hari ni, masak semula... menu, sotong masak kari mak siti. sotong ni pakweku beli kat pasar tani depan rumahku ini. kalau awal pergi, dapatlah yang segar-segar punya. kata pakweku, sotong ni, sekilo rm18.00.
memandangkan sotong ni besar-besar, maka aku pun masak sekor-sekor. baru betul terasa! tapi sayang tak ada isinya. bukan musim agaknya! kali ni, aku masaknya bersama terung panjang dan tomato.
RESIPI
sotong- ikut suka
sedikit halia, bawang putih dan merah- (dikisar)
sedikit buah pelaga dan bunga lawang
serbuk kari untuk makanan laut
cili kering (kalau suka pedas lagi)
bahan perisa
minyak untuk menumis
santan / air
tomato dan terung
daun kari
1. tumis bahan kisar sehingga naik bau, masukkan buah pelaga dan bunga lawang,
daun kari
2. masukkan rempah kari serta cili yang telah dibancuh dengan sedikit air. biarkan
ia agak garing seketika.
3. masukkan santan, diikuti dengan sotong tadi
4. bubuhkan bahan perisa
5. masukkan tomato, terung.
masak lah ia...
* air@ santan tidak perlu banyak kerana sotong nanti akan mengeluarkan air. seeloknya santan tadi biarlah santan yang pekat.
ALAHAI...
No comments:
Post a Comment