pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Friday, March 25, 2011

KERANA REZEKI MASUK NERAKA?

Assalammualaikum untuk semua...salam Jumaat,moga keberkatan dan baik-baik sahaja hari ini.

sedikit perkongsiaan yang aku dengar daripada siaran Al Hidayah di TV3 tengahari tadi oleh Ustaz Muhammad Abdullah,berkenaan dengan rezeki yang boleh membawa kita ke neraka.*peringatan untuk diri sendiri dan untuk semua.

terdapat 7 PERANGKAP REZEKI YANG MEMBAWA KE NERAKA:
1. RIBA
2.GHARAR-sesuatu yang tidak pasti puncanya
3.RASUAH
4.CURI
5.PENIPUAN
6.IHTIQAR-hasil monopoli terhadap sesuatu dengan tujuan untuk mendapat keuntungan di kemudian hari-contohnya: sorok tepung,dengan tujuan bila harga naik nanti boleh jual.maka keuntungan daripada itu dipanggil IHTIQAR
7.UPAH YANG HARAM-khususnya daripada sesuatu pekerjaan-contoh:sebagai pembunuh upahan.

manakala ciri rezeki yang tidak berkat itu dapat dilihat daripada keadaan seperti ini:
1.hidup tak membuat kebaikan
2.hidup dalam keadaan tidak tenang selalu
3.hidup sentiasa berasa tidak sukup sahaja

sebaliknya ciri dikurniakan rezeki yang berkat pula ialah:
1. hidup semakin kaya
2. hidup semakin senang
3. hidup dalam tenang
4. berasa cukup semuanya
golongan ini mempunyai 2 prinsip:-
1: jika tiada-rasa reda
2: jika ada -rasa bersyukur

BAGAIMANA NAK DAPAT REZEKI BERKAT?
1.pekerjaan mengikut syarak
2.pekerjaan dilakukan dengan cara/kaedah yang betul
3.pekerjaan tidak membawa kepada lupanya kepada rukun Islam dan rukun iman.

AKU?al hamdulillah.cukup apa yang ada.tak terlebih,tak terkurang.moga DIA memberkati semuanya yang diberi.amin...

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala