pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Tuesday, May 31, 2011

DIA KULEPASKAN UNTUK BERPISAH SEMENTARA

Assalammualaikum semua...

hari ni tibalah hari pertama kami berpisah buat sementara waktu.pagi tadi menghantar Sakinah ke Flaminggo Hotel.dia mula menginap di sini sampai Jumaat.lepas tu ada pulak yang tertinggal-sikat rambut dengan name tag dia.emmm...tengahari tadi CITH 'lari' sekejap pergi hantar dekat dia.

(sesi mengemas barang yang hendak dibawa)sejak malam tadi mengemas barang,CITH dah pesan macam-macam.yelah ni first time lepaskan dia macam tu je.sebelum ni pun CITH tak pernah lepaskan ke mana-mana seorangan waima duduk di rumah nenek atau pun makcik-makcik dia.masa kecik dulu adalah sekali.tu pun sebab ikut rombongan sekolah.telepon hari-hari walaupun masa tu dia belum pandai cakap telefon. tulah sekali lepas tu tak ada lagi.

entahlah,macam mana dia nak uruskan diri dia? bangun tidur punyalah "senang" nak bangun...bom meletup sebelah telinga dia pun,dia buat dek je...paham-paham lah tu macam mana punya tahap tidur dia.lepas tu bab ikat rambut dan menyiput rambut.ni CITH dah pesan kat dia; "pandai-pandailah.kalau tak cantik itu tak boleh nak marah sesiapa.sendiri buat,sendiri tanggung.mama tak boleh nak tolong buatkan macam selalu."

kata pakwe CITH; biarlah dia belajar berdikari.biar dia tahu penting tak kita dalam hidup dia.biar masa ini akan menjadikan dia sedar diri.(adik yang sentiasa mengikut ke mana akaknya nak buat...)AKU? harap yang sama juga...dalam hati nangis jugak,sedih pulak dia tak ada kat rumah ni.selalu marah-marah pun dia da depan mata.tinggallah CITH dengan pakwe kecik ni kat rumah.

ALAHAI...

4 comments:

  1. Bejar berdikari dari kecil. Nanti besar pandai bawa diri.Cool mak nye yer...

    ReplyDelete
  2. sabar ye...
    bagus tu dilatih berdikari

    ReplyDelete
  3. kita ibu-ibu ni memang risau bila anak-anak kena bermalam diluar..chik na hari tu pun, suspen je bila faiz kena pergi kem kepimpinan sekolah di Janda Baik.. sampai terpikir nak ikut pergi dok kat resort tu ;-)

    ReplyDelete
  4. tulah,harapnya begitulah.biar kali ini mjadi perintis untuk dia handle diri sendiri.

    yelah kak,maknye yg terover sikit.anaknya tak tahulah ingat kan kita ke tidak..huhu

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala