
Assalammualaikum semua...
kadang-kadang dalam hidup ini,ada masa dan ketikanya kita perlu mengambil langkah "menjaga hati dan perasaan orang".bukan bermaksud untuk membodek bagi mendapatkan sesuatu atau seperti biasa orang kata; "ada udang disebalik mee" TETAPI lebih kepada tidak kuasa untuk memanjangkan cerita atau pertelingkahan.jadinya cara yang terbaik ialah BERDIAM DIRI.(foto oleh:GOOGLE.COM)
diam diri bukan bermakna kita bersetuju dengan dia,bukan juga untuk menunjukkan kita lemah,bukan untuk mengatakan kita ni tidak ada prinsip hidup tetapi lebih kepada tidak mahu mengeruhkan suasana atau perhubungan.bukankah itu dinamakan nak menjaga hati?
entahlah,dilema CITH dibuatnya terhadap seorang insan ini.bak kata pepatah;"diluah mati bapak,ditelan mati mak"(harap betullah susunan ni...)cakap salah,tak cakap pun salah.jadinya penuh dengan rasa serba salah.pendekatan yang baik CITH buat untuknya,biarlah CITH berdiam diri.berkatalah apa jua semahu mu,lemparkan apa jua kemarahan dan ketidakpuasan hatimu jika itu yang engkau rasa puas.timun dan pisau ada di tangan,maka gunakanlah sebaiknya untuk mendapat keputusan terbaik walaupun kita ini bukan DIA yang boleh menentukan hari esok...mudah-mudahan apa yang diputuskan akan memberi kebaikan untuk hari esok dan hari-hari seterusnya.AMIN.
ALAHAI...
No comments:
Post a Comment