak,syukur setakat yang lepas ni,aku bersalin secara normal dan semuanya berjalan lancar. sedikit yang ingin ku kongsikan bersama ialah kes yang dialami oleh kakakku sendiri yang baru-baru ni bersalin.

kakakku berumur 41 tahun, bersalin anak yang keempat.pada 2 minggu terakhir daripada jangkaan tarikh bersalin iaitu 20-21/9/10, baby dalam kandungan disahkan berada dalam keadaan songsang.kakakku ditahan di wad untuk langkah berjaga-jaga.baru 2 malam di wad, doktor mengatakan,kedudukan baby dah balik ke asal.mungkin boleh bersalin normal tapi lebih awal dari jangkaan kerana baby dikatakan besar. doktor memberi "ubat paksa" (induce) kepada kakakku untuk bersalin awal. sebanyak 2 kali ubat diberikan tetapi tidak ada gesaan untuk bersalin.hanya bukaan sebanyak 2 jari sehaja dan sedikit darah yang keluar.

kata doktor,kebiasaannya kalau dah masuk 2 kali ubat akan cepat berlaku contraction dan tanda nak bersalin pun dah semakin hampir.tapi ini tidak berlaku kepada kakakku.dikhuatiri baby lemas atau terlalu lama,maka cadangan doktor untuk melakukan pembedahan dipersetujui oleh kakakku yang memang dah tak tahan nak duduk lama di hospital.

akhirnya, 18/9 yang lepas dengan pembedahan maka lahirlah baby perempuan yang beratnya 3.52kg. bagi aku tak berat sangat.yelah,ada kawanku,babynya mencecah 4 kg lebih!

selepas 2 hari bersalin,kakakku dibenarkan keluar wad. selepas seminggu, ahad yang lepas,kakakku kembali menjadi penghuni wad yang sama sekali lagi.SEBAB APA? sebab jahitan pembedahan tersebut keluar darah.

malam tadi aku pergi melawatnya di hospital, doktor mengatakan ada pendarahan yang tidak habis dalam rahim semasa jahitan dibuat.oleh sebab itu, darah akan keluar setiap kali bangun atau membongkok.jahitan kakakku dibuka semula,dicuci dan dimasukkan sejenis ubat dan dibirkan sehingga cukup kering dan kemudian akan dijahit semula...alahai... dengar cerita memang mengerikan, tapi apabila di hospital, kita hanya mengharapkan yang terbaik yang boleh diberikan oleh doktor kepada kita.sakitnya kata kakakku...aduhai...bisanya...

apa yang boleh aku buat...beri dia makan pati haruan,sup ikan haruan dan selebihnya " sabar..."



ALAHAI...

Monday, September 27, 2010

RUMAH TERBUKA- alahai...jalan jem!!!


Sabtu dan Ahad memenuhi jemputan sahabat dan rakan taulan untuk rumah terbuka. masa nak pergi ,wah memang rasa syok lah sebab dapat jumpa sedara,kawan lama.TAPI yang tak syoknya alahai...jalan raya punyalah teruk jem! sama ada ke utara, selatan pun sesak jugak.

jarak perjalanan yang dekat biasa hanya 45 minit boleh sampai, tetapi terpaksa menempuh 1 jam lebih.ini semua gara-gara rumah terbuka minggu ni yang menyebabkan kesesakkan jalan raya yang teramat sangat!

kesesakkan bertambah lagi apabila sebelah petang hujan...ni keadaan biasalah dalam KL-hujan = jalan jem.

masa ni lah terfikir, kalaulah setakat makan yang ringan-ringan je...alahai memang tak berbaloi lah nak pergi dengan keadaan jalan raya macam ni.pendek kata tak "menghabihkan bogheh"...(tak baik kan...)

entah kenapa,memang mingggu ni rata-rata buat rumah terbuka. yelah hujung minggu je lah pun yang dapat buat kan...

apa-apa pun, yang pasti ada manisnya jugak.bila ada open haouse nilah yang dapat berjumpa kembali kawan lama.aku dapat berjumpa kawan lama yang dah dah 21 tahun tak jumpa.jumpa jugak kawan yang dah ada anak 7...cerita yang macam-macam. memang mengembalikan semula nostalgia lama!




ALAHAI...

Saturday, September 25, 2010

I-PHONE 4...untuk siapa sesuai?


semalam satu hari heboh dalam berita,dalam surat khabar tentang keluaran telefon terbaru-I Phone 4 oleh 2 buah syarikat gergasi telekomunikasi iaitu Maxis dan Digi.kalau mereka yang memang "giler" gadget terbaru mungkin akan teruja dengan berita ini TETAPI kepada mereka yang melihat kepentingan telefon hanya setakat membuat dan menerima panggilan, berita ini langsung tidak memberi apa-apa impak.

DiGi, Maxis mula pasar telefon pintar iPhone 4

DUA pengendali perkhidmatan mudah alih utama negara, DiGi.com dan Maxis Bhd masing-masing mula memasarkan telefon pintar iPhone 4 di pasaran Malaysia mulai hari ini dan Ahad depan menerusi pelbagai pakej harga menarik kepada pelanggan masing-masing.

Maxis menawarkan empat pakej menerusi iValue Plans dengan yuran bulanan serendah RM100 untuk mendapatkan iPhone 4 dengan kapasiti 32 gigabait (GB) atau 16 GB.
Harga ditawarkan bergantung kepada jenis pakej, kapasiti telefon dan tempoh kontrak yang dipilih pengguna iaitu bermula dari RM490 hingga RM1,990. Pelanggan Maxis juga boleh mendapatkan telefon pintar itu secara percuma jika melanggan pakej iValue 4 untuk kontrak selama dua tahun dengan bayaran bulanan sebanyak RM375.

Kadar panggilan ditawarkan pakej iValue Plans ialah serendah 10 sen seminit, manakala kadar SMS adalah 10 sen.

Maxis turut menawarkan dua pakej data bagi iPhone 4 iaitu pelan iData 2 dan iData 3 dengan yuran serendah RM50 sebulan.

Pelanggan Maxis boleh melayari pautan www.maxis.com.my/iphone untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai iPhone 4.
Maxis akan mula menjual iPhone 4 kepada pelanggannya pada Ahad ini di Pusat Maxis terpilih sekitar Lembah Klang iaitu KLCC, Pavilion, The Gardens, Taman Tun Dr Ismail dan Sunway Pyramid. Ia akan dijual ke seluruh negara pada Isnin.

Sementara itu, DiGi pula secara keseluruhan menawarkan iPhone 4 pada harga RM2,490 untuk 32GB dan RM2,090 bagi 16GB, namun pengguna boleh memilih kemudahan pembayaran yang disediakan DiGi di bawah pelan pembayaran ansuran mudah tanpa faedah selama 24 bulan atau 36 bulan.

DiGi turut menyediakan tiga pelan utama untuk langganan iPhone 4 dengan kontrak selama 24 bulan iaitu iDiGi 88, iDiGi 138 dan iDiGi 238 dengan masing-masing membabitkan komitmen bayaran bulanan sebanyak RM63, RM93 dan RM168.

Bagi pelanggan yang mendaftar dalam tempoh promosi, DiGi menawarkan tawaran istimewa tambahan iaitu rebat sehingga RM5 sebulan menerusi Auto Billing sekali gus membolehkan pengguna menikmati bayaran bulanan yang lebih rendah sehingga tempoh ditetapkan. (sumber:BERITA HARIAN)

kepada diri sendiri: siapakah yang sesuai untuk memiliki gadjet ini? aku? tidak sama sekali. mungkin kalian di luar sana lebih sesuai untuk menggunakannya.aku,cukup dah rasanya dengan telefon bimbit yang sedia ada niboleh membuat panggilan,menerima panggilan dan menghantar@membalas sms. bukan menolak teknologi tetapi rasanya tidak sesuai untuk aku.TAPI kalau ada tiba-tiba orang nak kasi, aku terima.bak kata pepatah: rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari...hihii...


ALAHAI...

Friday, September 24, 2010

DUIT HABIS KERANA RAYA SAKAN???


tajuk di atas ni menjadi tajuk perbincangan Wanita Hari Ini tengahari semalam bersama pengacaranya Nazril Idrus dan Fiza. menarik untuk dibincangkan bersama.ialah dah masuk 2 minggu raya,apakah semua urusan kita berjalan lancar? tak ada melibatkan masalah "terpokai"? jika tiada, syukur al hamdulillah...satu penghargaan untuk diri sendiri.(boleh lah tepuk sikit!)

aku? al hamdulillah-semuanya seperti biasa.memanglah bila raya tu-belanjanya "agak" luar biasa sikit jadinya.ialahkan duit untuk pakaian ahli keluarga,duit kuih,duit raya,duit untuk daging,duit untuk beli barang baru ganti lama...dan sebagainya.

TAPI , masalah di atas dapat diatangani sekiranya sejak mula lagi kita -orang perempuan nilah yang jadi akauntan bertauliah ni yang harus bertindak BIJAK untuk menguruskan segala perbelanjaan berdasarkan perancangan yang kita dah buat.

memang kita tak pernah mendapat pendidikan formal pasal masuk keluar duit ni,tapi sebagai orang yang selalu pergi pasar,tahu keperluan anak-anak,maka kita nilah kena lebih proaktif.jangan jadikan alasan 'duduk rumah'tak tahu apa! ini satu stigma yang tak boleh pakai!

memang raya sekali setahun,tapi takkan kita nak berhabis beriya dan selepas tu bila habis raya...pening nak fikir banyak hutang...tak mahulah jadi macam tu kan...

setiap tahun kita dapat kalendar baru dan pada masa yang sama kita dah tahu bila hari raya,bila bukak sekolah,bila cuti sekolah dan sebagainya. jadi dengan itu,kita boleh buat perancangan awal terhadap semua perkara-perkara ini supaya kita dapat beraya dengan SAKANNYA tanpa terasa terbeban.

salah satu konsep yang aku sendiri amalkan-ialah main kutu.pernah dengar main kutu? ni satu kaedah menyimpan juga tapi bukan menyimpan di bank sebaliknya menyimpan di kalangan kawan-kawan.selalunya untuk giliran aku-aku memang pilih pada 1 bulan sebelum puasa.macam tahun ni,giliran aku ialah pada bulan 7 yang lepas.dengan modal yang ada sebanyak RM 1300, aku gunakan untuk membeli keperluan sendiri,anak dan suami termasuk benda-benda lain. syukur,semua cukup.

pendek kata,jangan kita nak beraya sakan sebab 'raya sekali setahun' selepas tu,duit habis lepas raya,keperluan anak tak dapat disiapkan,malah duit raya anak juga "terpakai"...ini adalah petunjuk yang sangat BAHAYA...

sebaliknya,biar berpada supaya kesudahannya tidak mendatangkan masalah dan hidup pun terus bahagia. mudah-mudahan...



ALAHAI...

Thursday, September 23, 2010

BERUMAH BESAR,BERUMAH KECIL

tadi tengahari aku menghantar Sakinah ke birthday party dan rumah terbuka kawan dia.kawan dia ni anak seorang senator yang bergelar "dato". apa yang aku nak cerita kat sini bukanlah pasal makanan ke,pasal majlis ke TAPI pasal RUMAH.

kalau dah namanya rumah "dato" faham-faham ajelah rumahnya macam manakan...nak masuk pun dah rasa segan belum lagi nak duduk di sofa empuknya apatah lagi menjamah makanannya.
aku hanya menghantar Sakinah je sebabnya ni majlis untuk budak-budak.tak ada pun mak ayah yang ada sekali,jadinya aku pun tak lah turut sekali.hanya tinggalkan Sakinah nak akan mengambilnya apabila majlis dah selesai nanti.

perasaan aku? emmm...takjub dengan rumah besar ni...Ya Allah besar bukan main kan.kalau aku dan Hakimi je yang tinggal pada waktu siang, alamat memang sunyi sangatlah rumah, takut dan bimbang pun boleh ada sekali.bila rumah dah besar ni,pastinya memerlukan pembantu rumah.bukan 1 tapi 2! aku pesan banyak kali kat Sakinah; "elok-elok,jangan usik barang orang dalam rumah ni,jangan pergi sebarangan tempat- bukan apa takut-takut lah barang orang nikan...takut terpecah ke,terjatuh ke ...tu semua yang aku risaukan!

kembali kepada hidup yang nyata-aku bersyukur dengan apa yang ada hari ini.rumah yang cukup untuk kami 4 beranak dan 2 ekor kucingku.senang diuruskan dan senang untuk dijaga.al hamdulillah...tak salah bermimpi untk memiliki seperti orang lain ada tetapi kita kena berpijak pada bumi yang nyata.


ALAHAI...

Wednesday, September 22, 2010

RAYA (II) - ACARA TUKAR HADIAH

salah satu acara hari raya yang sudah 4 tahun aku sefamili praktiskan ialah acara tukar hadiah.ni acara yang dicadangkan oleh Kak Cikku.pada mulanya hanya 3 orang sahaja yang terlibat dan hadiah pun ala ciput je! bajet Rm30.tapi saban tahun,nilai Rm30 apa sangatlah yang dapatkan, jadinya untuk tahun ini walaupun bajet harga yang masih sama,TAPI digalakkan untuk membeli harga yang lebih sikit lah! kira uplah sikit hadiah tu...untuk tahun ini,aku memberikan hadiah pengisar buah manakala pakweku pulak memberi kerusi 'malas' tapi yang syoknya semua hadiah ni tidak kami tunjukkan pada wal cabutan! yang ada hanyalah kotak-kotak yang berisi buah-buahan dan keropok.hahaha...orang yang dapat tu nanti akan menerima hadiah ni dulu sebelum dapat hadiah sebenar!

cabutan hadiah dibuat pada malam raya kedua-kami adakan sedikit makan-makan besar untuk sekeluarga.masa ni kamera tak sempat nak pegang.excited nak tukar hadiah dan nak makan!

cabutan dilakukan dengan mengambil kertas undi yang siap diletakkan nama pemilik hadiah dengan syarat jangan ambil nama sendiri! masa ni memang riuh lah...masing -masing dah kelabu mata nak rebut yang besar aje.hadiah aku yang dalam kotak kecik tu tak siapa nak hirau pun....tak pe...aku dan pakweku hanya senyum kambing aje! hanya kami berdua yang tahu!

akhirnya,inilah muka-muka yang mendapat hadiah masing-masing.hadiah besar kali ni jatuh kepada anak buahku Syafini-dapat hadiah kerusi 'malas' daripada pakweku.
yang sorang ni pulak dapat pengisar buah hadiah ku tadi yang awalnya hanya mendapat buah-buahan je. (suspen jugak dia ni)manakala yang di bawah ni pulak, adalah yang aku dapat daripada kak langku-beg tangan.pakweku pulak mendapat dvd player.kiranya famili kami dapat 2 hadiah.
satu acara famili yang seronok...tapi mana yang dapat hadiah 'ala-ala' tu memang rasa tak seronok... apa nak buat.ni kira nasib lah....


ALAHAI...

Tuesday, September 21, 2010

CERITA -CERITI RAYA (I)

walaupun dah sedikit "basi" cerita raya ni...tapi nak jugak cerita hihi...sebab hari tu tak sempat nak masukkan dalam entri ni.biarpun ramai blogger lain dah ceritakan raya mereka...tapi gerak hati ni berkata-kata juga;" hish, mesti ingat aku ni GG-gila glamour...hahaha...taklah sampai ke tahap itu.saja nak kongsi, ye tak...."

raya kali ni aku berstatus "anak yatim kematu" bukan piatu lagi dah kata pakweku sebab dah 'bosa panjang!" ...raya tanpa mak dan abah.tapi aku tetap beraya di rumah kampung juga bersama dua orang kakakku-Kak Lang dan Kak Cikku.juadah pagi raya aku dah siap masak di rumah mertua pada petang hari "bantai" tu lagi.lepas maghrib aku balik semula ke rumah arwah mak. adik beradik yang lain hanya akan balik raya kedua.jadinya hanya kami sahaja yang ada.
tema color raya-biru 'tarqouis'.yang seronok tengok-Sakinah dan Hakimilah.sakinah tahun ni berbaju kebaya, Hakimi pulak bergaya dengan baju melayu dia.betul-betul nak raya ni dia baru dapat jalan.memang handsomelah dengan baju tu!
lepas sembahyang raya-balik semula ke rumah mertua.nasib baik jarak ke rumah mertua dari rumah makku hanya 1 jam sahaja-maka bolehlah berlari ke sana sekejap,sini sekejap!

di rumah mertua hari ni -seperti yang lepas-lepasraya pertama memang kami bukak rumah dari pukul 5 petang hinggalah ke malam.menu tahun ni- yang mesti ada Char Kuew Tiow dan laksa.ni memang menu 'wajib ada'.tapi tahun ni tambah satu menu lain-aku masak nasi hujan panas dengan lauk rendang daging,kari ayam dan acar. .nilah chef CKT tiap tahun.untuk malam tu aje-sebanyak 100 mangkuk CKT dimasak.CKT ni kena goreng satu-satu based kepada oder tetamu.memang chef ni kena berdiri jelah.

itulah cerita raya pertamaku. tutup rumah pukul 11.30. kemas siap-siap pukul 1 lebih jugak baru dapat tidur.fuh memang penatkan kalau raya ni...tulah laptop pun tak sempat nak pegang.apatah lagi nak menaip.


ALAHAI...

Monday, September 20, 2010

BERTEMU KEMBALI- nak sembang!


salam ketemu kembali kepada rakan blogger semua dan juga yang sudi mengikuti blog ini.tak terlambat lagi nak ucap 'salam lebaran' dan maaf zahir batin.

Ya Allah,baru hari ini jejariku dapat menaip kembali pada papan keybord laptopku ini.sibuknya sampai memang tak berkesempatan untuk membuka dan membaca apa sahaja berita terbaru di ruang FB mahupun blog!

sibuk dengan beraya tu dah tentu-acara masak,berjalan.bila balik KL pulak-sibuk dengan urusan kakakku yang baru kematian suami hari tu nak bersalin pulak.maka kerja melawat hospital bersalin di Hospital Besar Kuala Lumpur menjadi rutin pulak.

selain tu,aku menjadi 'pengurus kem sementara' untuk anak-anaknya yang akan menjalani peperiksaan UPSR esok. aku dan suami melakukan gerak gempur untuk kelas menjawab soalan.

setiap hari untuk seminggu yang lepas adalah 'azab' untuk anak saudaraku yang tidak ada apa-apa persiapan langsung untuk periksa.apa lagi...siaplah kena dengan kami berdua! alahai... pasal sayanglah kena buat macam tu.tapi budak-budak ni ingat kena marah tu sebab kita benci...

hari Sabtu lepas-maknya selamat melahirkan anak perempuan melalui pembedahan setelah setelah 6 hari ditahan di wad. malam tadi,berakhirlah tugas kami untuk mengajar anak-anaknya. diaorang pun dah balik rumah mereka sendiri.maknya pun akan balik petang ni.jadinya barulah hari ni aku mendapat kemabali "ruang dan masaku" kembali.

KEMBALI DENGAN CERITA yang banyak nak diceritakan....hihihi...jumpa nanti


ALAHAI...

Friday, September 10, 2010

HARI "BANTAI"

semua dah tahu esok rayakan, jadinya hari ini hari "bantai" lah.mungkin agak kelakar dengar istilah ni ....hihi...tahu ke apa tu 'bantai'? bukan nak bantai macam nak rotan tu tapi satu istilah untuk menunjukkan hari kerja menyiapkan segala makanan untuk juadah hari raya.

hari nilah kena masak rendang,buat kuah kacang,rebus ketupat,bakar lemang,cuci rumah dan segala macam kerjalah.pendek kata memang hari ni,tenaga kena bantai bekerja lebih dari biasa.alahai...

hari ni aku berada di rumah mertuaku untuk menolong masak.lepas berbuka nanti aku balik ke rumah arwah mak pulak.lepas sahur tadi lagi dah start ke dapur untuk membuat segala persiapan masak-memasak.iparku yang lain, masing-masing balik beraya ke rumah mak masing-masing.jadinya hanya aku dan mertuaku sahajalah yang duduk di dapur.yang lelaki pulak buat kerja membersihkan rumah.pukul 3.30 petang-semua kerja-kerja dah siap.barulah dapat melepaskan penat dan meluruskan pinggang.

malam ni pulak sambung buat kek coklat dan puding cendol.walaupun banyak siaran tv macam-macam,aku belum lagi berkesempatan duduk di depan tv. emm...

oklah,selamat beraya esok.makan dengan berhemah,takut terkezut pulak perut tu, nanti jadi kes lain pulak!


ALAHAI...

Wednesday, September 8, 2010

ADAB MENZIARAH- jom ambil tahu

syukur, selamat sampai dah kat kampung. semalam berbuka di KFC Sg Besi. ramai jugak yang dah bergerak balik ke kampung. kalian bagaimana? kepada kalian yang baru bercadang nak balik hari ni- selamat memandu.mungkin hari ni jalan raya dah sedikit sesak!apa-apa pun jangan tension...hari ni kita akan dengarlah pengumuman tarikh hari raya.ramai yang kata raya pada hari Jumaat ni.tak kiralah bila raya...28 hari boleh tunggu takkan sehari dua ni tak boleh pulak kan!

oklah sedikit info yang kita kena ambil tahu sempena hari lebaran yang bakal tiba.terima kasih Long!



kunjung mengunjung dan ziarah menziarahi sememangnya amalan yang dituntut oleh agama Islam. Bukan sekadar menziarahi sanak saudara tetapi juga jiran-jiran terdekat malah setiap individu walaupun tidak pernah kenal sebelum ini. Tujuan kunjung mengunjung ini juga antaranya ialah merapatkan hubungan silaturrahim dan saling bermaaf-maafan. Bukan bertujuan untuk mendapatkan duit raya, atau bersaing baju raya siapa paling cantik atau mahal atau pun melihat-lihat setiap hiasan atau susun atur rumah mereka yang kita kunjungi.

Islam memperincikan beberapa syarat atau adab yang perlu diamalkan ketika seseorang individu Muslim berhasrat untuk menziarahi jiran atau sanak-saudara, bukan sahaja di hari raya malah juga ketika hari-hari biasa. Adab-adab tersebut diperincikan bermula daripada sebelum berziarah, semasa menziarah dan juga selepas menziarah termasuk perkara-perkara yang perlu dihindarkan ketika berziarah.


Adab sebelum berziarah:

Memilih masa yang sesuai
Memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan
Berniat pertemuan dan perpisahan adalah kerana Allah


Masa yang sesuai adalah dikira berdasarkan keselesaan pihak yang anda kunjungi, bukan keselesaan pihak anda. Sebagai contoh, kunjungan ke rumah seseorang tanpa perkhabaran terlebih dahulu, melebihi jam 10 malam sebab masa tersebut telah dikira sebagai masa rehat, bukanlah masa yang sesuai. Jalan terbaik,telefon dulu tuan rumah.takut-takut tuan rumah tiada atau dia tidak bersedia lagi.

Adab semasa menziarah:

Memberi salam dan bersalaman Meminta izin untuk masuk
Memendekkan tempoh ziarah
Mengawal pandangan
Merendahkan suara


Memendekkan tempoh ziarah bermaksud tidak bersenang-senang di rumah tersebut dalam masa yang lama. Seseorang dikira sebagai tetamu hanya di dalam tempoh tiga hati ziarah. Walaupun begitu, anda perlu peka dengan keadaan dan situasi tuan rumah, agar kunjungan anda tidak sampai menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka.

Mengawal pandangan pula termasuklah mata anda tidak meliar merayau-rayau ke segenap ceruk rumah meneliti setiap hiasan atau susun atur kelengkapan rumah yang anda kunjungi.jika mempunyai anak kecil-kita juga perlu mengawasi anak kita supaya tidak merosakkan barangan tuan rumah.yelah ada tu, barangan perabot dan hiasan mereka yang mahalkan...payah pulak kalau dah rosak atau pecah nanti

Adab selepas menziarah:

Meminta izin apabila hendak beredar
Memberi salam dan bersalaman sebelum beredar


Perkara yang perlu dihindarkan semasa menziarah:

Enggan memberi salam
Masa yang tidak bersesuaian
Mengaibkan tuan rumah
Mengumpat

Satu perkara yang perlu diingat juga, memberi salam kepada tuan rumah turut mempunyai syarat yang tertentu. Jika pintu rumah terbuka, jangan berdiri di depan muka pintu dan memberi salam. Anda perlu berdiri agak jauh dari muka pintu, anggaran tidak dapat melihat isi rumah termasuk tuan rumah, bimbang terdedah aurat tuan rumah atau apa-apa sahaja yang mungkin tidak mahu diperlihatkan oleh tuan rumah.

semoga pahala yang kita kumpul dalam bulan Ramadan ini tidak berkurang semasa Syawal sebaliknya diharapkan akan bertambah dengan adanya budaya menziarah saudara-mara ini.


ALAHAI...

Tuesday, September 7, 2010

SALAM LEBARAN-MAAF ZAHIR BATIN

tak sabar rasanya nak balik kampung.mood masak memasak ni dah tak ada.semalam berbuka kat rumah Kak Langku. ni gara-gara dah 'gantung periuk'.ada tak yang macam aku ni agaknye? hihihi...

memang aku dah clearkan rumah, pesan kat Sakinah jangan nak buat semak lagi! alahai...petang ni-Insya Allah kami sekeluarga akan meninggalkan KL untuk balik ke kampung.walaupun setiap bulan balik kampung,tapi balik yang ini lain sikit feelnya. macam rasa jauhnya,lamanya tak balik kampung.hihihi...

sebelum terlupa dan mungkin akan sibuk bila dah ada kat kampung nanti, ingin aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SALAM LEBARAN AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN kepada seluruh rakan blogger dan juga kepada yang sudi menjadi FOLLOWER CHEMPAKA IN THE HOUSE.

selain balik kampung bawak kuih raya,jangan lupa satu lagi...DUIT RAYA.alahai... berapa banyak bajet tahun ni? bagi aku- taklah banyak sangat.sekadar RM500 untuk buat duit raya bebudak.rasanya dalam kategori anak saudara-dah ramai yang kena potong duit raya.sebabnya? dah lebih 12 tahun.hihiii.tapi kasi juga!
oklah ye...selamat balik kampung,berhati-hati memandu, semoga berbahagia beraya bersama orang tersayang1


ALAHAI...

Monday, September 6, 2010

KUIH RAYA, LANGSIR RAYA, CADAR RAYA ...apa lagi?

salam ketemu untuk kalian rakan blogger sekalian.Ya Allah dah 3 hari tak berkesempatan nak pegang laptop ni.rasanya memang tak cukup masa. banyaknya cerita nak diceritakan ni...alahai...dari hal Hakimi tak sihat,kena bawak pergi periksa kat Dr kanak-kanak kat Ampang Putri, cerita buat kuih raya, pasal sahur dengan GCB, pasal rumah berlangsir dan bercadar baru, pasal shopping last minit untuk pakwe aku ni...hihii...banyaknya...

apa taknya,hari Jumaat lepas ,Hakimi demam pulak.nak tumbuh gigi lepas tu pulak ada ulser kat dalam mulut.alahai...macam biasa,dia nak susah nak tidur,'bergantung'ajelah kat bahu aku ni. merengek sakit tu biasalah.dia kalau tak sihat badan aje-siaplah meragam, moody.serba tak kena.habis segala projek nak buat tergendala.plan asal nak mula buat kuih raya barang 2@3 jenis,emmm....

tu pun aku gagahkan badan jugak nak buat kuih 'wajib ada' kat dalam rumah aku ni-SARANG SEMUT! jangan semut betul masuk rumah dah lah! kang bersarang-sarang pulak...

3 kali sesi buat kuih ni- sebabnya terpaksa mencuri masa dalam menjaga Hakimi dan dalam masa yang sama nak buat kuih! buka dan bersahur ala kadar. dah nak hujung-hujung puasa ni- macam dah tak semangat nak masak! nak ambik cuti awallah! dan kebetulan-hujung minggu ni pulak ada jemputan berbuka.syukur...alhamdulillah.

sarang semut ni-buat bukan untuk jual.buat untuk makan sendiri dan sebagai buah tangan nak pergi beraya kat rumah adik beradik nanti.diorang semua dah tahu kuih tradisi aku ni.pasal penat berjaga dari malam melayan karenah Hakimi yang tak nak berenggang daripadaku, kemudian menyambung pulak dengan membuat kuih raya sampai ke sahur, maka sahur semalam makan GCB aje.pakweku beli 'tapau' kat MacD depan rumah ni, ha apa lagi makanlah 3 beranak burger!cerita pasal benda baru dalam rumah? langsir dan cadar baru aje.kata pakweku; "memang kena pakai langsir,cadar baru ke kalau nak raya ni?" aduh...ini punya soalan, aku cakap dekat dia; "bukanlah hari raya je nak berganti baru,hari biasa tu ganti jugak,TAPI untuk raya ni,ganti yang lebih 'up' sikitlah...orang perempuan memang macam ni..." alahai...laki aku ni. macam biasa,tugas menukar yang lama kepada yang baru ni memang dah jadi kerja dia,pasal tulah dia tanya! hahaha...

malam tadi pulak-barulah tersedar,ada barang lagi tak shopping.seluar dia! bukan seluar kecik ye, hihiii...

apa lagi,lepas Isyak semalam ke Juscolah kami.Ya Allah-azabnya nak cari parking! PENUH!dasyatnya orang kita membeli kan! dari yang baby masih merah dikendung sampailah yang dah berusia tetap bersemangat nak bershopping.

pakweku beli 2 pasang seluar kargo Camel dia nak juga tali pinggang.untuk Sakinah-aku belikan handbeg girls sebagai hadiah hari raya nanti. dah lepas tu baliklah kami.tak sanggup nak bersesak-sesak!

kalian pulak bagaimana?...dah siap semuanya???


ALAHAI...

Friday, September 3, 2010

KOSMETIK-HATI-HATI UNTUK CANTIK

bila nak raya ni,macam-macam promosi yang ada.bukan setakat promosi baju raya,kuih raya bahkan juga ada promosi kosmetik yang pelbagai.maklumlah,nak nampak cantik dan bergayakan di hari lebaran....TETAPI awas ye,jangan tertipu dengan tawaran yang diberikan oleh produk-produk tersebut.

ada di antaranya menjanjikan 2 minggu perubahan-wajah akan jadi cantik,gebu,licin bak bulan mengambang,(betul ke bulan tu licin??)lebih tegang dan sebagainya.em...entahlah.

cuba kita ambil sedikit masa untuk berfikir seketika...kalaulah hanya 2 minggu perubahan nyata terserlah pada wajah kita...sudah tentulah produk itu sangat menakjubkan daripada segi bahannya.agak-agaknya apakah bahan yang begitu pantas bertindak? sudah tentulah kandungan bahan kimianya yang lebih tinggi pada kadar biasa yang mampu berbuat sedemikian.

maka, apa jadi pulak pada kita? pada awalnya,memanglah kita akan cakap begini:" baguslah produk xyz ni,cepat dah muka nampak ada perubahan..." TETAPI sebenaranya di sebalik begitu CEPAT perubahan itu,adakah kita sedar akan kesannya pada wajah kita sama ada cepat atau lambat?

oleh itu,kita kena berhati-hati jangan mudah terpedaya dengan begitu manis janji-janji mereka ini.sebagai PENGGUNA kita ada hak untuk mendapat maklumat jelas tentang sesuatu produk sebelum kita menggunakannya.

berikut sedikit untuk dikongsi bersama
Berhati-hati dengan penggunaan produk yang bakal merosakkan wajah anda...

Rujuk makluman berikut:

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Idamnakcantikjadigila/Article/


Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:


Eriesya Spa Beauty Cream
Atika Beauty Renewal Cream
Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
Ratna Sari Whitening Night Cream
Tia Amelia Krim Jeragat
Chantique Whitening Night Cream
RZAC White Pearl Cream
Nuriz Day and Night Cream
Elite Rias Er Cream
R&Z Whitening Night Cream
Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
Pigmentation Recovery Complex
Zara Rejuvenation Cream
Natasya Krim Herba Gold
De Putih Night Cream


ALAHAI...

Thursday, September 2, 2010

GULAI UDANG DAUN KUNYIT

hari ni kita cakap pasal menu pulak ye. masak apa berbuka semalam? aku bergulai semalam-gulai udang dengan daun kunyit.tapi ada jugak aku 'campak' kan sedikit buah belimbing dari pokok tanam sendiri.ni request pakwe akulah yang nak makan dengan belimbing. jadi,ikutkan sajalah kan...ok,jom kita lihat bahan-bahannya.

BAHAN-BAHAN

udangcili padi dan sedikit cili kering
halia
bawang putih dan bawang merah
kunyit hidup
(dikisar semua bahan ini)
santan
air secukupnya
belimbing buluh
daun kunyit dihiris halus
garam secukup rasa


1.masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama santan.

2.biarkan kuah mendidih,masukkan garam dan masukkan belimbing buluh.
jika belimbing masih muda-celur seketika di dalam air panas
atau pun diketuk-ketukkan dengan anak lesung batu biar ia kelihatan
pecah-pecah sedikit.

3.selepas itu barulah dimasukkan udang tadi.balik-balik
sebentar sehingga udang kelihatan merah .

4.akhir sekali masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus tadi dan
bolehlah ditutup apinya.dah siap untuk santapan!

*tak perlu lagi nak bubuh asam keping sebab dah ada belimbing tadi.


ALAHAI...

Wednesday, September 1, 2010

AWAS! kita masih dijajah lagi

hari ni sedikit info yang ingin dikongsi bersama kalian di alam maya ini.walaupun kita sudah merdeka 53 tahun, rupanya kita masih dibelenggu 'penjajah'lagi.kali ini bukan dengan senjata moden TETAPI kita dijajah menerusi makanan pulak.

terima kasih Tok Wan,Intan dan Kak Maznah dengan kiriman email berkenaan perkara ini kepada saya. mari kita kongsi sama-sama dan ambil tindakan yang sepatutnya.

KESEMUA YANG DI DALAM GAMBAR INI MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR.


JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :

Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings

di atas adalah barang2 keluaran narcissus. untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website

http://www.halaljakim.gov.my/

GREEN BEAN SOY DRINK
satu minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yang tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia .
Pernahkah anda dengar tentang keluaran produk minuman YHS yang terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dengan kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap-harap baca dulu ya, bahan-bahan yang terkandung dalam minuman ini.

Cuba lihat kat pic ini.Cuba lihat dekat-dekat.......

Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yang baik, yang murni, dari mana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber untuk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dengan minuman yang mereka bekalkan atas jenama YHS???

Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yang dah memangg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!Apapun, sekadar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS " Green Bean Soy Drink ", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yang haram jika memasuki dalam tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kepada anak-anak kita yang mungkin kurang arif tentang perkara ini.

Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala