ari-ari cuti, biasanye kalian pergi mana agaknya? shoping? balik kampung? keluar makan-makan atau duduk di rumah mengadap televisyen?
aku pulak, kalau cuti-cuti begini, memang tak sah kalau tak balik kampung. memang sebulan sekali balik kampung. menziarah mereka yang masih ada. tapi untuk cuti 1Mei ni,kami tidaklah balik kg memandangkan kakakku mengambil giliran untuk balik. jika tiada aral, tengah bulan ni, giliran kami pula.
memandangkan sebelum ini sudah pun berjanji dengan anakku, Sakinah untuk membawa dia pergi memancing,(perancangan asal nak pergi bersama keluarga dari kampung)maka terpaksalah aku dan pakweku ini menunaikan janji.
aktiviti hari ini ialah memancing di Sukida, Hulu Langat Selangor. "pergi ni bukanlah beriya-ia untuk mendapatkan ikan, " kata pakweku. "saja- saja untuk kasi Sakinah enjoy". tambahan pula awal pagi lagi pakweku ini sudah ke pasar tani untuk memenuhkan peti sejukku ini. jadi persoalan ikan itu bukanlah perkara utama.
seperti selalu untuk ke mana-mana, pastinya aku akan membawa bekal.jadi untuk hari ini yang sangat ringkas, menunya ialah nasi goreng semua campur, ikan masin terubuk goreng, dan sambal telur. bb punya makanan sudah tentulah lain.
cerita pasal umpan pulak, jangan tak tahu,ikan kat sini kenal roti mana yang sedap dimakan dengan yang tak sedap dimakan. kononnyer untuk ikan besar, roti kentang sebagai umpannya. manakala ikan yang kecik-kecik ni boleh menggunakan umpan roti gardenia. ada juga dikalangan pemancing yang mempelbagaikan umpan, tapi bagi kami tak payah la. bukan untuk beriya sangat pun, sekadar suka-suka sahaja.
satu lagi yang paling mudah-udang. udang memang senang nak dapat. tangguk je kat tepi-tepi kolam ni. macam Sakinah, nilah yang paling dia suka. kata nak pergi memancing tapi sebenarnyer nak main tangkap udang dan anak ikan. pantang terlepa jer tangguk, abis lah dibawaknya kat tepi kolam tu.
bila bab memasang umpan ni, papa dialah yang jadi mangsa. aku pulak kena menjaga bb kecik ni. hai..member ni lum dapat jalan lagi...tak dapatlah nak joint. kata pakweku, " ina punya pancing pakai udang dah.. bukan ya pun nak mancing ni.. papa punya pakai roti jer." .
maka memancinglah dua beranak ni. bab menunggu ikan makan nilah yang menguji kesabaran. apataknya, Sakinah kejap-kejap nak angkat joran dia. tak sabar nak tunggu ikan makan umpan dia.
akhirnya, ha...mengenalah seekor ikan patung kat joran dia. punyelah seronok. bila ambik gambar, ikan tu pulak tak sedia nak posing..
joran pakweku pulak langsung tak mengena sekor pun. emmm... kalau dah dari rumah dah pasang niat nak main-main jer mancing ni, memanglah. jadinya, dia hanya bertindak memasang umpan, melepaskan tali koran dan menyelesaikan masalah tali sangkut kat atas pokok. hehehe... ni gara-gara aku lah yang baling , sangkut tali pulak kat atas pokok...
ha... dpat lagi sekor.. kali ni spesis belida pulak. joran sakinah lagi...seronok la tu. kali ni, ikan ni tahu-tahu jer nak posing baik punya!
tengah-tengah boring menanti ikan makan umpan, hujan pulak turun di tengah waktu memancing, jadinya aktiviti pun ditamatkan dengan pemenangnya, Sakinah berjaya menaikkan empat ekor ikan. satu patung dan tiga belida. semua ikan ini kami lepaskan semula. mana tahu lain kali datang, ikan ni pun dah bertambah besar. baru la syok! jadinya setakat itulah aktiviti hari ini. ALAHAI...
pihak penaja
DI SINI KITA BICARA
SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.
FOLLOWERS SAYA
LOVE
LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Saturday, May 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(238)
-
▼
May
(37)
- IKAN CENCARU BAKAR bersama AIR ASAM Pehhh...
- PUMPKIN- kuih kesui@kasui
- KETAM SUP dengan TELUR
- IKAN MERAH masak SUP.
- APABILA PANGGILAN NYA DATANG
- KERISI GORENG BERLADA
- Berakhlak Buruk Walau Bertudung : Soalan & Jawapan
- HOBI membazir ATAU tidak
- MARBLE CAKE lily
- BUBUR NASI saqinah dan ikan bilis goreng darat
- ALAHAI ...KALAU DAH SAKIT
- 16 Mei- SELAMAT HARI GURU
- SEPAT TANI GORENG PEDAS
- CHICKEN SOUP- simple,ezy n faster
- WADEY @ vadai KAK TIMAH
- BERBELANJA- lelaki ATAU perempuankah yang BIJAK?
- HARI IBU?- aku dapat peti sejuk baru?
- AGAR-AGAR CENDOL MELAKO
- SALAM UNTUK SEORANG MAK
- INA, THANK YOU!
- DEDIKASI UNTUK MAK
- ISTERI? siapa di mata Suami?
- PULUT MANGGA manis BERSANTAN
- BEBAN BEG SEKOLAH
- CENCARU LOMAK CILI PADI BERSAMA KOBIS ASIN
- RASA TERTEKAN@ stress??
- KUIH KACANG @ rengas
- PENGAT NANGKA>IDAMANKU
- DAGING MASAK ASAM LONDU
- PERINTAH BERKURUNG??
- SAMBAL IJOU-PIJOU
- SOTONG MASAK KARI MAK SITI
- SALERO NEGORI- sampai menjilat jari!!! hari ni har...
- NASI LEMAK
- MANJAKAN DIRI
- AKTIVITI FAMILI
- 1HB MEI
-
▼
May
(37)
CINTA
LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
No comments:
Post a Comment