pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Monday, March 28, 2011

SEBULAN SUDAH BERLALU...CINTA DAN RINDU TETAP BERSATU


Assalammualaikum semua...

hari ini genap sebulan sudah kami menjadi pasangan suami isteri jarak jauh.namun dek karana adanya teknologi masa kini,maka dapat aku dan anak-anak menatap wajahnya,mendengar suaranya dan berkongsi serba sedikit cerita.al hamdulillah.

kalau selama ini kami berempat beserta 2 ekor kucing di rumah,kini tinggal aku anak beranak dengan kucing aku yang masih sama jumlahnya.meneruskan rutin seharian macam biasa cuma bagi aku sendiri,sedikit bertambah kerja-kerja rumah yang hendak dibuat.

maklumlah,sebelum ini ada kerja yang memang menjadi tugas dia,kini aku yang ambil alih.siapa yang ada anak kecil pastinya tahukan betapa penat seharian di rumah melayan karenah mereka.sekejap dia nak makan,sekejap nak mandi,sekejap main air,bersepah,tumpah sana sini, macam-macam....(macam itu jugakkah kita dulu-dulu? terima kasih untuk arwah mak...)

bukan untuk mengungkit sekadar menjelaskan keadaan.(redha itu aku harapkan...AMIN) ramai yang kata suri rumah ni kerjanya enteng!tak macam kerja di ofis...aduh...siapalah yang berfirian cetek begitu?

banyak-banyak kerja,KERJA nilah yang tak ada hujungnya.sejak bangun pagi sampai nak tutup mata ada je kerjanya.sampaikan dalam tidur pun otak masih berputar nak fikir-"nak buat breakfast apa esok?/cili dah blend ke belum?esok nak masak apa lunch?...bla...bla...sebab itulah dia selalu pesan kat aku;

"buat mana yang awak larat je.lain-lain tu tinggalkan.nanti saya buat.
masak simple pun tak pe,asal boleh makan.tu yang penting awak
dapat jaga Sakinah dan Hakimi."

kadang tu,bila time menyusukan Hakimi tulah aku terlelap sekejap.ni kalau tak kejut memang terus lena,jadinya kerja yang masih tertinggal dialah yang buat.al hamdulillah,dia tak berat tulang nak buat kerja basuh pinggan,basuh baju,iron baju waima lipat baju jugak!al hamdulillah.tu yang bila time datangnya 'angin' tu,istigfar balik -nak marah-marah dia juga yang tolong aku.

bila dia duduk jauh ni,memang aku terasa sangat.selalu dia dapat membantuku,tapi kini semua di pundakku.tapi orang kata; 'alah bisa tegal biasa' YES!!! pastinya aku akan menjadi biasa selepas-selepas ini.

AKU? walaupun berhubungan jarak jauh namun cinta dan rindu ini sentiasa bersatu dan sentiasa segar bugar...moga Allah lindungi aku dan anak-anak di sini dan dia di sana.amin...

ALAHAI...

2 comments:

  1. pasangan jarak jauh ye? kena kuat ye cempaka .. demi mereka2 yg kita syg.

    ReplyDelete
  2. t kasih kak cik.ye,hubby tk de sni.

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala