pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Monday, May 31, 2010

IKAN CENCARU BAKAR bersama AIR ASAM Pehhh...


menu Isnin-permulaan hari. sesuai dengan cuaca sejuk petang nie maka sesuai sangat dengan menu hari ini- ikan cencaru bakar bersama air asam. yg pehh...nye kerana cili padi tu...hilang rasa sejuk badan!
BAHAN-BAHAN

ikan cencaru@ikan jaket
cili padi-ikut suka banyak mana
belacan Melaka-boleh jugak belacan lain
tomato dipotong dadu
gula
air asam jawa
kicap
bawang besar dipotong dadu

1. gaulkan ikan dengan sedikit garam dan bakar
2. untuk air asam- tumbuk@kisar cili padi dengan belacan,gula
(kalau aku, lebih suka tumbuk lagi...kampung style)
masukkan air asam jawa (pastikan guna air masak ye!),
bawang merah yang telah dipotong dadu- pecah2kan sedikit,
tomato dan kicap. kalau nak cair, tambahkan sedikit air masak.
dah pun siap...

ALAHAI...

Sunday, May 30, 2010

PUMPKIN- kuih kesui@kasui


kuih kesui@kasui ..entah macam-macam panggilan... aku pulak biasa panggil
kesui. normally kuih kesui ni tak de apa-apa perisa kan?...tapi yang ini pulak, kita tambah perisanya dengan pumpkin@labu.
kuih ni kita tak perlu lagi nak makan dengan kelapa, makan gitu jer. ni cara2nyer...

INGREDIENTS

(A)
1 tbs dry yeast
1 tbs sugar
2 tbs flour
60 ml water

(B)
200gm pumpkin- boil and mashed/blend)
200ml coconut milk
300gm flour
180gm sugar
2 tbs baking powder
1 no eggs
* small plastic cup

1. combine A and mix together. put aside for 30 minit.
2. combine B and mix together and put aside for 10 minit.
3. combine A to B and pour into small plastic cup.
4. boil the water in the pot, when the water is boiling, then put the kuih
in for 20-30 minit.leave the kuih until they cool then kuih ready to serve!

ALAHAI...

Saturday, May 29, 2010

KETAM SUP dengan TELUR


kalau diikutkan aku jarang teramat jarang masak ketam. last rumahku menerima ketam ialah masa aku baru lepas kawin 9 tahun dulu. masa tu aku buat ketam masak lemak cili padi. apa jadi? bibirku tebal macam bibir seksi Anita Sarawak, mataku bengkak-bengkak, jari jemari dah jadi merah....itulah penangan ketam . sejak itu "selamat tinggal wahai ketam...." kali ni pakweku bawak balik ketam yang masih hidup sebab kata doktor aku hanya boleh makan makanan laut yang segar sahaja...

kalau dah namanya ketam baru-segar lagi...tak payah masak susah-susah. kita buat sup ketam dengan telur.

BAHAN-BAHAN

ketam

halia, bawang putih dan merah- dikisar
serai dititik
rempah sup atau sup bunjut
tomato
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
2 biji telur
air secukupnya

1. panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
2. apabila dah naik bau, rempah sup yang dibancuh dengan
sedikit air, serai dan tomato.
3. masukkan ketam dan tambah air jika perlu.
4. masukkan garam secukup rasa
5. apabila ketam kelihatan masak, pecahkan telur dan kacau,
bolehlah ditutupkan api. siap dah untuk dihidang.

ALAHAI...

Thursday, May 27, 2010

IKAN MERAH masak SUP.


petang ni plan nak balik kg-masak pun hanya untuk makan aku 3 beranak jer. menu yang ringkas tambahan pulak selera pun bukan nak makan sangat... jadinya menu hari ni Ikan Merah masak Sup

BAHAN-BAHAN

ikan merah
halia, bawang putih dan merah-dikisar
buah pelaga, sedikit kayu manis
cendawan putih@tiram
brocolli
carrot
lada benggala
tomato
rempah sup dibancuh dengan sedikit air
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
air secukupnya

1.panaskan minyak, tumis bahan kisar, masukkan buah pelaga
dan kayu manis -kacau sehingga kekuningan
2.masukkan rempah sup yang telah dibancuh dengan air dan
kacau hingga naik bau.
3.masukkan air (ikut suka banyak mana kuah yang dikehendaki),
ikan dan carrot
4.apabila ikan separuh masak, masukkan brocolli, lada benggala,
cendawan, tomato dan garam. kacau seketika dan tutup api
- siap untuk dimakan!

ALAHAI...

Wednesday, May 26, 2010

APABILA PANGGILAN NYA DATANG

#catatan setelah 5 hari berlalu...

21/5/10- malam tadi sebaik sahaja mengambil Sakinah dr KUMON, kami makan malam di luar. Memang menjadi kebiasaan kami makn di luar pada hari-hari macam ni.
Mencuba di kedai yang baru, aduhai punyalah lamanya. Aku dah cakap kat pakweku; “namapaknya first nd the last lah datang sini. Payah nak rekomen kat orang!” tunggu punya tunggu sampaikan anak kecikku pun dah menangis, berhenti, menangis dan akhirnya zzzzzz

Tak sampai 50meter kereta kami nak sampai ke rumah, aku medapat penggilan daripada kakakku – “dik, mak dah takde...” innalillahi wainnal. ,ililah hirojiunn.... terpana seketika, bingung seketika , hilang kata-kata untuk diluahkan. Pakwe ku bertanya, anakku Sakinah bertanya kenapa....lemah aku menjawab...”Na, mama dah tak de mak lagi...nenek dah meninggal ....”

Terus aku menyiapkan keperluan anak kecikku sambil tangan tak tahu nak kemas yang macam mana. Tak pernah macam ni! Selalunya ku susun baju elok-elok tapi malam ni aku main sumbat jer.... Sakinah ku suruh kemas sendiri baju. “bawak baju kurung, tudung..itu jer yang mampu aku katakan. Entah aku tak tahu diriku... pakweku memahaminya- dia hanya menyuruh aku kemaskan baju-baju jer yang lain, dia buat.

Sampai di kampung jam 2.30 pg- mak sudah ditutupi kain di tengah rumah dengan sebahagian adik beradikku yang sudah berada di sisi.

Yakinlah bahawa apabila panggilanNya datang sedikit pun tidak lambat atau tercepatnya. Mak...rasanya baru sahaja 2 minggu lepas aku menaip luahanku sempena hari ibu dan hari ini sekali lagi aku menulis lagi. Mak....tapi kali ini jauh berbeza.

Pemergian mak adalah penghakhiran yang terbaik yang Allah tentukan. Setahun setengah mak diam kaku, menahan sakit yang hanya dia sahaja yang tahu, makan tidak, bercakap tidak, hanya memandang wajahnya yang lesu .

Syukur berbanyak syukur- pengurusan jenazah mak berjalan lancar. Pagi Sabtu- cuaca mendung disertai dengan hujan renyai-renyai seakan-akan bersama berkongsi kesedihan kami sekeluarga.

Syukur kepadaMu Ya Allah-kau permudahkan segalanya untuk mak. Anak kecilku yang sporting-tidur dan tak banyak ragam membolehkan aku memberi khidmat terakhirku buat mak. Aku mengajikan untuk mak, sayang tak mampu dikhatam, aku dapat memandikan jenazah mak, aku dapat mengkafankan mak seterusnya mengiringi langkah terakhir jenazah mak ke tempat persemadiannya.

Air mata yang ku tahan dari awal akhirnya gugur jua tanpa ku pinta! Sayu hati tatkala memandikan jenazah mak. Awal-awal lagi sudah kuberitahu kepada tetamu yang datang bahawa urusan mandi ini hanya untuk anak menantu dan cucu sahaja. Biarlah segala apa yang kami lihat, hanya kami yang simpan rahsianya. Ya Allah, kulit mak yang selama ini mengelupas kering, dah jadi licin macam kulit dia masa sihat dulu cuma lukanya sahaja yang masih belum baik.

Air mata ini gugur lagi tatkala membantu mengkafankan mak...ku insafi diri...moga insaf ini sentiasa ada dalam diriku...mak hanya membawa helain kain putih yang menyaluti badannya. Benarlah kata orang; duit berkoyan tapi bila mati kain putih yang harganya semeter rm3 itu sahaja yang menjadi pakaian kita.

Alangkah!!! Mak disempurnakan seolah-olah mahu mengerjakan sembahyang. Bak kata anakku Sakinah yang sentiasa ada di sisi; “ma, cantilah nenek. Nenek macam sihat jer.” Apa taknya, jenazah mak siap ditelekungkan,dicelakkan, dibedakkan dan keadaan ini sama seperti yang pernah kulihat sewaktu mak nak pergi menunaikan ibadat haji. Lengkap berpakaian telekungnya. Ketika ini memang air mata ini gugur lagi, dan lagi.... sehinggalah aku menjadi orang terkhir yang memberikan ciuman terakhir buat mak. TERAKHIR DALAM HIDUPKU.....

Ya Allah, aku tidak dapat ketemu mak lagi selepas ini....
Jenazah mak dibawa dengan van jenazah yang disediakan. Inilah perjalanan terkhir buat mak meninggalkan kami 8 beradik, tinggalkan rumahnya yang susah nak tinggal masa dulu-dulu... ku iringi mak ke tempat persemadiannya.

Kubur mak bersebelahan dengan kubur arwah abah. Moga mereka diketemukan di alam mereka kelak. Sekali lagi sebak ini datang, melihat jenazah dimasukkan ke liang lahad yang saiznya...subbahanAllah- keinsafan untuk kita yang berada di muka bumi ini yang mempunyai segala harta, rumah besar= semuanya tinggal!!!

....Hajah Nyonya; “ingatlah akan datang padamu dua orang malaikat – janganlah takut dan gentar. Jawablah dengan tenang soalannya; siapa tuhanmu, apakah kitabmu? Siapa saudaramu? Apa kiblatmu? Siapa ikutanmu?...” sebahagian bacaan talkin daripada imam bertugas yang juga merupakan satu peringatan kepada aku yang masih hidup ini.

Urusan pengkebumian mak selesai pada jam 11pagi. Al hamdulillah...semua selamat. Kini yang tinggal adalah kenangan yang terindah dalam hidup...Allah berikan aku 34 tahun untuk merasa hidup adanya seorang “MAK” dan hari ini Allah mengambilnya semula!

Tiba masa untuk aku pulak memberi sepenuh kasih sayang kepada pinjaman Allah yang ada padaku kini. Kata pakweku ;” awak bukan lagi anak yatim piatu tapi anak yatim kematu”... apa-apa pun aku kini sudah tidak ada keduanya.

Mak...ku titip doa dan fatihah selalu buat mu mak. Sama juga seperti yang aku lakukan untuk arwah abah..moga mak bahagia di sana dan berada di kalangan para soleh dan solihin. Anakmu ini tidaka akan sesekali lupa itu tentang itu mak! Moga pemergiaan mak ini memberi ruang silaturrahim yang lebih baik buat anak-anak mak yang tinggal ini mak. Amin.....

Ya Allah, kau berikan kebaikan kepada kedua orang ibu bapa ku, keampunkan kepada mereka, tempatkan mereka di kalangan orang yang Engkau kasihi Ya Allah...

Friday, May 21, 2010

KERISI GORENG BERLADA


hari ni masak untuk lunch ajer. biasalah malam nanti nak pi makan luar. jadinya simple-simple jer pun dah cukup. ada karbohidrat, protein dan sayur.selalunya kalau ikan kerisi, aku suka buat goreng berlada macam ni... dapat pulak tu kalau yang besar-besar sikit...isinya lembut.

BAHAN-BAHAN

ikan kerisi
lada merah
bawang putih
bawang besar
asam keping
garam secukupnye
serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng

1. goreng terlebih dahulu ikan kerisi tersebut dengan garam dan kunyit seperti
biasa dan ketepikan dahulu

2. kisar lada merah dengan bawang putih
3. panaskan kuali, tumis bahan kisar tadi sehingga agak garing,
untuk berkuah, masukkan air.
4. campakkan 1@2 keping asam jawa, sedikit garam dan bawang besar yang
dipotong bulat
3. kacau-kacau seketika dan tutup api dapur dan bolehlah dicurahkan
ke atas ikan yang siap digoreng tadi. bolehlah dihidangkan. cepatkan?

ALAHAI...

Berakhlak Buruk Walau Bertudung : Soalan & Jawapan

artikel ini saya petik daripada ulasan Ustaz Zaharuddin. terima kasih Ustaz! untuk renungan kita bersama kaum wanita di pagi Jumaat ini. semoga ada yang boleh dimanfaatkan. semoga Allah membukakan hati-hati kita untuk terus melaksanakan perintahnya.

Melihat komentar di nota saya berkenaan 'Don't Judge A Book By Its Cover', masih wujud soalan-soalan berkait berkenaan menutup aurat, bertudung tetapi berperangai buruk dan bercanggah dengan akhlak Islam. Justeru, bagi menjawab dan mengulas hal itu, saya siarkan sekali lagi artiel yang telah pernah disiarkan di nota FB saya pada bulan Januari yang lalu sebagai bacaan semula dan rujukan semua.

____________________________________________________________________________
SOALAN

Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.

Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).

Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.

Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.

Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.

Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.

Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...

- Diera -

JAWAPAN

Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-

1) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.

Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-

* Aurat wanita apa sudah jadi?
* Wanita, aurat dan Kerjaya

Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.

Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.

Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.

Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.

Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.

Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!

Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.

Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.

Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.

Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.

Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.

2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.

Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sbeelum ini di artikel : Bertudung Sambil Hina Hukum

Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.

Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.

Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.

Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.

Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.

Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel ‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi'

Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha

Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.

Sabda Nabi :-

خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..

Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.

Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.

Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi.

Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.

Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :

Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat.

Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.

Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi.

Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.

Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.

4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.

Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini.

Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.


Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
original article : http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=898&Itemid=72

Thursday, May 20, 2010

HOBI membazir ATAU tidak

bercakap pasal hobi...semua orang ada hobi?tengahari tadi, aku menonton siaran Wanita Hari Ini berkaitan isu hobi membazir.emm...betul jugak ye, sesekali kita kena fikir juga sama ada hobi@kegemaran di masa lapang itu membazir atau tidak!

apa hobi aku ye? selain suka mencuba resipi-resipi baru, suka membaca, pergi jalan-jalan, suka gak mengumpul barang kemas...hobi ker tu? hehehe...dalam hobi ada pelaburan. dan sekarang hobi melayan fb dan blog, adakah membazir?

selama ini kita hanya ingat membazir itu ialah apabila kita terlalu banyak menghabiskan wang utuk hobi kita tu...tetapi sebenarnya menurut pakar kewangan dalam rancangan tu- Puan Laila Johari, pembaziran hobi dikatakan berlaku apabila barang yang kita beli tadi tidak digunakan sepenuhnya. berlaku pembaziran wang, pembaziran masa membeli yang sepatutnya kita boleh gunakan untuk membuat perkara yang lain, pembaziran tempat simpanan di rumah dan sebagainya.

sebagai contoh; kepada penggemar beg tangan- mereka ghairah mengumpulnya sehingga memenuhkan ruang simpanan yang sepatutnya boleh menyimpan barang yang lain. tetapi apabila ditanya, berapa kerap beg-beg itu dipakai , sudah tentu jawapannya TIDAK SELALU.biasanya juga hanya 2@3 sahaja yang kerap digunakan dan yang lain hanya duduk terdiam sahaja. nah, inilah membazir namanya. wang yang dibelanjakan terdiam di situ dengan nilai yang sepatutnya boleh bertambah kalau disimpan di institusi kewangan

begitu juga kepada minat terkini rakyat Malaysia (termasuk aku) terhadap laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, My Space, Blog dan sebagainya. ia dikatakan hobi membazir sekiranya kita asyik leka dengannya sehingga mengabaikan tanggungjawab yang sepatutnya.(aku pastikan dulu kerja rumah dah beres baru boleh membuka internet ni-dah janji dengan hubby)

pernah aku terdengar daripada seorang kawan yang suaminya gila bermain game di FB sampaikan pukul 3-4 pagi. inilah yang membazir! alangkah baiknya masa itu digunakan untuk solat sunat tahajjud misalnya atau pun tidur sahaja. ialah tidur yang cukup akan menjadikan kita ceria dan dapat bertugas dengan baik pada keesokkan harinya. betul tak?

lagi satu hobi yang dikaitkan membazir ialah memancing! hobi yang dikaitkan dengan kaum lelaki-adakah membazir?pakweku kaki pancing. aku selalu mengingatkan dia supaya tidaklah beria-ia memancing sampai tinggalkan keluarga berhari-hari,ingat solat, jangan pergi memancing jauh-jauh sangat dan macam-macam pesan lah...

baru-baru ni, pakweku pergi memancing ke Terengganu. sebelum tu dia dah berbelanja untuk membeli perkakasan yang baru(ni bajet dia,tak melibatkan apa-apa padaku). tak pelah sebab katanya, nak memancing laut dalam ni, alat-alatnya lain. dikatakan membazir ialah masa memandu yang sangat jauh, kira-kira800km lebih, penat dan letih sehingga mengambil cuti pada keesokkan harinya, hasil yang kurang( ni kuasa Allah).

secara peribadi,aku berpendapat bahawa hobi itu dikatakan membazir sekiranya dengan hobi kita lupa tanggungjawab, lupa diri, lupa keperluan keluarga terutama isteri, anak-anak.jangan kerana hobi belanja keluarga terpaksa disekat,masa terpaksa dikorbankan, inilah yang tak baiknya hobi!

TETAPI- sekiranya individu itu mampu merealisasikan hobinya TANPA merugikan atau membazir kepada mana-mana pihak,SILAKAN. lebih baik lagi hobi itu turut disertai oleh seisi keluarga!

ALAHAI...

MARBLE CAKE lily


malam tadi sambil pakweku ambil alih tugas mengajar, aku pun membancuh adunan kek ni. pagi ni Sakinah nak bawak ke sekolah agama dia. ada jamuan kelas untuk hari guru.

kek yang kuberi nama KEK MARBLE LILY ni sempena nama kawanku Lily yang memberi resepi ni pada tahun 3/5/1997 sewaktu kami bersama di Turkmenistan. tq Lily

INGREDIENTS

100gm butter
2 cup four
2 cup sugar
3 eggs
2 tbs coco powder
200 gm plain yogurt
1 tbs baking powder
1 ts soda bicarbonat

1. mix eggs with sugar until white colour
2. add butter, yogurt,baking powder,soda bicarbonat and mix together.
3. add flour and divide to 2 part:
half=original colour (yellow)
half=add with coco powder
4. grease baking pan with butter@marjerine and bake for 40 minute.


memang mudah sekali dan cepat! tak abis lagi anakku dengan kerja sekolah dia, kek ni dah masak!
ALAHAI...

Wednesday, May 19, 2010

BUBUR NASI saqinah dan ikan bilis goreng darat


kali ni menu yang agak 'sempoi'sikit lah. emm... selera tak berapa best sangat lagi..tapi menu ni walaupun simple tapi dah cukup complete zatnya. boleh dimakan untuk seisi keluarga. jangan ingat bila demam jer boleh makan bubur tapi hari biasa pun boleh gak!yang penting idea kita untuk mengubahnya!

BAHAN-BAHAN

beras secukupnya
daging/ayam (daging lagi sedap)-potong kecil
bawang putih, bawang merah, halia-dikisar
lada hitam (jika suka)
udang kering
carrot
jagung manis-separuh
kacang panjang-potong kecil
sebiji kentang-potong dadu kecil
kacang tanah-ikut suka
rempah sup
serai
sedikit santan
sedikit kismis
air
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

1. panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, merah dan halia
hingga naik bau
2. campurkan sedikit rempah sup dengan air dan kacau garing
3. masukkan daging, masukkan beras dan air secukupnya.
4. masukkan udang kering, lada hitam (jika suka, boleh diganti
dengan cili padi(potong kecil) )
5. masukkan bahan yang keras dahulu-carrot, kentang, kacang tanah,
jagung manis
6. apabila nasi sudah separuh kembang, masukkan kacang panjang,
kismis,garam,serai yang diketuk serta santan. masaklah bubur
sehingga nasi menjadi kembang sepenuhnya.
siap untuk dihidang!

* untuk anak-anak, hiriskan sedikit pisang...makan bersama bubur ni.
juga untuk orang besar,sedap dimakan bersama sambal bilis goreng
darat macam ni:

sangat mudah! cepat dan sedap!

BAHAN-BAHAN

ikan bilis
bawang belah belah 4
cili padi/cili merah
limau kasturi
minyak untuk menggoreng

1. panaskan minyak-goreng ikan bilis sehingga garing
2. masukkan bawang dan cili
3. perahkan limau dan angkat.dah siap!

ALAHAI...

Tuesday, May 18, 2010

ALAHAI ...KALAU DAH SAKIT


ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara!... dan apabila sakit, satu badan rasa lemah, tenaga hilang, selera pun tiada, apa yang dirasa cuma mahu tidur,tidur,tidur...

aduh..dah 2 hari aku tidak melayan FB nak membuka blogku ini, gara-gara diserang sakit perut yang teramat sangat. sakit perut mengelodok-gelodak, disusuli dengan cirit-birit, muntah-muntah sehingga tinggal air hempedu sahaja!, sakit kepala pulak...alahai....

asalnya sakitku pada pukul 4 pagi lagi tapi aku tahan jugak. yelah kalau nak ke klinik, anak-anakku sedang syok tidur, jadinya pakweku kata..tunggu pagilah..

pagi ni, tiada sarapan. aku sediakan sosej goreng untuk bekal Sakinah dan oat untuk minum pagi. memang aku tak larat! sampaikan nak pegang teko nak bancuh air pun boleh jatuh terhempas!

pakweku nak cuti jer pagi ni, tapi aku menahannya dengan alasan aku ni kuat lagi, boleh tahan...tak payah susah-susah. tapi sebenarnya...Allah sahaja yang tahu perutku ini.bukan apa, aku sayangkan cuti pakweku ni. aku ingat biarlah cuti sekolah nanti dia ambil cuti -boleh bawak Sakinah jalan-jalan.

Sakinah pulak bila tengok aku semacam jer pagi ni, meja pun tak de apa, gelabah jugak dia! dia gosokkan aku dengan minyak cap kapak (minyak rasmi famili kami)kat kepala dan perut...sambil tu sempat jugak aku meraih perasaan dia...hehehe...(aku katakan...Na, agaknya mama ni nak masuk hospital kut, yelah kat rumah ni, ina kata mama suka marah kan..." apa lagi..dia buatlah drama sebabak dia di pagi hari!

dia pulak yang nangis! dia kata aku pregnat pulak sebabnya masa aku pregnat yang kecik ni, aku selalu kene pening kepala dan muntah-muntah!....hish...hish...

selepas pakweku menghantar Sakinah ke sekolah agama, aku, dibawanya ke klinik. ingat bolehlah dapat awal. tidak sama sekali. masaku pergi jam 8.30pg aku dh dapat no 18. punyelah lama nak tunggu...gelodak perut ni dah tak menahan lagi. sekajap datang...sekejap pergi...alahai...

bila sampai masa diperiksa, doktor kata mungkin aku keracunan makanan. semalam aku makan kat rumah. mertuaku yang masak. ooo ye baru teringat petang semalam aku ada beli rojak yang berhampiran klinik ni.. memang aku sorang yang makannya.sah! kata doktor mungkin itu sebabnya. doktor ni pun pernah kena macam aku rasa ni gara-gara makan rojak di kedai yang sama!...tapi syukur lain-lain penyakit tak ada !

ubat dibekalkan untuk 8 jam sekali makan. hari ni tengahari pakweku cakap tak payah masak- beli nasi bungkus jer. aku disuruh berehat... lagi pun memang aku tak berdaya!bila dah makan ubat ni...memang aku rasa nak tidur jer..aku katakan pada pakweku supaya dia pergi kerja..sayangkan cuti dia..

* ketika sakit ini tidak lain yang kita mahu-PERHATIAN daripada insan-insan tersayang. syukur- suami yang memahami dan anak-nak yang mengerti. sakit beransur pulih tetapi ketika jari jemari ini menaip, masih ada sesekali gelodak itu datang..pergi...datang ...pergi...

Ya Allah jika sakit ini ujianMu kepadaku sebagai tanda sayangnya Engkau pada hambaMu ini...aku redha Ya Allah

ALAHAI...

Saturday, May 15, 2010

16 Mei- SELAMAT HARI GURU

Teringat di zaman sekolah dulu – bila ada sambutan hari guru, bestnyer sebab tak payah bawak buku... emm... tak belajar la maksudnya. Hari tu hari kami berhimpun, dengar ucapan guru besar/pengetua, ucapan menteri la dan macam-macam lagi.

Kami dikehendaki bersila kat dalam dewan sebabnya? Lenguh nanti kalau berdiri, banyak sangat acara pagi ni...hehehe...ucapan? fuh dah tentu banyak. Lepas tu adalah persembahan daripada pelajar-pelajar. Masa ni kalau ada yang nak buat nakal ker, tak per, cikgu displin buat do no jer. Hari GURU lah katakan...

Dah 15 tahun aku meninggalkan gelaran sebagai seorang pelajar sekolah. Aduh... seronoknya bergelar “pelajar”. Apa taknya, hidup hanya memikirkan tentang belajar, belajar dan belajar sahaja. Masak? Tak payah. Bangun pagi nak buat sarapan? Tak payah. Kena marah ? ada juga tapi taklah tension macam masa kerja- kena marah dengan bos! Kerja banyak? Adalah kerja sekolah tapi taklah macam orang kerja yang kerjanya dari pejabat bawak balik ke rumah, sambung pulak pada hujung minggu...pendek kata aghhhh... aku enjoy student life!

Bila sebut guru@cikgu...ada cikgu yang aku suka, ada gak yang tak suka..ops...tu masa dulu-dulu... dah berusia begini semua itu cikgu-cikguku yang telah berjasa dalam hidup ini. Ampun dan maaf cikguku semua!

Kenangan hari guru- masa upper six... flashback the memory.. aku sebagai ketua pengawas sekolah-bertugas untuk merangka majlis sambutan hari guru. Emm... sebagai wakil pelajar, aku kenalah menyampaikan ucapan pada pagi tu untuk guru-guru . bukan tak biasa berucap, tapi yang ini, isinya lain! Hehehe... kata kawan-kawan ;” dik, bodek la tu...” macam-macamkan. Ialah masa nilah nak tengok muka cikgu-cikgu senyum jer seharian tu. Cikgu Jamil... cikgu zurali.. pasal displin-displin ni tolak tepi arrr...

Selain tu, kami mengelolakan acara sukan –perlawanan antara pelajar dan cikgu-cikgu. Masa nilah nak kenakan cikgu! Main tu lah serius sangat pun- kasi chance cikgu menanglah! Lagi satu acara yang best- anugerah pelbagai kategori... ada kategori guru berpersonaliti ( ni macam pakai tu nampak padan je dengan baju, kasut dll),guru tergarang, guru kreatif, ... (lupa dh...)

satu lagi... bab nak kasi hadiah! mana-mana cikgu yang favourite student tu... banyak lah dapat! teringat aku kat seornag kawan- MIS KCM dengan cikgu MDH..hahahaha... mana budak kelas aku tau la!kelakar sangat. Ya Allah rasanya baru semalam aku tinggalkan SDHTK! kenapalah budak-budak sekarang tak suka pergi sekolah ye?

memori yang akan tetap teguh terpahat...asam garam pelajar.. tak puas rasanya. tak pernah sedikit pun rasa jemu nak pergi sekolah. pernah arwah abah bertanyaku sewaktu aku tak dapat ke mana-mana IPT selepas SPM-" nak kawin ker atau nak sekolah lagi...( masa tu ada lah orang nak merisik..hisssss..)," aku pantas menjawab "nak sekolah ". tidak sekali aku ingin menamatkan sekolahku dengan begitu cepat!...

tamat belajar di UM, aku bekerja sebagai guru di sebuah sekolah swasta selama 7 tahun.- seronok yang berbeza. seronok rasanya bila hari guru diraikan oleh pelajar-pelajar, dapat hadiah, dapat kek...terima kasih semua! dan hingga ke hari ini, aku masih dipanggil "cikgu" oleh bekas anak-anak muridku.

kini... aku adalah guru kepada dua anakku di rumah.. tapi mereka tak tahu yang mama dia nilah sebenarnya "cikgu" awal ,mereka. cikgu yang mengajarnya untuk bercakap, mengenal ABC, memegang pensel,mengira...bla..bla dan seribu satu macam perkara! Ya Allah , berikan aku seribu ketabahan, kekuatan untuk aku terus berjuang mengajar anak-anakku yang bijaksana ini. ( mengajar anak... fuh.. lebih mencabar daripada mengajar anak orang! tapi aku redha)

anakku Sakinah, semenjak dia ke tadika lagi(5 tahun), aku dah mengajar dia untuk menghargai dan meraikan hari guru. aku ajar dia untuk membuat kad, memberi hadiah. sebab apa? SEBAB, aku pernah rasa betapa berbunga-bunganya hati seorang cikgu apabila ada pelajarnya menghargainya! tambah-tambah bila ada sambutan macam ni.

setiap tahun, Sakinah akan memberi cikgunya kad atau pun buah tangan. untuk hari Isnin ni (hari guru di sekolah), awal-awal lagi, sudah dipesan padaku untuk membuat kek untuk dibawa ke sekolah.pastinya aku tidak menghampakan permintaannya. aku juga ingin meraikan hari guru anakku yang telah berjasa mengajar anakku di sekolah!

kepada semua guru-guruku- dari Tadika lagi, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan kini. sekalung perhargaan buat kalian semua. ku titipkan doa selepas sembahyangku agar semua guruku diberkati Allah.

juga kepada guru anakku- terima kasih untuk kalian. selamat hari guru

kepada semua kawanku yang kini bergelar GURU- selamat hari guru! kalian memang insan yang super! jalankan tugas anda tanpa jemu moga ada balasan di hujungnya!

ALAHAI...

Friday, May 14, 2010

SEPAT TANI GORENG PEDAS


ikan sepat ni pakweku beli di pasar tani. kalau pergi awal, dapatlah ikan yang canggih sikit. ye lah hari-hari makan ikan laut jer, apa kata try ikan air tawar pulak. menu hari ni ikan sepat tani goreng pedas. ( kalau dapat yang besar, sedap dimasak gulai!)

BAHAN-BAHAN

ikan sepat- dah tentulah, tidak nanti nama jadi lain!
cili kering kisar
sedikit belacan melaka
bawang putih dan merah
sedikit halia
* dikisar semuanya.
minyak untuk menumis
air asam jawa
sos tiram
sos tomato
sos cili
air secukupnya
garam secukup rasa
(cili padi kalau suka)

1. terlebih dahulu ikan harus digoreng dengan garam dan kunyit. ketepikan
tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. masukkan cili kisar dan goreng garing. masukkan sos tiram, sos tomato,
sos cili dan kacau lagi. (jika suka lagi pedas, bubuhkan cili padi potong)
3. masukkan air asam jawa, garam dan tambah air jika ingin berkuah. siap
untuk dihidangkan

* untuk menghilangkan hanyir dan lendir pada ikan, terlebih dulu rendamkan ikan tersebut dengan perahan limau kasturi@asam jawa dan sedikit garam dalam 20-30 minit.

ALAHAI...

Thursday, May 13, 2010

CHICKEN SOUP- simple,ezy n faster



Hari ni menu yang simple- besar@kecik boleh makan sekali.... senang keje..heheh..
( kali ni try dalam Inggeris version pulak ye! take the challenge from my hubby)


Ingredients:

Chicken
1tbs soto spices powder, 1tbs soup spices powder
2 onions, 1 inch ginger, 2 cloves of garlic- blended

Star anise,cloves,cinnamon stick
Water
Salt to taste
Cooking oil
1 tomato
I packet of young corn
Grey oyster mushrooms
Carrot
capcicum (coloured peppers)
broccoli
Celery and spring onion

1. Heat cooking oil and fry the star anise, cloves, cinnamon stick.
Then put the blended ingredients until golden brown.
2. Add the soto and soup spices powder with the water.
3. Add enough water as u like, add the chicken,
4. Half cook, put in the tomato, young corn, carrot
5. Last but not least, put in the salt,capcicum,broccoli mushrooms,
celery and the spring onion.
-ready to serve!


ALAHAI...

Wednesday, May 12, 2010

WADEY @ vadai KAK TIMAH


resepi kuih wadey ni aku pelajari daripada mertuaku. teringin nak makan wadey yang jual kat tepi jalan tu tapi...aku ada sedikit cerewetnya..hehehe.. entah lah. rata-rata yang menjualnya bukan orang kita. bila dah dapat resepi ni, kalau teragak sahaja nak makan, emmm.. buat jer sendiri, lagipun banyak dapatnya.

BAHAN-BAHAN

kacang dal- direndam hingga kembang dalam 3-4 jam
1@2 tangkai cili kering
sedikit jintan manis (halus) dan kasar
1 biji bawang besar-dipotong dadu
beberapa helai daun kari
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

1. kacang dal yang sudah kembang, dikisar bersama sedikit air hingga separuh hancur
2. kemudian dicampurkan dengan bawang potong,daun kari,jintan manis dan kasar,
garam,cili kering yang dipotong-potong dan digaul sebati.

3. bulat-bulatkan adunan dan sedia untuk digoreng.
4. panaskan kuali dan masukkan daun kari dan gorenglah adunan yang siap dibulat@dileperkan tadi. gorenglah hingga warna kekuningan. siap untuk dimakan!

ALAHAI...

Tuesday, May 11, 2010

BERBELANJA- lelaki ATAU perempuankah yang BIJAK?

aku terpanggil untuk mengulas isu ini sebaik sahaja membaca artikel di Utusan Malaysia-10/5/10

selalunya apabila disebut mengenai berbelanja pastilah golongan perempuan dikaitkan sebagai golongan yang sangat suka berbelanja, boros, tak pandai berjimat,ikut nafsu tetapi sebenarnya kenyataan itu tidak 100% tepat rupanya. tak percaya?

buktinya,menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK),dari 2007 hingga Februari 2010, seramai 25,107 atau 69 peratus daripada 36,547 pelanggan perkhidmatan pengurusan kredit di agensi itu adalah lelaki.

Lelaki berusia 30 hingga 40 tahun merupakan golongan yang paling tinggi iaitu 44.6 peratus atau 16,286 orang mendapatkan khidmat itu bagi melangsaikan hutang masing-masing diikuti 14,622 orang golongan berusia lebih 40 tahun (40 peratus) dan 5,639 orang golongan berusia antara 20 hingga 30 tahun (15.4 peratus).(sumber Utusan)

nah; terang lagi bersuluh rupanya, golongan ini sebanarnya yang kuat berbelanja atau dalam lain perkataan-BOROS berbelanja!

golongan lelaki mula mengumpul hutang sejak awal bekerja dan apabila berumah tangga, hutang semakin menimbun sehingga gagal untuk dijelaskan.golongan lelaki muda khusunya dikatakan boros berbelanja terhadap perkara-perkara yang tidak penting- menghias/mengubah kenderaan,membeli barang berjenama dan mewah...(sekadar beberapa contoh)

berbelanja, jika tidak diuruskan dengan bijak akan memberi kesan bukan sahaja terhadap individu terbabit, bahkan ia turut akan menjejaskan banyak perkara. contoh: jika sudah berkahwin-akan menjejaskan hubungan suami isteri khususnya dalam menyediakan keperluan keluarga ( ini juga faktor kepada penderaan isteri, perceraian, pengabaian nafkah anak dan sebagainya...),

masalah kurang tumpuan kerja, masalah hubungan dengan rakan taulan turut terjejas akibat daripada masalah perbelanjaan yang melebihi pendapatan yang menyebabkan seseorang terpaksa berhutang!

kegagalan menguruskan perbelanjaan akan menyebabkan satu masalah baru akan tercipta iaitu BERHUTANG! dan apabila terlalu banyak hutang, hidup semakin terjejas dan seterusnya akan menyusahkan hidup orang lain pula.

* TETAPI, tidak dinafikan juga, kaum perempuan ada juga yang boros berbelanja. apa-apa pun semuanya terletak kepada bajet yang ada. sekiranya bajet ada dan tidak perlu berhutang, SILAKANLAH! tetapi seandainya perlu melibatkan HUTANG, haruslah difikir terlebih dahulu terhadap kemampuan untuk membayar balik nanti. pepatah "apa ada pada nama?" harus diingat. jangan kerana hutang, nama kita menjadi busuk!

* TIDAK semuan golongan lelaki juga boros berbelanja sebenarnya. lelaki yang mengutamakan kepentingan keluarga, pendidikan anak-anak, akan melihat isu berbelanja boros ini tidak ada dalam kamus hidup mereka. SYABAS KEPADA LELAKI-LELAKI INI- anda seorang yang bertanggungjawab!

ALAHAI...

Monday, May 10, 2010

HARI IBU?- aku dapat peti sejuk baru?


ni cerita aku pasal sambutan hari ibu.sebenarnya, aku memang dah lama sangat nakkan peti sejuk yang agak besar sedikit daripada yang ada sekarang. maklumlah, peti sejuk yang ada ni pun, pakweku yang beli masa dia duduk di rumah bujang dulu... jadinya kalau dihitung memang patut la ia digantikan....

dari status bujang hinggalah beranak dua, peti sejuk ini telah kami gunakan dan ia sama sekali sekali tidak pernah menyakiti "poket" kami!

pada awalnya, keperluan untuk bertukar baru tidaklah mendesak, tapi kini, ahli keluarga bertambah dan yang kecil sudah membesar maka, makin banyak yang perlu ada disimpan dalam 'fridge' ni..

kata pakweku; 'nak beli boleh, tapi yang lama nak simpan kat mana?' yelah, istanaku yang sederhana besarnya ini tidak bisa untuk menyimpan terlalu banyak barang!

'pa, hari ibu ,papa nak kasi apa kat mama?' kata anakku Sakinah...hehe...pandai gak anakku ini..yes! 'tu lah, tak tau lah.. ina ada idea?' sampuk pakweku..ni perbualan dua beranak sempena nak kasi aku hadiah la kononnya... aku dah kata awal, 'tahun ni, mama tak nak beli gelang emas ker, cincin emas...' 'ha,Ina tau, papakan selalu kata nak beli peti ais, ha belilah untuk mama.'

Sabtu, pakweku mengajak ke Carrefour, katanya nak pergi beli peti sejuk..aku tayakan lagi, 'ni nak beli betul ker, nak saja-saja tengok. kalau nak tengok je, tak yah lah.' kata pakweku, nak beli betullah.

biasalah orang perempuan kalau nak membeli tu, pusing 2,3 kali, belek 5,6 kali...hehehe... nak buat keputusan ni..kang takut bila balik rumah rasa nak tukar pulak!.. ( tu kadang-kadang ada jugak!) tapi kata pakweku, -barang ni kalu dah beli tak boleh nak tukar-tukar. ni bukan kecik punya barang.

pusing punya pusing, kira punya kira...akhirnya berkenan lah di hati yang ini...
cukuplah bagiku bagi menggantikan yang lama itu. aku ni jenis yang suka simpan stok dapur untuk seminggu. tak kuasa aku nak pergi hari-hari ke pasar. jadinya dengan ada yang agak besar sedikit ni, dapatlah menyimpan segala stok yang boleh.

lagi satu... faktor yang mempercepatkan dan merealisasikan impianku ini jugak, ialah dek kerana setiap sebulan sekali, pakweku akan ke laut memancing! dah tentu memerlukan ruang menyimpan yang besar!! haha... itulah sebabnya.. dan yang ter
dekat ni, pakweku nak ke Terengganu-mencandat sotong! lagi lah.. baru lah terasa keperluan dan pentingnya peti sejuk yang besar!!! hehehe....

malam ni, yang lama akan berpindah ke rumah tuan yang baru-adik iparku Husaini. dia pulak yang akan mewarisinya...budak student, oklah tu..kan.. peti sejuk lama ni, masih baik cuma ia sudah agak tidak sesuai dengan keluarga kami lagi.

* myoi muzha: spaciba bhalshol- boleh la g mancing selalu ye? tp permit sebulan sekali jer tau...
* Ina- macam-macam ina punya favaurite boleh simpan ye!

ALAHAI...

AGAR-AGAR CENDOL MELAKO


pencuci mulut ni aku buat untuk bawak ke rumah kakakku di Bangi. sebagai buah tangan untuk meraikan majlis pertunangan anak buahku Syahirah. masa nak buat ni jugak aku 'berperang' dengan anakku sekecik ni sebab dia suka sangat nak datang dapur...alahai..okeylah ni bahan-bahan dia;

BAHAN-BAHAN
(A)
500 ml santan
125 g gula pasir
5g serbuk agar-agar.

2 cwn cendol

(B)
250 g gula melaka
1 liter santan
10 g serbuk agar-agar

1. bahan A- masakkan gula pasir dan santan hingga larut
2.masukkan agar-agar dan masak hingga mendidih dan masukkan cendol.
kacau rata dan angkat untuk disejukkan dalam acuan
3.bahan B- masak gula melaka dengan santan hingga larut.
4.masukkan agar-agar, dan masak hingga mendidih dan tutup api
5.apabila bahan A sudah separuh keras, boleh lah dimasukkan bahan B tadi
dan biarkan hingga keras dan bolehlah dipotong dan dihidangkan.

ALAHAI...

Sunday, May 9, 2010

SALAM UNTUK SEORANG MAK

catatan ini bukan sempena hari ibu, tetapi dengan mengambil mood hari ibu ini,aku gagahi jari jemari ku ini untuk menekan papan kekunci ini bagi menurunkan kata-kata yang laju meluncur keluar ini.

seiring lajunya jari jemariku, selaju itu jugalah air mata ini keluar. entahlah? sukar untukku meluahkan...

salam untuk makku HAJAH NYOYA. suatu waktu dulu sering aku mendengar suaranya. seminggu sekali pasti aku bertanya khabarnya melaluI telefon, sebulan sekali pasti aku ziarahinya, ku hulur belanja membeli keperluan mana yang tiada.

suatu waktu dulu, selalu telinga ini mendengar leteran yang berulang-ulang,nasihat yang tak henti-henti,cerita yang tak pernah habis... tapi kini semua itu kenangan yang terindah dalam hidupku dan pastinya ia takkan berulang lagi!

makku kini bukan makku yang dulu, kalau dulu kudrat makku mampu mengangkat kayu pagar, mampu mengandar 2 tong susu getah tetapi kini makku hanya mampu terbaring lesu dek kerana keuzuran yang teramat sangat.

Ya Allah, berikanlah apa yang terbaik kepada emak kami Ya Allah. tak tahan rasanya untuk melihat apa yang ditanggung oleh mak dewasa ini. mak hanya mampu minum susu yang disalurkan tiup ke hidungnya, mak tak mampu lagi untuk bercakap, apatah lagi untuk bangun!Ya Allah, luka mak semakin banyak Ya Allah, kulit mak semakin nipis dan kendur...pandangan mak sudah tidak tepat seperti dahulu, ingatan mak seakan tidak pasti.

ku seru nama mak, ku katakan; 'mak, ni adik ni. adik balik mak. ni sakinah, hakimi mak..." renungan mak ku lihat kosong! panggilanku tidak dianggukkan, senyuman tidak lagi terukir di bibir.! mak seperti berada dalam dunianya sendiri.

kalau dulu, walaupun kepulanganku ketika dia sudah tidur tetapi pabila ku panggilnya; 'assalammualaikum mak, ni adik balik ni..' pasti dia akan menyahut; 'ya'
tapi kini tak lagi...

kalau dulu bila nak balik pastinya satu pesan yang ku paling ingat,(dari zaman belajar lagi sampailah sebelum dia tak boleh berkata-kata)" sampai kang, tepon mak" jadinya bila aku dah sampai sahaja di universiti atau di rumah pastinya aku akan menelefon mak untuk memberitahu yang aku dah selamat sampai. itu dulu...

kini, mak tak mapu nak pesan apa-apa lagi. sebaliknya sebelum dia seuzur ini aku yang selalu beri pesan kat dia, sampaikan bila aku nak cakap jer... dia dah jawab dulu. memang aku seorang yang tak pandai nak bodek-bodek mak. mak, memang ada penyakit 3 sekawan dan kini bertambah lagi. aku akan menasihati mak utamanya dalam soal makan. memang aku kuat kontrol dia pasal tulah aku tak pernah sekali pun mendapat kredit mahupun cemerlang dalam bab masak-memasak ni di mata mak.

sebabnya? setiap kali aku memamasak, menu mak berlainan. LAUK MAK TAWAR-KURANG GARAM, TAK PEKAT-KURANG SANTAN, AIR MAK TAWAR-KURANG GULA dan semua yang tak sedap itu adalah air tanganku!

bagiku, mak tak perlu nak makan sedap sebaliknya perlu makan yang sihat... tapi sayang mak tak faham.. aku bukan pilihan mak. ada kakakku yang menepati seleranya. entah lah...

tapi kini...mak hanya mampu menerima air susu semata. berdosakah aku? kerana dulu aku tidak menepati seleranya? mak...ampuni anakmu ini.

Ya ALLAH, padaMu kuserahkan urusan ini, moga yang terbaik Kau berikan...

kini, aku menumpang kasih kepada ibu mertuaku Hajah Timah. kuanggap dia seperti ibuku sendiri walaupun aku hanyalah penumpang.kadang-kadang perasaan cemburu menjelma di hati dek kerana bersaing dengan ipar-ipar yang lain.Ya Allah cepat-cepat ku insafi diri ini. mengapa mesti cemburu?? semuanya hanya pinjaman semata. kasih dan sayang bukan pura-pura untuk meraih perhatian.. TIDAK....ITU BUKAN AKU...AKU JUJUR MENYANYANGI MERTUAKU seperti kasih suamiku pada kami semua. Ya ALLAH. bersihkan hatiku ini...

buat makku, kutitip doa selalu agar yang terbaik diberikan Allah padamu. ampuni ankmu ini.
buat mertuaku, aku ini hanya orang baru yang singgah di hatimu untuk menumpang kasih mu mak. izinkanlah persinggahanku ini...

ALAHAI...

Saturday, May 8, 2010

INA, THANK YOU!


pagi semalam sebaik sahaja aku sampai di depan sekolah agama anakku Sakinah, dia seakan memegang sesuatu dari belakang. "ma, close your eyes" katanya. "emmm, apa dia? dah close ni.." "ting! nilah hadiah Ina untuk mama sempena hari ibu. Ina beli 2 bunga ni untuk mama. satu dari Ina, satu lagi konon dari adik la kan... ma tahu, ni kan duit Ina 2 ringgit tu lah yang dalam wallet Ina tu.." panjang lebar anakku nak menjelaskan keadaannya gara-gara beli bunga tadi.

"thank you. mama kan Na, tak harap apa-apa hadiah pun ..tapi kalau orang nak kasi..ambik lah kan..( dengan nada nak mengusik dia!) tapi kalau anak-anak mama dapat buat baik kat mama, jadi anak yang soleh dan solehah, dengar cakap, jadi orang berjaya dunia dan akhirat, tulah hadiah yang paling berharga sekali tau!" "itulah yang buatkan mama gembira, tak sakit hati, tak marah-marah..."

aku rasa semua ibu pun rasa berkehendak yang sama denganku bukan. setuju? bukan material yang kita pinta tetapi lebih kepada tanggungjawab dan kesedaran mereka kepada kita.

pepatah Inggeris ada menyebut; what goes around, comes around! semoga perbuatan baik kita kepada ibu bapa kita akan melahirkan anak-anak yang juga akan berbuat baik kepada kita nanti. Ya Allah, perkenankan doa hambaMu ini.


I want to be a great mama because i have a great daughter and son. i raise my kids with full of my love! sakinah AND HAKIMI; I LOVE YOU ALL SO MUCH THAT I HAVE. YOU ARE MY SWEETHEARTS.

ALAHAI...

DEDIKASI UNTUK MAK

* untuk diriku dan kepada semua yang bergelar anak

aku lahir daripada perut mak...
bila dahaga, yang susukan aku..mak...
bila ku lapar, yang suapkan mulutku...mak...
bila aku sorang... mak... kau dampingiku
kata awalku sewaktu mula bercakap...mak

bila bangun tidur.. aku cari..mana mak...
bila nak bermanja. aku dekati...mak
bila nangis.... orang yang pertama datang...mak
bila sedih...yang memujukku...mak
bila nakal...yang memarahiku...mak
bila sakit...yang menjagaku...mak
bila melakukan kesalahan..yang paling kuat marah...mak

bila takut...yang menenangkanku...mak
bila nak peluk..yang aku suka peluk...mak
bila seronok... orang pertama aku nak mengadu...mak
bila barang hilang...aku mengadu pada...mak
bila sakit hati...mengadu pada ...mak
bila takut...aku panggil...makkkkkkkkk

bila exam...orang yang paling sibuk...mak
bila ada masalah...yang paling risau..mak
bila buat pasal.. pasti kena marah daripada...mak
yang selalu faham aku...mak
yang tahu perangaiku...mak
yang selalu berleter pet.. pot... mak
yang selalu pujiku...mak
yang selalu nasihatkan aku...mak

yang selalu ingatkan aku dengan Allah...mak
yang selalu ceritakan padaku...mak
yang buatkan aku gembira...mak
yang masak sedap untukku...mak...
yang masih peluk dan ciumku hingga kini...mak
yang tidak jemu mendoakan kejayaanku...mak
yang tidak jemu mengajarku dan meleteriku sehingga dewasa...makkkkkkkkkkkkk
yang amat risaukan keselamatanku ...mak

dan segala yang dibuat agar aku bahagia... tidak lain orang itu adalah makku...

*sumber: buletin sk setiawangsa- diolah semula oleh penulis
moga semua para mak di luar sana dikurniakan Allah segala pahala atas apa jua yang telah diberikan kepada seorang yang bernama anak ini.

ALAHAI...

Friday, May 7, 2010

ISTERI? siapa di mata Suami?

sudah menjadi 'badi' agaknya di Malaysia ini, bila berlaku sesuatu kes, ia akan berlanjutan dan bersangkut-paut ceritanya.

sebagai contoh; isu pembuangan bayi, berlaku satu kes, tak lama selepas itu kita akan dipaparkan satu lagi kes yang sama, dan satu lagi dan lagi...begitulah senarionya. cakaplah apa pun contohnya; sehinggakan kes terjumpa ular sawapun boleh berlanjutan/serentak berlakunya dalam seminggu dua itu. hairan bin ajaib!

tapi apa yang ingin kuulaskan di sini memang satu kes yang boleh dikatakan saban hari ada menghiasi dada-dada akhbar tempatan kita.

kes isteri didera suami, ah dengarnya seperti klise kan? memang klise tetapi ia tidak basi.

aku terpanggil untuk mengulas isu ini apabila terbaca dalam 2 hari kebelakangan ini berkenaan isu isteri dikhianati/didera oleh suami. dalam Harian Metro semalam, dilaporkan seorang isteri telah mengalami patah kaki setelah dipijak oleh suaminya dengan kasut but hingga cedera parah. kes berlaku di Kuala Lumpur

kes yang sama tapi tak serupa turut berlaku di Melaka apabila seorang isteri ditoreh kemaluannya oleh suami kononnya mendengar bisikan halus???

kes isteri disimbah asid oleh suami, dipukul dan pelbagai cara lain turut dialami oleh kaum isteri ini lantaran dek pelbagai sebab.

ada yang menyalahkan isteri itu sendiri yang dikatakan sengaja menyimbah minyak kepada api yang tengah marak. benarkah? kata orang tua; bila suami marah, isteri jangan menjawab, dan begitulah sebaliknya bila isteri dalam keadaan marah, suami pula hendaklah diam, persoalannya, apakah kalau dah berkali-kali tidak menjawab tetapi masih tetap menjadi mangsa kekasaran suami juga, apakah masih salah lagi di pihak isteri itu?

janganlah jika tak tahu menari, lantai pula disalahkan! marahkan nyamuk, kelambu dibakar!!! para suami... apa lagi yang mahumu?

entah di mana sebenarnya perasaan suami begini. ingain sahaja kuhalusi dan kurasai...perasaan hati mereka.

suami; di waktu malam isterimu kau hampiri,kononnya mahu meninta "hak", kau pujuk rayu mereka, kau cumbui mereka dengan kata-kata yang bisa melalaikan seketika isterimu tetapi aduh... kenapa apabila berlaku sedikit masalah, salah faham, sedikit pergeseran,kaki tangan kau berikan, sepak terajang kau layangkan, pukulan sudah tidak kenal belas kasihan...kenapa???

tidakkah itu dikatakan cinta yang pura-pura? sayang yang hanya dibibir? hakikatnya teman hidup dijadikan hamba nafsu amarah, hamba menunjukkan ego tak bertempat!

lupa agaknya para suami ini, setelah kau berikan benihmu pada rahim seorang isteri, siapakah yang 9 bulan mengusung pewarismu ke sana ke mari, menjaga makan minummu? menyiapkan kelengkapanmu? kemudian menyusukan pewarimu dengan susu badannya sendiri yang tidak ternilai harganya, menguruskan segala hal waima dari sebesar getah pemadam sekalipun terletak di pundak seorang isteri.

sayang juga suami ini mungkin terlupa atau buat-buat terlupa atau tidak tahu bahawa lahirnya dia ke bumi ini JUGA datangnya daripada rahim seorang perempuan iaitu ISTERI!

jadi mengapa kaum ini juga yang disakiti? konon nak menunjuk hebat? kuat? berkuasa?
semua itu hanya mereka yang cipta! hakikat sebenarnya mereka ini ingin menutup kekurangan yang ada dalam diri! itu semua hanya menggaburi mata-mata isteri yang lemah.

ayuh kaumku, isteri-isteri diluar sana atau sesiapa yang bercita-cita ingin bergelar isteri, status ini bukan mudah disandang! INGAT bukan mudah! tapi tak mustahil akan jadi mudah!!! perlu mempunyai ilmu, jangan dipermainkan,jauh sekali diperbodohkan atau dibuat sesuka hati waima seperti kain buruk sekalipun JANGAN!

kita telah diberikan sekolah oleh kedua ibu bapa kita dahulu, nah; kenapa harus membiarkan fizikal, emosi menjadi tempat sesuka hati mereka berbuat apa sahaja! siapa yang tak sayang suami? pasti sayang bukan? aku sendiri mengakuinya.Tetapi kalau dah satu badan menjadi mangsa apatah lagi turut melibatkan anak-anak- apakah kita masih rela sayang itu bertahta lagi?

fikir-fikirkan.... golongan suami di luar sana, hargailah isteri anda. isteri anda tidak meminta intan berlian, emas bergunung ganang (tetapi kalau mampu, silakan!)sekadar penghargaan dan penghormatan anda terhadap mereka!

jika anda memberi yang terbaik kepada isteri anda, PERCAYALAH isteri anda akan membalas yang lebih baik lagi kepada anda! dan YANG MAHA BERKUASA akan lagi melimpahkan yang lebih baik lagi kepada anda. siapa yang untung? andalah- PARA SUAMI...

ALAHAI...
* myoi muzha,.spaciba bhalshol. ti harasho

PULUT MANGGA manis BERSANTAN



emm... panas-panas gini kalau dapat benda-benda yang sejuk...aduhai..bestnya kan! okeylah mari kita buat pencuci mulut tengahari ni.apakata kita buat resipi ni yang lebih popular di Thai dan negeri-negeri utara Malaysia. kita buat pulut manga bersantan.lagi pun sekarang tengah musim mangga. 3 kilo rm 10.

BAHAN-BAHAN

pulut direndam selama 3-4 jam
mangga masak- pasti yang masak ranum..aduhai...
santan pekat untuk 2 bancuhan-pulut dan mangga
garam
daun pandan

1. kukus pulut tadi bersama 2 helai daun pandan- bau wangi pada pulut
dalam 20 minit dan angkat.
2. gaulkan pulut tadi dengan sedikit garam dan sedikit santan dan

kukus semula-dalam 5-10 minit
3. potong buah mangga tadi dan bolehlah dimakan bersama
pulut yang siap dikukus tadi berserta baki santan yang
telah terlebih dulu dibubuh sedikit garam.

(sebelum dicurah santan keatasnya)

* santan hendaklah dimasak sedikit di atas dapur@boleh juga menggunakan
air masak semasa membancuhnya.
* simpan terlebih dahulu buah mangga yang siap dipotong dalam fridge-
dan kemudian baru dimakan..emmm...sedapnye dengan gabungan
manis mangga,lemak santan dan pulut dan juga sejuknya...

ADUHAI...

Thursday, May 6, 2010

BEBAN BEG SEKOLAH

isu ini bukanlah isu baru, tetapi ia kembali diperkatakan apabila senario ini nampaknya tidak berubah.

baru-baru ini dalam siaran MHI- bercakap di talian ketika itu ialah pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kebangsaan-Prof Ali Hassan berbicara mengenai isu ini. beliau mengaitkan masalah ini mampu ditangani sekiranya ada kerjasama daripada pihak guru khususnya. sekiranya tidak ditangani,keadaan ini dikhuatiri akan menyumbang kepada masalah fizikal murid itu sendiri nanti.

sebagai seorang mama kepada seorang anak perempuan yang bersekolah darjah dua, aku terpanggil untuk membuat sedikit ulasan dari sudut pandangan peribadiku. walaupun pandangan ini tidak mungkin akan merubah apa-apa, tapi kukira ia adalah satu pandangan yang mewakili ibu bapa di luar sana.

seorang anak kecil akan saban hari iaitu 5 hari seminggu dan berjumlah 24 hari dalam sebulan akan mengusung sebuah beg yang kukira sangat berat bebannya, apatah lagi sekiranya murid tersebut perlu untuk menaiki tangga setinggi 3 tingkat jumlahnya.

bayangkan keadaan murid tersebut ketika itu ditambah pula dengan keadaan bersesak di tangga sewaktu balik khususnya. ( ketika masuk kelas, lebih terkawal) murid-murid akan bertolakkan sesama sendiri untuk meninggalkan sesi persekolahan dengan cepat. ada yang berkejar dengan kenderan awam atau sebagainya.

tetapi keadaan beban beg sekolah ini mampu dikurangkan sekiranya guru-guru yang mengajar telah lebih awal memberitahu murid-murid, berkenaan buku yang patut dibawa pada hari atau minggu tersebut.

memang jadul waktu kelas telah diberikan tetapi dalam masa yang sama murid-murid tidak tahu sama ada perlukah semua buku terbabit dibawa atau tidak.

contoh; untuk satu subjek Bahasa Melayu. terdapat buku teks, buku aktiviti,buku kerja,buku rampaian,buku tulis-tatabahasa, pemahaman, penulisan.setiap hari murid akan membawa kesemua buku-buku ini yang jumlahnya belum lagi ditambah dengan buku subjek-subjek yang lain.

persoalannya di sini, adakah semua buku ini digunakan oleh guru tersebut untuk mengajar dalam sehari? jika benar, syabas kepada guru tersebut kerana telah memaksimumkan segala bahan. kepada yang tidak, bagaimana? kesian kepada murid tersebut yang hari-hari akan mengusung buku yang sama.

kepada murid-murid, mereka merasa takut kepada guru sekiranya tidak membawa salah satu buku tersebut. maklumlah mereka ini masih naif lagi dalam hal-hal meminjam buku daripada rakan kelas sebelah.jadi, daripada dimarahi oleh guru, mereka sanggup memikul beban ini.

semoga ada usaha-usaha melihat kembali permasalahan ini dan akan mencapai satu solusi yang terbaik kepada semua pihak.

ADUHAI...

CENCARU LOMAK CILI PADI BERSAMA KOBIS ASIN


selalunya ikan cencaru buat bakar dan cicah air asam jer tapi hari ni rasa nak masak gulai lak. kebetulan dalam fridge ada pulak kobis asin. wah, dah kene la tu 'gengnya'. okeylah so hari ni kita masak ikan cencaru lomak cili padi bersama kobis asin.

BAHAN-BAHAN

ikan cencaru
cili padi-ikut suka nak
sedikit halia
sekeping asam keping
santan kelapa
garam -tk perlu banyak sebab kobis tu dah masin
kobis asin

1.ikan cencaru dibuang kulit- tp awas terkena jari..aduh hai...

2.tumbuk@kisar cili padi bersama sedikit halia
3.masukkan cili padi tadi ke dalam periuk yang telah dibubuhkan santan.
kacau seketika
4.masukkan ikan, masukkan asam keping dan masakkan ia.
5.apabila lauk sudah kelihatan mendidih@menggelegak, masukkan kobis asin tadi. (terlebih dulu kobis asin itu direndam dengan sedikit garam untuk
kurangkan rasa masinnya. terpulang kepada anda)

6.rasa garamnya, jika kurang, tambah garam atau jika rasa dah cukup masin,
tak perlu lagi.
7.masaklah sehingga kuah kelihatan sudah berminyak dan siap untuk dimakan!

ALAHAI...

Wednesday, May 5, 2010

RASA TERTEKAN@ stress??

selagi kita bernafas, selagi itulah kita ini isan yang punya hati dan perasaan. bukan sahaja manusia, waima haiwan juga mempunyai naluri perasaan apatah kita ini.. lagi lah banyak perasaannya ye tak?

saban hari kita mendepani pelbagai urusan dalam hidup dan dalam masa itulah kita mendepani juga perasaan yang pelbagai. cuba lihat hari ini... apakah perasaan anda? gembira? seronok, penat, sedih, marah atau hari ni rasa ahhhhhhhhhhhhh tertekannya aku!!!

perasaan tertekan atau pelbagai rasa lain itu tercetus oleh hal-hal yang berlaku di persekitaran seharian kita. contohnya; suasana kerja, masalah kawan, masalah kewangan, masalah keluarga dan sebagainya.

itulah realiti hidup sebenarnya. pahit, manis, masin, kelat dalam kehidupan. pelbagai rasa kita alami tetapi sebagai manusia yang berakal kita harus tahu meletakkan kewajaran tahap perasaan kita itu.

aku sendiri, mendepani rasa tertekan ini dengan karenah anak yang membabitkan hal persekolahan. contoh; kerja sekolah tak siap, lambat nak pergi sekolah,...hai... 1001hal yang dicetuskan oleh anakku ini.

anakku Sakinah, kadangkala memang menguji perasaan kesabaranku dengan ada sahaja isu yang cuba dibuat. inilah yang menyumbang kepada kenaikan suhu darahku...hehehe.. apabila aku memang tak tahan lagi.

ye, budak-budak sekarang memang banyak kerenah dan kreatifnya dalam menyumbang rasa tertekanku. mujurlah Allah memberikan aku seorang yang sudah besar dan seorang lagi yang masih belum tahu apa-apa lagi.. yang seorang ini pun sudah cukup mengujiku...Ya Allah.

memang banyak buku yang kumiliki dan salah satu cara yang kubuat untuk merawat rasa tertekan ini ialah dengan membaca buku. walau banyak mana sekali pun buku motivasi yang telah dibaca, tetapi bila tertekan tu...emmmm tak ikut jugak petua-petua yang tertulis... betul tak? hehehe... tulah marah punya pasal...( nilah yang selalu dibisingkan oleh pakweku supaya aku hayati buku-buku tersebut)

tetapi buku-buku adalah terapi minda yang sangat baik.perasaan tertekan ini juga dapat dikurangkan darjahnya apabila dapat diluahkan kepada insan yang hampir atau rapat dengan kita. ketika ini kita bukanlah mahu mendengar nasihat,komen atau sebaliknya tetapi lebih kepada mahu mencurah segala rasa yang ada di dada dan kembali bernafas semula.

selalunya orang yang mendengar luahan perasaan kita itu pulak yang sibuk sangat nak menasihati atau terlalu cepat nak komen, ini akan mendatangkan tekanan lagi!! sepatutnya mereka ini dengar sahaja dulu dan kalau ia pun ada nasihat yang baik, biarlah si penutur masalah itu dalam keadaan yang rehat dan santai. barulah nasihat itu akan berguna. ingat tu kawan!!!

apa yang penting pelbagai cara boleh dilakukan untuk menurunkan rasa tertekan ini. aku, misalnya akan kembali okey dan tersenyum semula apabila orang yang menyebabkan rasa tertekanku tadi menuturkan kata MAAF.bagiku itu adalah tanda perdamaian.
( inilah yang sering dilakukan oleh anakku setiap kali dah buat salah, tetapi macam biasa...emmmm dia akan mengulanginya lagi... faham sangat dah!)

tetapi dalam konteks rumahtangga bagaimana? mudahkah kita@ pasangan kita menuturkan kata keramat itu sebagai langkah mengubati rasa tertekan??? emmmm......fikir-fikir, tegur-tegur .....

ALAHAI...

Tuesday, May 4, 2010

KUIH KACANG @ rengas


ni kuih lama-lama yang masa sekolah dulu aku selalu tiap petang tolong mak untuk membulatkan kacang hijau yang dah siap rebus. aku memanggilnya kuih rengas kerana keranggupan tepung diluar kacang tersebut. hari ini namanya 'kuih kacang' lebih dikenali ramai.

BAHAN-BAHAN

kacang hijau yang telah direndam 4 jam
gula
air sucukupnya
daun pandan
minyak untuk menggoreng
tepung gandum, sedikit serbuk kunyit
garam secukupnya

1. didihkan kacang hijau dengan air secukupnya selama 30-40 minit sehingga kacang
menjadi lembut dan kembang.
2. masukkan gula dan daun pandan dan kacau sehingga gula larut
3. biarkan ia sejuk dan kemudian adunan boleh dibentukan bulat dan dileperkan
4. bancuh adunan untuk menggoreng dengan tepung gandum, garam dan sedikit serbuk
kunyit.pastikan ia tidak terlalu cair.
5. panaskan kuali dan celupkan adunan kacang tadi dalam bancuhan tepung ini dan
gorenglah dalam minyak panas tersebut. dan siaplah ia

* bahan kacang ini boleh juga dibuat sekiranya ada bubur kacang hijau yang tidak habis, keringkan@pekatkan sahaja adunan tersebut.tidak perlu ditambah gula lagi.
seterusnya buatlah proses selanjutnya. tidak membazir kan!

ADUHAI...

PENGAT NANGKA>IDAMANKU


bila sebut nangka... aduh kecur air liur.. dapat pulak yang betul-betul masak ranum. aduh baunya sahaja dah mengoda, tapi sayang aku ni memang alah kalau nak makan mentah-mentah walaupun nafsu berkocak!!! nanti siaplah kepala akan pening semacam.. hangin satu badan. jadinya aku telah menjadikannya sebagai pengat.

pengat ini kuberi nama PENGAT NANGKA IDAMANKU

BAHAN-BAHAN

nangka sudah tentu- ikut suka anda
gula merah
sedikit gula melaka@putih kalau yang suka manis.. kalau boleh kurangkan lah ye!
santan
air secukupnya
daun pandan-biar wangi...
sagu biji -direndam terlebih dulu hingga kembang- jika suka
bubur cha-cha- direndam terlebih dulu hingga kembang-jika suka

1. campurkan gula merah/gula meka@ putih ke dalam santan dan masakkan .
2. masukkan daun pandan
3. masukkan nangka,dan air untuk kuah secukupnya.
4.jika suka masukkan sagu dan bubur cha-cha tadi.dah siap untuk dimakan.

*jika begini, hangin nangka kurang sikit.

ALAHAI...

DAGING MASAK ASAM LONDU


menu hari ini daging masak asam Londu. dah lama juga tak buat resipi ni. bukan apa, kadang-kadang tu Sakinah nak daging goreng kunyit macam tu jer. pasal tulah tak de peluang nak masak kegemaran aku ni..ok lah ni resipinya

BAHAN-BAHAN

daging- ikut suka berapa banyak
cili kering kisar
sedikit belacan- belacan Melakalah
bawang merah, bawang putih, halia,kunyit idup-kisar
air/air asam jawa
serbuk perasa
daun limau purut- nilah yang wanginya...tak tahan
serai
ubi kentang/tomato- ikut suka
minyak untuk menumis

1.panaskan minyak untuk menumis
2.gorengkan belacan seketika
3.tumiskan bahan kisar-bawang merah,putih,halia dan kunyit idup-sehingga naik bau
4.masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing
5.masukkan daging, perahan air asam jawa dan air jika mahu kuah yang lebih
6.masukkan serai yang diketuk, daun limau purut, bahan perisa
7.akhir, masukkan kentang atau tomato dan masaklah sehingga ia empuk /masak.
siap untuk dihidang!

*** sedap dimakan sekali sekiranya ada ikan masin bersama. baru umph!! tapi ingat jangan berlebihan, nanti dapat darah tinggi.

ALAHAI...

PERINTAH BERKURUNG??

pagi tadi aku mengikuti komentar dalam MHI mengenai arahan cadangan untuk melaksanakan perintah berkurung kepada anak-anak muda kita.

cadangan ini berikutan daripada kes kejadian seorang remaja yang ditembak mati oleh anggota polis baru-baru ini. aku, di sini bukanlah untuk memperbesarkan isu ini dan jauh sekali untuk turut terlibat sama dalm kerja-kerja kepolisan.

pandangan ini adalah pandangan peribadiku sebagai seorang rakyat Malaysia sekaligus suara kecilku sebagai seorang mama.

perintah berkurung ini bagiku amat wajar dilakukan terhadap generasi anak muda kita sekarang. kenapa? kerana anak-anak muda hari ini sudah tidak seperti anak -anak muda yang dulu yang terkawal akhlaknya. apabila bercakap mengenai akhlak, ia terangkum dalam persoalan budi bahasa, pertuturan, budaya hormat dan pelbagai sifat-sifat baik. tetapi kini? bagaimana?

ketika aku menaipkan artikelku ini, (pukul 3pg) masih kedegaran di belakang rumahku ini( lebuhraya DUKE) bunyi enjin motor yang memekik memecah keheningan pagi. siapakah mereka? kalau bukan golongan muda, siapa lagi?

tetapi perintah berkurung ini tidak akan berjaya sekiranya tiada pemantauan daripada ibu bapa sendiri. janganlah kita hanya meletakkan tugas-tugas itu kepada pihak berkuasa sahaja sedangkan kita ini siapa di mata mereka?

kita hanya pandai meletakkan tanggungjawab sosial tersebut kepada anggota keselamatan tetapi dalam masa yang sama kita tidak ambil tahu mengenai pergerakan anak-anak kita. kita tidak pernah mempersoalkan ke mana anak nak pergi, dengan siapa mereka berkawan, apakah sesuai masanya untuk mereka dikatakan perlu keluar untuk bersama rakan-rakan.

ya, betul. anak-anak perlukan ruang untuk bersama kawan-kawan mereka. aku setuju tentang itu. persoalannya? apakah pada pukul 12 malam ke atas? tidak adakah waktu lain yang sesuai? perlukah mereka diberikan kebenaran walhal ketika itu jam sudah menunjukkan ke angka 2 pagi? bagaimana?

maka itulah, pihak berkuasa perlu bertindak kepada golongan ini sekiranya pada waktu yang sepatutnya mereka berada di rumah, mereka berada di atas jalan raya, di warung-warung tepi jalan atau di tempat-tempat yang mencurigakan.

apakah kita tidak bersetuju dengan tindakan pihak berkuasa ini? sebagai warga Malaysia yang mencintai keamanan dan keselamatan, tidak berasa bimbangkah kita dengan peningkatan kes jenayah seperti kes pecah rumah, samun, bunuh dan sebagainya yang aduh... sedih kalau diikuti ceritanya daripada mangsa terbabit.

sekali lagi, cadangan ini bagiku adalah baik walaupun mungkin pada teorinya sahaja tetapi pada praktikalnya kita tidak pasti akan keberkesanannya. kejayaan ini bukan terletak pada satu entiti sahaja sebaliknya harus didokong dan disokong oleh semua pihak khususnya pemantauan aibu bapa, jiran tetangga, anggota masyarakat dan seumpamanya.

janganlah setiap kali berlaku kes seumpama ini, kita akan menyalak, apabila sudah lama, kita akan terdiam dan apabila sekali lagi berlaku, kita menyalak lagi... akhirnya ke mana? kita tidak dapat menyelesaikan apa-apa pun.

sekiranya perintah berkurung ini dilaksanakan, akulah insan yang sangat gembira dan sekalung tahniah kepada pihak-pihak tersebut. anda bagaimana? emmm?

ALAHAI...

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala