selalunya kuih lapis yang mak-mak kita selalu buat atau pun yang ada jual di bawah payung tu biasanya warnanya merah dan putih sahaja kan...tapi kali ni kita ubahkan sedikit.kata orang kasi ‘upgrade’ dengan warna-warna yang lain tanpa menghilangkan originalitinya. Oklah kita lihat bahan-bahannya:
BAHAN-BAHAN
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
½ cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung/kastard
1 sudu teh garam
Pewarna
1. Gaulkan semua bahan ( kecuali pewarna jangan dulu )
dengan sebati.tapiskan supaya tidak bergentel.
2. Bahagikan adunan kepada berapa warna yang diingini.
3. Panaskan air dalam kukusan
4. Masukkan satu senduk adunan ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
5. Kemudian tuangkan pula satu senduk lagi adunan warna yang lain pulak
dan kukus selama 5 minit.
6. Ulangilah proses ini sehingga selesai.
TIPS:
1. Untuk kuih tahan lebih lama dan tak cepat basi-santan
harus dipanaskan seketika
2. Untuk kuih tidak melekat pada loyang-oleskan loyang dengan
sedikit minyak masak dan panaskan seketika dalam kukus
sebelum adunan tepung dimasukkan.
3. Biar kuih sejuk dahulu baru dipotong
*candid Hakimi makan kuih.tak pakai baju sebab baru lepas makan nasi-baju dah kotor.ni makan kuih pulak.
ALAHAI...
aku kalau makan kuih lapis ni..makan selapis selapis..tabiat gamaknya..lagi nikmat rasanya..hehe
ReplyDeleteni ko sama spesis cam anak aku gak...dia pun mkn cam tu ...tak pe,ada kwn!
ReplyDelete