Assalammualaikum semua...
CITH nak promot satu minuman yang sedang 'ngetop' kat Melaka sekarang iaitu COCONUT SHAKE.ni pun pasal berjalan hari tulah baru tahu.sumbernya daripada Kak Cikku yang pernah mene'try' kat sini masa dia ada kerja di sini dulu.masa tu kata dia tak sefofular macam hari ni.

apa
COCONUT SHAKE?kelapa muda yang diblend bersama ais dan dicampur sekali dengan airnya.kat mana
LOKASI? di tepi jalan besar Klebang bersebelahan dengan steyen minyak Caltex.dari jauh lagi dah nampak deretan kereta di kedua belah bahu jalan di sini,so tak susah nak cari.

(foto diambil dari dalam kereta)memang sekali ingat rumah orang kawin tapi rupanya hanyalah sebuah warong tepi jalan yang memang happening yang menjadi tumpuan orang!bukan setakat plat kereta tempatan tapi juga kebanyakkannya dari luar Melaka.
hari Ahad lepas CITH pun menjadi sebahagian daripada orang yang sangat teruja nak mencuba COCONUT SHAKE ini.hasilnya?memang tak menghapakan walaupun terpaksa berjalan di panas terik-parking mak datuk jauhnya...tapi berbaloi.
dapat minum....emmmm slurp..slurp memang mengujakan.tengoklah 2 beradik ni menghayatinya.

(sampai lelap-lelap-menikmati...)

coconut shake ni harganya taklah mahal mana pun.segelas RM2.00.ni termasuk 1 scop aiskrim di atasnya.ni kira speciallah! tak ada aiskrim tu kira biasa-biasa punyalah.dah jauh-jauh datang,kita pekenalah yang specialkan!
apa yang happening?:
1.sedap-terasa kelapa yang diblend tu lembut je masuk kat tekak ni.
2 seronok berkongsi dengan ramai orang yang datang.(kena beratur ramai...kalau minum kat sini tak payah beratur)

3.ada jual nasi lemak yang comel.makan 1 sure tak cukup.(tapi CITH tak makan ni.pekena coconut shake je)dan juga kuih muih lain.
waktu operasi bergantung kepada bekalan aiskrim dan buah kelapa yang menjadi sumber utamanya.kalau cepat habis,cepatlah tutup warung.(bekalan kelapa muda...)

apa pun COCONUT SHAKE memang sedap.bila lalu kat tekak tu rasa...emmmm sejuk,lembutnya isi kelapa tu..waduh bikin jatuh cinta lagi ni! hihi....
ALAHAI...
Teringin nak cuba. Kat sini tak ada. Tak pernah dengar pun namanya.
ReplyDeleteNak try kena ke Melakalah jawabnya.
dekat ngan simpang tiga tu yer (simpang nk masuk tanjung keling tu) ... kalo tak silap, ada gak orang jual jeruk kat situ...
ReplyDeletekalo lalu klebang, aku slalu singgah kat medan selera tepi Syah Beach Resort tu. Roti canainya sedap, lembut dan manis. Pastu ada plak gerai ikan bakar..
mak usu,coconut shake kt situ memg best.....alg dlu mase pregnant 1st,tiap2 hari mesti pekene pnye.....
ReplyDeletedulu belajar dkt melaka banyak kali lalu sini tapi xsempat nak singgah rasa
ReplyDeletesob sob sob
Penangan Superstar Rajnikanth Pada Pekerja - Pekerja Di India
rasanya hari tu masuk dalm rancangan jalan2 cari makan...
ReplyDeleteuwwwwaaaaa....nak jugakkkk
tapi jauhhhhh nya......huhuhu
sementara ni...telan air liur je lah
NIEDA: kak,mmg pun.ada kt Mlk je..tak pun ce try buat.bli kelapa muda tu pastu ambik isi dia blend dgn ais.pastu bubuh gula dgn airnya sekali.letakkan aiskrim.jd tak?selalunya klu kita buat sdri tu ada kureng skit...hihi.letak duit kat org baru rasa sedap...
ReplyDeleteCK: tak ada pulak gerai lain kat sebelah2 dia ni.mmg dia satu je kat tepi jalan.sebelah ngan Caltex.
HANS:mmg sedap Hans..kecur air liur..hihii
KASIH: patutlah gamai orgnya.tak pe klu g Mlk tu mcm2 leh dpt .bukan coconut shake je..
CT ETY:tulah m usu baru ni try.nnti blk Mlk lagi sok nk pekena lagi..huhu