pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Friday, March 4, 2011

RAMAINYA PENJAWAT AWAM MUFLIS? KEPERLUAN ATAU KEHENDAK...

Assalammualaikum semua...salam Jumaat,moga keberkatan jua untuk kita semua hari ini.

entri ini bukan untuk sesiapa,sebagai bacaan dan info semata-mata.
dalam akhbar Berita Harian semalam melaporkan seramai 1,086 penjawat awam muflis.Jabatan Insolvensi Malaysia merekodkan 1,086 penjawat awam diisytiharkan muflis pada 2009 dan 72.74 peratus atau 790 adalah lelaki.

mungkin ada yang kata, ah tak ramai mana pun.orang bukan gomen pun ada lebih dari tu.tak sibuk pulak masuk paper kan! memang tak dinafikan,orang biasa pun ramai jugak yang muflisnya.persoalannya di sini ialah,penjawat awam ni (orang gomen) adalah mereka yang sangat beruntung!masakan boleh sampai jadi muflis.ni lah yang masalahnya.

cuba kita tengok ye, kemudahan yang diperolehi oleh mereka penjawat awam ini.

1. LOAN/PINJAMAN-100% mudah diberikan oleh mana-mana sahaja institusi kewangan sama ada nak beli kereta atau rumah.pinjaman peribadi? pun sangat mudah untuk dibuat.KENAPA? lantaran kerana status kerja mereka itu yang tak memungkinkan risiko dibuang kerja.oleh sebab itulah pihak-pihak ini percaya akan kemampuan bayar balik mereka BERBANDING orang biasa yang terdedah dengan risiko dibuang kerja,gaji bermasalah dan sebagainya.sebab tu orang biasa susah nak buat loan,kena ada penjamin,slip gaji dan bla..bla lagi.

-bila dah mudah mendapat pinjaman,mula tukar kereta.dari kecik dah rasa macam tak sesuai.tukar yang besar pulak.rumah?macam tu jugak.bukan setakat ada sebuah rumah,sebaliknya berumah-rumah.kalau nak raya,buat renovation rumah.anak nak kawin pun buat renovation rumah.pendek kata kehendak yang melampau-lampau lantaran tidak terasa beban nak bayar.masa ni memang tak ingat.tapi apa kesudahannya?sampai bila nak bayar hutang je...

2.KAD KREDIT-ni pun satu 'along' yang sangat besar! tapi along ni berlesen.rata-rata macam kes kawan aku,(penjawat awam lah ni)ada lebih dari 1 kad.mungkin bagi sebahagian orang tak bersetuju dengan aku.katanya kad ni perlu/penting.susah-susah boleh guna! aduh...bukan susah boleh guna,kadang tu tak susah pun guna jugak! macam mana tu? bila dah terover spend,dah sakit kepala nak bayar.mula timbul angin satu badan.dah tak tahu macam mana nak bayar.apply kad lain.ingat boleh selesai masalah? tak juga...tu yang akhirnya diri tersenarai dalam list 'muflis'. sebab apa? sebab KEHENDAK MELEBIHI KEPERLUAN.

memang tak dinafikan kepentingan kad kredit,tapi bila namanya kredit,maknanya kita berhutang di situ.bila hutang kenalah bayar.ini masalahnya,dah hutang tak nak bayar pulak.tu yang jadi tak bagusnya.selalunya kalau bayar pun,bayar yang minimum sahaja sebagai contoh RM50. walhal hutang bulan tu katalah RM800.bulan depan,hutang lagi RM800 dan mungkin lebih.tapi bayar tetap RM50 jugak, lupa yang asal pinjam dan jumlah balance sepatutnya kena bayar beserta kadar interestnya sekitar 18%(tinggi tu..!)

ANTARA MASALAH YANG TIMBUL:

1.Menerima panggilan bertalu-talu daripada pihak bank yang mendesak anda supaya bayar hutang kad kredit dengan kadar yang segera tanpa sedikit pun ingin mendengar alasan anda

2.Disenaraihitamkan dalam sistem maklumat kewangan bersepadu bank negara (CCRIS)

3.Hutang akan terus meningkat

4.Mengalami tekanan akibat memikirkan masalah hutang yang semakin banyak

5.Credit limit akan mencapai hadnya .

Akhirnya?...

AKU?memang tak pakai kad kredit ni.pakai cash kad.kalau rasa penting nak beli,baru beli.perancangan kewangan sangat penting.memang hidup kita kadangkala menuntut itu dan ini apatah lagi orang sekeliling semua ada itu dan ini.TETAPI bila terjadi masalah,orang tersebut tidak mampu menolong kita,sebaliknya kita yang terkapai-kapai seorang diri.

ALAHAI...

2 comments:

  1. yg sedihnya,kebanyakan yg muflis ni,org kita melayu.memang benar kata Dr M melayu mudah lupa.yelah...lupa yg setiap hutang tu mesti dibayar.waktu buat pinjaman memang tak terfikir macam mana nak bayar.berubahlah orang melayu....kita ni dah terlebih manja.

    ReplyDelete
  2. setuju.time nak berhutang kita sanggup je dengan syarat dan termanya,tp syang bila dh smpai masa nak byr balik tu yg liat.sampaikan yg pemberi hutang pulak yg terpesan mencari dengan tebal mukanya,sampai nama yg baik pun boleh tercalar dek kerana hutang.memang sangat bahaya apabila namanya "HUTANG" ini tidak dijelaskan.

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala