pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Thursday, May 12, 2011

AKU INGIN MENJADI SENYAP TAPI...

Assalammualaikum semua...

pagi tadi kejutkan Sakinah awal pukul 5.30.lepas sembahyang subuh,mula buat revision sikit.minggu depan exam sekolah agama lepas tu exam sekolah kebangsaan pulak.kalau malam,memang dah tak larat.habis buat homework je dah nak tidur.inilah pendekatan yang aku buat iaitu bangun pagi.

MASALAHNYA- masa yang ada asik dia komplen itu ini.ngantuk lah,buat lembik-lembik badanlah...yang semuanya menguji kesabaran aku.bila ditegur,pandai menjawab.ada sahaja jawapan yang keluar daripada mulut dia.memang pandai bercakap!

bila minggu exam,siapa lagi yang tak sibuk kalau tak aku sendiri.aku yang rasa tempias stress nak exam.entahlah mungkin terbawa-bawa dek zaman student dulu.aku memang tak suka buat last minit.tapi ada orang kata; 'ala,dia budak lagi,mana tahu exam tu untuk apa,apa nak stres sangat?' betul ke macam tu?

entahlah,tapi bagi aku-sebaliknya.kalau kita yang tak ajar dia,siapa lagi.memang banyak juga benda baru dalam silibus pelajaran sekarang.aku sendiri pun terpaksa baca buku teks dia semula.macam sekolah agama ni,aku dulu pun tak sekolah agama.betul-betul harapkan sekolah kebangsaan.syukur juga boleh baca jawi dan khatam ngaji.sekarang bila nak ajar anak,diri sendiri kena belajar sama.hendaknya Bahasa Arab...Allah, makin rumit.anak tak faham,takkan mama nak buat tak faham jugakan...terpaksalah belajar dalam diam...Ya Allah bantulah aku ....

dek kerana itu,aku selalu menjadi "radio" yang berbunyi di rumah ini.mungkin pada pendengar dalam rumah ni,bosan dah dengar radioku ini TAPI, apa harus aku berdiam diri dan membiarkan dia berjalan sendiri,membuat kerja sendiri? atau sebagainya.haruskah aku meletakkan jawatanku yang selama ini menjadi 'kaki sibuk' dia untuk ingat itu dan ini dan menjadi orang yang pendiam dan tidak ambil tahu...

ALAHAI...

2 comments:

  1. Rindunya nak dengar 'radio' ibu..skrg nie smua kputusan kena buat sendiri dh, xdpt nak tnya pendapat atau nasihat ibu, kdg2 rasa lost jgk xtau arah mana nak d tuju.. Jangan risau kak, sakinah da besar nnti dia akan faham betapa bergunanya 'radio' akak tu...jangan pernah berhenti ya..^_^

    ReplyDelete
  2. kagum dgn sis...wat eva yg sis wat mesti ada sebab...bukan ramai ibu bapa skarang ygg mcm sis..tugas guru pun dahh mencabar...sangat bertuah sakinah yg ada ibu yg mangambil berat tentang anak tanpa jemu :)

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala