pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Saturday, March 12, 2011

PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU,TERINGAT ZAMAN MUDA

Assalammualaikum semua...

aku baru saja selesai menyaksikan pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM)Piala Perdana Menteri.bukan berada di PICC tapi aku menonton di rumah je.hihii...

entah lah,aku memang minat dengan seni orator macam ni.sejak sekolah rendah lagi,memang aku minat untuk bertanding bercakap...hahaha...masa tu tak tahu lagi istilah pidato-pidato ni.masa tu istilahnya syarahan.sama ada syarahan dalam Bahasa Melayu atau dalam Bahasa Inggeris.bukan nak angkat bakul sendiri tapi itulah sebenarnya aku,ada saja acara macam ni,memang akulah orangnya.

kemudian minat itu dipupuk lagi dengan bimbingan cikgu sekolah menengah pulak.setiap tahun aku akan mewakili sekolah dalam pertandingan 'bercakap' ni.bermula di tingkatan satu hinggalah ke tingkatan enam,membawa nama sekolah ke zon,daerah dan negeri.

seingat aku,istilah pidato ni hanya digunakan masa aku tingkatan lima.masa tu pertandingan bertukar nama menjadi 'Pertandingan Pidato'.kejayaan besar dan manis bagiku,mewakili negeri kelahiranku ke peringkat kebangsaan di KL ketika di tingkatan 6.aku tak menang...hihii..tapi dapat bersalam dengan Agung pada masa tu Amarhum Yang Dipertuan Besar N9. tu memang kenangan manis...

semasa di IPT pulak,aku menyertai kelab seni orator untuk menambahkan lagi ilmu dalam bidang ini.masa ni aku aktif pulak dalam debat varsiti.memang pertandingan 'lawan bercakap' ni sesuatu yang mengajar diri menjadi lebih yakin,berani,berketrampilan dan sentiasa peka dengan setiap perkembangan semasa.sekaligus memupuk minat membaca juga secara tak langsungnya.

AKU?suka sangat dengan 'lawan cakap' ni tapi bukanlah berlawan untuk menegangkan benang yang basah.kalau dah salah,tak payah nak didebatkan...buang air liur je...hihii

*keputusan malam tadi:

kategori Nusantara
johan- Malaysia
n/johan- Brunei
ketiga - Singapura

Kategori Antarabangsa:
johan - Turki -siap bawak pepatah 'agi idup;agi gelaban'
n/johan - Rusia
ketiga - Australia

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala