pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger
Showing posts with label makan apa. Show all posts
Showing posts with label makan apa. Show all posts

Sunday, April 15, 2012

KAW BURGER AKHIRNYA TEWAS DI MULUTKU!

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

huh,akhirnya CITH berjaya mendapatkan apa yang dikatakan "kaw-kaw burger". hari tu kan CITH ada cerita pasal burger ni dalam entri yang terdahulu.time tu dua kali pergi mencuba nasib tapi tak berjaya.tapi bak kata orang; kalau dah berkenan,lautan api sanggup diredah kan! hahaha...so malam tadi sekali lagi CITH mencuba nasib dan akhirnya BERJAYA!!!

kali ni CITH pergi dengan Kak Cik CITH.kami sampai kat sini jam 11.20 malam.orang?memang ramai.tapi dek sebab nak jugak,maka kami sabar menunggu.CITH dapat nombor giliran 180.ini pusingan yang ketiga sejak pukul 7.45 malam tadi.bayang kan!!!.dah kata nak dapat susahkan, maka bila time order tu,CITH memang KAW-KAW mengoder.hambik ko...biar puas hati.

order kami malam tu- 1 burger tower rm 32.00-5 keping daging (patty beef)
2 double burger rm 15.00 (2 keping setiap satu)

setiap satu set diberikan 2 minuman dan 2 keping sosej.emm...memang tahap gaban lah kami masa ni...huhu...apa yang kaw? bagi CITH,beza burger ni dengan yang lain tu ialah dari rasa dagingnya yang dibuat sendiri ramuannya itu,ketebalan,berjusnya,tahap kenyang melampau dan yang paling penting dek kerana aura orang ramai yang tengah 'fanatik' dengan burger ni menyumbang kepada kesepaduan rasanya.

apa taknya,kat sini kita kena berbaris panjang,nak tunggu meja duduk pun kena berbaris jugak...itulah kot yang tambah "kaw" burger ni! tengoklah gambar CITH di bawah.maaflah kualiti gambar tak berapa baik.maklumlah CITH menggunakan handphone ditambah pulak keadaan gelap.maka pengcahayaannya sangat kurang.kepada kalian,boleh cuba kaw-kaw burger ni di SEKSYEN 2 WANGSA MAJU,KL.

ALAHAI...

Tuesday, April 3, 2012

DOMINO'S PIZZA DATANG MENJEMPUT

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

cerita pasal makan lagi ye.kali ni citer pasal pizza.hujung minggu lepas,adalah seorang staf perempuan Domino pizza ni datang mengetuk pintu rumah CITH.selepas dijelaskan tujuan kedatangannya barulah kami bercakap dan melihat apa yang dibawanya.kalau tidak bercakap di sebalik pintu sajalah.rupanya mereka sedang dalam rangka promosi pizza untuk diberikan kepada pelanggan dengan separuh harga.

tak salah CITH,tahun lepas pun ada juga promosi macam ni.masa tu,CITH dikenakan bayaran RM 30.diberikan satu pizza regular percuma dan voucher pizza yang boleh ditebus dengan harga yang berbeza daripada biasa.

tapi kali ini,bayaran sebanyak RM20 sahaja,masih dapat regular pizza dan voucher untuk pembelian.kalau tak nak tebus voucher ni pun tak apa,sebabnya dengan pizza regular tu -RM 23.80 bermakna modal kita yang RM 20 tadi tu dah kira berbaloi kan!

memang kenalah budak staf tu datang ke rumah CITH,kami ni 'pemakan' pizza.hihi...tapi selama ni bukanlah follower Domino's Pizza ni sangat.CITH lebih kepada Pizza Hut apatah lagi restorannya pun memang ada sepalaung je dari rumah.kalau Domino ni kenalah keluar dari kawasan rumah.

malam tadi,CITH dah pun "merasmikan" voucher pertama kami...cukup untuk bertiga makan.ingatnya lepas ni kalau ada 'ahli majlis' yang ramai,CITH nak call aje pizza ni ke rumah...emmmm...senang kan! hihi...
ALAHAI...

Wednesday, March 28, 2012

MENU ALA-ALA KOREA GITU


Assalammualaikum pengunjung CITH...

dek kerana baru dapat ole-ole dari Korea semalam dan juga diprovakasikan dengan makan bubur di Korea,maka hari ini menu CITH pun ala Korea lah jugak.nak tunggu pergi Korea entah bila kan...huhu.

lagi pun hari ni Kak Cik CITH nak datang lunch di rumah,jadinya adalah bertambah orang kat rumah ni nak makan bersama.menu hari ni,bubur nasi segala macam campur (ayam,daging,carrot,sawi dan cendawan butang),ikan bilis goreng,seaweed dan juga kimchi.kimchi ni diperbuat daripada lobak putih.rasanya? emm..boleh tahan pedas jugak.kata Kak Cik CITH,yang ni kira 'pertengahan pedas' ada lagi yang lebih extra pedasnya!

dah kata menu macam orang Korea kan...jadinya mangkuk makan pun kenalah jugak sama.hihi...makan dalam bekas stainless steel macam dalam gambar tu...kata pakwe CITH, praktis dulu...nanti-nanti boleh makan kat retoran Korea pulak.(pergi Korea belum ada dalam proposal lagi...huhu...)

tapi bagi CITH lah,selain konon nak rasa macam orang Korea,makan dalam mangkuk yang comel ni secara tak langsung menyukat makan kita jugak.yelah,kalau dah mangkuk kecik maknanya makan pun sikitlah kan...tu yang boleh kontrol makan tu.tapi tak bolehlah makan guna mangkuk ni kalau lauk asam pedas ke...masak lemak cili padi ke...aduh...itu memang kena cari pinggan jugak rasanya! hahaha...(tak boleh lah nak makan sikit...)

ALAHAI...

Sunday, September 18, 2011

MAKAN APA SAJA SEDAP TATKALA HUJAN


Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

hari ni tempat CITH sejak tengahari tadi hujan turun sampailah ketika ini.tengahari tadi CITH masak ikan tenggiri goreng bercili dengan sayur bayam rebus air-habis.sekali masak,terus habis makan sekali.nilah penangan hujan.sedap saja.

petang ni pulak,bangun dari tidur Sakinah tanya; "ma,ada apa nak makan tak?laparlah...." bukan Sakinah je lapar,CITH pun lapar jugak.hihi...pergi ke dapur,CITH bancuhkan adunan jejemput bilis.sambil tu bancuh sekali teh strawberi yang memang berbaki seuncang saja yang tinggal!

huh,makan apa saja tatkala hujan ni memang sedap.dapat pulak makan panas-panas begini.memang laju je makan.sedar-sedar dah licin!...janji anak-anak kenyang.

ALAHAI...

Saturday, September 17, 2011

CHUNKY LOADED PIZZA HUT PEH BERBALOI!

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

dari semalam tekak ni macam terasa-rasa nak makan pizza.nak makan pizza baru kat Pizza Hut tu...CHUNKY LOADED...jadinya tengahari tadi,CITH 3 beranak pun pekenalah pizza ni.untuk set 2 orang makan:- 1 regular pizza,2 mushroom soup,sup,2 gelas pepsi dan 4 keping garlic bstik untuk RM30.90 belum cukai lagi dan tambahan 1 primevera penne yang berkenan dek Sakinah.macam biasa,sup memang kepunyaan Hakimilah.CITH pulak dah kata teragak nak makan pizza jadinya memang hadap yang ni ajelah...hihi...makan 3 keping dah kenyang!boleh bungkus lagi yang 3 baki tu bawak balik.Sakinah dah tak larat nak makan lagi!tak pe,balik rumah ulang tayang makan lagi dan lagi...hihi...

apa yang bestnya pizza kali ni? ranggup dohnya,tak tebal sebab ia menggunakan tortilla yang nipis tu,dikatakan 10 layer tetapi bukan sampai 10 layer tingginya cuma bahan di dalamnya yang dimampatkan menjadi 10 layer yang penuh dengan cheese,chicken,salami dan sebagainya.pendek kata kalian kena cuba dulu baru tahu.ni pulak Sakinah yang perabis sorang dengan pilihannya...ALAHAI...

Monday, August 8, 2011

BUFET RAMADAN DI RESTORAN NELAYAN-KENA BERATUR SAJA.

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

petang semalam,Kak Cik CITH belanja CITH 3 beranak ni berbuka ala bufet.aduh...sebelum tu puas jugak 'skodeng' di internet harga bufet yang dikira berpatutan...emm...tengok-tengok semuanya atas RM50.fuh!tak boleh jadi...hihi...survey punya survey akhirnya jumpalah yang sesuai dengan bajet pihak penaja iaitu RESTORAN TERAPUNG NELAYAN TITIWANGSA.harga bufet untuk dewasa RM35 manakala kanak-kanak RM17.50.kira oklah tu.apa lagi terus CITH membuat tempahan melalui telefon dan disuruh datang awal iaitu dalam pukul 6 petang.

6.30 kami datang,mak aii...parking dah penuh.masuk tengok meja pun dah penuh.ada meja yang dah siap ambik makanan pun ada juga!dasyat...semangat nak berbuka ni.kalabu mata dek godaan pelbagai juadah yang disediakan.sebelum tu,emm...nak dapat tempat duduk kenalah beratur dulu untuk mendapat no meja dan kupan minuman.(beratur ambik no...) kalau dah booking,senang sikit cuma periksa nama dan bayar lepas tu dapatlah no meja kita.dek sebabkan CITH datang berempat sahaja,maka kami terpaksa berkongsi meja dengan famili yang lain.satu meja memuatkan 10 orang.share pun share lah! hihi....

sebaik saja kami ke meja yang disediakan,tengok atas meja dah penuh dengan hidangan.hidangan siapa lagi? hidangan untuk satu famili yang lebih awal daripada kami.nak buat cam ne?...Kak Cik CITH dan Sakinah lah yang berulang alik ambil makanan untuk kami.CITH ni dah "jem" dengan Hakimi.menu? seafood stimbot dan makanan Melayu.CITH hanya layan yang Melayu ajelah...hihi...yang seafood tu dah tentu Kak Cik,Sakinah dan Hakimi.terpaksalah Kak Cik CITH yang melayan diorang ni.(Hakimi dengan Mr Crab) maklumlah kita ni alah sikit dengan seafood ni.

apa yang menarik?menu yang banyak...macam-macam ada TAPI janganlah ikut nafsu.yelah time berpuasa ni semua nampak sedap.semua nak rasa,semua nak ambik.tapi bila dah berbuka,rasa satu dua jenis je dah pun kenyang.selebihnya?buang.ni lah orang kata tamak!(yang panas-panas)

dalam yang best tu ada jugak yang tak best-setiap tempat nak ambik makanan kena BERATUR!nak ambik air-beratur,(beratur nak ambik air laici kang) nak ambik nasi-beratur,nak ambik lauk-beratur,nak ambik sate-beratur.pendek kata semalam hari beratur sedunia!begitu berhemah warga Malaysia beratur.hihii...ni time macam nilah.kalau biasa-biasa tu...emmm....tak adanya nak berhemah beratur pun! banyak beratur ni ialah pada waktu "puncak" semua orang nak makan...lepas satu jam tu dah lega dah...solat pulak....

tak nak berebut ramai-ramai,kami makan relax sahaja.sampaikan jiran semeja dah balik,kami tak balik lagi.time nilah nak ambik makanan pun senang!makan perlahan-lahan kayuh!(dah lengang...)


CITH:ok,layan lah gambar yang sempat CITH snap sambil melayan si kecik CITH ni...satu yang tak tahan-penat BERATUR!

ALAHAI...



Friday, August 5, 2011

BADAK BERENDAM KETIKA HUJAN DI PASAR RAMADAN

Assalammualaikum semua pengunjung CITH dan salam Jumaat yang barakah.

moga apa jua yang kita lakukan hari ini adalah lebih baik daripada semalam.mudah-mudahan.hari ni masuk hari kelima kita berpuasa.tinggal lagi 25 hari lagi...(ni CITH kira dengan Sakinah pagi tadi...)Insya Allah moga mampu untuk seterusnya.

ok.bercakap juadah berbuka semalam,dek disebabkan CITH keluar awal ke PARAM-pukul 4 dah keluar maka macam-macam kuih yang CITH nampak.semua nampak dek depan mata sedap belaka...emm...godaan.walhal hari biasa pun kuih-kuih ni ada tapi tak pulak darjah keinginan tu tinggi.bulan puasa ni pulak yang berhajat.(nafsu yang lebih tu...)

tapi dalam banyak-banyak tu yang CITH terpikat ialah yang ini.BADAK BERENDAM...huhu.namanya dasyat!kebetulan pulak semalam hujan di tempat CITH.jadi memang kenalah tu.badak berendam di kala hujan turun.bila bawak balik,Sakinah tanya kenapalah kuih ni namanya begitu emmm...

jawapan selamat;daripada fizikalnya yang bulat-bulat tu dah nampak macam besar badak,lepas tu ada pulak kuah santannya maka seolah-seolah badan tu tengah berendam...adoh...boleh ke tak terima alasan tu?

CITH:teringin nak makan bubur som-som pulak...

ALAHAI...

Thursday, August 4, 2011

NILAI RM 4 UNTUK SEBEKAS SAMBAL TEMPOYAK

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

yes! hari ni berjaya melunaskan perancangan menu untuk Sakinah seperti yang dirancang iaitu daging kicap dan sambal bilis.

tapi yang ni CITH nak cerita pasal lauk berbuka yang CITH beli di PARAM petang semalam.pernah makan sambal tempoyak? ni sambal tempoyak daun yang dulu kat kampung arwah mak selalu buat dengan ramuannya seperti; petai,daun pucuk ubi,daun kunyit,daun mamun,daun kaduk,pucuk labu,serai,ikan bilis dan pastinya bahan utama iaitu TEMPOYAK.

petang semalam CITH terjumpalah orang jual sambal tempoyak ni.emm...tiba-tiba rasa berahi nak makan.harganya? tanpa petai RM4/ dengan petai RM5/.huh? nak makan punya pasal,beli jugaklah.tapi dalam hati terdetik juga;" mak aii...mahalnya.emmm...apa nak buat,kalau nak buat sendiri pastinya kosnya lebih daripada itukan!nak tak nak beli jugalah.

CITH: rasanya? bolehlah...tapi sedap sangat lagi kalau dapat arwah mak buat macam dulu-dulu...al fatihah untuk arwah mak.huhu...

ALAHAI...

Tuesday, August 2, 2011

CERITA BUBUR LAMBUK MASJID AL ANSAR KERAMAT TAK KURANG HEBAT !

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

apa juadah untuk hari pertama berbuka semalam?mesti yang pakar-pakar di dapur tu menyediakan juadah yang seistimewa yang boleh...maklumlah hari pertama,semangat yang tinggi,keghairan dan kerajinan juga tinggi...hihi...

bagi CITH 2 beranak saja yang berpuasa ini cukup sederhana.ada juga bersarang di hati ini rasa sedih...yelah pakwe CITH sorang di sana dan kami tahun ini berpisah untuk berpuasa bersama.bila ditanya juadah berbuka,pakwe CITH pantas menjawab dia berbuka di masjid dan terus berterawih.masak sup untuk bersahur saja katanya.emmm....

oklah CITH nak kasi promot sikit pasal Bubur Lambuk Masjid Al Ansar.biasanya bubur lambuk yang menjadi pojaan sudah tentulah bubur lambuk dari Masjid Kg Baru.tapi tak kurang hebat dan popularnya juga ialah bubur lambuk dari Masjid Al Ansar Keramat.

dipimpin oleh ketua tukang masaknya Hj Che Meh dan pasukannya,memang bubur lambuk ni pun dah setahap dengan di Kampung Baru punya.dah bertahun-tahun jugaklah bubur ini.asalnya daripada hanya 1-2 periuk, kini sehari dalam 15 periuk mampu disediakan untuk memenuhi permintaan penduduk sekitar.

rasanya?kalian memang kena cuba sendiri.dagingnya yang kasar-kasar,rempahnya...memang dah mampu membuka selera.setiap lepas sembahyang Asar pemberian bubur lambuk akan dibuat.kita hanya perlu bawak bekas sahaja.setiap yang beratur akan menerima sesenduk bubur lambuk.jadi kalau nak banyak,bawaklah banyak bekas.sebab,setiap satu bekas=satu senduk.petang semalam,CITH pun menjadi salah seorang yang beratur.memang saban tahun biasa ambil di sini.arwah mak dulu pun suka.sampaikan ambil lebih bila time dan balik kampung.boleh tahan kalau di simpan di dalam peti sejuk.semalam yang tambah special sikit bubur lambuk ni apabila dicedukkan oleh YB kawasan sekitar di sini iaitu YB Zuraidah(Ampang) dan YB Azmin Ali (Hulu Klang).(gambar Yb Azmin tu sedikit blur...segan pulak nak menghala camera kat depan dia...)mereka berdua turun padang untuk kerja-kerja pengagihan bubur lambuk petang semalam.

CITH: makan bubur lambuk je pun dah kenyang.nafsu saja yang hendak itu dan ini...

ALAHAI...

Tuesday, July 26, 2011

HILANGLAH RASA MENGIDAM DURIAN KAMPUNG

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

hari tu CITH ada bicara di sini pasal durian kat kampung CITH yang dah mula gugur.memang dah jadi resmi durian kampung CITH,kalau dah satu pokok gugur yang lain pun sama gugurnya.dia yang paling awal gugur berbanding jiran-jiran yang lain.memang dengar durian kampung tu meleleh air liur dibuatnya...tapi nak balik emmm...

semalam,rezeki CITH nak anak-anak.kak lang CITH bawakkan durian dan buah rambutan dari kampung!syukur dapatlah merasa malam tadi.mulanya kak lang CITH kasi yang durian dah dikupek isinya.hihi...budak-budak ni tak layan.diorang nak yang ada kulit punya!bagi diorang yang dalam tuppaware tu bukan durian ! adohhh...

tak pelah,janji dapat merasa.memang kat sini melambak ada,tapi yang kampung punya tu lain rasanya.kata kak lang CITH,durian melambak kat kampung tu.tahun ni pulak durian menjadi.selalu tak macam ni.kakak ipar yang kat kampung tu dah jemu-jemu buat tempoyak.

CITH? ni dah rasa,hilanglah orang kata "mengidam" tu...hihi...

ALAHAI...

Tuesday, July 19, 2011

GODAAN DURIAN KAMPUNG DAH LURUH


Assalammualaikum pengunjung CITH semua.

suka makan doyan@durian?...aduh kalau tanya CITH memang bukan tahap suka lagi tapi dah tahap hantu pun ye! hihi...dulu lagi teruk hantu ni bertapak kat diri CITH.lately ni je macam dah kureng...(ceh...)tapi kalau ada REGUnya menjadi balik hantu tu....hihi...(ni "hantu" bawah umur...)

tu lah semalam pakwe CITH beritahu adiknya kata di kampung durian dah banyak luruh.aduh..godaan ni.yelah kat KL ni memang boleh dapat.bukan setakat durian.apa nak?manggis?rambutan?langsat semua dah ada kat KL ni.bawak je duit.pendek kata tak yah sibuk-sibuk nak tanam,tanam saja di kebun kat KL ni.

tapi macam mana pun di KL ni,nak juga rasa yang piornya dari kampung tu.apatah lagi kalau durian yang dipungut di bawah pokok.tu lagi fresh.satu lagi yang best bila kita yang pungut sendiri...tu yang special.kat KL memang tak rasalah pengalaman macam tu.

nilah bila fikir nak balik kampung atau tidak,serba salah dibuatnya.yelah,mentang-mentang ada durian nak pulak balik walaupun pakwe CITH tak ada.kalau biasa tu tak pulak balik...hish...macam-macam kena fikir ni.

CITH:tak pelah,beli saja di sini.tak mahulah pasal doyan,jadi isu yang disebut di kemudian hari...emmm....

ALAHAI...

Thursday, January 20, 2011

CERITA CHICKEN WING

Assalammualaikum semua...

seronok cuti hari ni ye,tapi esok kene masuk 'ofis' balik...ni lah kalau cuti di tengah-tengah minggu,syoknya 1 hari je.oklah tu kan!

tengahari tadi aku sefamili makan di luar.ni memang,bila cuti je gantung piuk lah!dalam menu tu,Sakinah sibuk sangat nak makan chicken wing.nak tahu harganya? mak datuk! 5 ketul RM18.00. tak ke terperanjat beruk dibuatnya?NO..NO..NO...

"tak payah,order lain je.balik ni kita beli chicken wing.mama marinatekan.boleh makan puas-puas."

apa taknya,tak masuk akal tu.RM18 tu dah dapat sekor ayam, ni dapat 5 ketul je.dah tu pulak bahagian kepak yang betul-betul hujung tu! memang tak berbaloi langsung.

ni ha,balik ni pakweku ke GiANT.beli 10 ketul bahagian kepak.harganya baru RM10.30. bila dah dipotong,dapat 20 ketul.aku marinate dengan garam,serbuk kunyit,serbuk kari ayam,cili giling dan madu.

hasilnya; nilah dia.boleh siap simpan lagi dalam fridge.moral of the story:BUAT SENDIRI LEBIH BERBALOI (ni kalau kos buat sendiri lebih murah)

ALAHAI...

Wednesday, January 12, 2011

WEAR RED=GET 1 FREE!

Assalammualaikum semua...

rasanya semua dah makan tengahari ye tak.nilah nak cerita pasal tengahari tadi dapat makan free kat Kenny Rogers di Jusco area rumah aku ni.sebelum tu memang dah masak kat rumah,yelah Sakinah balik sekolah agama dah tentu nak makan lepas tu nak pergi sekolah kebangsaan pulak.Kak Langku telefon;
"dik,jumpa kat Jusco pukul 1 ni.ko pakai baju merah tau.
Kimi pun ko pakaikan merah."
" ni apasal pulak?"
" ni lah dalam iklan hari ni,dekat Kennny Rogers,
buy 1 get 1 free tapi kena ada warna merah.Alang hari ni pakai
warna kuning la pulak.asal ada warna merah,baru boleh dapat ofer tu."
"oklah,lepas hantar Sakinah,bolehlah pegi.Alang beratur dulu.
sure lunch hour ni ramai orang."

lepas aje aku hantar Sakinah,aku pun pergilah jumpa Kak Langku di Jusco.(dua beranak ni dah pakai merah...hihii)sah,memang kena beratur.ramai orang.Kak Langku dah beratur awal.memang kena ada warna merah.tak kiralah lipstik ke,kasut,baju waima sapu tangan warna merah pun ok.janji ada merah baru boleh dapat ofer makan buy 1 get 1 free...(hidangan yang dipilih tadi) tapi sebenarnya tetap kena bayar...cuma bayar untuk satu hidangan saja...

ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala