emmm mentang-mentang tak lama lagi nak raya,di FB CITH banyak dah kawan-kawan meng'tag' baju kurunglah,baju Melayu dan tidak ketinggalan beg tangan.sebut je nak jenama apa,LV?COACH?PRADA?GUCCI? semua ada.
Bila bercakap pasal jenama ni memang telan air liur dibuatnya.rasa CITH pastinya antara kita berangan nak carry jenama macam ni.tipulah kalau kata tiada keinginan...TAPI berpijak pada realiti, banyak yang harus dikira sebelum berangan untuk memilikinya satu.maklumlah harganya...boleh tahan juga.boleh habis sebulan gaji pun ada!emmmm.....


Tulah dek kerana harganya yang ribu-ribu, maka terhasillah apa yang dinamakan IMITATION.rupa,style,bentuk,kod nombor yang sama dan 90% hampir dengan yang original.Ia digredkan dengan A gred, AAA gred atau pun 1-1 gred.memang kalau dek mata yang tidak berapa arif, memang melihatnya sama seperti yang ori.lagi satu harganya pulak lebih bersifat mampu milik..(ni lebih baik kualitinya berbanding yang di uptown atau pasar malam.) ia tetap dijual di dalsm butik yang berhawa dingin.
Ikutkan hati nak rasa yang berjenama kan.apalah rasanya ye bila menyandangnya? Rasa macam duit banyak walaupun sebenarnya tak banyak? rasa bergaya? rasa macam diri dipandang? rasa nak action sikit? hihi...yang mana satu pilihan kalbu.ORIGINAL atau IMITATION (asal bergaya).
Apa-apa pun ukur baju dibadan sendiri.jangan ukur pada saiz orang kerana pastinya ada kurangnya pada diri sendiri.
AKU? masih dengan jenama Malaysia -BONIA
No comments:
Post a Comment