Assalammualaikum semua pengunjung CITH...salam Jumaat.moga yang baik-baik sahaja didoakan setiap hari.hah...!ingin sekali CITH menarik nafas lega teramat sangat.kenapa? selesailah sudah satu 'bab kerja malam' CITH yang sepanjang minggu lepas dan minggu ini asyik menghantar Sakinah ke Swatari.CITH keluar rumah lepas Maghrib-7.45 malam,latihan bermula jam 8.30.memang tak susah nak pergi sini tapi maklumlah area Cina,waktu nilah diorang sibuk keluar makan malam jadinya parking tu memang ada 'syikit susah' lah.malam tadi je,CITH kena tawaf 4 kali nak cari parking.terpaksa turunkan Sakinah dulu,kemudiaan CITH kena cari parking.
bercakap pasal latihan/rehersel ni,maklumlah konsert akhir tahun untuk penyampaian sijil jadinya bukanlah satu benda yang boleh dibuat main-main.kenalah serius,komited dan berdisplin.nanti taklah dikata orang,belajar hampir setahun tapi apa hasilnya? hish...tak mahulah jadi macam tu kan...demi untuk ini,kami golongan mak ayah ni sanggup berkorban menunggu anak-anak habis latihan.
latihan malam tadi tamat pukul 11.25 malam dengan dikelolakan oleh Cikgu Belalang serta disaksikan oleh Pak Ngah dan Mak Ngah sekali.
esok,adalah kemuncak hari yang ditunggu selama ini.latihan 2 minggu secara intensif untuk konsert tersebut akan ditentukan dan dipersembahkan pada esok malam.majlis akan berlangsung di Dewan Centrum,Taman Setiawangsa.(dekat benor dengan rumah CITH...rezeki CITH nampaknya).
tidak seperti tahun lepas,untuk tahun kedua ini sebagai pelajar lanjutan,Sakinah hanya terlibat dalam 1 acara sahaja iaitu tarian kuda kepang.berbanding pelajar asas yang terlibat dengan zapin,inang,joget dan sebagainya.nampaknya tahun ni kurang sedikit kepenatan berbanding tahun lepas.hihi...habis bab Swatari ni,hanya hadap untuk Permata Seni pulak untuk persediaan hujung tahun...huhu...nampaknya masih tak boleh nak lega lagi ni,tambahan pulak tengah bulan ni exam akhir tahun.adoh...
(ni lah mainan nak diamkan Hakimi)ALAHAI...

No comments:
Post a Comment