antara tempat menarik yang pastinya di area Berjaya Hills ini ialah di Japanese Tea House.
memang susahlah nak jumpa orang Jepun ni! (bukan orang Jepun-orang Cina!)apa taknya,dari tempat parking kereta,kami terpaksa mendaki bukit selama lebih kurang 10 minit.bukitnya? menongek jugahlah nak mendaki tu!fuh...masa ni pulak si Hakimi buat tidur.apa lagi,sorong dia dalam stroller lah.tidak jenuh juga nak mendukung tu.
separuh jalan,stroller terpaksa ditinggalkan kerana laluan yang agak sempit dan berbatu besar.jadinya,CITHlah yang kena mendukungnya.pakwe CITH dan sibuk dengan camera,biasalah model dalam famili kami-Sakinah!dialah yang berposing sakan.
di sini,rumah yang berkonsepkan binaan di Jepun sedia menanti pengunjung untuk merasa pengalaman duduk bersimpuh,memakai kimono (sewa RM20.00) dan juga merasa minuman tehnya yang dihidangkan macam dalam cerita Jepun kat TV tu.adalah orang "JEPUN" yang melayan tetamu yang datang ke sini.selebihnya,bergambar dengan persekitarannya yang cantik!(duduk sajalah...nak jalan tak larat)
ALAHAI...
No comments:
Post a Comment