pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Monday, May 3, 2010

SALERO NEGORI- sampai menjilat jari!!! hari ni hari makan


seperti hujung-hujung minggu yang lain, hari-hari inilah aku dan famili mengambil kesempatan keluar berjalan untuk makan di luar.. (chef pun nak rehat gak..hehe..)

pada hari ini, kebetulan terbaca dalam pancaindera- restoran baru dibuka tak jauh dari rumah kami iaitu Salero Negori yang terletak di Persiaran Gurney, Kuala Lumpur. jadinya, kami mengambil peluang untuk makan tengah hari di sini.

restoran ini berupa sebuah banglo klasik, beroperasi dari pukul 11.45 pagi hingga 9.45 malam. menu utamanya sudah pasti menghidangkan masakan dari Negeri Sembilan dan Padang seperti gulai tunjang(urat kaki), ayam penyet, ayam kalio, ikan keli masak lemak,sambal tempoyak daun (ni aku suka sangat!), jering berlada, daging salai masak lemak cili padi, sambal pucuk ubi dan pelbagai lagi.

untuk kunjungan kali pertama ini..emmm lagi pun belum tahu harga lagi, jadi pendekatan yang diambil ialah pesan sahaja secara sederhana. pakweku ini, kala pergi ke mana-mana, akulah yang tukang memesannya. sebab apa? sebab aku ni pemilih sikit, dia, semua makan. jadi selera aku dia boleh masuk jer....

untuk tengah hari ni, aku memesan gulai tunjang, ayam penyet, daging salai masak lemak cili padi, sambal tempoyak, sambal ijo dan ulam-ulaman. dua gelas air limau
suam dan segelas teh ais.

rasanya? memang sedap, tak pedas sangat sebab anakku Sakinah boleh makan. ayam penyet dia pun lembut kerana guna ayam kampung. ni Sakinah suka! semua hidangan ini bersaiz untuk seorang makan. bagusnya ia tidak membazir dan sangat sesuai dengan famili kami yang kecik. memang boleh dikatakan tak membazir lah.! tak caya tengok ni..

KOMEN: makanan sedap,pesanan yang cepat,kebersihan tahap A,ada pemantauan daripada pemilik dari meja ke meja (bagus, cara begini memastikan pelanggan rasa mesra dan dihargai), harga berpatutan.(tiada apa-apa cukai!)

untuk hidangan yang kami pesan tadi, harganya RM 33.65 setelah ditolak 10% dari harga asal RM37.40.

3x nasi putih = 3.60
gulai tunjang = 7.50
tempoyak = 5.50
gulai daging salai = 6.00
ayam penyet = 7.00
ulaman = 3.00
2x limau panas = 3.00
teh ais = 2.30

* boleh dikunjungi lagi....


MAKAN MALAM- PIZZA HUT

hari ni memang makan luar je. habis je kelas tarian Sakinah kami jalan-jalan di Jusco dekat dengan rumah kami ni. kali ni kami mendengar pulak apa yang nak dimakan oleh Sakinah. kata Sakinah, " nak makan piza la. tadi dah makan nasi.." ikutkan je lah.

nampaknya peninglah perut hari ni- apataknya, tengah hari tadi makan nasi berlaukkan N9, dan Padang, ha.. petang ni pulak makan western emmm.
kata pakweku,"saya dah tak nak makan apa-apa lagi. kenyang lagi. ikutlah Sakinah nak makan apa" .

aku pulak? boleh apa-apa jer. memang menyusukan bb ni, aku tak lagi menyekat selera makan aku. aku makan sahaja.. mujur berat badan tak naik. syukur...


sudahnya, aku memesan satu set famili meal- piza super supreme. cakap pada Sakinah," ina nak makan piza kan? makan betul-betul. ni dah kira diner. balik nanti makan yang ringan-ringan jer.." macam biasa lah, dia hanya makan dua keping, aku pun 2 keping dan lebih dua keping tadi kami bungkus untuk dibawa balik. manalah tahu, malam-malam nanti lapar lagi.. hehehe... boleh buat siaran ulangan..
ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala