pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Wednesday, August 25, 2010

BATAL PUASA KE? BIASA DENGAR TAPI KURANG JELAS...


hari ni dah masuk 15 hari kita berpuasa kan...rasa sekejap sangat.tinggal separuh lagi perjalanan kita dan lepas tu jika kita ada lagi-akan jumpa Ramadan semula tahun depan. nampaknya Sakinah masih teguh dan bertahan lagi.al hamdulillah. kalau tahun lepas dia dapat menghabiskan 25 hari sahaja sebab 5 hari yang last tu dah demam dan kena gastrik,harap tahun ni penuhlah! mudah-mudahan.mama doakan Ina!semalam-ada satu kes kawan aku Siti, dia dapat "tangkap" anak dia yang darjah satu tu tak puasa.tapi, yang nak dijadikan cerita, anak dia nampak macam puasa yelah letih,nak tidur lah...tapi dapat tangkap anak makan gula-gula kat dalam bilik.apa lagi kena dengar khutbah la...macam-macam kan...budak-budak.jangan yang dah jadi mak bapak budak buat macam tu sudahlah!

nilah nak sembang sikit pasal bab-bab batal puasa ni.yelah,walaupun kita dah dewasa,kadang-kadang tu keliru jugak dengan perkara-perkara yang membatalkan puasa kita! sedikit perkongsian yang aku dapat daripada USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL (Sumber : Akh. Nawawi Subandi)untuk menjadi renungan kita bersama.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
1. Makan dan minum dengan sengaja (ijmak ulamak);

berdalilkan pemahaman dari ayat Allah; "...maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)...". (al-Baqarah; 187) Allah Subhabahu wa Ta'ala berfirman:

"Dan makan serta minumlah sehingga terang bagimu benang putih dan benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga (datangnya) malam." (al-Baqarah, 2: 187)

Dengan demikian, dapat difahami bahawa puasa itu adalah menahan diri dari makan dan minum. Ini kerana sekiranya orang berpuasa sengaja makan dan minum bererti ia telah berbuka (tidak berpuasa). Jika orang yang sedang berpuasa melakukannya atas sebab lupa, salah atau dipaksa, maka ianya tidak membatalkan puasanya. Perkara ini adalah berdasarkan dalil-dalil sebagaimana berikut: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Jika seseorang itu terlupa sehingga dia makan dan minum, hendaklah dia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum."
(Hadis Riwayat al-Bukhari (4/135) dan Muslim (1155))

"Sesungguhnya Allah memberi maaf kepada umatku kerana salah atau lupa dan kerana dipaksa."(Hadis Riwayat at-Thahawi di dalam Syarhu

Ma'anil Atsar (2/56), al-Hakim (2/198) Ibnu Hazm di dalam al-Ihkam (5/149) ad-Daruquthni (4/171) melalui dua jalan dari al-Auza'i, dari 'Atha' bin Abi Rabah, dari Ubaid bin 'Umair, dari Ibnu 'Abbas)

2. Bersetubuh
dengan isteri pada pada siang hari bulan Ramadhan walaupun tanpa keluar mani (ijmak ulamak); berdasarkan pemahamana dari ayat di atas.

Imam asy-Syaukani berkata (Dararil Mudhiyyah (2/22)): "Jima' dengan sengaja, tidak ada ikhtilaf (perbezaan pendapat) padanya bahawa perkara tersebut membatalkan puasa, adapun jika jima' tersebut terjadi kerana lupa, maka sebagian ulama menganggapnya sama dengan orang yang makan dan minum dengan tidak sengaja."

Ibnul Qayyim berkata (Zaadul Ma'ad (2/66)), "al-Qur-an menunjukkan bahawa jima' membatalkan puasa sebagaimana halnya makan dan minum, tidak ada perbezaan pendapat dalam perkara ini."

Dalilnya adalah firman Allah:
"Sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untuk kalian." (al-Baqarah, 2: 187)

Diizinkan bergaul (dengan isterinya) di malam hari, maka dapat kita fahami bahawa puasa itu dari makan, minum dan jima'. Barangsiapa yang membatalkan puasanya dengan jima', maka dia harus mengqadhanya dan membayar kafarat. Dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, (dia berkata):

"Pernah datang seseorang kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam kemudian berkata, "Ya Rasulullah, binasalah aku!" Rasulullah bertanya, "Apakah yang membuatmu binasa?" Orang itu menjawab, "Aku menjima'i isteriku di bulan Ramadhan." Rasulullah bersabda, "Apakah kamu mampu memerdekakan seorang budak?" Orang itu menjawab, "Tidak." Rasulullah bersabda, "Apakah engkau mampu memberi makan enam puluh orang miskin?" Orang itu menjawab, "Tidak." Rasulullah bersabda, "Duduklah." Dia pun duduk. Kemudian ada yang mengirimkan (membawakan) satu wadah kurma kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Rasulullah bersabda, "Bersedekahlah dengan kurma ini." Orang itu berkata "Tidak ada di antara dua kampung ini keluarga yang lebih miskin dari kami." Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pun tertawa hingga terlihat gigi serinya, lalu beliau bersabda, "Ambillah, berilah makan kepada keluargamu."

(Hadis sahih dengan berbagai lafadz yang berbeza dari al-Bukhari (11/516), Muslim (1111), at-Tirmidzi (724), al-Baghawi (6/288), Abu Dawud (2390) ad-Darimi (2/11), Ibnu majah (1671) Ibnu Abi Syaibah (2/183-184) Ibnu Khuzaimah (3/216) Ibnul Jarud (139) asy-Syafi'i (299) Malik (1/297) dan Abdur Razzaq (4/196). Sebahagian mereka memursalkannya dan sebahagian yang lainnya menyambungkannya. Lihat juga di dalam Fathul Bari oleh al-Hafiz Ibnu Hajar (11/516))

3. Muntah
dengan sengaja walaupun sedikit (berdasarkan pandangan Imam Malik dan Syafi'ie); berdalilkan hadis Nabi s.a.w.; "Sesiapa yang terpaksa muntah, maka (tidaklah batal puasanya dan) ia tidak wajib mengqadha' dan sesiapa yang sengaja muntah, maka (batallah puasanya dan) ia wajib mengqadhanya"

(HR Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).

Mengikut pandangan Imam Abu Hanifah; tidak batal puasa kecuali banyak (penuh mulut). Jika muntah berlaku tanpa sengaja tidak batal puasa dengan ijmak ulamak.

Barangsiapa yang muntah kerana terpaksa atau tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasanya. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Barangsiapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib baginya untuk meng-qadha puasanya, dan barangsiapa muntah dengan sengaja, maka wajib baginya mengqadhakan puasanya."

(Hadis Riwayat Abu Dawud (3/310), at-Tirmidzi (3/79), Ibnu Majah (1/536) Ahmad (2/498) melalui jalan Hisyam bin Hassan, dari Muhammad bin Siren, dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu. Sanadnya sahih, sebagaimana yang disampaikan oleh Syaikhul Islam di dalam kitab Haqiiqatush Shiyaam, m/s. 14))


4. Kedatangan haid dan nifas (ijmak ulamak);
wanita apabila kedatangan haid atau nifas, maka batallah puasanya dengan sendirinya. Kemudian wajib ia menggantikan puasanya pada hari-hari lain di luar Ramadhan.

Jika seseorang wanita haidh atau nifas, pada suatu bahagian siang tertentu (di bulan Ramadhan), sama ada di awal atau pun di akhir waktu, maka mereka harus berbuka dan mengqadhakannya. Jika mereka tetap berpuasa, maka puasa tidaklah sah.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Bukankah jika haid dia tidak solat dan puasa?" Kami katakan, "Ya." Beliau berkata, "Demikianlah kekurangan agamanya."

Dalam riwayat lain disebutkan:

"Beberapa malam dia diam tidak mengerjakan solat dan tidak juga berpuasa pada bulan Ramadhan. Jadi, inilah kekurangan agamanya."
(Hadis Riwayat Muslim (79) dan (80) dari Ibnu 'Umar dan Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu)

Perintah mengqadhakan puasa juga terdapat di dalam riwayat Mu'adzah, dia berkata:

"Aku pernah bertanya kepada 'Aisyah, "Mengapa orang haid mengqadha puasa tetapi tidak meng-qadha solat?" 'Aisyah berkata, "Apakah engkau wanita Haruri" (Haruri dinisbahkan kepada Harura' (iaitu) negeri yang jaraknya 2 batu dari Kufah. Mereka yang memiliki sikap membantah dinisbahkan kepada kelompok tersebut (kelompok khawarij)) Aku menjawab, "Aku bukan Haruri, tetapi hanya (sekadar) bertanya." 'Aisyah berkata, "Kami pun haid ketika puasa, tetapi kami hanya diperintahkan untuk mengqadha puasa, tidak diperintahkan untuk mengqadha solat."
(Hadis Riwayat al-Bukhari (4/429) dan Muslim (335))

5. Mengeluarkan air mani
dengan perbuatan secara lansung yang disengajakan seperti mengeluar dengan tangan (sama ada tangan sendiri atau tangan isteri), bercium atau berpelukan dengan isteri dan sebagainya. Adapun jika keluar mani kerana melihat atau berfikir/khayal, tidaklah membatalkan puasa –kerana ia seumpama mimpi- kecuali orang yang menjadi kebiasaan baginya. Namun begitu perbuatan tersebut adalah makruh. Begitu juga, jika yang keluar adalah air mazi, tidaklah membatalkan puasa.

6. Memasukkan sesuatu bukan makanan
melalui saluran terbuka yang menyampai ke rongga perut, yakni memasukkan melalui mulut atau hidung. Perkara ini membatalkan puasa mengikut mazhab Syafi'ie, Malik dan jumhur ulamak dengan mengkiaskannya kepada makanan dan minuman.

Iaitu menyalurkan zat makanan ke perut dengan maksud memberi makanan bagi orang yang sakit. Suntikan seperti ini membatalkan puasa, kerana memasukkan makanan kepada orang yang sedang berpuasa. Adapun jika suntikan tersebut tidak sampai kepada perut tetapi hanya ke darah, maka inipun juga membatalkan puasa, kerana kandungan cecair tersebut kedudukannya menggantikan kedudukan makanan dan minuman. Kebanyakan orang yang pengsan dalam jangka waktu yang lama diberikan makanan dengan cara seperti ini, seperti jauluz (glukosa) dan salayin (garam/Sodium), demikian pula zat-zat yang diberikan kepada sebahagian orang-orang yang sakit asma, maka inipun membatalkan puasa.

7. Memasukkan ubat melalui lubang dubur; membatalkan puasa mengikut jumhur ulamak kecuali Imam Malik (mengikut satu pandangannya) dan Imam Daud.

8. Menitikkan air atau ubat ke dalam lubang telinga dan lubang kencing membatalkan puasa menurut Imam Syafi'ie. Begitu juga, menyedut ubat melalui hidung

Ketetapan umum dalam mazhab Syafi'ie; membatalkan puasa dengan memasukkan sesuatu ke rongga dalam badan (iaitu rongga halqum ke perut, rongga kepala (otak), usus dan pundi kencing) melalui saluran yang terbuka di badan. Sama ada benda yang dimasukkan itu kecil atau besar, makanan atau bukan makanan. Yang dimaksudkan saluran terbuka pada badan itu ialah mulut, hidung, telinga, kemaluan/faraj (saluran kencing) dan dubur (saluran berak).

9. Pengsan
sepanjang hari akan membatalkan puasa dengan disepakati sekelian ulamak. Adapun tidur sepanjang hari tidak membatalkan puasa dengan ijmak juga.

10. Gila;
jika seseorang itu menjadi gila, batallah puasanya kerana ia telah hilang darinya kelayakan untuk beribadah.

11. Berbekam (mengeluarkan darah);
batal puasa mengikut Imam Ahmad. Jumhur ulamak tidak membatalkannya.

12. Berniat keluar dari puasa;
batal puasa mengikut Imam Ahmad. Menurut Abu Hanifah, majoriti ulamak mazhab Maliki dan yang rajih dalam mazhab Syafi'ie; tidak batal puasa.

moga mendapat sedikit info yang boleh dimanfaatkan.


ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala