berkongsi daripada apa yang aku dengar dalam WHI tengahari tadi.sebagai seorang wanita,kita tak lari dengan membawa beg tangan.semua sukakan.beg tangan ni ibarat teman seiring kitalah.kalau tak bawak tu rasa macam ada yang kureng!
bagi sebahagian orang,pilihan beg tangan dibuat dengan pelbagai aspek.ada yang mengutamakan jenama,warna,kesesuaian,saiz dan sebagainya.bagi aku sendiri bukanlah follower jenama yang menggila.sekadar mengikut kemampuan seperti pepatah kata ukur baju di badan sendiri! ha,itulah aku.tapi yang penting mesti beg tu mesti luas di dalamnya yang senang untuk masuk semua barang!kalian bagaimana?sudah semestinya beg yang besar dan berat itu mempunyai kesan risikonya pada jangka masa panjang.menurut pakar tadi,beg tangan yang berat apabila disandang di bahu dalam jangka masa lama,memang boleh memberi risiko.
antaranya sakit bahu,lenguh-lenguh badan dan mengganggu kepada kesimbangan postur badan dan tidak mustahil membawa kepada sakit tulang belakang. adalah lebih baik,selang selikan bahu untuk membawanya selepas 10 minit, tak pun agak bila dah lenguh tu tukarlah bahu lain pulak.
AKU? memang penuh macam-macam dalam beg tangan ni.sampaikan kata pakweku;tikus masuk masuk pun boleh sesat nak cari jalan keluar...hahaha...tapi lepas ni memang kena buat clearence!
ALAHAI...

No comments:
Post a Comment