
Assalammualaikum semua...
hari ni dah 1 Jun,bermakna setengah tahun sudah habis dilalui tinggal lagi 6 bulan lagi untuk diharungi dalam tahun 2011 ini.cepatkan masa sekarang...amacam azam di awal tahun hari tu? dah berjalan separuh?atau belum gerak pun lagi daripada garisan permulaan? hihii...(foto:GOOGLE.COM)
bagi CITH pulak-target untuk menyusukan Hakimi sehingga mencapai usia 2 tahun dah pun tercapai.syukur al hamdulillah.sekarang dalam usaha meneruskan azam dan semangat untuk mengurangkan darjah kemarahan pulak.aduh,bila sebut kemarahan ini,ada pulak nanti yang ingat CITH ni garang orangnya,nak marah aje...hish bukan macam tu.nak kurangkan darjah kemarahan terhadap entah benda-benda yang merapu nilah-khususnya pada anak-anak dan pakwe CITH.kadang-kadang benda yang merapu tulah menyebabkan emosi cepat je rasa nak marah.inilah yang menjadi tindakan susulan untuk CITH perbaiki untuk separuh perjalanan yang tinggal ini.
kalian pula bagaimana?
antara perkembangan yang membabitkan kita sebagai pengurus rumahtangga pulak tentunya kenaikan harga.apa sahaja yang menyebabkan kenaikan,pastinya memberi impak kepada pengurusan kewangan kita yang pastinya kita inilah yang terbabit untuk bijak menguruskannya.
AKU?tiada apa yang lebih diharapkan agar diri ini menjadi lebih baik setiap hari daripada hari sebelumnya.
ALAHAI...
chik na azam baru suku yg jalan.. ;-)
ReplyDeletechik na,blh lagi tu hihi..teruskan ...
ReplyDelete