kalau diikutkan aku jarang teramat jarang masak ketam. last rumahku menerima ketam ialah masa aku baru lepas kawin 9 tahun dulu. masa tu aku buat ketam masak lemak cili padi. apa jadi? bibirku tebal macam bibir seksi Anita Sarawak, mataku bengkak-bengkak, jari jemari dah jadi merah....itulah penangan ketam . sejak itu "selamat tinggal wahai ketam...." kali ni pakweku bawak balik ketam yang masih hidup sebab kata doktor aku hanya boleh makan makanan laut yang segar sahaja...
kalau dah namanya ketam baru-segar lagi...tak payah masak susah-susah. kita buat sup ketam dengan telur.
BAHAN-BAHAN
ketam
halia, bawang putih dan merah- dikisar
serai dititik
rempah sup atau sup bunjut
tomato
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
2 biji telur
air secukupnya
1. panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
2. apabila dah naik bau, rempah sup yang dibancuh dengan
sedikit air, serai dan tomato.
3. masukkan ketam dan tambah air jika perlu.
4. masukkan garam secukup rasa
5. apabila ketam kelihatan masak, pecahkan telur dan kacau,
bolehlah ditutupkan api. siap dah untuk dihidang.
ALAHAI...
No comments:
Post a Comment