
salah satu acara hari raya yang sudah 4 tahun aku sefamili praktiskan ialah acara tukar hadiah.ni acara yang dicadangkan oleh Kak Cikku.pada mulanya hanya 3 orang sahaja yang terlibat dan hadiah pun ala ciput je! bajet Rm30.tapi saban tahun,nilai Rm30 apa sangatlah yang dapatkan, jadinya untuk tahun ini walaupun bajet harga yang masih sama,TAPI digalakkan untuk membeli harga yang lebih sikit lah! kira uplah sikit hadiah tu...

untuk tahun ini,aku memberikan hadiah pengisar buah manakala pakweku pulak memberi kerusi 'malas' tapi yang syoknya semua hadiah ni tidak kami tunjukkan pada wal cabutan! yang ada hanyalah kotak-kotak yang berisi buah-buahan dan keropok.hahaha...orang yang dapat tu nanti akan menerima hadiah ni dulu sebelum dapat hadiah sebenar!
cabutan hadiah dibuat pada malam raya kedua-kami adakan sedikit makan-makan besar untuk sekeluarga.masa ni kamera tak sempat nak pegang.excited nak tukar hadiah dan nak makan!
cabutan dilakukan dengan mengambil kertas undi yang siap diletakkan nama pemilik hadiah dengan syarat jangan ambil nama sendiri! masa ni memang riuh lah...masing -masing dah kelabu mata nak rebut yang besar aje.hadiah aku yang dalam kotak kecik tu tak siapa nak hirau pun....tak pe...aku dan pakweku hanya senyum kambing aje! hanya kami berdua yang tahu!
akhirnya,inilah muka-muka yang mendapat hadiah masing-masing.hadiah besar kali ni jatuh kepada anak buahku Syafini-dapat hadiah kerusi 'malas' daripada pakweku.


yang sorang ni pulak dapat pengisar buah hadiah ku tadi yang awalnya hanya mendapat buah-buahan je. (suspen jugak dia ni)manakala yang di bawah ni pulak, adalah yang aku dapat daripada kak langku-beg tangan.pakweku pulak mendapat dvd player.kiranya famili kami dapat 2 hadiah.

satu acara famili yang seronok...tapi mana yang dapat hadiah 'ala-ala' tu memang rasa tak seronok... apa nak buat.ni kira nasib lah....
ALAHAI...
No comments:
Post a Comment