pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Saturday, March 5, 2011

BILA DAPAT MUSIBAH DAN BILA DAPAT NIKMAT

Assalammualaikum semua...

sedikit perkongsian ilmu yang aku dapat melalui siaran Al Hidayah tv3 tengahari semalam.bicara mengenai MUSIBAH oleh Dato Abu Hassan Din Al Hafiz.

musibah diturunkan oleh Allah atas dosa kita.menurut beliau,kecil dosa kita=kecil musibahnya tapi bila besar dosanya maka = besar juga musibah yang kita dapat.

terdapat 2 kategori manusia di sini:

1.manusia yang mudah dan dengan rela menerima musibah-ini kerana manusia seperti ini akan menerima musibah sebagai usaha untuk meningkatkan lagi keimanan kepada Allah.

2.manusia yang tidak menerima musibah-manusia ini akan sentiasa merasa keluh,kesah dan sentiasa menyalahkan Allah atas apa jua musibah yang Allah turunkan.

sebaliknya setiap musibah yang datang tidak kecil mahu pun yang besar,kita diajar untuk SABAR DAN TABAH. itulah tanda kita tidak sombong denganNYA apatah lagi sabar ini juga satu rawatan untuk merawat hati.

justeru kita diseru supaya selalu melafazkan ...innalillahiwainnailaihirojiun.dari Allah kita datang kepada DIA,kita kembali. bukan setakat mendengar perkhabaran kematian semata,bahkan apabila ditimpa musibah pun lafaz ini sangat baik untuk diucapkan.memang semua yang berlaku itu adalah daripada DIA.

BILA DAPAT NIKMAT.

1. sebut dengan lidah-al hamdulillah

2.tunjuk melalui perbuatan-sujud syukur sebagai tanda berterima kasih atas nikmat yang Allah kurniakan.

3. jangan salah gunakan nikmat yang Allah beri itu ke arah kejahatan.sebaliknya perlu dijadikan pendorong ke arah kebaikan.

AKU?moga Allah jadikan kita hambanya yang tidak lupa diri.amin.

ALAHAI...

4 comments:

  1. insyaAllah....semoga kita tidak lalai dan leka dgn duniawi...dan tabah menghadapi musibah..tq sharing chempaka:)

    ReplyDelete
  2. mudah-mudahan selamat untuk semua.

    ReplyDelete
  3. Ketabahan utk menghadapi musibah selalunya bergantung kpd tahap keimanan seseorang itu kpd Allah s.w.t.sama samalah kita memantapkan lagi ketakwaan kita kpdNya.semaga kita semua jadi hamba yg tahu erti bersyukur dan redha dgn qada dan qadarNya.Insyaallah...

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala